CAPITOLO VENTESIMO 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hampir sebulan Franky dapat rasakan isterinya berubah. Tiada lagi layanan seperti dulu. Yang ada cuma riak pura pura gembira oleh Lily.

Dan dia tak tahu apa punca isterinya menjadi begitu.

"Awak, ni jam." Lily mengambil jam tangan di atas meja lalu diberi pada Franky. Jam itu dipakaikan di pergelangan tangan suaminya.

"Aku balik lambat sikit." Ujar Franky. Lily mengangguk dan tersenyum manis.

"Awak jaga diri tau. Lepasni kalau awak sakit, saya dah tak boleh nak ubatkan awak dah." Pesan Lily.

"Don't ever think of leaving me again. No."

Lily tergelak.

"I'm not. I will never leave you." Pipi Franky diusap lembut sebelum matanya mula berkaca.

"Until you don't need me by your side again." Pipi Franky dicium lembut.

Hargai.

Ya, dia perlu hargai masa dia yang tersisa bersama Franky. Mungkin selepas ini mereka tidak akan dapat berjumpa seperti ini lagi.

"I don't get it. Kau asyik cakap benda yang aku tak faham sejak bulan lepas. Can you just tell me what is on your mind?" Air mata Lily dilap bersama riak bingung.

"Tak ada apa apalah. Haha. Dahla, kita dah lewat ni. Saya dahla kena buka restoran awal harini." Lily kalut mengambil beg tangannya dan mencium tangan Franky sebelum kakinya melangkah keluar.

Franky masih terdiam cuba memahami tingkah isterinya.

***

"Ini banyak spelling errors! Report pun tak lengkap. Kau sihat ke tak ni?" Hunter meletakkan fail di atas meja adiknya.

Franky mengambil dokumen dan dibelek belek seketika.

"Nanti aku betulkan." Ujar jejaka itu. Hunter melihat Franky yang seperti dalam masalah. Dah jumpa bini pun stress lagi?

"Kau kenapa ni?" Kerusi ditarik dan dia melabuhkan duduk di hadapan Franky.

"Aku pun tak tahu. Aku ingatkan semua dah okey lepas mama tak tinggal dengan kami lagi tapi she's still acting weird. Bila aku tanya, dia cakap tak ada apa apa. Macamana aku nak percayakan dia kalau sikap dia tu memang menunjukkan yang ada benda berlaku pada dia, cuma dia rahsiakan dari aku." Akhirnya Franky meluahkan apa yang terbuku di dada. Wajahnya diraup.

"Kau ada buat dia terasa hati kut."

"Aku buat apa?" Franky bingung sendiri. Hunter turut berfikir. Dugaan betul Franky ni lepas kahwin. Dia dulu, dugaan banyak sebelum kahwin.

"Dah, bagi dia masa. Mungkin dia perlukan ruang sebelum bagitahu kau apa yang dia sembunyikan. Jangan fikir sangat, focus on your work." Hunter berpesan sebelum bangun dan melangkah keluar. Franky meletakkan kepala di atas meja pejabatnya.

"Signore. Do you need a coffee?" Soal satu suara lembut. Franky mengangkat muka dan tersenyum nipis. Kepala diangguk perlahan.

"Thanks."

"Biasalah, perempuan kan mood dia memang kejap okey kejap tak okey. Signore kena banyakkan bersabar lah layan mereka." Victoria berjalan ke belakang Franky dan bahu jejaka itu diurut lembut. Franky menyandarkan tubuh di kerusi sambil memejam matanya.

"Tapi apa salah aku? Kenapa dia tak bagitahu? Macamana aku nak betulkan hubungan kami kalau dia taknak bertolak ansur?" Bertubi tubi soalan dari bibir Franky sebelum dia mengeluh.

Jemari halus Victoria naik pula ke kepala Franky. Memicit lembut cuba untuk mengurangkan tekanan jejaka itu.

Franky yang terbuai semakin selesa berehat dan akhirnya lena mula menjemput dirinya yang sedang serabut.

"Signore?" Victoria melambaikan tangannya di muka Franky untuk memastikan jejaka itu benar benar lena.

Bibirnya tersenyum lalu blazer Franky ditanggalkan dengan susah payah dan tali leher Franky dilonggarkan. Butang kemeja atas juga dicabut sebelum dia mengambil telefon Franky.

Mulutnya terjuih menyampah melihat wallpaper gambar Lily di telefon Franky. Dia lagi cantik.

Jemari Franky diletakkan di telefon itu sebagai fingerprint dan akhirnya telefon itu terbuka. Terus Victoria membuka mesej dan mencari nama Lily.

"Seriously little girl? Euw." Victoria membuka chat whatsapp itu dan jemarinya mula menaip.

***

Tolong bawa makanan ke pejabat nanti lunch. Tak laratlah nak pergi restoran. Penat.

Lily membaca mesej dari Franky itu sebelum jam dilihat. Lagi setengah jam nak lunch. Sempatlah kut hantar.

Terus Lily memasak untuk Franky dan dia bergerak untuk menghantar makanan buat si suami. Sempat singgah di farmasi untuk membeli ubat sakit kepala.

Tulah, kerja kuat sangat. Kan dah sakit kepala.

Lily menggeleng kecil. Nasib baik dia tahu dimana tempat kerja Franky. Kereta dipandu ke bangunan mewah itu.

"Cik, nak jumpa siapa ya?" Soal receptionist kepada gadis kecil tu.

"Saya nak hantar makanan untuk Tuan Franzelx. Dia ada?" Soal Lily. Gadis itu mengangguk.

"Oh, Cik Victoria dah pesan dah tadi. Cik boleh naik ke tingkat lima, bilik dia dekat sebelah kiri." Ujar gadis itu ramah. Lily menganggukkan kepala dan tersenyum. Kakinya mula melangkah menuju ke lif.

Mata mencari bilik yang tertulis nama Franky dan akhirnya bibir tersenyum lebar apabila melihat pejabat itu. Pintu diketuk beberapa kali.

Franky terus terjaga mendengar ketukan pintu dan terus menggosok matanya.

"Masuk." Ujar Franky sambil membetulkan tulang belakang. Namun figura yang membuka pintu itu membuatkan dirinya tercengang seketika.

"Little girl?" Soal Franky pelik. Macamana isterinya boleh datang ke sini?

Lily mengerutkan dahi melihat keadaan Franky. Tie yang sudah tidak kemas dan kemeja yang terbuka di bahagian atas. Terus Lily melangkah ke arah suaminya dan plastik makanan diletakkan di atas meja.

"Saya dah beli ubat. Tadi awak kata awak tak larat kan?" Soal Lily sambil mengeluarkan ubat di dalam plastik.

Franky mengancingkan semula kemejanya. Bila masa pula dia kata macamtu?

"Auchh!" Jeritan seorang gadis menarik perhatian mereka berdua. Lily menoleh dan memandang ke bilik air yang terdapat di dalam pejabat Franky.

Tu.. suara perempuan?

Franky turut memandang ke arah bilik airnya. Dia bangun dari kerusi dan melangkah ke arah bilik air. Pintu bilik air dibuka.

"Kau buat apa dalam bilik air aku?" Soal Franky sambil memandang Victoria yang berada di dalam bilik air di pejabatnya.

Lily turut terkedu melihat gadis itu.

"S.. sorry." Victoria pantas keluar dari bilik air. Sebaik sahaja lalu dihadapan Lily, dia menjatuhkan telefonnya di atas lantai.

Mata Lily menangkap kesan love bite di dada Victoria semasa gadis itu menunduk untuk mengambil telefonnya. Victoria bangun dan mula melangkah keluar.

Victoria menutup pintu pejabat Franky dan tersenyum. Semestinya Lily nampak kesan di dadanya tadi. Tisu diambil dan kesan mekap love bite itu dilap. Kemudian dia berjalan pergi dengan santai.

"Awak buat apa ni?" Soal Lily tidak percaya.

"Little girl, aku pun tak tahu apa dia buat dalam bilik air pejabat aku. I slept and.."

"I saw the hickey. Awak jujur dengan saya, awak buat apa?" Mata Lily mula berkaca. Franky meraup wajah.

"Aku tak buat apa apa, sumpah! Aku tertidur tadi lepastu bangun bangun terus nampak kau datang." Jelas Franky. Air mata Lily mula menitis.

"Little girl.."

"Jangan sentuh saya." Lily melarikan tangannya yang ingin digapai oleh Franky. Air matanya dilap dan Lily mula melangkah ke arah pintu.

"Saya dah masakkan untuk awak tu. Makanlah. Saya balik dulu." Pintu dibuka namun sepantas kilat Franky menariknya dan pintu ditutup kembali.

"Dengar dulu." Arah Franky sambil merenung gadis itu.

"Awak bahagia dengan saya?" Soal Lily tiba tiba. Franky meraup wajah dan mengangguk tanpa ragu.

"Habis kalau bahagia.. kenapa perlu ada orang lain dalam hidup awak?" Tangis Lily mula pecah. Tangannya memukul dada Franky bertalu talu sambil air matanya terus mengalir seperti air terjun.

"Orang lain apa? Victoria? Aku tak pernah anggap dia lebih dari pekerja aku. Apa yang kau nampak tadi, tolong jangan buat kesimpulan sendiri. Dengar penjelasan aku dulu."

"Saya nak balik." Lily meronta cuba melepaskan diri namun Franky mengemaskan pegangan pada tangan gadis itu.

"Lepaslah saya nak balik!"

"Selagi masalah ni tak selesai, aku takkan benarkan kau balik."

"Saya cakap saya nak balik, saya nak baliklah!" Jerit Lily bersama esak tangis. Tubuh Franky dipukul namun lelaki itu hanya statik.

"Jangan macamni boleh tak? Kalau perangai kau macamni sampai bila bila masalah takkan selesai!" Meninggi suara Franky kedengaran sehingga pekerja di luar pejabat itu tertoleh toleh memandang ke ruangan pejabatnya.

Lily terdiam dan esakannya semakin kuat. Franky menarik nafas cuba menenangkan diri sendiri sebelum suaranya kendur kembali.

"Kita selesaikan semua. Sekarang." Ujar Franky tegas sambil mengunci pintu pejabatnya dan kunci diletakkan di atas meja.

"Bagitahu aku apa yang ganggu fikiran kau? Pasal Victoria? Kau nak aku buang dia? Then fine. I will." Franky mengangkat gagang telefon pejabatnya lalu butang ditekan.

"Yes, signore. What can I help you?" Soal suara itu.

"Bagi notis berhenti 24 jam pada Victoria lepas lunch." Ujar Franky sambil matanya tetap memandang Lily yang terkedu. Gagang telefon diletakkan dan dia memeluk tubuh.

"Then what else?" Soal Franky.

"A.. awak.."

"Bagitahu aku. Bagitahu apa lagi yang aku perlu buat untuk puaskan hati kau? Untuk buat kau berhenti bersikap macamni dengan aku." Desak Franky. Air mata Lily mengalir lebih laju.

"Aku penatlah. Macamana aku nak sabar kalau setiap benda aku kena fikir sendiri? Apa yang aku dah buat sampai kau berubah, apa salah aku. Aku tak boleh baca fikiran kau, little girl. Macamana aku nak betulkan diri aku kalau kau tak bagitahu dekat mana salah aku?" Soal Franky.

Lily terus teresak. Dia melangkah ke arah Franky dan tangan jejaka itu dipegang.

"Saya minta maaf." Tangan Franky dicium.

"Aku taknak maaf kau. Aku cuma nak kau bagitahu apa salah aku. Apa yang aku dah buat sampai isteri aku berubah macamni sekali. Mana Lily yang ceria dulu? Yang selalu fikir positif? Mana dia?"

Lily mengetap bibirnya dan pipi Franky dipekup menggunakan tangan kecilnya. Wajah tertekan Franky direnung lembut dan bibir Franky dicium. Tangan Franky melekap di pinggang gadis itu.

"Saya taknak hilang awak. Tapi saya kena lepaskan awak juga." Lily merapatkan wajah mereka sehingga dahi mereka bertemu.

"Aku tak faham."

"Sampai bila awak nak sorok dari saya tentang pertunangan awak?"

Franky terdiam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro