CHAPITRE TRENTE-NEUF 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Skyler menguap sambil memandang jalan raya. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

Hari ini dia pulang lewat kerana perlu menguruskan hal di pejabat bersama Hunter. Skyler menyanyi perlahan untuk menghalang dirinya dari mengantuk.

Dahi Skyler berkerut melihat satu lembaga di atas jalan. Terus keretanya diberhentikan dan Skyler mula melangkah keluar dari kereta.

"Oh my god." Terkedu Skyler melihat seekor serigala terbaring dengan darah mengalir. Seperti dilanggar.

"She's pregnant." Skyler menyentuh perut serigala yang sudah mati itu sebelum dia melihat telinga anak serigala itu mula terkeluar di tempat pembiakan serigala itu.

"Oh, anak dia masih hidup." Skyler terus menekan lembut perut bangkai serigala itu untuk mengeluarkan anak serigala yang berada di dalam kandungan.

Tidak lama kemudian, kelihatan anak serigala kecil sebesar tapak tangan berjaya keluar dari perut ibunya yang sudah tidak bernyawa.

"Kecilnya kau ni." Skyler mengelap peluhnya dan mula mengambil anak serigala kecil itu. Kemudian dia berlalu ke keretanya dan mengambil hoodie miliknya sebelum hoodie itu diguna untuk membalut bangkai ibu serigala.

"Kau duduk sini sekejap. Aku nak tanam ibu kau." Kata Skyler sambil meletakkan serigala kecil itu di dalam kasutnya yang telah ditanggalkan.

Skyler mula menggali tanah sebelum bangkai serigala itu ditanam.

"Rest well." Bisik Skyler sambil menepuk tanah yang bertimbun itu. Kemudian dia memandang anak serigala yang berada di dalam kasutnya.

"You're so tiny and cute. Okey, sekarang kita fikir tentang nama kau." Skyler terus berjalan dengan kemeja putih yang telah kotor dengan kesan darah serigala dan tanah dan tanpa kasut kerana kasutnya telah diguna untuk meletakkan anak serigala yang baru kehilangan ibunya itu.

Skyler masuk ke dalam kereta kembali dan berfikir seketika.

"Disebabkan bulu kau hitam, apa kata aku bagi nama kau black?" Soal Skyler sendirian. Kemudian jejaka itu menggeleng laju.

"Buruknya black. No no. Nama lain." Skyler membebel sendirian lagi sambil melihat anak serigala di dalam kasutnya.

Kemudian matanya melihat ke arah ukiran di kasut yang menempatkan serigala kecil itu.

Ace.

"Yes! That's it. Nama kau Ace. Aku Ace Skyler dan kau..." Kasut itu diambil dan anak serigala itu dicuit lembut.

"Ace."

***

Dejavu.

"Ini kubur ibu dia." Skyler menunjuk ke arah satu timbunan yang mula ditumbuhi pokok.

"Dan ini kubur anak dia." Skyler tersenyum kecil lalu melihat kasut kulit miliknya yang terukir nama Ace di sisi kasut itu.

"You buat kasut tu untuk Ace?" Soal Victoria. Skyler menggeleng.

"Ini kasut aku. Disebabkan kasut inilah nama dia Ace." Skyler menjelaskan. Victoria berkerut dahi. Tidak faham.

Skyler meletakkan kasut itu di tengah tengah kubur Ace dan ibunya lalu nafas dihela.

"I'm sorry." Kubur ibu Ace disentuh.

"Aku dah cuba yang terbaik untuk jaga dia but I can't. I promised you that I will take care of your son but I can't. Maafkan aku." Bisik Skyler dengan suara yang sangat perlahan. Hanya untuk diri sendiri sahaja yang dengar.

Skyler memandang pula kubur Ace.

Ace.

Yang selama ini berada di sisinya. Tempat untuk dia meluahkan segala perasaan. Tempat untuk dia bermanja.

Kini sudah tiada.

"You." Victoria menarik Skyler ke dalam pelukan. Rambut Skyler diusap lembut.

Skyler hanya diam sambil memejam mata. Cuba menerima yang ini adalah kenyataannya.

"It's okay to cry, it's okay to have a bad day. You adalah manusia. Ada hati, ada emosi, ada perasaan." Bisik Victoria lembut. Kemudian dia memekup pipi Skyler dan dihadapkan ke wajahnya.

"Kau takkan tinggalkan aku macam Ace kan?" Soal Skyler tiba tiba. Victoria tergelak kecil dengan mata berkaca.

"I won't." Kata Victoria sebak.

Skyler mengambil tangan Victoria dan dilekapkan di dada kiri. Tempat terletaknya hati.

"Sakit, Victoria. Sakit sangat." Skyler mengetap bibir dan cuba mengawal emosi sendiri.

Kemudian Skyler bangun dan menarik nafas perlahan.

"Jom balik." Tangan Victoria digenggam dan jejaka itu terus masuk ke dalam kereta.

Sepi sahaja keadaan di dalam kereta.

Skyler cuba menghidupkan enjin kereta namun kunci kereta itu terjatuh ke bawah.

Victoria memandang Skyler dan pandangannya turun ke tangan Skyler yang menggigil.

"You, tak apa. Biar I drive." Victoria menawarkan diri. Skyler menggeleng dan mengambil kunci namun kunci itu tidak dapat dimasukkan kerana tangannya yang menggigil.

Victoria pantas merampas kunci ditangan Skyler dan pipi jejaka itu dipekup agar dihadapkan ke arahnya.

"Let it all out. Jangan simpan perasaan you." Ujar Victoria. Skyler merenung wajah gadis itu sebelum keluhannya keluar.

"I'm okay."

"You're not okay. I kenal you. Tengok, tangan you sampai menggigil macamni dan sejuk sangat ni. Lepaskan semua." Ujar Victoria lembut.

Hujan mulai turun dengan lebat membasahi bumi Perancis. Victoria masih merenung Skyler.

Perlahan lahan mata Skyler mula berkaca.

"Aku.." air mata Skyler mula turun dengan laju dan tangannya membalas genggaman tangan Victoria.

"Let all your feelings out. You juga manusia yang mempunyai perasaan. Kenapa perlu berlakon kuat sedangkan hati you sedang rapuh?" Soal Victoria lembut.

"Arghhhh!!!!!!" Jerit Skyler kuat sebelum menghentak stereng dan stereng itu mula patah di bahagian atas.

Esakan Skyler mula keluar dan jejaka itu terus menangis. Melepaskan segala perasaan di dalam diri.

"Victoria, aku sakit. Hati aku sakit sangat." Luah Skyler sambil teresak esak. Victoria mendekatkan badannya dan memeluk Skyler. Matanya turut berkaca namun pantas dia mengelipkan mata. Dia perlu kuat untuk Skyler.

"It's okay, just cry." Bisik Victoria sambil mencium kepala Skyler

"It's hurt, Victoria." Lemah suara Skyler kedengaran. Victoria memejam mata dan akhirnya air mata dia juga mengalir tanpa sempat ditahan.

"You've been broke enough. But look at you, still stands proudly as Ace Skyler D'Ezekiel. You sangat kuat. And now I'm here. Beside you when you need someone to lean, to cry, to talk, to show all of your weakness. You bukan robot, Skyler. You're human. Jadi I akan sentiasa ada bila you perlukan seseorang untuk you berpaut bila you jatuh." Bisik Victoria. Skyler terdiam dengan esakan bersisa dan memejam matanya.

"Hujan lagi ni. Let's sit here for a while. Bahaya memandu hujan lebat macamni." Victoria melepaskan pelukan namun Skyler pantas merengek.

"I want a cuddle." Pinta Skyler. Victoria tersenyum lebar.

"Sure. Jap." Victoria mengambil sesuatu di kerusi belakang sebelum dia menurunkan kerusi kereta Skyler. Kemudian gadis itu membentangkan selimut tebal lalu masuk kedalam pelukan Skyler. Badannya menindih badan Skyler dan dia tidur di atas Skyler.

"I love you." Bisik Skyler.

"I love you too." Balas Victoria. Tidak lama kemudian, dada Skyler yang menjadi bantalnya mula menjadi tenang dan dengkuran halus kedengaran.

Victoria tersenyum lalu turut memejam mata.

***

"Haachum!"

Skyler memejam mata dan bersandar di katil. Hidungnya yang berhingus dihembus ke tisu sebelum tisu itu dibuang ke dalam tong sampah.

"Hey." Sapa Victoria sambil membawa sup panas dan air suam serta duduk di birai katil. Skyler yang berbungkus di dalam selimut tebal diperhati seketika.

"Ni, I ada masak sup untuk you. Sesuai lah makan makanan panas ni kalau demam." Victoria meletakkan dulang di atas meja.

Kemudian Victoria tergelak memikirkan Skyler yang demam kerana kuat menangis.

"Comellah you ni. Geram nak cubit." Victoria mencubit lembut pipi Skyler yang merah dan panas haba demam sebelum dia mula meniup sup dan dihala pada mulut Skyler.

Skyler hanya akur menikmati sup panas itu. Terasa sedap pula menerima haba sup ke dalam badannya yang terasa sejuk seperti ais.

Selesai makan, Victoria memaksa Skyler menelan ubat yang diberi oleh Ezekiel Specialist buat Skyler.

Dan terdapat satu benda baharu yang Victoria ketahui dari Skyler hari ini. Rupa rupanya Skyler takut untuk makan ubat. Patutlah masa jejaka itu sakit dulu, dia tidak mahu telan ubat. Konon kuat lah.

Cakap je lah takut ubat!

"No. Aku tak sakit kronik pun." Skyler menolak pil yang diberi oleh Victoria.

"Kronik tak kronik, you kena makan juga. Oh my god tak macho lah lelaki takut makan ubat!" Rungut Victoria.

"Mana ada takut!"

"Habistu apa?" Bidas Victoria kembali. Skyler mendengus dan menarik selimut menutupi seluruh badan dan mukanya.

"Hei, makan ubat!" Victoria menepuk punggung Skyler yang membelakanginya. Skyler menjerit tidak mahu.

Habis bising satu rumah. Nasib baiklah tiada orang di dalam rumah ini. Hazzel masih di hospital.

Akhirnya setelah diugut dan dipaksa, Skyler menelan juga ubat pahit itu bersama protes.

"I hate you." Skyler mendengus geram. Victoria tersenyum lebar dan mengangkat bahu.

"I don't care. Now sleep." Pipi Skyler diusap seketika dan dia melihat mata Skyler mula ingin tertutup kerana kesan ubat yang diberi.

Terus Victoria naik dan masuk ke dalam pelukan Skyler. Tubuh jejaka itu dipeluk kemas.

Teringat dulu bagaimana Skyler tidak suka dia menceroboh bilik jejaka itu tetapi akhirnya sekarang mereka langsung tidak boleh tidur di bilik yang berlainan

Kenangan.

***

Mata Skyler terbuka dan dia bangkit dari mimpi. Jejaka itu duduk dari baring dan memandang ruangan katil di tepi yang kosong.

"L'amour?" Skyler mula mencari Victoria.

Pintu bilik dibuka dan Skyler melihat Victoria yang sedang memasak di dapur. Bibir tersenyum kecil.

"Morning." Sapa Skyler sambil memeluk pinggang si gadis. Victoria menoleh dan mencium pipi Skyler sekilas.

"Pergi mandi, I nak siapkan breakfast." Kata Victoria sambil memasukkan beberapa hirisan cili ke dalam masakan.

"Alright." Skyler mencium pipi Victoria sekali lagi dan mula melangkah pergi ke biliknya kembali.

Langkahnya mati di hadapan sebuah bilik dan pintu bilik itu dibuka perlahan.

.
.
"Tempat sejuk seperti kutub? Mana aku nak cari salji di sini?" Soal Skyler sendirian sambil memandang anak serigala yang baru siap dimandikan itu.

"Alright, macamni." Skyler mengambil anak serigala itu dan dibawa ke dalam bilik sebelum dia tersenyum kecil.

"Aku akan beli alat penyejuk bilik dan something fluffy, maybe? Alright. Perfect." Skyler berbicara sendiri.

"Mungkin juga sangkar. Untuk kau tidur." Skyler memerhati keluasan bilik itu yang sangat besar.

Nasib baik buat bilik besar.

"Jadi mulai sekarang, ini adalah bilik kau Ace."
.
.

Skyler tersenyum kecil dan melihat bekas makanan Ace yang kosong. Bau Ace juga masih ada. Skyler membuka satu kabinet dan berus berus yang digunakan untuk memandikan Ace dipegang.

"You?"

Skyler menoleh.

Victoria melihat berus di tangan Skyler dan merapati jejaka itu.

"Ingat tak, kau pernah telefon aku dan cakap Ace rosakkan berus? Lepastu kau dah taknak jaga dia." Cerita Skyler.

Mata Victoria mula berkaca namun pantas gadis itu mengelipkan mata agar air mata tidak menitis.

"Ingat. Sebab Ace kita rapat. Kita jaga dia sama sama. And he loves me more." Sakat Victoria bersama tawa kecil. Skyler turut tergelak perlahan.

Skyler meletakkan kembali berus dan menghela nafas.

"Boleh aku peluk kau?" Soal Skyler tiba tiba. Victoria mengerutkan dahi.

"You don't need to ask for that." Victoria berkata seraya terus memeluk Skyler. Skyler mengeluh perlahan dan memejam mata di dalam pelukan Victoria.

"Let's go for a vacation."

Victoria memandang Skyler dan dahi dikerutkan.

"Aku tak boleh buat kerja dalam keadaan macamni. And I need you to be with me. Kita pergi bercuti ya?" Soal Skyler mengharap. Victoria tergelak kecil. Akhirnya Ace Skyler yang bersikap workaholic ini memutuskan untuk pergi bercuti.

"Alright! Kita nak pergi mana?" Soal Victoria teruja.

"Kau kata nak pergi Maldives haritu."

Victoria menggeleng.

"I nak you decide."

Skyler berfikir seketika.

"Indonesia?"

"No."

"Philippines?"

"No."

"Brazil?"

"No."

"Taj Mahal, India?"

"No."

"Habistu apa fungsi kau suruh aku pilih?" Memuncung bibir Skyler apabila semua pilihannya tidak dipersetujui oleh Victoria.

"I nak tempat yang mencabar." Kata Victoria teruja.

Skyler terdiam seketika sebelum bibirnya tersenyum lebar.

"Mencabar ya?"

"Yes. I nak pergi tempat yang I takkan lupakan untuk seumur hidup I."

"Alright then. Pack your things, sweetheart." Bibir Victoria dicium sekilas bersama riak misteri.

"Kita.. Nak ke mana?" Soal Victoria musykil.

Skyler menguntum senyum.

"Tempat yang kau takkan lupakan untuk seumur hidup kau." Ujar Skyler bersama riak misteri.

Victoria mencebik.

"Tempat apa je yang boleh buatkan I tak lupa? For your information, I dah travel hampir seluruh dunia tau. Semua tempat dalam bumi ni I tahu. Tak ada satu pun yang mencabar."

"Siapa cakap kita nak bercuti di bumi?"

***

"Let bygone be bygone."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro