CAPITOLO TRENTACINQUE 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2 MINGGU KEMUDIAN...

Lily melihat figura yang terbaring itu dengan mata yang berkaca. Perlahan lahan air matanya mengalir dan wajah lena itu disentuh.

"Bonda.. kenapa jadi macamni?" Lily terduduk di atas permaidani dan tangannya berada di atas katil. Kepala Permaisuri Anabella diusap lembut.

Permaisuri terkena penyakit misteri. Mungkin buatan orang sehingga dia terlantar seperti sedang koma sebegini.

"Kau jangan nak acah sedih lah. Kau ingat aku tak tahu yang kau sebenarnya racun bonda aku?" Aulia menunjal kepala Lily dengan kuat. Tangan Lily yang duduk itu ditarik agar berdiri.

PANG

"Argh!" Lily kembali jatuh ke lantai.

"Kau ingat senang senang ke aku nak biarkan kau rampas takhta aku? Dasar tak sedar diri. Kau guna ilmu apa hah, perempuan? Sampaikan Franzelx yang darjat tinggi tu boleh kahwin dengan kau? Kau cermin diri kau ke tak ni? Kau, dengan dia.. macam berlian dengan sampah! Dia tu layak kahwin dengan aku!" Bentak Aulia sambil nafasnya turun naik menahan marah.

"Saya taknak rampas pun takhta awak. Saya cuma nak bagitahu bonda dan ayahanda benda sebenar. Saya nak mereka tahu saya ni anak mereka dan saya tak hadap pun takhta dunia ni! Franzelx kahwin dengan saya dengan kerelaan dia. Saya tak sejijik itu untuk guna benda kufur semata mata nak dapatkan dia." Ujar Lily sambil bangun dan menentang mata Aulia.

Gadis itu tergelak sinis.

"Acah suci betul kau ni. Patutlah semua tertipu. Ya, kau boleh tipu semua dengan lakonan suci kau tu tapi bukan aku. Perempuan kampung, manalah nak mengaku kan buat benda terkutuk macamtu." Sinis suara Aulia sambil memandang Lily dengan riak jijik.

"Demi Allah, saya berani bersumpah. Kalau awak tak percaya, pergilah tanya dia sendiri. Tanya dia apa sebab dia kahwin dengan saya." Ujar Lily.

Aulia berjalan mendekat dengan Lily. Lily berundur beberapa tapak ke belakang.

"Kalau betul kau tak guna cara kotor, aku nak kau bagi Franzelx pada aku." Ujar Aulia sambil memeluk tubuh.

"What?"

"Pilih. Kau nak Franzelx ke anak tu? Entah entah anak haram mana kau mengandung. Biasalah perempuan kampung mana ada batas pergaulan. Harap pakai tudung tapi perangai kalah setan! Aku nak Franzelx. Dan kalau aku tak dapat Franzelx, kau jangan harap perempuan tu akan hidup." Bisik Aulia sambil matanya mengerling sekilas wajah Permaisuri yang terbaring itu.

Lily terkedu dan membulatkan mata.

"Oh takutnya aku, kau tengok aku macamtu. Kenapa? Terkejut? Ya, aku yang buat dia macamtu. Dengan bantuan siapa eh... abang kesayangan kau tu? Haaa Luke! So sekarang ni, kalau kau nak bonda kau ni bernyawa balik, bagi Franzelx pada aku." Ujar Aulia.

Lily menggeleng.

"Saya takkan biarkan suami saya jatuh ke tangan perempuan hati busuk macam awak."

Aulia yang mendengar kata kata Lily itu terus menampar pipi Lily sekali lagi.

"Eh, aku boleh bunuh perempuan tu sekelip mata tau? Kau nak tengok? Nak?!" Aulia berjalan ke arah meja dan gunting yang terdapat di atas meja diambil lalu dia melangkah ke arah Permaisuri Anabella.

"No no!" Lily terus berlari dan menggenggam tangan Aulia yang ingin menikam ibunya itu.

"Okay okay! Jangan bunuh bonda saya dan saya akan bagi Franky pada awak!" Ujar Lily sambil menahan tangan Aulia.

Aulia berhenti dan memandang Lily.

"Good girl." Aulia tersenyum manis. Kemudian dia menarik Lily rapat ke arahnya.

"Baguslah kalau kau nak bagi Franzlex pada aku. Tapi sekarang ni, aku taknak berkongsi Franzlex dengan sesiapa pun. Termasuk kau." Ujar Aulia sambil menggenggam kemas guntingnya.

Lily mengerutkan dahi. Maksudnya?

"Jadi kau kena mati dan aku akan bahagia bersama Franzelx. Sekarang, Luke."

Lily terus menoleh apabila terdengar Aulia menyebut nama Luke.

Secara automatik, terasa tusukan tajam di perutnya serentak itu, darah mula mengalir keluar bagaikan air paip.

Lily memandang jejaka yang menikamnya dengan mata membulat menahan sakit. Tangan mencengkam perut yang mengeluarkan darah tanpa henti.

"A...bang.. L..Luke.."

Aulia tersenyum sinis melihat Lily yang terbaring di lantai sebelum riaknya berubah cemas.

"Tolong! Tolong!! Ada pembunuh!!" Jerit Aulia takut.

***

"Tolong! Tolong!! Ada pembunuh!!"

Franky dan Sultan Nizzar yang membelek keputusan DNA yang baru tiba itu terus menoleh mendengar jeritan Aulia.

"What happened?" Soal Sultan. Franky tanpa kata terus berlalu keluar dan melangkah ke arah jeritan Aulia.

Pintu dibuka kasar.

Bulat matanya melihat tubuh Lily di atas lantai dan kelibat seorang lelaki yang melompat menerusi tingkap itu.

Aulia terus berlari dan memeluk Franky. Menggigil tubuhnya takut.

"Ada lelaki datang bunuh isteri awak tiba tiba tadi. Saya takut." Adu Aulia sambil memeluk Franky namun dia terjerit kecil apabila tubuhnya ditolak kuat dan pelukannya terlerai.

"Little girl? Little girl?" Franky memangku Lily dan wajah pucat isterinya direnung. Sultan Nizzar terus mendapatkan bantuan dari pihak medik diraja.

"What the fuck is going on?!" Franky menggenggam tangannya yang ketar menahan marah sambil memandang Aulia yang berada di sudut bilik.

"I don't know! Tadi ada lelaki datang dan tiba tiba tikam Lily lepastu dia pergi macamtu je!" Ujar Aulia. Tidak lama kemudian, pihak medik tiba dan Lily dirawat di istana tersebut.

***

Aulia melihat Franky yang kelihatan resah di luar bilik dimana Lily dirawat. Kaki melangkah ke arah jejaka itu dan sebaik sahaja tiba di hadapan Franky, kepalanya dipegang.

"Franzlex.. saya pening." Aulia merebahkan tubuhnya ke dalam pelukan Franky. Franky yang sedang resah menunggu si isteri terkejut apabila tiba tiba sahaja ada tubuh jatuh ke dalam pelukannya.

"Apa ni?" Franky menolak tubuh Aulia dari badannya namun gadis itu berpaut di lehernya.

"Saya mabuk darah. I saw Lily's blood too much just now and saya rasa pening." Adu Aulia sambil dahinya berkerut menahan sakit kepala. Kemudian dia menyandarkan kepala di dada Franky.

"Kalau pening, pergi rehat di dalam bilik. Bukan disini." Franky menolak sekali lagi tubuh Aulia yang melekat di badannya.

Ikut kan hati memang kena si Aulia ni sama macam pelacur yang dibunuh di kelab malam haritu.

Tapi Aulia ini jika dibunuh, mampu menjejaskan hubungan D'Ezekiel dengan negara ini.

"Saya tak larat nak berjalan ke bilik. Tolong bawakan." Pinta Aulia sambil memeluk Franky dan menghidu aroma maskulin jejaka itu.

Wangi. Menggoda. Maskulin.

"Keluar dari pelukan aku. Sekarang." Suara Franky berubah dingin dan tegas. Tangan Aulia dilehernya dileraikan dan gadis itu ditolak jatuh ke lantai.

"Auch!" Aulia mengerutkan dahi apabila dirinya ditolak oleh Franky begitu sahaja.

Franky terus bangun dan membuka pintu bilik yang menempatkan Lily. Lantaklah dah siap rawat ke tak, dia tetap nak masuk.

"Saya tahu siapa yang tikam Lily!" Aulia kembali memancing perhatian Franky.

Dan ternyata, dirinya berjaya.

Franky memandang Aulia yang melangkah ke arahnya.

"Sini." Lengan Franky ditarik masuk ke dalam bilik dimana tempat Lily ditikam.

"Jangan buang masa aku." Franky menarik tangannya yang dipegang oleh Aulia dan mengambil plastik kedap udara yang mengandungi pisau yang diguna untuk menikam Lily.

Pisau itu diteliti.

Kemudian, Franky meletakkan plastik itu di atas meja kembali. Kaki melangkah pergi meninggalkan Aulia.

***

"Franky!" Hunter membuka pintu dan mendapatkan si adik yang berwajah sugul.

"Pendek tu macamana?" Soal Hunter sambil memandang Franky.

"Dah dipindah ke hospital. Doktor tak bagi sesiapa pun melawat sebab keadaan dia masih dalam keadaan tak stabil." Jawab Franky perlahan sambil melangkah masuk ke dalam rumah Hunter.

"Bro.." Franky mengelipkan matanya beberapa kali sambil terus memeluk Hunter. Air matanya mengalir dengan laju apabila Hunter membalas pelukannya.

"She's gonna be fine." Pujuk Hunter apabila Franky terus menangis di dalam pelukannya.

"Aku takut.. doktor cakap dia hilang darah banyak.. aku tak boleh derma darah untuk dia sebab darah kami tak sama. Aku nak dia selamat je sekarang." Franky terus meluahkan isi hatinya sambil mengetap gigi dan memeluk Hunter dengan erat.

"Aku sepatutnya tak boleh biarkan dia ke mana mana tanpa aku tapi aku leka. Teruk nya aku.. aku taknak apa apa jadi pada dia, Hunter.." Franky terus menangis.

"She's gonna be fine. Trust me. Dia tu nampak lembik tapi sebenarnya dia kuat. Aku yakin dia akan kuat. Demi kau." Hunter menggosok belakang Franky.

"Dah, kau pergi tidur. Tenangkan diri dulu malam ni. Esok kita jenguk dia." Hunter membawa Franky ke bilik tidur kosong dan pintu dibuka.

"Aku taknak tidur, aku nak Lily." Franky mengelap air matanya dan memandang Hunter.

"Esok kita jenguk dia." Hunter menepuk bahu Franky beberapa kali. Tubuh Franky didudukkan di atas katil dan Hunter memujuk Franky agar tidur terlebih dahulu kerana wajah Franky jelas kepenatan.

Setelah Franky bersedia untuk tidur, barulah Hunter melangkah keluar menuju ke bilik tidurnya  bersama si isteri.

Franky melihat Hunter yang melangkah keluar sebelum dia termenung sendirian. Kosong.

Dulu dia boleh hidup tanpa gadis itu tapi sekarang apabila Lily tiada di sisi, hidupnya menjadi suram dan sunyi.

Franky membaringkan tubuh di atas katil dan memeluk bantal. Mata dipejam rapat.

Kelihatan setitis air mata kembali mengalir dari celah mata yang tertutup rapat itu.

***

Gugur.

Franky mencium tangan Lily yang masih tidak sedar. Atas paksaan, akhirnya petugas hospital membenarkan dia masuk apabila dia bertegas untuk berada di sisi Lily pada jam 4 pagi sebegini dan mengugut untuk melingkupkan operasi hospital jika mereka tidak memberi dia masuk menemani Lily.

Bohonglah jika dia tidak terkilan, baru sahaja rasanya dia bermimpi untuk menimang anak, tiba tiba sahaja anaknya dijemput sang Pencipta.

"But you're safe. I don't know how to expose my grateful for our Lord. I'll wait for you, little girl. Wake up faster please." Franky berbisik perlahan dan merenung wajah pucat itu.

Air matanya kembali mengalir dan dia terus melekapkan tangan Lily dibibirnya.

"Tadi janin tu kecil lagi, tak cukup sifat lagi. Tapi nampak comel. Kalau dia sempat membesar mesti dia akan jadi comel macam kau." Franky berbicara sendirian dan merenung wajah Lily.

I love her

So much

Too much

Very much

The most loved person on earth.

"So please wake up. I need you. So bad." Kepala diletakkan di birai katil dan tangan Lily dipeluk. Matanya terpejam rapat kerana sisa kantuk masih ada.

***

Skyler mengerutkan dahi melihat skrin komputer itu. Kemudian dia memandang Hunter ditepi.

"Rasa macam.. mustahil. Kenapa Luke nak tikam Lily? He loves Lily so why dia nak bunuh Lily? Tapi di pisau tu memang ada DNA dan cap jari Luke. Hoodie yang dipakai oleh lelaki yang cuba untuk bunuh Lily juga mirip dengan hoodie Luke." Skyler meneliti pisau yang terdapat calitan darah Lily juga disitu.

Hunter turut mengerutkan dahi.

"Are you sure Luke tikam Lily?"

"He is! Tengok ni." Skrin laptop ditunjuk pada Hunter. Hunter melihat bukti bukti diri Luke dan keserasian dengan DNA serta fingerprint di pisau yang diguna untuk menikam Lily.

"Dan..aku baru dapat satu maklumat dimana orang yang racun Permaisuri adalah Luke, bukan Aulia. I think Luke ada kaitan dengan semua yang berlaku ni."

"Semua?" Hunter memandang Skyler.

"Rumah atuk yang terbakar, ular ular yang serang Lily, kepalsuan DNA sultan dan Lily sebelum ni, sabotaj di masjid masa akad nikah Franky dan.. orang yang bawa masuk Aulia untuk menjadi Lily. Semuanya berpunca dari satu orang yang sama." Ujar Skyler.

"Aku tak rasa Luke yang jadi dalang sebenar semua ni. Kalau betul Luke, apa motif dia sampai dia nak dendam sangat dengan si pendek tu? He took care of Lily before, He loves Lily. I knew it." Ujar Hunter.

Teringat bagaimana Luke merayu dan menangis agar Hunter melepaskan Lily dari dibunuh dulu oleh jejaka Itali itu.

"Mungkin ada orang lain yang lebih penting dari Lily sehingga Luke bertindak untuk membunuh Lily." Skyler mengangkat bahunya.

"But who?" Hunter mula keliru. Setahunya selama Luke bekerja di bawah D'Ezekiel dulu, lelaki itu tidak mempunyai buah hati atau sesiapa yang rapat selain Lily.

"Matilah si Luke tu kalau Franky tahu yang dia tikam Lily." Skyler mula menutup laptopnya.

Kemudian dua dua terdiam bagaikan baru tersedar akan sesuatu dan saling berpandangan.

"Fuck!"

Terus Hunter dan Skyler bergegas keluar dari bilik itu untuk mencari Franky.

Skyler bergerak ke hospital manakala Hunter bergerak ke kediaman Luke.

Skyler terus memberhentikan kereta di hadapan hospital dan melangkah keluar. Laju kakinya berjalan ke arah wad yang menempatkan Lily. Pintu wad dibuka kasar dan dia melihat hanya Lily yang masih terbaring di atas katil tanpa sesiapa di sisi.

"Hey, excuse me did you see a man with half blonde hair and foreign face? His height is around 6'3 (190cm)." Soal Skyler kepada salah seorang kakitangan hospital yang berjalan di tepinya.

"A member of D'Ezekiel family?" Soal kakitangan itu. Skyler pantas mengangguk.

"He just got out. In past an hour ago, maybe. Why? Do you have any message to be delivered to him? I can help you to tell him when he comes back after this." Ujar kakitangan itu. Skyler menggeleng dan terus berlalu pergi.

Telefon di dalam poket diambil dan nombor Franky didail. Tiada di dalam talian.

Kemudian Skyler kembali mendail nombor Hunter. Tidak lama kemudian, panggilan itu dijawab dari pihak sana.

"Franky tak ada!"

"Luke tak ada!"

Ujar mereka berdua serentak sebaik sahaja talian bersambung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro