CAPITOLO VENTUNO 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"I think I'm off tomorrow." Ujar Franky sambil menganga mulutnya. Terus makanan yang disuap oleh Lily masuk ke dalam mulutnya.

"Why?" Soal Federica yang turut makan bersama pasangan berdua itu.

"Because my wife isn't well and I need to take care of her." Franky memandang Lily. Gadis itu tersentak dan turut merenung Franky.

"Saya okey je." Balas Lily laju. Nasi disuap ke mulut Franky sambil dahinya berkerut tidak setuju.

Melampau pula rasanya jika Franky cuti dari kerja hanya kerana dirinya. Nanti semakin bertambah pula rasa benci Federica terhadapnya.

"She's okay." Federica menjulingkan mata ke atas sambil menunjuk ke arah Lily yang hanya sihat.

"Her heart isn't." Potong Franky. Kemudian dia memandang Lily. Tepat sangkaannya apabila Lily sudah menunduk. Pasti menahan tangis.

Alahai bini.

Lily mengetap bibir. Terharu apabila Franky cuba mendalami dirinya.

Tangan Lily kembali menyuap Franky. Federica mengeluh dalam diam. Kalau Franky tak kerja esok, pastilah Victoria tidak akan datang ke rumah ini esok kerana Victoria hanya bekerja sekiranya Franky pergi ke pejabat.

"How about Victoria?" Soal Federica risau.

"Why? She can has her off day." Franky mengerutkan dahi melihat ibunya yang dari tadi asyik menyebut nama Victoria.

"I would be bored tomorrow." Muram wajah Federica.

"You have your daughter in law, mama."

"You said that she is sick right? So why I need to disturb this ma'am?" Walau bernada biasa, Lily dapat mengesan sindiran dari ibu mentuanya.

"No. Aku dah kenyang." Franky menahan tangan Lily yang ingin menambah nasi untuknya. Federica turut bangun dan melangkah pergi setelah siap makan. Lily mengutip pinggan Federica dan dibawa ke sinki.

Tiba tiba terasa tangannya dipegang.

"Biar aku buat."

"Tak. Tak apa." Jawab Lily sambil melepaskan genggaman Franky dan mula mencuci pinggan.

"Little girl.."

"No just.. go. Saya boleh buat. Apa guna saya jadi isteri kalau semua nak harapkan awak? Awak kerja lagi, balik mesti penat. Saya pula mengada ngada nak tambah susah awak." Bibir diketap sebelum dia menoleh ke sisi apabila matanya berkaca.

"That's it. Mama cakap apa dekat kau?" Soal Franky. Lily pantas menggeleng. Air matanya dilap.

"Mama tak ada cakap apa pun." Lily mula mencuci pinggan dan sekali lagi tangannya digenggam kemas.

"Awak..."

Franky menarik Lily ke dalam bilik dan pintu bilik dikunci. Terus esakan Lily terlepas. Franky meraup muka dan tangannya mula menarik Lily ke dalam pelukan.

"Aku dah cakap mama tak perlu balik ke sini tapi kau nak jugak mama balik. She hurts you and dia buat aku hilang isteri aku yang ceria." Franky merenung wajah Lily.

"Hina ke jadi orang miskin? Hina sangat ke gadis kampung macam saya?" Perlahan lahan kedengaran bisikan Lily.

Tengku Nialily Danielle.

"Saya tak tahu dekat mana salah saya sampai mama tak suka saya. Saya taknak kecil hati dengan mama tapi mama buat saya macam orang luar. Saya taknak hidup dengan orang yang bencikan saya." Luah Lily sambil mula menangis dengan kuat. Tubuh Franky dipeluk kemas.

"She doesn't hate you."

"She is! Saya sedar saya ni tak macam Davieka. Saya tak cantik macam Ika, saya tak kaya macam Ika. Mungkin Victoria boleh jadi biras Ika yang sesuai?"

"Jangan cakap benda mengarut lah."

"Awak nak kahwin dengan Victoria?" Soal Lily tiba tiba. Franky mengurut dahi.

"Nak kan? Kan? Kan?"

Lily tergelak kuat dengan sisa air mata.

"Kahwin... Kahwin.." nyanyi Lily sambil melangkah ke arah almari dan almari itu dibuka. Blazer milik Franky diambil satu per satu dan dibuang ke lantai.

"Cari baju kahwin.. ha! Ini sesuai!" Lily beriak teruja dan melangkah ke arah Franky yang masih terdiam. Blazer itu ditekapkan di badan Franky dan tiba tiba riak bertukar sedih.

"Saya taknak hilang awak.. tapi saya taknak orang benci saya.." mata Lily kembali berkaca.

"What's wrong with you?" Soal Franky pelik melihat Lily yang bertukar emosi dalam satu saat sahaja itu.

"Awak nak kahwin dengan Victoria ke?" Soal Lily.

"Tak bila masa aku cakap nak kahwin dengan dia? Kenapa tiba tiba cakap pasal dia ni?" Franky mula keliru. Wajah Lily direnung.

Lily menolak Franky kasar ke dinding dan tangannya mencapai cermin yang terdapat di atas meja lalu cermin itu dipecahkan.

"No little girl, put it down." Franky melihat serpihan cermin  berkilat yang terhala ke arahnya.

"No one loves me. No one." Rintih Lily sambil merapatkan kaca ke leher Franky. Sedikit hujung kaca itu mula menembusi kulit Franky.

"Sss.." Franky memejam matanya rapat apabila lehernya terasa pedih dan tangan digenggam kuat.

"Awak!" Terjatuh cermin dari tangan Lily dan gadis itu seolah olah baru tersedar dari perlakuannya tadi.

Leher Franky yang berdarah dipandang dan matanya kembali berkaca.

"Awak! Astagfirullahalazim. Saya minta maaf. Apa yang saya dah buat pada awak ni." Terus Lily berlari mencari kotak ubat dan mengubatkan leher Franky.

Franky merenung wajah Lily yang membersihkan luka di lehernya.

She has mental illness.

***

Lily memejam mata dan membiarkan air matanya menitis laju. Bibir digigit menahan tangis dan dia memandang Franky yang lena di sebelah. Di leher Franky terdapat plaster yang ditampal olehnya.

"Suami aku.. dia suami aku.. apa yang aku dah buat.." Lily menggenggam tangannya sendiri. Nasib baik dia sempat tersedar.

Jika tidak mungkin dia akan membunuh Franky.

Rambutnya dicengkam kasar dan Lily kembali menangis teresak esak. Rasa bersalahnya pada Franky apabila dia menyakiti jejaka itu.

"Little girl.." Franky mula terjaga apabila mendengar tangisan Lily.

"Jangan sentuh saya! S.. saya minta maaf." Lily menolak tangan Franky yang cuba memegangnya.

"It's okay. This just a bit. Okay?" Soal Franky lembut. Pipi Lily diusap dan jemarinya menyeka air mata Lily.

"Saya minta maaf." Tangan Franky dicium lagi.

"Sekarang ni satu je aku minta, jangan fikir sangat pasal mama. Jangan pedulikan kata kata mama. Mama cakap apa pun pasal kau, jangan peduli sebab itu semua tak betul. You're my little girl and I choose you. Boleh buat apa yang aku minta ni?" Soal Franky. Lily merenung mata amethyst yang kelihatan bercahaya di dalam gelap itu sebelum dia mengangguk perlahan.

"Jangan stress kan diri kau." Dahi Lily dicium.

"Leher awak.." Lily menyentuh plaster di leher Franky dan matanya kembali berkaca.

"It's okay. It's truly okay. Now, kita tidur. Aku tak boleh la tidur kalau tak peluk kau. You're my stinky pillow." Tubuh Lily ditolak agar berbaring dan Franky terus memeluk tubuh Lily.

Lily tergelak kecil dan membalas pelukan si suami.











***

[TEASER]

"Please.. saya nak jumpa Ika." Tangan Franky digoyangkan.

"Little girl..."

"Queen nak jumpa kau." Sampuk satu suara. Serentak Franky dan Lily menoleh memandang Hunter.

"Tapi kalau apa apa jadi pada isteri aku lagi, aku bunuh kau. Aku tak main main." Ugut Hunter.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro