CAPITOLO TRENTUNO 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau sedia?"

Lily menoleh mendengar soalan Franky. Dahinya berkerut.

"Sedia untuk apa?"

"Untuk pulang ke istana dan bagitahu keluarga kau tentang semua ni. Tentang diri kau." Ujar Franky sambil menggenggam tangan Lily. Lily menggeleng.

"Saya..."

"Little girl, you're pregnant. Tak lama lagi anak kita akan lahir dan takkan kau nak anak kita tak tahu siapa keluarga mereka? Sejauh mana pun kau cuba lari, satu hari nanti semuanya akan terbongkar juga. Kau nak anak anak kita benci kau semata mata kerana ini? Kau nak hilang anak ni?" Soal Franky. Air mata Lily mula bergenang.

"Saya takut. Macamana kalau mereka tak percayakan saya dan anggap saya ni seorang pembohong? Tak mustahil saya akan mati."

Bibir Franky tersenyum sinis.

"You won't. They'd never hurts you if I am alive. Never. Mark my words." Serius renungan yang diberi oleh Franky kepadanya.  Lily membalas genggaman tangan Franky dan air matanya mula luruh.

"Kalau awak pula mati.. macamana?" Soal Lily.

"I'm D'Ezekiel, Lily. We have a lot of weapons and we can started the war. We can win. And we can destroyed this kingdom in a second."

Lily tertunduk dan mengangguk perlahan. D'Ezekiel. Siapa sahaja tidak kenal kumpulan bangsawan mafia ini? Sedangkan polis juga takut untuk memburu mereka.

"I will protected you." Franky mendekatkan jarak mereka dan bahu Lily dipeluk.

"Eventho I need to be a beast."

***

Bibir yang dari tadi menyanyikan lagu berdendang merdu di sekitar taman istana.

"Wah merdunya suara Tuan Puteri."

Si gadis menoleh dan tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang manis. Kaki melangkah ke arah dayang yang sedang menghidangkan minum petang untuknya.

"Bonda dan Ayahanda mana?" Soal si gadis sambil tangannya mengambil makanan di dalam piring kaca itu lalu disumbat ke dalam mulut.

"Mereka ada sahaja. Kenapa?" Soal dayang itu. Gadis berlesung pipit menggeleng laju. Rambut yang terjurai panjang disanggul dan dikepit.

"Oh ya. Tuan Puteri Lily kenal D'Ezekiel?" Soal dayang itu. Gadis yang digelar sebagai 'Tuan Puteri Lily' itu mengerutkan dahi.

"Kenapa?" Soal gadis itu ingin tahu.

"Mereka menghantar utusan untuk menghadap Sultan dan Permaisuri nanti minggu depan. Sekarang pihak istana sedang buat persiapan untuk menyambut mereka kerana D'Ezekiel adalah golongan bangsawan Itali. Mungkin dengan cara ini, hubungan negara kita dengan Itali dapat dieratkan." Ujar dayang itu sambil menuangkan air ke dalam cawan si puteri.

Si puteri itu terdiam. Semestinya semua orang kenal D'Ezekiel. Bibirnya tersenyum lebar.

Dapatlah dia berjumpa dengan salah seorang golongan bangsawan tersebut. Jejaka yang diminati dalam diam sejak dulu lagi.

Franzelx D'Ezekiel

***

"Bonda.. boleh Lily masuk?" Pintu diketuk beberapa kali sambil melihat si Permaisuri yang sedang membelek bunga.

"Masuklah sayang."

Si Puteri melangkah masuk.

"Bonda, betul ke minggu depan D'Ezekiel akan datang untuk bertemu kita? Atas sebab apa?" Soal puteri itu.

Permaisuri Tengku Anabella Danielle menoleh memandang 'anak'nya.

"Ya. Mereka cakap ada urusan penting. Tapi mereka taknak bagitahu sebelum berjumpa jadi kita perlu tunggu mereka datang. Kenapa? Puteri bonda nampak macam ada apa apa je." Puteri Anabella memandang anaknya dengan pandangan sangsi.

"Bonda.. Bonda tahu kan Lily dah lama sukakan salah seorang ahli keluarga bangsawan tu? Bonda boleh tolong kenalkan Lily pada dia?" Soal si puteri dengan wajah mengharap. Permaisuri Anabella tersenyum.

Semestinya dia tahu anak gadisnya ini berkenan dengan jejaka bangsawan tersebut. Franzelx.

"Kalau nak dia berkenan, puteri bonda kena lah pakai cantik cantik tau nanti."  Pipi gebu anaknya diusap penuh kasih. Tuan Puteri itu terus tersenyum lebar dan mengangguk.

Disebabkan D'Ezekiel juga adalah golongan bangsawan Itali yang tersenarai dalam tangga teratas kelompok terkaya di dunia, maka senang sahaja untuk dia memberi izin anaknya berkahwin dengan jejaka itu. Ekonomi mereka akan semakin kukuh dengan terjalinnya hubungan dengan golongan bangsawan itu.

Dan jika Franzelx berkahwin dengan anaknya, sudah pasti separuh wilayah negara ini akan menjadi milik Franzelx.

"Lily keluar dulu ya bonda. Lily perlu cari baju yang paling cantik untuk dipakai nanti." Ujar si puteri teruja dan terus memeluk Permaisuri Anabella.

***

"Mereka dah bagi izin untuk kita bertemu. Minggu depan tarikhnya." Hunter memberi surat diraja itu kepada Franky.

Lily menggenggam kemas lengan baju Franky.

"Awak, saya takut." Bisik Lily perlahan. Franky menoleh dan memandang isterinya.

"They're human, little girl. They won't eat you and our baby." Ujar Franky mengusik untuk mengurangkan rasa takut Lily. Lily menepuk bahu Franky. Orang tengah takut dia nak melawak pula!

"We need to prepare the proof. Lily kena buat DNA test dengan Permaisuri or Sultan nanti kami sediakan doktor pakar makmal untuk segerakan keputusan dan buat test disana." Ujar Hunter. Lily memandang abang iparnya dengan renungan berkaca. Terharu kerana mereka semua ingin menolongnya.

Hunter tidaklah jahat sangat. Dia cuma terlampau dingin dengan semua orang kecuali isterinya.

Kemudian dia memandang Franky. Suami.

Ya, suami dia.

Franky menoleh apabila terasa Lily merenung wajahnya. Tepat firasatnya apabila Lily sedang merenungnya dengan renungan angau.

Terus wajah Lily ditolak dari terus menilik wajahnya.

Tergoda dengan renungan Lily.

Lily berdecit. Nak tengok pun tak boleh. Biarlah, sekali sekala nak angaukan suami.

"Gila lah. Macam dongeng sial." Franky ketawa memikirkan isteri yang dikahwini di sebelahnya ini merupakan kanak kanak kecil yang ditolak dan ditarik rambut olehnya dulu.

Tidak lupa juga gula gula Hack buat Lily.

Lily turut tersenyum. Harap haraplah mereka percayakan dirinya. Kerana anak dalam kandungan ini perlu kenal keluarga ibunya juga.

"Awak.. saya nak tanya sikit boleh?" Soal Lily perlahan, hampir berbisik.

"Apa?" Soal jejaka itu.

"Haritu masa restoran saya terbakar, kan abang awak selamatkan Abang Luke. Kenapa ya?" Bisik Lily perlahan.

Nak tanya Hunter, tapi dia masih gerun dengan Abang iparnya yang garang itu.

Hunter menjeling si adik ipar yang sedang berbisik itu sebelum bangun dari sofa.

"Nak aku balik cakap je lah." Hunter terus melangkah keluar untuk pulang. Baik dia main dengan anak dia dan isteri dia. Lagi bahagia.

"Eh.." Lily mula rasa serba salah dengan Hunter. Franky pantas menarik tangan si isteri yang ingin mengejar Hunter.

"Dia memang macamtulah. Kau ni. Meh duduk sini." Pinggang Lily dipeluk dan Franky menanggalkan tudung Lily. Rambut gadis itu juga dilepaskan dari ikatan dan dibelai lembut.

Suka betul dia dengan rambut Lily.

"Abang.. abang. Aku ni asyik panggil Tuan pula." Cebik Franky.

"Saya kan panggil Abang Luke, abang sejak kecil lagi. Lainlah awak, awak juga yang suruh saya panggil awak Tuan."

"Aku suruh tu sebelum kahwin ke selepas kahwin?"

"Sebelum."

"Sekarang dah kahwin ke belum?"

"Dah." Lily terkebil kebil memandang Franky sebelum pandangan jatuh pada bibir Franky yang sedang muncung sedepa memprotes.

Menggoda.

"Kalau macamtu saya panggil awak abang juga lah." Pipi Franky dipekup dengan kedua tangan kecilnya dan bibir itu diragut.

"Taknak abang." Franky mengerutkan dahi dengan wajah cemberut. Taknaklah dia dipanggil nama sama dengan Luke!

"Habistu nak saya panggil apa?"

"Orang melayu panggil apa pada suami?" Soal Franky ingin tahu.

"Diorang panggil abang lah."

"Abang?" Dahi Franky berkerut. Abang kan untuk abang?

Lily mengangguk.

"Orang sini panggil abang untuk suami mereka."

"Taknak abang!!" Bentak Franky sambil menepuk sofa dengan kedua dua tangannya.

"Habistu?"

"Takkan berjuta juta rakyat Malaysia ni panggil suami dia.. abang?" Soal Franky. Lily terdiam seketika.

"Ada yang panggil hubby, sayang, baby, bucuk bucuk acam.."

"Nak sayang." Bersinar mata Franky. Perkataan sayang itu kedengaran sedap di telinganya.

Lily memandang suaminya.

"Sayang?" Soal gadis itu. Franky mengangguk laju.

"Okay sayang." Lily mencium pucuk hidung mancung milik Franky. Jejaka itu tersenyum lebar.

"Tapi awak tak jawab soalan saya lagi. Kenapa korang selamatkan Abang Luke masa tu? Bukan ke awak tak suka Abang Luke." Lily meramas jemarinya sambil menunduk.

"Kenapa? Happy dia selamat?" Nada cemburu sudah mula keluar dari bibir Franky. Lily mengecilkan mata dan mendengus.

"Mana ada! Kan saya tanya je. Taknaklah cakap dengan awak ni. Tahu tuduh je." Lily mula ingin bangun namun lengannya ditarik kembali agar terduduk di atas riba Franky.

"Okey okey sorry." Pinggang Lily dipeluk dan perut Lily diusap lembut.

"Ikutkan aku pun, tak kuasa nak hadap muka mamat tu lagi atas dunia ni. Tapi lepas fikir balik, aku rasa kalau Luke mati, lagi susah aku nak selesaikan semua."

"Semua?"

Franky angguk.

"Semua. Pasal keadaan kita sekarang ni, ular ular tu. Kes kebakaran rumah atuk kau, serangan dekat masjid masa kita nak nikah haritu. Aku rasa ada orang yang tak puas hati dengan kita. Nak hapuskan kita." Franky menyelitkan rambut Lily di belakang telinga gadis itu sambil merenung mata coklat milik Lily.

Lily hanya diam. Ingin sahaja dia beritahu Franky tentang Federica yang disyaki tapi biarlah. Nanti apa pula jadi pada hubungan mereka. Franky kan sayang Federica.

"Hey." Franky mencuit perut Lily seolah olah mencuit bayi.

"Here's your baba." Franky berbicara perlahan. Lily mengerutkan dahi.

"Baba?" Soal Lily sambil menahan tawa. Belum apa apa dah sedia dah panggilan untuk si anak.

"Baba. Aku nak dia panggil aku baba." Franky tersenyum lebar dengan wajah menahan teruja. Tak sabar nak tengok anak dia lahir nanti.

"Saya baru pregnant tau." Lily menggeleng melihat Franky yang teruja lain macam. Dia pun teruja juga tapi anak dia lambat lagi nak keluar, 8 bulan lagi.

"Baba excited sangat nak jumpa baby." Lily mengusap perutnya yang masih kempis. Franky tersenyum.

"For sure. Mesti dia kacak dan tinggi macam aku."

"Kacak?"

"Aku nak baby boy." Franky bersuara.

"Saya nak girl."

"Boy."

"Girl."

"Boy lah."

"Girl!"

"Okey fine. Nanti kita check jantina dia bila dia dah besar sikit." Franky membuat keputusan. Tapi dia tak kisah sangat pun anaknya lelaki atau perempuan, asalkan dia punya. Hehe.

"Kalau baby girl.. awak kena denda." Lily melingkarkan tangan memeluk leher Franky.

Franky mencebik.

"Eleh. Denda apa?" Soal Franky sambil menjeling Lily. Hidungnya dirapatkan ke hidung si isteri.

"Dendanya, awak kena habiskan satu pinggan mee goreng basah taknak basah yang saya selalu makan tu." Lily tersenyum lebar melihat riak wajah Franky yang berkerut.

"Okey, aku tahu kau dendam dengan aku tapi tak payah bunuh aku cara macamni."

"Makan mee tu takkan mati lah!" Dada Franky ditepuk kuat.

"Mee tu banyak minyak!"

"Mana ada!"

"Okey fine. Aku akan makan kalau baby girl. Tapi kalau baby boy.." Franky tersenyum penuh jahat memandang Lily yang sudah cuak.

Franky mendekatkan bibirnya ke telinga Lily dan berbisik perlahan. Terus membulat mata Lily.

"Gatal! Saya pregnant tahu tak? Mana boleh buat benda tu!" Lily merengus sambil wajah merah menahan malu sambil turun dari riba Franky yang beriak seperti perogol bersiri.

"Ish!" Lily mendengus dan berlari masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci.

Terus tawa Franky terlepas kuat.

***

I've posted an ig story utk trailer punya teaser so i hope u guys who haven't seen it yet may look it up on my ig @eychaeyheyn

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro