CHAPITRE TRENTE-HUIT 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Skyler memerhati telefon yang berdeting. Bibirnya tersenyum lebar melihat nama di skrin.

Mine, l'amour

Tangannya mula berhenti menaip dan melihat mesej yang masuk dari kekasih hati.

Belum sempat dia membuka mesej, tiba tiba ada satu panggilan lain masuk. Dahi berkerut melihat nombor yang tidak dikenali ingin membuat panggilan video.

Ikon hijau diseret.

Jantung Skyler seakan terhenti.

"Fucking hell." Bisik Skyler perlahan dan melihat Hazzel yang sedang terbaring dan terikat di sebatang pokok.

Pokok di laman rumahnya.

"Kau sentuh dia kau mati, Titiara. Jangan cabar aku." Skyler mula bangun.

"Wow, you kenal nombor I rupanya." Kata Titiara sinis. Telefonnya dihala ke sekeliling.

"Say hi to your daddy."

"Hazzel!" Jerit Skyler apabila rakaman Hazzel berada di sudut laman. Di kepalanya terdapat cairan darah.

"Erghhh!" Jerit Skyler sambil membaling telefonnya ke dinding sehingga berkecai dan pantas mencapai kunci kereta dan berlalu keluar dengan laju.

Kereta dipandu dan dia menekan pedal minyak sehingga rapat tanpa menghiraukan lampu isyarat dan bunyi hon dari kereta lain.

Hazzel.

Hanya itu sahaja di dalam kepalanya sekarang. Rahang terketap rapat.

Setibanya di rumah, terus dia melangkah masuk dan berlari ke laman rumahnya.

Kaki terhenti melihat kejadian di depan mata.

"Hazzel?"

Skyler mendekati Hazzel yang sedang terikat. Kelihatan darah kering di pelipis kanak kanak itu.

Terus Skyler membuka ikatan dan menyambut tubuh Hazzel yang lembik.

"Hazzel dengar suara daddy? Hazzel tolong buka mata, tengok daddy." Pipi Hazzel ditepuk lembut. Hazzel membuka matanya sedikit dan jarinya terhala ke dalam rumah.

"What?" Soal Skyler. Hazzel terus menunjuk ke dalam rumah dengan mata yang terpejam kembali.

Skyler mendukung Hazzel dan melangkah masuk ke dalam rumah. Keadaan rumah diperhati dan Skyler melihat rumah yang agak tunggang langgang.

Rahang Skyler terketap rapat. Tubuh Hazzel dibaringkan di atas sofa dan dia terus berlalu pergi ke dalam bilik memeriksa rakaman CCTV.

"Fuck, Titiara." Bisik Skyler apabila melihat satu per satu pengawal keselamatan di rumahnya tumbang apabila satu bom diledakkan di kawasan keselamatan. Darah berlumuran dan daging manusia bersepai.

Kemudian Skyler melihat dua orang lelaki berotot membawa Ace keluar dan Hazzel cuba menghalang, namun kanak kanak itu pula dibelasah.

Skyler terus keluar dan pintu bilik Ace dibuka.

"Ace? Ace!" Skyler membulatkan mata melihat Ace tiada didalam bilik.

"Dia bawa pergi." Akhirnya suara Hazzel keluar. Skyler mengacip gigi dan mendekati Hazzel.

"Daddy bawa Hazzel ke hospital. Hazzel rehat dekat sana ya?" Soal Skyler lembut sambil mengusap kesan luka di kepala Hazzel. Nasib baiklah luka Hazzel tidak teruk.

Hazzel angguk dan terus Skyler membawa kanak kanak itu ke Ezekiel Specialist.

"Dia tak apa apa. Small injuries dekat kepala dan bahu." Kata doktor itu sambil menunduk hormat. Skyler mengangguk.

"Jaga dia baik baik. Kalau apa apa jadi pada dia, kemas barang kau dan keluar dari hospital ini." Pesan Skyler sambil melangkah pergi. Doktor itu mengeluh.

Jarang Skyler marah marah sebegini. Seram.

***

Hunter mengerutkan dahi melihat maklumat yang diterima.

"What the fuck?!"

Franky yang sedang menaip berhenti dan memandang si abang.

"Kenapa?"

Hunter terus menutup layar putihnya dan laptop ditutup.

"Batalkan meeting. We need to go to France. Now!" Kata Hunter sambil mengarah semua pekerja yang berada di dalam bilik mesyuarat itu bersurai.

"Kenapa bro?" Soal Franky sambil turut mengemas barangnya.

"F-22 raptor berlepas."

"The fuck? F-22? Jet pejuang yang paling kuat tu?" Soal Franky bertalu talu. Seingatnya, kali terakhir jet pejuang itu diguna adalah sewaktu menentang St. Mafia dulu sahaja.

Hunter angguk. Maklumat di skrin telefon dibaca.

D'EZEKIEL AIRFORCE
Type : F-22 RAPTOR
Status : ACTIVE [ON AIR]
Date : AUGUST 15 , 2021
Time : GMT +02:00 [17:11:57 CEST]
By : ACE SKYLER [ID : 99045677245]
Location : SAINT NAZAIRE [FRANCE]

"Arahkan semua penduduk di Saint Nazaire keluar dan lari dari bandar itu dan bandar berdekatan." Arah Hunter. Franky angguk dan mula menghantar isyarat kecemasan ke negara Perancis.

***

Wazeer membaca isyarat kod merah di seluruh bandar Paris yang berdekatan dengan Saint Nazaire.

"Skyler berada di Saint Nazaire. Miss kenal sesiapa yang berada di sana?"

Victoria berfikir seketika.

"Titiara. Dia duduk disana. Kenapa?" Soal Victoria. Wazeer angguk.

BOOM

"Fuck." Pedal minyak ditekan rapat dan kereta Wazeer memecut ke arah Saint Nazaire.

Bulat mata Victoria melihat beberapa jet di udara sedang melepaskan peluru.

"Apa jadi?" Soal Victoria terkejut.

"Skyler mengamuk. We need to stop him atau dia akan hancurkan satu negara ini." Wazeer bersuara seraya memberhentikan kereta di kawasan lapang. Ini untuk mengelakkan mereka cedera jika terdapat bangunan runtuh.

"Miss tunggu dalam kereta. D'Ezekiel dah sampai." Wazeer terus memakai baju kalis peluru dan melangkah keluar.

Victoria memerhati jet pejuang yang sedang melepaskan peluru itu.

"Ace Skyler."

***

"Ace Skyler!" Hunter bersuara melalui earpiece yang disambung ke pembesar suara di dalam jet.

Skyler hanya diam dan memandang beberapa kereta kebal di bawah yang sedang bersedia untuk menyerang.

Bibir tersenyum sinis.

"Fuck fuck fuck defense! Dia nak serang bertindih!" Ujar Franky apabila melihat Skyler sudah mula mengeluarkan peluru di jet nya.

Victoria terus keluar dari kereta dan berlari ke arah rumah Titiara yang berada berdekatan.

Pintu rumah ditendang kuat.

"Apa kau dah buat?!" Jerkah Victoria sambil menarik rambut Titiara yang sedang berkemas untuk keluar. Wanita itu dijatuhkan ke lantai dan tapak kasutnya memijak dada Titiara.

"Lepaskan akulah!" Jerit Titiara.

Victoria memerhati sekeliling mencari apa sebab Skyler mengamuk pada Titiara.

Tiada apa apa.

Tiba tiba terasa gegaran seperti gempa bumi kecil dan Victoria mendongak memandang ke tingkap. Kelihatan jet milik Skyler sudah mula mendekati rumah Titiara.

"No no no!" Victoria terus memecahkan tingkap yang berkunci dan mengangkat kedua tangannya.

"Ace Skyler! It's me!" Jerit Victoria sambil melihat peluru yang sudah bersedia untuk dilepaskan.

Skyler memerhati gadis yang berada di tingkap itu.

Tangannya menekan butang dan segala peluru dilepaskan.

Victoria memejam mata.

"Argh!"

"I told you not to go anywhere!" Keras suara Wazeer sambil menebarkan penghadang plumbum untuk menahan serangan Skyler menggunakan pesawat yang diambil dari D'Ezekiel Airforce.

"Cepat, Victoria!" Hunter menghulurkan tangan dan Victoria terus mencapai sebelum gadis itu turut masuk ke dalam pesawat yang dikawal oleh Wazeer.

"Bro, aku jumpa Ace!" Suara Franky kedengaran.

"Ace?" Victoria berkerut dahi.

"Bawa Ace keluar dari rumah ni. Kami tak dapat bertahan lama dah ni, penghadang dah retak." Ujar Hunter. Franky angguk dan terus membawa Ace keluar dari rumah Titiara.

"Apa jadi? Kenapa Ace disini?" Soal Victoria.

"Tak ada masa nak terangkan. We need to stop Skyler." Hunter membuka pintu tingkap pesawat dan memerhati melalui lubang kecil.

"Penghadang dah nak pecah! Kod merah." Kata Wazeer. Serangan bertalu talu dari Skyler membuatkan pertahanan mereka semakin lumpuh.

"Pasang jaring elektrik. Kita kena matikan enjin jet tu." Hunter mengeluarkan mengeluarkan laptop dan mula menembusi sistem kawalan jet Skyler.

"Tak boleh hack! Skyler dah ketatkan kawalan." Hunter mendengus apabila tidak dapat menggodam sistem kawalan.

Emergency warning! Defense damage increased by 90%. The system will be paralyzed within 20 minutes

"Pasang jaring tu sekarang! Pertahanan kita dah nak lumpuh!" Jerit Hunter. Franky terus melempar beberapa bola besi ke udara dan bola itu mula terbuka mengeluarkan jaring magnet di udara dan bergabung membentuk jaring seluas 10 km² di udara.

Kelihatan arus elektrik mula mengalir di jaring.

"What the heck? You nak suruh Skyler terkena renjatan elektrik ke?" Soal Victoria apabila arus elektrik yang agak kuat di jaring itu.

"No. Arus elektrik itu tak akan membahayakan manusia, ia untuk mematikan sistem kawalan jet Skyler je."

Skyler mengetap rahang dan mula mengeluarkan pelindung namun tembakan bertalu talu dari kereta kebal di bawah membuatkannya tidak mampu fokus.

"Fuck." Skyler melihat ahli D'Ezekiel dan St. Mafia yang bergabung untuk melumpuhkan enjin jetnya.

"Mereka semua terlatih. Jangan risau they won't shoot your boyfriend." Wazeer tersenyum kecil melihat wajah cuak Victoria.

"Turunkan jaring." Arah Hunter apabila melihat Skyler mula terleka.

Jaring elektrik mula diturunkan dan Skyler terus menekan butang merah lalu sistem kawalan mula mati akibat arus elektrik yang mula melintas sistem kawalan jet pejuang itu.

"Bom!" Jerit Franky sambil melihat beberapa bom bersaiz sederhana dijatuhkan oleh Skyler dan jet itu mula gelap dan ingin jatuh akibat sistem kawalan yang lumpuh.

"Oksigen!" Arah Hunter sambil menarik topeng oksigen kecemasan di dalam sutnya.

"Pakai ni." Satu topeng oksigen dihulur pada Victoria dan gadis itu hanya akur apabila semua manusia mula memakai topeng oksigen.

"Now."

Franky dan Hunter serentak melepaskan ribuan bom asap ke arah jet Skyler agar mampu menembusi lapisan jet itu.

BOMMMMMM

Beg beg udara kecemasan mula bertebaran di udara dan Victoria terasa tubuhnya melayang apabila mereka terpaksa meninggalkan pesawat yang sudah hampir terhempas itu.

"Skyler!" Jerit Victoria apabila melihat satu tubuh sedang jatuh ke bumi. Mereka mula mendarat di bumi dan belon udara kecemasan ditanggalkan sebelum Victoria berlari ke arah semak.

"You!" Terus gadis itu memangku Skyler dan mengelap darah yang mengalir di pelipis Skyler.

"Miss jangan tanggalkan oksigen lagi. Wap asap bom tidur masih ada." Kata Wazeer sambil menahan tangan Victoria yang ingin membuang topeng oksigen.

"Is he okay?" Soal Hunter sambil turut mendekati Skyler dan nadi Skyler diperiksa.

"He's fine. Small injury." Kata Hunter sambil memandang Franky yang turut mendekati mereka.

"But he's unconscious!"

"Tak, Skyler cuma tidur. Ace macamana?" Soal Hunter.

"I don't know. Masih dirawat."

"15 people dead. 2 cedera parah dan 44 cedera ringan. Aku dah arahkan mereka sediakan duit pampasan dan Ezekiel Specialist pun agak penuh. Mungkin yang cedera ringan akan dipindahkan di hospital swasta biasa dengan kos ditanggung penuh oleh kita." Kata Franky. Hunter angguk.

"Titiara?" Soal Victoria.

"She's there." Jemari Wazeer menunjuk ke arah rumah Titiara yang runtuh sehingga menjadi debu.

"She's dead." Kata Wazeer lagi.

***

Victoria mengusap wajah Skyler yang masih lena sebelum pipi jejaka itu dicium lembut.

"Ada dua benda dalam dunia ni yang tak boleh disentuh. Satu, miss. Dan dua, Ace."

Victoria tersenyum nipis.

"Jadi dia mengamuk tadi sebab Titiara culik Ace?"

Wazeer angguk.

"Diantara pemimpin D'Ezekiel, iaitu Hunter, Franzelx dan Skyler.. Skyler adalah pemimpin yang paling tenang dan penyabar. Tapi bila dia marah, dia akan jadi pemimpin paling berbahaya."

Victoria mengeluh perlahan.

"Bila dia marah, dia dah tak kenal sesiapa. Sebab tu dia serang kami. Serang Hunter, serang Franzelx dan serang miss. Because he's out of control. Dia cuma kenal Ace dan nak Ace."

"Banyak you tahu pasal Skyler?" Soal Victoria. Wazeer tersenyum nipis.

"Well, saya adalah anak buah D'Ezekiel yang paling dipercayai."

"What?!"

Wazeer mengerutkan dahi sebelum matanya membulat.

"You anak buah D'Ezekiel? And you jadi pengurus I?!" Soal Victoria terkejut. Wazeer tersengih janggal.

"Begitulah." Jawab Wazeer bersama sengihan.

Victoria memandang Skyler yang sedang tidur. Patutlah bila dia cakap dia berada dengan Wazeer, Skyler hanya membiarkan.

"It's 4am. Miss rehatlah. Saya pergi dulu." Kata Wazeer sambil menunduk sedikit dan berlalu keluar dari wad VIP itu.

Victoria memandang Wazeer yang berlalu pergi.

"Patutlah beria ria nak jadi PA aku dulu." Gumam Victoria terkenangkan Wazeer yang bersungguh ingin menjadi PA nya sehingga sanggup berkhidmat secara percuma.

Kepala otak.

Victoria mula naik ke atas katil dan menyusup masuk ke dalam pelukan Skyler.

The devil side of him.

Tubuh Skyler dipeluk dan Victoria mencium leher Skyler sebelum mata dipejam. Hari ini adalah hari yang panjang buat mereka semua.

***

"No, biar aku bayar. Aku yang buat jadi aku yang perlu bertanggungjawab."

"It's all done. Semua dah dibayar dah pun."

Victoria menguap dan membuka mata mendengar suara garau yang sedang berborak itu. Jam ditilik dan hampir menunjukkan pukul 11 pagi.

Victoria menggeliat dan melangkah turun dari katil. Kaki ingin melangkah keluar.

"Bro, Ace.."

Langkah Victoria terhenti dan dia melihat ke sebalik langsir dimana terdapat Skyler, Hunter dan Franky sedang duduk di sofa.

"He will be fine." Kata Hunter. Skyler mengeluh dan meraup muka.

"Aku tak ingat pun apa yang aku buat semalam but it must be bad. 15 orang mati. Sebab aku."

"Tak apa, buat masa sekarang kau rehatkan minda kau. Go for a vacation with Victoria dan jangan risaukan urusan pejabat. Aku boleh handle kan."

"No, I'm good." Bantah Skyler.

"Kalau aku suruh cuti tu cuti je lah apa susah sangat kau ni?" Bebel Hunter mendatar. Skyler hanya diam.

"Dahlah, aku nak balik. Nak tidur." Franky terus bangun apabila melihat Victoria yang sedang mencuri dengar di sebalik langsir.

Hunter turut bangun.

"Dia memang lembab ke? Lagi lembab dari bini aku." Kata Franky sambil melangkah keluar bersama Hunter. Skyler menoleh ke belakang dan tersenyum kecil.

"You may out now, l'amour. Mereka dah balik." Kata Skyler. Victoria terus menyelak sedikit langsir dan melangkah ke arah Skyler yang berada di atas sofa.

"Sini." Tubuh Victoria ditarik dah didudukkan di atas ribanya.

"Good morning." Sapa Victoria. Skyler mencium pipi gadis itu.

"Good morning. L'amour I'm sorry. Aku hampir bunuh kau semalam. I swear that's out of control." Pinta Skyler. Victoria tersenyum.

"I know. Tapi I taknak maafkan you."

Skyler mengeluh.

"Please.." Pinta Skyler sambil mengelipkan matanya kepada si kekasih. Victoria menggeleng.

"No. Satu syarat baru I maafkan you."

"Okay. What?"

"Bawa I pergi bercuti." Kata Victoria. Skyler terkelip kelip memandang Victoria.

"Tapi l'amour aku ada banyak kerja di ofis tu."

"Okay fine." Victoria bangun dari riba Skyler dan mula ingin pergi.

"Aaaa no." Rengek Skyler sambil menarik Victoria kembali dan tubuh gadis itu dipeluk kemas.

"Lepaskan I lah."

"No. Okay, let's go for a vacation." Ujar Skyler. Mata Victoria mula bersinar.

"Betul?" Soal gadis itu teruja. Skyler angguk.

"I sayang you!" Jerit Victoria gembira sambil memeluk erat tubuh Skyler. Jejaka itu tergelak dan membalas pelukan Victoria.

Victoria melepaskan pelukan sebelum..

PANG

"Auch!" Skyler tertoleh ke tepi menerima tamparan dari Victoria.

"Oh patutlah senang sangat I nak keluar kalau duduk dengan Wazeer! Sebut nama Wazeer je you bagi I pergi mana mana, rupanya dia anak buah you juga!" Ujar Victoria naik angin mengenangkan dirinya yang telah diperbodohkan.

Skyler tergelak bebas.

"Tapi Hunter cakap kau yang bodoh sebab tak perasan semua tu." Jawab Skyler dengan muka suci.

Victoria mendengus dan ingin menampar Skyler lagi namun tangannya digenggam.

"Tangan ni diam. Asyik nak mendera aku je." Tangan Victoria dicium lembut dan digenggam.

Victoria menjeling.

"Itu baru you. I tak tampar Wazeer lagi jadi pastikan dia tak jumpa dengan I." Ugut Victoria. Skyler menggeleng.

"Hazzel macamana?"

"Dia okey je. Doktor cakap tak ada apa." Kata Victoria.

"Good. Kau nak pergi bercuti di mana?" Soal Skyler. Victoria berfikir seketika.

"Eiffel tower... Auch!" Skyler menggosok lengan yang dicubit oleh Victoria.

"Setakat bangunan Eiffel tu dari I lahir lagi I dah tengok! Kita pergilah jauh sikit. Maldives?" Soal Victoria. Skyler angguk.

"Aku okey je mana mana pun. Asalkan ada tempat untuk kita honeymoon." Skyler tersenyum teruja. Victoria mengerutkan dahi.

"Cakap pasal honeymoon, bila kita nak kahwin? Takkan nak macamni sampai bila bila?" Soal Victoria.

Skyler memandang Victoria lalu rambut gadis itu diselit ke belakang telinga.

"Anytime, l'amour. Kalau kau nak kita ke gereja sekarang pun boleh. But I think about you. Kau sedia untuk bagitahu dunia tentang kita?" Soal Skyler lembut. Victoria berfikir seketika.

"I takut."

"Why?"

"Mungkin..."

Bunyi derapan tapak kaki mematikan bicara Victoria. Pantas dia menoleh dan melihat Wazeer yang berada di pintu.

Terus Victoria bangun dari riba Skyler.

"Sorry for disturbing but.."

PANG

Kepala Wazeer tertoleh ke tepi menerima tamparan dari Victoria.

"What was that for?" Soal Wazeer sambil mengusap pipi sendiri dan merenung Victoria dengan riak keliru.

"Itu untuk you yang tak jujur dengan I." Victoria memeluk tubuh.

Wazeer memandang Skyler meminta penjelasan. Skyler hanya mengangkat bahunya.

"Well, forget about that. Ada benda yang lagi penting saya nak bagitahu sekarang." Kata Wazeer.

"What?"

"Pasal Ace."

***

"Ace, no." Skyler pantas mengurut badan Ace.

"No no no, Ace. No." Air mata Skyler mula bertakung melihat reaksi kaku Ace. Bibirnya mula terketar.

"Ace? Ace." Skyler mula menggoncang badan Ace. Mata Ace yang masih terbuka direnung. Terdapat air jernih di tubir mata Ace bersama nafas yang tersekat sekat.

"Ace, kau dengar aku kan? Ace please don't. Tak lawak, Ace."

Tiba tiba Ace menggeletar seperti terkena renjatan dan badannya mula menjadi keras.

"No, no." Skyler terkedu apabila badan Ace sudah tidak bergerak dan nafas Ace juga tiada. Tubuh Ace digoncang kuat.

"Ace jangan main mainlah sial! Kau masih hidup!" Jerit Skyler sambil terus menggocang Ace dengan kuat namun tubuh haiwan itu tidak bergerak.

"Ace, bangun. Tolong, tolong.. aku merayu jangan buat aku macamni Ace. Bangun." Skyler terus cuba mengejutkan Ace dari lena.

Lena yang selama lamanya.

"Bro.. Bro, calm down." Hunter menarik Skyler namun Skyler merentap tangannya kasar dan kembali memandang Ace.

"Ace? Hey, wake up." Bisik Skyler sambil bersiul perlahan namun Ace tidak lagi menyahut siulannya seperti selalu.

"We are sorry tapi racun yang disuntik dalam badan dia terlampau kuat dan kami tak mampu singkirkan semua racun tu."

"Mustahil!" Kuat bergema tengkingan Skyler sehingga memenuhi segenap ruang.

"Ace Skyler." Hunter menarik bahu Skyler dan cuba menenangkan Skyler.

Skyler diam sambil cuba menenangkan diri sendiri. Kemudian dia memandang Victoria yang berada di sudut bilik, merenung Ace.

"L'amour." Skyler pantas memeluk Victoria yang hanya diam terkedu dengan kematian Ace secara mendadak itu.

"Y.. You.." Victoria masih cuba memproses sama ada ini mimpi atau tidak.

"He did. He left us."


***


"Thank you for everything, ACE."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro