CAPITOLO TREDICI 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mamma." Franky mencium pipi Federica sebelum dia duduk di tepi Lily. Gadis itu berganjak sedikit kerana tidak berasa selesa dengan kedudukan yang terlampau dekat.

"What's wrong?" Soal Franky sambil memandang dua manusia di tepi dan depannya.

"You look happy. Is there anything happened?" Soal Federica. Franky menggeleng dan memandang Lily. Gadis itu hanya diam sambil menunduk.

"Mamma.. Voglio sposarmi. (Saya nak kahwin.)" Ujar Franky. Federica terkedu dan mengerutkan dahi.

"With who?" Soal Federica terkejut.

"Questa bambina. (This little girl.)" Wajah Lily direnung. Gadis itu turut memandang wajahnya dengan riak keliru kerana Lily tidak faham bahasa pertuturannya.

Franky mengenyit matanya kepada Lily sekaligus membuatkan wajah gadis itu memerah malu.

Federica memandang Lily. Gadis ini? Dahi Federica berkerut.

"But she's a muslim."

Lily memandang Federica. Federica dan Franky bercakap tentangnya? Franky turut memandang Lily sebelum kembali memandang Federica.

"Me too." Ujar Franky perlahan.

Dan.. Hati seorang ibu mula berkecai.

***

"Mamma.. Mamma!" Franky memegang tangan Federica yang sedang berkemas itu sebelum Federica merentap kasar tangannya.

"Mi hai tradito. Ti ho partorito e cresciuto con la nostra religione e questo è quello che mi paghi?! (You betrayed me. Mama besarkan kamu dengan agama kita dan ini yang kamu balas pada mama?!)" Marah Federica dengan air mata di pipi.

Sudahla Hunter masuk Islam tanpa memberitahunya malah anak kandungnya sendiri juga sanggup menukar agama seolah olah mengkhianati dirinya.

"Mamma.."

"Shut up. I don't want to hear a word from you." Potong Federica sambil kembali mengemas pakaiannya. Franky meraup wajah.

Pintu yang dibuka menampakkan susuk tubuh Hunter yang datang ke rumahnya apabila diberitahu bahawa ibunya ingin pulang ke Itali kembali.

"Mamma, what's wrong?" Soal Hunter lembut sambil memegang bahu Federica. Air mata wanita itu bergenang sebelum mengalir ke pipi.

"Nothing, just let me get out from here." Ujar Federica dingin. Tangan Hunter ditepis dan dia menzipkan bagasinya.

"Mamma don't be like this." Pujuk Quinn Davieka pula. Federica menggeleng.

"Voglio tornare in Italia. E non tornerò mai più qui. Di 'a quel bambino ribelle di fare quello che vuole. sposare chi vuole. Non lo fermerò. Perché per ora non ho bambini che osino pugnalarmi alle spalle. (Mama nak balik Itali. Dan mama takkan datang sini kembali. Bagitahu anak derhaka tu, buatlah apa yang dia nak. Kahwinlah dengan sesiapa yang dia mahu. Mama takkan halang dia. Kerana mulai hari ini, mama tak ada anak yang sanggup tikam mama dari belakang.)" Federica menarik bagasinya keluar.

"Mamma.." Franky memegang lengan Federica.

"Don't touch me!" Pipi Franky ditampar kuat sehingga lelaki itu tertoleh. Federica menggenggam tangannya dan terus keluar.

Tiba di luar, kelihatan Lily yang sedang bingung dengan apa yang terjadi.

"Fuck off!" Bahu Lily dilanggar kasar dan Federica terus berlalu keluar. Lily terjatuh ke lantai dan memandang Federica.

"Apa jadi?" Soal Lily kepada Quinn Davieka. Wanita itu tersenyum nipis.

"Tak ada apa apalah." Ujar Quinn Davieka. Lily menggigit bibir. Federica marahkan dirinya? Atas sebab apa?

Kemudian Lily melihat Hunter yang keluar dari bilik.

"Aku nak pergi tempat mama. Jaga diri okey?" Soal Hunter kepada isterinya. Quinn Davieka mengangguk dan jejaka itu mencium bibir Quinn Davieka sekilas. Selepas itu Hunter memandang pula Lily.

"Pergi uruskan Franky kejap." Ujar Hunter dan terus berlalu keluar. Lily terpinga pinga. Apa yang berlaku ni sebenarnya? Nampaknya dia perlu belajar bahasa Itali lah baru dia faham.

"Go." Ujar Quinn Davieka lembut sambil menunjuk ke bilik Federica kerana Franky masih di dalam bilik itu.

"Kenapa?" Soal Lily pula.

"Just go and calm him." Quinn Davieka tersenyum dan berlalu pergi. Lily memandang wanita itu sebelum melangkah masuk ke dalam bilik. Kelihatan Franky sedang bersandar di dinding dengan mata terpejam.

"Tuan Franzelx?" Soal Lily perlahan. Lelaki itu tidak menyahut.

"Ergh!" Tiba tiba Franky menjatuhkan semua barang di atas meja solek itu. Lily membulatkan mata dan memekup mulut.

"Awak, kenapa ni?" Soal Lily sambil memegang bahu Franky. Franky terus menumbuk cermin pula sehingga cermin itu berderai ke lantai.

"Tuan Franzelx!" Jerit Lily sambil menahan tangan Franky yang sudah berdarah itu. Wajah Franky kemerahan.

"Calm down. Bawa mengucap." Pujuk Lily walaupun dia tak tahu apa yang sedang berlaku sehingga Franky kelihatan marah.

"Ha detto che ero un bambino ribelle."

Lily mengerutkan dahi mendengar Franky bertutur dalam bahasa asing.

"Saya tak faham." Ujar Lily perlahan. Tangan Franky di dalam genggamannya semakin kuat mengalirkan darah.

"Fuck!" Franky menolak Lily dan menendang kerusi di meja solek itu sehingga kerusi itu terpatah dua. Lily menggigit bibir. Buntu memikirkan cara untuk meredakan amukan Franky.

CINGGG

Mata Lily membulat melihat tingkap yang turut pecah.

"Tuan Franzelx!" Terus dia memeluk Franky apabila Franky semakin kuat mengamuk.

"Bawa mengucap. Ingat Allah." Bisik Lily. Dapat didengar degupan jantung Franky yang berdegup laju.

"I don't want to lose her." Luah Franky perlahan sebelum dia membalas pelukan Lily. Matanya dipejam rapat.

"And I don't want to lose you too." Sambung Franky. Lily terkedu.

"Awak gaduh dengan mama awak sebab saya?" Soal Lily terkejut. Franky menggeleng.

"No.. Just, stay." Franky berkata apabila Lily ingin merungkaikan pelukan. Tangannya memeluk erat tubuh Lily.

Hampir dua puluh minit berpelukan, akhirnya Franky melepaskan Lily dan menghela nafas perlahan. Wajah dan mata bulat Lily direnung.

"Awak gaduh sebab saya?" Soal Lily lagi. Franky menggeleng. Kakinya terus berjalan keluar dari bilik Federica itu.

"Tipu. Awak gaduh dengan ibu awak sebab saya, kan?"

"Tak." Jawab Franky perlahan sambil membuka pintu biliknya. Lily menahan pintu itu.

"Awak..."

"Jangan ganggu aku boleh tak?!" Jerkah Franky garang. Lily terpaku di lantai.

BAM!

Franky menghempas pintu meninggalkan Lily di luar. Mata Lily mula berkaca.

Kakinya mula melangkah pergi dan masuk ke dalam bilik tetamu tempat dia menginap beberapa malam.

"Fuck, little girl please open the door." Beberapa saat sahaja kedengaran suara Franky dari luar. Lily membuka pintu biliknya.

"Don't cry I.. I'm sorry." Pinta Franky. Lily mengelap air matanya dan menggeleng.

"It's okay. Saya faham awak tertekan sebab bergaduh dengan mama awak." Ujar Lily sambil tersenyum. Franky menghela nafas.

"I want to hug you." Pinta Franky dengan nada berat. Dia benar benar perlukan pelukan dari Lily.

Lily menggeleng.

"Kita bukan mahram. Tadi pun sebab terpaksa, saya taknak awak luka lagi. Look at your hand, berdarah." Lily menarik lengan baju Franky ke ruang tamu dan dia meneliti luka di tangan Franky.

"But I need your hug." Lily terkedu melihat mata berkaca milik Franky. Riak lelaki itu seolah olah terdesak inginkan pelukan.

"Are you okay?" Soal Lily. Franky menggeleng.

"I just need your hug. Please." Pinta Franky dengan mata berkaca. Lily menggigit bibir sebelum menghela nafas. Tubuh Franky ditarik ke dalam pelukan. Terus terasa tangan Franky memeluknya erat.

Lily mengusap rambut Franky.

***

"Mama dah balik ke Itali. InsyaAllah nanti mama akan sejuk balik." Ujar Quinn Davieka sambil menyuap makanan ke dalam mulut. Hunter mengangguk mengiyakan.

Franky tersenyum nipis. Seumur hidupnya, tidak pernah dia bergaduh dengan ibunya sendiri kerana dia sangat sayangkan wanita itu.

"I saw you both hugging."

Terus tersedak Lily dibuatnya mendengar ayat Hunter. Gelas air dicapai dan diteguk laju. Franky menggeleng. Jemarinya naik lalu menjentik dahi gadis itu kerana makan dengan gelojoh.

"Tak elok tau, you ni." Quinn Davieka mengecilkan matanya ke arah Franky. Suka dia je jentik anak dara orang. Jejaka itu hanya menjongket bahu.

"Kahwin lah. Lagipun kau dengan si pendek ni duduk satu rumah. Mana boleh tak kahwin." Ujar Hunter. Lily mencebik dalam diam. Suka panggil dia pendek! Lumrah lah tu perempuan jadi pendek.

"Kau nak kahwin dengan aku?" Soal Franky sambil memandang Lily. Lily turut merenung jejaka amethyst itu sebelum mengangguk.

"What?" Franky memandang Lily dengan riak tidak percaya.

"Saya nak kahwin dan kikis duit awak." Ujar Lily. Quinn Davieka tergelak apabila ilmu kikis duitnya menjadi. Hunter menghela nafas. Apalah yang bini dia dah ajar pada si pendek ni.

Franky terkelip kelip memandang Lily.

"Kau sihat tak ni?" Soal Franky pelik. Lily mengangguk dan tersenyum.

"Awak kan kaya. So apa salahnya kalau saya kikis duit awak."

"Lepas kikis?"

"Saya shoppinglah." Kata Lily. Franky tersenyum lebar.

"Alright you passed. Jom kahwin." Ujar Franky sambil kembali makan makanannya.

"Elok la tu, dua dua gila." Hunter memutarkan bebola mata ke atas

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro