Bab 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Untuk 5T5B, bab akhir adalah Bab 20 in which lepas bab ni. And ada jugak Epilog (:
(Yes. I liked to write epilogue without prologue lels)

Enjoy reading!

Always the amateur one, Hfil.

---------------

KAKINYA menapak perlahan melalui kaki lima itu. Seperti biasa, hanya mahu mengambil angin setelah menemani Daniel berehat di biliknya.

Di situ, Raihana melangkah setapak sebelum dia berdiri. Memandang kaki lima yang jelas sunyi itu.

Andai saja hospital ini bernyawa. Pasti jiwanya sentiasa dimamah perit, melihat kesakitan dan tangisan yang dialami setiap yang dilihatnya.

Seperti dirinya.

Raihana berjalan melewati satu persatu bilik. Sambil matanya sempat tertancap kepada iklan tentang melawan kanser yang terlekat besar di dinding itu.

Pandangannya yang sayu itu ditundukkan. Walaupun sepatah perkataan 'kanser' itu sudah cukup meluluhkan seluruh jiwanya.

Dia melewati lagi beberapa bilik wad persendirian itu sebelum terdengar jeritan dari dalam sebuah bilik yang tidak bertutup.

"No! No! Sakit...! No..!"

Suara itu, tak asing baginya.

Raihana melihat pandang empunya suara itu.

"Doktor, sakit! Tolong, sakit! Saya tak tahan lagi!"

Esakan mula mengiringi gadis itu, menggantikan jeritannya tadi.

Dalam kekalutan para doktor dan jururawat itu, Raihana hanya memandang tubuh yang bergelut di atas katil tersebut.

Sedang demikian, dilihatnya Dhia yang mula menoleh, memandangnya. Sambil tangannya berpaut kuat pada sisi katil itu.

Dan, pandangan itu, bukan lagi pandangan memujuk seperti dulu. Pandangan itu, adalah lemah dan yang melemahkan.

Dapat Raihana lihat, mata Dhia bergenang sebelum tangannya dihulur dan diangkat ke arah Raihana dalam terketar-ketar.

Seolahnya meminta Raihana menyambutnya.

Mata Raihana mula berkaca-kaca. Bibirnya diketap menahan sebak itu.

Dan, tatkala itu, pintu itu dihampiri seorang jururawat yang bergegas ke arahnya.

"Maaf ya, puan." Ucap jururawat itu, masih sopan walaupun dalam kalutnya.

Pintu itu ditutup. Membiarkan Raihana bersendirian di hadapannya.

"Dia bahagia. Sebab saya pun rasa yang sama."

Teringat Raihana akan kata-kata itu.

Pintu itu dipandang sayu. Seolahnya mampu menembusi bahagian dalam bilik tersebut.

Bahagia itu Dhia, awak tunjukkan dengan jeritan sakit awakkah?

Ataupun jeritan sakit awak telah merampas kebahagiaan awak?

Raihana tertunduk sebelum berlalu, mengambil tempat di ruang menunggu dengan termenung yang sangat jauh.

Pesakit kanser memang sebenarnya sengsara, bukan? Berlawan dengan peritnya, sakitnya, nyawanya. Dan semuanya bukan mudah. Sedangkan perit jiwa yang melihat, pastinya perit lagi bahu yang memikul.

Seperti aku. Yang melihat pertarungan Daniel tanpa henti. Air mata Daniel, rintihannya, jeritannya, yang langsung sedikitpun aku tak mampu nafikan betapa sebaknya hati aku rasakan.

Tapi, aku tak seberani mereka. Masih, aku lari dari kebenaran. Masih, aku melarikan diri apabila melihat Daniel yang mula parah. Masih, aku menangis di sebalik dinding, hanya kerana tak mahu dilihat Daniel yang akan gusar melihat aku begitu.

Aku tak kuat.

Mata Raihana bergenang.

Saya tak cukup kuat, Daniel. Maafkan saya,

Atas janji saya pada awak untuk meredhai segalanya, separuh hati saya masih memikul bebanan untuk menerima hakikat. Yang awak akan tinggalkan saya.

Bebanan itu, menusuk jiwa saya. Mengcengkam dada saya dan menghalang saya untuk bernafas tenang.

Nafas dihela perlahan, halus. Bagaikan kesempitan ruang untuk merasai udara sekeliling.

What if cancer has its own disease?

Raihana membawa tangannya ke matanya. Menahan genang yang bakal memecahkan empangan pada bila-bila masa.

If only cancer could die.

Oh, if only cancer has its own cancer and dies.

-----------------------------------------

TATKALA Daniel terlantar sendirian di dalam bilik itu, dia terdengar bunyi tapak kaki yang menghampirinya.

Dia menoleh, walaupun mampu mengagak pastinya bukan Raihana yang datang. Bukan waktu Raihana datang kala begini.

Fahrin berdiri di sisi katil Daniel. Tangannya diselukkan ke poket. Memerhatikan wajah Daniel yang semakin cengkung, semakin pucat.

Daniel memandang Fahrin dengan senyuman sebelum dia kembali memandang siling.

"Tak terkejut aku datang?" Soal Fahrin.

Daniel mengangguk. "Kalau kau malaikat Maut."

Fahrin tersenyum sinis. "Masih lagi nak main-main."

"Sementara ada masa." Balas Daniel, bersahaja.

Fahrin menjeling sekilas. Dia mula duduk di sebelah Daniel, atas katil itu.

Tanpa diduga, pinggang Fahrin mula dipeluk. Menimbulkan kejutan buat Fahrin.

Saling berganti pandangannya kepada tangan Daniel dan wajah Daniel sendiri.

"Apahal?"

"Kau rindu aku, kan?" Soal Daniel dalam sengihannya.

"Bila masa? Lepaslah. Dah macam gay." Balas Fahrin. Mana pernah ada lelaki yang memeluknya begini sebelum ini.

"Eh, mengaku kita gay?" Usik Daniel.

Fahrin membulatkan matanya, mendatangkan tawa Daniel.

"Lepaslah." Kata Fahrin. Tapi, tak pula dia berganjak.

"Sekejaplah. Aku teringin nak rasa macam mana ada adik."

"Pergilah peluk adik kau sendiri. Tak nak aku jadi adik kau."

"Aku mana ada adik. Aku anak tunggal, tau. Abang pun tak ada. Sedih."

"Kau ingat, kau buat macam ni boleh lembutkan hati aku so that aku mengalah dengan kau? Jangan harap."

"Wah, jauhnya fikir. Aku cuma nak peluk sekejap je." Gurau Daniel.

Fahrin menjulingkan matanya ke atas. Tak matang punya Daniel.

Suasana sepi seketika.

"Sorry." Ucap Daniel tiba-tiba.

"Hmm?"

"Sebab rampas Raihana dari kau." Balas Daniel.

Fahrin hanya mendiamkan dirinya.

Daniel menyambung. "Kau tahu, setiap orang yang baik dalam dunia ni, ada bidadarinya sendiri di syurga. Takkan berkongsi. Aku doakan bidadari untuk kau, adalah yang lebih, lebih indah dari apa yang kau bayangkan."

Daniel tersenyum, begitu tenang mengungkapkan itu. Manakala Fahrin sudah berubah riak, menarik nafas sedalamnya bagi mententeramkan diri sendiri.

"Aku takkan rasa terharu."

"Aku tak suruh pun."

Fahrin diam kemudiannya. Daniel juga. Masing-masing bagaikan melayan diri sendiri.

"Fahrin."

"Apa."

"Kenapa kau datang sini?" Soal Daniel, tenang.

Fahrin hanya diam.

"Kau kan tak suka aku. Mustahil kau datang tanpa sebab."

Fahrin termenung seketika sebelum menjawab.

"Aku nak jumpa Raihana, dan sumber kebahagiaan dia; kau."

"Sebab apa?"

"Sebab aku rindu dia. Dia takkan datang jumpa aku." Jujur.

"Sebab apa nak tengok aku?"

"Nak tambah luka sendiri. Untuk fikir apa yang aku buat selama ni untuk dia, sia-sia."

Begitu lancar kata-kata yang bernada mendatar itu diucapkan.

Daniel menggarit senyuman nipis.

"Hati kau, sakit ke?" Soal Daniel.

"Kenapa tanya?" Mendatar suaranya.

"Nak tahu isi hati kau."

"Just sebab kau anggap aku adik, tak bermakna kau perlu ambil tahu isi hati aku." Balas Fahrin.

"Apa salahnya? Aku kan sekejap je ni. Lepas ni, tak ada orang tahu." Kata Daniel, tenang.

Masing-masing kembali menyepi, sebelum Fahrin mula bersuara.

"Aku sayang Raihana. Kau cuma kena tahu tu je." Ujarnya.

"Sayang aku tak?" Sengaja Daniel membuat suara comel.

"Gelilah, gila. Buat apa nak sayang kau."

"Ala, tipulah sikit." Bibirnya dimuncungkan.

"Kau kenapa mengada-ada sangat ni? Aku sumpah terasa kita tengah berlakon drama gay. Dahlah. Aku nak balik." Balas Fahrin yang akhirnya cuba meleraikan tangan itu namun tak berhasil. Sengaja Daniel mengukuhkan pelukannya.

"Janganlah tinggalkan aku. Aku tak ada teman." Pinta Daniel.

"Nanti kan Raihana datang. Kau ni."

"Tapi nanti kau tak nak datang dah."

"Memang pun."

"So, tinggallah sini lama sikit. Sampai Raihana datang."

Fahrin memandang Daniel yang memandangnya dengan matanya berkelip-kelip, konon membodek.

"Haish, kau ni. Dah, sana sikit. Himpit kat aku, macam suruh aku duduk atas lantai. Dasar gay." Daniel mengekek mendengar bebelan tak semena Fahrin itu.

Daniel kemudiannya tersenyum sambil menatap wajah lelaki itu.

"Untungnya kau." Kata Daniel.

"Apa?"

"Sebab hati kau, bukan sakit macam yang aku sakit sekarang." Kata Daniel.

Kening Fahrin terangkat. Daniel terus menyambung.

"Kanser hati ni sakit, tahu. Nak tarik nafas pun rasa berat. Nak cakap pun lelah. Lagi-lagi kalau dah merebak. Kalau kau tahu sakit ni memang pedih, mesti kau tarik balik kata-kata kau dulu." Ujar Daniel, tenang.

Fahrin melarikan pandangannya. "At least, kau tahu mati kau bila. Takdelah kau leka sangat dengan duniawi." Kata Fahrin.

Daniel tersenyum. "Baik, Ustaz Fahrin."

Fahrin memandang Daniel, jelik. Main-main pulak.

Dia mula menghela nafasnya kemudian.

Lengan Fahrin disentuh perlahan lalu dipegang kejap.

"Aku teringin nak jadi berani macam kau. Berani mendengar, berani meluahkan rasa, berani cakap. Aku rasa, kalau aku jadi macam kau sejak dulu, mesti tak ada sesiapa pun akan terluka. Kau pun takkan terlibat sama." Ujar Daniel.

Fahrin memandang wajah Daniel, agak lama. Tak pernah sedar akan keberanian yang disebut itu.

Nafas dihela.

"Aku berani, tapi masih tak dapat apa yang aku nak."

"Sebab bukan masanya lagi."

Fahrin menghela nafasnya. "Jadilah berani kalau kau nak."

"Macam mana?"

Wajah Daniel ditatap. "Dengar luahan hati Raihana."

Riak Daniel berubah seketika. Fahrin diam seketika, mencari kata.

"Sebab apa yang dia tunjuk kat kau, tak sama dengan apa yang dia rasa sebenarnya." Ujar Fahrin kemudiannya.

Teringat akan saat Raihana menangis tersedu-sedan mengenangkan keadaan Daniel. Yang semuanya berlaku di luar pengetahuan Daniel.

Daniel tertunduk seketika. "Dia rasa terbeban dengan aku ke?"

"Itulah yang kau kena tanya. Supaya kau tahu. Supaya dia beritahu. At least, untuk satu hari. Apa yang kau rasa, dengan apa yang dia rasa. Kongsi sama-sama."

Dah macam gaya psikologis.

Daniel memandang wajah Fahrin. Fahrin melarikan pandangannya. "Aku cakap ni, walaupun kalau ikutkan aku nak korang sama-sama menderita macam aku rasa tapi, aku rasa aku kena beritahu." Kata Fahrin.

Kerana gugurnya air mata seorang yang dicintai itu pedih. Dan bertambah pedih apabila dia tak boleh meredakan kepiluan itu.

Bukan kerana tak sudi tapi kerana tak mampu. Kerana dia bukan yang terpilih untuk itu.

Secepat itu, Daniel bangun, lantas Fahrin dipeluk erat.

"Thanks." Ucap Daniel dalam pelukan itu.

Terkesima Fahrin dibuatnya.

"Terima kasih, banyak-banyak." Ucap Daniel, bersungguh-sungguh.

Fahrin menarik nafasnya, dalam. Dirapatkan tangannya ke belakang Daniel. Sebelum belakang Daniel itu mula ditepuk-tepuk perlahan.

"Aku dah kata, aku tak nak jadi gay." Kata Fahrin.

Daniel ketawa sebelum meleraikan pelukan itu.

"Kau tahu, aku dah betul-betul rasa macam mana ada adik kandung sekarang. Aku bersyukur dapat rasa semua ni."

"Hmm."

"Tinggal nak jadi gay je."

"Kau gila ke?" Membuntang biji mata Fahrin demikian. Daniel ketawa lagi sebelum dia memandang Fahrin.

" Daniel." Tegur Fahrin yang kelihatan berubah sedikit riak wajahnya.

Daniel mengangkat keningnya. "Hmm?"

Fahrin segera melihat kiri dan kanannya. Melihat tiada apa-apa yang dapat dicapainya, hujung lengan baju Fahrin pantas dibawa ke hidung Daniel, mengelap darah itu.

Daniel sedikit terkejut dengan kehadiran darah yang mengalir tiba-tiba itu.

"Tisu dalam laci." Kata Daniel.

Pantas Fahrin mencapai tisu itu lalu disua kepada Daniel. Daniel ditolaknya untuk berbaring.

"Aku nak panggil doktor."

"Jangan. Ini biasa je ni. Aku cuma kena rehat." Halang Daniel.

"Betul ni?" Soal Fahrin. Daniel mengangguk.

Fahrin terus mengelap sisa baki darah Daniel.

"Keluar darah buat apa. Buang tenaga je. Cubalah keluar emas ke, berlian ke. Takdelah balik aku tangan kosong." Ujar Fahrin.

"Doalah aku jadi Raja Midas." Daniel tersenyum.

"Heh. Merepek." Kata Fahrin.

Daniel masih tersenyum lagi.

"Thanks. Sorry, lengan baju kau kotor." Ucap Daniel.

"Dahlah. Pegang ni. Aku nak buang tisu darah kau. Dahlah darah banyak macam orang datang bulan." Balas Fahrin sambil menggantikan tisu Daniel itu. Tanpa reaksi berkata itu.

Daniel hanya tersenyum sambil memegang tisu itu.

Fahrin lantas berlalu ke tong sampah yang berdekatan dengan pintu keluar itu.

Entah apalah sebabnya letak tong sampah jauh macam ni. Tak ke susah nak buang macam-macam?

Sempat juga dia membuang pandangan ke arah luar pintu sebelum kembali mendapatkan Daniel bersama tong sampah yang disepak-sepak menggunakan kakinya sehingga berada di sebelah katil Daniel.

Tisu di tangan Daniel diambil dan dibuang. Sisa darah Daniel dilap.

"Kau tahu, Raihana takkan buat macam ni." Ujar Fahrin.

Daniel memandang Fahrin, meminta penjelasan. Fahrin mengangkat wajahnya, memandang Daniel.

Tak faham la tu si dia ni.

"Dia tak sanggup tengok kau sakit. Tengok kau muntah darah, sesak nafas, dia jadi sedih." Ujar Fahrin lagi.

Daniel terdiam sebelum tertunduk. "Dia tak pernah cakap dengan aku apa-apa." Kata Daniel, perlahan.

"Sebab tu aku suruh kau tanya." Balas Fahrin.

"Kenapa dia cakap dengan kau, bukan dengan aku?"

Fahrin memandang Daniel, agak lama. "Kau rasa kenapa dulu kau cakap dengan aku pasal sakit kau daripada beritahu Raihana dulu?" Soal Fahrin.

Daniel terdiam. Memikirkan logiknya kata-kata Fahrin itu.

Seketika itu, dia terbatuk. Yang mula-mulanya biasa namun bertukar parah.

"Aku panggil doktor." Fahrin mula melangkah keluar sebelum Daniel menarik lengan Fahrin sehingga dia terduduk di sisi Daniel.

Fahrin lantas mengusap belakang Daniel. Sebelum Daniel menutup mulutnya. Dari situ, Fahrin terlihat darah mengalir dari celahan jari Daniel.

Terus Fahrin membentangkan selimut pada Daniel agar dapat menampung darahnya, kalau-kalau tertumpah di merata tempat.

"Ada tuala kecil?" Soal Fahrin.

Segera Daniel menunjukkan satu laci meja di sudut bilik itu. Fahrin lantas mencapainya dan mula mengelap darah Daniel pada tangannya.

Daniel juga dibiarkan menghabiskan sisa batuknya yang masih berdarah di atas tuala itu.

Butang kecemasan segera mahu ditekan. Baru terfikir akan kewujudan butang itu. Namun segera juga dihalang.

"Jangan."

"Batuk kau teruk."

"Tak apa." Ujar Daniel yang mulai berbaring. Dadanya disentuh, sebelum Daniel mengucap kecil.

Sempat dia memandang Fahrin sebelum tersenyum. "Aku ok."

Fahrin menjeling. "Kau kena kumur. Takkan nak telan darah sendiri."

"Papah aku, boleh?" Pinta Daniel.

"Hmm, cepatlah."

Daniel melunjurkan kedua-dua tangannya.

"Apa?" Soal Fahrin.

"Piggyback."

"Papah biasa, tak boleh ke?" Soal Fahrin. Berkerut dahinya mendengar permintaan Daniel itu.

Daniel menggeleng-geleng. "Cepatlah. Nak piggyback. Nak sekarang..." Sengaja dia membuat-buat suara manja.

Fahrin menjulingkan matanya ke atas. Pulak dah dia ni.

Lantas Daniel diangkat gaya tersebut sebelum dia membawa Daniel ke bilik air.

"Kalau Raihana jaga, kau suruh dia angkat kau macam ni ke?" Soal Fahrin yang cuba menampung tubuh badan Daniel.

Walaupun sakit, tapi masih terasa beratnya. Emak dia minum setangki susu masa mengandungkan dia ke.

Daniel tersenyum sebelum menggeleng. Leher Fahrin terus dipeluk erat.

Fahrin pula, berusaha keras menyeimbangkan tubuhnya, cuba untuk menahan Daniel dari terjatuh.

Usai berkumur di bilik air, Daniel diangkat semula dengan cara yang sama.

"Berat tak?" Soal Daniel, mesra sambil memeluk leher Fahrin.

"Kalau kau buat macam ni kat Raihana, memang aku luku kepala kau." Ujar Fahrin tanpa menjawab soalan Daniel.

Daniel tergelak kecil. "Sebab dia tak boleh tu yang aku nak suruh kau."

Fahrin hanya menjeling.

Daniel kemudian direbahkan ke atas katil semula secara berhati-hati.

"Dahlah. Cepat tidur. Macam-macam benda kau mintak kalau kau jaga. Aku dah macam babysitter, tau tak." Tutur Fahrin.

"Tapi, aku tak nak tidur. Bosan. Aku nak..."

"Tidur jelah." Pantas mata Daniel dikatup sekejap dengan tangan milik Fahrin.

Daniel ketawa apabila dibuat demikian.

"Kau layan aku macam baby." Kata Daniel dalam tawanya.

"Lebih baik daripada kau anggap aku layan kau macam gay." Balas Fahrin, menimbulkan tawa Daniel lagi.

Gaya Fahrin bercakap memang macam tak ada perasaan tapi itu sangat menggelikan hati Daniel. Entah kenapa.

Fahrin kemudian membetulkan selimut Daniel.

Wajah Fahrin itu ditatap Daniel agak lama.

"Thanks." Ucap Daniel, tulus.

"Hmm."

Hanya itu yang dibalas Fahrin sambil masih membetulkan selimut di bahagian hujung kaki Daniel.

Daniel semakin menatap wajah Fahrin itu sedalamnya.

"Thanks, 'adik'." Lebih tulus.

Fahrin mula mengangkat wajahnya, memandang Daniel.

"Tidurlah. Bising." Dalih Fahrin yang mula mengalihkan pandangannya.

Daniel ketawa sebelum dia mula melelapkan matanya. Tatkala itu, tangannya mula mencari tangan Fahrin lalu digenggamnya.

Fahrin sekali lagi memandang Daniel, sedikit terkejut.

"Sorry. Kalau ada Raihana, selalunya aku pegang tangan dia." Kata Daniel.

Mendengar itu, Fahrin menghela nafasnya. Dia duduk di sisi Daniel yang sudah memejamkan matanya itu.

Dapat dia rasakan, genggaman tangan Daniel pada tangannya sangat utuh.

"Sebab kau takut mati sendiri?" Soal Fahrin, mendatar suaranya.

Daniel tersenyum dalam keadaan terpejam matanya itu.

"Hmm." Hanya itu yang dibalasnya.

Nafas dihela. Entah kenapa.

Agak lama kemudian, genggaman tangan itu mula terasa longgarnya, menandakan Daniel mulai terlena.

Perlahan, Fahrin menarik tangannya dengan cermat. Tak mahu mengejutkan Daniel.

Dia membawa tuala kecil yang berdarah itu ke bilik air lalu dicuci apa adanya. Lengan bajunya juga dicuci sehingga pudar kesan darahnya.

Fahrin kembali merapati Daniel yang kelihatan sudah tersangat jauh terlena.

Tadi kemain tak nak tidur.

Tempat pembaringan Daniel dibetulkan. Selimut itu juga, sekali lagi.

Seketika itu, dia memandang Daniel.

"Kalau nak jadi abang, sepatutnya kau mengalah, bagi Raihana kat aku." Kata Fahrin, mencebik.

Dia berlalu ke tingkap sebelum langsir itu ditutup agar cahaya matahari tidak menyilaukan pandangan Daniel di kala itu. Fahrin terus keluar dari bilik kemudian.

Sedang berjalan menjauhi bilik Daniel, langkah Fahrin tiba-tiba terhenti, agak lama.

"Jangan sembunyi lagi, Rai. Itu rutin Daniel yang awak kena hadapi." Kata Fahrin, menoleh memandang Raihana yang sedari tadi berada di luar bilik itu.

Raihana merapati Fahrin yang membelakanginya itu.

"Macam mana awak boleh buat semua tu, sedangkan awak benci dia?" Soal Raihana.

Fahrin mula memandang hadapan sebelum menghela nafasnya.

"Saya tak tahu. Jangan tanya saya."

Dia terus berlalu, meninggalkan Raihana.

"Fahrin." Panggil Raihana.

Fahrin berhenti sekejap,
menarik nafasnya sebelum dia memalingkan wajahnya dari Raihana, memandang ke arah tingkap sebentar.

Sebelum dia perlahan-lahan memusingkan badannya, menghadap Raihana.

"Saya pernah tertanya-tanya tentang sesuatu." Kata Fahrin sebelum sempat Raihana menyambung kata.

Dia jeda seketika sebelum menyambung.

"Kalau bukan Daniel yang sakit tapi saya, awak akan menangis sebab saya juga ke? Awak akan tinggalkan Daniel demi saat-saat akhir dengan saya ke? Daniel akan jadi tempat awak luahkan kesedihan awak ke?" Soal Fahrin.

Raihana terpaku seketika.

"Fahrin.."

"No. Awak tak perlu jawab. Saya dah tahu jawapannya." Pantas Fahrin memotong.

Fahrin kembali memusingkan badannya, memandang ke hadapan dan berlalu, meninggalkan Raihana di situ.

"Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak."

Terdengar kata-kata itu dek pendengaran Fahrin. Dia berhenti seketika.

Raihana menyambung. "Saya cuma, perlukan kawan untuk cerita apa yang saya rasa, sebab saya takkan mampu kongsi semuanya dengan Daniel."

Fahrin diam seketika sebelum berkata. "This is the biggest problem in your marriage."

Raihana terpaku. Fahrin terus berkata.

"Awak dengan Daniel selalu berahsia. Simpan sendiri lama-lama. Sebab tu awak dengan dia berpisah. Sebab tu saya yang terasa sarat bila semua luahan ada dalam tangan saya. Sebab tu saya tak ada peluang untuk terus bersama orang yang saya sayang."

Mata Raihana berkaca-kaca. "Fahrin..."

"Saya pun masih ada hati, Raihana. Untuk lihat orang sekeliling saya bahagia. Untuk lihat awak bahagia. Dan, sejak saya kenal Daniel, dan tahu kepayahan dia bertarung dengan sakitnya, saya pun nakkan dia bahagia. Saya tak terlalu kejam untuk rampas kebahagiaan dari sesiapa pun." Ujar Fahrin.

Suasana sepi seketika sebelum Fahrin menyambung. "Tapi, untuk tahu cuma dia yang boleh bahagiakan awak, dan cuma awak yang boleh buatkan dia bahagia, hati saya hancur."

Hancur memikirkan di mana ruang buatnya untuk meraih bahagia itu. Memikirkan di mana haknya untuk berasakan bahagia itu.

"Alangkah bagusnya kalau awak masih menolak saya sampai sekarang, dan alangkah bagusnya kalau saya tak buat benda-benda bodoh yang buat awak terus berpaling."

Fahrin mula melangkah pergi sebelum Raihana menghalangnya.

"Fahrin, kita kawan je?" Pinta Raihana dalam gugup katanya.

"I don't make friend with someone that I love the most lebih dari kawan, Rai. Tak ada sesiapa pun buat macam tu." Ujar Fahrin sebelum terus berlalu, meninggalkan Raihana yang masih berdiri memandangnya.

Mereka terus berpisah. Dengan segenap hati Raihana yang mula dirundung rasa bersalahnya.

Maafkan saya, Fahrin.

Di kaki lima itu, Fahrin berjalan dengan lemahnya.

Untuk manusia yang terpinggir seperti dia, tiada apa lagi yang bermakna.

Manusia terpinggir macam dia, yang takkan pernah dipandang.

Lelaki yang takkan pernah sesiapa sedari.

Lelaki yang sedaya upaya menjadi watak utama dalam satu kisah cinta, namun akhirnya yang selayak buatnya hanyalah menjadi pendukung kepada kisah cinta orang lain.

Dia berhenti di tengah-tengah kaki lima yang lengang itu. Memandang sayu akan jubin lantai di kakinya itu.

"Hati kau sakit ke?"

Kaki Fahrin mula tetap di situ. Agak lama. Bagai menghitung seberapa banyak zarah yang terdapat dalam satu jubin di kakinya itu.

Atau sebenarnya menghitung, seberapa besarkah kesedihan yang dia cuba alami kini.

Sedang demikian, Fahrin terasa ada satu tapak yang berjalan menuju kepadanya. Berhenti hadapannya.

"Anak..."

Fahrin mengangkat kepalanya, memandang wanita tua itu yang sedang memandangnya dengan kelembutan.

Wajah tua ini, sangat persis dengan seseorang.

Persis wajah Daniel.

Dia kenal wajah ini. Yang pernah dilihatnya ketika mula-mula Daniel di wad kecemasan.

"Anak ni, kawan Daniel, kan? Fahrin namanya, kan?" Soal Puan Maria.

Kawan? Fahrin? Dia kenal aku? Bisik hati Fahrin.

Fahrin hanya mengangguk. "Hmm."

Puan Maria tersenyum memandang Fahrin dengan renungan lembutnya.

"Daniel pernah sebut pasal anak. Katanya, anak baru kehilangan seseorang yang anak sayang. Dia risau." Ujar Puan Maria.

Fahrin yang gamam seketika terus diam dan tertunduk. Tahu siapa yang dimaksudkan. Dan tahu juga bahawa kehilangan yang Daniel maksudkan, bukanlah kematian.

Dia sedang kehilangan cinta. Yang dirasakan cinta paling agung, paling bahagia yang dia pernah ada. Namun, semuanya bagai hanya tinggal debu.

Tapi, Daniel risaukan dia? Atas sebab apa?

Puan Maria mengukir senyuman tipisnya. "Makcik pun, tak lama lagi akan kehilangan satu-satunya anak makcik. Walaupun tak bersedia tapi, nak buat macam mana. Apa yang bukan milik kita, tetap bukan milik kita." Kata Puan Maria.

Suasana sepi seketika. Fahrin hanya mendengar setiap perkataan yang terluah itu.

"Sabar ya, nak? Makcik faham perasaan anak. Bukan senang nak terima kehilangan. Kita sama-sama terima kehilangan dan kita redha. Ya?" Ujar Puan Maria.

Fahrin memandang Puan Maria sedalamnya. Tahu Puan Maria sudah tersalah anggap akan 'kehilangan' itu tapi mesejnya masih juga sama. Tentang satu kehilangan.

Tentang satu penerimaan apabila merasai kehilangan.

Fahrin diam agak lama sebelum tiba-tiba lahir genang pada matanya.

"Anak ok?" Soal Puan Maria kemudiannya apabila dirasakan tiada respons dari Fahrin.

Fahrin masih tertunduk. Sebelum kemudian, dia menggeleng kecil dan perlahan.
Bibirnya mula diketapkan, kuat.

Tatkala itu, air matanya mula merembes.

"Tak ok, mak cik." Ujar Fahrin yang menutup sebahagian wajahnya sendiri, dan menangis di situ.

Fahrin terus menangis di hadapan Puan Maria itu. Tanpa peduli lagi akan siapa di hadapannya.

Jangan tanya kenapa dia jadi begini.
Sebab dia juga tak tahu sebabnya. Dia juga tak tahu nak terangkan macam mana.

"Hati kau, sakit ke?"

Ya.
Hati aku sangat sakit.

Inilah dia, Daniel. Kenyataan yang takkan pernah aku beritahu kau.

Ini adalah kenyataan yang aku tak berani beritahu sesiapa pun sebab aku begitu kecewa untuk luahkan.

Aku tak seberani yang kau sangka, Daniel.

Sebab aku sangat takut untuk mengakui yang aku menderita. Aku takutkan kekecewaan. Aku takutkan tangisan.

Tapi Daniel, inilah kenyataan yang sebenar-benarnya.

Yang hati aku pun, sakit.

Lebih sakit, yang kau sendiri pun takkan tahu. Yang aku sendiri pun tak tahu bagaimana nak mengubatinya.

Tapi, seteruk mana pun sakit aku, Daniel, aku tetap bukan sesiapa.

Aku hanya manusia yang terpinggir.

Daniel, ini cuma aku. Hanya orang ketiga dalam kisah hidup kau. Yang cuba menjadi watak utama tapi masih, aku hanya orang ketiga.

Aku yang pada asalnya cuma mahu melakar cerita cinta aku, menjadikan diri aku sendiri sebagai watak utama tapi akhirnya terpaksa menerima yang aku hanya perantara kisah cinta kau.

"Saya tak ok...."

Ayat itu diulang-ulang dalam tangisnya.

"Saya langsung tak ok.."

----------------------------

APABILA Raihana mula mahu berjalan masuk ke dalam bilik Daniel, dia terdengar erangan Daniel yang agak kuat kedengaran, disusuli batuk yang sangat kuat kemudiannya.

Melihatkan itu, Raihana mula memejamkan matanya sebelum mahu berundur dan berpatah balik.

Namun, tiba-tiba dia teringatkan semua kata-kata Fahrin sebentar tadi. Terus langkah Raihana menjadi statik seketika sebelum dia memejamkan matanya, erat.

Tangannya dikepalkan dengan sangat erat, sebelum dengan jiwa yang dikentalkan, dia terus meluru mendapatkan Daniel.

Daniel yang tadinya bersendiri mula memandang Raihana.

Tanpa sempat berkata apa-apa, Daniel sudah terbatuk-batuk dengan sangat kuat.

Raihana lantas mahu menekan butang kecemasan namun segera lengannya ditarik Daniel.

"Hana." Tubuh Raihana terus dipeluk.

Daniel terus memejamkan matanya dalam pelukan itu sebelum dia menyambung.

"Hana, sorry. Saya tahu awak tak boleh tengok saya sakit teruk tapi saya masih perlukan awak. Sorry, saya tunggu awak hari-hari untuk awak redakan sakit saya." Ucap Daniel.

"Daniel..."

"Hana, jangan terbeban dengan saya. Saya minta maaf sebab banyak susahkan awak." Kata Daniel lagi.

Mendengarkan itu, mata Raihana mula bergenang sebelum dia menggeleng-geleng.

"Jangan cakap macam tu, Daniel. Saya yang tak betul-betul berusaha untuk berada di samping awak, susah dan senang."

Kepala itu diusap-usap lembut. Raihana lantas mengukuhkan pelukan itu.

"Sorry, saya lambat. Sorry sangat-sangat sebab saya lambat datang." Ucap Raihana.

Daniel menggeleng. "Tak lambat pun. Awak tak pernah lambat. Saya..."

Sedang begitu, kata-kata itu termati.

"Daniel?" Panggil Raihana.

Dia lantas merenggangkan pelukan itu, sebelum melihat Daniel yang mengukir senyuman padanya.

"Sorry, terjatuh atas bahu awak. Tak boleh kawal." Kata Daniel. Tatkala itu, darah dari hidungnya itu mengalir lagi.

Raihana lantas mengambil tuala kecil lalu mendapatkan Daniel. Hidung itu pantas ditekup.

"Bongkok sikit, Daniel." Ujar Raihana. Daniel hanya menurut. Membiarkan darah itu berhenti sendiri.

Sisa darah itu dilap sehingga kering. "Saya nak panggil doktor. Awak tunggu sekejap."

Daniel menggeleng. Tangan Raihana ditarik perlahan.

"Stay." Pintanya.

Raihana terus berpaling memandang Daniel. Perlahan, punggungnya dilabuhkan di sisi Daniel.

"Saya ok." Ujar Daniel dalam senyumannya.

Raihana terdiam seketika sebelum tertunduk.

"Sorry, Daniel. Saya tak secukupnya buat yang terbaik untuk awak." Ucap Raihana.

Memikirkan kata-kata Fahrin tentang rahsia yang selalu mereka simpan sendiri, mungkin ada benarnya kata-kata itu.

"Awak dah buat yang terbaik, Hana. Nak cukupkan apa lagi, hmm?" Soal Daniel, lembut. Tangan Raihana dielus.

Raihana hanya mengeluh sebelum wajah Daniel ditatap dengan senyuman nipisnya. Tangan Daniel digenggam erat sebelum dikucup lembut.

"Hana.." Panggil Daniel.

"Hmm?"

Wajah Raihana ditatap. "Kalau awak dah penat jaga saya, cakap pada saya. Ya?" Pinta Daniel.

Mata mereka saling bertatapan.

"Kenapa?" Soal Raihana.

"Awak tahu kan, sekuat mana pun yang awak lalui dengan saya, akan ada satu masa yang membuatkan awak rasa sangat lemah, mental dan fizikal." Balas Daniel.

Kepala Raihana diusap sebelum Daniel menyambung. "Walaupun saya tak boleh buat apa-apa tapi, saya perlu tahu. Beritahu saya, ya?"

Raihana diam seketika sebelum tersenyum nipis dan mengangguk.

Daniel tersenyum. Pipi Raihana pula diusap.

"Sorry. Kurus dah isteri saya ni asyik jaga saya je. Penat ulang alik hospital." Ujar Daniel.

Raihana menggeleng. "Tak penat pun. Asalkan jumpa awak. Daripada awak menghilang entah ke mana, lagilah."

Daniel ketawa kecil. "Saya dah tak ke mana-mana dah. Ada kat sini je. Mungkin sampai akhir nyawa saya pun, masih ada kat sini." Katanya.

Ayat itu, walaupun bersahaja, namun tetap mengubah perasaan Raihana. Menjadi sebak.

Berbicara tentang mati sememangnya meluluhkan.

Raihana mengukir senyumannya, mengawal perasaannya.

Jangan sedih lagi, Raihana. Kerana mati itu pasti.

Kau takkan selamanya mahukan Daniel terlantar begini, bukan?

Pasti akan ada satu masa yang kau tetap harus lepaskan dia pergi, sebagai melepaskan penderitaan yang dialaminya sepanjang hidupnya.

Kepala Daniel diusap.

"Awak bahagia, Daniel?" Soal Raihana.

Daniel tersenyum sebelum mengangguk-angguk. "Sangat-sangat bahagia."

"Walaupun sakit teruk macam ni?"

"Sakit tu fizikal je, Hana. Mental saya, rohani saya sangat tenang. Jadi pesakit kanser banyak ajar saya untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, dekatkan diri saya dengan Tuhan." Balas Daniel.

Raihana diam seketika. Menyangkal pemikirannya tentang penyeksaan yang dialami Daniel.

Bahagia itu, adalah batin mereka.

Barulah dia faham kini dengan ayat Dhia tentang kebahagiaan itu.

Berbicara mengenai Tuhan, adakah dia dikira tak bersyukur dengan apa yang ada? Meminta secara berlebih-lebihan dengan apa yang telah diberi?

Nafasnya ditarik sebelum dihela perlahan.

Tuhan, dalam saat Daniel dah lebih dari bersedia, apa lagi yang menyekat aku untuk merelakan semuanya? Sedangkan yang lebih rasakan sakit itu, dia.

Ini sungguh, merupakan khilafnya dalam mempercayai takdir Tuhan.

"Hana, redakan saya pergi. Ya?" Pinta Daniel.

Raihana memejamkan matanya sebelum dikucupnya kepala Daniel.

"Asalkan awak bahagia."

Jawapan yang akhirnya Raihana luahkan.

"Saya bahagia, Hana. Sangat-sangat bahagia." Ucap Daniel.

Raihana tersenyum.

"Baguslah."

Daniel menatap wajah Raihana.

Saya tahu susah buat awak, Hana. Dalam usia muda awak, awak terpaksa ditinggalkan sendiri. Saya tahu awak takkan mampu terima semua dalam masa terdekat.

Tapi Hana, doa saya sentiasa ada untuk awak. Setiap hari, setiap malam, saya tak pernah putus-putus berdoa supaya rahmat Tuhan akan ada untuk awak. Supaya berkat doa saya berkekalan.

"Hana, birthday awak bulan depan." Ujar Daniel kemudian.

"Hmm?" Wajah Daniel ditatap sambil kening diangkatkan.

"Lupa?"

Raihana menghitung tarikh. Baru teringat. Seketika, dia menyeringai.

"Kenapa dengan birthday saya?" Soalnya kemudian.

"Kita sambut?" Soal Daniel.

"Hmm? Sambut?"

Daniel mengangguk. "Kita tak pernah sambut apa-apa sepanjang perkahwinan kita, kan?" Soal Daniel.

Raihana diam, berfikir sejenak. "Boleh je."

Daniel tersenyum. "Hana nak apa-apa?" Soal Daniel.

"Em, nak awaklah. Boleh?" Gurau Raihana.

Daniel mencuit hidung Raihana. "Pandai bergurau, eh. Saya betul-betul masuk dalam kotak hadiah besar nanti, baru tahu." Katanya.

Raihana ketawa. "Saya tak tahulah nak apa, Daniel. Awak minta mengejut sangat."

Dalam hati, rasa teruja sebenarnya.

"Kalau macam tu, tunggu jelah kejutannya apa." Ujar Daniel.

"Ok. Saya tunggu. Tengok kalau saya suka ke tak." Balas Raihana.

"Berani awak tolak, berani lagi saya tolak awak ke luar tingkap tu."

Raihana ketawa. "Daniel!"

Tangan Daniel dipukul. Daniel turut ketawa kemudiannya.

Kepala Raihana diusap. Seronok melihat Raihana ketawa begitu.

Tangan Raihana ditarik.

"Hana."

"Hmm?"

"All of me loves all of you. Love all your curves and edges, all your perfect imperfections." Ucap Daniel.

"Tiru lirik lagu, eh?" Soal Raihana dalam senyumannya.

Daniel ketawa. "Tapi maksudnya masih sama."

Raihana tersenyum simpul.

"Nak suruh saya balaslah ni?" Soal Raihana.

"Well, if you can." Balas Daniel, bersahaja.

Raihana menatap Daniel. Jeda seketika.

Sebelum senyuman halus terukir, lalu kepala itu diusap-usap lembut.

Bicara itu terus diungkapkan, sepenuh perasaan. Dalam mendatangkan erti, sebak juga turut dirasai.

"In another life, I would make you stay. So I don't have to say you were the one that got away."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro