CHAPITRE TRENTE SEPT 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Victoria mencium lembut pipi Hazzel dan tersenyum nipis. Selimut ditarik menyelimuti tubuh Hazzel.

"Mummy.. Hazzel tak boleh tidur." Kata Hazzel perlahan.

Victoria mengeluh perlahan.

"Tapi Hazzel kena tidur. Sekarang dah pukul 2 pagi." Kata Victoria.

Hazzel hanya diam dan angguk akur.

"Ace, sini."

Ace yang sedang bersantai di atas lantai terus bangun dan mendekati katil. Binatang itu mula naik ke atas katil dan menghidu Hazzel.

"Peluk dia kalau susah tidur." Kata Victoria. Ace bagaikan memahami terus berbaring tidur di sebelah Hazzel.

Hazzel tersenyum nipis dan memeluk Ace yang berbulu lembut.

"Goodnight." Victoria mencuit hidung Hazzel seketika dan turut menggosok bulu Ace sebelum berlalu keluar.

Hazzel memerhati Victoria yang keluar sebelum tersenyum lebar.

Ini rupanya perasaan dilayan dengan baik.

***

"You buat apa?" Soal Victoria sambil melihat Skyler yang sedang tekun memerhati laptop. Dia tak tahu ke sekarang ni sudah jam 2 pagi?

"Tak adalah. Saja tengok surat doktor tadi." Tubuh Victoria ditarik agar bersandar di dadanya dan pinggang gadis itu dipeluk.

"Dia tak bisu."

Skyler angguk.

"Dia cuma terlalu takut untuk bersuara sebab takut kena pukul lagi. Aku.." Skyler mengalihkan komputer ribanya ke tepi dan memeluk Victoria sepenuhnya.

"You good?" Soal Victoria sambil membalas pelukan Skyler.

"Aku dulu.. papa ada untuk lindungi aku walau dia tak mampu melihat. Tapi Hazzel, bapa dia sendiri buat dia macamtu. He's totally broken." Bisik Skyler. Mata Victoria mula berkaca dan gadis itu mengangguk.

"We will fix him. With love." Rambut Skyler diusap. Skyler merenung mata Victoria sebelum mengangguk dan memuncung.

"I want a kiss." Pinta Skyler. Victoria tergelak dan mencium bibir Skyler.

"I love you." Luah Victoria. Skyler tersenyum dan mengusap pipi Victoria.

"Me too. Most."

***

(DALAM KENANGAN TERINDAH, REHATLAH DENGAN TENANG, CIK VANESSA ABELLS)


Victoria menghela nafas dan merenung keranda yang menempatkan Vanessa.

"I'm sorry. So sorry." Bisik Victoria sambil menyentuh kabin itu.

"L'amour."

Victoria tersenyum tawar dan memandang Skyler di belakangnya.

"Are you okay?" Soal Skyler sambil mengusap pipi Victoria. Gadis itu mengangguk perlahan.

"Okay." Hampir tidak kedengaran suara Victoria. Walau seteruk mana pun Vanessa, Vanessa tetap adiknya. Pastilah hatinya tercarik apabila manusia yang dia berkongsi kenangan zaman kanak kanak telah meninggalkan dirinya.

"Come." Tubuh Victoria dipeluk dan dapat didengar tangisan Victoria mula keluar.

.
.
.

"You're beautiful."

Vanessa tergelak.

"Jadi you bagi I benda ni sebab I cantik je la?" Soal Vanessa. Skyler menggeleng laju dan membetulkan duduknya.

"No, I gave you that because I love you." Luah Skyler. Vanessa tersenyum dan menilik cincin emas di dalam kotak baldu itu.

"I like it." Kata Vanessa. Skyler tersenyum dan mengambil cincin itu sebelum dia menyarungkan cincin emas itu ditangan Vanessa.

"I?"

Vanessa berkerut dahi.

"Apa?"

"You sayang I tak?" Soal Skyler. Vanessa berfikir seketika sebelum menggeleng.

"Tak."

Riak Skyler berubah kecewa.

"I tak sayang you tapi I cintakan you." Sambung Vanessa. Skyler kembali tersenyum dan mengepit hidung Vanessa.

"Naughty."

Tawa mereka mula kedengaran.

.
.
.

"Because of her, I meet you." Dagu Victoria diangkat dan Skyler merenung mata Victoria yang masih basah.

"Aku takkan pernah menyesal menerima Vanessa dalam hidup aku dulu. Aku belajar erti cinta yang sebenar, aku belajar betapa sakitnya kalau kita mencintai orang yang salah. Dan aku juga dapat orang yang aku betul betul cinta disebabkan dia." Luah Skyler perlahan.

Victoria menyembamkan muka di dada Skyler dan terus menangis.

"Victoria."

Suara wanita itu membuatkan Victoria berpaling dan memandang gerangan yang memanggil namanya.

"Mama.." Victoria terkedu. Pantas dia mendekati ibunya yang turut berada di situ.

"Don't touch me!" Tubuh Victoria ditolak kasar tangannya naik ingin menampar wajah Victoria.

Satu tangan menghalang.

"And don't touch her." Ujar Skyler sambil melepaskan tangan Olivia dengan kasar dan memeluk bahu Victoria.

"Mama, it wasn't me I swear." Victoria cuba meraih tangan Olivia.

"Liar! Kau ada di tempat Vanessa dibunuh dan kau tak selamatkan dia! Mana belas kasihan kau sebagai manusia, Victoria? Yang mati tu, adik kau sendiri!" Herdik Olivia sehingga banyak mata memandang ke arah mereka.

"I killed her. Berhenti salahkan Victoria." Skyler bersuara sambil mengetap rahang.

Olivia memandang Skyler.

Victoria mengangkat tangannya tiba tiba mengisyaratkan Skyler agar diam.

"Yes, I ada masa Vanessa mati. And I didn't save her. Tapi mama tahu tak apa yang dia dah buat pada I? Mama pernah tak ambil tahu tentang I? I was homeless! Disaat Vanessa duduk dengan you, luangkan masa dengan you, I tengah sibuk cari duit untuk sara hidup I sendiri! I dihalau dari rumah sewa. Rumah sewa, mama. Skyler saved me. Where were you? Where was my mum? Where was my sister?! I have no one. Only him. Lelaki yang berdiri di tepi I sekarang. Bila kehidupan I mula nak baik, Vanessa datang balik. Cuba untuk ambil Skyler. Mama tahu tak betapa sakitnya hati I? I cried so bad sebab I terlalu takut untuk hilang Skyler."

Skyler memandang wajah Victoria. Dia tidak pernah tahu hal itu. Victoria selalu menangis kerananya?

"And then I was pregnant. Vanessa bunuh anak I. She killed my daughter. She killed your grandchild."

Tangan Olivia diambil dan diletakkan di dada kirinya.

"Tempat ni.. semuanya dah hancur. My heart is totally broken. But I'm still alive. Sebab dia, Ace Skyler. Jadi I minta maaf, bencilah I semahunya. But I won't leave him for you. Either Vanessa. Untuk seorang ibu yang tidak pernah ada disisi anaknya dan untuk seorang adik yang musnahkan hidup kakaknya. No. I'm sorry." Victoria pantas melangkah keluar dari dewan itu.

Skyler memandang Olivia yang sedang menangis.

"She's a villain in your eyes. But not mine." Hanya itu yang keluar dari bibir Skyler sebelum jejaka itu turut keluar mencari Victoria.

Olivia terduduk.

***

Skyler tersenyum nipis melihat Victoria yang sedang makan coklat sambil tersedu gara gara menangis tadi.

Comel.

"Nak lagi?" Soal Skyler sambil mengoyak kertas coklat Ferrero Roche dan menyuap ke dalam mulut Victoria tanpa sempat gadis itu menjawab.

"Feeling better?"

Victoria angguk dan turut tersenyum.

"I'm sorry."

Victoria mengerutkan dahi.

"Kenapa?"

"Aku tak tahu yang kau takut hilang aku sampai macamtu sekali. You should tell me. Aku takkan bagi peluang pada Vanessa untuk mendekati aku kalau aku tahu kau menangis kerana aku." Jelas Skyler.

Victoria tersenyum.

"Tapi at least kita dapat Hazzel."

Skyler angguk.

"Kau dah semakin matang. I'm proud of you, gedik." Rambut Victoria diserabaikan.

"Hei!" Marah Victoria sambil membetulkan rambutnya kembali.

"Come." Pinggang Victoria dipeluk dan bibir mereka bertaut.

.
.

"Is that Victoria Abells yang jadi duta Louis Vuitton tu?"

"Siapa lelaki tu? He is so tall."

.
.

Victoria pantas meleraikan tautan bibir mereka dan menarik Skyler ke tempat tersorok.

"Why?" Skyler berkerut dahi.

"I rasa ada orang kenal I."

"L'amour, you're a model. Mestilah manusia kenal kau. So what? Biarlah mereka tahu yang kita bercinta." Ujar Skyler dengan nada pelik. Apa yang Victoria masih risau? Vanessa sudah tiada.

"Ish you ni! Kata I lembab tapi you pun sama. I kan tengah kerja dengan you sekarang so I taknak orang cakap yang you terima I kerja sebab I ni kekasih you." Kata Victoria pula. Semua tahu syarikat D'ezekiel adalah antara salah satu syarikat elit jadi bukan sembarangan manusia yang boleh bekerja disitu. Apatah lagi menjadi duta.

"I don't care."

"I do."

Skyler mengeluh dan menarik pipi Victoria.

"Menjawab. Nasib baik sayang." Jeling Skyler. Victoria menayangkan muka comel buat si kekasih hati.

"Fine!" Skyler mengalah. Victoria menggigil teruja dan memeluk Skyler erat.

"Love you!"

Skyler tersenyum dan membalas pelukan Victoria.

"Love you too, l'amour."

***

"Gila lah. Trending?" Skyler berkerut dahi melihat gambar mereka bercium yang entah diambil oleh siapa tiba tiba menduduki carta tertinggi di Twitter.

Gambar itu diambil dengan keadaan Victoria menghadap kamera dan dia membelakangi kamera, jadi wajahnya tidak kelihatan.

.
.

'siapa lelaki tu?'

'Wah bertuahnya lelaki itu!'

'Tak silap aku, Victoria Abells sekarang bekerja di syarikat D'ezekiel. Dan belakang lelaki itu kelihatan mirip Ace Skyler.'

'itu pengurus dia kut. Pengurus dia pun masih belum berkahwin.'

'Mungkin dia cuma bercinta dengan orang biasa. Cinta dua darjat.'

'Aku rasa itu bukan Ace Skyler. Ace Skyler kan jenis tak melayan perempuan, takkan tiba tiba bercinta pula.'

.
.

Skyler tersenyum kecil membaca perbalahan di internet tentang identiti teman lelaki Victoria Abells. Ini kalau Victoria tahu pasti dicari paparazi yang mengambil gambar mereka dan menetak paparazi tersebut.

"Oh shit." Skyler mula tersedar dan mencari Victoria. Kaki melangkah keluar dan matanya menangkap Victoria yang sedang mengunyah donut lobak merah miliknya bersama Hazzel dan Ace di depan televisyen.

Nafas lega dihela. Risau juga kalau Victoria betul betul menetak paparazi.

"Hey. Buat apa?" Sapa Skyler sambil turut duduk di atas lantai. Salah satu perangai pelik Victoria yang telah terjangkit dengannya, suka duduk di lantai berbanding sofa.

"Daddy." Hazzel bangun dan duduk di atas riba Skyler. Skyler mencium kepala kanak kanak itu.

"Goreng megi." Jawab Victoria sambil menyuap donut ke dalam mulut Hazzel dengan mata yang masih melekat di kaca televisyen.

Skyler tergelak kecil mendengar nada sarkastik dari Victoria.

"Wof!" Ace turut bergerak dan duduk di antara mereka berdua.

"Hey." Kepala Ace diusap lembut dan Skyler memandang Hazzel yang turut mengusap Ace. Nampaknya Hazzel sudah mula biasakan diri dengan Ace.

This is perfect.

Skyler tersenyum. Dulu dia duduk di dalam rumah ini keseorangan. Kemudian dia membawa Ace masuk ke dalam kehidupannya. Selepas itu Victoria turut masuk di dalam hidupnya dan akhirnya dia turut mendapat Hazzel dalam hidupnya. Semuanya lengkap. Kehidupan dia yang dulunya terasa sunyi dan kosong, kini dipenuhi insan tersayang.

"Hazzel pergi tidur. Sekarang dah lewat malam." Ujar Victoria sambil bangun dan menutup televisyen apabila movie sudah tamat. Donut yang masih berbaki juga dihabiskan.

Hazzel angguk dan bangun dari riba Skyler.

"Goodnight mummy, goodnight daddy. Bye Ace." Hazzel mencium pipi Victoria dan Skyler serta memeluk erat Ace sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.

"You don't know about the news?" Soal Skyler sambil bangun dan mendukung Ace ke biliknya.

Victoria mengerutkan dahi.

"No..?"

"Good." Skyler tersenyum puas hati dan meletakkan Ace di dalam sangkar.

"Goodnight." Badan Ace dipeluk dan dicium sekilas.

"Wof!" Ace menggeselkan kepala di tangan Skyler. Jejaka itu tersenyum kecil.

"Sleep." Skyler mula bangun dan menutup pintu.

"Bye Ace!" Victoria melambai sebelum pintu ditutup sepenuhnya. Kemudian dia memandang Skyler.

"Now it just us." Skyler tersenyum nakal. Victoria tergelak dan mendepakan tangan.

"Nak dukung juga."

Skyler pantas mengangkat tubuh Victoria dan dibawa masuk ke dalam bilik.

Pintu dikunci.

***

Skyler memandang kertas ditangannya dengan lama sebelum pandangannya jatuh pada gadis yang berada di hadapannya.

"Betul?"

Geisha menarik nafas dan angguk.

"Ya, monsieur. Saya nak pulang ke negara asal saya dan bekerja disana."

Skyler angguk.

"Alright then. Terima kasih untuk khidmat di Ezekiel selama setahun ini dan tahniah untuk perkahwinan yang bakal berlangsung." Tangan dihulur pada Geisha yang baru sahaja meletak jawatan.

"Thank you, monsieur." Geisha menyambut huluran tangan dari Skyler dan tersenyum. Kemudian gadis itu menunduk hormat dan melangkah keluar untuk mengemas barangnya.

Sedar, cinta itu bermakna melepaskan yang dicintai. Dan memberi peluang kepada yang benar benar mencintai.

Geisha mengambil telefon dari poket dan melihat nama yang tertera.

"Hello darling!" Sapa gadis itu teruja.

Skyler di dalam pejabat tergelak kecil. Baguslah, nanti tiada lah Victoria tu asyik nak cemburu je dengan Geisha.

Victoria.

Skyler pantas bangun dan melangkah keluar dari pejabat. Kaki melangkah ke arah studio yang berada di aras 2.

Pintu ditolak dan dia melihat keriuhan di dalam studio.

Kelihatan Victoria sedang berada di layar putih dan memandang kamera.

Stunning.

Bila masa je perempuan panas baran tu tak cantik? Skyler tersenyum sendiri dan melangkah masuk.

"Monsieur?"

Suara pelik seorang pekerja menggamit deria Skyler. Jejaka itu membetulkan kot yang dipakai.

"Everything okay?" Soal Skyler. Pekerja itu mengangguk dengan riak keliru. Seumur hidupnya bekerja disini, mana pernah Skyler datang ke studio jika penggambaran dilakukan.

"Ace Skyler." Wazeer yang melihat Skyler turut mendekati bosnya itu.

"Kenapa datang?" Soal Wazeer lagi.

"To see my girlfriend. She looks so fine."

Wazeer mencebik menyampah. Duduk dengan Victoria, terpaksa menadah telinga mendengar gadis itu bercerita tentang teman lelakinya. Duduk dengan Skyler pula kena tadah telinga mendengar tentang teman wanita bosnya itu.

Tahulah taken.

"Okay both session!" Seorang pengurus studio berkata dan mata Skyler memerhati seorang lelaki masuk ke dalam layar dan menyapa Victoria.

"Kenapa ada photoshoot untuk lelaki dan perempuan?" Soal Skyler. Berkerut dahinya apabila melihat seorang lelaki turut berada dekat dengan Victoria.

Wazeer tersenyum nakal.

"Kenapa? Dah itu prosedurnya. Kau sendiri yang cakap dekat pengurus supaya buat ikut kreativiti dia dan kau setuju je." Ungkit Wazeer. Skyler menggeleng dan melangkah ke tengah studio

"Where's the editor?" Soal Skyler tiba tiba membuatkan semua orang menoleh.

"S..saya." seorang wanita mengangkat tangan dengan riak takut. Janganlah bos dia tiba tiba cakap suntingannya buruk! Dia dah bersengkang mata dua hari untuk buat.

"Jalankan penggambaran secara berasingan dan editor nanti sunting supaya gambar itu duduk bersama. Jangan ada adengan berpelukan ke apa, kita bukan nak mempromosi pornhub!" Kata Skyler dengan nada tegas. Habis semua pekerja menikus.

Victoria memandang Wazeer dan memberi isyarat mata.

'kenapa?'

Wazeer mengangkat bahu.

Skyler memandang lelaki yang berada di tepi Victoria seketika sebelum berlalu keluar.

"Dia period. Abaikan je." Suara Wazeer kedengaran setelah Skyler sudah menghilang.

***

Skyler melangkah masuk ke dalam pejabatnya kembali namun suara di pantry menghentikannya.

"Kecoh tau semua cakap monsieur dengan model tu bercinta."

"Jangan jangan gambar Victoria bercium tu memang dengan dia. Belakang lelaki tu nampak sama je dengan monsieur."

"Tapi tak pelik ke? Monsieur tu bukan calang calang, beribu orang dah resign dari syarikat ni sebab kena reject dengan dia. Macam si Geisha tu. Takkanlah Victoria yang baru bertemu tak sampai sebulan dah jatuh cinta?"

"Mana kau tahu diorang baru berjumpa? Silap silap diorang dah kenal lama dah. Kita je baru tahu."

Skyler menghela nafas. Bergosip je tahu. Kepala digeleng dan dia mula ingin melangkah pergi.

"Jangan jangan Victoria tu perempuan simpanan monsieur je."

Langkah Skyler terhenti. Dia kembali melangkah masuk ke dalam pantry yang ditempatkan untuk pekerja.

"Excuse me?" Soal Skyler sambil berpeluk tubuh.

Semua pekerja itu terkejut.

Skyler mengeluh.

"Aku tahu korang bukan calang calang sehingga diterima bekerja disini. Tapi, otak biar sama dengan perangai. Jangan otak cerdik tapi perangai buruk. Letak jawatan atau aku yang akan hantar notis pemecatan. Pilih. Aku taknak simpan bangkai busuk lagi dalam syarikat ini."  Skyler berkata dan terus melangkah pergi.

Lagipun sekarang bukan waktu rehat, kenapa perlu duduk santai di meja pantry dan bergosip?

Skyler menolak pintu pejabat dan telefonnya diambil. Terdapat banyak mesej dari media setelah ramai orang membuat andaian bahawa lelaki yang mencium Victoria adalah dia.

Well, memang dia pun.

Skyler meletakkan kembali telefon di atas meja dan kembali meneruskan kerja.

"Masuk." Kata Skyler apabila terdengar bunyi ketukan.

"Monsieur." Tiga pekerja yang berada di pantry tadi menunduk.

"Hm."

"Kami nak minta maaf dan tolong jangan buang kami dari syarikat ni. Kami dah tak ada sumber pendapatan lain." Pinta seorang pekerja.

Skyler mengangkat wajah.

"Masa bergosip dan memonteng kenapa tak fikir akibatnya?"

"Kami minta maaf." Pinta mereka lagi.

"Look, ini bukan sekolah. Kau buat kesalahan, kau terima akibat. Tiada maaf. Kau pun tahu kenapa kau diterima masuk ke dalam syarikat ini jadi kau kena faham yang syarikat ini bukan sembarangan. We're international. Aku jaga syarikat ni, jadi aku taknak imej syarikat ini jatuh disebabkan perangai korang."

"Hey."

Pintu terkuak dan semua mata menoleh ke pintu.

"Oh sorry." Victoria mula ingin menutup pintu kembali apabila melihat tiga pekerja sedang berdiri di depan meja Skyler.

"No, come in." Arah Skyler. Victoria menyelitkan kepala sedikit ke dalam pejabat sebelum menguak pintu dengan lebih luas. Kaki melangkah masuk.

"Sini." Skyler menarik Victoria rapat ke arahnya.

"Minta maaf pada dia dan aku akan batalkan semuanya." Ujar Skyler. Victoria berkerut dahi tanda tidak faham.

"Mlle (mademoiselle), kami minta maaf sebab kata perkara yang bukan bukan pada mlle." Pinta tiga orang pekerja itu sambil menunduk.

"Oh, it's okay." Jawab Victoria. Mata Skyler dipandang.

"Je leur pardonne (I maafkan mereka)."

Skyler menghela nafas.

"Keluar."

Tiga orang pekerja itu terus keluar.

"Weh, nampak tak tadi? Model tu masuk tak kena ketuk pintu pun."

"Shhh! Dah, nak kena buang kerja ke kau ni?"

Sayup sayup kedengaran suara tiga pekerja itu yang semakin menghilang. Victoria tergelak kecil dan melabuhkan duduk di atas riba Skyler.

"Garanglah you ni." Jemari Victoria naik mengusap pipi Skyler.

"I'm jealous." Luah Skyler.

"About?"

"Kau. Kenapa perlu bergambar rapat rapat macam nak bercium macamtu?" Soal Skyler naik angin. Victoria tergelak.

"First time nampak you jealous. Biasanya I je yang jealous." Tawa Victoria terhambur mengenangkan sifat cemburu Skyler yang lebih teruk dari dia.

"Don't get close to him. Don't fall for him." Pinta Skyler. Victoria membulatkan mata.

"Apa jauh sangat pemikiran you ni? Setakat ambil gambar takkan boleh buat I jatuh cinta lah. Lainlah kalau I photoshoot dengan you. I will kiss you in front of the camera." Kenyitan diberi.

Skyler tersenyum.

"Duduk sini. Aku nak buat kerja." Pinggang Victoria dipeluk dan dagunya diletakkan di atas bahu gadis itu.

"Eh, photoshoot I tak habis lagi." Victoria memalingkan muka dan automatik bibirnya mencium pipi Skyler.

Skyler berkerut dahi.

"Habistu kenapa datang sini? Ponteng kerja ke?" Soal Skyler. Victoria menepuk lengan Skyler.

"You lah! Habis semua orang takut tadi. Tiba tiba je badmood." Victoria menjeling Skyler. Jejaka itu tergelak.

"I'm just jealous."

"Don't worry. I pergi sambung kerja sekejap okay?" Soal Victoria. Skyler angguk dan bibir mereka bertaut seketika.

"Alright. Datang sini balik. I'm waiting."

Victoria angguk dan melangkah keluar. Skyler tersenyum lebar melihat si kekasih hati yang telah pergi.

"Damn she's georgeus."

***

Victoria melihat jam. Sudah pukul 4 petang.

"Good job Victoria." Pengurus studio itu menyapa si gadis yang sedang bersiap untuk pulang.

"Thank you. I pergi dulu ya?" Soal Victoria sambil tersenyum dan melangkah keluar.

"Oh, Wazeer. I balik dengan Skyler." Ujar Victoria. Wazeer angguk dan tersenyum.

"Bye."

Victoria melangkah ke bilik Skyler dan pintu dibuka.

"You?" Soal Victoria sambil melihat bilik pejabat Skyler yang sunyi sepi tanpa sesiapa.

"You?" Panggil Victoria lagi. Telefonnya dibuka dan diperiksa. Memang tadi dia ada mesej Skyler untuk keluar makan dahulu kerana dia ada kerja.

Tapi sehingga kini mesej itu tidak dibaca.

"Ace Skyler?" Victoria terus melangkah ke tingkap. Mata memerhati tempat letak kereta.

Kereta Skyler tiada.

"Where are you?" Victoria mendail nombor Skyler.

The number you dialed could not be reached. Please try again later.

Victoria menggigit bibir. Terus dia mendail nombor Wazeer.

"Yes?" Soal Wazeer.

"You dekat mana?"

"Masih di studio. Kenapa?"

"Skyler ada bagitahu you tak dia ke mana?" Soal Victoria sambil meneliti sekeliling bilik Skyler. Mustahil Skyler ke mana mana tanpa memberitahunya.

"No. Sekejap saya datang ke bilik Skyler." Wazeer mematikan talian dan menuju ke bilik Skyler. Pintu dibuka.

"Skyler tak bagitahu miss dia ke mana?" Soal Wazeer. Victoria menggeleng.

"Jom cari. Saya tak rasa dia balik ke rumah." Wazeer mula mengeluarkan kunci kereta dari poket.

Victoria angguk dan ingin pergi namun matanya menangkap satu objek yang pecah.

"Wait."

Kaki Victoria melangkah ke arah dinding dan objek itu diambil.

"Ini telefon Skyler." Telefon yang retak dan remuk diperhati. Telefon ini milik Skyler. Wazeer mengambil telefon itu.

"It is."

"Patutlah I call tadi tak boleh." Victoria melihat kesan serpihan skrin telefon itu di lantai.

"Telefon ni dilempar. Sebab mustahil kalau terjatuh boleh berkecai sebegini. Dan jarak meja Skyler dan dinding jauh jadi kalau terjatuh takkan sejauh ini." Kata Wazeer.

Victoria mula berasa tidak sedap hati.

"We need to find him." Victoria terus berlalu keluar.

***

"Yes she's a villain. But she's belongs to the devil. Don't wake the devil up."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro