Epilog Dua

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"FAHRIN?"

Reaksi Raihana yang agak terkejut itu dibalas dengan segarit senyuman yang terbit dari bibir lelaki itu.

"Rai."

Terdengar pula namanya dipanggil perlahan oleh Fahrin.

Dahi Raihana berkerut seketika.

"Awak buat apa kat sini? Mana tahu....?" Soal Raihana yang tak dapat menghabiskan kata-katanya.

"Daniel suruh saya tengokkan keadaan awak." Balas Fahrin.

"Oh."

Raihana terus tertunduk seraya mengukirkan senyuman nipisnya apabila mendengar nama itu.

Fahrin hanya menatap Raihana. Tersedar akan perubahan pada wajah Raihana yang kelihatan sedikit tidak bermaya itu.

"Awak sihat?" Soal Fahrin, sekadar bertanya.

"Mungkin." Balas Raihana, perlahan sebelum memandang wajah Fahrin.

Anggukan diberikan tanda faham. Teringat akan kata-kata Daniel yang pernah dipesankan buatnya sebelum Daniel meninggalkan mereka.

"Tolong tengokkan dia."

"Kenapa mesti aku?"

"Sebab kau tak jauh dari dia. Senang kalau dia perlukan pertolongan. Aku nak pergi jauh."

Dan kini, sekarang, kali pertama dia bersemuka kembali dengan wanita itu.

Fahrin menarik nafasnya sebelum menunduk kecil. Tak mahu memikirkan perasaan yang bagaikan mula berperang ini.

Raihana memandang Fahrin kemudiannya apabila mereka mula membisu. Seakan terasa janggal kerana sudah lama tidak bertemu sebenarnya.

"Em, kalau awak nak masuk..."

"Tak apa. Kat sini pun dah cukup. Saya cuma nak tengokkan keadaan awak, macam yang Daniel pernah suruh." Pintas Fahrin.

"Tak apa. Saya ok je." Balas Raihana. Sedaya upaya mengukir senyumannya.

Fahrin tersenyum nipis. Faham akan istilah 'ok' itu. Mana mungkin seorang wanita akan baik-baik saja apabila tiada peneman di sisinya.

"Baguslah kalau awak ok." Katanya, hanya melayan.

Raihana memandang wajah Fahrin yang sedang menatap wajahnya.

"Fahrin, tentang kita...."

Pandangan Fahrin mula alihkan.

"Tak apa. Jangan bincangkan hal lepas lagi. Macam saya pernah kata, doakan saya bahagia. Itu dah memadai. Saya takkan minta lebih-lebih macam dulu." Kata Fahrin.

Wajah Raihana ditatap sejenak.

"Kalau ada perlukan bantuan apa-apa, terus telefon saya. Sepanjang Daniel tak ada, dia dah amanahkan saya untuk jaga awak, dan saya tak boleh ingkar janji saya. Jaga diri." Ujar Fahrin sebelum dia terus memusingkan tubuhnya dan mula mahu berlalu ke keretanya.

Mendengarkan itu, Raihana mula memanggil namanya.

"Fahrin."

Fahrin berhenti sebelum menoleh, memandang Raihana.

Raihana menatap wajah Fahrin, agak lama.

"Saya sejak belakangan ni, selalu mimpikan Daniel."

Bersama genang yang mula lahir dari mata redupnya.

"Awak tak boleh panggil dia balik?" Soal wanita itu lagi.

Sepi, dan riak wajah Fahrin semestinya berubah tatkala demikian.

"Sebab saya, saya rindukan dia sangat-sangat."

Raihana menelan liurnya. Matanya yang bergenang semakin berkaca-kaca.

Dan itu menjadi esak Raihana di situ tanpa bersembunyi lagi. Yang selama ini ditahan hingga tak terbendung lagi.

Fahrin hanya memandangnya. Terkaku, tak berganjak.

-------------------------------

TATKALA malam, Raihana meluangkan masa di ruang tamu rumahnya.

Siaran yang terpapar di skrin televisyen itu hanya dibiarkan terpasang. Dalam pada Raihana sendiri sedang leka membelek majalah yang ada di tangannya sejak tadi.

Hanya membelek, tak baca pun. Sekadar melihat sekilas isinya. Sudah beberapa hari majalah itu dibeli namun baru hari ni dia tergerak hati membeleknya.

Sehelai demi sehelai muka surat diselak perlahan, sebelum dia terlihat satu halaman yang menarik perhatiannya.

Raihana membaca tajuk utama pada halaman itu.

'Bahagia Dalam Sibuk'

Matanya tertancap pula pada sebaris ayat di bawahnya.

'Usahawan negara, Imer Faqih tak lupa tanggungjawab kepada isteri, anak-anak'

Seketika melihat gambar Imer Faqih yang sedang mendukung anak perempuannya, sambil sebelah tangan memeluk bahu seorang wanita yang mendukung seorang bayi, Raihana jeda seketika sebelum mengukir senyumannya.

"Adya." Katanya, perlahan.

Peristiwa pertemuannya bersama wanita itu mula bermain semula dalam mindanya.

Nampaknya, Adya dah melahirkan anaknya. Mungkin itu anak yang kedua dan yang bongsu.

Baru tahu selama ni, dia berjumpa dengan isteri usahawan rupanya.

Foto keluarga di dalam majalah itu disentuh perlahan. Begitu indah dirasakan apabila melihat senyuman dan tawa pasangan tersebut bersama anak-anak mereka.

Raihana mengukir senyumannya buat kesekian kali. Entah apa yang sebenarnya bermain dalam mindanya.

Dia menutup majalah itu dan meletakkannya ke tepi. Setelah menutup siaran, Raihana berlalu menuju ke biliknya.

Macam biasa, dia akan terus ke beranda, bagi melihat langit malam. Sengaja ambil angin.

Raihana buat kesekian kalinya, berdiri di tepi tingkap sambil memandang langit. Sambil tangannya bermain-main dengan loket bintang yang dikalungkan ke lehernya.

"Rindu." Keluh Raihana sendiri, dalam sayunya.

Kalau boleh, dia tak mahu memikirkan tentang ini terlalu berlama-lama. Silap hari bulan, dia memang akan menangis. Menanggung rindu yang sememangnya tak tertahankan.

Raihana memang suka beremosi sejak Daniel tiada. Dia tahu. Namun dia juga tak mampu mengelak untuk itu.

Dia menolak perlahan-lahan jendela itu dan membiarkan angin malam menampar pipinya. Seketika kemudian, dia mula termenung jauh.

Termenung tentang Daniel, semestinya.

Ketika dia menegakkan tubuhnya sambil melemparkan pandangan ke arah luar, Raihana mula menarik nafasnya perlahan. Mahu meredakan perasaan hatinya.

Tangannya perlahan-lahan mula dibawa ke matanya untuk ditatap. Mula mahu membayangkan kenangan manis, dan juga sebagai memujuk dirinya.

Namun, belumpun sempat Raihana demikian, dia terasa ada yang telahpun menutup matanya terlebih dahulu.

Raihana pantas menoleh. Terkejut Raihana bukan kepalang melihat susuk tubuh itu.

"Cakk!"

Daniel yang berada berhadapan dengan Raihana mula mengukir senyuman girangnya.

"Hai!"

Terlontar kuat suara itu dek Daniel sendiri, menandakan keterujaannya apabila melihat Raihana di depan mata.

"Niel?" Seru Raihana, tak percaya. Tak berkelip mata Raihana dibuatnya.

Daniel mengenyit sebelah matanya sebelum kedua-dua pipi Raihana dicubit-cubit dan ditarik.

"Hmmph, comelnya! Lama tak jumpa si gebu-gebas ni! Sihat ke, hmm?"

Raihana mengaduh sakit dibuat demikian.

"Sakitlah!" Lengan Daniel dipukul kuat. Menghadirkan tawa Daniel yang sangat galak.

Raihana memandang Daniel dengan geramnya. Dada bidang Daniel dipukul kuat.

"Awak suka macam ni! Balik tak nak cakap dulu! Call pun tak, apa pun tak! Ingat lawak ke?" Luah Raihana, cukup tak berpuas hati.

Mana tak marah. Aku kat rumah ni kemain hiba mengenangkan dia. Dia boleh selamba je masuk dalam rumah diam-diam. Dengan tak ada salamnya, tak telefon dulu. Langsung tak cakap nak balik bila.

Dah la panggil aku gebu!

Hei, geram pulak kita dibuatnya!

Dada Daniel dipukul lagi.

Daniel ketawa mendengar amarah Raihana. Lama tak dengar suara Raihana membebel.

"Sengaja je. Nak tahu juga apa isteri saya buat masa saya tak ada. Mana tahu, tengah menangis-nangis kat tepi katil sambil tengok gambar saya kat handphone ke, kan." Usik Daniel.

Lengan Daniel dicubit. Geram masih tak hilang. Dalam menahan pedih dicubit, sempat juga Daniel ketawa.

Bukan sekali dua dia kena cubit setiap kali balik dari luar negeri mahupun negara. Tapi memang setiap kali balik, kena cubit.

Sebab? Daniel menghendap masuk rumah diam-diam. Tak menghubungi Raihana terlebih dahulu. Tahu-tahu je, dah ada dalam villa mereka itu. Nak lagi jahat, sengaja dia menyergah kuat Raihana dari belakang bila Raihana sedang bersendiri.

Raihana pula, memang selalu terkejut beruk dengan Daniel. Kadang-kadang, terlepas carutannya disebabkan Daniel menyergahnya begitu.

Mana tak mencuka si isteri jadinya.

Tapi, Daniel suka.

"Bila balik? Awak sampai Malaysia pukul berapa?" Soal Raihana, masih lagi bernada tak puas hati.

Daniel menyeringai. "Lepas senja tadi. Hehe."

"Dah tu, tak reti nak telefon?"

"Alololo, marah pula si kecil-kecil molek ni. Saya ada bawa ole-ole. Special dari Itali. Suka, kan?"

Raihana memandang Daniel atas bawah sebelum lelaki itu dijeling tajam.

"La, tak suka?" Soal Daniel bersama tawa kecilnya.

Raihana hanya memuncung.

Si Daniel ni pun, orang dah kata kalau kerja tu tak payah beli apa-apa, pergi beli jugak buat apa.

Daniel dilihatnya ketawa lagi. Membuatkan Raihana menjeling lebih tajam.

Dari tadi asyik ketawa je dia ni. Entah apa yang lawaknya.

Aku pulak yang rasa gatal tangan nak cubit-cubit mulut dia tu.

Bibirnya diketapkan. Ikut hati, terasa nak belasah je Daniel ni. Biar Daniel tahu betapa tak terhingganya geram Raihana kat dia.

Tapi....

Hanya kemudian, Daniel dipeluknya perlahan-lahan. Bersandarkan kepalanya pada dada bidang milik Daniel itu.

Tanpa suara. Hanya ingin mendengar degupan jantung suaminya yang dirasakan merdu malam itu.

Raihana terus mengeratkan pelukannya.

Hanya jua tiba-tiba terdengar esak halus Raihana kemudiannya.

Mendengar esak itu, Daniel mengukir senyuman lembut. Dibalasnya pelukan Raihana, erat. Kepala Raihana tak henti-henti diusap sebelum dikucupnya.

Alahai, isteri cengengku.

Ditepuk-tepuknya Raihana perlahan, memujuk tanpa suara. Sebab Raihana lebih suka dan selesa dipujuk cara begitu. Tanpa bunyi, hanya perlakuan memujuk dilakukan kepadanya.

Belakang Raihana digosok-gosok sehinggalah Raihana kembali tenang. Apabila dirasakannya Raihana mula berhenti dan mengelap air matanya, Daniel menjarakkan pelukan. Air mata yang bersisa diseka perlahan dengan ibu jarinya.

"Sayang sihat?" Soal Daniel, lembut.

Raihana yang menunduk hanya mengangguk sebelum tersenyum.

Tiada panggilan 'Puan', 'Cik Puan' mahupun 'Hana', kerana kini Daniel mengubah panggilan-panggilan itu dengan satu nama yang lebih sedap didengar bagi Raihana.

'Sayang'. Satu panggilan yang cukup membuatkan Raihana terasa lebih bahagia setiap hari. Terasa lebih disayangi.

Terubat rindu mendengar panggilan manja sendiri setelah hampir sebulan tak dengar secara berdepan.

Daniel juga tersenyum. Melihat gaya Raihana dengan hidung merahnya kesan menangis tadi, tak dinafikan dia sangat comel begitu.

Dia kembali memeluk isterinya. Membiarkan tubuh isterinya didakap hangat. Membiarkan sentuhan mereka bersatu dalam jarak itu.

Mana tak rindu isteri. Sebulan pun terasa dah macam setahun. Lagi-lagi isteri dia bukannya bersendirian sekarang ni.

"Baby ok tak? Selalu nakal tak?" Soal Daniel.

Raihana hampir ketawa. "Dia tak nakal pun. Cuma rindu ayah dia je." Balas Raihana dalam mencebik setelah ayat terakhir diungkapkan.

"Itu kan ibu dia, bukan dia. Kan?" Usik Daniel.

"Dia pun sama la. Ish, suka hatilah." Balas Raihana. Bertukar sudah mood sedih kepada mood garang.

Daniel ketawa. Begitu cepatnya mood ibu mengandung berubah.

Sejak mengandung ni, garang betul isteri dia ni. Dahlah memang dari dulu garang. Baru nak masuk empat bulan. Ni kalau dah lapan bulan, singa pun agaknya mengalah.

Tapi, dalam garangnya Raihana, yang suka bermanja dengan Daniel pun, dia juga. Tengoklah tadi, kemain menangis. Emosional sungguh. Nampak betul disebabkan pembawakan budak. Dulu, mana ada Raihana suka beremosi macam tu.

Teringat juga perbualan dia dan Fahrin beberapa hari lepas ketika ditanya keadaan Raihana. Yang membuatkan Daniel hampir pecah perut ketawa di sana apabila mendengar jawapan Fahrin dengan nada tak puas hatinya.

"Kau tu, balik je la cepat. Dia dah menangis macam apa masa aku jumpa dia. Pengawal, jiran kau semua datang sebab ingatkan aku cederakan dia. Semua kau punya pasal."

Tapi juga, dalam beremosi Raihana, yang paling menang menyakat masih Daniel. Menang memujuk pun, Daniel juga. Itulah yang Daniel bangga-banggakan sangat.

"Hari ni buat apa je, hmm?" Soal Daniel sambil menyelitkan rambut Raihana ke belakang telinga.

"Lawat Dhia. Bersihkan 'rumah' dia." Balas Raihana.

"Oh." Balas Daniel pula, memahami. Beberapa hari sebelum ini juga dia dimaklumkan perkara sama.

Sejak Dhia meninggal, selalu juga Raihana melawat pusara milik Dhia. Lagi-lagi sekiranya ditinggalkan bersendirian. Daniel juga tidak ketinggalan mengikut bersama Raihana sekiranya dia kelapangan.

Dan, setiap kali Daniel melihat pusara itu, hatinya pasti tersentuh.

Dulu dia sepatutnya berada di situ juga, bukan?

Daniel tersenyum sendiri. Bersyukur dengan jangka hayatnya yang dipanjangkan kini.

Sedang begitu, dia terasa dadanya dipukul.

"Hei."

Segera Daniel sedar dari lamunannya.

Raihana dilihat sudahpun merenggangkan pelukannya dan menjarakkan diri sedikit dari Daniel.

"Kan Hana dah beritahu awak pagi tadi, sebelum Hana pergi? Awak tak baca Whatsapp, eh?" Soal Raihana, baru teringat.

Daniel berfikir sejenak sebelum menyeringai. "Bateri habis. Tak sempat baca. Hehe."

Raihana membulatkan matanya.

"Eii, tak pekanya! Kalau dibuatnya ada emergency, macam mana?" Soal Raihana.

Patutlah aku telefon, voicemail je memanjang! 

Si Daniel ni kan, memang puas betul kalau dapat ditinju!

"Sayang tahu, naluri seorang suami ni sangat kuat, tau. Bila bini jauh beribu batu pun, kalau namanya kecemasan, dia terus dapat 'feel', macam telepati. Tak payah nak diberitahu. Ha, gitu." Kata Daniel, bersungguh-sungguh. Namun, memang jelas yang dia tengah bermain-main. Cakap je melebih.

Raihana menarik pipi Daniel, lama dan kuat sambil mengetapkan bibirnya. Geram!

Daniel mengaduh dalam tawanya yang mula kuat kedengaran itu.

"Suka sangat main-main...!" Ujar Raihana dalam bibirnya yang diketap itu.

Daniel masih begitu. Sehinggalah Raihana rasa puas hatinya kemudian barulah dia melepaskan cubitan itu.

Biar padan muka! Asyik main-main je!

Daniel menggosok pipinya dalam tawa itu. Melihat wajah Raihana kemerahan menahan geram, makin kuat pula tawa Daniel meletus.

Pantas, Raihana ditarik dalam pelukan Daniel. Dengan girangnya, tubuh Raihana dibuai-buai.

Raihana yang tadinya memasamkan wajahnya perlahan-lahan mula mengukir senyuman. Mengalah juga akhirnya.

Mana nak tahan marah lama-lama. Kalau Daniel tak banyak celotehnya macam sekarang, lagilah Raihana rasa susah hati. Sebab dah memang perangai dia macam tu.

Lagipun, bila melihat Daniel menyakatnya begini, hati Raihana walaupun rasa geram tak terkata, tapi terselit jua leganya.

Sebab Daniel dah bukan macam waktu sakit dulu. Dia dah aktif. Bukan lagi Daniel yang pernah menangis meluahkan resah hatinya, atau sakit yang tak terbendung itu.

Tubuh Raihana terus dibuai-buai perlahan. Sambil satu kucupan singgah di kepala Raihana.

"Buat orang geram, lepas tu bodek nak ambil hati balik. Ingat kita termakan sangat la tu." Ujar Raihana.

Daniel ketawa. "Perasan ke?" Soal Daniel.

"Lapuk, tahu."

Daniel mengekek, menahan tawanya dari terus berbunyi. Raihana yang mendengar hanya tersenyum mencebik.

Sengal, bisik hatinya.

Pelukan di pinggang Daniel diutuhkan. Masih tak hilang lagi rindu dengan lelaki sengal bernama Daniel ini.

Daniel juga begitu. Berpelukan sekian lamanya bersama Raihana.

"Fahrin ada datang jenguk tak?" Soal Daniel. Sengaja tanya, padahal dah tahu.

"Ada. Tak ingat bila. Awak suruh?" Soal Raihana pula.

Daniel mengangguk. "Hmm. Saya minta tolong dia sejak sebelum pergi dulu. Dah sayang tak nak balik rumah ummi, kenalah ada yang datang jenguk."

"Ala, buat apa. Hana pun reti jaga diri sendiri."

"Tahu. Tapi saya tetap rasa tak sedap hati. Jauh sangat nak tengokkan keadaan sayang."

Raihana hanya mencebik kemudian.

Teringat juga saat dia terhambur menangis depan Fahrin.

"Fahrin! Panggilkan dia balik! Dah tiga hari dia tak call saya!"

"Er, Rai...."

Raihana terus menangis tersedu-sedu.

"Rai, dia kan ada kerja...?"

"Saya tahu! Tapi saya sedih sangat ni!"

Fahrin menghampiri Raihana. Ingin menepuk bahu Raihana tapi rasa tak manis pula. Sudahnya, hanya kepala Raihana ditepuk-tepuk perlahan dengan hujung jemari sambil memandang sekeliling.

Ni kalau dah meraung macam ni, siapa je yang tak dengar.

"Daniel mana! Kenapa dia tak nak telefon langsung!" Teriak Raihana dalam marah dan esaknya.

"Emm, err, sekejap lagi nanti dia balik, kut."

"Puan, kenapa ni?"

Dan, apa yang jadi tentang Fahrin yang terpaksa ditahan pengawal untuk sesi 'temu ramah' selepas itu terus dihentikan daripada bermain dalam minda.

Raihana terus menarik muka.

"Dia ada cakap apa-apa kat awak ke?" Gumamnya.

"Tak ada. Kenapa?" Soal Daniel dalam tawa yang ditahan. Sengaja taknak membangkitkan hal Fahrin disoal selidik pengawal. Raihana bukannya nak mengaku pun.

Raihana hanya mendiamkan dirinya. Daniel yang sudah menguntumkan senyuman terus-terusan mengusap kepala isterinya.

Manja betul Raihana ni. Tapi dia tak nak mengaku dia sendiri manja. Konon tak suka menempel, katanya. Eleh, sembang.

Satu kucupan singgah di kepalanya. 

"Sorry sayang, sebab I'm too busy." Ucap Daniel sedang agak lama mereka menyepi.

Sememangnya dia rasa bersalah yang teramat.

Dia tahu memang tak patut dia tinggalkan Raihana tatkala Raihana sedang berkeadaan begini. Raihana sememangnya perlukan Daniel.

Nak berdalih, ini bisnesnya. Kalau dia tak proaktif, bagaimana dengan rakan kongsinya yang lain?

Daniel mengeluh kecil. Benci sebenarnya tinggalkan Raihana lama-lama.

Nasib baik semua ni tak lama.

"Tak apa. Awak cari duit untuk Hana dengan baby jugak. Kalau awak cari duit untuk perempuan lain, memang sedap je Hana tunjal-tunjal dahi awak tu." Balas Raihana, selamba. Lancar sungguh keluar dari mulutnya. Padahal, setiap hari menangis macam budak kecil.

Daniel ketawa, agak kuat. Garang betul!

Raihana yang masih dalam pelukan itu menjeling Daniel sebelum dada lelaki itu dipukul manja. Kemain suka, ya.

Pelukan direnggangkan. Tatkala wajah Daniel diperhati, pipi Daniel diusap lembut.

"Awak nak air apa? Hana buatkan." Ujar Raihana. Kasihan melihat suaminya yang jelas kepenatan itu.

Daniel tersenyum simpul. Suka benar bila suara Raihana mula berlembut begitu. Sedangkan bila Raihana marah pun dia suka, apatah lagi kalau nada Raihana mula bertukar begitu.

Tergoda dibuatnya. Hahaha.

"Hmm, apa-apa pun boleh. Air masak sejuk pun okay. Air panas pun sedap juga." Balas Daniel.

Sebenarnya, sejak Raihana mengandung, ada juga beberapa kali dia menolak kalau Raihana menawarkan diri untuk memasak atau buatkan minuman untuknya. Tapi itu pula yang menjadi rajuk Raihana.

"Awak merendahkan kemampuan Hana ke? Sebab perempuan mengandung nampak lembik, macam tu?"

Sudahnya, Daniel terpaksa mengalah. Layankan je si buah hati. Kenanya kalau dia tak larat, Raihana pandai-pandailah nak berhenti bila.

Takkan Raihana sendiri sengaja nak menyakitkan anak mereka yang sedang dikandung, kan.

Nasib baik, Raihana hanya minta untuk memasak. Tugas rumah lain memang hanya diserahkan kepada pembantu rumah.

Kalau dia minta nak buat kerja rumah itu ini, mesti dah jadi gaduh besar dalam rumah ni. Sebab Daniel sememangnya melarang untuk itu.

Raihana tersenyum seronok mendengar jawapan Daniel. "Ok. Hana buatkan air, tau? Awak tunggu, tau? Tau?"

Manja sungguh kedengaran bunyinya. Apatah lagi bila tangan Raihana mendarat di dadanya sekejap. Dan Daniel sukakannya.

Daniel berlalu dan melabuhkan punggungnya di birai katil. Mengeluarkan segala isi dalam poket seluarnya untuk diletakkan seluarnya itu nanti ke dalam bakul kotor. Senang nak cuci nanti. Bajunya juga sudah ditanggalkan.

Sedang di situ sendirian, mata Daniel tertancap pada sesuatu yang bagaikan terselit di bawah bantal.

Bantal itu diangkat. Terangkat kening Daniel melihat kepingan-kepingan gambar mereka berdua dan rata-ratanya Daniel bersendiri di dalam foto itu.

Foto-foto itu dibelek satu persatu.

Ya Allah, isteri. Dah gaya macam hilang laki. Gambar-gambar aku pun jadilah nak dibuat lepas rindu.

Terlepas tawa kecil Daniel sebelum dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Macam-macamlah Raihana ni. Bila depan-depan, bukan main garangnya.

Foto-foto itu diselit kembali dengan pantas apabila terdengar bunyi tapak kaki Raihana dari luar bilik.

Raihana datang kemudiannya dan meletakkan secawan kopi panas di atas meja buat Daniel yang sedang berpura-pura bermain telefon bimbitnya.

Daniel mengambil secawan kopi itu lalu mengukir senyumannya.

"Thanks, sayang."

Raihana membalas dengan senyumannya lalu duduk sebentar di sisi Daniel yang leka menyisip kopi panas itu sebelum mula berlalu. Ingin mengambil tuala untuk Daniel.

Apabila tuala diserahkan, segera Daniel meletakkan cawan kopi tadi kembali di atas meja dan menyambut tuala itu. Raihana mula mengatur langkah ke pintu.

Tiba-tiba, lengan Raihana pantas dicapai sebelum Raihana ditarik. Terus terduduk Raihana di atas riba Daniel.

Terkejut juga Raihana namun tak mampu pula dia bersuara. Wajah Daniel ditatap.

Baru sahaja ingin memarahi suaminya yang bertindak secara tiba-tiba itu, dia terasa pipinya diusap.

"Rindu sayang." Ucap Daniel.

Dan, secepat itu, bibir Daniel terus memaut bibir milik Raihana. Menghadirkan kejutan buat Raihana sekali lagi.

Wajah Daniel ditatap sekejap sebelum Raihana jua turut memejamkan matanya kemudian.

Belakang kepala Daniel diusap lembut sambil leher itu mula dipeluk. Ciuman Daniel mula dibalas.

Sebulan tak jumpa. Tipu kalau Raihana katakan yang dia tak langsung rindu Daniel.

Pelukan semakin dieratkan. Masing-masing tenggelam dalam dunia yang mereka cipta bersama.

Agak lama demikian, Raihana menarik wajahnya. Daniel yang tersedar akan tindakan Raihana itu mula membuka matanya sebelum tersenyum simpul.

"Dah. Dah. Pergi mandi dulu. Nanti terus kerja tak jalan. Kalau nak sambung lagi, lain kali pun boleh." Ujar Raihana sambil menepuk-nepuk pipi Daniel perlahan.

Daniel ketawa. Faham akan maksud ayat Raihana. Sebab memang selalunya jadi "lain" nanti.

"Nak sambung masa mandi, boleh?" Usik Daniel.

"Eii." Perut Daniel dicubit. Semakin galak Daniel ketawa.

Raihana hanya tersenyum melihat Daniel. Bab menggatal memang Daniel nombor satu.

Daniel memeluk pinggang Raihana, mesra.

"Sayang, hujung minggu ni, jom keluar?" Ajak Daniel.

"Hmm? Nak pergi mana?" Soal Raihana.

"Jalan-jalan. Sayang kata nak beli baju preggy?" Balas Daniel.

Raihana mengangkat keningnya. "Awak tak sibuk ke?" Soal Raihana.

Kalau ikutkan, memang dia nak beli. Tapi dia dah bercadang nak beli sendiri, sebab Daniel memang sibuk. Dia faham akan kerja Daniel. Fida pun dah tawarkan diri untuk menemaninya bila-bila Raihana nak keluar nanti.

Sengaja nak beli awal, sebab mengada nak pakai cepat. Tak sabar. Hehe.

Tapi, pelik juga bila Daniel mengajaknya keluar. Jalan-jalan pulak tu.

"Tak pun. Jomlah. Hmm?" Ajak Daniel. Tangan Raihana diambil lalu digoyang-goyangkan.

"Kerja awak macam mana?" Soal Raihana.

"Saya dah tak uruskan bisnes tu sangat lepas ni."

"Eh? Kenapa?"

Daniel tersenyum sebelum hidung Raihana dicuit. "Saya nak habiskan masa dengan sayang saya ni. Nak jaga sayang dengan baby sepenuh masa." Balas Daniel.

"Habis tu, kerja awak?" Soal Raihana, masih tidak mengerti.

"Saya cuma kena pantau dari rumah je sekarang. Just online dari rumah untuk tengok perkembangan bisnes macam mana. Yang lain, kawan uruskan."

"Boleh ke? Nampak macam awak tak buat kerja je."

Daniel ketawa kecil. "Mana ada. Saya dah banyak sangat deal sana sini. So, diorang sendiri yang suruh saya uruskan dari rumah mulai sekarang. Lepas sayang bersalin nanti pun, saya dah tak keluar negara dah. Cuma uruskan dekat-dekat sini je." Perjelas Daniel.

"So, awak ada kat rumah je la?" Soal Raihana. Daniel mengangguk.

"Ye ke?" Soal Raihana, meminta kepastian. Terpancar wajahnya yang teruja itu.

Kedua-dua pipi Raihana dicubit-cubit. "Iya, sayang. Takkan saya nak tipu."

Raihana ketawa. Suka dibuat begitu.

Daniel juga ketawa kecil melihat Raihana demikian. Suka benar Raihana bila diberitahu pasal tu. Lapang hati jadinya.

"Tapi nanti, untuk kali yang terakhir, saya kena keluar lagi. Kali ni, lama sikit." Kata Daniel.

"Pergi mana pulak?" Soal Raihana sambil mengangkat keningnya.

"Dubai. Dua...."

"Dua minggu?"

"Nope. Dua bulan."

Terus termati tawa dan senyuman Raihana dibuatnya.

"Dua bulan?" Soal Raihana, lambat. Rendah suaranya begitu.

Daniel mengangguk. "Hmm."

Raihana terus diam. Langsung tak segirang tadi.

Daniel menahan tawanya. Ha, nak nangis la tu.

"Sayang, muka tu jangan monyok sangat. Saya tak habis cakap lagi."

Raihana memandang Daniel. "Apa?"

Daniel memeluk pinggang Raihana. "Kerja tu sekejap je. Saya yang sengaja nak duduk sana lama-lama. Nak ajak sayang jalan-jalan kat sana. Kesian sayang saya ni tak keluar mana-mana pun."

Raihana mengangkat keningnya. "Maksudnya, Hana ikut awak?" Soal Raihana.

Daniel mengangguk. "Lama sikit tak apa, kan?"

Raihana mengangguk-angguk girang.

"Tapi, betul ni Hana boleh ikut? Bukan tipu?" Soal Raihana.

Daniel ketawa. "Sayang, takkan saya nak tipu benda macam ni. Saya dah tempah dua tiket dah pun."

Raihana ketawa girang. Kembali berseri wajahnya. Menimbulkan bahagia buat Daniel juga melihat reaksi Raihana begitu.

Manja tak terkata.

"Jom keluar hujung minggu ni, okay? Kita beli apa-apa yang sayang nak."

Raihana mengangguk-angguk bersetuju.

"Kita boleh makan waffles sama-sama, kan?" Soal Raihana.

"Iya, sayang. Nak banyak mana, perisa apa, semua kita boleh."

"Yes! Lepastu kita pergi makan nasi ayam. Ha, mihun sup pun. Eh, kita pergi yang tempat makan dulu awak bawa Hana tu, nak tak? Kat sana ada mee goreng sedap. Kita boleh jugak pesan ikan siakap yang awak suka jugak tu. Bestnya!" Raihana mula membayangkan apa yang akan bakal dipesannya nanti.

Daniel hanya mendengar segala yang dikatakan Raihana itu.

Masalahnya, isteri dia ni dah terus lupakan baju mengandung yang dia nak sangat beli sebelum ni tu, dah kenapa.

Daniel tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Dipanggil gebu, marah pulak tapinya. Apa saja.

Menyedari yang Daniel hanya tersenyum memandangnya, Raihana lantas menyeringai. Terover pulak.

"Suka betul cakap pasal makan, eh?" Hidung Raihana dicuit.

Raihana hanya tersengih mendengar itu.

Daniel hanya tersenyum lebar. Hidung Raihana dicuit lagi.

Manja betul isteri dia ni. Nasib baik cuma dengan dia je.

Leher Daniel dipeluk sebelum wajah Daniel ditenung lama dengan senyuman.

Tak lama selepas itu, Raihana mula meletakkan kepalanya di bahu Daniel. Mendekatkan hidungnya ke leher lelaki itu.

"I miss your smell." Ujar Raihana.

Daniel tersenyum. Seronok tak terkata bila Raihana kata macam tu. Walaupun kata orang tua-tua, ini cuma sebab ragam orang mengandung.

Sebab mulanya Raihana sebut pasal dia suka bau badan Daniel pun, sejak dia mengandung.

Tak pernah-pernah dia tahu mak budak mula mengidam pada awal kandungan. Tapi yang si isterinya seorang ni, awal dua minggu kandungan dah mula merengek nak macam-macam.

Tak pernah-pernah juga dia tahu sebenarnya jenis manusia yang bila mengandung suka bau badan orang. Nasib baik Raihana suka bau badan dia. Kalau bau badan bangla mana-mana, kan naya jadinya.

"Sayang suka sangat-sangat ke bau saya sekarang ni?" Soal Daniel, sengaja.

"Hmm."

"Even berpeluh pun?" Soal Daniel.

"Hmm." Raihana mengangguk.

"Good, then." Ujar Daniel.

"Good? Kenapa?" Soal Raihana. Kepalanya mula mahu diangkat namun Daniel terlebih dahulu menahan tubuh Raihana.

Dengan senyuman nakalnya, Daniel merebahkan Raihana ke atas katil.

"Boleh "warm-up" dengan sayang sekarang." Ujar Daniel, semakin meleret senyuman nakalnya.

Mata Raihana membulat.

"Eiii, Daniel! No! Pergi mandi!"

Daniel lantas ketawa kuat.

--------------------

SUASANA di laman rumah sebelah yang sentiasa riuh dengan tawa yang menghiburkan hati cukup menarik perhatian Raihana dari sudut jendelanya, di sebalik tirai itu.

Macam yang dikatakan, itu sememangnya keluarga idamannya.

Sedang begitu, dia terasa matanya ditutup.

"Teka siapa saya."

Raihana tersenyum.

"Daniel, la. Siapa lagi."

"Salah."

"Dah tu, siapa pulak?"

"Daniel yang handsome." Kata Daniel bersahaja lalu ketawa.

Raihana mencebik sambil membuat muka jelik. Gelak bukan main. Entah apa yang lawaknya si dia ni.

"Suka betul perasan. Ni, baju mana? Orang nampak dari luar tu." Tegur Raihana apabila melihat Daniel yang hanya mengenakan seluar panjangnya tanpa berbaju.

Daniel yang sedang menyelak langsir dan menjengukkan kepalanya ke luar melihat laman jiran sebelah membalas selamba.

"Orang luar boleh tengok je. Sayang juga yang selalu raba-raba."

"Eii!" Perut Daniel dicubit, geram. Tak sah dia ni!

Daniel ketawa kuat. Seronok mengenakan isterinya.

Dia memandang Raihana sekilas sebelum kembali melihat luar dengan senyuman.

"Sayang suka betul usha rumah sebelah, kan? Tak bebas diorang dibuatnya."

"Mana ada selalu. Alang-alang nak ikat langsir je." Nafi Raihana.

Entah bila si Daniel ni perasan kerja Raihana yang satu itu.

"Yeke? Tapi haritu, suami dia mengadu kat saya kata ada stalker dalam rumah ni yang asyik pandang diorang je."

"Ye ke?" Berubah riak Raihana mendengar itu.

"Ye la. Dia cakap kalau boleh, jangan buat macam tu. Tak elok."

"Tapi, saya tak buat apa-apa pun dalam rumah ni." Balas Raihana dalam rasa bersalahnya.

"Kalau tak buat apa-apa dalam rumah ni, macam mana boleh mengandung?"

"Ha?"

Daniel mengetap bibir dan mengembungkan pipi. Menahan gelak.

Raihana melihat wajah Daniel, agak lama. Seketika dapat menangkap maksud Daniel, bahu Daniel dipukul sangat kuat.

Daniel mula menghamburkan tawanya.

Telinga Daniel ditarik. Suka menipu! Suka main-main!

Raihana menjeling Daniel yang masih ketawa. Menyampah. Tumbuk sekali, baru tahu.

Bahu Raihana dipeluk sebelum perut Raihana disentuh.

"Dah minum susu?" Soal Daniel.

"Dah. Kan minum depan awak tadi."

"Saya tengok sekejap je. Mana tahu, sayang buang. Bukannya saya tak tahu yang sayang tak suka susu." Kata Daniel.

Raihana terus menyeringai. "Hehe."

"Apa yang 'hehe'? Tak minum, eh?"

"Ala, susu awak bagi tinggi sangat gelasnya. Bagilah satu cawan kecil yang macam teh orang Cina selalu hidang tu. Baru boleh habis."

"Oh, selama saya tak ada ni, tak minum la?"

"Tengoklah mood baby. Kalau baby rasa dia nak minum, Hana minum. Kalau tekak dia tak rasa sedap, dia tak nak jadi Hana tak minum." Balas Raihana bersahaja.

Hidung Raihana dipicit.

"Banyaknya songeh si gebu ni."

"Jangan panggil gebulah!"

Daniel ketawa melihat Raihana yang terus mencuka itu.

"Tak baik tau, buat muka dengan suami." Sengaja menguji.

"Ish. Mana ada buat muka." Wajah Raihana semakin cemberut. Daniel tersenyum lebar.

Tak menang tangan melayan kerenah Raihana. Macam manalah kalau baby ikut perangai emaknya nanti. Haru.

Dagu Raihana disentuh.

"Lama rasanya tak jumpa. Nampak makin cantik." Puji Daniel, mengambil hati Raihana yang memasam itu.

Raihana memandang wajah Daniel.

"Cantik ke?" Soal Raihana dalam mencebik itu.

Daniel menahan senyumnya. Sempat lagi bertanya dalam muka masam macam tu.

"Kenapa tak cantik pulak? Kan berseri-seri ni? Tak tengok muka kat cermin pagi ni, eh?" Soal Daniel.

"Bodek la tu."

"Mana ada. Tulus dari hati." Tangannya dilekapkan ke dadanya.

Raihana menahan senyumnya. Berbunga-bunga hatinya.

"Hana masih lawa lagi?" Soal Raihana.

"Lawalah, sayang. Tak adanya hilang seri bila mengandung. Makin naik seri adalah. Masih cantik." Puji Daniel.

Raihana terus tersenyum simpul.
Pipi Daniel dicubit-cubit.

"Awak kalau puji orang lain macam ni, tahulah apa yang jadi kat awak nanti. Hana korek biji mata awak bagi ikan makan."

Daniel ketawa. Gangster!

Raihana hanya menahan senyum melihat tawa Daniel.

Seketika melihat wajah Daniel, pandangannya beralih pula pada dada Daniel itu.

Parut panjang itu disentuh dengan hujung jari, lembut.

Raihana kemudian memandang wajah Daniel dengan senyuman.

"Sepenuhnya pulih. Kondisi tiptop. Jangan risau." Kata Daniel lalu mengenyit sebelah matanya.

Senyuman Raihana semakin melebar.

"Tak sakit, kan?"

Daniel menggeleng. "Tapi kalau dicucuk dengan garfu, mestilah rasa pedih. Naknya sayang yang cucuk masa tengah emosi, berlubang terus. Sayang dahlah kuat emo. "

Dada Daniel dipukul kuat.

"Dia ni kan!"

Daniel ketawa. Langsung tak jemu menyakat isterinya sebab dia memang suka buat Raihana marah. Haha!

Raihana ditarik dalam pelukannya.

"Sayang saya tak?" Soal Daniel, sengaja.

"Tak. Awak suka buat Hana marah."

"Yelah. Tak sayang suami sendiri."

Raihana menjarakkan pelukannya.

"Kalau tak sayang, ni apa?" Jari ditunjuk kepada kandungannya.

Daniel menyeringai. "Saja je."

Raihana membuat muka jelik. Mengada.

Dia menarik Daniel sebelum memeluk tubuh itu kembali.

"Hana sayang awak, Niel. Sayang sangat, tahu."

Daniel tersenyum. Cair mendengarnya. Alahai, isteri.

"Terima kasih sebab sayang saya." Ucap Daniel.

"Apa pulak balas macam tu?"

Daniel menahan tawanya. Tengok tu, emosional pulak tiba-tiba si dia tu.

"Kenapa? Kan sayang selalu balas macam tu kalau saya cakap?" Soal Daniel.

"Hana lain. Awak balas je la macam biasa."

"Eh, kenapa?" Sengaja melayan.

"Sebab tak boleh. Jangan tanya kenapa."

Daniel ketawa. Pelik-pelik je Raihana ni.

Ubun-ubun Raihana dikucup lembut.

"Saya sayang awak sangat-sangat. Tersangat sayang."

Raihana tersenyum.

"Hana sayang awak lagi banyak."

Ini semua realiti. Semuanya kini milik mereka berdua– kebahagiaan, kesenangan, memori terindah– bersama.

Untuk segala kepayahan, kesusahan, air mata, luluhnya jiwa, ini semua adalah milik mereka sekarang.

"Wah. Tak pernah pun selama ni balas macam tu."

"Diamlah. Bagilah chance Hana nak menang hargai awak pulak."

"Kalau menang, boleh dapat baby baru setahun lagi tak?"

"Tak boleh."

"Twins?"

"Tak boleh juga."

"Kalau macam tu, triplets."

"Ish, gila."

"Gila apa?"

"Gilalah. Mereng. Tak betul."

"Yeke? Hmm, sedihnya jadi gila."

"Bukan awak yang gila, tapi Hana."

"Sayang gila apa?"

"Gilakan awak. Dah, diam. Jangan ungkit."

"Wahh!! Sweetnya!!! Tergilakan saya rupanya!! Awhh!!"

"Ish, jangan jerit macam tulah, Niel! Awak ingat rumah kita ni kedap bunyi ke, ha?"

"Excited! Bukan senang nak dengar! Sesekali dengar sayang berjiwang, menusuk woo. Tak padan dengan garang macam singa betina baru dapat anak."

"Cis! Eii! Benci!"

"Hahahaha!"

Raihana hanya untuk Daniel. Dan Daniel, akan selalu ada untuk Raihana.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro