5T5B: WB |Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Boleh rujuk Bab 4 dalam cerita 5 Tahun 5 Bulan sebelum ini untuk memahami perkaitan.

-----------------------

LIMA tahun ke belakang.

Ketika masing-masing belum mengenali antara satu sama lain dan pertemuan pertama belum lagi menjadi. Hanya ada bahagia kerana cinta kepada insan yang satu itu mekar berbunga.

Fahrin, yang ketika itu sepulangnya dari tempat kerja, leka mengelamun sendirian di dalam kereta di lampu isyarat. Boleh tahan juga banyak kenderaan sekarang ni. Dah berapa kali lampu merah pun dia masih tak lepas lagi.

Sejak Hana menitipkan nota terakhir memaklumkan pemergian wanita itu yang hilang entah ke mana pada bulan lalu, memang hidup Fahrin berubah kembali kepada asal. Kembali mem'bujang'. Rasa macam mimpi pun ada yang wanita tu pernah muncul.

Dia tu pun, buat kerja tak guna akal langsung. Duduk percuma sampai terpaksa menikah bagai sebab taknak keluar. Lepas tu, main pergi macam tu je. Jangan aku yang dikatanya dayus sebab lepas tangan, sudah.

Nanti kalau aku dah kahwin dengan Raihana, kalau dia tuntut nafkah la apa la, memang aku ketuk kepala dia dengan kuali sampai benjol kekal.

Aku ni pun, berdarah muda sangat. Fikiran cetek. Kenapalah bodoh sangat setuju nak kahwin dengan minah Western tu? Padahal boleh je aku carikan dia rumah kat mana-mana. Paksa dia cari kerja. Yang aku nak selamatkan sangat hidup dia tu kenapa. Ah, otak senget betullah.

Fahrin mengeluh sendiri. Tapi, rumah terasa sunyi sebenarnya. Bila ada Hana sebelum ini, tak adalah sebosan mana. Hana selalu juga membantu. Tak pernah pun dia bising kalau aku selalu tanya dia pendapat nak buat kejutan pada Raihana. Dia selalu juga jadi bahan ujikaji kalau aku cuba nak susun ayat baik-baik bagi cair hati dengar.

Sedang begitu, Fahrin tiba-tiba terpandangkan ke luar tingkap lalu terlihat deretan kedai di tepi jalan. Lantas, matanya terpandangkan pula satu kedai bunga di situ.

Secara tak langsung juga ketika itu, dia teringatkan Raihana.

Senyuman terukir sendiri. Terus dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menghantar mesej kepada wanita itu. Tak lama kemudian, mesej itu pun dibalas.

"Kat rumah. Tak ada nak pergi mana-mana pun. Dh balik office ke?"

Kelihatan senyuman itu semakin lebar. Mesej itu dibiarkan tak berbalas. Apabila tiba masanya, terus Fahrin memandu dan membelok, menuju ke kedai tersebut.

Hasrat hati nak buat kejutan buat Raihana. Sengaja menghantar bunga hingga ke depan rumah. Menurut petua Hana, perempuan suka kejutan macam ni. Barulah rasa romantik.

Dalam perjalanan dari membeli sejambak bunga tersebut yang bukan main besar lagi, Fahrin asyik membayangkan wajah Raihana yang terkejut nanti. Semakin lebar senyuman Fahrin di situ.

Sedang berjalan girang, tiba-tiba Fahrin terasa ada yang menjerit memanggil seseorang.

"Hei...! You...!"

Fahrin hanya buat tak tahu. Yakin benar bukan dia yang dicari.

Namun, tatkala itu, dia terasa bahagian baju belakangnya ditarik kuat. Membuatkan Fahrin terus memusingkan tubuhnya secara mengejut.

Mata mereka bertatapan. Kelihatan wajah Fahrin sungguh tak terungkap apabila melihat wajah yang bengang itu.

"Y....you... Nak lari mana, heh?"

Langkah wanita itu sungguh tak stabil. Gaya bercakap pun semacam.

Fahrin memerhatikan wanita di hadapannya ini agak lama, dari atas hingga ke bawah.

Minah Western mana pulak sesat kat negara orang ni? Boleh cakap bahasa Melayu pulak tu. Dengan pakai baju ketat, seksi macam ni. Ni bau mulut tengik semacam, dah kenapa? Macam bau....

Belum sempat berfikir jauh, Fahrin terasa dadanya ditumbuk.

"Hoi! You jangan pura-pura tak kenal I! You...yang...ihiks...tegur I tadi, kan? Kat sana, kan?" Soal wanita itu, sambil jarinya menuding ke satu arah.

Mata Fahrin hanya memerhatikan hujung punca arah itu. Sekilas, fikirannya mula berasakan bahawa pasti kelab malam di sebalik bangunan-bangunan itu yang dimaksudkannya.

Sah, minah ni mabuk. Aduhmak.

Fahrin mula mengambil langkah selamat, mahu mengundurkan diri. Namun, umpama dapat dibaca geraknya, terus tali leher Fahrin ditarik. Membuatkan wajah mereka hampir berlaga.

"Jangan pergi....hmm? Janganlah.. You bawak bunga ni untuk I kan? Hmm?"

Fahrin mengerutkan wajahnya. Begitu loya dengan bau arak tersebut. Tubuh wanita itu terus ditolak namun wanita itu sudahpun merampas bunga tersebut.

Mata Fahrin membulat. "Hei, itu bukan kau punyalah! Bak sini!"

Penat aku belikan untuk Raihana, minah mabuk ni pulak nak kaut. Gila!

Apabila jambangan bunga tersebut berjaya dirampas, segera Fahrin ingin beredar. Namun, tatkala itu, wanita mabuk itu sudah berubah wajahnya. Bahunya pulak sudah tersengguk.

Erk, apakah?

"You..marah I..." Wanita tersebut mula menangis di situ. Menangis gaya orang mabuk yang tak sedarkan diri.

Fahrin melihat sekeliling. Ya Tuhan, mula pulak dah drama dia ni! Kan orang ada kiri kanan ni!

"Erk...kau ni..." Setapak didekatkan kepada perempuan itu.

"Sob..sob..." Tangan mula dibawa ke mulutnya.

"Kau....."

Apabila setapak lagi dibawa ke hadapan, tanpa sempat Fahrin menahan, selambak cecair mula membasahi baju Fahrin dan bunga yang dipegangnya.

Wanita tersebut muntah tak semena-mena!

"Weh!" Walaweh! Kurang ajar betul!

Sedang Fahrin masih lagi kaget dengan keadaan dirinya, ditambah dengan bau muntah yang mula menyengat, kini keadaan Fahrin bertambah parah dengan wanita tersebut yang mula mahu memeluk Fahrin lalu terus pengsan di situ.

"Hoi! Hoi!" Halahmak! Bencana apakah semua ini!

Wanita itu dilihatnya terus terkulai tak sedarkan dirinya.

Lalu, malam itu, daripada kisah mahu membuat kejutan buat Raihana di apartmentnya kini telah berubah menjadi kisah dia sendiri bersidai di tepi jalan di luar keretanya.

Berkali-kali Fahrin menyumpah sesambil dengan kasarnya cuba mengikis saki baki muntah yang bersisa. Bunga tadi pula terpaksa dibuang dek sisa muntah itu.

Tak guna la. Spoil mood aku betul.

Dari situ, dia terlihat wanita yang langsung tak dikenalinya yang masih tidak sedarkan diri, lena di dalam keretanya. Nak dibiarkan, kalau ada orang lain datang 'terkam' ke apa ke, aku jugak yang rasa bersalah nanti.

Dalam kegeraman, Fahrin menunggu juga di luar sehingga wanita itu sedar.

Agak lama kemudian, wanita tadinya mula tersedar. Dipisat-pisat matanya sebelum dia mula memegang kepala, terasa amat pening ketika itu.

Ketika dia melihat keadaan dalam kereta itu, matanya mula tercelik. Pandangannya dituju sekeliling sebelum terlihat bayang Fahrin yang memeluk tubuh di bahu jalan sambil meletakkan dahi ke lutut.

Dia tanpa berlengah mendapatkan Fahrin, perlahan-lahan. Tubuh direndahkan di hadapan lelaki itu sebelum dia mencuitnya perlahan.

"You...?"

Fahrin yang dalam keadaan separa mamai—mungkin mengantuk— mula mengangkat wajahnya.

Terus wajah bengang Fahrin terpapar.

"Dah puas tidur?" Soal Fahrin. Macam perli pun ada.

Wanita itu kelihatan serba salah pula dengan nada tegas Fahrin.

"M..macam mana I kat sini....?" Soalnya.

Fahrin hanya mendengus kecil. Terus dia bangun dari situ.

Tatkala itu, wanita tersebut mula terpandangkan kesan kotoran pada baju Fahrin. Terus berubah mukanya lantas mendapatkan Fahrin kembali.

"You! You! I'm sorry. I'm so sorry!" Ucapnya, berkali-kali. Tahu kesan muntah itu adalah daripadanya.

Baju Fahrin ditarik lalu dikibas-kibas. Tangannya mula menggosok-gosok kawasan itu.

"Hei! Hei!" Tubuh wanita itu ditolak.

Fahrin di situ mula bercekak pinggang. Wanita itu kelihatan sungguh serba salah jadinya.

"Mana kawan-kawan kau?"

Tak berjawab. Wanita itu hanya mendiamkan diri.

"Boleh tak kalau kau nak enjoy tu, jangan susahkan orang lain? Nak mabuk, mabuk dalam kelab je sudahlah." Ujar Fahrin lagi. Masih rasa marah sebenarnya dengan perempuan entah dari mana asal usulnya itu.

Perempuan tersebut hanya menikus. Membuatkan Fahrin tanpa berlengah terus berlalu sebentar ke keretanya dan mencapai baju hoodie miliknya. Lantas, baju itu dihulur kepada perempuan itu.

"Sarung ni. Tutup sikit badan kau tu." Ada ke pakai dress sendat tak ada lengan malam-malam macam ni?

Perempuan itu memandang Fahrin agak lama sebelum baju tersebut diambil dan disarungkan tanpa banyak alasan.

"Cepat telefon kawan kau atau keluarga kau ambik kat sini." Fahrin lantas terus mahu berlalu ke keretanya.

Namun, tiba-tiba, dia terasa wanita itu bersuara.

"I...nama I, Sarrah."

Fahrin menoleh, memandang wajah wanita itu.

"B..boleh kita luang masa sekejap?" Pintanya, perlahan. Membuatkan Fahrin menoleh, memandang wanita itu di situ.

"I....I cuma nak ada kawan sekejap. Sekarang, seminit dua." Katanya, sayu.

Dan mendengarkan nada itu, Fahrin yang tadinya mahu meninggalkan perempuan itu berdiri, terus terhenti di situ.

Itu kisah pertama pertemuan mereka. Ya, dalam keadaan Fahrin yang menjadi mangsa Sarrah yang mabuk bukan main pada malam itu.

Namun, sejak hari itu jugalah, Fahrin dah tak senang duduk. Hadirnya Sarrah begitu menggugat kehidupan Fahrin. Sarrah tiba-tiba berubah daripada sikapnya yang mengharapkan simpati kepada gedik terlebih-lebih. Menempel sepenuhnya kepada Fahrin, tanpa peduli status Fahrin sebagai kekasih Raihana ketika itu.

Sebelum ke tempat kerja, pasti Sarrah sudah terpacak di depan rumah Fahrin. Melaungkan 'selamat pagi' macam nak beritahu semua jiran. Menyediakan bekal bertingkat-tingkat macam nak makan setahun. Bila ditolak, merajuk menghentak-hentak kaki.

Terkadang, kalau dirasakan Fahrin tidak melayannya, sampai terduduk Sarrah menangis teresak-esak depan rumah Fahrin. Telefon Fahrin itu sudah satu kewajipan, paling kurang tiga kali sehari. Mana tak terseksa dibuatnya?

Pernah juga Fahrin hanya membuat tak tahu, berkurung sendirian dalam rumahnya. Namun, semakin parah pula jadinya. Sarrah memanggil pula jiran berdekatan untuk memanggil Fahrin.

Pantang waktu lapang, Fahrin pasti ditariknya keluar rumah. Dipaksanya Fahrin untuk membawanya makan dan membeli-belah, dan sengaja memeluk erat lengan lelaki itu mesti berkali-kali ditolak.  Terkadang, pipi Fahrin ditarik-tarik, dicubit-cubit. Kalau dimarah, membentak Sarrah bukan main. Kalah budak kecil normal.

Semua itu memang menjadi titik tolak kesabaran Fahrin tergugat, namun tak pernah sesekalipun Fahrin mengamuk tak tentu pasal. Tak juga Fahrin menegur dari segi agama, sebab dia sendiri jahil waktu dahulu. Setakat bertepuk tampar, berpeluk bahu mahupun pinggang dengan yang bukan sah baginya hanyalah perkara biasa yang tak perlu diperbesarkan.

Namun, satu kali itu, malam itu, telah membawa kisah Fahrin ke langkah seterusnya. Membenamkan Fahrin ke dalam dunia gelap yang entahkan bila akan hadirnya kembali sinar itu.

Semuanya gara-gara wanita tersebut yang ketika di dalam kereta berdua setelah pulang makan, mula membuka satu topik itu.

"Fahrin, you pernah guna kondom?" Soal Sarrah, kononnya naif bertanya.

Hampir terbrek mengejut Fahrin dibuatnya.

"Apa benda?" Ulang Fahrin dengan kerutan seribu di dahi.

"Kondom. I teringin nak tahu kondom tu rupa macam mana." Balas Sarrah sambil memintal-mintal hujung rambutnya.

"You takkan tak pernah jumpa? Jangan cakap benda merepeklah!" Balas Fahrin. Keluar masuk kelab bukan main, takkan benda alah tu pun tak tahu? Menipu.

"Belikan I kondom? Sekali je, Fahrin. Please?" Tiba-tiba Sarrah meminta itu.

"What? Nak buat apa?" Separa menaik suara Fahrin jadinya.

"Ala, I nak tengok-tengok je. Bukan buat apa-apa pun. Belikan I! I nak tengok!" Sarrah mula membentak di dalam kereta.

"Mana boleh la! Benda tu boleh jadi isu tahu tak kalau ada sesiapa jumpa!" Balas Fahrin.

"I nak tengok jugak! I tak kira! Cepat! Kita pergi kedai sekarang jugak!" Sarrah mula mahu memegang stereng namun sempat Fahrin menolaknya kuat.

"Hei! Sabar la! Sabar! You nak mati accident ke?" Soal Fahrin.

Sarrah memuncungkan bibirnya. Fahrin, dalam jelingan sekilas sempat pula mengurut pelipisnya.

Di hadapan kedai 7E yang paling berdekatan, Fahrin terus memberhentikan keretanya. Membuatkan Sarrah terus memandang Fahrin dengan senyuman girangnya.

Lantas, enjin dimatikan dan kunci kereta Fahrin diambil.

"Jom! Jom!" Terus Sarrah keluar dari pintu kereta dan mendapatkan Fahrin.

"Kenapa I pulak kena ikut!"

"Sebab you...lelaki!" Sarrah terus mendampingi Fahrin yang sememangnya dalam keterpaksaan keluar dari keretanya.

Berjalan-jalan malam begini pun, jarak mereka boleh kata seinci pun tiada. Sarrah berkepit seeratnya, malah menarik tangan Fahrin untuk memeluk pinggangnya dan mengunci tangan lelaki itu di situ.

Fahrin sememangnya sedaya upaya meloloskan diri daripada perempuan itu tapi sememangnya tak berhasil. Sarrah semakin erat memeluknya.

Dalam bengang yang ditahan sedari tadi, Fahrin turut menebalkan wajahnya apabila perlakuan mereka berdua dipandang oleh beberapa pasang mata yang berjalan di deretan kedai-kedai itu.

"Fahrin, kiss me?" Pinta Sarrah.

Membulat biji mata Fahrin dibuatnya.

"Apa?" Soalnya.

"Kiss me....." Sarrah mula berhenti dan memejamkan matanya.

Fahrin membuat muka jengkelnya.

"Sarrah, ini bukan US." Dah la ada kat depan 7E. Gila ke apa?

Terus Sarrah membuka matanya.

"You tak sayang I ke? Tak suka I?" Soal Sarrah, dengan wajahnya yang mula berubah.

"Er...bukan..."

"Then, kiss me. Dahi dan pipi." Sarrah kembali memejamkan matanya.

Fahrin yang berdiri di situ mengenggam buku limanya, menahan nafas. Dengan hanya angin lalu, dia mendekatkan bibirnya pada pipi dan dahi Sarrah. Pintar juga dia menganggarkan jarak bibir dan wajah Sarrah agar tidak tersentuh.

Sarrah membuka matanya perlahan-lahan. Dengan senyuman lebarnya, tangan Fahrin diraih lalu dibuai-buai.

"Dah, dah. Masuk, masuk." Kata Sarrah yang mula menolak tubuh Fahrin, mendorongnya ke dalam kedai serbaneka itu. Sarrah pula hanya menunggu di luar.

Fahrin menjulingkan matanya ke atas. Dengan langkah cepat, dia mencapai sahaja kotak kecil itu dan terus membayarnya di kaunter.

"Kiss me! Kiss me!" Kata Sarrah yang melonjak suka apabila Fahrin keluar dari kedai itu. Tangan Fahrin terus ditarik dan dibawa ke pinggangnya, merapatkan jarak mereka.

Fahrin hanya menjeling Sarrah, tajam. Sekilas, kucupan 'angin lalu' dibuatnya untuk Sarrah.

Sarrah tertawa kecil. Terus tangan Fahrin ditarik dan mereka berdua melangkah masuk ke dalam kereta itu.

Kotak oren itu berada di tangan Sarrah kini. Dikoyaknya satu peket lalu dibeleknya di situ, sambil hanya dijeling Fahrin yang mula menghidupkan enjin keretanya.

Tiba-tiba, masa itu juga, Fahrin terasa lehernya ditarik lembut sebelum pipinya mula terasa hangat.

"I love you, Fahrin. Love you so much."

Kata-kata itu menerjah pendengaran tatkala kucupan di pipi diberikan. Membuatkan Fahrin terkaku di dalam kereta itu dengan perubahan nada Sarrah.

Wajah Sarrah dipandang.

"A...apa you cakap ni?" Soalnya.

"Kita boleh bersama, Fahrin. Kita boleh bahagia dan hidup bersama."

Luahan perasaan Sarrah buat pertama kali, tulus dari hatinya.

Fahrin, tidak mahu ambil pusing, terus berkalih topik. Brek terus ditekan tatkala itu.

"Hotel yang you duduk tu kat mana? I hantar balik. I sibuk malam ni, ada kerja I tak siap lagi." Tanpa berdalih lagi dia mengungkap itu.

Tanpa jua mereka berdua sedari, malam itu adalah menjadi saksi buat sepasang mata yang memerhatikan mereka sedari di kedai serbaneka tersebut lagi.

Maksudnya, yang menjadi salah sangka lelaki yang menjadi saksi tersebut; Daniel. Dan membawa pertengkaran besar Fahrin dan Daniel di hadapan hotel itu.

Yang lebih meributkan keadaan adalah Fahrin sendiri mengapi-apikan kemarahan Daniel tatkala itu dengan kata-katanya, tanpa Fahrin sendiri jelas akan motifnya berkata begitu.

"Sayang? Heh. Kau tahu tak, dia tu punca aku buat semua ni, kau tahu tak? Dan semuanya sebab kau!"

Fahrin ditumbuk bertalu-talu. Jelas Daniel begitu marah akan Fahrin yang disangka mempermainkan perasaan Raihana selama ini.

Sejak hari itu, semuanya berubah. Malah, peristiwa itu mula diketahui Raihana kemudiannya dengan penemuan kotak kecil itu. Menjadikan hubungan mereka terputus begitu sahaja; menghancurkan impian yang Fahrin mahukan selama ini.

Sarrah menjadi tempat lampias marah Fahrin. Begitu marah, yang tak pernah pun Fahrin luahkan begitu kepada sesiapa sebelum ini. Memang baginya selama ini, sangatlah teruk andainya lelaki berkasar dengan wanita namun sekarang kesabarannya jelas, sudah melepasi had.

"Mulai hari ni, kau tak payah jumpa aku lagi! Kalau aku jumpa bayang kau depan mata aku lagi sekali, nahas kau! Aku dah tak peduli nak bunuh kau ke, nak seksa kau ke, faham tak! Berambus!!"

Dia terlalu hormatkan wanita dahulunya. Sanggup menyelamatkan seorang wanita asing daripada sesat jauh di tengah kota dan memberikannya perlindungan percuma namun hanya ditinggalkan tanpa jejak.

Dia terlalu hormatkan wanita, menyelamatkan seorang wanita daripada mabuk di tengah jalan dan mampu diperkosa mana-mana lelaki berniat keji di luar sana, namun nahas parah pula yang Fahrin terima.

Fahrin kemudian terus melangkah pergi, menjauhi Sarrah. Tanpa sebarang ucapan selamat tinggal yang baik. Tanpa salam. Semuanya bagai tamat di situ saja.

Dan, untuk satu malam yang Fahrin terasa begitu hancur hatinya; disebabkan dia tidak langsung mengenal Tuhan ketika itu, ada sesuatu yang Fahrin sering sebutkan di ruang makan ketika dia bersendirian.

"H...Hana.... Kau mana... K..kau tak sepatutnya tinggalkan aku..."

Meninggalkan dia teresak sendirian kerana terasa begitu rapuh hatinya sepanjang hari itu.

"Temankan aku, Hana.... T...tolong aku... Aku h..hilang semuanya...."

Yang juga telah membawa Fahrin untuk berhenti bergantung kepada yang namanya manusia— kerana manusia takkan kekal di sampingnya selamanya.

--------------------

SIANG itu, Hana hanya menghabiskan masa di dalam rumahnya. Melihat cahaya di balik langsir yang melindungi dirinya. Juga melihat akan bunga-bunga hidup yang diletakkan di jendela itu.

Dia akan kehilangan matanya, jadi Hana sedaya upaya menggunakan pancainderanya yang lain untuk menyokongnya. Lalu, bunga-bunga yang mewangi ditanam agar sensori baunya sentiasa kuat dan semakin sensitif.

"Kuat berangan."

Hana menoleh, memandang Sarrah yang sudahpun datang duduk di birai katil sebelum merebahkan tubuhnya.

Senyuman terukir sebelum dia mendapatkan kakaknya.

"Tidak kerjakah?" Soal Hana.

"Kerja. Tapi sempat lagi. Hari ni sengaja bersiap awal sebab nak singgah sini dulu." Balas Sarrah sambil merenung jamnya sekilas.

"Kamu semakin gemar datang ke sini. Teringat kenangan lamakah?" Gurau Hana.

Sarrah tertawa kecil. "Lebih teringatkan you."

"Eh, kenapa pula?"

"Sebab bila tengok wajah you, I macam dapat rasa perasaan bahagia berulang-ulang kali." Balas Sarrah.

"Sejak bila kamu rasakan begini? Adakah saya seorang saja dapat rasakan keistimewaan begini?" Soal Hana dalam tawa kecil.

"Dulu, mungkin. Sekarang, hmm, rasanya kena tambah seorang lagi." Balas Sarrah.

"Hmm? Siapa?" Soal Hana.

"Fahrin."

Suasana terus sepi.

Hana kemudian mengukir senyumannya. "Ya, Fahrin. Lelaki itu." Katanya, perlahan.

Sarrah turut tersenyum sambil melayan hatinya yang berbunga-bunga.

"Dia terima maaf I, Hana. Sekian lamanya, dia maafkan I." Luah Sarrah.

Hana memandang Sarrah dengan senyuman lembut yang masih terukir. Kepala Sarrah diusap-usap.

"Dia begitu menyukai kamu." Ujar Hana.

Sarrah tersenyum simpul. "You rasa itu satu petanda dia suka?" Soal Sarrah.

Hana diam sejenak sebelum mengangguk. "Hmm."

Sebab Fahrin jarang menerima orang lain sebegitu mudah dalam hidupnya, tambah hati Hana.

Sarrah terus tersenyum lebar. Suasana berubah sepi sesaat sebelum Sarrah mula membuka mulut.

"Hana...."

"Ya, Sarrah...?"

"Hmm, adakah mustahil kalau I katakan yang I cuba nak dalami agama kalian sekarang?" Soal Sarrah.

Usapan itu terhenti. "Hmm?"

Sarrah merapatkan jaraknya antara Hana. Tangannya mula mengusap peha Hana lembut.

"I nak bersama Fahrin. Selamanya." Ujar Sarrah yang mula memejamkan matanya.

Hana menyepi sejenak. Umpama terkedu.

"Doakan kami, Hana. Doakan kami dapat bersatu." Ujarnya.

Hana tak membalas apa-apa. Sarrah kemudiannya berkata lagi.

"Sebab dia sangat sabar orangnya, Hana. Dan I pasti, kalau I mampu bersama dia, I akan dapat lupakan semua kisah silam I. Kisah pahit I. Yang sekarang hanya akan jadi perkara bahagia sebab I ada dia, dan I ada you." Tangan Hana digenggamnya kemas.

Rambut Sarrah perlahan-lahan dielus tatkala Hana jauh termenung di luar jendela.

"Jangan risau, Sarrah. Kalau dia jodohmu, dia pasti akan datang kepadamu." Kata Hana, perlahan.

Sarrah jeda seketika sebelum dia terus tersenyum lebar.

"Kita bina keluarga kita di sini, Hana. Di sana, kita dah tak ada apa-apa. Biarkan semuanya berkembang di sini, dan kita akan sentiasa bahagia di sini." Katanya.

"Ya."

"Kita jangan berpisah lagi, Hana. Kita takkan berpisah lagi. You akan ada keluarga you sendiri, begitu juga I."

Mata Hana bergenang mendengarkan itu.

"Hmm. Insha-Allah."

Sarrah mengukir senyumannya.

"Ya, dengan izin Tuhan."

-----------------

USAI menunaikan solat, Hana mengambil duduk di birai katil.

Sejak dua menjak ini, entahlah. Segalanya rasa macam tak kena. Hatinya semakin dirundung rawan, sedih yang bertandang terkadang rasa macam suatu bebanan.

Berkali-kali dia cuba ingatkan diri bahawa dalam situasi ini, dia sememangnya hanya orang luar. Lagipun, Sarrah bukankah kakak kandungnya? Dan melihatkan Sarrah begitu bahagia bercerita tentang Fahrin, bukankah dia sebenarnya bahagia juga?

Ya, dia tersangat bahagia melihat Sarrah teruja begitu. Andai saja Fahrin yang dipilih Sarrah itu orang lain, pastinya Hana sudahpun terlebih melonjak kegirangan.

Tapi, itu Fahrin. Dan mereka sukakan orang yang sama.

Hana menghela nafasnya sebelum terus merebahkan tubuh di atas katil.

"Perlukah saya mencari teman lelaki upahan untuk buang perasaan ini?" Soal Hana, sendiri.

Dia mengiringkan tubuhnya. Memeluk tubuhnya sendiri.

"Runsingnya." Keluh Hana, sendiri.

Tatkala demikian, telefon pintarnya berbunyi. Hana tanpa berlengah kemudian terus menjawab panggilan tanpa melihat siapa yang menelefon. Sebab memang biasanya yang akan menghubunginya adalah rakan baik Hana sendiri. Dan ini sememangnya masa yang tepat memandangkan Hana begitu perlukan sokongan daripada seseorang.

"Assalamualaikum, Zehra." Ucap Hana, lemah.

Sepi sejenak. Sebelum Hana terdengar pula sapaan itu.

"Hei."

Sapaan yang cuma satu-satu insan selalu lakukan padanya selama ini.

Terus pegun Hana di situ. Seketika dijauhkan telinganya, dia melihat skrin. Mata Hana terus membulat melihat nama yang tertera.

"Kau dah kenapa membisu kat sana?" Soal Fahrin apabila Hana mula merapatkan kembali telefon pintarnya ke telinga.

"Kamu mengapa telefon tiba-tiba?" Soal Hana pula.

"Suka hati aku la. Bukan kau yang bayar bil." Seperti biasa, jawapan kerek diberikan.

Hana mengeluh.

"Kau dah kenapa mengeluh? Berani kau mengeluh sebab aku telefon, ha?" Soal Fahrin.

"Ada apa tujuan kamu telefon, katakan saja." Balas Hana, tak berlapik. Tidak bertengkar mulut seperti selalu.

Terdengar helaan Fahrin kemudiannya.

"Kau kenapa?" Soalnya.

"Kenapa apa?" Soal Hana pula.

"Suara kau tu. Bayar sewa tak cukup ke apa benda?" Soal Fahrin.

"Saya tak cukup kasih sayang suami." Balas Hana, perlahan. Seperti berbisik.

"Ha? Apa?" Soal Fahrin, tak mendengar jawapan Hana.

"Tiada apa-apalah."

"Hei, merepek apa kau ni?" Soal Fahrin pula.

"Ya, saya memang hanya merepek. Cepat katakan tujuan kamu. Kalau tidak ada apa-apa hal, bolehkah saya matikan talian? Saya sibuk." Ujar Hana.

"Heh, bila masa kau selalu sibuk?" Soal Fahrin.

"Suka hati kamu nak fikir apa. Saya memang sedang sibuk." Balas Hana.

"Tak payah nak sibuk sangat. Cepat keluar. Aku ada hal nak cakap dengan kau ni." Ujar Fahrin.

"Keluar? Keluar apa?" Kening Hana terus terangkat.

"Boleh tak jangan banyak tanya dan mula jenguk kepala kau kat luar tingkap sekarang?" Soal Fahrin.

"Kamu ada di sinikah?" Soal Hana pula.

"Cepat. Keluar. Sekarang." Sengaja Fahrin menekankan kata-kata itu.

Hana terus menjenguk ke tingkap. Memang benar ada kereta Fahrin tersadai di hadapan rumahnya.

Terus dia mencapai selendangnya dan berlari-lari anak menuju ke pintu. Tanpa berlengah, Fahrin didekatinya.

"Ada apa?" Soal Hana dengan wajah tertanya-tanya.

Fahrin tak menjawab, hanya menghulurkan sebungkus bungkusan plastik buat Hana.

"Apakah?" Soal Hana.

"Ambil je la. Kau kenapa banyak bunyi sangat?" Balas Fahrin.

Hana mencebik kecil. Terus diambilnya plastik tersebut dan membelek bungkusan itu.

"Nasi bungkus? Beli untuk saya?" Soal Hana. Fahrin belikannya nasi bungkus? Dan hantar ke sini semata-mata untuk dia?

Perasaan Hana, entah mengapa menjadi teruja di situ. Terasa mahu berbunga-bunga pula.

"Aku keluar makan dengan Sarrah tadi. Dia kirim kat kau sebab dia tak sempat datang sini. Ada hal."

Terus termati rasa itu. Serta-merta.

"Oh." Hanya itu yang keluar di bibir Hana kemudian. Sedaya upaya wajah hampanya disembunyikan.

Fahrin memandang wajah Hana.

"Kau kenapa muka mencuka macam tu?" Seolahnya dapat pula dia membaca riak wajah Hana itu.

"Tiada apa-apa. Bila masa saya mencuka?" Sengaja Hana mengubah nadanya menjadi selamba. Berpura-pura biasa.

"Hmm. Dahlah, aku nak balik. Kau nak duit ke tak ni?" Soal Fahrin.

Hana memandang Fahrin. "Saya kelihatan tidak cukup duitkah?" Soal Hana.

Tidak membalas, Fahrin hanya mengeluarkan beberapa not RM50 kepada Hana.

Hana hanya memandang not-not itu tanpa bersuara. Fahrin pula tanpa lengah terus menyelitkan duit tersebut di dalam plastik yang dipegang Hana tadi.

Tanpa berkata panjang, Fahrin berlalu. Sebelum kemudian, terdengar Hana bersuara kepada Fahrin.

"Orang ketiga antara kamu dan Raihana yang kamu sebutkan dulu, Sarrahkah orangnya?"

Fahrin berhenti dan memusingkan tubuhnya, memandang Hana.

Hana memandang Fahrin sedalamnya. "Diakah yang mengganggu hubungan kalian sebenarnya?" Soal Hana lagi.

Fahrin mengalihkan pandangannya sebentar sebelum nafas kecil dihela.

"Itu perkara lama. Aku cuba maafkan dia. Kau tak perlu suruh aku bersangka baik untuk apa yang dia pernah buat." Kata Fahrin, menyimpulkan itu tujuan Hana berkata demikian.

Meskipun hakikatnya adalah bukan.

Wajah lelaki itu masih dipandang. Ayat-ayat dalam kepala Hana mula bermain-main dan mengulang yang sama.

'Jadi, orang ketiga itu telah bertempat di hati kamu sekarangkah? Dia juga mendapat peluang kedua daripada kamu?'

Begitu dia ingin tanyakan sedemikian. Namun, akhirnya ayat jauh lebih berkias ditanya.

"Jadi kamu dengan Sarrah bagaimana?" Soal Hana, memberanikan diri bertanya. Cuba bersedia dengan apa jua jawapan.

"Perlu ke kau tahu?" Soal Fahrin.

Hana mengangkat keningnya sedikit. "Y..ya. Perlu. Dia kakak saya. Saya perlu pastikan dia baik-baik saja." Sedaya upaya berlagak selamba.

"Hidup dengan kau lebih bermasalah." Balasnya tanpa ragu. Tanpa perasaan.

"Kalian serasi bersamakah?" Soal Hana. Soalan yang mungkin dianggap mengambil berat akan hubungan mereka, namun sebenarnya untuk mencari kepastian buat diri sendiri.

"Kalau tak serasi pun, bukan hal kau. Aku boleh usahakan sendiri. Tak payah susah-susah ambil tahu."

"Ok." Balas Hana sepatah, berpura-pura biasa. Terus dia mengambil langkah pergi, tanpa menoleh Fahrin lagi.

"Hei." Panggil Fahrin.

Hana berhenti tak menoleh. Tatkala itu, Fahrin bersuara lagi.

"Kau restu ke hubungan aku dengan Sarrah?" Soal Fahrin.

Hana diam pegun di situ. Tak lama kemudian, dia memusingkan badannya.

"Jika kamu cintakannya. Saya tiada hak untuk melarang fitrah kasih sayang antara manusia."

"Kau tahu kan, kalau kau setuju dan kau restu, semuanya masih tak cukup?" Soal Fahrin.

"Sebab agamanya lain?" Soal Hana.

"Sebab kita masih ada ikatan. Dia tak boleh bersama aku sebab hubungan kita sekarang."

Hana umpama terpaku sejenak di situ. Liurnya ditelan pahit, umpama mengjangkakan ayat yang akan diluahkan Fahrin sebentar nanti.

"Jadi aku rasa...."

"Saya masuk dulu. Angin malam sejuk, saya mudah jatuh sakit." Pintas Hana. Tak bersedia mendengar ayat seterusnya.

Terus dia berlalu dan menutup pintu pagarnya. Tanpa langsung memandang Fahrin yang masih berdiri memandangnya.

Fahrin menghela nafasnya.

Hei, minah ni. Angin malam buat dia tersampuk hantu ke apa. Mood swing pula waktu-waktu begini.

Tatkala itu, telefon pintar Fahrin berbunyi, menandakan mesej masuk. Terus Fahrin membuka dan membacanya sekilas.

'Fahrin, you busy tak hari ni? Jom keluar makan?'   -Sarrah

Telefon pintar itu dimatikan. Fahrin melihat sekilas kawasan laman rumah Hana. Seolahnya ada bayang Hana di situ.

Nafas dihela berat. Fahrin terus berlalu ke keretanya.

Entah kenapa sebenarnya tujuan dia berada di sini, dia pun tak pasti.

Hana pula, di dapur, meletakkan makanan itu perlahan-lahan di atas meja makan yang tersedia. Kepingan not itu dikeluarkan dan hanya diletakkan ke atas meja.

Langkahnya terhenti tiba-tiba terhenti apabila melihat susun atur meja makan itu dan perabot yang lainnya. Membuatkan hatinya tiba-tiba dirundung sebak yang sangat dalam.

Sebenarnya sekuat manakah hatinya mampu berasakan semua ini?

Dia duduk dan menarik bekas makanan itu ke arahnya. Disuapnya sedikit ke mulut meskipun sebenarnya dia bukannya lapar langsung pada malam itu.

Apabila dia mula mengunyah, air matanya mula mengalir. Meluah segala perasaan hiba yang sebu terbuku dalam hati.

Mungkin benar, orang kata berharap itu adalah satu kekecewaan terbesar. Seperti dia yang berharap Fahrin ambil peduli dengannya namun segalanya hanyalah hampa.

Dia hanya berharap Fahrin mampu sukakannya. Meski sedikit. Tapi, Fahrin sudah melangkau lebih. Sikitpun Hana tak dipandangnya.

Hana menitiskan air mata lagi. Nasi itu terus disuap ke dalam mulut. Berkali-kali, sehingga penuh mulutnya. Umpama menahan mulutnya dari mengeluarkan sendu pada bila-bila masa.

Namun, dia tak berjaya. Apabila ditelan semua butir nasi itu, terhambur juga tangisan Hana di situ. Terus belakang tangan dibawa ke sebahagian wajahnya, dan dia juga terus menangis di situ.

Mengapa dia begini? Mengapa?

Bukankah sedari dulu, kalau benar dia berfikir sedalamnya, dia dapat mengagak semuanya?

Selama enam tahun lepas apabila dia pernah bersama Fahrin, bukankah tersangat logik kalau Fahrin ada rasa cinta yang ditunjukkan padanya sekarang, kalau memang Fahrin benar-benar sayang padanya?

Hana menangis lagi. Sendirian. Meluahkan segala yang terbuku dalam hati, hanya sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro