CAPITOLO VENTISETTE 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

CHAPTER NI AKAN JADI SANGAT SANGAT BERBELIT JADI TOLONG BACA DGN TELITI KALAU TAKNAK TERPUSING SEL SEL OTAK.

aku yg tulis ni pun biul bila baca balik 😂

***

"Sampai bila awak nak sorok dari saya tentang pertunangan awak?"

Franky terdiam. Kemudian riaknya berubah dari terkejut kepada keliru.

"Tunang?" Franky mengerutkan dahi. Sejak bila dia bertunang? Bercinta dengan orang lain pun tidak, nak bertunang?

Memanglah Federica kerap menyuruhnya bersama Victoria selama dua tahun Lily menghilangkan diri tetapi dia tolak.

"Aku bertunang dengan siapa?" Soal Franky lagi. Lily tergelak sinis.

"Tak payah pura pura tak tahu lah, semua media dah heboh pasal awak. Kalau awak tak percaya, awak tengok ni. Nak menipu apa lagi?" Lily menghulurkan telefonnya ke arah Franky.

Sebaik sahaja Hana memberitahu berita itu, terus Lily membuka sosial media dan hancur hatinya melihat berita perkahwinan Franky yang bakal dilangsungkan.

Franky mengambil telefon Lily dan skrin telefon itu diperhati. Berkerut dahinya seketika. Dia jarang bergaul dengan media sosial jadi sudah tentu berita apa apa tidak diketahui.

"The fuck? Siapa buat berita ni?" Franky menyoal dengan riak tidak percaya.

Sesuka hati je buat berita palsu.

"Kenapa susah nak jujur? Mengaku je lah! Kalau awak dah taknak dengan saya then lepaskan saya, tak perlu seksa saya macamni!"

"Diam!" Separuh tangan Franky naik dan Lily terus memejam mata. Dapat dirasa bahawa penampar Franky bakal hinggap di pipinya.

BUK!

Lily membuka mata dan terkedu melihat penumbuk Franky singgah di dinding di tepinya. Air mata gadis itu kembali bertakung dengan bibir terketar takut.

"Fuck.. I'm sorry, I didn't mean to scared you. I won't hit you, little girl." Franky terus memeluk Lily apabila gadis itu kelihatan takut dengannya.

Lily terus menangis.

"Sumpah, aku tak ada hubungan dengan sesiapa pun. Aku tunggu kau, kau je. Dua tahun aku tunggu untuk kau kembali pada aku." Jujur Franky bersuara. Tangannya mengusap kepala Lily yang berlapikkan tudung.

"Little girl." Pelukan dileraikan dan Franky menarik dagu Lily agar mendongak memandangnya.

"Kau percayakan aku, kan?" Soal Franky penuh berharap. Lily merenung mata amethyst yang seakan akan merayu agar dirinya mempercayai jejaka itu.

Kemudian air mata dilap dan Lily mengangguk kecil.

Ya, sekuat mana pun bukti orang lain, hati dia tetap ingin mempercayai Franky. Hanya Franky.

"Aku rasa aku tahu siapa buat ni. Jom." Tangan Lily digenggam dan mereka melangkah keluar dari pejabat. Sempat Lily mengerling sekilas meja dimana Victoria dengan berkemas kerana dibuang kerja.

Rasa bersalah pula.

***

Darah yang mengalir semakin banyak namun Franky masih membelasah mangsanya.

"What? Memang aku yang buat berita kau bakal kahwin tu. Bunuhla aku." Ujar Luke lemah dengan wajah yang berlumuran darah. Franky menggenggam erat tangannya sebelum satu lagi tumbuk dilepaskan tepat ke batang hidung Luke. Lelaki itu terjatuh lembik ke lantai.

Leher Luke dicengkam dan matanya berubah menjadi putih. Tiada pupil di mata Franky.

"Kau memang cabar aku."

Luke menjerit kesakitan apabila mata putih Franky itu seolah olah mencungkil isi matanya. Terus dia memejam mata namun Franky semakin menguatkan cengkaman di leher sehingga memaksa Luke membuka mata.

"Arghhh!" Jerit Luke sebelum matanya menjadi gelap. Franky melepaskan leher Luke dan lelaki itu menggelupur.

"Mata aku!! Mata aku!!" Jerit Luke apabila pandangannya menjadi gelap. Buta.

Lily berpaut pada meja apabila merasakan lututnya longgar menyaksikan kejadian di depan mata. Franky memandang isterinya. Sebaik sahaja matanya bertembung mata Lily, Franky memejam matanya.

"Awak!" Lily berlari ke arah Franky dan bahu Franky dipaut. Franky memegang kedua dua matanya. Tiba tiba sahaja matanya menjadi sakit apabila matanya bertembung dengan mata Lily.

"Auchh.." Franky mengelipkan matanya yang berair dan memerah. Lily merenung Franky dengan wajah tidak percaya.

"Y.. you.. you are the knight." Menggeletar suara Lily.

***

"Bonda, bonda nak bawa Lily pergi mana?" Soal kanak kanak enam tahun itu apabila ibunya memimpin dirinya ke sebuah bilik yang agak buruk.

"Lily sayang. Jom tengok, bonda ada belikan mainan untuk Lily." Ujar wanita itu sambil mengambil sebuah kotak kecil. Lily menghampiri ibunya dengan wajah teruja.

Isi kotak itu diperhati dan mata Lily membulat.

"Mata?!" Jerit Lily terkejut. Wanita bernama Tengku Anabella Danielle itu pantas memekup mulut puterinya dan mengisyaratkan anaknya agar memperlahankan suara.

Lily hanya akur.

Anabella mengambil lens itu lalu dia memegang tangan Lily.

"Lily nak mainan ni?" Soal wanita itu. Lily mengangguk laju. Lens itu sangat cantik.

"Sini bonda pakaikan." Anabella membuka mata Lily dan terus memakaikan lens itu ke dalam mata anaknya.

"Bonda!!!" Jerit Lily apabila matanya terasa sakit seperi disimbah asid ke dalam mata. Anabella terus memeluk anaknya dan kepala Lily dicium lembut.

"Bonda sakit! Sakit!" Lily terus menangis namun Anabella mengemaskan pelukan. Beberapa minit kemudian, Lily mula merasakan pandangannya bertukar gelap.

***

"Tuan puteri Lily baik baik sahaja. Tuanku permaisuri jangan risau. Lens tu dah selamat berada di dalam badan tuan puteri Lily. InsyaAllah patik percaya, dia akan gunakan kanta itu dengan baik."

Lily mengintai sedikit dan matanya melihat ibunya sedang bercakap dengan seorang doktor diraja.

Terus Lily menggenggam penumbuk. Ibunya jahat! Masih terbayang bayang kesakitan yang dialami di matanya seketika tadi. Terus Lily berlari ke dalam biliknya kembali dan mula mengambil beg barbie kecil untuk melarikan diri.

Pakaiannya beberapa helai dimasukkan di dalam beg itu.

"Lily! Lily nak buat apa ni?" Terkejut Anabella melihat puterinya sedang berkemas.

"Lily nak lari! Lily taknak duduk dengan bonda dan ayahanda lagi! Korang jahat!" Lily memberontak sambil terus berkemas. Anabella menghela nafas dan menahan tangan anaknya yang sibuk berkemas.

"Lily.. jangan macamni. Lily nak bonda panggil ayahanda? Biar ayahanda marah, nak?" Soal Anabella. Lily terdiam sebelum matanya berkaca.

"Bonda jahat!!" Jerit Lily.

"Lily! Ayahanda tak pernah ajar puteri ayahanda kurang ajar dengan bonda. Minta maaf sekarang!" Arah Sultan Tengku Nizzar kepada puterinya. Lily merengus.

"Bonda dengan ayahanda sakitkan Lily lepastu marah Lily! Lily benci korang!" Bersama jeritan itu, terus mata Lily berubah menjadi hitam sepenuhnya dan sebaik sahaja matanya bertembung dengan mata orang tuanya, mereka berdua berubah kaku seperti patung seolah olah dipukau.

Di kesempatan itu, Lily melarikan diri dari istana dengan membawa beg barbie kecilnya dan memukau semua pengawal dengan lens yang berada di dalam matanya.

***

"Tsk.. tsk.." Lily menangis kerana menyesal. Hari sudah menginjak ke tengah malam dan dia juga sangat lapar. Untuk pulang ke istana, dia sudah tidak ingat jalan.

Perutnya yang berbunyi membuatkan tangisannya makin lebat.

Kaki Lily melangkah berseorangan di jalan raya. Tiada siapa dapat mengesan itu adalah anak Sultan dan permaisuri kerana dirinya yang comot dan suasana malam yang hitam pekat.

PONN!!!

"Arghh!" Tubuh Lily tertolak ke rumput oleh satu tangan kecil. Terus Lily meraung kerana terkejut dan sakit akibat ditolak.

"Nak mati ke?!" Soal kanak kanak lelaki itu garang. Rambut Lily yang terikat tocang dua itu ditarik bagi melepaskan geram.

Semakin kuat Lily menangis.

Kanak kanak lelaki itu memandang perempuan yang menangis itu lalu dia berhenti menarik rambut Lily.

Matanya terpaku pada beg barbie milik Lily.

"Wow.." mata kanak kanak lelaki itu bersinar melihat kotak kaca lens yang sangat cantik. Tangannya cuba mengambil lens itu namun si gadis menjerit dan memekup begnya.

"Jangan ambil! Awak jahat! Sama macam bonda dan ayahanda! Suka sakitkan Lily!" Marah Lily sambil bercebik cebik menahan esakannya.

Si lelaki memandang gadis garang itu. Comot. Euw.

Tapi dia nak lens tu.

Bibir si kecil mula mengukir senyum jahat. Gula gula Hack dikeluarkan dari poket dan dihulur pada si gadis.

"Kau lapar? Nak?" Soalnya. Lily yang sememangnya lapar itu terus mengangguk laju.

"Bagi aku benda tu dulu." Lelaki itu menadahkan tangan ke arah lens di dalam beg Lily. Lily yang naif terus memberi sahaja kotak itu. Dia terlalu lapar jadi dia terpaksa serahkan lens.

Si kanak kanak lelaki itu girang mengambil lens dan diteliti.

"Macam mata!" Jeritnya teruja. Coklat Hack itu dicampak mengenai muka Lily dan dia memakai lens itu dimatanya.

"Arghhh!!!" Jerit dua kanak kanak itu serentak.

Sorang sakit mata, sorang lagi kerana telah memakan coklat Hack yang pedas itu.

Jeritan mereka menarik perhatian beberapa orang di kawasan itu.

***

"Jahatlah awak ni!" Lily terus menumbuk dada Franky kuat apabila kisah dulu kembali muncul dalam ingatan.

Franky mengaduh sakit.

"Kau pun sama! Kenapa tak bagitahu tu lens bahaya? Sakit mata aku tau." Cebik Franky. Lily menjeling dan menyambung ceritanya.

"Lepas awak balik sebab sakit mata tu, atuklah yang jumpa saya. Dia nak bawa saya balik ke istana tapi saya taknak. Akhirnya, atuk jaga saya sampailah saya besar." Mata Lily berkaca mengenangkan jasa arwah atuknya.

"Habistu kenapa kau gelar aku ni Knight kau?" Soal Franky kepada gadis yang pernah ditolaknya dulu.

Tolak sikit je, melalak macam dah nak mampus.

"Sebab kalau awak tak tolak saya, mesti saya dah mati dah dulu." Lily memandang Franky dan pipi Franky dipekup.

"Terima kasih." Ucap Lily. Mata amethyst itu direnung. Mata yang sama pernah dilihat menolaknya dulu dan memberinya makan gula gula paling ngeri itu. Pemilik lens yang sama.

"Kau taknak pulang? Aku yakin bonda dan ayahanda kau masih tunggu kau." Ujar Franky. Lily terdiam.

Dia melarikan diri sejak 6 tahun lagi. Masa tu heboh satu negara tentang kehilangannya. Tapi atuk melarikan diri bersama Lily ke kawasan terpencil. Sebab itu rumah atuk dulu rumah di kawasan kampung yang sangat terpencil.

Dan sekarang dia berumur 25 tahun. Percaya ke mereka semua jika dia kata dialah puteri yang melarikan diri dulu?

Semestinya tidak.

"Tak apalah. Saya duduk dengan hidup biasa macamni pun saya dah bahagia. Lagi lagi dengan awak." Lily tersenyum.

"Tapi mereka tetap ibu dan ayah kandung kau." Franky menggenggam tangan Lily.

Lily hanya diam membisu.

"Tak apalah. Nanti kita pergi jelaskan pada mereka. Terpulanglah mereka nak percaya atau tidak. Sekurang kurangnya kau dah ceritakan benda yang betul, Tuan Puteri Tengku Nialily Danielle."

"Saya minta maaf sebab tuduh awak bukan bukan. Saya bodoh sebab tak siasat betul betul sama ada berita pertunangan awak tu betul atau palsu. Saya.."

Jari Franky melekap di bibir Lily.

"Lain kali jangan simpan apa apa dari aku. Tell me even a little problem so we can solve it together." Franky memandang wajah Lily. Gadis itu mengangguk dan leher Franky dipeluk. Bibirnya merapat ke bibir Franky.

Dan bibir mereka mula bertaut.

***

"Jadi, perempuan yang kau tolak sebab hampir dilanggar tu, si pendek tu? Yang mata kau sakit dulu?" Soal Hunter.

Teringat dulu sewaktu Franky bercuti ke Malaysia bersama Giovanni dan Federica dan adiknya itu pulang dengan mata yang merah dan selalu mengadu matanya sakit.

"Haah. Kecil kan dunia?" Soal Franky sambil tergelak kecil.

"Jadi lens tu.."

"Lens ni hanya dapat dibuang lepas 30 tahun. Aku pakai masa umur lapan tahun, dan sekarang aku 28 tahun. Maknanya ada 10 tahun lagi masa barulah lens ni dapat dibuang dari kami." Ujar Franky.

"Macam dongeng." Komen Skyler yang dari tadi mendengar. Franky mengangguk. Itu belum dia cerita yang isteri dia tu puteri raja. Mahunya diumpamakan sebagai kisah dunia khayalan pula.

"Lens." Franky menegakkan badannya. Wajah Hunter dan Skyler ditatap bersilih ganti.

"Aku kena balik sekarang."

***

Lily membersihkan dirinya. Hari ini dia serahkan restoran pada Hana. Tiba tiba tak sedap badan pula rasa.

Franky lah ni! Elok elok cium je dah jadi benda lain. Hampir terlepas subuh pula mereka berdua tadi.

Rambutnya disikat dan Lily menjerit nyaring apabila memandang biasan di cermin.

Terus dia berpaling dan memandang ular sebesar lengan melingkar di atas katil. Lutut Lily mula menggeletar dan dia terduduk di lantai.

Ular itu mula bergerak turun dari katil.

"Arghh!" Jerit Lily takut sambil memeluk lututnya. Esakannya mula terlepas dan sedaya upaya dia merapatkan badannya ke meja solek itu.

"I'm here."

Tiba tiba tubuhnya dipeluk kemas oleh satu tubuh. Lily terus membalas pelukan itu dengan tubuh menggigil.

"A...awak.."

Franky mengemaskan pelukan dan memujuk Lily agar gadis itu bertambah tenang. Dia menoleh dan melihat Skyler yang mengangkat bangkai ular setelah ditikam itu dan diletakkan di dalam guni.

"Awak..ular tu...d..dia.. ada atas katil.."

"Ya ya. Everything's fine. You're safe." Franky mencium rambut Lily. Nasib baik Lily berada di dalam pelukannya jadi Skyler tidak nampak aurat Lily.

Skyler pula tanpa bicara banyak terus keluar bersama bangkai ular kerana tahu Lily tidak memakai tudung.

"Awak.." Lily menggenggam kemas kemeja Franky dan mengetap bibir. Air matanya laju mengalir.

Franky mendukung Lily dan diletakkan di atas katil.

"Kau okey?" Soal Franky lembut. Lily mengangguk dan kemudian menggeleng.

"Saya taknak duduk sorang sorang lagi. Saya takut." Lily menggenggam tangan Franky dengan kuat. Franky mengangguk.

Franky mula memeluk Lily sehingga gadis itu lena. Wajah Lily yang tertidur itu ditatap dan dia mencium hidung Lily.

Orang yang hantar ular ular ni sebenarnya nak Lily mati kerana lens juga akan dapat dikeluarkan sekiranya pemakainya mati.

Orang yang hantar ular ni tahu pasal lens ni.

"Awak.." Lily menggumam dalam tidurnya dan dia memeluk tubuh Franky. Wajahnya dimasukkan ke dalam pelukan Franky dan dia kembali tidur.

Jejaka itu tergelak kecil. Comel.


***

Korang yg mana nk baca teaser2 KNIGHT'S utk chap2 akan datang boleh pergi ke profile aku and then tekan message board tu ada link grup wasap aku announce petang tadi. InsyaAllah semua teaser KNIGHT'S akan diupdate dlm tu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro