CAPITOLO TRENTA 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lily mundar mandir di ruang tamu. Bibir digigit resah. Dah nak masuk tengah hari ni tapi Franky masih tak balik.

"Kau buat apa dekat dia?" Soal Hunter sambil memandang Lily tajam. Dia cuba menelefon Franky tetapi telefon Franky berada di rumah. Jejaka itu keluar tanpa telefon.

Jadi Skyler tidak dapat menjejak lokasi Franky.

Tiba tiba telefon milik Hunter berbunyi. Panggilan dari Skyler.

"Bro, I found Franky."

Hunter menghela nafas lega.

"Tapi.."

"Tapi apa?" Soal Hunter. Kedengaran Skyler mengeluh seketika.

"Kau datanglah sini kejap. Aku send location." Ujar Skyler sebelum talian dimatikan. Hunter memandang Quinn Davieka dan Lily.

"Jaga diri." Pesan Hunter. Quinn Davieka mengangguk dan mereka berciuman seketika sebelum Hunter terus pergi.

Quinn Davieka memandang Lily.

"Walaupun I bukan isteri Franky, tapi I kenal Franky tau. Dia takkan buat apa apa tanpa sebab. What happened?" Soal Quinn Davieka.

"Salah Lily. Lily yang buat dia terasa hati, Lily kecewakan dia." Lily mengaku perlahan. Matanya berkaca dan dia menceritakan semua masalah kepada birasnya itu.

"Franky tu memang orang ego tinggi, susah nak mengaku kalau dia cintakan seseorang. But he doesn't speak, he act. Dia tunjukkan cinta dia melalui perbuatan." Quinn Davieka tahu Franky jika sayangkan seseorang, dia takkan cakap dengan mulut.

Sepertimana Franky sayangkan Hunter, dia tidak pernah meluahkan dengan mulut. Dia cuma tunjuk sayang dia pada Hunter dengan berada di sisi jejaka itu untuk membina empayar D'Ezekiel.

"You tak rasa yang you pentingkan diri sendiri? You nak mama suka you, you nak jadi baik di hadapan semua orang. Tapi Franky yang jadi mangsa. You paksa dia kahwin dengan Victoria, demi nak orang suka you. I tahu you baik, Lily. Tapi cara you salah. You tak boleh gunakan Franky untuk buat orang lain suka you. Franky juga manusia. Dia pun ada perasaan."

Lily mula teresak.

"I minta maaf kalau I sakitkan hati you. I cuma nak you sedar yang Franky cintakan you. Dia memang tak cakap tapi takkan you tak nampak how he sacrifices himself for you?" Soal Quinn Davieka lembut. Lily mengelap air matanya dan hanya diam.

***

"What the fuck?!" Hunter berjalan laju ke arah Franky yang digari. Kemudian bangunan bar yang terdapat pelekat kuning diperhati.

"Kenapa ni?" Soal Hunter kepada Skyler.

"Franky bunuh one of the employee dekat bar ni semalam. Ada orang report polis pula."

"Siallah." Hunter memandang Franky yang hangover akibat minum arak berlebihan. Pipi Franky ditepuk beberapa kali.

Franky tergelak kecil dan memandang darah di bajunya dengan teruja. Hunter memandang polis yang sedang mengawasi adiknya itu.

"Skyler now."

Seluruh kawasan itu menjadi kabur akibat bom asap yang diletupkan oleh Skyler. Terus Hunter menikam pengawai polis yang sedang mengawasi Franky itu.

Mata polis itu terbeliak sebelum darah tersembur dari mulutnya. Hunter mengambil kunci lalu gari ditangan Franky dilepaskan. Terus dia membolos masuk bersama Franky di dalam kereta dan mereka memecut pergi.

Skyler menekan pedal minyak dengan kuat apabila beberapa kereta polis mengejar mereka dari belakang.

"Police and thief.. one two jaga.. polis mati pencuri jaga!" Nyanyi Franky yang masih mabuk itu sebelum tawanya keluar. Kepalanya bergerak ke kanan dan kiri seolah olah masih berada di kelab malam yang mempunyai lagu kuat. Hunter menggeleng.

"Panggil anak anak buah langgar diorang." Ujar Hunter. Skyler mengangguk dan tidak lama kemudian, kereta milik D'Ezekiel mula memecut dengan keadaan melawan arus dan merempuh kereta polis tersebut.

Terus Skyler mengambil peluang itu untuk menyorok dan mengambil jalan pintas pulang ke rumah.

***

"Awak!" Lily pantas berlari apabila melihat Franky. Matanya membulat melihat baju Franky yang berlumuran darah.

"What happened?" Soal Quinn Davieka apabila melihat wajah terkelu Lily.

"He kills the prostitute."

"Mana ada bunuh! Tikam je." Sengihan lebar ditayang bersama mata yang kuyu dan hampir tertutup. Franky kembali menggoyangkan kepala ke kiri dan ke kanan lalu menari sedikit. Hunter mengeluh dan membawa Franky di dalam bilik.

"Saya boleh uruskan Tuan Franzelx." Ujar Lily. Hunter hanya diam dan berlalu pergi.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, Franky masih membebel dengan wajah memerah kerana tidak puas hati.

"I don't want her! Bau dia tak macam bau..." Franky terjeda apabila Lily duduk di tepinya. Dia menoleh memandang Lily lalu bibirnya tersenyum lebar dan tubuh Lily dipeluk.

"Bau ni." Pipi Lily dicium dan digigit sedikit. Lily membalas pelukan Franky dan wajah jejaka itu dipekup. Wajah Franky yang masih mabuk itu ditenung. Mesti Franky minum arak berlebihan menyebabkan lelaki ini mabuk sebegini rupa.

"Saya minta maaf." Pinta Lily dengan mata berkaca.

Benar apa yang Quinn Davieka cakap. Dia pentingkan diri sendiri. Gara gara ingin semua menyukainya, dia melukakan hati milik lelaki yang banyak membantunya.

Franky tergelak kecil kerana akhirnya bau yang dia cari dijumpai.

Gadis yang dibunuh semalam, tidak mempunyai bau seperti gadis kecil comel di hadapannya ini.

"Jom, bersihkan diri awak dulu." Ujar Lily sambil menarik tangan Franky namun jejaka itu mengeraskan tubuh.

"Nak..." Franky membaringkan diri di atas katil dan secara tiba tiba tawanya keluar. Seperti orang tidak waras pun ada. Sebab inilah kita tidak boleh minum arak.

Lily mengeluh perlahan. Tiba tiba bunyi ketukan mengalihkan perhatiannya. Terus Lily melangkah ke pintu dan pintu dibuka sedikit.

"Nah, buat air halia untuk dia. InsyaAllah boleh hilangkan mabuk. Kalau tak pun Lily buatkan telur untuk dia. Hunter dulu mabuk pun I buat macamtu. Alhamdulillah menjadi. I dengan Hunter balik dulu tau. Ada apa apa call terus." Ujar Quinn Davieka sambil menghulurkan paket teh halia untuk Lily.

Lily tersenyum.

"Terima kasih, Ika."

***

Teh halia itu dibawa ke dalam bilik dan Lily melihat Franky yang sudah terlena. Hidung dipekup apabila bau arak dan hanyir darah berleluasa di dalam bilik itu.

Lily mula menukar pakaian Franky. Kain lembap disapu pada badan suaminya. Franky jadi macamni pun disebabkan dia.

"Saya minta maaf." Dahi Franky dicium lembut dan Lily membawa pakaian kotor itu keluar.

Franky membuka matanya apabila terasa bibir Lily mendarat di dahinya. Kemudian dia melihat gadis itu melangkah keluar dengan bajunya.

Macamana gadis itu menukar bajunya? Franky bingung sendiri. Kemudian matanya yang separa terbuka itu memandang si gadis yang kembali masuk ke dalam bilik.

Lily tersenyum melihat Franky yang terkelip kelip memandangnya dengan riak keliru. Entah apalah yang dia kelirukan itu.

"Awak, tu saya buatkan teh halia untuk awak. Minum ya? Nanti kuranglah sikit sakit kepala tu." Lily mengambil cawan di atas meja dan disua pada Franky yang masih tidak bercakap dan keliru.

"Nah."

Franky hanya akur dan menelan air itu. Berkerut dahinya menahan rasa air yang tidak sedap itu.

"Awak, saya minta maaf tau. Sebab saya, awak jadi macamni. Teruk kan saya? Selfish." Gumam Lily sambil mencium tangan Franky. Franky masih diam memikirkan siapa gadis di hadapannya ini.

Tawa kecil keluar dari bibir jejaka itu.

"Fuck." Tak semena mena carutan keluar dari bibir Franky apabila dia masih terasa mamai sehingga dia tidak mengenali siapa Lily.

"Awak ni!" Lily menepuk paha Franky kuat. Tak habis habis mencarut. Ingat elok sangat ke.

Franky menolak Lily dan terus berlari ke tandas. Pili dibuka lalu terus dia termuntah.

Lily membawa tuala lalu belakang Franky digosok.

"Air apa kau bagi ni?" Soal Franky sambil mengambil tuala di tangan Lily dan mengelap mulutnya yang telah dicuci. Berkerut dahinya memandang Lily.

Barulah otaknya dapat berfungsi kembali.

"Itu air halia. Ika bagi." Jawab Lily. Franky melangkah keluar dari bilik air.

"Awak awak awak!" Lily berlari mengejar langkah Franky dan tangan itu dipaut.

"Saya minta maaf." Pinta si gadis tanpa rasa jemu.

"Lepastu buat lagi." Sindir Franky sambil menyangkutkan tualanya di hanger. Lily menggeleng.

"Tak. Saya janji. Saya minta maaf. Saya tahu saya ni teruk, selfish. Saya paksa awak untuk kahwin dengan Victoria sebab nak mama suka saya lepastu apa yang saya cakap semalam tu, sumpah saya tak maksudkan pun. Saya ingatkan bila saya cakap macamtu, awak akan setuju untuk kahwin dengan Victoria tapi..."

"Kau tak habis habis cakap pasal Victoria!" Bentak Franky.

"Dengarlah dulu apa yang saya nak cakap. Saya memang nak awak kahwin dengan dia tapi sekarang saya taknak awak kahwin dengan dia. Awak maafkan saya ya? Saya salah." Lily merenung Franky dengan mata berkaca.

"Taknak maafkan." Franky menjeling Lily dan berlalu ke katilnya.

"Awak..." Lily mula menangis. Franky mengambil telefonnya dan berlalu ke bilik sebelah.

Pintu dikunci.

"Tuan Franzelx!" Lily semakin kuat menangis apabila Franky tidur di bilik sebelah.

***

Telefon diletakkan di tepi apabila perutnya mula berbunyi minta diisi. Franky menggeliat sedikit dan mengerling jam sekilas. 11 malam.

Dah tengah malam pun lapar lagi. Seharian dia berkurung di dalam bilik kerana melancarkan mogok dengan Lily. Nombor Lily juga diblock supaya gadis itu tidak dapat menghubunginya.

Pintu bilik dibuka dan dia terkaku melihat tubuh genit kecil yang sedang tidur di atas lantai di hadapan bilik yang dia duduk sekarang.

"Little girl, hei.." Franky tunduk lalu mengejutkan si isteri yang tidur di hadapan pintu biliknya.

Terpisat pisat Lily membuka mata.

"Awak.." Lily menguap sebelum memandang Franky yang beriak bingung memandangnya.

"Kenapa tidur sini?" Soal Franky.

"Saya tunggu awak. Saya nak tidur dengan awak." Ujar Lily sambil menunduk. Franky menghela nafas perlahan dan tubuh Lily ditarik ke dalam pelukan.

"Awak maafkan saya ya?" Soal Lily perlahan. Tangannya memeluk tubuh tegap Franky dengan kemas.

"Ya, aku dah lama maafkan kau lah. Bebal." Franky berasa geram apabila Lily terlalu bengap sehingga gadis itu sanggup tidur di hadapan bilik demi mendengar kata maaf darinya.

Franky mengerutkan dahi apabila Lily hanya diam di dalam pelukannya.

"Little girl?" Pipi Lily ditepuk lembut. Tapi gadis itu tidak merespon.

"Little girl? Kau okey tak ni?" Soal Franky kalut. Tubuh Lily digoyangkan beberapa kali namun Lily masih tidak sedar. Terus dia mendukung Lily ke dalam bilik mereka.

***

"Dia tak apa apa, kan?" Soal Franky sambil melihat doktor yang sedang memeriksa keadaan Lily. Doktor itu tersenyum.

"Isteri signore baik baik sahaja. Mungkin dia penat sebab di awal kandungan."

Dahi Franky berkerut. Si doktor yang melihat riak Franky semakin lebar senyumnya. Pasti Franky mahupun Lily tidak tahu akan hal ni.

"Signora Lily mengandung." Ujar doktor itu.

Franky tercengang.

"Mengan.. what?!" Soal Franky terkejut. Doktor itu mengangguk.

"Tahniah."

Franky meraup wajahnya. Tidak tahu reaksi bagaimana untuk ditunjukkan. Dia gembira, tetapi dia juga rasa bersalah sebab buat Lily menangis. Dia juga tak percaya bahawa dia bakal menjadi ayah.

Perasaan yang bercampur baur.

Hampir dua jam barulah Lily kembali sedar.

"Hei." Franky mencuit pipi si isteri. Lily mengerutkan dahi dan memandang Franky.

"Apa jadi?" Lily duduk dari baringnya. Tadi dia peluk Franky lepastu black out. Semuanya dia tak ingat apa jadi.

Franky tersenyum lebar.

"I'm fucking happy!" Tangan Lily digenggam. Gadis itu mengerutkan dahi.

"Kenapa?"

"How to say. Oh my gajus I'm nervous!" Franky merenung mata Lily dengan riak teruja.

"You're pregnant." Ujar Franky satu nafas. Lily terdiam seketika. Cuba memproses ayat Franky.

"A.. wak.. gurau, kan?" Soal Lily tidak percaya. Franky menggeleng.

"I'm not! You're pregnant. Our baby."

Lily memekup mulutnya dengan mata membulat. Baju Franky digenggam kemas sambil bibirnya terus tersenyum lebar.

***

Federica membulatkan mata mendengar berita dari anaknya. Bibirnya tersenyum lebar.

"So I'll have another grandbaby? " Soal Federica teruja.

"Si mamma." Ujar Franky dihujung talian.

Victoria yang berada di sofa mengerutkan dahi mendengar perkataan 'grandbaby' di mulut Federica. Quinn Davieka mengandung lagi?

Atau... Lily.

Victoria terus menjadi tidak senang duduk. Matanya memandang Federica yang sedang berbual dengan anak lelakinya.

Tidak lama kemudian, talian dimatikan.

"What happened?" Soal Victoria terus. Federica tersenyum lebar.

"Lily's pregnant. I'm gonna have my second grandbaby." Ujar Federica teruja. Jantung Victoria seakan akan ingin luruh apabila mendengar khabar itu.

"O..oh."

Victoria meneguk airnya perlahan bagi mengurangkan rasa sakit hati di dada.

"Why are you happy? Mamma, do you can accept Lily in our family?" Soal Victoria cuba menghasut.

"I'm not accepting her, I'm accepting my son's baby." Ujar Federica. Victoria tersenyum lebar dan mengangguk.

"You know, I think maybe Lily will make your grandbaby turn out like her. Rude, and become parasite in our family. Just look how she influenced everyone to convert into Islam. And ignoring your feelings. Your son also married her without telling you even a word! What a rude daughter in law."

"I know. That's why I hate her." Federica merengus mengenangkan Lily yang sudah mempengaruhi anaknya agar memeluk Islam dan berkahwin tanpa kebenarannya. Wajah comel dan naif

Tapi perangai kalah setan!

Federica menggerutu sendiri. Dia akan pastikan cucu kandungnya itu tidak akan mengikut jejak langkah Lily dan Franky yang menjadi muslim. Dia akan bertarung habis habisan demi mendapatkan cucunya dan mendidik cucunya dalam ajaran Kristian.

"I know it's hard for you to have a toxic person like that in your family. I'll help you to get your grandbaby, mamma." Ujar Victoria sambil memegang tangan Federica. Wanita tua itu memandang Victoria penuh kasih.

"Thanks."

Kenapalah Franky terlalu buta untuk menilai kebaikan dan keikhlasan Victoria? Kan senang kalau anaknya berkahwin dengan Victoria? Gadis yang baik dan cantik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro