CAPITOLO VENTIDUE 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mata Franky ralit merenung skrin komputer.

"Stress melampau. She's keeping her problem by herself until it's damaged herself.  Bila dia dah tak mampu tahan stress tu emosi dia akan jadi tak menentu. Dan, semua tu di luar kawalan dia." Franky memusingkan kerusi menghadap Hunter dan Skyler.

"Tapi yang peliknya, dia sedar waktu dia hampir tikam aku. Tiba tiba dia berhenti dan sedar. Lepastu menangis teruk sebab menyesal. Macamana dia boleh sedar tiba tiba?"

"Mungkin dia pun tengah berperang dengan diri dia sendiri." Hunter membuat andaian.

Bunyi pintu diketuk mematikan bicara. Terus dua jejaka itu melihat si genit membawa tiga cawan air dan diletakkan di atas meja.

"Minumlah." Lily tersenyum manis memandang tiga jejaka itu. Kemudian dia berjalan ke arah Franky apabila suaminya memanggil dia.

Franky memeluk pinggang Lily dan merenung wajah comel itu.

"Thank you."

Semakin lebar senyuman Lily.

"Mana Queen?" Soal Hunter sambil memandang Lily pelik. Kalau Lily disini, siapa yang bersama dengan isterinya?

"Oh, dia tengah tengok TV. Lily tak bagi dia bergerak banyak sangat sebab nampak macam dah sarat dah tu. Risau pula Lily." Jelas Lily.

***

Victoria memandang Lily dan Franky yang sangat mesra di dalam pejabat peribadi Franky.

Perlahan lahan dia melangkah ke arah Quinn Davieka yang sedang berada di ruang tamu. Bibirnya tersenyum lalu dia duduk di tepi gadis itu.

"Madrina."

Quinn Davieka menoleh dan turut tersenyum.

"Kenapa?"

"Ni, air yang Lily buatkan untuk Madrina. Minumlah." Victoria menghulurkan cawan air yang dibuat oleh Lily tadi kepada Quinn Davieka.

"Thanks." Quinn Davieka menyambut air itu dan diminum perlahan.

Victoria hanya senyum.

"Hey darling. What are you doing here?" Sapa Federica teruja apabila melihat kelibat Quinn Davieka di dalam rumahnya. Wanita itu mendapatkan menantu kesayangannya dan pipi Quinn Davieka dicium.

"Hunter said he wants to meet Franky and you. So I came along." Jawab Quinn Davieka. Federica tersenyum dan tangannya dilekapkan pada perut Quinn Davieka yang buncit.

"Hey my little sugar."

Quinn Davieka tersenyum. Suka betul ibu mentuanya akan anak di dalam perut dia ni.

Tiba tiba tekaknya terasa mual. Quinn Davieka menolak tangan Federica di perutnya dan terus berlari ke tandas.

"Davieka?"

"It's okay let me check her." Ujar Victoria sambil bangun dari sofa dan melangkah ke tandas.

"Arghh!!"

***

Kaki gadis itu melangkah masuk ke bilik dimana para jejaka sedang berkumpul. Dia berjalan ke arah Lily yang berada dekat dengan Franky.

"Lily. I nak cakap sesuatu boleh? Just two of us." Bisik Victoria perlahan. Lily memandang gadis itu sebelum mengangguk.

"Tadi I nampak Davieka macam tak selesa sangat. Lepastu dia pergi tandas. I tak rapat sangat dengan dia so I tak berani nak jenguk. Kalau Lily tak kisah, I nak minta tolong Lily jengukkan Davieka. Takut apa apa jadi dekat dia." Riak bimbang terlakar di wajah Victoria. Lily membulatkan mata.

"Dia tak sihat ke? Okey Lily pergi tengok dia sekarang." Kalut Lily berlari ke tandas. Victoria memandang gadis itu sebelum dia bersiul kecil.

Lily yang berada di hadapan tandas itu mengetuk pintu tandas beberapa kali.

"Ika? Ika? Ika okey tak?" Soal Lily sambil mengetuk pintu. Tiada suara kedengaran. Lily menggigit bibir dan cuba membuka pintu namun pintu tandas berkunci.

"Tepi." Hunter menolak Lily dan terus membuka kunci tandas menggunakan kunci pendua.

Franky dan Skyler turut berada di belakangnya apabila melihat Hunter keluar dari bilik secara tiba tiba sebaik sahaja Hunter perasan isterinya berlari kalut ke tandas.

"What the fuck?!"

Franky terus menutup mata Lily dan memeluk gadis itu rapat ke dadanya.

"Awak.. apa jadi?" Soal Lily apabila tiba tiba pandangannya ditutup oleh Franky.

"Just close your eyes." Jawab Franky sambil melihat Hunter dan Skyler yang cuba mengangkat Quinn Davieka yang terbaring dengan darah berlumuran.

Jika Lily melihat darah banyak pastilah gadis itu akan trauma dengan darah pula.

Lily terdiam sebelum membalas pelukan Franky. Jantungnya berdebar.

Victoria menyambut tubuh Federica yang hampir tumbang melihat keadaan menantunya yang berlumuran darah. Matanya turut membulat.

***

"Apa yang kau bagi pada isteri aku?!" Tengking Hunter kuat.

"I cuma bagi air kopi yang Lily buat untuk Madrina. Itu sahaja." Jawab Victoria dengan nada terketar ketar. Mata Hunter beralih pada Lily.

"Betul kau buat air tu untuk Davieka?" Soal Franky pula sambil memandang Lily setelah mengesan abangnya sudah hampir hilang sabar.

"Y.. ya, itu untuk Ika.. ta.. tapi sumpah Lily tak letak apa a..."

"Kalau tak letak apa apa macamana isteri aku boleh gugur lepas minum air tu?!" Dinding dihentak kasar sambil matanya merenung Lily tajam.

"Bro." Franky memegang bahu Hunter cuba menenangkan amarah abangnya. Perangai panas baran Hunter memang tak boleh buat main.

"Saya tak tahu.." Lily menunduk dengan air mata yang sudah bertakung. Menggigil tangannya kerana takut.

Franky menghela nafas dan menarik Lily pergi. Tangan Lily sejuk seperti ais berada di dalam genggaman Franky.

"Awak.. saya tak letak apa apa pun. Memang saya buat tu untuk Ika tapi itu cuma air kopi biasa yang saya buat sama macam awak punya." Lily terus menangis.

"Tapi kau tahu kan caffeine tak elok untuk ibu mengandung? Kenapa kau still buat coffee untuk dia?" Soal Franky.

Lily terdiam. Kemudian dia melepaskan genggaman Franky dengan tangannya.

"Saya nak jumpa Ika." Tunak mata Lily memandang Franky.

"Kita tunggu Hunter sejuk dulu. He's probably lost his trust towards you." Franky meraup wajah. Lily menunduk dan air matanya kembali mengalir.

"Please.. saya nak jumpa Ika." Tangan Franky digoyangkan.

"Little girl..."

"Queen nak jumpa kau." Sampuk satu suara. Serentak Franky dan Lily menoleh memandang Hunter.

"Tapi kalau apa apa jadi pada isteri aku lagi, aku bunuh kau. Aku tak main main." Ugut Hunter.

Lily pantas menganggukkan kepalanya.

***

Lily memandang Quinn Davieka yang sedang menjamah makanan. Wajah itu kelihatan sembap. Mungkin terlalu kuat menangis.

Siapa je yang tak sedih bila anak yang dikandung hampir lapan bulan pergi tanpa sempat melihat dunia.

"Ika.." Lily menyeru nama Quinn Davieka perlahan. Matanya mula berkaca.

"It's not your fault." Quinn Davieka terus menarik Lily dan memeluk gadis kecil itu. Lily pula terus menghamburkan tangisannya.

"Lily sumpah, Lily tak buat benda tu. Bukan Lily yang bunuh anak Ika." Luah Lily. Quinn Davieka mengangguk dan tersenyum kecil.

"I tahu. You jangan risau. Mungkin ni ujian Allah untuk I, kan?" Mata Quinn Davieka turut berkaca. Lily mengetap bibir.

"Semua ni mesti takkan jadi kalau Lily tak ada kan? This totally my fault."

"No it's not. I yakin. Even betul you yang buat air tu tapi I tak rasa yang you letak apa apa dalam air I sampai I boleh gugur. Pasal Hunter you jangan risau, I akan yakinkan dia yang ni semua bukan salah you." Pujuk Quinn Davieka. Lily menahan sebak.

"Ika.. saya nak minta tolong sesuatu dengan Ika boleh?" Soal Lily.

"Apa?"

"Tolong jaga Franky untuk Lily."

"Wait.. apa yang you cakap ni?"

"Lily nak pergi jauh dari sini. This all are the mistakes. Semua ni tak betul, semua huru hara. Lily tak boleh. I need to restart my life." Luah Lily sambil matanya berkaca memandang Quinn Davieka yang terkedu.

"You gila ke? You tu isteri Franky tau."

"Lily takkan pergi lama. Lily cuma nak bina hidup baru. Dekat sini bukan tempat Lily. Dan.." cincin pernikahan di jarinya direnung.

Kemudian cincin itu ditanggalkan.

"Andai kata Franky jumpa orang lain semasa Lily pergi, Lily izinkan dia ceraikan Lily dan kahwin dengan pilihan dia. Lily tak boleh jadi isteri Franky." Cincin itu diserahkan pada Quinn Davieka namun wanita itu menolak.

"No. You tak boleh pergi. Can't you see he needs you? Tolong jangan buat keputusan bodoh, Lily."

"Lily tak boleh! His mom hate me, and I'm sick. Saya gila, Ika. I almost killed him. I really can't. Kalau baru kahwin pun dah macamni, apa lagi yang akan berlaku pada masa akan datang? Tolong faham perasaan Lily." Rayu Lily sambil teresak. Cincin itu diletakkan di atas meja.

"Lily, Lily!" Quinn Davieka cuba mengejar Lily namun ari arinya terasa sakit lagi. Akhirnya dia hanya mampu memandang pemergian Lily dengan matanya.

***

"Kau gila ke?!" Franky merampas kasar beg dari tangan Lily dan dibuang ke lantai. Bahu gadis itu ditolak rapat ke dinding.

"Where are you going?" Soal Franky lagi.

"Saya cuma nak pergi kampung balik. Saya tak boleh duduk sini. Hidup yang mewah di sini bukan untuk saya. Saya minta maaf tapi saya memang tak boleh masuk dalam kehidupan awak." Mata Lily mula berkaca.

"Kehidupan apa? Mewah? Kau pernah guna ke kemewahan yang ada? Aku tak pernah paksa kau guna duit aku. Atau kau rasa aku ni tak cukup bagus untuk jadi suami kau?"

"No.." air mata Lily mula menitis. Franky sangat baik. Walaupun perangai dia suka marah marah orang, tetapi di dalam hatinya sangat baik.

"Habistu? Why? Kenapa kau nak pergi?"

"Sebab saya yang tak elok! Mama awak tak suka saya sebab saya buruk. Dia suka Victoria."

"Kau dari dulu cakap pasal Victoria apa benda ni?" Franky meraup wajah. Mula tertekan.

"Saya nak pergi. Tolonglah.." rayu Lily sambil memegang tangan Franky. Matanya berkaca kaca dengan tangis yang ditahan.

"No." Franky mengunci pintu bilik dan beg pakaian Lily diambil lalu diletakkan di dalam almari kembali.

"Come." Tubuh Lily ditarik duduk di atas katil dan dipeluk erat. Dapat didengar tangisan Lily yang pecah dan bajunya yang sudah basah dengan air mata Lily.

"Kenapa ni? Mama sakitkan hati kau?" Franky mula bertanya setelah tangisan gadis itu reda. Lily hanya diam sambil menyandarkan kepala di dada Franky.

Selesa.

"Kalau mama ada buat kau sakit hati then fine, nanti kita beli rumah lain untuk mama. Lepastu pasal Victoria, kalau kau tak selesa dia ada dekat situ nanti aku suruh Hunter bawa dia masuk ke syarikat balik." Pujuk Franky. Lily menggeleng.

"Habistu?"

"Lily nak peluk awak." Perlahan suara Lily kedengaran. Franky tersenyum nipis dan membiarkan Lily melekat di dalam pelukannya.

"Saya minta maaf."

Lily mendongak memandang Franky. Kemudian dia melepaskan pelukan dan tangan Franky dicium lembut.

"Kenapa nak minta maaf?" Soal jejaka itu bingung. Lily tersenyum comel dan mencium pula pipi Franky.

"Sebab saya tetap akan pergi sama ada awak izinkan atau tidak."

Lily terus menekup mulut dan hidung Franky dengan tangannya yang sudah terlumur cecair ubat tidur.

"Fuck!" Franky menolak tangan Lily di mulut dan hidungnya namun bau ditangan itu sangat membuaikan dirinya.

Mata Franky memandang Lily dengan pandangan kabur sebelum matanya terus terpejam.

"Saya sayang awak. Ingat tu."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro