CHAPITRE SEPT 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"I nak keluar beli pil sekejap. You tunggu sini." Victoria membuka pintu kereta setelah memaksa Skyler berhenti di depan farmasi.

Skyler mengerutkan dahi. Pil apa? Namun dia hanya diam apabila kelibat Victoria berlalu keluar dari kereta tanpa sempat dia bertanya.

Mata Skyler tertancap pada kerusi kereta berwarna putih yang menjadi tempat duduk Victoria.

Cecair merah.

"Oh heck." Skyler terus keluar dan mengejar langkah Victoria yang masuk ke dalam farmasi. Tubuh gadis itu dipeluk dari belakang.

Terhenti nafas Victoria apabila tubuhnya dipeluk oleh Skyler. Sudahlah ada orang di dalam farmasi ini!

Dua orang yang sedang berbual itu memandang Skyler dan Victoria dengan pelik. Berpelukan di dalam farmasi?

"Sini." Skyler menolak Victoria agar gadis itu ke tandas berdekatan. Dia pula berjalan di belakang gadis itu.

"Kenapa dengan you ni?" Soal Victoria sambil berpaling ke arah jejaka itu apabila mereka sudah tiba di dalam tandas.

Dahla jejaka itu masuk tandas perempuan.

"Kenapa pakai seluar putih?" Soal Skyler sambil menunjuk ke arah seluar jeans ketat yang berwarna putih yang dipakai di kaki kecil Victoria.

Gadis itu menunduk dan kembali memandang Skyler.

"Why?"

"Kau period." Mendatar suara Skyler. Victoria terus membulatkan matanya dan cuba memandang punggungnya namun kepalanya tidak mampu untuk ditoleh ke belakang lagi.

"Oh my god! Macamana ni? You tolong ambilkan pad I yang I baru beli tadi. Dalam kereta." Ujar Victoria cemas. Sepatutnya haid dia datang lusa tapi kali ini awal pula.

Skyler menghela nafas dan berlalu keluar. Kaki melangkah ke kereta dan pintu belakang dibuka. Tangan mengambil pad yang baru dibeli serta hoodie miliknya ditanggalkan membiarkan badannya bersarung tshirt nipis bewarna hitam dan dia kembali masuk ke tandas. Pandangan pelik dari gadis yang berada di tandas perempuan itu tidak dipedulikan.

"Thanks." Victoria menghela nafas lega apabila Skyler membawa pad untuknya.

Kemudian Skyler menunggu di luar tandas bersama hoodie di tangan. Hampir dua puluh minit, gadis itu keluar dari tandas dan berkerut dahi melihat Skyler yang sedang menunggunya.

"Why?" Soal Victoria pelik apabila jejaka itu menunggunya di depan tandas.

Skyler tanpa kata terus mengikat hoodienya di pinggang Victoria bagi menutup kesan di punggung gadis itu meskipun Victoria telah mencuci kesan darah di seluarnya.

Wajah Victoria merah padam malu apabila tubuh Skyler merapat seolah olah memeluknya.

"Jom."

"Kejap." Victoria terus melangkah ke arah kaunter dan membeli ubat untuk period cramp serta sabun pembasmi kuman serta sepaket tisu basah.

"You tunggu situ dulu. I nak cuci car seat you." Victoria membuka pintu kereta dan melihat kesan tompokan darahnya di atas kerusi kereta Skyler yang berwarna putih itu.

Terus tangannya lincah mencuci car seat menggunakan sabun dan tisu basah yang dibeli.

Skyler hanya memerhati si gadis yang mencuci keretanya. Atau lebih tepat, memerhati punggung Victoria yang ditutupi hoodienya sedang berbongkok untuk mencuci keretanya.

Menggoda.

"Dah siap." Victoria melangkah ke arah Skyler yang asyik merenungnya.

"I minta maaf tau." Victoria tersenyum manis memandang Skyler apabila mereka sudah berada di dalam kereta.

Skyler hanya diam. Berapi jugalah dia kerana gadis itu berani mengotorkan keretanya namun memikirkan si gadis yang tidak sengaja berbuat demikian, terus hilang marahnya.

Victoria menggigit bibir apabila Skyler hanya mendiamkan diri. Tangannya menggagau di dalam beg tangan untuk mencari sesuatu.

"Nah, buka mulut."

Skyler menoleh sekilas melihat si gadis yang menghulurkan coklat pepero ke arahnya.

"Apa.." tidak sempat Skyler menghabiskan kata, Victoria terus menyuap coklat itu ke dalam mulutnya.

"I kalau mood tak okey, I akan makan coklat. Barulah hilang sikit rasa marah I. You pun makanlah coklat, mana tahu hilang rasa marah you dekat I. Lagipun I tak sengaja. Manalah I tahu harini I datang bulan, bulan lepas I kira sepatutnya datang lusa." Jelas Victoria. Skyler menggeleng kecil sambil menelan coklat di dalam mulutnya.

***

Victoria menelan ubat yang dibeli di farmasi tadi sebelum menekan perut yang terasa sakit.

Period cramp.

"Arghh.." Gadis itu terus merebahkan tubuh di atas katil dan menggulungkan badan seperti ulat gonggok. Bantal diambil lalu dipeluk kemas sambil wajahnya berkerut.

Mata melihat jam. Sepatutnya ini masa untuk memberi Ace makan tetapi perut nya terlalu sakit untuk bangun dan menyediakan makanan untuk Ace.

Namun apabila mengenangkan Ace yang kelaparan, terus dia bangun juga dan berjalan ke dapur. Bibir diketap apabila sakit perutnya semakin kuat apabila dia bergerak.

Being a girl isn't that easy.

Skyler yang baru selesai memberi makan pada Ace mengerutkan dahi apabila mendengar bunyi di dapur. Terus kakinya melangkah dan melihat gadis yang sedang menyediakan makanan buat Ace.

"Aku dah bagi makan." Skyler melangkah ke arah Victoria dan mengambil daging ditangan gadis itu lalu disimpan kembali ke dalam bekas. Nasib baik tak sempat rebus lagi.

Victoria hanya membiarkan sebelum dia duduk di atas kerusi. Kepalanya direbahkan di atas meja dan dia mencengkam perutnya menahan sakit.

"Kau kenapa?" Skyler mengerutkan dahi dan turut duduk di kerusi meja makan itu.

Victoria hanya diam dan memejam mata.

Tangan Skyler mula naik menyentuh bahu Victoria namun tiada respon dari gadis itu.

"Nak pergi hospital tak?" Soal Skyler. Victoria menggeleng.

Ada sesetengah perempuan apabila haid datang, tiada sakit apa apa. Boleh bergerak seperti biasa. Tetapi dia, empat hari pertama haid memang perutnya akan rasa sakit dan memulas. Bagai usus diperah seperti kain yang basah.

Skyler mengerutkan dahi. Dia terus bangun dan mencapai satu mug lalu dia memberi air suam buat Victoria.

"Sini." Tangan Victoria digenggam dan gadis itu dibawa ke sofa.

"You.. perut I sakit sangat." Victoria kembali menggulungkan diri seperti ulat gonggok. Skyler meletakkan mug air suam diatas meja.

"Perempuan period memang macam ni ke?"

"Tak." Victoria memejam mata cuba melenakan diri agar rasa sakit di perutnya hilang. Tidak semua perempuan merasai sakit sepertinya ini.

Skyler mengangguk perlahan. Patutlah gadis itu membeli pil di farmasi. Untuk sakit seperti ini. Ngeri juga dia melihat seorang perempuan menahan sakit akibat haid.

Air suam yang semakin sejuk diperhati sebelum Skyler menghela nafas apabila Victoria terlena di sofa. Telefonnya diambil dan dia mula menekan aplikasi google.

How to handle a period pain woman

Hampir setengah jam meneroka aplikasi itu, Skyler kembali menutup telefonnya dan dia mula menyelongkar ruangan dapur. Satu persatu kabinet dibuka mencari benda yang diperlukan.

Tangan mencapai sesuatu yang sudah berhabuk akibat sudah berkurun tidak digunakan sebelum bibirnya tersenyum.

"Perfect."

***

Victoria membuka matanya apabila terasa perutnya dibebani dengan sesuatu yang berat. Membulat matanya melihat tangan Skyler sedang memeluknya.

Terus dia memandang lelaki yang lena sambil memeluknya buat kali kedua itu. Kemudian tangan dilekapkan di perut dan dia terasa seperti tangan Skyler yang memeluknya memegang sesuatu.

Batu lesung?

Berkerut dahi Victoria melihat batu lesung itu sebelum dia meletakkan batu lesung di atas meja dan mengiringkan tubuh menghadap Skyler.

He's too seductive.

Victoria terus memeluk Skyler dan menyembamkan muka di dada Skyler. Haruman jejaka itu dihidu dan bibirnya tersenyum apabila Skyler memeluknya sewaktu tidur.

Dan yang lagi mengejutkan, Skyler bawa dia tidur di dalam bilik jejaka itu! Haritu bukan main marah bila dia masuk bilik Skyler tapi harini Skyler pula bawa dia masuk bilik ini.

Victoria menggigil teruja. Hilang habis segala sakit di perut apabila dapat memeluk Skyler yang masih lena. Mungkin Skyler tertidur sewaktu meletakkan lesung batu itu di perutnya.

Sekarang ini, apa yang ada di dalam kepala Victoria adalah mengapa lesung batu? Tawa kecil keluar dari bibirnya apabila mengingatkan bahawa Skyler memang lembab dalam hal hal berkaitan wanita.

"Morning." Sapa Victoria apabila Skyler mula bergerak menandakan lelaki itu sudah bangun dari tidur.

Skyler memandang Victoria yang memeluknya sebelum tangan gadis itu dialih dari terus memeluk dirinya. Victoria mencebik dan mengemaskan pelukan.

"You buat apa dengan lesung batu tu?" Soal Victoria ingin tahu.

"Berhenti peluk aku dan aku akan bagitahu." Mendatar sahaja suara Skyler. Victoria merengus dan melepaskan pelukan dari tubuh Skyler.

"It's a replacement with hotpack. Aku panaskan lesung tu untuk letak di perut kau sebab google said a period woman need it." Jelas Skyler sambil bangun dari baringnya dan merenggangkan tulang belakang.

"Kalau perut kau dah okey, sila keluar."

"Auch! Auch! Sakitnya..." Victoria memegang perutnya dan berguling ke kiri dan ke kanan sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut Skyler.

Jejaka itu menghela nafas melihat lakonan Victoria dan terus bangun menghala ke bilik air bagi mencuci muka meninggalkan Victoria yang terguling di atas katilnya itu.

Victoria berhenti berguling apabila Skyler lenyap ke dalam bilik air dan tersenyum lebar. Terus dia mengambil bantal peluk Skyler dan didakap erat.

He's so caring towards me!

Hampir menjerit kegembiraan gadis itu apabila jejaka yang menjadi crush nya sangat sangat perihatin sehingga sanggup membazirkan data telefon demi mencari sesuatu yang berhasil untuk mengurangkan sakit perutnya.

Skyler melangkah keluar dari bilik air dan melihat si gadis yang masih melekat di katilnya itu.

"Dah, keluar." Tangan Victoria ditarik namun gadis itu mengeraskan badan dan menjerit kuat.

"Kau dah kenapa!" Habis sabarnya berhadapan dengan gadis ini apabila Victoria menjerit dengan kuat. Persis dia nak buat benda tak senonoh pula!

"I nak duduk sini. Kejap je nanti I keluarlah." Victoria menayangkan wajah simpati pada Skyler.

"Lima minit, lambat aku dukung."

Membulat mata Victoria mendengar ayat itu. Dukung? Huishh kecil tapak tangan, telaga dia tadahkan!

"Kalau macamtu I duduk sini sampai you dukung lah." Senyuman manis dihadiahkan pada Skyler yang hampir menghantukkan kepala ke dinding akibat si gadis yang berada di atas katilnya itu.

Tidak bolehkah dia berjumpa dengan gadis yang normal sahaja di dalam hidupnya?

Skyler menggeleng kepala dan melangkah keluar. Kakinya mencari kelibat Ace yang sedang berada di dalam 'bilik'nya.

Siulan dibunyikan sebelum Ace datang menerkam tubuhnya.

"Kau dah mandi?" Soal Skyler sambil menggosok bulu Ace. Ace menyeringai garang apabila mendengar perkataan mandi dari mulut Skyler.

"Jangan mengelat. Jom mandi." Terus Skyler mendukung Ace yang meronta ingin turun kerana tidak mahu mandi.

"Victoria, tolong ambilkan berus!" Laung Skyler sambil masuk ke dalam ruangan mandi Ace. Victoria yang mendengar laungan jejaka itu pantas bangun dan mencapai berus mandi Ace lalu dia berlalu keluar.

"Ni." Berus itu dihulur pada Skyler dan jejaka itu menyambut. Ace terus menerkam Skyler cuba untuk merosakkan berus itu agar dia tidak perlu mandi.

"Ace, no." Victoria mengambil berus di tangan Skyler dan diangkat tinggi. Membazir betul Ace ni. Tidak tahu kah dia bahawa harga berus ini adalah RM0.80 setiap satu? Jika dia habiskan 5 berus maknanya sudah menghabiskan RM4.

Dah boleh buat beli coklat.

"Kita kena jimatkan penggunaan berus. So, you pegang dia biar I yang gosok badan dia." Ujar Victoria. Skyler mengerutkan dahi namun apabila mendengar arahan gadis itu yang seperti komando, dia hanya akur dan memegang tangan Ace.

Ace mula meronta namun rontaannya terhenti apabila dia sedar Skyler telah memegangnya dengan lebih kuat.

Victoria tersenyum kemenangan.

***

"Ni." Plastik diberi kepada Victoria yang sedang mengilatkan kukunya.

Berkerut dahi Victoria melihat bungkusan itu sebelum isinya diintai sedikit. Membulat mata gadis itu apabila melihat isi di dalam plastik.

"Oh my god!"

"Jangan peluk a.."

Skyler terdorong ke belakang apabila tubuhnya dipeluk oleh Victoria secara hendap. Nasib baik kakinya sempat menekan lantai dengan kuat dan tangan memaut pinggang Victoria yang selamba melingkarkan kakinya di pinggang Skyler.

"Thank you! Banyaknya coklat!" Bersinar mata biru Victoria melihat mata hijau milik Skyler.

Skyler tersenyum nipis melihat si gadis yang teruja apabila mendapat coklat.

Google said a period woman also need something to lighten up their day.

"Tapi sekali lagi kau peluk aku gaya nak bunuh aku, jangankan coklat, plastik pun aku tak bagi." Skyler memberi amaran namun si gadis menjelirkan lidah ke arahnya sambil memeluk erat leher Skyler.

"I suka coklat. Especially dari you, so thank you again." Victoria tersenyum lebar dan mencium pipi Skyler.

Skyler terdiam. Kali kedua dia mendapat ciuman di pipi dari Victoria. Dan setiap kali ciuman itu diberi, jantungnya akan berentak laju dan perasaan pelik di dalam diri mula timbul.

"Turunlah." Skyler melepaskan tangan di pinggang Victoria namun gadis itu masih melingkarkan kaki di pinggangnya seperti tahi cicak yang melekat antara satu sama lain.

"Suap I makan."

"Mana kad OKU?" Soal Skyler tiba tiba. Victoria mengerutkan dahi tidak mengerti.

"For what?"

"Biasanya orang yang makan bersuap ni sebab cacat." Selamba Skyler membidas membuatkan mulut Victoria melopong. Terus rambut Skyler ditarik sedikit dan dia turun dari memeluk Skyler.

"Malaslah I cakap dengan you! Menyakitkan hati!" Bentak Victoria sambil melangkah ke arah plastik coklatnya itu tadi. Coklat berjenama Hershey kisses dibuang plastiknya dan disumbat ke dalam mulut bagi melepaskan geram.

Skyler menahan tawa sebelum dia menyerabaikan rambut Victoria yang seperti kanak kanak merajuk akibat tidak dapat bermanja dengan ibubapa.

"Makan elok elok, tersedak nanti tak kuasa aku nak selamatkan kau." Skyler melangkah keluar dari bilik Victoria meninggalkan gadis itu sendirian menikmati coklatnya.

Setibanya di luar, Skyler berdiri tegak dan berfikir seketika.

"Why did I bought her some chocolates?"

***

"Don't worry, the feeling of wanting to care for someone is normal when you consider her a place in yourself that more than everyone you ever met."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro