CHAPITRE VINGT NEUF 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

6 bulan kemudian

"Ddy!!!"

Skyler tertoleh apabila kedengaran suara kanak kanak meraung dengan kuat. Terus kakinya berlari menyambut Noah yang ingin terjun dari belakang Ace.

"Aku suruh kau bermain dengan dia, bukan tunggang dia!" Skyler mendukung Noah yang sedang berada di atas Ace sambil memujuk anak kecil berusia sepuluh bulan itu.

Noah terus menangis teresak esak serta wajahnya turut memerah.

"Shh shh.. alah kau ni kena marah sikit pun menangis." Skyler membawa Noah ke meja makan dan sebiji epal yang sudah terkupas kulit diberi pada Noah.

Noah terdiam apabila mendapat sehiris epal sebelum epal itu dimakan menggunakan gigi depannya yang kecil itu.

Skyler mengeluh lega apabila Noah kembali diam. Tubuh kecil itu dicium seketika dan Skyler kembali mendapatkan Ace bersama Noah di dalam dukungan.

Noah terus menghulur epal yang sudah basah dengan air liurnya kepada Ace.

"He doesn't eat that." Skyler menarik tangan Noah kembali apabila bayi itu memaksa Ace untuk memakan epal.

Noah terus memberontak dan membaling epal ditangan ke lantai sebelum kembali menangis.

Skyler kembali mendukung Noah dan bayi itu dibawa ke hulu dan ke hilir untuk menghentikan tangisan Noah. Namun Noah semakin kuat menangis dan turut terbatuk.

"Hah kan dah tercekik air liur. Menangis lagi." Skyler membebel sambil mengelap air liur Noah yang keluar dari mulut si kecil itu dan menepuk nepuk punggung Noah sambil menggoyangkan badannya kekiri dan ke kanan.

Noah bukan semakin diam, malah semakin teruk tangisannya.

"Mi.. aba..." Rengek Noah. Skyler mengeluh sebelum mengambil telefonnya dan butang FaceTime Franky ditekan.

"Yo." Sapa Franky sambil melihat Skyler yang sedang mendukung Noah. Noah pula terus berpaling mendengar suara si baba.

"Aba!!" Noah meronta ingin berada di dalam dukungan Franky.

"Eh eh jatuh nanti kau ni tak padan dengan kecikberat nak mampus." Bebel Skyler sambil meletakkan Noah di atas permaidani dan telefonnya diberi pada Noah.

"Hello anak baba. Buat apa tu?" Soal Franky. Skyler mengeluh. Susah betul jaga anak. Ingatkan bagi makanan dan susu diam terus, rupanya kuat meragam juga. Noah tersengih teruja sambil air liurnya menitis di skrin telefon Skyler.

Nasib baik waterproof. Skyler menggeleng dan mengelap air liur Noah.

"Macamana?" Soal Skyler. Franky mengangkat bahu.

"Kitorang tak pergi hospital lagi. Lily ni nak shopping kejap. Aku tunggu dekat luar." Ujar Franky dengan muka redha apabila sudah dua jam mereka keluar Lily hanya berada di dalam mall sahaja.

"Susah bodoh nak jaga anak kau ni. Kuat betul meragam." Bebel Skyler sambil melihat si bulat yang terkelip kelip memandang babanya seolah olah tidak pernah berjumpa manusia sebelum ini.

"Abaa!" Jerit Noah geram. Geram apabila babanya berbual dengan daddy Skyler sehingga dirinya terabai.

"Ya, nak apa? Nak coklat tak? Nanti baba seludup." Ujar Franky kerana Lily melarang Noah makan coklat atau benda manis lain jadi dia perlu menyeludup coklat buat si anak. Kalau Lily tahu, mati lah dia nanti.

Noah menyentuh skrin telefon yang terdapat muka babanya sebelum air liurnya menitis lagi. Skyler mengelap mulut Noah dan menggeleng.

"Apalah yang special sangat baba kau tu sampai nak berkepit je dengan dia." Skyler melihat muka bulat Noah yang gemuk sedang melihat skrin telefon.

"Kejap." Franky menjatuhkan telefonnya apabila melihat Lily yang sedang memilih baju buat Noah.

Baju anak dah penuh satu bilik, nak tambah lagi budak ni

"Little girl, cepat sikit." Ujar Franky dari luar namun tidak didengari oleh Lily.

Noah yang melihat babanya hilang disebalik skrin telefon mula tercebik cebik dan matanya kembali berkaca.

"No, no jangan nangis. Noah, hei. Hei dengar sini. Noah budak baik.." pujuk Skyler apabila Noah kembali ingin menangis. Tangan kecil Noah digenggam lembut.

Noah yang ingin menangis tidak jadi sebelum dia terkelip kelip memandang Skyler pula. Tiba tiba sahaja mata Noah bersinar memandang Skyler.

"Ddy." Noah berkata perlahan sebelum tangan kecil gemuknya naik mencengkam rambut Skyler.

"Aduh woi!" Skyler cuba meleraikan tangan kecil Noah di rambutnya namun genggaman kecil itu sangat kuat dan habis rambutnya menjadi serabai apabila ditarik Noah.

Akhirnya setelah hampir lima minit barulah genggaman tangan kecil itu dapat dibuka. Bukan main kuat dia genggam. Skyler mengusap rambutnya yang serabai dan membetulkan gaya rambutnya kembali.

"Kuat betul kau ni." Skyler mendukung Noah dan diletakkan di atas ribanya. Perut buncit Noah dipeluk. Macam teddybear pula anak si Franky. Comel.

Setelah telefonnya kehabisan bateri, Skyler mula memberi susu di dalam botol kepada Noah dan mendodoikan bayi itu. Jari telunjuknya berada di dalam genggaman tangan Noah yang kecil.

Perlahan lahan Noah mula lena di dalam pelukan Skyler. Jejaka itu menghela nafas lega apabila Noah tertidur sebelum dia mendukung Noah dan diletakkan di atas buaian bayi yang dibawa oleh Franky sebelum suami isteri itu keluar.

Tangan menepuk lembut punggung Noah yang memakai pampers sebelum Skyler menongkatkan dagu di meja.

Ini rupanya perasaan ada anak.

Bibir Skyler menguntum senyum melihat wajah bulat yang sedang lena itu. Alangkah gembiranya jika dia mempunyai anak sendiri.

Ace turut melihat si kecil yang lena sebelum dia naik di atas riba Skyler.

"Comel kan dia?" Soal Skyler sambil sebelah tangan menepuk punggung Noah dan sebelah lagi membelai bulu Ace.

"Kalaulah aku pun ada anak." Skyler tersenyum memikirkan Victoria yang kini berada di Amerika Syarikat.

Dan, lebih menggembirakan apabila kini gambar Victoria sudah memenuhi pelbagai majalah dan tempat sebagai duta dan model berjaya.

That's my girlfriend.

Ace menjenguk ke dalam buaian dan dia mula menghidu Noah.

"Jangan, nanti dia bangun balik. Dahla dia ni kuat meragam. Si Lily ni makan apalah masa mengandungkan dia." Bebel Skyler kembali kepada perangainya setelah beberapa saat lepas menyatakan dia ingin anak.

Ace menjilat pipi Noah seketika sebelum dia kembali turun dan berlalu ke arah pinggan yang terdapat daging.

***

Lily mengangkat tangan untuk mengetuk pintu namun Franky terus membuka pintu rumah Skyler.

"Biadabnya." Tegur Lily. Franky menjelirkan lidahnya sedikit sebelum mereka melangkah masuk ke dalam rumah Skyler.

"Ya Allah." Lily menggeleng melihat Skyler yang sedang tidur di lantai bersama sebelah kakinya berada di dalam buaian dan dipeluk oleh Noah serta Ace yang turut tidur di atas badan Skyler.

"Kepala hotak dia bagi anak aku peluk kaki." Pantas Franky mengambil Noah yang sudah mula terjaga apabila terdengar suara umi dan babanya. Bayi itu didukung.

Skyler turut membuka mata dan memandang Franky serta Lily.

"Bila balik?" Soal Skyler sambil menarik kakinya keluar dari buaian Noah dan bersila sambil meriba Ace.

"Bapak kau la.."

Lily pantas memekup mulut Franky yang ingin memaki Skyler kerana membiarkan Noah memeluk kaki Skyler di dalam buaian.

"Baru je balik. Terima kasih sudi jaga Noah." Senyum diberi kepada Skyler sebelum Lily meletakkan plastik makanan yang dibeli buat Skyler sebagai upah.

Skyler angguk dan turut tersenyum nipis.

Noah memerhati kolar baju si baba sebelum dia mendekatkan muka di kolar baju Franky dan menggigit kolar baju tersebut.

"Hey anak umi jangan." Lily pantas mengambil Noah dari Franky dan anaknya dicium lembut.

"So macamana?" Soal Skyler.

Lily dan Franky saling berpandangan.

"Oh, kita nak lunch dekat sini kan? Saya pergi hidangkan kejap. Nah, sayang jaga Noah." Lily menyampuk tiba tiba sambil menghulurkan Noah kepada Franky kembali dan membawa plastik makanan ke dapur.

Franky duduk di tepi Skyler namun dijarakkan sedikit kerana tahu Ace tidak jinak dengannya.

"Skyler.." Bahu Skyler ditepuk beberapa kali bersama muka sayu. Skyler hanya beriak kosong memerhati si majikan yang berada di tepinya. Ace juga dipegang agar tidak mencakar Franky.

"Jangan buang masa aku, cakap." Skyler menolak tangan Franky yang menepuk bahunya itu.

"Bila kau nak kahwin?" Soal Franky sayu sebelum dia memandang Noah.

"Sebab Noah akan dapat adik!!" Jerit Franky gembira sambil melambung Noah seketika ke udara. Ini kalau Lily nampak mahunya digantung Franky di kipas kerana melambung anaknya.

"Seriuslah? Woi, Noah tu baru 10 bulan!" Skyler membulat mata. Franky mengangguk dan tersenyum lebar.

"Well, tengoklah siapa. Kesian betul kau ni dahla tak ada anak. Kau ingat kau tu makin lama makin muda? Nanti jadi anbujtu baru tahu!" Kutuk Franky selamba.

"Anbujtu?" Skyler berkerut dahi.

"Anak bujang tua."

Skyler menjeling. Dia ada Victoria lah.

"Kau jangan sampai aku culik Noah." Skyler mencuit Noah yang ralit bermain dengan jam tangan milik Franky. Dah duduk dengan baba reti pula nak diam budak ni.

Noah mula merangkak turun dari riba Franky dan mengusap Ace. Ace turut memandang Noah. Selain Victoria dan Skyler, Ace turut jinak dengan Noah.

"Urrr!" Jerit Noah teruja sambil menggigil halus. Bibirnya tersenyum.

"Yes it's fur." Skyler melepaskan Ace dan Noah terus memeluk serigala besar itu. Air liurnya menitis sambil mata membulat besar melihat Ace.

"Makanan dah siap! Jom makan." Lily melaung dari meja makan sambil mencedok nasi ke dalam pinggan. Franky bangun dan mengambil Noah yang sedang memeluk Ace namun anaknya menjerit kuat dan menangis tanda tidak mahu melepaskan Ace.

"Woff!" Marah Ace sambil cuba menggigit Franky.

"Oh fuck!" Franky berundur apabila gigi tajam Ace hampir mengena tangannya.

"Awak, jangan carut depan Noah!" Lily mencekak pinggang dan mula berjalan ke ruang tamu untuk mengambil Noah.

Noah yang melihat Lily terus melepaskan Ace dan merangkak ke arah si umi.

"Mi! Mi!"

Lily menunduk dan mendukung Noah.

Skyler tergelak sebelum dia mendukung Ace dan dibawa ke dalam bilik binatang itu yang sudah tersedia makanan.

"Makan ya." Kepala Ace diusap dan Ace hanya akur. Sempat melihat Noah seketika sebelum Ace duduk di hadapan bekas makanannya.

Suasana hanya sepi di meja melainkan bunyi Noah yang meragam ingin menterbalikkan mangkuk makanan bayinya.

"Anak umi janganlah macamni. Kotor nanti." Lily memegang tangan Noah sebelum Franky menyuap makanan ke mulut Noah.

Noah tercebik cebik dengan mata berkaca sebelum dia menangis kuat.

"Itulah kau, kuat sangat menangis dulu kan dah terkenan dekat Noah." Lily pula disalahkan oleh Franky.

Lily membulatkan mata.

"Eh..."

"Okay okay maaf, aku salah. Shhh jangan gaduh depan rezeki, tak baik." Franky pantas mengaku kalah apabila terasa dia bakal dibunuh oleh Lily.

Noah yang melihat Lily leka pantas melepaskan tangannya dari genggaman Lily dan mencengkam nestum di dalam mangkuk sehingga penuh tangan

"Ya Allah budak ni habis kotor." Lily membulatkan mata sambil terus membuka genggaman tangan Noah dan nestum itu menitis ke atas meja.

"Kau pergilah tidurkan dia dulu. Bilik kosong banyak tu." Ujar Skyler sambil menunjuk ke arah bilik bilik kosong yang terdapat di dalam rumahnya untuk Lily menyusukan Noah.

"Saya masuk bilik dulu lah." Lily pantas bangun sambil membawa si gemuk yang sudah comot.

"Macamtulah, hari hari." Franky menggeleng melihat Noah yang menangis apabila tidak dapat merosakkan makanan lain.

Skyler hanya senyum nipis.

Bunyi telefon yang berdering mematikan lamunan Skyler. Mata melihat skrin telefon yang berlatar belakangkan gambar seorang gadis berambut perang.

"Hm, dahla. Aku nak pergi suap Lily." Franky mula bangun bersama pinggan makanannya sebelum pergi meninggalkan Skyler di meja makan.

Skyler tersenyum lalu mengangkat panggilan.

"Hello l'amour (sayang.)" Sapa Skyler.

"Hello babe! You buat apa tu?" Soal Victoria teruja apabila dapat mendengar suara kekasih hati.

"Makan. Alone." Rungut Skyler. Victoria tergelak.

"Nanti I balik kita makan sama sama. I pun baru habis photoshoot ni. Penat betul." Victoria menanggalkan heelsnya sebelum masuk ke dalam rumah yang dibeli oleh Skyler buatnya.

"Oh then take a rest." Nasihat Skyler. Victoria menggeleng laju.

"Dengar suara you pun dah cukup untuk hilangkan penat I so I nak cakap dengan you." Ujar Victoria.

"Bila kau balik?"

"Haa sebab ni lah I call you. I nak bagitahu yang I balik dua minggu lagi. Tak sabar nak jumpa you." Victoria bernada teruja. Skyler turut tersenyum.

"Okay then. Can't wait to meet you l'amour. Love you." Ujar Skyler.

Victoria tersenyum lebar dan melompat setempat mendengar kata cinta dari Skyler.

"Love you more! I nak pergi mandi dulu okey? Bye mmuah!" Talian dimatikan dan Victoria tersengih sendirian. Seronoknya bercinta! Yang penting, Skyler benar benar sudah serius dengannya.

Skyler meletakkan telefon di atas meja dan tersenyum. Victoria kadang kadang boleh jadi anak kucing yang gedik dan kadang kadang boleh jadi nenek sihir yang panas baran.

Tapi dua dua perangai Victoria dia suka.

"Skyler?"

Skyler tersentak dan memandang Lily.

"Amboi jauh termenung? Tahulah kekasih hati jauh. Ni dah siap makan ke belum? Biar saya kemas." Lily bersuara sambil tersenyum penuh makna. Siapa je tak gembira bila Skyler yang susah nak terpikat ni tiba tiba jatuh hati pada Victoria?

Skyler menggeleng

"It's okay aku kemas sendiri nanti. Noah tidur ke?" Soal Skyler. Lily angguk.

"Dengan baba dia sekali tidur. Eh tak apalah, biar saya kemas. Bila lagi nak mengemas, dekat sana pun Franky tak bagi saya buat kerja." Ujar Lily sebelum menyusun pinggan dan kotor dan dibawa ke dapur.

Skyler hanya tersenyum nipis.

"Lily, best ke ada anak?" Soal Skyler tiba tiba. Lily terhenti mengemas dan memandang Skyler.

"Macam ada apa apa je ni? Victoria pregnant lagi?" Soal Lily mula teruja. Skyler pantas menggeleng. Baru dua hari lepas Victoria mengadu sakit cramp period kepadanya.

"No, I'm just.. asking."

"Best. Anak buatkan perkahwinan kami makin kukuh. Macamana awak rasa bila layan Noah, macam tu jugalah kami." Jelas Lily. Skyler angguk perlahan.

"He's just like a tiny teddy bear to me. Cute." Jujur Skyler sambil membayangkan Noah yang kecil gemuk dan comel seperti teddy bear. Sangat menenangkan hati dengan telatahnya.

Lily tergelak.

Bunyi loceng mematikan bicara kedua dua manusia itu.

"Biar aku tengok." Skyler terus bangun dari meja makan dan melangkah keluar ke ruang tamu. Pintu dibuka sebelum wajah seorang wanita muncul di pintu.

"Hai." Sapanya bersama senyum manis.

***

"I will be haunting you, until one of us aren't breathing anymore."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro