CAPITOLO TRE 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Nah." Sebuah mug diletakkan di hadapan jejaka itali yang sedang ralit termenung tanpa menghiraukan dunia luar.

Franky mendongak dan memandang kakak ipar yang selamba masuk ke pejabatnya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Cawan air nescafe suam dipandang.

"Ada orang tu asyik termenung je dua tiga hari ni. Teringatkan buah hati ke?" Soal Quinn Davieka sambil menjengketkan keningnya sebelah. Franky menggeleng dan menghirup perlahan nescafe itu.

"Mana ada. Mengarut je." Nafi Franky sambil memandang Quinn Davieka yang duduk menyilangkan kaki di atas sofa.

"You nak tahu tak? You dengan I sama je. Dua dua ego. I dulu pun dengan Hunter macamni lah. Lepas kena paksa baru nak kahwin tapi tak jadi. Tapi, kita ni sekelip mata je boleh jatuh cinta dengan seseorang tau. You jangan meroyan pula kalau suatu hari nanti Lily tu diambil orang. I tengok dia tu comel sangat. Cute. Kalau dia datang KL ni mesti ramai lelaki yang nakkan dia." Ujar Quinn Davieka. Terbayang wajah comel Lily dengan mata coklat muda yang bulat dan besar itu. Franky mengerutkan dahi.

"Dah kenapa nak dia datang KL? Duduk je la dekat kampung tu." Ujar Franky sambil menyandarkan badan di kerusi. Quinn Davieka tersenyum kecil.

"Biarlah dia nak datang KL. Boleh dia cari duit lebih untuk sara diri dia dan atuk dia. Lily tu bukan nak pun orang bagi duit untuk dia. Dahla rajin. Haih untungnya Skyler dapat Lily tu." Dan.. Quinn Davieka mula menembak satu peluru ke arah hati Franky.

Terus membulat mata jejaka itu.

"Kenapa Skyler pula?!" Soal lelaki itu kuat. Quinn Davieka menahan tawanya dari terburai.

"Kan Skyler suka Lily. Skyler dah jujur tau. Dengar kata nanti dia nak kahwin dengan Lily." Quinn Davieka membuat wajah tidak bersalah. Pepandai je reka cerita. Habislah kalau Skyler tahu. Hahah.

Franky sudah tidak senang duduk.

"Fikir fikirkan lah ye. Kalau sayang baik ambil sebelum kena rembat. Perempuan tak boleh kahwin dua tau." Quinn Davieka menepuk bahu Franky beberapa kali sebelum berjalan keluar dengan heelsnya.

Puas ditegur oleh Hunter supaya jangan memakai heels ketika mengandung, tapi degil juga.

Kata kata Quinn Davieka berlegar di dalam fikiran Franky. Skyler ni pun satu! Banyak banyak perempuan dalam dunia ni kenapa nak ambil yang dia punya juga?!

Dia punya?

Franky menghela nafas dan terus bangun dan melangkah keluar. Kaki melangkah laju ke arah pejabat Skyler dan pintu dibuka kasar. Tiada bayangan Skyler di dalam pejabatnya. Terus Franky melangkah ke pejabat Hunter pula. Biasanya Skyler memang akan duduk berbincang di pejabat Hunter jika ada hal yang perlu diselesaikan.

He's really bad at hiding his jealousy.

And jealousy comes from love.

"Woi." Franky menolak pintu pejabat dan melihat Skyler dan Hunter yang sedang berbincang sesuatu.

Mereka berdua menoleh.

"Nak apa?" Soal Hunter. Franky memandang kedua dua jejaka itu sebelum dia terdiam di depan pintu.

Are you sure, Franky?

Kemudian tanpa sebarang kata, dia kembali melangkah keluar. Pintu dihempas kuat.

"Dah kenapa mamat tu." Gumam Hunter sambil melihat si adik yang seperti berdendam sesuatu dengan Skyler. Matanya memandang Skyler.

"Kau ada buat dia terasa hati ke?"

Skyler menggeleng.

"He's sulking." Ujar Hunter yang kenal sangat dengan perangai Franky itu.

Bila Franky marah, memang lelaki itu akan memaki dan melepaskan sahaja apa yang ada dalam kotak suara.

Tapi bila merajuk, dia lebih memilih untuk mendiamkan diri. Silent treatment bak kata orang.

Skyler hanya diam memikirkan sebab Franky mula menjadi pendiam dan dingin dengannya.

Lily.

Skyler tersenyum kecil.

"Such a jealousy baby." Skyler menggeleng kecil memikirkan Franky yang sudah tua bangka tetapi masih berperangai kebudak budakan itu.

"Hah?" Hunter memandang Skyler. Skyler melakarkan senyum sinis.

"He loves a girl. Tapi ego. Taknak mengaku." Ujar Skyler mendatar sebelum kembali fokus pada kerja.

Hunter mengangguk kecil. Isterinya pernah juga menceritakan bahawa dia nampak Franky macam berminat dengan Lily. Budak kampung tu? Aduh Franky. Ramai ramai perempuan dalam dunia ni yang itu juga kau nak.

***

Hunter memandang surat di atas mejanya. Kening dijongketkan sebelah sambil memandang Luke. Lelaki itu kelihatan sangat ceria. Macam dah menang loteri pun ada.

"Serius?" Soal Hunter.

Luke menggangguk dengan senyuman lebar. Hunter menegakkan badannya dan mengambil surat berhenti kerja itu.

"But why?"

"Saya nak kahwin, Capo." Ujar Luke. Hunter mengangguk. Baguslah kalau macamtu. Memang peraturan D'Ezekiel jika seseorang itu berkahwin mereka perlu berhenti bekerja sebagai anak buah D'Ezekiel. Mereka akan diserap masuk ke dalam D'Ezekiel Invest Holdings dan bekerja sebagai pekerja biasa.

Tapi Luke memilih untuk tidak diserap ke dalam D'Ezekiel Invest dan terus ingin berhenti kerja.

"Well alright. Congrats for your wedding to be." Ujar Hunter berbasa basi. Luke mengangguk dengan senyum lebar. Kakinya melangkah keluar dari pejabat Hunter.

Telefon dikeluarkan dan dia melihat nama di skrin telefon. Bibir yang tersenyum tadi semakin lebar senyumannya dan panggilan itu dijawab.

"Hello sayang."

"Hisy, abang Luke suka sangat panggil Lily sayang." Gerutu Lily. Luke tergelak.

"Okey okey fine. Kenapa call abang ni?"

"Lily nak tanya, bila abang Luke nak balik kampung untuk bincang pasal kahwin? Atuk dah bising tu, cakap dia nak selesaikan semua dalam masa terdekat." Ujar Lily di hujung talian.

"Abang baru resign ni. Nanti abang balik lepas semua settle, okay?" Soal Luke.

"Okey abang Luke. Maaf kalau Lily ganggu abang Luke kerja. Assalamualaikum." Talian dimatikan. Luke tersenyum melihat skrin telefonnya. Berbunga hatinya apabila Lily bersetuju untuk membina kehidupan bersamanya.

Selama hidupnya menjaga gadis itu memang kerana dia menaruh perasaan pada Lily. She's such a cutie and naive. Lagipun tiada masalah untuk dia berkahwin dengan Lily kerana gadis itu pasti akan menerima dirinya yang telah menyara Lily dan atuknya sebelum ini.

Hunter yang berada di dalam pejabat mengerutkan dahi. Luke adalah antara salah satu anak buahnya yang paling komitmen. Istimewa sangat ke bakal isteri sampai sanggup berhenti dari bekerja dengan D'Ezekiel semata mata ingin berkahwin? Lagipun Luke kan sebaya dengan Franky dan Skyler. Semuanya baru berumur 26 tahun.

Kemudian kepala digelengkan apabila memikirkan mereka yang sanggup melepaskan kerja bagi sebuah perkahwinan.

"Awak awak awak awak awak!" Quinn Davieka berlari ke dalam pejabat suaminya.

"Hei hei, kau tu mengandung jangan lari lah! Terberanak karang." Risau betul dia melihat perangai si isteri yang selamba seolah olah tidak mengandung.

"Franky.." Quinn Davieka melepaskan nafas lelah seketika. Hunter hanya merenung si isteri menanti wanita itu meneruskan ayat.

"Franky.. Habislah dia, Lily nak kahwin!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro