CHAPITRE DOUZE 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DING DONG!

Bunyi loceng rumah yang agak kuat itu mula menyedarkan Victoria dari lena. Terus dia membuka mata dan terpinga pinga melihat Skyler yang tidur sambil tangan lelaki itu elok memeluk tubuhnya.

Bibir Victoria tersenyum. Eleh, semalam siapa yang tak bagi peluk siapa?

Alih alih pagi ini, dia pula peluk orang. Bibir Victoria tercebik dengan hati yang berbunga mekar.

DING DONG

"Siapa datang pagi pagi buta ni?" Sekilas jam didinding dilihat dan baru menunjukkan hampir jam tujuh pagi. Victoria menguap seketika lalu bangun melangkah ke pintu. Pintu rumah dibuka dan dia berkerut dahi.

"Vanessa?" Soal Victoria terkejut melihat adiknya berada di hadapan rumah. Ditangan gadis itu terdapat plastik berisi bungkusan makanan.

Terkejut.

Macamana adiknya boleh tahu alamat rumah Skyler?

Vanessa turut membulatkan mata melihat kelibat Victoria di dalam rumah Skyler.

"What are you doing here? You tinggal serumah dengan Skyler?!" Soal Vanessa dengan nada terkejut. Musnah habis segala angan angan untuk menggoda Skyler apabila melihat Victoria yang seperti baru bangun tidur. Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, terus gadis itu menolak Victoria ke tepi sehingga Victoria hampir terjatuh.

Kemudian kaki Vanessa terus masuk.

"I tinggal serumah atau tidak, bukan masalah you. Lagipun biadab tahu tak you masuk rumah orang macamtu je!" Bentak Victoria melihat perangai Vanessa yang kurang sopan baginya apabila gadis itu masuk ke dalam rumah Skyler tanpa izin. Lagi lagi pagi buat sebegini. Apa yang adiknya ini buat?

Vanessa terkedu melihat Skyler yang sedang tidur di ruang tamu.

"What the hell?! You tidur sekali dengan dia?!" Marah Vanessa apabila perasan telefon Victoria berada disitu juga.

"Kalau I tidur dengan dia pun kenapa? Dia dah tak ada apa apa dengan you lah Vanessa!" Marah Victoria kembali.

Skyler membuka mata apabila terdengar keriuhan di dalam rumah. Terus mata digosok dan membulat matanya memandang Vanessa di dalam rumah.

"How did you get in here?" Skyler terus bangun dan melangkah ke arah dua beradik itu. Bahu Victoria dipegang apabila wajah Victoria merah padam menahan marah.

Vanessa melepaskan tawa sinis.

"Oh, you tinggalkan I sebab I mengandung anak Bernard. And now, you simpan kakak I sebagai pemuas nafsu you. Shame on you, Skyler." Vanessa bersuara dengan sinis.

Skyler berkerut dahi. Bila masa dia tinggalkan Vanessa? Gadis itu yang pergi dari hidupnya. Dan sebagai seorang yang mempunyai maruah, dia juga tidak akan terhegeh hegeh pada orang yang sudah membuang dirinya dari hidup seseorang itu.

"Victoria bukan.."

"Kalau betul I pemuas nafsu dia pun, apa kaitan dengan you?" Bidasan Victoria membuatkan Skyler terkedu. Tidak sangka ayat itu meniti dari bibir Victoria.

"Such a slut."

"She's my girlfriend. You're the one slut here. Masuk rumah aku, marah bakal isteri aku. Apa masalah kau?" Soal Skyler sinis.

"I datang sini dengan niat baik tau, I cuba nak berbaik dengan you tapi ini yang you balas pada I?"

"Kita tak pernah bergaduh. Jadi tak ada sebab untuk kau datang berbaik dengan aku."

Skyler melingkarkan tangan di pinggang Victoria. Gadis itu hanya diam dan merenung Vanessa dengan riak sinis.

"You pergilah mandi dulu. Lepasni nak pergi ofis kan? I siapkan breakfast." Victoria memalingkan tubuh ke arah Skyler yang memeluknya dan pipi lelaki itu diusap lembut.

Skyler turut senyum dan mengangguk.

"Pastikan bila aku turun balik, wajah kau dah tak ada disini." Itu sahaja yang keluar dari mulut Skyler sebelum lelaki itu melepaskan pelukan pada pinggang Victoria dan berlalu pergi.

Victoria kembali memandang Vanessa.

"Pintu dekat sana. Nak I buka kan untuk you?" Soal Victoria sambil menunjukkan ke arah pintu rumah yang sama menjadi tempat Vanessa masuk tadi.

Vanessa mengetap gigi sebelum melempar bekas polisterin berisi makanan ke arah Victoria dan berlalu keluar.

Makanan itu dibawa untuk Skyler dengan niat ingin memikat jejaka itu kembali, tetapi apa yang berlaku cukup untuk membuatkan hatinya terbakar.

"Kurang ajar!" Jerit Victoria apabila makanan berkuah itu tumpah ke atas baju tidurnya. Terus dia menghentak kaki dan menunduk mengambil plastik polisterin yang sudah pecah.

"Ergh!" Victoria mendengus geram apabila lantai rumah itu juga kotor akibat makanan. Perangai kurang ajar Vanessa memang menipiskan sabarnya kerana sejak dulu lagi dia dan Vanessa tidak berada dalam hubungan yang baik.

Victoria memejam mata cuba menyabarkan diri sendiri sebelum dia terus berlalu untuk mencuci lantai. Memang mereka tidak mengupah orang gaji kerana tidak selesa.

Bak kata Skyler, dia seorang pun sudah cukup merimaskan jejaka itu apatah lagi ingin membawa orang lain masuk ke dalam rumahnya ini.

"What's happened?" Skyler mengerutkan dahi melihat Victoria yang sedang mencuci mop dengan baju gadis itu kotor seperti dituang kuah.

"Tanyalah kekasih gila talak you tu! Suka hati dia je buat perangai biadab dengan I. I ni kakak dia, tahu? Dasar biadab!" Maki Victoria sambil menyental mop dengan kuat.

Skyler mengambil mop ditangan Victoria. Ini kalau dibiarkan, mahu patah batang mop itu dikerjakan oleh Victoria meskipun batang mop itu diperbuat dari besi.

"Hei hei. Calm down." Skyler memegang bahu Victoria cuba untuk menenangkan gadis panas baran itu.

"Vanessa tu!" Victoria mengelipkan matanya laju apabila terasa kolam mata mula bertakung air.

Sedikit sebanyak pastilah hatinya terguris apabila adiknya sendiri bersikap kurang ajar dengan dirinya. Langsung tidak hormatkan dia sebagai kakak.

"Dia buat apa dekat kau? Dia buat ni?" Soal Skyler sambil menunjuk ke arah baju Victoria yang kotor. Gadis itu mengangguk sambil air mata yang luruh di lap.

"Tapi you jangan buat apa apa. I dah malas nak gaduh dengan dia." Victoria bersuara.

Skyler hanya diam.

"You makanlah dulu, I nak naik mandi." Victoria terus melangkah naik. Vanessa benar benar buat dia hilang mood.

Skyler menyimpan mop tadi dan terus melihat bekas polisterin di dalam tong sampah. Kepalanya tergeleng perlahan.

***

Vanessa membetulkan rambut yang agak terusik sambil menggigit bibir memandang pintu restoran. Menanti kelibat seseorang.

Terus bibir tersenyum lebar apabila melihat wajah jejaka itu masuk ke dalam restoran.

Skyler mengajaknya makan tengahari bersama. Vanessa tersenyum sinis. Kan dia dah kata, Skyler masih cintakan dia. Buktinya, lelaki itu mengajaknya makan tengahari bersama sama dari makan bersama Victoria.

Skyler menapak ke arah Vanessa yang sedang tersenyum ke arahnya lalu kerusi ditarik.

"Hey." Sapa Vanessa teruja. Skyler hanya diam dan memandang hidangan yang telah dipesan oleh Vanessa untuknya.

Soupe a l'oignon, sup bawang bersama parutan keju dan isi ayam yang dihidangkan bersama garlic bread.

Makanan yang pernah menjadi kegemarannya.

"I tahu you suka sup ni. That's why I order untuk you." Vanessa bersuara apabila melihat wajah Skyler yang hanya merenung ke arah makanan yang dipesan buat jejaka itu.

"Apa yang kau buat pada Victoria pagi tadi?" Soal Skyler terus.

"Buat? I buat apa?" Vanessa menyoal kembali.

"Kau biadab dengan dia."

Terus keluar tawa dari bibir Vanessa. Tawa sinis.

"Dia mengadu lah pasal I kotorkan baju dia tu? Why so clingy. I cuma baling kuah, bukan asid. Bukan tak boleh cuci baju tu." Cebik Vanessa apabila merasakan perangai kakaknya yang seorang itu amat menjengkelkan.

"Ini bukan soal kotoran tu, ini pasal adab. Dia tu kakak kau tau tak? Tak reti nak hormat?" Bidas Skyler.

"Ace Skyler.. why? Kenapa baru sekarang you muncul back up kakak I tu? I dengan Victoria.. dah bergaduh sejak dulu. Mana you dulu? I biadab dengan dia masa kita bercinta dulu, tak ada pun you acah baik macamni." Ejek Vanessa.

Skyler mengetap rahang. Dulu dia tidak ambil peduli soal masalah keluarga Vanessa kerana apa yang dia tahu, dia cuma ingin berkahwin dan hidup bahagia dengan Vanessa.

Tapi sekarang, bila dia tahu hubungan Victoria dan Vanessa tidak elok, takkan dia nak berdiam diri? Victoria pun menangis kerana perangai adiknya.

"Come eat this. Lupakan pasal pagi tadi. Enjoy your meal." Vanessa tersenyum lebar sambil mengambil sudu dan garfu untuk menjamu selera.

Skyler tersenyum sinis lalu mengambil mangkuk berisi makanan berkuah itu dan isi mangkuk dicurah ke atas kepala Vanessa.

"Motherfucker!" Vanessa terus bangun apabila badannya dituang makanan oleh Skyler. Jeritannya menarik perhatian beberapa pelanggan restoran itu.

"What the heck are you doing?!" Marah Vanessa. Skyler bersiul sebelum turut bangun. Sebelah bibirnya menyenget ke atas.

"Ops, aku cuma baling kuah. Bukan asid, bukan tak boleh cuci baju tu. So chill." Skyler berkata dengan nada sinis. Dia memandang Vanessa yang merenung tajam ke arahnya.

"Kalau dah tahu diri tu tak beradab, jangan gedik nak munculkan diri depan orang. I told you not to mess up with my girlfriend, hoe." Bisik Skyler sebelum tersenyum dan berlalu pergi dengan santai.

"Bodoh!" Maki Vanessa sambil melihat Skyler yang melangkah keluar dari restoran itu.

Makin meluap luap rasa bencinya pada Victoria mengenangkan Skyler berubah sebegitu sekali disebabkan Victoria. Pasti kakaknya itu sudah mempengaruhi Skyler.

Tak guna.

***

Skyler meneliti paket coklat di atas rak kedai runcit itu. Tangannya mula menggapai apa sahaja coklat yang ada lalu diletakkan di atas kaunter

"Ni semua?" Soal juruwang itu.

"Err.. dekat sini ada apa apa yang bagus untuk perempuan tak?" Soal Skyler kepada juruwang itu.

"Hah?" Soal cashier lelaki itu.

"Macamana nak cakap eh.. I mean, bila perempuan moody and sedih, ada apa apa yang boleh diberi tak untuk buat dia ceria selain coklat ni?" Soal Skyler panjang lebar. Cashier itu tersenyum kecil.

"Girlfriend merajuk ya? Saya sarankan encik beli je makanan untuk dia. Nanti dia baik." Ujar jejaka itu. Skyler mengangguk perlahan.

Walaupun Victoria bukan girlfriend dia, tetapi entahla. Dia sendiri pun tak tahu apa kena dengan dirinya yang seakan akan inginkan Victoria di dalam hidupnya.

"Okay hold up I'm going to get them." Skyler terus berlalu pergi ke arah rak makanan ringan dan juga air.

Akhirnya, Skyler melangkah keluar dari kedai dengan satu plastik sederhana besar berisi makanan.

Setibanya di rumah, Skyler terus mencari kelibat Victoria. Kelihatan si gadis sedang leka bermain dengan Ace yang berada di atas riba Victoria.

"Hey."

Victoria terus mengangkat kepala dan mengerutkan dahi.

"Hey." Jawab gadis itu ragu ragu. Seriuslah Skyler menyapa dia? Biasanya dia yang tegur mamat ni dulu.

Skyler duduk di tepi Victoria dan plastik itu diletakkan dihadapan Victoria. Gadis itu mengerutkan dahi dan membelek plastik yang agak besar itu.

"Untuk I?" Soal Victoria.

"Tak, untuk sofa ni." Jawab Skyler sinis sambil menepuk sofa di belakangnya. Victoria mencebik. Skyler mengambil Ace dari riba Victoria lalu diusap lembut.

Victoria terus mengintai isi di dalam plastik.

"Oh my god!" Victoria menekup mulut dengan mata membulat. Terus dia memandang Skyler.

Skyler yang seolah olah dapat mengagak reaksi gadis itu terus bersuara dengan laju.

"No, janga.."

BUK

Skyler terjatuh ke belakang apabila tubuhnya dipeluk secara hendap oleh Victoria dan Ace juga terhimpit sama.

Terus Ace mengeluarkan ngauman apabila terhimpit.

"Oh sorry sorry." Victoria menjauhkan diri dari Skyler dan Ace terus melangkah duduk di tempat yang agak lapang apabila terasa dirinya bakal mati jika kerap dihimpit oleh Victoria.

"Thank you but why?" Victoria bermata love melihat pelbagai jenis makanan di dalam plastik. Macam tahu tahu je dia lapar benda sebegini.

Skyler hanya diam. Dia pun tak tahu. Tapi dia tidak akan berasa selesa apabila Victoria tidak berada di dalam mood yang baik. Rasa macam ada sesuatu yang tak kena jika tidak mendengar celoteh Victoria.

"Apa apa je lah. Asalkan, I dapat makanan." Victoria mula mengoyakkan plastik SuperRing lalu gelung jingga itu disuap ke dalam mulut.

Skyler hanya melihat gadis yang sedang makan dengan lahap di hadapannya. Perlahan lahan bibirnya mengukir senyum.

Victoria yang perasan mata lelaki itu memandangnya terdiam seketika.

"Hehe. Sorry tak kongsi. Nah." Victoria menghulurkan sepaket coklat ke arah Skyler namun jejaka itu terus memaut tangan kanan Victoria yang memegang SuperRing. Keropok ditangan gadis itu dimasukkan ke mulutnya.

Victoria terkedu sebelum darah mula menyerbu ke muka.

PANG

"Auch!" Skyler menjerit apabila tiba tiba pipinya ditampar kuat oleh Victoria.

"Apa masalah kau?!"

"You tu kenapa buat perangai romantik macamtu?! Tahu tak hati I ni cepat cair?!" Marah Victoria pula. Kemudian pipi sendiri ditepuk bagi mengurangkan bahang akibat malu apabila diperlakukan adengan romantik sebegitu oleh Skyler.

"Gila." Skyler menjeling dan mengusap pipi yang sedikit pijar. Nak bermanja pun kena tampar.

Kemudian telefon yang berbunyi menarik perhatian mereka berdua. Belum sempat Skyler mencapai, terlebih dahulu Victoria merampas telefon Skyler.

Bukan boleh harap mamat ni. Asal unknown number je dia terus ignore. Mana tahu ada benda penting yang ingin orang itu bagitahu.

"Suka hati dia je ambil telefon orang." Rengus Skyler. Tapi apakan daya, hanya dengan Victoria dia tidak mampu marah dengan serius.

Apa kena dengan dirinya?

Victoria mengerling skrin telefon yang memaparkan notification.

-Tolong, tolong kami merayu, tolong pulang. Papa perlu buat pembedahan dengan segera.-

***

"I see something inside you. Something that could change my boring whole life into a colorful one. As long as, you are here. beside me."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro