CHAPITRE VINGT-HUIT 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tunggu."

"Arghh!" Jerit Victoria terkejut apabila ada manusia menarik tangannya dari belakang. Terus gadis itu berpaling ke belakang.

Hunter melepaskan tangan Victoria dan berpeluk tubuh.

"Berani betul kau munculkan diri lagi lepas apa yang jadi." Hunter berkata sambil memandang Victoria yang kelihatan cuba menyorokkan wajahnya.

"I tak pernah terdetik untuk lari." Victoria turut menikam mata Hunter dengan renungannya. Hunter tersenyum sinis.

"Good. Sebab sekarang Skyler memang tengah cari kau. Kau dah hampir bunuh orang kanan D'Ezekiel. Apa yang kau rasa akan berlaku pada kau nanti?" Soal Hunter.

"Skyler takkan apa apakan I. Tengoklah, dia hapuskan semua bukti tentang I dan dia yang suruh I Iari. He loves me." Victoria berkata yakin.

"Tak. Dia tak hapuskan. Dia cuma minta aku sorok. Semua bukti ada dengan aku." Ujar Hunter sambil mengeluarkan telefonnya.

Victoria cuba merampas telefon ditangan Hunter namun Hunter lebih pantas menyorokkan telefonnya ke belakang.

"Goda dia."

Victoria berkerut wajah.

"Apa?"

"Dengan semua bukti yang ada sekarang ni, sekelip mata je kami boleh hapuskan kau. Jadi goda Skyler untuk selamatkan diri kau." Ujar Hunter santai.

"I tak perlu goda dia kerana dia dah jatuh cinta pada I."

Hunter tergelak sinis.

"Tak sangka aku yang Skyler suka perempuan over confident seperti kau. Okay fine, baguslah kalau macamtu." Hunter menyimpan telefon di dalam poket dan berlalu pergi kembali.

Victoria hanya memerhati sebelum nafasnya terhela lemah.

"Wait."

Hunter berhenti melangkah.

"I sebenarnya.. dapat tawaran modeling di Asia. I need to go there. Ini je satu satunya peluang untuk I capai cita cita yang I idamkan selama ini." Jelas Victoria.

Hunter berkerut wajah dan memandang Victoria.

"Asia? Victoria kau tahu kan Skyler takkan izinkan kau pergi?" Victoria mendapat tawaran kerja di Asia, manakala Skyler perlu berada di Perancis kerana dia ketua D'Ezekiel disana. Benua Asia dan Eropah tidaklah dekat jadi semestinya Skyler tidak akan membiarkan Victoria pergi.

"I know. That's why I kena tinggalkan dia sekejap."

"You choose your career over him?" Soal Hunter. Victoria angguk tanpa ragu.

"I takkan pilih dia selagi dia tak betul betul serius dengan I. I nak fokus pada kerjaya I dan beri dia masa untuk berfikir tentang masa depannya. I dah penat. Penat bertepuk sebelah tangan. Kalau dia pilih I, dia akan cuba untuk jadi lelaki yang lebih serius dengan masa depan dia but he's not."

"Betullah. Kau memang bodoh." Penuh kejam Hunter menyuarakan pendapatnya mengenai Victoria.

Victoria membulatkan mata.

"Apa?" Soal gadis itu mula naik angin.

"Lepas kau tengok perangai dia selama ini, kau masih tidak tahu perasaan dia? He's about to build his life with you."

Victoria terkedu.

"What?" Soal gadis itu perlahan.

"Skyler tahu Elijah sukakan dia dan gay. Tapi dia pura pura tak tahu sebab dia taknak Elijah apa apakan kau. Dia dah hampir berjaya gugurkan nama Elijah dari D'Ezekiel dan rampas segala harta Elijah dengan bantuan Vanessa yang ada segala maklumat tentang Elijah tapi semua hancur sebab tindakan bodoh kau yang rahsiakan pasal kandungan kau! Dia dapat tahu kau mengandung, he monitored you from afar dan dia terpaksa berhenti dari musnahkan Elijah sebab kau lebih penting bagi dia. Dia lebih pilih untuk jaga kau dari hapuskan Elijah." Jelas Hunter geram.

Victoria terkedu.

"Kau ingat dia bodoh macam kau ke? Skyler terpaksa ketepikan sakit hati dari kisah silam dia dengan Vanessa dan bekerjasama dengan Vanessa untuk hapuskan Elijah demi kau! Kau tak nampak betapa dia berkorban untuk kau. Yang kau tahu, cuma salahkan dia, letak semua beban atas bahu dia."

Hunter menarik nafas dan mendekati Victoria.

"Aku dah anggap Skyler macam adik aku sendiri. Ikutkan hati aku, dah lama kau mati sebab kau berani sentuh Skyler." Hunter menggenggam penumbuk cuba menyabarkan diri sendiri.

"Tapi aku tak bunuh kau sebab aku tahu Skyler cintakan kau. Kalau kau tak mampu bahagiakan dia, pergi tinggalkan dia sebelum apa yang Vanessa buat dulu berulang. Jangan biar dia terlalu mencintai kau lepastu baru nak tinggalkan dia. Aku taknak tengok dia sakit lagi." Nada Hunter mulai kendur.

Victoria mula teresak dan terduduk di atas jalan di lorong gelap itu. Air matanya mengalir laju.

"Fikirlah. Tugas aku untuk buat kau sedar yang Skyler cintakan kau dah selesai. Keputusan ditangan kau." Hunter berpaling dan berlalu pergi.

Victoria hanya diam dengan air mata yang tersisa. Hampir lima minit, Victoria kembali bangun dan berlari pergi.

***

Skyler berjalan di sekitar lobi hospital cuba untuk menghirup udara segar. Kemudian duduknya dilabuhkan di kerusi hospital.

"Huh.." keluhan dikeluarkan dari bibir sebelum Skyler memandang tangannya yang menggeletar halus.

"Apa kau dah buat? Kau tak patut buat Victoria cemburu sampai begini sekali. Kau tak patut minta tolong Vanessa." Bisik Skyler kepada dirinya sendiri. Nama Vanessa ditelefonnya diteliti sebelum nombor itu dibuang dan disekat.

Skyler menyimpan telefonnya dan memandang pintu hospital. Berharap agar kelibat Victoria muncul untuk melawatnya.

Sudah tiga hari dia berada di hospital namun tidak pernah sekalipun Victoria datang kesini.

"You hate me. Kenapa.. semua orang benci aku? I tried to be the best but.. why?" Mata Skyler mula berkaca. Dia manusia biasa. Punya perasaan.

"Kenapa buat aku jatuh cinta kalau kau tetap akan buat aku sakit?" Skyler menggenggam tangannya yang menggigil sebelum giginya terketap rapat.

"Apa kurangnya aku?" Air mata Skyler jatuh. Bibir digigit menahan rasa sebak yang menggila.

"Bro."

Skyler pantas mengelap air matanya dan memalingkan muka ke tepi.

"You're shaking." Franky memerhati tangan Skyler yang menggigil. Skyler hanya diam.

Franky mengeluh sebelum mengambil tangan Skyler dan dileraikan genggaman ditangan jejaka itu sebelum tangan Skyler diurut lembut.

Tangan Skyler akan menggigil apabila lelaki itu berada dalam emosi yang sangat kuat. Sama ada terlalu marah, sedih, gembira, atau kecewa.

"Ingat dah lari hospital tadi." Franky berkata lagi apabila dia melihat Skyler tiada di dalam wad dan akhirnya setelah memeriksa cctv hospital, dia menemui Skyler disini.

"Itulah cinta. Sakit dan manis." Tangan Franky masih mengurut tangan Skyler. Cuba untuk menenangkan emosi lelaki itu.

"Kau tak faham. Aku dah buat macam macam demi dia tapi dia.." Akhirnya Skyler bersuara.

"Dia apa?"

Skyler dan Franky serentak menoleh apabila kedengaran suara gadis mencelah.

Victoria memeluk tubuh bersama senyum kecil melihat wajah keliru Skyler.

Franky terus bangun.

"Lambat."

"Hehe, jalan jammed." Victoria memberitahu bersama sengihan. Franky menjeling dan berlalu pergi. Tidak mahu mengganggu.

"Victoria.." Skyler masih terkedu.

Victoria duduk di sebelah Skyler dan plaster di kepala Skyler disentuh sedikit.

"It must be hurt." Victoria mengusap pipi Skyler dan merenung mata hijau yang turut merenung matanya.

Skyler hanya diam dan memerhati wajah Victoria dengan lama. Cuba mengenal pasti sama ada dia bermimpi atau tidak.

Victoria menarik baju hospital yang dipakai Skyler sebelum bibirnya meragut bibir Skyler dengan lama.

"I thought you leave me." Bisik Skyler setelah tautan bibir mereka dilepaskan.

Victoria tersenyum dan menggeleng.

"Mana ada. Cuma I sibuk sikit dua tiga hari ini untuk uruskan pertukaran modeling I dari Asia ke Perancis." Jelas Victoria. Skyler berkerut wajah.

"Guess what? I akan bekerjasama dengan Louis Vuitton! Oh my god excitednya I!" Victoria menggigil teruja sambil memeluk Skyler dengan kuat.

Skyler terdiam sebelum membalas pelukan Victoria.

"Kau tak bagitahu aku pun." Bisik Skyler dengan nada sedih. Victoria mengangkat muka.

"I bagitahulah ni." Ujar Victoria.

"Actually I dapat tawaran di Asia. Lepastu I minta tukar ke Eropah sebab you kan ketua D'Ezekiel dekat Perancis so you need to stay in Europe. Dan I taknak LDR dengan you, so I got approved!"

Skyler tersenyum kecil.

"Thanks." Pipi Victoria dicium sekilas. Victoria memerhati wajah Skyler yang kelihatan ceria.

"You tak marah I?" Soal Victoria. Skyler berkerut dahi.

"Why would I? It's your dream. Aku nak tengok kau bahagia dengan cita cita kau."

"Tak, bukan pasal modeling tu tapi pasal.." Victoria menggantung ayat lalu balutan di kepala Skyler diperhati.

"I can't be mad at the girl I love."

Victoria terkedu.

Skyler menarik nafas. Dia sedar, dia perlu luahkan segala galanya pada Victoria dan buat gadis itu tahu tentang isi hatinya.

"I love you, Victoria Abells. I really do." Luah Skyler perlahan. Dapat dilihat mata Victoria mula berkaca.

PANG

Kepala Skyler tertoleh ke tepi apabila menerima tamparan dari Victoria. Terus tangan mengusap pipi yang terasa pijar.

"You ruined it! You tak sepatutnya luah cinta you pada I di hospital ni! Carilah masa dan tempat yang romantik sikit!" Marah Victoria. Sekarang Skyler sudah menjadikan hospital ini sebagai tempat yang mereka akan lawati setiap hari Valentine.

Urgh, Skyler!

Skyler mengurut kening apabila teringat bahawa Victoria adalah seorang yang mempunyai sifat sentimental tinggi. Nampaknya mereka perlu ke hospital setiap hari ulang tahun percintaan mereka.

"I pun cintakan you juga." Victoria tersenyum malu dan menggeletis gedik apabila akhirnya Skyler benar benar meluahkan perasaan pada dia.

Ingat senang ke nak buat mamat ni confess?

Skyler tergelak kecil dan mencubit pipi Victoria seketika sebelum dia menarik gadis itu rapat ke arahnya.

"I tak pernah bercinta." Bisik Victoria.

Skyler berkerut dahi.

"Siapa ajak kau bercinta?" Soal Skyler dengan riak keliru. Kemudian dia tersengih apabila melihat Victoria memberi renungan membunuh kepadanya.

"Okay okay gurau." Skyler pantas mengaku kalah. Bukan boleh kira Victoria ni, silap silap ditetaknya dalam hospital ni.

"Jom masuk bilik you. Sejuklah disini." Victoria mula bangun apabila terasa lobi hospital itu sejuk tambahan sekarang waktu malam. Tangan Skyler dipeluk dan mereka mula berjalan ke wad Skyler.

"You dah makan ke?" Soal Victoria sambil melihat makanan hospital yang langsung tidak terusik.

Skyler menggeleng.

"Nak suap." Pinta Skyler.

Victoria mula terasa bahang di pipinya. Skyler benar benar buat dia rasa seperti di udara dengan sikap baru jejaka ini.

Romantic guy!

"Victoria, aku lapar." Skyler mengeluh apabila melihat Victoria seperti di alam lain. Pantas gadis itu tersedar dan memandang Skyler.

"Oh! Okay okay. Jom I suap." Victoria mula mengambil makanan hospital yang terhidang sebelum dahinya berkerut.

"You biar betul? Takkan diorang bagi you makan makanan begini disini?" Soal Victoria sambil melihat spaghetti aglio olio bersama kepingan daging yang masih berjus lembut dan carrot cheesecake.

Ini.. makanan hospital?

"Aku bayar nurse untuk makanan ni." Sengihan ditayang pada Victoria. Victoria tergelak dan memicit hidung Skyler. Sempat lagi merasuah orang budak ni.

Selesai makan, Victoria mula menyelimutkan Skyler dan mengusap wajah putih bersama freckles itu.

"Sini." Skyler berganjak sebelum menepuk ruang katil di tepinya. Victoria tergelak. Terus dia naik di atas katil dan tidur di tepi Skyler. Badan Skyler dipeluk erat.

Skyler membalas pelukan Victoria lalu memejam mata.

Finally, she's here.

Victoria pula terkelip kelip memandang Skyler yang semakin diulit lena.

Terus dia teringat kejadian dulu bahawa dia menyelinap tidur bersama Skyler dan esoknya Skyler memarahi dia.

Tapi sekarang? Victoria menggigil teruja apabila akhirnya Skyler menjadi milik dia.

Bunyi pintu terbuka terus membuatkan Victoria menoleh ke belakang.

Hunter terhenti dan berkerut dahi. Kemudian dia tersenyum sinis.

"Kau tidaklah sebodoh yang aku sangka kan." Ujar Hunter dengan nada bangga apabila melihat Victoria berada di dalam pelukan Skyler.

Sebuah fail diletakkan di atas meja.

Victoria memuncung dan melepaskan pelukan Skyler sebelum gadis itu duduk bersila di atas katil.

"Apa ni?" Soal Victoria sambil mengambil fail yang diletakkan oleh Hunter. Jangan cakap yang Skyler masih perlu bekerja dalam keadaan sakit begini. Memang akan dikoyak fail ini.

Namun, Setelah membuka Victoria melopong.

"H.. how?" Soal Victoria terkejut apabila melihat bukti bukti kes dia hampir membunuh Skyler haritu yang telah diubah.

Hunter tersenyum nipis.

"So now semua dah selesai. Semua pertuduhan dah jatuh atas Elijah and yeah, dia akan terima hukuman yang sepatutnya dikenakan pada kau."

Victoria mengangguk sebelum menghela nafas.

"Kesian dia." Gumam Victoria.

"Kau nak dia dibebaskan?" Soal Hunter. Victoria menggeleng laju.

"Biar dia mati! Kalau tak sebab dia fitnah Skyler bukan bukan, semua ni takkan jadi tau." Ujar Victoria geram.

"Kau yang bodoh percayakan dia, salahkan dia pula."

Victoria menjeling. Mulut Hunter memang berbisa. Urgh, macamanalah dia boleh terfikir untuk memikat jejaka itu dulu?

Kan bagus kalau dia pikat Skyler je dari dulu? Skyler baik. Kacak.

Hunter menggeleng melihat Victoria yang sedang tersengih sambil berangan.

"Ramai ramai perempuan dalam dunia ni, yang tak siuman juga yang kau pilih." Hunter mengeluh sebelum melangkah keluar dari wad.

Terus mati angan angan Victoria.

"Hei I tak gila lah!" Laung Victoria geram. Dengusan dilepaskan sebelum dia meletakkan kembali fail di atas meja.

Skyler membuka mata apabila terdengar jeritan Victoria. Terkelip kelip dia memandang si gadis.

"Kau bercakap dengan siapa?" Soal Skyler pelik sambil memandang sekeliling wad yang tiada orang itu.

"I bercakap dengan bos you lah! Dia datang bagi ni." Ujar Victoria sambil memberi fail kepada Skyler.

Skyler berkerut dahi.

"Siapa bagi kau benda ni?" Soal Skyler lagi.

"I dah cakap kan bos you bagi." Victoria mengecilkan mata memandang Skyler.

"Siapa? Kan Franky dah balik?" Soal Skyler.

"Hunter!" Jawab Victoria geram.

Skyler terdiam seketika.

"Hunter.. dah balik ke Malaysia semalam lagi, Victoria."

Victoria terkedu.

"You jangan main main." Ujar Victoria mula seram sejuk. Habistu dengan siapa dia bercakap tadi?

"Mana aku tahu. Kau lah. Bercakap dengan siapa tadi?" Skyler turut memandang Victoria.

Victoria menyelak selimut.

"I yakin dia tadi! Jap I pergi tengok." Victoria terus turun dari katil dan berlari keluar untuk mencari Hunter.

Skyler hanya memandang sebelum tawa keluar.

"Seronok rupanya kenakan kau ni. Betullah Hunter cakap, kau memang bodoh. Nasib baik aku sayang." Tergeleng kepala Skyler sebelum fail itu diambil dan diperhati. Bibir tersenyum melihat segala bukti yang dipalsukan keatas Elijah.

"Bro!" Tiba tiba pintu terbuka dan kelibat Hunter muncul.

Skyler menutup fail dan memandang jejaka itu.

"Fail.. eh, tu? Kenapa kau tak bagitahu fail tu dah ada dengan kau? Dari tadi aku cari sebelum datang sini." Bebel Hunter.

Skyler berkerut wajah.

"Bukan tadi kau yang bagi pada Victoria?" Soal Skyler.

"Aku? Bila? Ni baru aku datang sini harini." Kata Hunter sambil mendekati Skyler.

Skyler terkelip kelip bingung.

"Habistu kalau kau baru datang, tadi yang bercakap dengan Victoria.. Oh heck, Victoria!" Terus Skyler keluar mencari Victoria yang entah pergi ke mana itu.

"Ingat seorang je bodoh, rupanya dua dua bodoh." Tergeleng geleng kepala Hunter. Bibir tersenyum puas hati apabila dapat mengenakan Skyler.

***

"I love you. Read it again because I mean it."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro