CAPITOLO VENTI 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Lily membancuh air kopi susu sementara menunggu Victoria datang ke rumahnya. Federica pula masih berada di dalam bilik.

Terus gelas itu dibawa kepada Federica. Pintu bilik ibu mentuanya diketuk.

"Mamma.. I bring you coffee." Ujar Lily. Hampir seminit tiada balasan setelah diketuk dan Lily mula membuka pintu bilik. Kelihatan Federica masih tidur. Kaki Lily melangkah masuk lalu cawam kopi susu itu diletakkan di atas meja kecil.

"What are you doing?" Soal Federica terkejut apabila melihat Lily di dalam biliknya.

"I made you coffee." Jawab Lily. Federica melihat kopi itu sekilas sebelum dia bangun dari baringnya. Cawan kopi diambil dan dihirup.

PUFF

Lily memejam mata apabila Federica menyembur air kepadanya.

"Are you kidding me? This coffee you made and give it to my son? Oh my god poor my baby boy!" Bebel Federica. Langsung tidak mempedulikan Lily yang kebasahan itu.

"Hai. Kenapa ni?"

Satu suara membuatkan kedua dua wanita itu menoleh. Federica terkedu melihat Victoria yang cantik dan jelita. Seperti menantunya Quinn Davieka.

Victoria masuk ke dalam bilik dan memandang Lily.

"What happened Lily? Kenapa awak jadi macamni?" Soal Victoria terkejut. Lily menggeleng dan tersenyum.

"Air tu tertumpah." Lily terus mengambil cawan dan berlalu ke dapur.

"Who are you?" Soal Federica kepada Victoria. Gadis itu tersentak dan memandang wanita elegan itu. Nampak gaya macam tak reti Bahasa Melayu

"I'm Victoria. Franky's worker." Victoria menunduk sedikit. Federica tersenyum.

"I don't know Franky has a beautiful worker. You're just like my pretty daughter in law, Davieka. She's so pretty. So are you." Puji Federica. Victoria tersenyum lebar.

"Thanks."

"Come. I have a lot of things to story about Franky to you. Hold up I need to clean myself for a while." Federica mula teruja melihat gadis berwajah barat itu sebelum dia berlalu ke dalam bilik air.

Perlahan lahan, bibir Victoria merekah dengan senyum sinis.

***

"Lily betul betul tak kisah ke kalau saya borak dengan aunty? Kesian lah Lily kena buat kerja ni semua." Ujar Victoria sambil memandang Lily yang sedang membuat kerja rumah.

"Tak apalah. Sekurang kurangnya awak boleh temankan mama. Lily tak kisah, dah biasa dah pun buat kerja ni semua dekat kampung dulu." Ujar Lily. Victoria menunjukkan riak serba salah sebelum akur juga akhirnya. Kaki melangkah ke arah Federica yang berada di ruang tamu.

Lily kembali mengemas dapur dan keluhannya terlepas.

"Don't call me aunty. Call me mamma. Where are you from?" Soal Federica. Victoria tersenyum manis.

"I'm from France. Skyler bring me here because I need to find a job and I got a family problem in France." Jelas Victoria.

"Ohh poor my georgeus girl." Pipi Victoria diusap. Federica mengerling sekilas Lily yang berada di dapur. Bibirnya tersenyum lebar lalu tangan Victoria digenggam.

"I know, family problem is so terrible. Same goes to me. I had family problem too, my son converted to Islam without telling me anything. I don't think he did it for sudden. There's probably someone trying to influence my son." Sengaja suaranya dikuatkan agar Lily dapat mendengar.

Panas hatinya apabila teringat bahawa Franky sanggup membelakanginya hanya kerana seorang gadis yang tidak ada apa apa.

"Uhh who?" Riak terkejut dipamerkan oleh Victoria. Federica merengus dan menjeling apabila Lily memandangnya.

"Lily?" Bisik Victoria. Federica mengangguk.

"Oh my god. I heard that she is actually the person who made Davieka converted to Islam too." Bisik Victoria perlahan. Federica membulatkan mata.

"Islam doesn't give them anything! It just a violence because Islam blocking my family's freedom! Look at Davieka, she's wearing hijab. That's so uncomfortable and make her sweating!" Bebel Federica. Victoria mengangguk setuju.

"We need to get Lily off from this family or else she would do worse. I'm scared, mamma." Victoria memegang lengan Federica. Wanita itu memeluk Victoria.

"She wouldn't do anything to us."

***

"Aku tak rasa ular tu dari Luke." Hunter menyandarkan tubuh di dinding sambil memerhati kertas ditangannya.

"Habistu siapa? Luke je yang benci aku sekarang ni."

"Masalahnya ular tu bukan dihantar untuk serang kau, tapi Lily. Ingat dekat kampung dulu? Kau sakit sebab kau nak selamatkan Lily, bukan selamatkan diri kau sendiri. Dekat Itali, ular tu masuk dalam bilik masa Lily sendirian. Ular ular tu dihantar untuk Lily." Celah Skyler sambil menggigit lobak merah.

"Tapi kenapa? She has nothing to do with all of this." Franky mengusutkan kepala.

"She has something."

Tepat semua mata di dalam bilik itu memandang Hunter.

"Si pendek tu ada benda yang dia tak bagitahu semua orang. Kau tak pelik ke? She's Tengku Nialily Danielle. Tengku ni kerabat raja. Mestilah kaya. But she? Miskin? Hidup susah? Does it make sense?"

Franky mula tersedar. Ya tak ya juga. Masa dia akad nikah dulu, nama Lily adalah Tengku.

"Take care of her, bila bila masa je dia tu boleh mati." Bahu Franky ditepuk beberapa kali dan Hunter melangkah keluar dari bilik itu.

"But she's so naive."

Bayangan Lily terlintas di dalam kepalanya. Sifat keanak anakan dan naif Lily. Takkan orang yang lembut, diam macam Lily ada musuh?

"Naif tak menjamin seseorang itu baik."

"Kau nak kata Lily jahat?"

"Maybe. Come to think of it, why so sudden kau jatuh cinta dekat Lily? You gave her wealth, take care of her like she's your soul. For sudden? Sedangkan selama ni beribu gadis yang lagi sempurna dari Lily kejar kau. But you choose her." Skyler merenung mata Franky. Jejaka itu kelihatan terkedu.

"Woo aku tak cakap dia jahat tau. Cuma aku nak kau fikir fikirkanlah." Skyler menjongket bahu dan mengikuti jejak Hunter meninggalkan Franky keseorangan di dalam bilik itu.

Franky masih kaku. Kata kata Skyler bermain di fikirannya. Dia pun pelik kenapa dia boleh suka Lily dalam sekelip mata sahaja.

Gadis itu sangat comel dengan tubuh genit dan perangai yang keanak anakan. Wajahnya juga sangat comel. Hati yang mudah terluka. Fragile.

***

"Assalamualaikum."

Victoria yang sedang mengunyah kacang tanah itu terus bangun apabila terdengar suara Franky. Tangannya pantas mencapai penyapu dan lantai itu disapu.

Franky membuka pintu rumah dan memandang Victoria yang sedang mengemas.

"Signore." Victoria tersenyum manis.

"Lily mana?" Soal Franky.

"Sleeping. She's sleeping from morning till now." Federica menyampuk. Franky mencium pipi Federica sebelum dia berlalu ke dalam bilik. Mata melihat Lily yang terlena di atas katil. Wajah gadis itu seperti kepenatan.

Tangan Franky mengusap sisa peluh di dahi Lily.

"Awak.." Lily membuka mata dan terus duduk. Rambutnya dibetulkan dan dia mencium tangan Franky.

"Maaf, saya tertidur tadi." Lily menguap sebelum matanya digosok. Franky tersenyum. How can I doubt this cutie?

"Franky baby boy! Come down!"

Suara panggilan Federica mengalihkan tumpuan Franky. Jejaka itu bangun dari katil.

"Rehatlah kalau kau rasa tak larat. Nanti aku belikan makanan." Rambut Lily dicium. Kakinya melangkah keluar dari bilik.

Lily turut keluar dari bilik.

Dia bukan sakit, cuma penat sebab seharian dia menyibukkan diri supaya tidak terfikir tentang layanan Federica kepadanya.

Namun langkah Lily terhenti di tangga. Matanya memerhati kelibat tiga manusia di ruang tamu.

***

"Why?" Soal Franky. Federica tersenyum lalu menarik tangan anak lelakinya mendekat.

"How could you being an irresponsible boss? At least send Victoria to her house."

"For what? She can got a taxi or a grab." Franky berkerut dahi mendengar permintaan ibunya. Victoria menunduk dengan wajah sedih.

"It's okay mamma. I can get home by myself." Tubuh ditundukkan sedikit dan Victoria terus melangkah pergi. Franky mengerutkan dahi.

"Mamma?" Sejak bila Victoria menjadi adiknya ni?

"Well. I just like her." Federica mengangkat bahu. Kemudian dia memandang Franky yang berada di belakangnya.

"Where's your wife?" Soal Federica.

"Room. She doesn't feeling well. I'm going to buy her some food. Do you want anything too?" Soal Franky. Federica menggeleng. Jejaka itu mengangguk dan kembali melangkah keluar.

Terus Federica melangkah ke arah bilik dimana Lily berada.

"What's wrong with you?" Marah Federica tiba tiba. Lily yang baru ingin memejam mata kembali membuka matanya.

"Why mamma?" Soal Lily bingung.

"My son just back from his work and you asked him to buy you the food? Don't you understand that he is tired? He's not your maid!"

Lily mengerutkan dahi. Franky keluar beli makanan untuknya?

"I'm sorry mamma. I don't..."

"Whatever!" Potong Federica sambil berlalu pergi. Pintu dihempas kuat. Geram pula mengingatkan anaknya yang menjadi orang gaji buat perempuan itu.

Selama ini tidak pernah dia menyuruh Franky buat apa apa dan perempuan bernama Lily itu pula sesuka hati menyuruh anaknya buat itu ini.

Lily terduduk dan wajahnya diraup seketika.

Tidak lama kemudian, bunyi pintu dibuka membuatkan Lily mendongak memandang Franky yang baru masuk ke dalam bilik itu.

"Awak.." Mata Lily berkaca melihat bungkusan mi goreng kegemarannya di tangan Franky. Air matanya mula menitis.

"Hei, kenapa ni?" Makanan itu diletakkan di atas meja dan Franky mendapatkan Lily yang menangis itu. Pipi gadis itu dipekup dan wajah Lily direnung.

"Kenapa?" Soalnya lagi.

"Saya tak suruh pun awak beli makanan untuk saya.. saya boleh masak sendiri. Kesian awak penat penat balik dari kerja lepastu kena jaga saya yang banyak songeh ni." Lily terus menghamburkan tangisannya. Franky menghela nafas.

This girl's heart is really really soft. Tak boleh cuit sikit mulalah menangis.

Manja.

Franky tersenyum dan mengelap air mata Lily.

"It's nothing. Kedai pacik kau tu bukannya jauh sangat pun. Dahlah jangan nangis, okey? Ni kenapa muka kau pucat semacam? Kalau tak sedap badan nanti aku panggil doktor."

Lily pantas menggeleng.

"Saya okey je." Senyuman diukir sambil mengelap air matanya. Franky mengambil polisterin mi goreng lalu dibuka. Garfu juga diambil sebelum Lily mengambil makanan itu.

"Saya boleh makan sendirilah. Awak ni. Saya okey je." Garfu dililit pada mi dan dia menyuap makanan itu ke dalam mulutnya.

"Is there something happened?" Soal Franky tiba tiba. Lily tersentak dan menggeleng.

"Kenapa?"

"You changed. Ni bukan Lily yang aku kenal. Yes, kau hati tisu tapi bukan seorang yang muram macamni. Walaupun kau mudah nangis tapi kau ceria. Bukan berlakon ceria." Sengaja perkataan berlakon itu ditekankan.

Lily menggeleng laju.

"Tak ada apa apalah. Saya okey je." Lily cuba tersenyum manis kepada si suami. Takkanlah hal Federica yang melayannya dengan dingin ingin diceritakan pada Franky.

Cukuplah sekali sahaja Franky dan Federica bergaduh disebabkannya dulu.

"You're not okay. But it's okay take your time. Nanti bila kau dah sedia nak bagitahu, I'm here." Franky mengusap rambut Lily. Serta merta kolam mata gadis itu kembali berkaca.

"Terima kasih." Air mata yang mengalir diseka. Franky hanya diam. Dia tahu Lily ada masalah tetapi tidak mahu meluahkan kepadanya.

Why she loves to act like she's the strongest person on earth?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro