CHAPITRE ONZE 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Victoria melangkah keluar dan tersenyum lebar memandang Skyler yang sudah siap bersama kemeja putih dan blazer serta tali leher biru yang dibeli tadi.

Perfect.

"Macamana? Dah okey?" Soal Victoria sambil memusingkan tubuhnya dan rambutnya dibetulkan. Skyler mengangguk dan menarik pinggang gadis itu rapat ke badannya.

Victoria terkedu.

"You look perfectly perfect." Bisik Skyler sambil tersenyum. Victoria terkelip kelip memandang Skyler sambil berfikir sama ada dia berangan atau tidak.

"Dah, jom." Skyler melepaskan pelukan di pinggang gadis sambil menoleh ke arah lain apabila terasa wajahnya berbahang malu kerana terlepas pujian kepada Victoria.

Victoria tersenyum lebar dan mengekori langkah Skyler. Mereka menaiki kereta mewah yang dipandu oleh Skyler dan tiba di hadapan bangunan syarikat Ezekiel Invest France.

"Hold on." Skyler melangkah keluar dari kereta meninggalkan Victoria yang terpinga pinga. Kemudian dia berlalu ke tempat duduk penumpang lalu pintu dibuka.

"Jom. Heels kau tinggi. Aku risau tersungkur je nanti." Ujar Skyler dengan nada jujur. Victoria tergelak dan menyambil tangan Skyler yang terhulur ke arahnya.

Mereka berdua berjalan masuk ke dalam bangunan itu sambil diiringi dengan cahaya flash kamera. Sudah pasti kehadiran Victoria yang berada di sisi bakal mencetuskan lagi kontroversi.

Seorang pelayan menarik kerusi VVIP buat Skyler dan Victoria bersama Elijah yang turut berada di situ.

"Hey." Elijah menghulurkan tangan kepada Skyler.

"What's up?" Skyler menyambut dan mereka berbalas senyum. Elijah turut bersalam dengan Victoria.

"Your luck. Siapa ni?" Soal Elijah sambil memandang gadis bermata biru di tepi Skyler. Victoria hanya diam sambil menunduk.

"Pretty." Kenyitan diberi oleh Elijah buat si gadis sebelum dia kembali membetulkan duduk apabila majlis sudah ingin bermula. Skyler memandang Victoria yang hanya tunduk sebelum tangannya menggapai tangan Victoria dan digenggam dibawah meja.

Terus Victoria mengangkat muka dan memandang wajah jejaka yang hanya diam. Bibirnya tersenyum lebar lalu dia turut membalas genggaman Skyler.

Seluruh isi dewan itu mendengar ucapan pengerusi majlis yang mengucapkan tahniah buat Skyler dan selamat tinggal buat Elijah.

Kemudian tepukan mula bergema apabila nama Skyler dipanggil untuk memberi sedikit ucapan sempena majlisnya pada malam itu.

"Goodluck." Victoria mencium pipi Skyler sekilas. Dan aksi itu membuatkan suasana kecoh seketika dengan suara tetamu yang melihat adengan Victoria mencium pipi Skyler.

Meskipun telah dipesan oleh Skyler agar jangan mencium dia tanpa izin.

Skyler naik ke pentas dan berdehem seketika. Mulutnya terbuka ingin memberi ucapan namun suaranya tidak keluar kerana mata melihat kelibat seseorang yang sedang memerhatinya dari jauh.

Vanessa.

Mustahil. Skyler terdiam melihat gadis yang berada di hujung itu sedang tersenyum manis ke arahnya. Bagaimana Vanessa boleh ada disini?

Victoria yang melihat riak Skyler seperti terkejut itu terus menoleh ke belakang. Membulat matanya melihat kelibat adik perempuan yang sudah lama dia tidak bersua muka.

Terus Victoria bangun dan perbuatannya menarik perhatian ramai. Termasuk Vanessa yang terkejut melihat kelibat kakaknya. Tidak sangka wanita yang mendampingi Skyler adalah kakaknya.

Kaki Victoria melangkah ke pentas dan wajah Skyler ditenung. Skyler juga turut memandang Victoria yang berada di tepinya.

"First of all, ladies and gentlemen, I would like to introduce this girl beside me to all of you." Skyler menggenggam tangan Victoria dan tangan itu dicium.

"This is my girl, Victoria."

Hampir terlepas gelas kaca di tangan Vanessa mendengar pengumuman itu. Tambahan lagi apabila melihat genggaman tangan Skyler dan Victoria yang bertaut erat. Dari renungan Skyler pada Victoria juga dia dapat rasakan bahawa mereka benar benar dalam hubungan.

Victoria memandang Skyler sebelum matanya berkaca. Bibir mengukir senyum manis dan mengangguk.

"This is my girl so respect her. And don't you dare to mess with her. And I am Ace Skyler D'Ezekiel. The new Chief Executive Officer for this company, Ezekiel Invest Holdings. I'm being honoured to take this position as Elijah got a problem to handle this company. I hope we can be tolerated to each other and got this company to the better stage." Seusai itu, tepukan bergema dan semua berdiri sebagai tanda hormat meraikan kehadiran Skyler.

***

Vanessa melihat kelibat pasangan itu dari jauh. Dia masih tidak mampu menerima hakikat bahawa Skyler dan Victoria bersama.

Kakinya dihala pada pasangan itu lalu kerusi ditarik.

Serentak Skyler dan Victoria mengangkat kepala melihat Vanessa yang selamba menarik kerusi. Serentak itu tangan Skyler menggenggam tangan Victoria.

"Hey, Skyler. And Victoria." Sapa Vanessa sambil tersenyum manis. Victoria turut tersenyum manakala Skyler hanya diam.

"You macam benci I je." Vanessa menyoal apabila perasan riak Skyler yang tidak senang dengan kehadirannya. Kemudian dia tersenyum lalu beg kertas diberi pada Skyler.

"Ini untuk you. I tak tahu you bersama dengan Victoria sekarang jadi sebab itulah I beli untuk you je. Kalau I tahu Victoria ada, I boleh belikan untuk dia sekali." Vanessa berbicara dengan Skyler seolah olah Victoria tidak wujud disitu.

"Ambillah. You'll love it." Ujar Vanessa apabila beg kertas itu tidak disentuh malah tidak dipandang pun oleh Skyler. Victoria mengambil beg kertas itu dan diletakkan di tepi.

"Thank you, sister. I yakin Skyler akan suka hadiah you bagi." Ujar Victoria sambil tersenyum.

Keadaan kembali sepi selepas itu. Vanessa memerhati Skyler yang sedang menjamah makanan tanpa mempedulikan dirinya. Padahal dia sudah berhias sehabis baik malam ini untuk menarik perhatian Skyler.

"Aku pergi tandas kejap." Skyler meleraikan tangan Victoria kerana berasa tidak selesa duduk di situ lama lama. Tambahan pula dengan renungan Vanessa seolah olah Vanessa ingin membahamnya.

Jika dulu dia suka ditenung oleh Vanessa, kini dia rasa rimas apabila ditenung sebegitu.

"What happened to Bernard?" Soal Victoria apabila kelibat Skyler menghilang. Vanessa membetulkan pakaiannya dan membasahkan tekak.

"Divorced. I dengan dia dah tak sehaluan. Anak, dia jaga." Jawab Vanessa dengan santai. Membuatkan Victoria terkedu.

"What?"

"What is what? Pelik ke I bercerai? Normal lah bercerai tu sebab dah tak sehaluan. Bernard pun dah ada kekasih lain." Vanessa mengangkat bahunya apabila berbicara tentang lelaki bergelar bekas suaminya.

Kemudian Vanessa terdiam dan tawa kecil meletus dari bibirnya.

"Ke you takut I ambil Skyler dari you?" Soal Vanessa tiba tiba. Victoria hanya mendiamkan diri.

"I tumpang bahagia atas berita you berdua. Long last." Vanessa tersenyum manis dan bangun dari kerusi meninggalkan Victoria. Gadis itu menghela nafas apabila adiknya pergi.

Vanessa melangkah ke arah tandas namun matanya terhenti apabila melihat tubuh Skyler yang sedang berborak dengan tetamu. Terus kakinya melangkah ke arah jejaka itu dan lengan Skyler dipeluk.

Automatik tertoleh kepala Skyler apabila lengannya dipeluk oleh seseorang. Vanessa.

Ingin sahaja direntap lengannya namun memikirkan tetamu di hadapan, terpaksa dia membiarkan jemari Vanessa memeluk lengannya.

"It was nice to meet you, Ace Skyler. See ya when I see ya." Sapa lelaki itu sebelum Skyler tersenyum nipis dan mengangguk.

"Apa masalah kau?" Skyler menarik tangannya yang dipeluk oleh Vanessa apabila tetamu itu pergi. Vanessa tersenyum.

"I dah bercerai dengan Bernard."

Skyler memandang Vanessa dengan riak pelik. Berita itu agak lucu di pendengarannya namun dia pelik apa motif Vanessa memberitahu hal itu kepadanya.

"So? Nak aku gelabah ke?" Soal Skyler tanpa nada. Berubah wajah Vanessa seketika mendengar nada Skyler yang sudah tidak sama seperti dulu.

"I bercerai dengan suami I don't you happy? Kita boleh teruskan hubungan kita yang terputus dulu dan kali ni I janji, I won't cheat on you. Never." Janji Vanessa sambil menggapai tangan Skyler namun jejaka itu melarikan tangannya dari disentuh Vanessa.

"Aku.."

"He already has me." Satu suara menyampuk dari belakang dan serentak itu tangan kecil Victoria melingkar memeluk tubuh Skyler. Puas dia tunggu Skyler tadi ingatkan dah balik, tapi berborak dengan Vanessa pula!

Hati Vanessa terbakar melihat Victoria memeluk Skyler tanpa lelaki itu menolak.

Skyler tersenyum dan mencium rambut Victoria sebelum sinis wajahnya memandang Vanessa.

"I tak percaya. You berdua berlakon je, jangan ingat I bodoh. Skyler, I tahu you takkan lupa momen kita bersama dulu, kan?" Vanessa merenung Skyler dengan mata yang sudah berkaca.

"Yes."

Terus Victoria mengangkat kepala memandang Skyler. Vanessa sudah tersenyum. Nampaknya betullah tekaannya itu, Skyler masih cintakan dia.

"Aku masih ingat dan takkan lupa macamana kau curang belakang aku masa kita bersama dulu."

Victoria menahan senyum yang hampir melebar lalu kembali memeluk Skyler. Puas hatinya melihat wajah Vanessa yang merah padam. Menahan marah, mungkin.

"Aku tumpang simpati atas penceraian kau, dan aku harap lepasni kau akan jumpa jodoh kau yang sebenar, tapi bukan aku." Skyler memeluk pinggang Victoria dan melangkah pergi dari situ meninggalkan Vanessa yang masih diam.

"You..."

"Kalau kau nak cakap pasal dia baik tak payah. Aku taknak dengar." Suara Skyler memintas kata kata Victoria sehingga gadis itu terdiam.

Victoria terdiam dan dia membulatkan mata apabila tangan Skyler semakin kuat memeluk pinggangnya dan jejaka itu merapatkan wajah mereka.

Alangkah indah jika ini semua bukan lakonan.

Terus tangan Victoria naik merangkul leher Skyler dan hidung mereka bertemu.

"Your hand is cold. Chill out." Skyler tersenyum nipis perasan riak gementar Victoria. Gadis itu berdehem seketika kerana terasa hampir putus nyawa apabila berada dekat sebegini dengan Skyler.

He's so perfect.

Baby, this love
I'll never let it die
Can't be touched by no one
I'd like to see 'em try
I'm a mad man for your touch,
girl, I've lost control
I'm gonna make this last forever,
don't tell me it's impossible

Cuz I love you for infinity
I love you for infinity
Cuz I love your for infinity
I love you for infinity

Terus Victoria berpusing dengan tangan yang bertaut dengan Skyler sehingga gaun kembangnya mekar dan seluruh pandangan tertumpu pada mereka.

Stunning.

Tangan Skyler memeluk belakang Victoria lalu gadis itu merebahkan tubuh ke belakang.

"You're good at dancing." Puji Victoria sambil wajah mereka rapat hampir berlaga. Skyler tersenyum dan pinggang Victoria dipeluk lalu mereka bergerak senada.

'Skyler, I love you.'

***

"You, I taknak balik lagi." Victoria tersenyum manis untuk memujuk agar Skyler terpujuk.

"Kau nak tidur sini?" Berkerut dahi Skyler memandang gadis di hadapannya itu. Victoria mendengus dan menepuk bahu jejaka itu.

"Tak! I nak lepak dulu. Dengan you." Victoria bersinar mata memandang Skyler. Bila lagi boleh date? Masa inilah mereka boleh lepak lepak.

"Victoria, kau tahu kan Ace tunggu kita dekat rumah? Kita kena balik. Sekarang dah lewat sangat." Skylee mengerling jam yang sudah menunjukkan jam 1 pagi.

"Oh my god I lupa pasal Ace. Okay fine." Victoria menepuk dahi apabila terlupa bahawa Ace tidak akan tidur selagi Skyler tidak pulang.

Mereka bergerak pulang ke rumah dan terus Skyler mendapatkan Ace yang sedang mencari berus untuk dirosakkan.

"Hey." Victoria memeluk Ace dan bulu serigala itu diusap usap. Hampir terjatuh dia apabila diterkam oleh Ace.

Skyler hanya menggeleng melihat dua spesies itu dan menanggalkan blazer. Tali leher juga dicabut dan dua butang atas kemeja dibuka.

Victoria melarikan anak mata dari merenung Skyler yang sangat menarik perhatiannya.

"Hey, Ace." Skyler turut duduk di sebelah Victoria dan mengusap kepala Ace. Terus detak jantung Victoria berubah nada apabila haruman jejaka itu masuk ke hidungnya.

Ace menggeselkan kepala di tangan Skyler. Suka apabila dimanjakan.

"Kenapa nama dia Ace? Itu kan nama you?" Soalan yang tidak cerdik keluar dari bibir Victoria.

"Memang aku seorang pun yang boleh guna nama Ace tu." Perli Skyler sambil menjeling Victoria.

"Tanya je." Cebik gadis itu.

Skyler menahan senyum dan terus membelai Ace. Memang dia letak nama Ace buat serigala ini untuk menunjukkan haiwan ini adalah sebahagian dari dirinya. Ace lah satu satunya tempat untuk dia bermanja dan meluah apa apa.

Better tell your secret to animals than human cuz they can't talk.

Selesai memasukkan Ace ke dalam ruangannya, Victoria terus menukar bajunya kepada baju tidur dan rambut dilepas bebas. Bantalnya diambil dan dia berlalu keluar dari bilik.

Sebaik sahaja lalu di hadapan bilik Skyler, dia melihat pintu yang tertutup. Senyuman diukir dan dia kembali meneruskan perjalanan ke ruang tamu.

Bantal diletakkan di atas permaidani lalu TV dibuka. Kemudian Victoria mengambil tin biskut dan mula mengunyah biskut sambil menonton televisyen.

Lepak dalam rumah. Dia nak ajak Skyler tapi memikirkan jejaka itu yang sudah tidur membatalkan niatnya.

Ralit menonton televisyen, tiba tiba terasa ada benda terhempap ke atas kepalanya.

"Aduh!" Victoria menoleh dan berkerut dahi mendongak. Terus dia membulatkan mata melihat Skyler. Selimut yang dihempap oleh lelaki itu diambil.

"Kenapa tak tidur?" Soal Skyler. Gila ke budak ni? Jam 2 pagi tengok tv?

"I nak tengok movie. You tidurlah, I okey je overnight." Victoria berkata sambil membuka selimut yang terlipat lalu menyelimutkan tubuhnya. Mungkin Skyler membawa selimut itu untuknya.

"Mengada." Skyler turut melabuhkan duduk di tepi Victoria. Gadis itu memandang Skyler dengan pelik.

"You buat apa?"

"Jogging." Sinis suara Skyler sambil menarik selimut yang menyelimuti tubuh Victoria ke arahnya juga dan mereka berdua berada di satu selimut yang sama.

"Er.. you nak bantal?" Soal Victoria apabila melihat jejaka itu hanya tidur beralaskan lengan.

Skyler menoleh dan tersenyum nipis. Terus kepalanya dilabuhkan di atas bantal dan dia turut memokuskan pandangan terhadap televisyen.

"Jangan peluk aku." Ujar Skyler sambil memandang Victoria yang tidur sebantal dengannya. Gadis itu mencebik dan merapatkan jarak mereka.

"I nak peluk juga." Terus tangan Victoria melingkar di badan Skyler sehingga membuatkan lelaki itu terkedu.

Victoria hanya diam sambil memeluk Skyler dan menonton TV. Dia perasan tubuh Skyler mengeras apabila dipeluk olehnya.

Skyler menghela nafas dan akhirnya hanya membiarkan. Malas nak bergaduh. Mata fokus pada siaran movie sebelum matanya perlahan lahan tertutup kerana mengantuk yang teramat.

Victoria yang mendengar dengkuran halus itu terus mendongak memandang Skyler. Mata lelaki itu terpejam rapat dan wajah itu tenang.

Victoria tersenyum lebar dan mencium pipi Skyler yang lena itu. Tangannya setia memeluk Skyler sehingga dia turut terlena di ruang tamu itu.

***

"I feel this one feeling when I am with you. It's called as 'cloud nine'."

***



Lastly, happy birthday to me.

8/5/2004

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro