CAPITOLO UNDICI 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PANG

Skyler terjatuh ke lantai dan bibirnya terluka akibat tamparan dari Hunter.

Jemarinya mengusap bibir yang telah mengeluarkan cecair merah.

"Awak.." Quinn Davieka mula ingin menenangkan Hunter namun lelaki itu menegah.

"Sekarang ni, cari si pendek tu sampai dapat. Aku tak kira apa pun jadi aku nak kau cari pendek tu sampai dia ada depan mata aku. Macamana kau boleh terlepas budak tu?!" Tengking Hunter. Tidak percaya bahawa Skyler boleh cuai dan menyebabkan Lily menghilangkan diri. Sedangkan selama ini Skyler adalah anak buahnya yang sangat berkebolehan dalam setiap bidang.

"Franky tu belum sembuh! Kalau dia tahu Lily hilang, dia akan cari pendek tu dan tangan dia takkan sembuh!" Marah Hunter lagi.

"Aku akan cari Lily." Ujar Skyler sambil menunduk sedikit. Hunter menghela nafas dan meraup muka.

"Jangan sampai Franky tahu Lily hilang." Pesan Hunter sebelum melangkah keluar. Skyler mengeluh perlahan.

"Macamana Lily boleh hilang? You ada buat apa apa ke?" Soal Quinn Davieka sambil melangkah ke arah Skyler. Skyler menggeleng.

"Habistu takkan dia nak menghilangkan diri secara tiba tiba? Tak logik."

"Its a long story, Davieka." Keluh Skyler bersama riak buntu. Di mana dia ingin mencari gadis yang tiada apa apa alat komunikasi yang membolehkan dia mengesan kedudukan gadis itu?

"Just tell me." Quinn Davieka mengecilkan mata ke arah Skyler.

***

"Dah nak maghrib ni. Jom balik, tak elok kita dekat luar waktu waktu macamni." Ujar atuk sambil bangun. Lily dan Skyler yang sedang berkebun itu juga turut bangun. Skyler menepuk nepuk seluarnya yang terkena tanah. Habis kotor pakaiannya.

"Jom awak, balik." Ajak Lily. Skyler tersenyum nipis dan mengangguk. Mereka bertiga mula berjalan ke rumah kayu milik atuk.

Langkah Skyler terhenti apabila melihat rumah kayu usang itu menyala nyala dan asap berkepul kepul di udara.

"Astaghfirullahalazim!" Atuk pantas melangkah masuk ke dalam rumah yang semakin marak dijilat api itu untuk menyelamatkan barang barang penting tanpa sempat ditahan oleh Skyler.

"Atuk!" Lily menjerit dan kakinya turut berlari namun lengannya dicengkam kemas oleh Skyler.

"Gila ke? Api besar tu jangan masuk!" Arah Skyler. Lily meronta.

"Atuk dekat dalam!" Bentak Lily sebelum dia meronta ronta dengan kuat. Skyler mengetap gigi.

"Biar aku masuk. Kau tunggu sini. Jangan masuk!" Pesan jejaka itu sebelum dia berlari masuk ke dalam rumah kayu itu. Lily mula mengalirkan air mata dan menggeleng.

"Atuk!" Tanpa menghiraukan amaran Skyler, dia berlari masuk ke dalam rumah.

Skyler mencari cari kelibat lelaki tua di dalam rumah yang dipenuhi asap itu. Hidung dipekup apabila asap semakin banyak.

Mata Skyler menangkap sekujur tubuh yang dibaham api bersama kitab AlQuran di dalam dakapan.

"Atuk!" Skyler cuba menyelamatkan lelaki itu namun jasad itu sudah tidak bernyawa dan sudah dimakan api bersama AlQuran.

Skyler terkaku.

"Atuk!"

Terus dia menoleh apabila terdengar suara Lily dari jauh. Pantas kakinya berlari ke arah gadis itu. Dia kena selamatkan Lily walau apa pun yang terjadi.

"Atuk tak ada dekat sini. Jom!" Tipu Skyler sambil menarik tangan Lily keluar apabila beberapa bunyi letupan kedengaran.

"Taknak! Lily nak cari atuk!"

"Kau jangan degil boleh tak?!" Tengking Skyler hilang sabar. Tubuh Lily didukung dan dia berlari keluar. Lily terus memukul belakang Skyler dan meronta.

"Lepaslah!!" Jerit gadis itu. Skyler menurunkan Lily apabila mereka sudah keluar dari rumah itu.

"No, Lily!" Tangan Lily dipegang apabila gadis itu ingin berlari masuk kembali.

"Atuk!" Lily mula menangis dengan kuat. Rontaannya turut kuat cuba untuk melepaskan diri dari pegangan Skyler ditangannya.

Dia kena selamatkan atuk!

"He's dead. Okay? He's dead. I'm sorry." Pinta Skyler sambil meraup wajah. Lily terkedu sebelum dia menggeleng dengan laju.

"Tak. Atuk tak mati. Dia dekat dalam tunggu Lily selamatkan dia!" Lily terus meronta.

"Lily hei.. Lily dengar sini."

"Taknak! Saya nak pergi cari atuk saya awak tak faham bahasa ke?! Lepaskan saya!" Jerit Lily kuat.

"Diam!"

Hampir terhenti nafas Lily apabila selaras pistol diletakkan di dahinya.

"Atuk dah tak ada. He's dead." Jelas Skyler apabila gadis itu kelihatan sedikit tenang. Pistolnya diturunkan.

Lily terus merampas pistol ditangan Skyler dan pistol itu dihentak dengan kuat ke leher Skyler.

"Arghh!" Skyler memegang lehernya. Lily menggunakan peluang itu untuk melarikan diri dari Skyler dan semua ini.

"Lily!" Skyler cuba mengejar namun tubuh genit gadis itu sudah hilang dari pandangannya.

"Auch.." Lehernya dipegang.

***

"Where should I find her?" Soal Skyler perlahan. Quinn Davieka menggigit bibir dan menggeleng perlahan. Dia pun tak tahu di mana mahu cari Lily.

"Masaklah I kalau Franky tahu." Rambutnya dikusutkan. Quinn Davieka tersenyum nipis.

"It's okay. I akan tolong you cari Lily." Bahu Skyler ditepuk lembut.

"I appreciate that but no. Just take of yourself and your baby. Kalau jadi apa apa pada you pula matilah I kena dengan Hunter tu. I taknak tempah bala, Davieka." Ujar Skyler sebelum tersenyum nipis.

"Jom makan dulu." Ajak Quinn Davieka apabila melihat wajah tertekan milik Skyler. Jejaka itu hanya akur dan mereka mula bergerak ke meja makan.

"Mana Franky?" Soal Quinn Davieka sambil melabuhkan duduk.

"Biar I pergi tengok." Skyler pamit sebelum melangkah naik ke bilik Franky dan pintu bilik itu dibuka.

"Franky?" Skyler menapak masuk ke dalam bilik mewah yang sepi itu.

"Franky?" Panggilnya lagi sebelum dia mencari kelibat Franky di dalam bilik itu.

Mata Skyler menangkap sesuatu di atas lantai dan dia menunduk mengambil barang di atas lantai itu. Matanya membulat dan terus dia menuju ke arah laci di dalam bilik itu. Laci dibuka dan dia mencari kunci kereta Franky. Tiada.

"Where is him?" Satu suara menjengah di pintu. Skyler pantas menoleh.

"Apa tu?" Hunter mengerutkan dahi melihat benda di tangan Franky.

"His badges. Dia buang balutan di tangan dia and he's driving by his own. Kunci kereta dia tak ada." Jelas Skyler sambil menunjukkan ke arah laci kosong tempat terletaknya kunci kereta Franky.

Semestinya Franky sudah tahu bahawa Lily hilang dan dia mencari Lily sekarang ini.

"Bullshit." Hunter terus melangkah pergi. Skyler juga mengekori jejaka itu untuk mencari Franky.

"Dove state andando entrambi? (Kamu berdua nak pergi ke mana?)" Soal Federica apabila melihat dua jejaka itu kekalutan.

"Abbiamo qualcosa da fare. Voi due potete prima mangiare, poi mangeremo quando tutto sarà finito. (Kami ada hal sekejap. Kamu berdua makan dulu, nanti kami makan bila semuanya selesai.)" Hunter mencium pipi Federica dan kemudian mencium bibir Quinn Davieka sebelum dia dan Skyler melangkah keluar dari rumah itu.

***

Lily menampar nyamuk ditangannya. Matanya yang sembap dan bengkak memerhati kawasan sekeliling.

"Atuk.. Kenapa tinggalkan Lily? Lily dah tak ada siapa siapa dah atuk. Rumah kita dah terbakar, Lily dah tak tahu nak tinggal dekat mana." Air mata yang tadinya kering kini kembali membasahi pipi.

Lily memandang beberapa manusia yang turut duduk di bawah pinggir kaki lima sepertinya. Ada yang tidur di atas kadbod, ada yang mencari makanan di tepi jalan.

Lily mengusap perut yang berbunyi. Empat hari sudah dia berjalan tanpa arah tuju semenjak atuknya dikebumikan. Rumah kayu yang dia duduk sudah hancur dijilat api.

Lily menggigit bibir dan duduk bersandar di dinding. Dia melabuhkan duduk di atas tanah dan dia memeluk tubuh.

Mata Lily memandang bungkusan makanan terbiar di atas tanah. Perut yang berbunyi disentuh dan dia menelan air liur.

Perlahan lahan kakinya melangkah ke arah bungkusan makanan itu dan dia mengambil bungkusan makanan itu lalu dibuka.

Kelihatan sisa dan tulang tulang ayam berada di dalam bungkusan tersebut. Lily mengambil tulang itu sebelum dihalakan ke mulut.

"Fuck!"



🔒51 ⭐

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro