CAPITOLO TRENTAQUATTRO 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nota kaki : 'Lockdown bebas' tidak wujud ya di dunia nyata. Hanya rekaan seketul saya

***

Mulai hari ini, negara telah menjalankan sekatan komunikasi dan perjalanan keluar masuk negara selama dua minggu berikutan untuk memastikan tiada penipuan yang berlaku dengan DNA test.

Secara tidak langsung, ekonomi juga akan tersekat dari berjalan kerana internet terganggu. Tapi rakyat semua berpuas hati kerana mendapat pampasan yang secukupnya untuk tempoh dia minggu lockdown bebas ini.

Lockdown bebas dilakukan dimana rakyat bebas keluar ke mana mana asalkan tidak melepasi sempadan ke luar negara.

"Jadi selama dua minggu ni kau akan hadap muka aku." Ujar Franky sambil memandang Lily dengan pandangan misteri. Lily tersenyum.

"Apa salahnya. Saya tak kisah pun sebab awak kan kacak." Wajah Franky direnung dengan renungan comel.

"Takkan pandang je?" Soal Franky tidak puas hati.

"Habistu?"

"Jom aku tunjuk apa yang kita boleh buat selama dua minggu ni." Tubuh Lily didukung dan dibawa ke bilik. Terjerit gadis itu sambil memukul badan Franky yang mendukungnya.

***

Lily membuka mata apabila terdengar bunyi enjin kereta dari luar. Terus matanya melihat sebelah katil yang kosong.

Tubuh direnggangkan seketika dan Lily mengambil tuala bagi membalut tubuhnya yang terdedah tanpa seurat benang. Bajunya dilantai dikutip dan dimasukkan ke dalam bakul.

"Dah bangun?" Soal Franky sambil meletakkan sebuah kotak di atas meja. Bahu terdedah Lily dicium lembut.

"Awak ni!" Lily memukul dada Franky dengan kuat. Miang! Dah la semalam dah buat, lepastu harini buat lagi.

Kesian baby dalam perut.

Franky hanya tersenyum nakal.

"Siapa suruh melayan? Kalau kau tak melayan tak adanya aku nak buat." Kenyitan diberi pada Lily. Terus wajah Lily bertukar kemerahan.

"Awak beli apa tu?" Soal Lily sambil melihat bungkusan yang Franky bawa masuk tadi.

"Adalah. Dah, pergi mandi dulu." Franky menghalau Lily. Gadis itu tercebik dan terus melangkah masuk ke dalam bilik air bagi membersihkan diri.

Franky mengeluar kotak Jutaria dari plastik yang dibeli tadi lalu mula menyusun duit dan mengasingkan banglo serta rumah yang masing masing berwarna merah dan biru.

'Tapak' yang diperbuat dari kertas itu dibuka dan diletakkan di atas lantai. Alang alang tak kerja kan, apa salahnya main benda benda macamni. Nak main telefon pun internet dah disekat.

Nak main isteri pun isteri mengandung, tak boleh lasak sangat.

Franky mengeluh perlahan. It's okay Franzelx, just for a fortnight.

Lily yang selesai membersihkan diri terus keluar sambil mengelap rambutnya yang basah. Dahi berkerut melihat Franky yang sedang menyusun duit.

"Jutaria? Lama tak main!" Ujar Lily teruja. Dulu atuk selalu beli dan main bersama sama dengannya.

"Jom main, pergi pakai baju dulu nanti benda lain pulak yang jadi." Ujar Franky sambil melihat si isteri yang hanya memakai bathrobe singkat dan kecil.

Lily terus mencari pakaian dan membiarkan Franky menyediakan mainan Jutaria itu.

Setengah jam kemudian...

"Mana aci! Sejak bila pula awak beli banglo?" Soal Lily kuat sambil membulat matanya apabila dia terpijak tanah yang mempunyai banglo. Tadi baru pijak rumah!

"Aku beli ni dari awal lagi. Ini banglo pertama aku tau. Bayar, bayar!" Franky menjadi Ah Long meminta duit dari si isteri. Lily merengus dan mengambil duitnya. Dahla duit tinggal sikit je!

"Saya tak ada duit, hutang boleh?" Soal Lily.

"Ah tak ada. Aku nak duit juga, tadi kau dah hutang aku tiga ribu tau! Kalau tak, gadai rumah kau tu." Ujar Franky sambil menunjuk ke arah sebuah rumah biru yang berada di salah satu tapak yang dibeli oleh Lily.

"Mana boleh! Itu rumah pusaka saya lah." Berkerut dahi Lily memandang Franky.

"Okey. Memandangkan kau dah muflis tapi taknak mengaku, jadi kita deal macamni, kalau kau pijak rumah aku, kau kena kiss aku selama 30 saat, tapi kalau kau pijak banglo aku, kiss seminit."

"Lamanya!"

"Seminit setengah."

"Lagi la lam..."

"Dua minit."

"Okey okey! Seminit je."

"Dua."

"Seminit."

"Nak bayar ke kiss dua minit?"

"Urgh! Fine!" Susah betul dapat suami tak boleh bertolak ansur macamni. Franky tersenyum kemenangan. Terus Lily memekup pipi suaminya dengan geram dan bibirnya dilekapkan di bibir Franky.

Selepas dua minit, mereka kembali bermain.

Franky tersenyum dalam diam. Tak sia sia dia 'rompak bank' senyap senyap tadi. Boleh dapat ciuman dari isteri.

"No fuck!" Franky ternganga apabila dia memijak tanah yang terdapat tiga biji banglo milik si isteri.

Lily terus menjerit kuat. Gembira.

"Bayar bayar!" Giliran Lily pula menjadi lintah darat. 'Bank' dilarikan dari Franky. Bukan boleh percaya suaminya ni. Nanti dia curi duit bank pula.

Franky menyembunyikan duitnya di bawah paha. Kemudian dia pura pura mengeluh.

"Duit aku tak cukuplah little girl. Macamana ni?" Soal Franky. Lily mengerutkan dahi. Tadi bukan main berkepuk duit dia macamana boleh lesap sekelip mata?

"Hutanglah dulu. Saya baik, bukan macam awak. Tak bagi saya hutang." Ujar Lily. Franky mengeluh.

Bengap.

"Taknak hutang! Bayar cara lain." Ujar Franky sambil mengorak senyum nakal. Lily mengerutkan dahi.

"Bayar cara apa? Takkan nak bayar guna duit betul betul pula. Mahal tau hotel tiga ni." Ujar Lily sambil menilik di belakang resit tanah yang dibelinya itu.

Franky mengemam bibir menahan carutan dari keluar kerana isterinya terlampau lembab dan bengap.

"I want kiss you." Memuncung bibir Franky sambil memandang Lily yang lembab itu.

Macamana dia boleh terpikat dengan gadis yang lembab sebegini?

Lily terkelip kelip memandang Franky yang sedang merenungnya dengan renungan tidak puas hati sebelum dia mencekak pinggang.

"Ambil kesempatan!" Kutuk Lily. Franky menjelirkan lidahnya sedikit sebelum dia mendekati Lily.

Dan bibir mereka mula bertaut.

***

"Taknak lah saya main dengan awak. Okey saya mengaku muflis. Dasar lintah darat! Mana aci, bunga awak mahal sangat. Pijak sebiji banglo takkan sampai 45 juta?" Lily menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

Franky tergelak kuat dan menayangkan duitnya yang berkepuk hasil rompakan bank secara diam diam.

"Okay fine. Jom main benda lain pula." Ujar Franky sambil memandang wajah masam mencuka milik si isteri.

"Nak nak!" Lily kembali teruja. Kemudian gadis itu bangun dan melangkah ke arah meja solek. Laci dibuka.

"Nak main apa?" Soal Franky musykil.

"Sabarlah kejap." Lily mengambil beg yang mengandungi skincare miliknya yang dibeli oleh Franky lalu dia melangkah ke arah suaminya yang sedang duduk di atas lantai memandangnya dengan riak bingung.

"Kita main salon! Awak jadi customer saya. Dah jom, tengok muka awak tu berminyak, kusam dan banyak pori terbuka jadi kita akan pakaikan skincare." Lily menarik tangan Franky menuju ke sofa L di dalam bilik itu dan bantal pikachu diambil lalu diberi pada Franky.

"Peluk dia and relax." Arah Lily sambil mula mengeluarkan cekak rambut arnab dan memakaikan di rambut Franky.

Lily mengambil tuala yang dilembapkan lalu dipekup di muka Franky untuk seketika. Kemudian beg skincare miliknya dibelek.

"Awak nak facemask mana? Purple, pink or turquoise?" Soal Lily sambil menayangkan tiga paket facemask. Franky mengambil yang berwarna ungu.

Terus Lily membuka paket itu dan melekapkan face mask di wajah Franky. Rolling stick diambil dari beg dan dia menggelekkan di wajah Franky.

Selesai memakaikan facemask, Lily menampal eyebag mask dan juga lip mask.

Krim muka disapu di wajah putih bersih Franky dan diurut lembut.

"Perempuan habiskan berjam jam demi ini?" Soal Franky sambil menggelengkan kepala. Lily mengangguk. Ingat rawatan muka tak best ke?

"Lepastu kita pakai serum.." Serum diletakkan di wajah Franky dan diurut juga pipi Franky.

Franky hanya diam memerhati si isteri merawat mukanya yang tiada apa apa masalah itu.

Sebab itu kut pipi Lily gebu dan comel.

"Lip balm." Lily menyapu pelembap bibir di bibir nipis pink milik Franky.

"Done! Wow awak nampak makin berseri lah sayang." Ujar Lily sambil mencium pipi Franky dan wajah itu direnung.

"Dan kacak." Lily tersenyum manis merenung mata amethyst yang tidak gagal membuat dia cair setiap masa.

"I want to hug you." Franky menarik Lily agar berada di atasnya. Lily terus berbaring dan memeluk tubuh Franky.

"You look happy."

"I am. Sebab saya ada awak." Ujar Lily jujur sambil meletakkan kepalanya di atas dada Franky.

"Awak je yang saya ada sekarang. Terima kasih." Hampir tidak kedengaran suara Lily sambil memejam matanya menikmati irama degupan jantung Franky yang mendamaikan.

***

"Healy!" Lily berlari mendapatkan si kecil yang sudah pandai berjalan namun masih jatuh itu.

Tubuh Quinn Healy D'Ezekiel itu didukung dan dicium. Gemuk betul budak ni. Franky turut mencium pipi Healy sebelum melangkah ke sofa.

"Nah." Quinn Davieka meletakkan dulang air di atas meja. Sememangnya mereka tidak mengupah maid untuk menjadi penolong kerana mereka perlukan privasi.

"Hunter mana?" Soal Franky.

"Tengah buat susu untuk Healy. Budak ni mana nak minum kalau I buat. Manja sangat dengan daddy dia." Ujar Quinn Davieka sambil mengecilkan mata ke arah anak kecilnya yang sedang tersenyum comel.

Franky bangun dari sofa dan melangkah ke dapur.

"Keluar." Ujar Hunter dingin apabila melihat kelibat si adik yang melangkah ke dapur. Franky tersenyum nakal dan mendekati abangnya.

"Kau tahu tak susu ni elok untuk tumbesaran? Aku nampak kau makin pendek la Hunter. Nanti jadi pendek macam Lily macamana?" Soal Franky dengan riak bimbang.

"Yang makin pendek tu kau! Pendek akal! Ingat lucu ke main letak katak dalam beg isteri aku? Ingat senang ke nak pujuk Queen tu? Sialan." Maki Hunter geram.

Teringat Quinn Davieka menangis kuat apabila menjumpai katak di dalam beg tangannya dan merajuk kerana dia tuduh Hunter yang mengenakan dirinya.

Penat lelah pula Hunter ingin memujuk isterinya itu.

Franky tergelak. Itulah tujuan dia datang ke rumah Hunter hari ini. Ingin melihat keadaan abangnya yang difitnah oleh isteri sendiri.

Alkisahnya, Franky terjumpa katak di dalam kereta semasa mereka keluar berempat bersama. Dan dia tak tahu nak buang ke mana jadi dia letaklah dalam beg Quinn Davieka seketika. Lupa pula nak keluarkan balik.

"Jangan cakap dengan aku dah lepasni." Hunter membawa botol susu anaknya keluar meninggalkan Franky di dapur. Terus Franky tergelak.

Quinn Davieka melihat suaminya yang bermuka ketat dan Franky yang tergelak di dapur.

"Kenapa?" Soal Quinn Davieka pelik. Baru semalam rasanya Hunter ceria kerana akhirnya setelah berhari hari merajuk, Quinn Davieka berbaik juga dengan Hunter.

Mana boleh gaduh lama lama dengan suami kacak maut dia ni. Hehe.

"Tak ada apa apalah." Hunter menghela nafas dan memberi botol susu kepada Lily yang sedang mendukung Healy.

Lily teruja apabila melihat Hunter seperti memberi izin untuk dia menyusukan Healy. Terus penutup botol itu dibuka dan botol susu dihala pada mulut Healy.

"Nak tidur tak?" Soal Lily sambil menunjukkan botol susu kepada Healy. Kanak kanak comel itu mengangguk dan menggapai botol susu ditangan Lily.

"Lily pun dah nampak baby bump." Ujar Quinn Davieka teruja. Lily tersipu dan mengangguk.

"Lepasni Franky kena lah bersedia. Tak tidur malam, layan baby nangis, tukar lampin, buat susu." Ujar Quinn Davieka sambil matanya turut melirik ke arah Hunter.

Selama Healy membesar, Hunter lah berjaga malam kerana ingin dia mendapat rehat cukup.

Lengan Hunter dipeluk.

Lily memandang Franky yang melabuhkan duduk di tepinya.

"I dah biasa berjaga malam okey! Benda kecik je nak jaga baby ni. Buat baby lagi penat." Ujar Franky selamba. Terus Lily menepuk bahu Franky. Tak senonoh!

Hunter mengambil kusyen di sofa dan membaling dengan kuat ke arah Franky.

BAP

Tepat bantal itu mengenai muka kacak Franky. Franky mengambil kusyen itu dan mula bangun.

"Kau nak main ke bro?" Soal Franky sambil mengambil kusyen lain dan melangkah ke arah Hunter.

Pantas Hunter bangun juga dan tangan mencapai sebuah lagi kusyen.

"Habislah sepah rumah Ika." Ujar Lily sambil menggelengkan kepala. Quinn Davieka tersenyum sinis.

"Siapa sepahkan, dia lah yang kemas. I akan bocorkan tayar kereta Franky kalau dia tak kemas. Dan I akan kunci pintu bilik kalau Hunter tak kemas." Ujar Quinn Davieka santai sambil mula menghirup air tehnya dan memerhati perlawanan WWE bantal oleh dua beradik itu.

Lily tergelak.

***

Chapter ni santai2 je. Sebab nak chapter akan dtg kita seksa franky 🤭 siapa sayang luke angkat bontot!!

***

[TEASER]

"Bro.." Franky mengelipkan matanya beberapa kali sambil terus memeluk Hunter. Air matanya mengalir dengan laju apabila Hunter membalas pelukannya.

"She's gonna be fine." Pujuk Hunter apabila Franky terus menangis di dalam pelukannya.

"Aku takut.. doktor cakap dia hilang darah banyak.. aku tak boleh derma darah untuk dia sebab darah kami tak sama. Aku nak dia selamat je sekarang." Franky terus meluahkan isi hatinya sambil mengetap gigi dan memeluk Hunter dengan erat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro