CHAPITRE HUIT 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Skyler." Sudah menjadi kewajiban pula pada Victoria untuk mencari kelibat Skyler setelah dia bangun dari tidur setiap pagi.

Hidungnya mula menghidu haruman Skyler meski dari jauh. Kuat betul aura mamat tu sehinggakan dia mampu menghidu jarak jauh. Atau, dia yang sudah terlalu angaukan Skyler.

Mata Victoria terhenti pada satu susuk yang sedang menumbuk punching bag bertalu talu. Segala urat di lengan dan lehernya kelihatan bersama titisan peluh yang menitis dari pelipis ke dagu.

Ditambah lagi dengan singlet hitam sahaja yang tersarung di tubuh lelaki itu.

Inikah lelaki yang Vanessa dan dia tidak mahu kahwini dulu?

Skyler menumbuk punching bag seolah olah bayangan seseorang kelihatan di punching bag itu.

.
.
.

"Why did you do this to me, Vanessa?"

"Sebab I dah tak boleh bersama you, I dah jadi isteri orang dah pun, move on lah!"

"Habis selama tiga tahun itu..apa?" Suara Skyler hampir tidak keluar memandang gadis yang berada di hadapannya. Bibir diketap menahan rasa sakit dihati.

"I'm sorry." Vanessa menunduk. Cincin kahwin ditangannya diperhati sebelum dia melepaskan nafas.

"I pregnant. Anak Bernard. Sorry." Vanessa akhirnya jujur.

Hampir berkecai hati yang sudah sedia retak mendengar pengakuan itu. Vanessa curang. Vanessa main kayu tiga di belakangnya.

"I will accept the baby eventho it's not mine. Jom lupakan semua ni dan mulakan hidup baru. I just.. I love you."

"You gila? I dah kahwin dengan Bernard, Skyler. Kami akan bina keluarga kami sendiri." Vanessa mula mengambil beg tangannya namun pantas tangan Skyler mencengkam lengan gadis itu.

"I love you."

Vanessa mengetap bibir dan memandang tangannya yang digenggam oleh Skyler sebelum tangan itu direntap kasar.

"I don't. Kalau you betul betul cintakan I, lepaskan I. Berhenti ganggu I dan biarkan I cari bahagia I sendiri dengan Bernard dan anak kami." Pinta Vanessa.

Dan saat itu, Skyler hanya mampu memandang kelibat gadis yang dijaga selama ini berlalu pergi setelah memecahkan setiap cebisan hatinya sehingga hati itu menjadi hilang sinar.

.
.
.

Skyler berhenti menumbuk apabila perasan kelibat seseorang sedang memerhatinya. Boxing glove ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Peluh dilap menggunakan tuala dan nafas kasar dihela.

"You nak air?" Soalan itu tiba tiba terpacul dari mulut Victoria. Liur ditelan melihat titisan peluh Skyler yang melencunkan singlet hitam jejaka itu.

Skyler memandang wajah Victoria yang mirip dengan Vanessa meskipun mereka bukan kembar.

"No."

Victoria membungkam seketika sebelum dia terus berlalu ke dapur. Peti dibuka dan botol air topicana twister diambil lalu dituang ke dalam gelas berisi ais. Gelas itu dibawa ke dalam bilik.

"Nah." Gelas itu dihulurkan pada Skyler. Skyler memandang gelas yang mengandungi air oren sejuk itu lalu mengambil dan meneguk rakus.

Victoria memerhati halkum Skyler yang bergerak gerak sewaktu meminum air. Hampir meleleh air liurnya melihat jejaka yang dikategorikan sebagai jejaka hot.

"Kenapa?" Skyler meletakkan gelas di atas meja apabila si gadis memerhati wajahnya bagai ingin menerkam wajahnya sahaja.

Victoria menggeleng dan tersenyum.

"Saja tengok sebab you nampak hot." Jujur Victoria sambil mengenyit mata buat lelaki dihadapannya. Haraplah Skyler tidak menumbuknya kerana berperangai sebegini. Menengokkan gaya Skyler tumbuk punching bag tadi, rasanya boleh ditransfer ke kubur terus sekali kena tumbuk.

Skyler hanya diam dan meneliti tangannya yang agak kemerahan meskipun sudah memakai glove kerana menumbuk tanpa henti.

"You kerja dengan D'Ezekiel dah berapa lama?" Soal Victoria untuk memecahkan sunyi.

"Since 11."

"Mudanya!" Melopong Victoria mendengar jawapan Skyler. Bukan kah waktu itu mereka masih bersekolah lagi?

Skyler hanya diam mendengar suara terkejut itu. Tiada siapa tahu bagaimana dia hidup dulu sehingga tidak bersekolah kerana hidupnya penuh dengan keluarga yang bertoksik dan memaksanya untuk berpindah ke tempat lain seorang diri sewaktu kecil kerana ingin lari dari keluarga sendiri sehingga takdir yang menemukan dia dengan dua beradik kecil juga.

Hunter dan Franky. Yang turut menjelajah dunia kerana ingin membebaskan diri dari neraka dunia ciptaan keluarga.

Bersama itu, empayar D'Ezekiel ditubuhkan bersama Hunter dan Franzelx.

Satu benda yang ramai tidak tahu bahawa dia turut menjadi pengasas kepada golongan bangsawan elit itu tetapi dirahsiakan kerana dia berkeras inginkan tarafnya tidak disamakan dengan Hunter dan Franky sehingga mereka bergaduh teruk apabila Skyler menolak untuk menjadi pemimpin D'Ezekiel seperti Hunter dan Franky.

Akhirnya Skyler bersetuju untuk mengambil nama D'Ezekiel sebagai tanda balas budi dari Hunter dan Franky apabila Skyler tetap berkeras tidak mahukan pangkat di dalam itu.

Bagi Skyler, dia tidak layak untuk memegang pangkat tinggi kerana empayar D'Ezekiel adalah milik majikannya, dia cuma menolong sahaja.

"Kenapa nama you ada D'Ezekiel juga dekat belakang? Kan nama tu untuk keluarga mereka je." Teringat pula Skyler dulu memperkenalkan dirinya dengan nama Ace Skyler D'Ezekiel semasa berjumpa dengan keluarganya untuk menguruskan hal perkahwinan jejaka itu dengan Vanessa.

"Penting ke untuk kau tahu?" Dingin suara Skyler sambil jejaka itu bangun dan mula melangkah ke dalam biliknya. Rimas ditanya macam macam.

Tuala dicapai dan Skyler melangkah ke arah kolam mewah yang terdapat di bahagian tepi rumah ini.

Dalam kepala terfikir juga, jika dia mati nanti pasti keluarganya akan berebut inginkan hartanya. Bibir Skyler menyenget sinis. Harta, harta dan harta.

Mampu membuatkan seseorang menjadi hilang akal.

Setelah singlet hitamnya ditanggalkan dari tubuh, dan hanya berseluar pendek, dia menghempaskan tubuh ke dalam kolam itu.

DEBUSH

Victoria terus melangkah ke arah kolam apabila mendengar sesuatu jatuh ke dalam air. Membulat matanya melihat Skyler tidak berbaju dengan mengapungkan diri di atas air sambil mata lelaki itu terpejam.

Lemas? Lemas!

"Skyler!" Jerit Victoria sambil turut terjun ke dalam air dengan pakaiannya untuk menyelamatkan jejaka itu.

Skyler mengerutkan dahi mendengar jeritan Victoria dan membuka mata.

"Woi!" Skyler berenang ke arah Victoria yang terkapai kapai lalu tubuh gadis itu yang tenggelam diangkat dan ditarik rapat ke badannya.

Victoria yang hampir lemas pantas mendapatkan oksigennya kembali dan memukul dada Skyler dengan kuat.

"Argh!"

"Kenapa buat kolam dalam sangat?!" Marah Victoria. Gila ke apa kedalaman kolam ini macam kedalaman pantai! Nak suruh orang lemas ke apa?

"Manalah aku tahu, bukan aku yang design rumah ni! Kau tu kenapa terjun dalam ni tiba tiba?" Soal Skyler sambil terus memeluk pinggang gadis yang tidak reti berenang itu.

Victoria memeluk leher Skyler sambil cuba menstabilkan nafasnya. Ingin sahaja ditampar wajah Skyler kerana mempermainkannya. Ingatkan jejaka itu lemas!

Dahla dia period! Nasib baik darahnya sudah keluar sedikit sahaja setelah lima hari.

Kemudian Victoria memandang tubuh Skyler yang tidak berbaju. Tegap. Menggoda.

"Auch!" Jerit Victoria apabila dahinya dijentik oleh jemari Skyler.

"Tengok muka, bukan badan. Pervert." Kutuk Skyler sambil mengangkat dagu Victoria yang tidak habis habis memandang badannya agar memokuskan pandangan ke wajahnya.

Darah mula menyerbu ke muka apabila dia bertentangan dengan wajah basah Skyler. Titisan air di rambut jejaka itu sangat memikat.

"Jangan berangan. Aku lepas nanti, biar kau lemas." Ugut Skyler apabila menangkap wajah Victoria bermata love merenungnya.

"Janganlah!" Victoria mengeratkan pelukan dan memasukkan kepala di celah leher Skyler. Nak bermanja je sebenarnya.

Skyler membawa Victoria ke pinggir kolam dan gadis itu diletakkan di situ. Memuncung bibir Victoria apabila Skyler mengeluarkan dia dari kolam.

I nak peluk you.

Skyler kembali berenang setelah meletakkan gadis itu di pinggir kolam. Kepalanya dimasukkan ke dalam air dan dia berhenti seketika.

Damai. Tenang.

Berada di dalam air membuatkan dia terasa seperti hidup di dalam satu dunia yang tiada sesiapa pun mampu mendekatinya.

Victoria di pinggir kolam membongkokkan badan untuk melihat Skyler. Risau juga dia jika Skyler lemas kembali. Mamat ni tak takut mati ke? Selamba je selamkan kepala dalam air lama lama. Fikir diri dia tu ikan duyung?

DEBUSH

Akibat terlalu membongkok, sekali lagi Victoria terjatuh je dalam air. Terus dia terkapai kapai cuba untuk mencari oksigen dan terasa air mula masuk ke dalam hidungnya.

Skyler yang sedang memejam mata itu kembali membuka mata apabila celoteh Victoria tidak kedengaran lagi.

"Victoria!" Skyler yang melihat si gadis itu terus mendapatkan Victoria. Apa masalah perempuan ini sebenarnya?! Nak mati?

Tubuh Victoria diletakkan di atas lantai tepi kolam dan dia menggocangkan bahu Victoria. Gadis itu hanya statik. Terus Skyler menghalakan jari di hidung Victoria dan tiada nafas yang terhembus.

Skyler mula menyilangkan jemarinya dan menekan dada Victoria berulang kali dengan lembut.

Kemudian dia terus mengangkat sedikit kepala gadis itu apabila Victoria masih tidak memberi respon. Bibir Victoria dibuka dan terus dia memberi bantuan pernafasan untuk gadis itu.

Hampir dua minit, Victoria kembali bernafas dan air mengalir keluar dari mulut dan hidung. Berpinar mata Victoria cuba melihat dunia selepas hampir maut.

"You good?" Soal Skyler sambil memangku Victoria dan wajah gadis itu ditepuk perlahan. Victoria hanya angguk perlahan dan kembali memejam mata.

Lena mula menjemput selepas nyawa hampir diragut.

***

Mata kembali celik apabila terdengar bunyi sudu berlaga dengan pinggan. Terus Victoria bangkit dari katil dan terbatuk kecil.

Kaki mula turun dari katil dan dia terhenti seketika. Membulat matanya memandang diri sendiri.

"No.. not him changing my outfit." Victoria melihat pakaian yang tersarung di tubuhnya. Merah pipinya apabila memikirkan bahawa Skyler telah menukar pakaiannya.

Bibir digigit kuat dan jemarinya bermain sesama sendiri. Kemudian dia melompat setempat apabila bulu romanya meremang memikirkan Skyler yang menukar pakaiannya sehingga underwearnya juga telah bertukar.

Dengan tangan yang sejuk, Victoria melangkah keluar dari bilik dan menjenguk sedikit. Terus matanya menangkap Skyler yang sedang makan sambil diganggu oleh Ace yang ingin bermain.

Kaki Victoria kembali masuk ke dalam biliknya. Buat kali pertama, dia mengelak dari bertembung dengan Skyler. Biasanya nak menyondol je.

Skyler mengerutkan dahi melihat si gadis yang masuk ke dalam bilik sebaik sahaja melihatnya. Ada apa apa ke pada dia sehingga Victoria mengelak untuk bertembung dengannya?

Sesaat kemudian, Skyler tersedar.

Terus bibir Skyler menyenget ke atas apabila dia dapat tahu punca Victoria bersikap sebegitu. Pastinya gadis itu malu apabila dia menukar pakaian Victoria. Walaupun hakikatnya, dia tidak melihat tubuh gadis itu kerana dia menukar pakaian sambil diletakkan selimut menutup tubuh Victoria.

He's not as pervert as her.

Skyler menggosok kepala Ace yang bermanja dengannya.

"Pergi panggil dia keluar." Ujar Skyler sambil merenung Ace. Ace yang seolah olah mengerti ayat Skyler terus sahaja turun dari riba Skyler dan menuju ke arah bilik yang menempatkan Victoria.

"No no! I taknak lah!!"

Jeritan Victoria sampai di pendengaran Skyler sebelum gadis itu keluar dari bilik dengan tangannya yang berada di dalam mulut Ace. Cemberut sahaja wajahnya apabila Ace mengheret tangannya ke arah Skyler.

"Makan. Nak mati kebulur ke?" Soal Skyler sambil menghulurkan pinggan berisi pancake ke arah Victoria.

Gadis itu hanya akur dan duduk di hadapan Skyler. Garfu dicapai lalu pancake mula disuap ke dalam mulut.

"I saw nothing."

Victoria mengangkat muka dan memandang Skyler.

"Tipu. Macamana you tukar baju I tanpa tengok apa apa?" Bentak Victoria geram. Pancakenya dicucuk ganas dengan garfu untuk melepaskan marah.

"Aku bukan gedik macam kau nak tengok body orang." Bidas Skyler. Victoria mendengus. Setepek kena di mukanya kerana dia kan suka tengok badan Skyler.

Siapa suruh bina body sampai jadi menggoda macamtu sekali? Jadi semua ini salah Skyler!

"Jadi betullah you tukar baju I?"

"Tak, Ace tukar." Sinis suara Skyler membuatkan Victoria terbungkam seketika.

"Tanya je pun." Victoria menghela nafas geram sebelum dia menyambung kata.

"So sekarang ni kita seri. I gedik, you pun pervert sebab dah tengok badan I." Cebik Victoria. Terus berkerut dahi Skyler sambil wajah tidak puas hati diberikan pada gadis di hadapannya.

"I'm not!"

"You are!"

"Fine, lepasni aku biarkan je kau mengembang dalam baju basah tu." Putus Skyler akhirnya.

Sudah ditolong tapi tidak mahu berterima kasih pula. Tak kenang budi.

Victoria mendengus dan mengambil ceri di atas pancake lalu dibaling ke arah Skyler.

"Apa masalah kau?!"

"You tu yang tengok body I!"

"Okay fine! Semua aku salah. Ya, aku pervert, aku gedik. Kau baik, kau lah ratu segala kebaikan di dunia ni. Puas?" Hilang sabar Skyler berdebat dengan makhluk bernama perempuan ini. Silap hari bulan boleh jadi mereng dia.

Victoria tersenyum puas hati dan mengangguk. Sebiji lagi ceri diambil lalu disuap ke dalam mulut.

"So lepasni you jangan berani panggil I gedik lagi." Ugut Victoria. Skyler memutarkan bola mata ke atas.

Suasana kembali sepi. Dalam hati Victoria agak kagum dengan Skyler yang sudi menukarkan pakaiannya tanpa rasa jijik sebab dia kan period walaupun darah keluar dengan sikit tetapi masih lelaki itu sudi mencuci kotorannya.

How can someone dumped this man?

"Terima kasih." Ucap Victoria sambil tersenyum manis. Semakin angau lah dia nanti terhadap lelaki yang berada di hadapannya.

Skyler.

Jejaka itu hanya angguk kecil dan melicinkan pinggan yang berisi pancake. Kemudian dia bangun apabila siap memakan pancake. Sambil menghulurkan gelas kepada Victoria berisi air susu.

"Thank you!" Bersinar mata Victoria. Skyler menyenget sinis dan menundukkan badannya sedikit agar bibirnya sama paras dengan telinga Victoria.

"You're welcome, gedik."

Bulat mata Victoria.

"Skyler!!!"

***

"Be pervert. Because I love wilderness."


***

Can we hit 1K votes for all chapters? 🥺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro