CHAPITRE TREIZE 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PARIS, FRANCE

Skyler memandang rumah agam mewah yang menyapa matanya. Kemudian dia menghela nafas apabila satu tangan halus menggenggam tangannya. Secara automatik dia turut menggenggam tangan gadis itu.

"I'm here." Pujuk Victoria apabila melihat wajah Skyler yang seakan akan enggan untuk bertemu dengan manusia di dalam rumah mewah itu.

Skyler memandang Victoria. Gadis itu tersenyum manis kepadanya.

Tautan dilepaskan dan Skyler melangkah keluar dari kereta. Begitu juga dengan Victoria. Nafas dalam ditarik dan dihembus lalu Skyler menggenggam tangan Victoria yang berada di tepinya.

Kaki mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Victoria melihat Skyler yang meletakkan tapak tangan di pengimbas sebelum pengimbas itu memancarkan cahaya berwarna hijau dan pintu terbuka secara automatik.

Wow.

Setapak kaki Skyler mula melangkah masuk ke dalam rumah itu.

.
.
.
"Ni apa ni?"

"Ubat. Skyler beli guna duit tabung. Nanti bila papa makan, papa boleh sembuh."

"Kau nak papa kau sembuh? Meh sini ubat tu!"

"Jangan maman! Ubat tu Skyler beli guna duit tabung." Skyler sedaya upaya cuba menarik kembali paket namun pipinya pula ditampar kuat.

"Papa kau takkan sembuh. Ubat ni, takkan sembuhkan orang tua tu. Kau degil kan? Aku dah kata jangan keluar. Malam ni, kau tidur tidur luar. Jangan berani masuk." Tubuh kanak kanak 7 tahun itu ditarik kasar dan ditolak ke luar rumah dalam keadaan malam yang pekat dan dingin.

"Maman!" Skyler cuba berlari masuk namun pintu sudah dikunci. Akhirnya, dia tertidur di kawasan garaj kereta berlapikkan kain yang diguna untuk mencuci kereta sebagai bantal.
.
.
.

Skyler terhenti. Genggaman tangannya dan Victoria semakin longgar namun Victoria terus mengemaskan genggaman.

"Aku tak boleh.." Skyler perlahan berganjak untuk keluar dari rumah itu namun Victoria terus menarik Skyler sekuat hatinya.

"Skyler, please. I kenal you, you tak lemah macamni. Tolong? Papa nak sangat jumpa you." Victoria memekup kedua pipi Skyler dan wajah jejaka itu direnung.

"Aku.." Skyler terdiam dan mata Victoria direnung. Mata gadis itu seakan akan merayu agar dia berjumpa dengan lelaki yang berada di dalam rumah ini.

"I'm here." Victoria melakarkan senyum.

***

Wajah jejaka yang sedang terbaring dengan alat bantuan pernafasan itu dipandang. Mata itu tertutup rapat dan nafas lemah kedengaran di setiap helaan jejaka yang terbaring itu.

"Papa.." Skyler mendekati katil yang menempatkan lelaki itu sebelum tangan lelaki tua itu disentuh dan digenggam.

Automatik terbuka mata lelaki tua itu dan dia memandang wajah anak yang sudah hampir berpuluh tahun tidak menunjukkan wajah.

"Skyler? Sky.. ler?" Lelaki itu menggapai gapai tangannya. Victoria terkedu.

Papa Skyler buta.

Skyler terus memaut tangan papanya dan jemari mereka bersulam bersama. Bibir Skyler tersenyum nipis.

"Papa, I'm here." Skyler menatap wajah tua itu. Jelas terpancar riak kegembiraan pada wajah lelaki itu apabila dapat berjumpa anaknya kembali meskipun dia tidak dapat melihat anak dia depan mata.

"My son." Air mata lelaki itu gugur. Automatik mata Victoria turut berkaca.

"Papa, janganlah nangis. I'm here. Skyler bawa kawan Skyler sekali. Victoria nama dia."

Victoria pantas mengelap air mata yang hampir menitis dan turut menggenggam tangan lelaki yang terbaring itu.

"Uncle, saya Victoria. Kawan Skyler." Victoria bersuara.

"Victoria." Sebut lelaki tua itu.

"Victoria, ni papa aku. Ace Simon. Feel free to call him Simon." Skyler memandang Victoria dan gadis itu mengangguk lalu tersenyum.

Simon tersenyum mendengar suara anak lelaki yang sangat dirindui. Betapa dia berharap agar dia mampu berjumpa dengan Skyler dan hari ini, merupakan hari paling bahagia buat dirinya.

"Pa.. I heard about it. Why? Kenapa papa taknak jalani pembedahan tu?" Soal Skyler.

Simon tersenyum dan mencari tangan Skyler lalu digenggam.

"Now I can do the operation. I didn't do it because I'm waiting for you. Kalau nanti papa mati, sekurang kurangnya papa tahu kamu dalam keadaan baik baik sahaja." Jelas Simon. Skyler terdiam sebelum menunduk.

"You wouldn't leave me."

"I will." Simon menghela nafas berat dan tangan Skyler disatukan dengan tangan Victoria. Gadis itu terkaku apabila tangan mereka bertaut terus dia memandang Skyler yang turut memandang ke arah tangan mereka.

"Papa boleh rasa tenang kerana sekarang kamu baik baik sahaja." Simon melakarkan senyum.

"You will survive. Trust me, pembedahan ni akan berjaya dan papa akan sembuh dari tumor ni. After that, I swear.. I will take you to do the eye surgery. Papa boleh lihat kembali dan Skyler akan jaga papa." Janji Skyler.

Simon angguk.

"I can't believe this is you. Terima kasih sudi kembali ke sini." Ucap Simon. Automatik mata Skyler memandang Victoria.

She's the one who get me here.

"Papa rehat dulu, Skyler akan uruskan semua hal pembedahan tu." Selimut ditarik untuk menyelimutkan Simon namun lelaki itu menolak.

"No. Papa nak luangkan masa dengan Skyler. I miss you so much. Please?" Soal Simon. Skyler terdiam.

"Okay." Hampir tidak keluar suara Skyler. Victoria memandang dua beranak itu. Tiba tiba rasa seperti dirinya mengganggu privasi ayah dan anak.

"I keluar dulu ya?" Bisik Victoria perlahan sambil perlahan lahan meleraikan tautan tangannya dari genggaman Simon.

"You too, Victoria. I want to spent my time with both of you."

Dan, dengan itu maka berlalu lah masa selama berjam jam dengan celoteh mereka bertiga di dalam satu bilik. Menggamit kisah kisah lama dan juga memori manis.

Wajah Victoria merah padam akibat ketawa tanpa henti lalu dia memandang wajah Skyler yang cemberut.

"Seriuslah dia pernah terhantuk sampai patah gigi?" Soal Victoria sambil membayangkan Skyler tanpa gigi depan.

"Iya, itulah orang dah cakap nak tunggang basikal tu pandang depan tapi nak juga berlagak, kan dah kena." Cerita Simon. Victoria kembali tergelak.

"Papa!" Skyler mendengus tidak puas hati apabila di gadis seronok mentertawakan dirinya.

"Oh my god! You mesti cute kan masa tu sebab tak ada gigi depan?" Perli Victoria lalu kembali ketawa bersama Simon.

Skyler memicit hidung si gadis seketika kerana geram.

***

Skyler tersenyum melihat Victoria dan Simon yang tertidur akibat terlalu kuat berborak dan ketawa.

Ketawa macam esok dah kiamat.

Kemudian dia mengangkat tubuh Victoria yang terlelap di lantai dalam keadaan duduk dan kepala gadis itu terlentok di hujung katil dan dibawa ke dalam bilik yang kosong.

Skyler menyelimutkan si gadis sebelum jemarinya naik mengusap pipi Victoria.

.
.
.
Membulat mata wanita itu melihat piring kacanya berderai di lantai.

"Apa kau buat dengan piring mahal aku?!" Jeritnya sebelum mendekati Skyler. Kanak kanak itu terus mengundur kerana takut.

"M..maaf, piring tu terlepas dari tangan.."

BUK

Terus Skyler terundur ke belakang apabila mukanya terasa ditumbuk kuat dan mukanya terus terhantuk pada kaki meja menyebabkan giginya tercabut. Darah mula keluar dari mulut.

"Tak guna. Aku suruh cuci piring, itu pun susah ke?! Kau pecahkan benda ni kau ingat piring ni murah?!" Wanita itu mengambil penyapu lalu berus penyapu itu ditonyoh pada wajah Skyler yang berdarah.

"Sakit, maman!"

"Ohh tahu sakit?! Hati aku ni lagi sakit tau tak lepas nampak kau buat perangai sial kau dekat dalam rumah ni!" Tengking wanita itu sebelum penyapu dilempar ke arah kanak kanak 7 tahun itu.

"Kemas kaca ni cepat. Dan kau, tiada makanan minggu ni! Pandai pandai lah kau hidup nak cari makanan dalam tong sampah ke, mana mana pun pergilah! Mati lagi senang!" Maki wanita itu sebelum berlalu pergi. Namun beberapa langkah, wanita itu kembali mengundur.

"Kalau Simon tahu pasal hal ni, mati kau aku kerjakan." Ugut wanita itu.

Skyler hanya diam dan mengambil penyapu itu. Apabila ditanya Simon selepas itu, dia hanya reka cerita bahawa dirinya terlanggar dinding dan giginya terpatah.
.
.
.

Tangan Skyler pantas naik mengusap air mata yang luruh tanpa disedari. Nafas dihela lalu dia kembali memandang Victoria.

Gadis ini bukannya jahat. Dia cuma tidak mendapat kasih sayang yang cukup. Seperti dirinya sendiri. Jadi, Victoria goda Hunter dan Franky agar dia mendapat kasih sayang yang dia perlukan.

Malangnya, gadis ini masih tidak menjumpai kasih sayang yang dia perlukan itu.

Skyler tertoleh apabila terdengar bunyi enjin kereta. Terus dia bangun dan melangkah ke tingkap. Kelihatan sebuah kereta hitam mewah berhenti di garaj rumah ini lalu kelibat seorang wanita melangkah dari kereta membuatkan dirinya terkedu seketika.

'maman.'

***

Wanita berkasut tumit tinggi itu mengerutkan dahi melihat kereta mewah jenis McLaren di hadapan rumahnya. Kemudian dua pasang sneakers di hadapan rumahnya turut dipandang.

"Who's inside?" Soalnya sendirian sebelum pintu dibuka dan beg kertas hasil membeli belah diletakkan di atas sofa dan wanita itu terus menoleh mencari kelibat tuan punya kereta dan sneakers di hadapan rumahnya.

"Seronok habiskan duit orang?"

Terus kepala wanita itu menoleh ke belakang dan hampir terhenti nafasnya melihat kelibat seorang jejaka yang sedang bersandar di dinding sambil merenungnya.

"Skyler?" Soal wanita itu terkejut.

Skyler tersenyum sinis dan melangkah ke sofa. Beg kertas berisi barangan wanita itu diambil dan diteliti.

PRANG

Berderai barangan kaca di dalam beg kertas itu dan juga segala isi beg kertas dibuang ke lantai.

Wanita itu membulatkan mata.

"Kurang ajar kan kau ni?" Wanita itu melangkah mendekati Skyler sambil matanya melihat kaca yang bertaburan kerana dia pergi membeli hiasan rumah yang baharu.

Selepas Simon mati, semestinya rumah ini akan jadi miliknya, jadi dia perlu hias rumah ini dengan sangat cantik.

"Aku boleh jadi lagi kurang ajar dengan perempuan bangkai macam kau. Tinggalkan papa aku sakit dirumah tanpa ada orang jaga, keluar menyundal dengan jantan lain. Dasar betina tua tak sedar diri." Sinis Skyler membidas membuatkan wajah wanita itu berubah merah menahan marah.

"Tak guna!" Terus tangan wanita itu naik untuk menampar Skyler namun tangan Skyler lebih pantas menangkap tangan wanita itu.

"Argh!" Jerit wanita itu apabila tangannya ditolak kasar sehingga dia terdorong ke belakang.

Skyler terus menapak mendekati wanita yang sedang memegang pergelangan tangan yang sakit lalu tangannya menolak bahu wanita itu sehingga terjatuh ke lantai.

Tangannya mengambil serpihan kaca di atas lantai.

"No, no Skyler." Wanita itu mengundur ke belakang apabila serpihan itu dihala ke arahnya.

"Kau kena mati." Skyler memanah mata wanita itu dengan tajam. Serta merta segala memori yang selama ini suba dilupakan kembali menerjah memori.

"Skyler!"

Tiba tiba tubuh Skyler dipeluk dengan kuat bagi menghalang dia menikam wanita yang selama ini menjadi sebab dia hidup dalam kegelapan.

Victoria terdiam sambil memeluk Skyler dengan jantung berdegup laju. Terkejut melihat Skyler hampir membunuh keluarganya sendiri.

Skyler melepaskan kaca di tangan dan membalas pelukan Victoria. Bibir dikertap apabila dirinya hampir membunuh wanita itu. Jika wanita itu dibunuh olehnya, sudah pasti papa akan bersedih. Kerana papa tidak tahu wanita itu berperangai syaitan.

"Heck." Skyler berbisik perlahan sebelum melepaskan pelukan dan memandang wanita yang sedang tersenyum sinis.

"Bunuhlah aku. Now. Why? Tak berani? Heh, dasar pengecut." Wanita itu mengejek sebelum matanya memandang Victoria yang berada di sisi Skyler.

"Kau.."

PANG

Membulat mata Skyler seketika apabila tangan Victoria naik menampar pipi wanita itu sehingga wanita itu hampir terjatuh ke belakang kembali.

"The hell?!" Wanita itu memegang pipinya yang terasa pijar sebelum dia menghampiri Victoria. Skyler menolak wanita itu menjauhi Victoria.

"It's okay. You duduk diam diam." Victoria mengarah dengan wajah serius sambil jemarinya menunjuk ke arah sofa mengarahkan Skyler agak duduk di situ. Dengan wajah bingung Skyler hanya akur. Seram juga melihat wajah Victoria yang seakan akan berapi.

Victoria kembali memandang wanita yang ditampar tadi.

"Kau." Rambut wanita itu ditarik.

"Jangan berani sentuh Skyler lagi. Kalau dulu aku tak ada untuk pertahankan dia dan sekarang ni kalau kau berani sentuh dia, aku patahkan jari kau." Kepala wanita itu ditunjal kasar.

"Eh kau siapa nak masuk campur urusan kami?"

"Aku bakal isteri dia!"

Skyler di sofa terkedu seketika. Terkelip kelip dia memandang kelibat si gadis yang mengaku menjadi bakal isterinya.

Wanita itu tergelak sinis.

"Kau bakal isteri dia? Baguslah. Dia tak guna kau pun sama tak guna sepertinya. Sangat sepadan." Hina wanita itu. Kemudian matanya kembali memandang Skyler.

Kanak kanak yang berjaya melarikan diri dari seksaan dunia olehnya. Tangan wanita itu tergenggam kemas.

"Pintu rumah tu terbuka luas jika kau lupa bagaimana cara ingin keluar. Lepasni aku taknak tengok muka kau disini lagi."

Victoria tergelak manakala Skyler hanya senyum.

"Heh perempuan, kau sedar tak kau bercakap dengan siapa? Kau bercakap dengan anak kandung Simon tau? Skyler lebih berhak untuk semua ni dan kau tu sepatutnya berambus dari rumah ni!" Victoria berkata dengan tawa yang masih tersisa.

Betapa angkuhnya wanita ini sehingga tidak menyedari bahawa dia telah mencari nahas dengan pemilik segala harta suami wanita itu sendiri.

"Kurang ajar!" Wanita mendengus kuat apabila terasa dirinya telah kalah dalam perdebatan ini. Terus dia melanggar bahu Victoria dan melangkah naik ke tingkat atas dimana terletak biliknya.

Skyler hanya diam di sofa sebelum matanya melihat seorang bibik datang membersihkan kaca yang dihempas tadi.

"You." Victoria duduk di tepi Skyler dan merapatkan jarak mereka. Bukan dia tak nampak tadi bahawa Skyler memandang si bibik yang mencuci kaca.

Cemburu.

"Aku dah berbincang dengan pihak hospital pakar tadi, diorang dah setuju nak buat pembedahan untuk papa. So, aku kena pergi untuk sign borang kebenaran. Kau duduk sini kejap ya?" Skyler memandang Victoria namun gelengan gadis itu membuatkan dahinya berkerut.

"I nak ikut. Nanti nenek sihir tu buat apa apa dekat I macamana?" Soal Victoria sambil memeluk lengan Skyler dan menayangkan riak sinis kepada si bibik yang sedang memerhati mereka dengan hujung mata.

Tengok, tengok.. cucuk biji mata tu baru tahu!

"Okay." Skyler mula bangun diikuti Victoria yang melekat dengan badannya. Macam chewing gum.

Mereka mula berjalan untuk keluar. Sengaja Victoria melanggar bahu si bibik dan memaparkan riak tidak bersalah.

"Ops!" Pinta gadis itu sebelum tersenyum dan berlalu bersama Skyler.

Bibik itu hanya memerhati kegedikan gadis yang mendampingi Skyler. Kemudian bebola mata diputarkan ke atas tanda menyampah apabila kelibat dua manusia itu hilang dari pandangan.

***

"I rasa ada something lah dengan bibik tu. You tak rasa ke yang dia macam suka dekat you?" Soal Victoria sambil memandang Skyler yang tenang memandu.

"So?" Itu sahaja yang keluar dari bibir Skyler namun cukup untuk membuatkan hati Victoria membara.

"Suka hati you lah!" Bentak Victoria sambil memalingkan wajah menghadap tingkap kereta. Mata merenung pemandangan luar. Lagi bagus. Pemandangan ini tidak jengkel seperti Skyler.

Skyler tersenyum nipis. Datanglah beribu gadis sekalipun cuba memikatnya, yang pasti hatinya akan tetap terkunci dan biarlah dimiliki oleh orang yang benar benar layak sahaja.

Setibanya di hospital private itu, terus Skyler melangkah masuk diikuti Victoria dari belakang.

"Ace Skyler." Beritahu Skyler kepada gadis yang menjadi receptionist di hospital itu. Hospital yang sangat sunyi kerana harga untuk caj hospital ini amatlah mahal.

"Alright, monsieur."  Terus tersenyum gadis itu dan dia mengambil fail lalu diberi pada Skyler. Mungkin sudah bersedia dari awal untuk kehadiran Skyler.

Skyler membaca setiap bait tulisan di atas kertas sebelum dia menggigit bibir. Kertas itu dibawa ke arah kawasan sepi dan tangan Victoria turut ditarik agar bersamanya.

"Why?" Soal Victoria sambil mengambil kertas ditangan Skyler dan dibaca.

"It says operation tu 60% mungkin akan gagal sebab tumor papa dah kuat sangat. Macamana kalau.." Skyler tidak meneruskan kata sebaliknya hanya memandang Victoria.

"Yang penting kita cuba. You taknak tengok papa menderita lagi kan? Kalau dibiarkan nanti makin sakit papa you." Ujar Victoria lembut.

Skyler menghela nafas berat. Perlahan lahan borang kebenaran pembedahan itu direnung buat kali terakhir sebelum dia menurunkan tandatangan.

Victoria tersenyum nipis dan memeluk pinggang Skyler.

"Semua akan okey." Ujar Victoria cuba untuk menenangkan resah di hati Skyler.

"Thanks."

Bibir gadis itu melebar apabila terasa tangan Skyler naik membalas pelukannya dan bibir lelaki itu hinggap di rambutnya.

***

"I like the way how I got spark in myself when you're here."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro