CAPITOLO DODICI 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Fuck!"

Lily terjerit kecil apabila kasut kulit milik seorang jejaka menyepak bungkusan di tangan dan menyebabkan sisa makanan itu jatuh ke tanah dan menjadi kotor.

"Apa kau buat ni?!" Meninggi suara Franky sambil mencangkung dan merenung gadis yang kelihatan comot itu.

"Don't do this again, little girl. Aku hampir nak mati cari kau di merata tempat. And you're here." Franky menghela nafas lega melihat Lily di depan mata.

"T.. Tuan F.. Franzelx." Tergagap gagap Lily dengan nada tidak percaya bahawa Franky sanggup mencarinya di kawasan kotor ini.

"Come." Franky menarik tangan Lily. Gadis itu hanya menurut. Franky membawa Lily ke gerai makanan kegemaran Lily.

"Saya tak lapar." Ujar Lily perlahan. Tipu. Dia sangat lapar. Tapi dia taknak Franky bayarkan makanan untuknya. Lebih baik dia makan sisa tulang tadi daripada terhegeh hegehkan harta orang.

"Excuse me?" Soal Franky dengan nada tidak percaya. Kemudian dia menghela nafas.

"Kau makan dulu lepastu ikut aku balik rumah aku." Ujar Franky lembut. Lily menggeleng namun tiba tiba perutnya berbunyi.

Franky tersenyum nipis dan mula memesan makanan.

"Astaghfirullah Lily.. Kenapa jadi macamni? Kalau Lily ada masalah bagitahu la pacik InsyaAllah pacik tolong Lily." Ujar pacik gerai sambil meletakkan mi goreng basah ke atas meja sambil melopong memandang Lily yang comot dan selekeh itu.

Lily mengemam bibir menahan sebak.

Franky merenung gadis itu sebelum dia mengambil garfu lalu mi itu dililit di garfu dan dihala pada Lily.

"Makan." Arah Franky sambil menyua garfu kepada Lily. Lily mula rasa serba salah namun mulutnya tetap dibuka dan Franky menyuap mi ke dalam mulut Lily.

"Tangan awak.." Lily terjeda melihat tangan Franky yang dipatuk ular itu boleh menyuap makan untuknya.

"I'm too fucking worried about you till this hand couldn't feel the pain anymore." Balas Franky dingin. Tapi benar. Disebabkan terlampau terkejut dan risaukan Lily yang hilang dia terus mencari gadis itu dan tangannya sendiri tidak dihiraukan.

"Saya minta maaf." Lily menunduk. Franky terus menyuap makanan ke dalam mulut gadis itu.

"Jangan buat macamni lagi. Kalau ada apa apa masalah, bagitahu aku. Cari aku. Jangan memandai je seorang diri." Bebel Franky geram. Lily mengangguk perlahan.

Selesai sahaja makan, mereka mula ingin pulang ke rumah Franky.

"Tuan Franzelx. Biarlah saya disini. Saya taknak ikut Tuan Franzelx pergi rumah Tuan Franzelx. Saya segan." Lily memandang diri sendiri yang kotor itu. Baju yang sudah hilang warna asal dan tudungnya juga sudah bertukar warna.

Franky mengetap rahang.

"Jangan buat aku marah, Little girl. Masuk dalam kereta dan ikut aku balik rumah." Ugut Franky dengan wajah tegang. Mata Lily mula berkaca.

"Tapi saya kotor ni dan.."

"Masuk, Lily." Suara Franky menjadi tegas dan garang. Lily yang kecut perut itu hanya akur dengan arahan jejaka itali tersebut. Rasa tidak sanggup pula nak kotorkan kereta mewah Franky dengan dirinya yang kotor dan comot.

Franky turut masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Telefon diambil dan dia mendail nombor seseorang.

"Bro. Aku dah jumpa Lily. Nanti aku sampai KL." Ujar Franky kepada Hunter. Selepas talian dimatikan, Franky memandang Lily di tepi. Tangannya menurunkan kerusi kereta di tempat duduk Lily.

Lily merenung wajah kacak Franky yang dingin dan berada dekat dengan wajahnya itu.

"Tidur. Nak sampai KL lambat lagi. You need rest." Franky kembali menegakkan tubuhnya dan mula memandu. Lily hanya akur dan mata dipejam. Sekejap sahaja dia sudah lena.

Franky yang sedang memandu menoleh sekilas memandang gadis di tepinya sebelum bibirnya tersenyum nipis.

"Such a little girl."

***

Hunter melihat kereta milik Franky memasuki garaj rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi dan semua orang sudah tidur kecuali dirinya yang tidak mampu lena memikirkan si adik yang memandu tengah tengah malam.

Kelibat Franky yang sedang mencempung Lily yang lena itu dipandang.

"Letak dalam bilik tetamu." Ujar Hunter. Franky menjeling. Tahulah.

Kakinya melangkah ke bilik tetamu dan tubuh Lily dibaringkan di atas katil.

"Aku dah suruh bibik pinjamkan baju Queen untuk dia." Ujar Hunter.

"Thanks." Ucap Franky. Dia dan Hunter berlalu keluar apabila melihat bibik yang ditugaskan untuk menukar pakaian Lily masuk.

"You love her." Ujar Hunter. Franky menunduk dan menggigit bibir.

"Am I?" Soal Franky. Hunter tersenyum nipis dan mengangguk.

"You need to learn about love, Franky." Bahu Franky ditepuk beberapa kali dan Hunter berlalu pergi.

Franky melihat Hunter yang menjauh sebelum tangannya turut dipandang. Ajaibnya tangan dia boleh sembuh serta merta kerana seorang gadis.

***

Lily membuka perlahan matanya dan menguap. Mata memandang sekeling. Terus dia bangun dari katil.

"Aku dekat mana ni?" Lily mula cuak apabila melihat bilik mewah itu. Kemudian otaknya mula berfikir. Kan semalam dia dengan Franky...

Jadi inilah rumah Franky? Wuish, ini rumah ke istana? Lily mula jakun memerhati suasana mewah bilik itu.

Lalu sahaja di hadapan cermin, terus matanya terbuntang. Mata tudung dia?! Baju pun dah ditukar?!

Siapa yang tukarkan?

Bunyi ketukan mematikan rasa terkejut Lily pantas dia mengambil selimut di atas katil dan diletakkan di atas kepala bagi menutup rambut sebelum pintu bilik dibuka.

"Eh, Ika." Lily menguak pintu dengan agak lebar dan Quinn Davieka melangkah masuk. Lily membuang kembali selimut di atas kepalanya.

"Ni Franky belikan baju untuk you. Dia suruh I tolong bagikan." Beg kertas dihulur pada Lily. Lily mengambil beg itu dan baju dilihat. Lily menggigit bibir.

"Ika, baju ni mahal sangatlah. Lily.."

"Lily, tak lama lagi you akan jadi family ni juga. Duit Franky duit you. So belajar untuk jadi kaki pengikis macam I." Quinn Davieka menurunkan ilmu kikis duit kerana duit Hunter hanya dia sahaja yang guna. Hehe.

"Tapi..."

"Dah, tak payah fikir sangatlah. Tak luak pun duit Franky tu beli baju untuk you. You pergi mandi lepastu kita breakfast okay?" Soal Quinn Davieka. Lily mengangguk akur akhirnya.

Quinn Davieka tersenyum dan melangkah keluar dari bilik tetamu itu. Lily kembali memandang beg kertas berjenama Oscar De La Renta itu. Pastinya walaupun cuma baju kasual mampu mencecah ribuan ringgit.

Kenapa tak beli baju di bundle sahaja? Haih.

***

Lily melabuhkan duduk di atas kerusi dan tersenyum janggal memandang seorang wanita berusia 50an dan mempunyai raut wajah yang sangat jelita.

"Lei non sa parlare italiano. (Dia tak boleh bertutur dalam bahasa Itali.)" Ujar Franky kepada ibunya. Federica tersenyum dan mengangguk.

"Hi cutie. I am Federica, Franky's and Hunter's mamma. And you?" Soal Federica ramah.

"Lily." Jawab gadis itu perlahan. Franky tersenyum memandang gadis kecil yang jelas kelihatan kekok itu.

"Nice name, Lily." Puji Federica.

"Makanlah." Franky menunjuk ke arah makanan Lily. Gadis itu hanya akur dan lebih selesa diam. Hanya membiarkan ahli keluarga itu sahaja yang berborak.

***

Lily menyentuh kelopak bunga lili di halaman rumah itu. Kemudian matanya memandang seluruh laman yang sangat sederhana tetapi elegan.

Jauh berbeza dengan rumah kayu yang telah terbakar di kampung itu. Lily menghela nafas. Serta merta matanya kembali berair apabila teringatkan arwah atuknya yang sudah pergi.

"Tuan Franzelx."

Franky yang sedang santai merenung gadis itu mengangkat kening. Mata berkaca milik Lily ditatap.

"Kenapa awak buat semua ni? Kenapa awak masukkan duit untuk saya? Bagi saya harta?" Soal Lily sambil melangkah ke arah jejaka itu. Franky menghela nafas.

"Tak habis lagi ke pasal ni?"

"Takkan habis selagi saya tak tahu sebab kenapa awak buat macamni. Saya tak boleh terima pemberian awak Tuan Franzelx that's too much. Saya harap awak faham, saya taknak menumpang harta awak." Ujar Lily kemudian gadis itu tersenyum.

"Having life as a rich person is heaven, but not for me. Jadi saya merayu sangat awak ambil balik pemberian awak tu semua. InsyaAllah saya akan cari jalan lain untuk teruskan hidup saya, jangan risau." Lily mengelap air mata dengan senyum manis.

"Jalan lain apa? Merempat macam haritu? Makan sisa makanan? Duduk tempat kotor?" Bidas Franky sambil merenung gadis itu tajam. Lily menahan esakan. Franky memegang bahu gadis itu dan dihadapkan ke arahnya.

Mata Lily ditentang lembut.

"Why?"

"Saya.. Tak boleh." Esakan Lily terlepas. Dia taknak bergantung hidup pada sesiapa.

"But tell me why."

Lily menggenggam baju Franky.

"I just can't. Tolong faham, saya taknak bergantung hidup pada sesiapa. Biarlah apa apa jadi sekalipun, saya seorang je yang tanggung." Luah Lily. Bibirnya mengukir senyum dan dia menepuk perlahan bahu Franky.

"It's okay, I'll be fine living by my own."

"Hell the fuck no. Bunuh aku dulu baru kau boleh hidup tanpa aku."

Lily terkedu. Franky melepaskan gadis itu dan melangkah masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian jejaka itu kembali bersama sebuah pistol berwarna hitam gelap ditangan.

"Nah." Pistol itu dihulur pada Lily. Gadis itu memandang Franky.

"Ambil, bunuh aku. Now. Lepasni kau akan bebas selama lamanya little girl if i die." Arah Franky sambil tangannya masih menghulurkan pistol kepada Lily. Bibirnya mengukir senyum sinis sebelum satu tembakan dihala ke atas.

BANG

"Arghh!" Jerit Lily terkejut.

"Look.. ada peluru dalam ni, jangan risau. Ambillah. Kau nak hidup sendiri kan? Ambil, little girl. Kau akan menyesal jika kau tak bunuh aku sekarang." Provok Franky. Lily menggeleng perlahan dan kakinya mula melangkah ke belakang.

"Ambil!" Tengking Franky. Lily teresak.

"No..."

"Then why the fuck you asked me to let you live without me?!" Pistol itu dilempar sehingga berkecai di dinding. Terangkat bahu Lily kerana terkejut.

"Berhenti acah hebat, Nialily." Franky berkata dan seraya ingin berlalu pergi. Lily terus terduduk di atas lantai dan tangisannya semakin kuat.

"Saya tak hebat, Tuan Franzelx. I have nothing. I really have nothing."

Franky terhenti dan kembali memandang Lily. Gadis itu hanya menunduk dengan air mata yang berjuraian.

"I'm sorry." Franky mencangkung di hadapan Lily dan wajah itu direnung.

"Aku tak niat nak berkasar dengan kau atau hina kau. Aku cuma taknak kau rosakkan hidup kau sendiri, little girl. Just take what I gave you and live happily as you deserves it. Kau tak patut hidup susah macamni sedangkan aku ada untuk jaga kau."

"Tapi awak tak ada tanggungjawab pun untuk jaga saya. Awak tak ada apa apa kaitan pun dengan saya."

"Then let's make it as my responsible. Let's get married."

"Awak gila ke?"

"Ya, aku gila. Aku gila sebab possessive to you. Aku gila sebab aku cintakan kau tanpa sebab. Aku gila sebab sanggup sakitkan diri aku demi kau. Aku gila sebab pilih kau dari berjuta gadis lain di dunia ni." Bidas Franky. Lily terkedu dan merenung lelaki itu dengan riak tidak percaya.

Franky menghela nafas dan meraup muka. Dia turut duduk bersila di atas lantai bersama Lily.

"I don't know is this love or what but I really can't seeing you in trouble. I can't." Ujar jejaka itu jujur.

"Masa kali pertama aku jumpa kau, kau hampir dibunuh oleh Hunter.. Aku takut. U don't know but I'm scared Hunter akan bunuh kau."

***

[QUEEN'S CAPITULO ONCE]

"Please.. Capo, let her go. She know nothing I swear. Just kill me but please let her go." Rayu lelaki yang berada di dalam bilik besi itu. Kaki Hunter dipegang namun Hunter menyepak tangan itu menjauh. Franky yang duduk bersandar di pintu hanya diam dan merenung si gadis yang pucat kerana takut dibunuh oleh abangnya.

"But she took my Queen. She's poisoned my Queen. Am I should let her go?" Soal Hunter dengan wajah bingung yang dibuat buat. Gadis yang sedang menunduk dengan tangan menggigil itu dipandang.

"Saya yang suruh dia. Tolonglah Capo.. She's my only sister. Please.. I will do anything." akhirnya air mata lelaki itu gugur.

Franky memegang bahu Hunter membuatkan lelaki itu menoleh. Franky memberi isyarat mata agar Hunter mengasihani Lily. Pertama kali dalam hidupnya, dia menyekat abangnya membunuh.

Demi gadis itu.

Mata Hunter merenung Franky. His only brother. Perlahan lahan Hunter menghela nafas.

"Naikkan suhu sampai 80 darjah. Only give food to them. Jangan berani bagi air walau setitik pun untuk masa lima hari. If they're still alive after that, baru lepaskan mereka." ujar Hunter sambil melangkah keluar. Franky memandang dua orang itu. Jelas wajah Lily kelihatan amat lega kerana dirinya terlepas.

"Thank you, Sir Franky."

***

Lily membulatkan mata.

"A.. Awak ingat?" Soal Lily tergagap gagap. Franky tersenyum sinis. Mustahil dia boleh lupakan raut comel yang menangkap secebis perasaannya.

"Bukan aku je. Hunter dan Skyler pun ingat kau lah little girl. Davieka je yang tak perasaan gadis yang cuba racun dia dulu tu kau." Ujar Franky. Lily terus mencantumkan kedua tangannya.

"Jangan bagitahu Ika please. Saya.."

"What? Kena paksa dengan Luke?" Soal Franky. Lily terdiam dan menunduk. Franky tersenyum nipis.

"Mulai haritu aku ambil tahu pasal kau. Dan aku mula bagi kau harta. Tapi kau tak guna. Bodoh." Bidas Franky geram. Lily hanya terkebil kebil.

"When I met you dekat kampung, I... I don't know how to expose my feelings. I just got a fucking excited feeling to meet you again, little girl." Franky berkata jujur. Lily menahan sebak.

"Why? Saya bukan siapa siapa. There's a lot of girls dekat luar sana yang lagi bagus untuk awak." Gadis itu bernada perlahan. Franky tersenyum herot.

"Kan aku dah cakap aku gila sebab pilih kau." Ujar jejaka itu santai.

Lily turut tersenyum nipis.

"It's okay, take your time. Fikir masak masak dulu lepastu bagi jawapan kau. Tapi kau tak ada pilihan lain, just yes is the answer."

Lily berdecit tidak puas hati.

"Habistu apa guna awak bagi masa? Mana boleh paksa paksa orang terima lamaran awak." Bebel gadis itu. Franky tersenyum dan bangun dari lantai.

"I don't care." Mudah jawapan jejaka itu sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Lily merengus.

***

Vote and comment🌹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro