CAPITOLO QUATTRO 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lily memandang tangannya yang berinai sebelum dia tersenyum nipis. Tak sangka juga dia akan berkahwin dalam usia semuda ini.

"Ehhh jangan usik! Inai tu tak kering lagi." Ujar Quinn Davieka setelah selesai menginaikan jemari halus Lily. Kemudian dia tersenyum.

"Nampak manis sungguh wajah bakal pengantin ni." Ujar Quinn Davieka. Lily turut tersengih.

"Terima kasih Ika. Sebab sudi datang."

"Dah you jemput, takkan I tak datang pula." Quinn Davieka menyimpan inai yang diguna tadi. Dia memang pandai mengukir inai. Sebab dia memang minat tengok orang pakai inai.

Lily tersenyum comel sebelum senyumannya dibunuh oleh mindanya yang memikirkan keputusan untuk berkahwin dengan Luke.

"Ika.. Kahwin ni best tak?" Soal Lily. Quinn Davieka tersenyum lebar sambil tangannya automatik menyentuh perut yang sedang mengandungkan nyawa empat bulan itu.

"Best. Kalau kita kahwin dengan orang yang kita cinta." Ujar wanita itu. Lily menggigit bibir sebelum dia mengibaskan tangannya supaya inai cepat kering.

"Ika, saya nak lari!"

"What?!"

***

Franky melihat khemah yang sudah siap dipasang serta beberapa peralatan yang sudah siap disediakan. Pelamin juga sudah dipasang. Dua buah khemah dipasang untuk para tetamu. Atuk masih sibuk menguruskan hal di masjid bagi akad nikah esok hari.

"Tak roboh ke rumah ni kalau tetamu datang ramai ramai esok?" Gumam Franky sendirian sambil memandang rumah kayu itu. Luke yang kebetulan berada bersama jejaka itu tergelak kecil.

"Mana ada.  Rumah ni nampak usang tapi sangat kukuh." Ujar Luke.

Franky menjeling dan berlalu pergi. Mendengar suara Luke sahaja sudah membuatkan dirinya meluat dan rasa ingin mencincang bakal pengantin esok itu.

Luke hanya merenung hairan kelibat Franky yang menjauh sambil kepala digaru. Apahal tiba tiba jeling dia ni? Memang dia perasan sejak beberapa hari ni Franky berubah menjadi sangat dingin. Bukan dengan dia je, semua orang kena tempias amarah Franky. Haih.

"Fuck!"

Tiba tiba terdengar jeritan Franky yang sedang menyendiri itu. Hunter dan Skyler yang sedang memasang khemah itu menoleh.

"Let's end this fuck. Aku nak Lily." Ujar Franky sambil merenung Luke dengan pandangan tajam. Luke terpinga pinga sebelum dia bersuara.

"Excuse me?" Soalnya dengan nada tidak percaya.

"Aku nak Lily kau faham tak?!" Jerit Franky. Hilang sabarnya apabila mengenangkan bahawa Lily bakal menjadi milik Luke jika dia tidak bertindak.

Lily miliknya. Tiada siapa boleh mengambil gadis itu darinya.

"Franky." Skyler melangkah ke arah Franky sebelum Franky mengangkat tangannya ke arah Skyler. Mengisyaratkan bahawa Skyler hanya perlu duduk diam tanpa mencampur tangan dalam urusannya.

"Lily tu bakal isteri aku. Mana boleh kau suka suka je nak ambil dia. Kami dah nak kahwin dah pun!" Tiba tiba Luke rasa menyesal apabila membiarkan Lily menjemput Quinn Davieka ke majlis mereka. Tak pasal pasal semua ikut.

"Kalau kau tak bagi Lily, aku akan musnahkan syarikat yang kau sedang bina sekarang ni."

Luke terkedu.

Macamana lelaki ini boleh tahu yang dia sedang membina sebuah syarikat sedangkan dia tak pernah bagitahu jejaka itu malah sesiapapun.

"W..what?"

"Aku tak main main, aku nak Lily." Ujar Franky. Hunter tersenyum nipis. Pertama kali dia melihat Franky begitu serius dalam sesuatu perkara.

"Banyak lagi perempuan lain dalam dunia ni, kenapa Lily?" Soal Luke sambil meraup wajah. Dia kenal Franky. Franky adalah klon Hunter tetapi Franky tidak terlalu menunjukkan taringnya seperti Hunter.

Tapi bila Franky dah tunjuk taring, jangan berani ingkar.

"Sebab aku..." Dada Luke ditolak kasar sehingga lelaki itu jatuh ke tanah. Mata amethyst nya seolah olah memancarkan lahar api yang menjadi petanda bakal ada letusan jika tidak diredakan lahar.

Berani lelaki ini ingin mengambil sesuatu yang dia jaga seperti nyawanya?

"Yang jaga dia dari dulu lagi."

***

"Hei hei hei bawak mengucap! Kenapa tiba tiba nak lari ni? Mana boleh kesianlah dekat Luke nanti. Jatuh maruah dia." Ujar Quinn Davieka sambil menahan tangan Lily yang terkibas kibas itu.

"Tapi.. Lily tak sedia. Lily takut." Ujar Lily gusar. Sel sel otaknya seolah olah baru berhubung. Kenapa dia senang sangat terima lamaran Luke? Dia masih muda! Masih banyak lagi benda lain yang perlu dicapai sebelum berkahwin. Dia perlu sara atuknya lagi dah perlu bina ekonomi yang lebih kukuh sebelum berkahwin.

Dibuatnya lepas kahwin nanti Luke tinggal dia sebatang kara macamana? Dengan duit yang tiada. Huaaaa matilah dia nanti!

Bunyi orang bertengkar mengalih perhatian kedua dua mereka. Pantas Lily dan Quinn Davieka menuju ke jendela dan melihat Franky menolak Luke kasar ke tanah.

"Franky!" Jerit Quinn Davieka terkejut. Lily turut melopong. Pantas kaum hawa itu berlari turun dan Quinn Davieka memegang Franky yang seperti ingin membelasah Luke dengan renungan membunuh itu manakala Lily menolong Luke bangun.

Nasib baik inai dah kering.

"Kenapa tengok je?!" Marah Quinn Davieka sambil merenung tajam Hunter dan Skyler yang bagaikan berada di panggung wayang. Langsung mereka berdua tiada niat untuk membantu meleraikan pergaduhan.

Franky memandang Lily yang merisaukan Luke sebelum rengusan dilepaskan.

Menyampah!

"Abang Luke okey?" Soal Lily. Luke mengangguk bersama senyum nipis.

"You jangan jadi baran macam husbaby I. Calm." Ujar Quinn Davieka perlahan sambil memandang wajah Franky yang memerah itu. Sempat mengutuk suami sendiri.

Franky mengeluh. Dia melepaskan tangan Quinn Davieka di bahunya dan melangkah masuk. Bahu Lily dilanggar kasar sehingga gadis itu hampir terjatuh. Nasib baik sempat disambut oleh Luke.

Lily terdiam. Why is he so mad?

"Abang Luke, Lily pergi tengok Franky kejap ya." Tanpa menunggu balasan dari Luke, Lily terus melangkah pergi ke arah Franky yang sedang naik ke atas rumah.

"Awak.." Lily menggigit bibir. Tiba tiba seram melihat Franky naik angin.

"Awak okey?" Soal Lily. Jejaka itu hanya diam dan terus membaringkan tubuh di atas kerusi. Mata dipejam.

"Tak apalah kalau awak tak selesa, awak boleh balik KL. Saya faham." Mungkin Franky tidak selesa dengan keadaan sesak sebegini sebab itu dia marah marah kut.

Yelah, rumah ni kan sempit, bertambah sempit dengan kehadiran pelamin dan barang kahwin. Franky membuka mata dan memandang gadis bermata bulat itu.

"Menyampahla dengan muka kau." Franky mendengus dan kembali menutup mata. Badannya diiringkan membelakangi Lily.

Lily mengemam bibir dengan kolam mata yang mula memanas. Berkaca kaca matanya.

Benci sangat ke Franky dengan gadis miskin sepertinya ini sampai nak tengok muka pun rasa menyampah?

"Maaf ganggu awak." Lily menahan sebak dan mula bangun. Kaki melangkah pergi meninggalkan Franky bersama air mata yang mengalir di pipi gadis itu.

"Lily."

"Lily!" Franky terus bangun apabila gadis itu tidak menghiraukan panggilannya sebelum dia menarik tangan Lily agar berhadapan dengannya. Wajah gadis yang sedang menangis itu direnung dan nafas dihela.

"Kita dah tak ada masa. Let's get married. Tonight."

Lily terkaku.

"Apa yang awak ca.. arghh!" Terjerit kecil Lily apabila dia ditolak kasar ke atas kerusi. Franky mencengkam kedua dua tangan Lily dan ditekankan ke atas.

"Apa awak buat ni?!" Jerit Lily sambil cuba meloloskan diri. Franky mendekatkan wajah mereka.

"Fuck you, naughty little girl." Bibir Lily dicium.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro