Pasca Bab 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



Sekadar makluman, bab ni adalah semuanya imbasan kembali, ya. Yang sebenarnya terjadi selepas 'malam terakhir' Raihana dan Daniel dalam hujung Bab 20. Penyebab Daniel sembuh dan kisah yang sebenar-benar berlaku.
Yang teknikalnya, perlu berada selepas Bab 20(Akhir) dan sebelum Epilog Satu.
Jangan keliru (:

--------------------

MATANYA mula terbuka lantaran mendengar azan Subuh yang berkumandang itu.

Raihana menenyeh-nenyeh matanya.

Dia yang langsung tak mengesyaki apa-apa, tersenyum sendiri. Sakit juga matanya kerana menangis bersungguh-sungguh semalam.

Namun, jujurnya, dia terasa lapang selepas meluahkan pada Daniel malam semalam.

Tapi, senyumannya tiba-tiba mati apabila melihat wajah Daniel yang mula pucat membiru itu.

Nadi Daniel disentuh.

Perlahan, malah hampir tiada.

Air mata Raihana mula merembes.

---------------

FAHRIN berjalan pantas mendapatkan Raihana yang sedang menunggu di luar bilik kecemasan itu.

Wajah Raihana yang sungguh sembap itu ditatap.

Terdapat sekeping surat yang berada dalam genggaman Raihana, berserta sebuah kotak hadiah kecil yang Fahrin tak tahu pun apa isinya.

Fahrin duduk di sisi Raihana. Raihana hanya bersandar sebelum memandang Fahrin dengan sayu.

"Dia dah nak 'pergi', Fahrin." Luah Raihana.

"Apa?"

"Dia dapat rasa sendiri. Masa dia dah nak habis." Ujar Raihana dengan hibanya.

Fahrin terus bersandar di kerusi itu.

Dengan nafasnya yang dihela, agak panjang.

-----------------------

SEDANG keluarga Raihana dan Daniel menghabiskan masa bersama Daniel, Fahrin hanya menunggu di luar.

"Fahrin tak nak tengok Niel?" Soal Puan Maria ketika dia mendapatkan Fahrin.

Fahrin memandang Puan Maria yang sembap matanya itu.

"Tak apa, makcik." Balas Fahrin. Daniel bukan tahu dia ada kat sini pun.

Puan Maria mengangguk faham sebelum dia duduk di sebelah Fahrin.

"Dulu masa Fahrin kehilangan orang yang Fahrin sayang, rasanya macam ni juga ke?" Soal Puan Maria.

Fahrin menatap wajah Puan Maria. Puan Maria termenung dengan wajah sugulnya.

"Makcik baru rasa sekarang betapa pedihnya untuk terima kehilangan." Ujar Puan Maria sebelum merembeskan air matanya yang lebat kemudiannya.

Hati Fahrin mula tak tenteram melihat wanita tua yang mula teresak itu.

Perlahan, tangannya memeluk bahu Puan Maria, menepuknya perlahan.

Agak lama kemudian, mereka terdengar langkah yang keluar dari bilik Daniel.

"Fahrin."

Fahrin memandang Raihana. Puan Maria juga mengangkat kepalanya sambil mengelap air mata yang bersisa.

"Daniel nak jumpa awak." Kata Raihana.

Fahrin dan Puan Maria saling bertatapan seketika sebelum kembali memandang Raihana.

"Saya beritahu awak ada kat sini." Kata Raihana apabila melihat wajah Fahrin yang kekeliruan itu.

Puan Maria mengukir senyumannya kemudian.

"Pergilah." Katanya, lembut. Bahu Fahrin ditepuk-tepuk perlahan.

Fahrin mengangguk sebelum mula berlalu masuk.

Dalam bilik itu, kelihatan Daniel yang memandangnya sebelum tersenyum.

Lantas Daniel dihampiri.

"Tak payahlah senyum. Buang tenaga." Kata Fahrin, membatukan hatinya.

Daniel masih begitu, sebelum tangannya dihulur, minta disambut.

Fahrin memandang wajah Daniel dan tangan itu silih berganti.

Tangan itu perlahan-lahan disambut.

"Terima kasih sebab datang." Ujar Daniel.

"Hmm." Balas Fahrin.

"Jaga diri, hmm? Jangan sedih selalu." Pesan Daniel.

"Apa kau ni. Aku bukannya budak lagi." Balas Fahrin.

"Mata kau, nampak sedih." Kata Daniel.

Fahrin memandang wajah Daniel sekejap sebelum mengalihkan perhatiannya.

"Kau patut tengok mata semua orang yang lawat kau tadi." Ujar Fahrin.

"Mati itu kesedihan yang biasa, Fahrin. Semua orang akan alami. Tapi kau bukannya sedih sebab aku nak mati." Balas Daniel.

Fahrin diam seketika sebelum berkata.

"Jangan fikirkan aku. Aku ni bukannya sesiapa pun bagi kau." Kata Fahrin.

"Kau kan 'adik' aku." Tutur Daniel.

Fahrin lantas memandang wajah Daniel.

Tangan Fahrin berusaha digenggam dengan sepenuh tenaga.

"Kau 'adik' yang aku peduli." Kata Daniel.

Fahrin membisu. Agak lama. Wajah Daniel langsung tak dipandangnya.

"Fahrin..."

"Hmm."

"Kau akan dapatkan Raihana balik, dan juga kasih sayang ibu bapa aku. Mama mesti suka kalau kau jadi pengganti aku. Kau akan dihargai lebih dari aku nanti. Aku janji." Ujar Daniel.

Fahrin melarikan bebola matanya sebelum memandang Daniel.

"Jangan nak buat ayat sedih sangat. Kau tak patut cakap benda sedih sebelum kau mati." Balas Fahrin.

"Aku dah cukup bahagia, Fahrin. Aku nak kau pula rasa semuanya."

Suasana sepi seketika.

"Daniel."

"Hmm?"

"Kenapa kau nak jadi abang aku?" Soal Fahrin.

Daniel tersenyum.

"Sebab kita dua-dua handsome, so serasi. Mungkin kau lebih macho?"

Fahrin menjeling. Dah kenapa nak main-main.

Nafas dihela kemudiannya.

"Kau tahu seberapa ramai yang sedih dengan pemergian kau nanti?" Soal Fahrin.

"Hmm."

"Dan kau masih terasa nak pergi?" Soal Fahrin lagi.

"Ini janji aku dengan Tuhan, Fahrin. Aku tak ada daya nak tolak semuanya." Balas Daniel.

"Kau yang cepat putus harapan, fikirkan yang bukan-bukan." Balas Fahrin.

Daniel tersenyum. "Kenapa? Dah rasa sedih sebab aku nak "pergi" ke?" Soal Daniel, menduga.

Fahrin hanya diam, tak menjawab.

"Kenapa kau sangat ambil berat kat aku?" Soal Fahrin kemudian.

"Sebab kau 'adik' aku." Balas Daniel.

"Cukuplah dengan istilah 'adik' kau tu. Tak make sense." Balas Fahrin.

Daniel menatap Fahrin dengan senyuman. Agak lama, barulah Daniel menjawab jujur.

"Sebab aku pun lelaki, macam kau." Ujar Daniel, tenang. Mengubah riak wajah Fahrin.

Tangan Fahrin digenggam.

"Aku pernah tengok Raihana tersenyum dan ketawa bila dengan kau. Hati aku, hancur." Sambung Daniel.

Fahrin membisu. Terasa jua hatinya mendengar itu. Dia kemudian mengalihkan pandangannya.

"Fahrin...."

"Hmm.."

"Maafkan aku." Pinta Daniel.

Fahrin mengangkat wajah, memandang Daniel.

Wajah yang sangat mengharapkan jawapan itu ditatap lama.

"Kau nak aku maafkan kau?" Soal Fahrin kemudian.

Daniel mengangguk. "Hmm."

Fahrin menelan liurnya sebelum dia menunduk seketika. Tangan Daniel ditatap.

"Bertahan untuk seminggu dua ni."

"Hmm?"

"Jangan berhenti harap lagi. Jangan berserah diri. Tahan diri kau sendiri. Paling tak, dalam seminggu dua ni." Balas Fahrin yang mula memandang Daniel.

Daniel tersenyum memandang Fahrin. "Kenapa? Kan kau sepatutnya suka aku mati awal?" Soalnya, bersahaja.

"Jangan tanya. Cuma janji dengan aku benda ni." Kata Fahrin.

Lama terdiam, akhirnya Daniel mengangguk. "Hmm."

Fahrin kemudian hanya memandang tangan yang masih bertaut itu.

"Teringin rasa nak dipeluk seorang adik." Tiba-tiba Daniel mengungkap itu.

Fahrin memandang Daniel agak lama sebelum menarik nafasnya.
Perlahan-lahan, tubuh Daniel ditarik dan dipeluk. Menurut apa adanya permintaan itu.

"Aku cuba bertahan demi kemaafan kau." Kata Daniel dalam senyumannya.

"Kalau kau nak aku anggap kau abang, kau kena bertahan lagi lama." Kata Fahrin.

Daniel tersenyum. "Sure."

Fahrin membiarkan Daniel memeluknya begitu.

"Fahrin..."

"Hmm?"

"Hati kau, sakit ke?" Soal Daniel.

Fahrin terdiam seketika sebelum memejamkan matanya.

"A lot."

Jujur.

Daniel mengukir senyumannya. "Baguslah kalau kau jujur."

Fahrin terdiam, agak lama.

Sebelum kata-kata diucapkannya kemudian.

"Jangan pedulikan aku. Sebab rasa sakit hati aku, masih tak dapat lawan sakit kanser hati kau."

-----------------------

LAJU langkah Fahrin menuju ke bilik Doktor Zaid itu.

"Doktor."

Pintu yang hanya diketuk sekejap itu terus dibuka lalu nama itu dipanggil.

Doktor Zaid yang sedang termenung memandang luar tingkap hanya membiarkan susuk itu masuk.

"Tak ada apa-apa yang boleh tolong Daniel? Serius, tak ada apa-apa pun?" Soal Fahrin tanpa berbasa-basi.

Doktor Zaid menoleh perlahan-lahan, melihat wajah itu. Sebelum kemudian dia menggeleng.

"Kalau awak harapkan kimoterapi dan pembedahan, baik lupakan. Semua tu tak boleh dilakukan dengan keadaan Daniel sekarang."

"Habis tu, doktor semua buat apa? Tunggu dia mati macam tu je? Serius, itu yang korang tunggu?" Soal Fahrin.

Doktor Zaid mengawal riak mukanya mendengar soalan Fahrin itu.

"Kami dah berikan dia rawatan sepenuhnya. Tace, Nexazar, IP6. Tapi kanser dia makin melarat." Jelas Doktor Zaid.

"Lalu, doktor taknak teruskan lagi usaha? Cari ubat lain selain apa yang dah memang ada?" Soal Fahrin.

"Kita takkan mampu lari dari prosedur. Awak kena faham."

"No! It's you and your people who always give bullshit. Putuskan harapan orang instead of cuba selesaikan masalah!"

"Apa yang tahu sebenarnya tentang niat kami? Awak memang fikir kami nak sangat tengok Daniel macam tu? Ingat kami semua tak ada ikhtiar langsung?" Soal Doktor Zaid, kecewa dituduh demikian.

"Memang pun. Sebab itu bukan yang terjadi kat keluarga doktor sendiri. So that's why."

Sinis kedengaran kata-kata Fahrin yang jelas kegeraman itu. Dia lantas meninggalkan Doktor Zaid sendirian.

Pintu sengaja dihempas kuat. Mendatangkan keluhan berat dari Doktor Zaid sendiri.

----------------------------

DI RUMAHNYA, dia kelihatan tekun dengan artikel yang terpapar di skrin komputer ribanya.

Entah sejak pukul berapa dia berada di situ, untuk berapa jam dan berapa hari, dia tak tahu.

Yang dia tahu, dia harus cari sesuatu yang sangat penting. Dan itulah yang disematkan dalam mindanya kukuh sementara jarinya ligat bermain-main dengan tetikus, menekan pelbagai pautan dan mencari sedalam yang termampu.

Beberapa hari sebelum itu, ada juga dia berjumpa dengan beberapa pakar yang juga merupakan kenalan lamanya, bertanyakan tentang jangka hidup para pesakit kanser dan segala yang dia rasa dia perlu tahu tentang kanser dan sejarahnya.

Sedang di puncak usahanya, kerjanya terhenti apabila terlihat satu artikel yang memaparkan tentang apa yang dicarinya.

Artikel itu dibaca berulang-ulang kali.

Lantas, satu nombor itu dicari. Seorang pakar tersebut yang sentiasa dijumpai bagi mendapatkan pandangannya.

"Hello, Michael. It's me, Fahrin."

"Oh, yes. I know. Why, dude? Anything?"

"Pernah dengar pasal rawatan kanser secara organik?"

---------------------------------

AWAL pagi, tatkala masa melawat sudahpun tiba, orang yang pertama melawat Daniel adalah Fahrin.

Terkejut juga Daniel apabila melihat susuk tubuh itu yang terus melangkah masuk ke dalam biliknya.

Senyuman Daniel terukir lembut. "Awalnya?" Kata Daniel.

"Hmm. Sengaja." Balas Fahrin tanpa menoleh wajah Daniel.

Daniel melihat tingkah Fahrin yang sibuk menyediakan segelas air di meja itu.

"Apa tu?" Soal Daniel.

Fahrin menoleh Daniel sekilas. Soalan itu dibiarkan tak berjawab.

Usai menuangkan air ke dalam gelas yang tinggi itu, Fahrin terus menoleh ke arah Daniel.

"Ni, gelas ni, kau jangan bagi sesiapa usik. Aku tinggalkan kat sini dengan kau." Kata Fahrin sambil jarinya menunjuk-nunjuk ke arah gelas yang dipegangnya itu.

"Air apa?" Soal Daniel, begitu tertanya-tanya.

Fahrin terus mendapatkan Daniel. Sekali lagi, soalan itu tak berjawab.

Katil Daniel ditegakkan.

"Minum air ni." Kata Fahrin kemudian.

"Apa?" Soalnya.

"Jangan banyak tanya. Minum." Balas Fahrin, seperti mengarah.

Daniel mula disuapkan. Sedikit, dan Daniel menjauhkan bibirnya dari bibir gelas itu.

"Lobak merah?"

"Haah. Habiskan." Balas Fahrin.

Daniel mengerutkan wajahnya. Tak sedap. Pekat betul.

"Minum sikit-sikit. Nampak ni, aku dah tanda dengan marker pen. So, ini sukatan untuk sarapan pagi kau. Sebelum pukul satu , sampai sini. Sebelum petang, sini. Malam mesti dah habiskan." Ujar Fahrin sambil menunjukkan sukatan itu kepada Daniel.

"Aku kena habiskan?" Soal Daniel. Terangkat keningnya melihat jus tersebut.

"Ye la. Bukan aku yang sakit." Balas Fahrin.

Daniel hanya menurut. Walaupun perit tekaknya, diminum jua air tersebut sehingga sukatan yang tertera.

"Tambah susu tak boleh?" Soal Daniel. Pahit betul tekaknya. Rasa nak muntah.

"Tak boleh." Balas Fahrin yang mula menutup gelas itu.

Daniel memandang Fahrin. "Ini untuk apa? Kenapa?"

Fahrin membalas pandangan Daniel.

"Alternatif. Aku malas tengok kau asyik baring atas katil. Mengalahkan zombie." Balas Fahrin.

Wajah Fahrin ditatap, lama. Terkejut juga melihat Fahrin tiba-tiba berpendirian begitu.

"Kau nak bantu aku sembuh ke?" Soal Daniel, perlahan.

"Jangan cakap kat doktor aku bagi kau air ni. Aku temankan kau seminggu dua ni, tengok kau macam mana." Kata Fahrin, tak membalas soalan Daniel.

Daniel hanya mengangguk faham.

Fahrin menghampiri Daniel setelah gelas itu dibawa ke meja.

"Aku kena pergi kerja. Nanti suruh Rai suapkan. Petang nanti aku nak tengok jus tu kurang." Fahrin terus berlalu tanpa mengucapkan selamat tinggal.

Bayang itu terus menghilang, meninggalkan Daniel dengan tanda tanyanya.

---------------------

SEMINGGU berlalu.

"Ujian macam mana?" Soal Fahrin.

Daniel menggeleng. "Tak ada perubahan."

Kelihatan kecewa di wajah Daniel apabila berkata itu.

"Dah agak." Kata Fahrin, bersahaja.

Daniel mengangkat keningnya. "Kau tahu?"

"Aku berjaga tiap malam cari tahu pasal benda alah ni. Dah, minum je." Balas Fahrin.

Dia mula menyuapkan jus itu buat Daniel.

"Kalau bagi ikut tiub, tak boleh?" Soal Daniel. Rasa jus tu, memang lain macam.

"Tak boleh."

Daniel hanya akur.

"Berapa banyak carrot kau juskan?" Soal Daniel.

"15lbs. Dalam dua kilo satu gelas."

"Apa?" Terangkat tinggi kening Daniel dibuatnya. Seriuslah si Fahrin ni? Borong kat pasar malam ke?

"Tak payah banyak tanya. Dah. Minum ni. Lepas tu, rehat." Kata Fahrin.

Daniel hanya menurut. Berkerut wajahnya meminum jus itu yang sangat pekat dirasakan. Yucks.

Usai itu, Daniel mula diselimutkan.

Tatkala itu, jururawat mula mendapatkan Daniel untuk diperiksa. Fahrin yang menunggu sehingga selesai pemeriksaan itu akhirnya mendapatkan salah seorang jururawat di muka pintu.

Daniel hanya melihat dari jauh perbualan dua orang itu. Tak tahu apa yang Fahrin katakan kepadanya. Hanya jururawat itu yang mengangguk-angguk mampu dilihatnya.

Fahrin kembali mendapatkan Daniel.

"Aku pergi dulu. Nanti aku datang balik." Kata Fahrin.

Daniel mengangguk. Tangan Fahrin digenggam sekejap sebelum dilepaskan. Fahrin terus berlalu.

Di luar, sedang berjalan, Fahrin berselisih dengan Raihana.

Tak mengendahkan Raihana, Fahrin melangkah perlahan.

"Fahrin." Panggil Raihana.

Fahrin terhenti.

"Awak tengah bantu Daniel ke?" Soal Raihana.

Fahrin memejamkan matanya sebelum menghela nafas. Dia menoleh memandang Raihana.

"Jangan lupa bagi dia jus tu." Kata Fahrin.

"Mana awak tahu jus tu berkesan?" Soal Raihana.

"Internet." Balas Fahrin, sepatah.

"Cuma internet?"

"Saya ada rujukan saya sendiri." Balas Fahrin lagi.

"Doktor tahu?"

"Nope. Baik jangan cakap dulu. Kita tak nampak perubahannya lagi." Balas Fahrin.

Raihana mengangguk. "Thanks."

Fahrin melarikan pandangannya.

"Tak perlu berterima kasih. Saya sendiri tak tahu saya buat untuk siapa." Kata Fahrin sebelum melangkah pergi.

Raihana terkaku sejenak sebelum hanya menghela nafasnya apabila melihat susuk itu berlalu.

--------------------

"SO how?" Soal Fahrin.

"Keputusan tak tahu lagi." Balas Daniel.

"Aku tanya keadaan kau yang kau rasa sekarang." Ujar Fahrin.

Daniel tersenyum. "Aku rasa ok."

"Baguslah."

Daniel memandangnya dengan senyuman. "Bersungguhnya kau nak ubatkan aku."

Fahrin menyerahkan gelas itu kepada Daniel. Tak menjawab.

Daniel hanya menyambutnya. Sekarang, terasa bertenaga juga untuk memegang minuman sendiri.

Mungkin kerana melihat kesungguhan Fahrin membuatkan dia juga mahu berjuang untuk sakitnya. Sekurang-kurangnya, dia tidak menghampakan Fahrin.

Fahrin memerhatikan segenap tubuh Daniel sebelum tersedar sesuatu yang lain.
Agak lama juga dia memerhatikan tiub makanan yang sudah pun ditanggalkan itu.

Daniel yang menyedari Fahrin agak terdiam demikian terus tersenyum.

"Dengar kata, kau yang suruh." Kata Daniel.

"Hmm. Memang pun. Sebab tempat kau sekarang, bukan lagi kat sini." Ujar Fahrin.

"Hmm? Kenapa?" Soal Daniel.

"Cepat minum. Kita keluar."

"Keluar? Ke mana?" Soal Daniel.

Fahrin memandang Daniel.

"Mana-mana yang kau suka."

Wajah Daniel tiba-tiba bercahaya. Teruja.

"Aku boleh keluar ke?" Soal Daniel.

"Boleh la. Doktor 'kesayangan' kau dah bagi." Lepas banyak kali berperang pendapat, tambah Fahrin dalam hati.

Terasa menyampah pula dengan Doktor Zaid tiba-tiba. Itu tak boleh, ini tak boleh. Ingat pesakit kanser nak terlantar mati katak atas katil je ke? Hek eleh.

Daniel melebarkan senyumannya.

"Kau mesti bergaduh dengan dia, kan?" Tebak Daniel.

"Kenapa tanya?"

"Sebab masa nurses tanggalkan tiub, muka Doktor Zaid tak puas hati. Dia banyak kali ulang tak sepatutnya boleh buat macam ni." Balas Daniel.

"Ah, lantaklah dia tu. Kejadah doktor tak bagi orang enjoy sebelum mati. Tak ada life langsung. Dia nak tengok orang mati terlantar macamtu, itu dia punya suka. Tapi bukan kau." Kata Fahrin.

Daniel ketawa. Terasa kelakar bila Fahrin mengungkap itu.

Fahrin mengerling sekilas Daniel.

Tahu pun nak gelak. Sebelum ni muka sememeh je.

Daniel diangkat untuk dibawa ke kerusi roda yang tersedia.

"Kalau kau mula sakit dada, cakap. Jangan diamkan. Aku sepak kau kalau tipu." Sempat Fahrin berpesan kepada Daniel sebelum kerusi roda itu ditolak.

"Baik!" Kedengaran girang suara Daniel membalas itu. Mendatangkan jelingan Fahrin.

Fahrin membawa Daniel di taman.

"Lamanya tak keluar." Kata Daniel apabila melihat sekeliling. Rasa seronok tiba-tiba.

"Hmm. Aku boleh bawa kau sampai sini je dulu. Kalau keadaan kau makin baik, baru aku bawa tempat lain jauh sikit." Ujar Fahrin.

"Tak apa. Dapat kat sini hari-hari pun kira cukup dah." Balas Daniel pula. Sememangnya dia juga berasa sangat terasing apabila ditahan dalam bilik wad lama.

Fahrin membawa Daniel di bangku berdekatan sebelum dia mengambil tempatnya di atas bangku itu.

Dibiarkan saja Daniel rasa teruja melihat sekeliling begitu.

"Dada kau sakit ke?" Soal Fahrin.

Daniel menggeleng. "Aku sebenarnya dah lama tak rasa sakit dada, sejak minum jus tu." Kata Daniel.

Fahrin mengangkat keningnya. "Serius?"

Daniel mengangguk sebelum tersenyum. "Sebab tu aku minum je jus tu walaupun pahit." Kata Daniel.

"Hmm, baguslah." Kata Fahrin.

Daniel tersenyum lebar.

Dan mereka meluangkan masa dengan berborak di situ. Bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang masing-masing.

Ketika pulang dan tatkala berada di muka pintu, kelihatan Doktor Zaid dengan wajah cemasnya memandang Daniel.

"Daniel, kau ok?" Soalnya, gelabah.

Fahrin hanya memutarkan bebola matanya ke atas. Daniel ditolaknya lalu diangkatnya ke atas katil. Dengan muka selamba, Daniel diselimutkan. Tak langsung peduli dengan wajah Doktor Zaid yang berubah itu.

"Sir, we need to talk." Kata Doktor Zaid.

Daniel mengangkat keningnya sebelum tersenyum.

"Nama dia Fahrin, doktor." Celah Daniel.

Doktor Zaid memandang Daniel sekilas sebelum menatap Fahrin.

Fahrin mengambil jarak dari katil Daniel, memberi ruang buat Doktor Zaid 'membebel'.

"Encik Fahrin, encik tak boleh buat sesuka hati macam ni. Encik kena pertimbangkan keadaan Daniel. Dia tak kuat untuk semua ni. Apa yang kita lakukan, kita ikut prosedur, encik. Encik kena faham tugas kita di sini. Keadaan pesakit ni..." Meleret hujah Doktor Zaid kepada Fahrin.

Fahrin hanya mendengar dan membuat muka bosan. Doktor Zaid terus berkata itu ini. Dari sudut itu, kelihatan Daniel yang tergelak kecil melihat Fahrin dimarahi demikian.

Berani dia gelakkan aku. Tak guna. Ish.

"Doktor, dia tak sakit pun. Tengok tu ha."

Doktor Zaid menoleh, melihat Daniel yang mengawal tawanya.

Daniel mengukir senyuman sebelum melambai kecil.

Doktor Zaid memandang Fahrin sebelum bercekak pinggang seketika. Nafas dihela kemudiannya.

"Encik Fahrin..."

"Doktor dah banyak kali ikhtiar, kan? Let me handle him for now. Ini jalan terakhir saya. Kalau tak berjaya, I'll give up. Kan senang macamni." Pintas Fahrin sebelum mendapatkan Daniel semula. Malas nak gaduh panjang.

Daniel ketawa apabila wajah jelik Fahrin kelihatan apabila menjeling Doktor Zaid dengan ekor matanya.

Doktor Zaid terus mendapatkan Daniel.

"Terima kasih datang cari saya. Saya ok je. Hehe." Kata Daniel sambil tersengih.

"Betul kau ok?" Soal Doktor Zaid.

Daniel mengangguk-angguk.

Doktor Zaid menghela nafasnya. "Aku pergi dululah. Nanti aku datang balik."

Daniel hanya mengangguk. Doktor Zaid terus beredar.

"Datang lagi sekali, nanti aku jugak kena bebel lagi. Baik tak payah datang." Rungut Fahrin.

Daniel ketawa.

"Kau macam adik yang kena marah dengan abang." Kata Daniel dalam tawanya.

"Eh, kau ni. Kau tu kenapa tak nak back-up aku? Ish." Rengus Fahrin, tak puas hati.

"Aku tak boleh nak cakap. Asyik nak tergelak. Muka kau kelakar!"

"Weh, tak guna!"

Daniel semakin galak ketawa.

-------------------------

BULAN berganti bulan. Dan diagnosis hari itu mendatangkan kejutan buat Doktor Zaid.

"Kau ada buat apa-apa ke beberapa bulan ni?" Soal Doktor Zaid ketika mendapatkan Daniel.

"Kenapa?"Soal Daniel.

"Kanser kau..."

"Kenapa dengan kanser saya?" Soal Daniel. Matanya dipandang ke arah Fahrin yang juga menemaninya tatkala itu.

"Kanser kau, dah berhenti merebak."

Kening Daniel terangkat seketika sebelum tersenyum. Ketika melihat wajah Fahrin, dia melihat Fahrin juga mengukir senyuman puasnya.

"Ini memang satu keajaiban. Kita berjaya. Ubat dan rawatan dah mula menunjukkan hasil."

Fahrin menjulingkan matanya ke atas. Ye la.

Daniel hampir ketawa melihat Fahrin. Nampak benar menyampahnya.

"Bagus, Daniel. Kalau macam ni, mungkin kita boleh teruskan dengan rawatan biasa lagi. Jangan lupa banyakkan berehat. Jangan selalu penatkan diri. Duduk dalam hospital lebih bagus untuk kau sendiri." Kata Doktor Zaid sambil matanya melirik kepada Fahrin.

Fahrin mengangkat keningnya, bagai melawan Doktor Zaid. Ha, nak apa? Bagi amaran kat aku la tu. Heh.

"Terima kasih." Ucap Daniel.

Doktor Zaid mengangguk tersenyum sebelum berlalu pergi.

Daniel memandang Fahrin.

"Kau tak nak beritahu dia apa yang jadi?" Soal Daniel kepada Fahrin.

"Biarlah dia tu. Tengok sejauh mana lagak dia boleh pergi." Balas Fahrin selamba sambil mula membawa kerusi roda kepada Daniel.

Daniel ketawa. Fahrin mula membantu Daniel duduk di atas kerusi roda.

"Kita masih nak keluar?" Soal Daniel.

"Kau kena keluar. Kena hirup udara segar. Tengok benda hijau. Baru otak boleh jadi positif." Balas Fahrin.

Daniel tersenyum. Gaya Fahrin dah macam dia yang doktor. Padahal tadi Doktor Zaid dah tak bagi.

Kerusi roda terus ditolak menuju ke taman di hospital itu.

"Kau masih tak cakap mana kau tahu pasal lobak merah tu."

Fahrin jeda seketika. "Internet."

"Je?"

"Kawan aku doktor jadi aku rujuk dia. Dia kata ok je kalau nak cuba."

Daniel terus tersenyum.

Mereka terus berhenti pada bangku yang berdekatan.

Tatkala itu, telefon pintar Fahrin berbunyi, menandakan mesej masuk.

Sekilas membaca, dia menaip pantas sebagai membalas sebelum terus menyimpan kembali telefon pintar di dalam poket seluarnya.

"Aku nak pergi tandas. Kau tunggu sini." Kata Fahrin.

"Hmm." Angguk Daniel.

Fahrin lantas meninggalkan Daniel sendirian di situ.

Sedang Daniel mengambil angin sendiri, tak lama kemudian, dia terasa ada yang menghampirinya dari belakang sebelum satu selimut nipis diletakkan atas ribanya.

"Tak sejuk ke, hmm?" Tegur Raihana ketika merendahkan tubuhnya dan mula memandang Daniel.

Daniel memandang Raihana dengan gelengan. "Tak sangat." Balasnya dalam senyuman.

Raihana mengukir senyuman. Tangan Daniel diraih.

"Tadi, doktor ada cakap apa-apa lepas periksa awak? Macam mana?" Soal Raihana.

"Doktor kata kanser saya dah berhenti merebak."

"Ye ke? Serius?" Soal Raihana, terkejut.

Daniel mengangguk-angguk girang. "Saya rasa makin sihat sekarang, Hana. Tengok! Saya dah boleh keluar lebih lama!" Katanya.

Pipi Daniel diusap-usap lembut. "Baguslah. Seronoknya dengar semua ni..." Kata Raihana bersama genangnya. Terasa terharu.

Tangan Daniel diramas-ramas lembut sebelum masing-masing mengukirkan senyuman.

Dari jauh, Fahrin yang bersembunyi di sebalik dinding hanya melihat kemesraan mereka di situ. Matanya kemudian memandang ke arah telefon bimbitnya.

'Keadaan Daniel mcm mana? Doktor kata apa?'

Yang dulunya tak pernah pun sesekali nama Daniel dipetik dalam perbualan mereka menerusi telefon bimbit begitu.

"Better awak tanya Daniel sendiri. Ada kat taman hospital sekarang ni."

Fahrin menghela nafasnya sebelum pantas menaip sesuatu dan dihantar kepada wanita itu.

"Saya ada hal penting. Gtg. Jangan lupa jus."

Dia terus berlalu pergi meninggalkan pekarangan hospital.

Dan, perihal penting yang disebutnya, hanyalah sebagai alasan untuk mengelak dari melihat kebahagian pasangan tersebut di hadapannya kini.

-------------------------

SEJAK mengetahui keadaan Daniel yang semakin positif disebabkan jus lobak merah itu, masing-masing keluarga, baik dari Raihana mahupun Daniel mula memberikan sepenuh kepercayaan untuk Fahrin menjaga Daniel sepenuhnya.

Malah, sejak dikhabarkan kepada Doktor Zaid akan jus tersebut, Doktor Zaid juga bagaikan mengalah dan perlahan-lahan mula memberi kepercayaan buat Fahrin.

Maka, secara tak langsung, terlahirlah kuasa veto dari Fahrin sendiri untuk gaya hidup Daniel.

Jus tak boleh tinggal. Makanan ruji Daniel kini adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Setiap hari, paling tidak, 15 minit harus diperuntukkan untuk Daniel bergerak walaupun dibantu. Senaman kecil katanya. Semuanya sebenarnya atas saranan doktor yang merupakan rakan Fahrin itu.

Daniel boleh terima semuanya. Serius. Semua yang disuruh Fahrin, tak banyak bunyi pun dia lakukannya. Cuma tentang hal yang satu itu.

Sayur!

Entah berapa kali Daniel merungut tentang penambahan sayur dalam makanannya. Puas dipujuk Fahrin dengan pelbagai cara agar membuang menu sayur itu dalam sajiannya.

"Hana..." Meleret bunyi panggilan Daniel.

"Ya, nak apa?"

"Kalau nak spaghetti, boleh? Hari ni, tak payahlah makan nasi."

"Em, kalau itu, kena tanya Fahrin dulu."

Daniel memandang Fahrin pula.

"Kali ni je, Fahrin. Please, please, please. Hari ni je tak payah, eh?"

Sayangnya, Fahrin bukan Raihana yang sentiasa berlembut dan mengalah dengannya.

"Tak boleh."

Daniel menarik muka. Dilihatnya wajah Raihana yang memandangnya dengan senyuman.

"Daniel, sayur organik ni mahal, tau? Lain rasanya dengan sayur biasa. Makanlah sikit, ya?"

Raihana pun sama je sebenarnya. Cuma dia jenis yang berlembut berbanding Fahrin.

Daniel menjulingkan matanya ke atas.

Cepatlah semua ni berakhir! Nak keluar hospital cepat! Nak makan spaghetti!

----------------------

KEDENGARAN pintu dibuka perlahan-lahan.

"Dengar kata, keadaan Daniel dah hampir sembuh sepenuhnya." Kata Fahrin kepada Doktor Zaid setelah tempat diambil.

Doktor Zaid mengangguk. "Hmm. Kita perlukan pembedahan untuk membuang kanser tersebut sepenuhnya dari dalam badan Daniel."

"Habistu, kenapa tak teruskan? Tunggu apa lagi?"

"Tak semudah tu, Fahrin. Kita bukan setakat buang kanser tersebut tapi kami perlu buang terus organ hati Daniel, tempat asal kanser merebak. Cara ni lebih efektif untuk menjamin sepenuh kesembuhan Daniel. Dan, kita perlukan penderma untuk ini."

"Tak ada penderma?" Soal Fahrin.

Doktor Zaid menggeleng. "Mencari penderma tak mudah. Apatah lagi yang sepadan."

"Tak apa, doktor. Saya dah jumpa siapa yang boleh derma."

Doktor Zaid memandang Fahrin.

"Siapa?"

"Saya. Saya nak derma."

Sepi. Wajah Fahrin dipandang agak lama.

"Apa sebenarnya hubungan awak dengan Daniel? Dari dulu lagi saya tengok awak sangat bersungguh-sungguh nak ubatkan dia." Ujar Doktor Zaid yang secara jujurnya sangat kagum dengan semangat Fahrin.

Fahrin diam sejenak. Teringatkan akan saat dahulu ketika dia bersama Daniel.

"Dia 'abang' saya." Ujarnya, mengulang satu ayat yang pernah diungkapkan Daniel dahulu.

"Abang?"

Fahrin memandang Doktor Zaid.

"Kau 'adik' yang aku peduli."

"Dia 'abang' yang saya peduli."

------------------------------

BEBERAPA hari selepas itu, Fahrin buat kesekian kalinya datang melawat Daniel.

"Fahrin! Sini, sini!" Panggil Daniel dalam girangnya.

Fahrin mengangkat keningnya sekejap sebelum menghampiri Daniel.

Usai melabuhkan punggungnya, terus Daniel berkata.

"Aku dah dapat penderma hati! Wohooo!" Sorak Daniel.

"Oh." Hanya itu yang dibalas Fahrin.

Daniel mengukir senyumannya. Tahu sememangnya itu reaksi biasa Fahrin tapi dia juga tahu, pasti sebenarnya Fahrin sukakan pengkhabaran itu.

"Terima kasih, Fahrin. Kau banyak tolong aku." Kata Daniel.

Fahrin memandang Daniel. "Lepas ni, jaga diri kau sendiri. Aku takkan setiap masa tengokkan kau lagi." Kata Fahrin.

Daniel mengangguk tanda faham.

Suasana sepi seketika.

"Aku tahu, aku tak boleh nak beri apa-apa untuk balas budi kau. Mungkin aku tahu apa yang kau akan minta, tapi, aku tak boleh janji untuk serahkan 'dia'. Aku harap kau faham." Kata Daniel, perlahan.

Wajah Daniel dipandang.

"Kau kata kau selalu perjumpaan bisnes kat luar negara. Kalau ada minah Western yang kau terjumpa, bagilah nombor aku kat dia." Ujar Fahrin. Mendatar suaranya namun jelas yang dia sedang bergurau.

Mendengarkan itu, Daniel terus ketawa. Dalam diam si Fahrin ni.

Suasana sepi seketika.

"Kau akan bahagia tak, nanti?" Soal Daniel.

Fahrin memandang Daniel sebelum tertunduk kecil. "Aku tak tahu."

"Kau kena bahagia, Fahrin. Kalau kau tak bahagia, aku akan rasa bersalah seumur hidup aku. Sembuh yang aku ada sekarang ni, tak ada maknanya. Sebab semuanya datang dari pertolongan kau." Kata Daniel.

Daniel dipandang perlahan-lahan.

"Kau nak aku bahagia?" Soal Fahrin.

Daniel mengangguk. "Hmm."

"Tolong bawa Raihana jauh daripada aku."

Daniel memandang Fahrin. Fahrin mengalihkan seketika pandangannya.

"Aku tak tahu sampai bila aku akan terbawa-bawa perasaan ni. Tapi aku akan cuba. Untuk lupakan semuanya. Mungkin lepas ni, aku dah tak akan munculkan diri depan kau lagi. Jadi, mungkin ini kali terakhir kita jumpa."

Fahrin menelan liurnya.

"Sebab aku tak berebut sesuatu dengan adik-beradik aku sendiri. Dengan 'abang' yang aku baru ada."

Mata Daniel berkaca-kaca mendengar itu. Fahrin ditarik dalam pelukannya.

"Akan ada bidadari untuk kau, Fahrin. Aku doakan kau akan ada seseorang yang sangat, sangat terindah yang kau pernah ada. Aku doakan kau yang ini."

Fahrin mengangguk.

"Thanks."

Dia melepaskan pelukan itu.

"Kau tahu, aku akan selalu ada untuk kau? In case kalau kau perlukan apa-apa pertolongan." Kata Daniel.

Fahrin diam seketika sebelum mengangguk. "Hmm."

"Nanti kita akan jumpa lagi ke?" Soal Daniel.

"Mungkin."

Daniel hanya tersenyum nipis.

Sambil dalam hati, meminta agar hati Fahrin, begitu kuat menghadapi semuanya.

Di luar, sedang Fahrin mengambil langkah menuju ke kaki lima yang sangat lengang dan sunyi itu, dia terlihat Raihana yang juga sedang berjalan melawan arus dengannya.

Langkah mereka berdua terhenti seketika. Saling berpandangan sebelum Fahrin mula mengambil langkah meninggalkan Raihana.

Setapak membelakangi Raihana, dan Fahrin terhenti.

"Jangan beritahu Daniel, sampai lepas pembedahan nanti." Ujar Fahrin.

Raihana yang juga berhenti menoleh memandang Fahrin sebelum mengangguk dan tersenyum kecil. "Hmm."

Sudah dua kali dia diiingatkan agar tak memberitahu Daniel tentang penderma hati itu yang merupakan Fahrin sendiri.

"Terima kasih, Fahrin. Kami sentiasa rasa terhutang budi dengan awak." Kata Raihana.

Fahrin diam sejenak.

"Saya tahu, Daniel untuk awak. Dan awak memang untuk Daniel. Apa pun yang jadi, sejauh mana pun saya cuba nafikan, itu hakikatnya. Semoga bahagia." Kata Fahrin.

Raihana hanya mendengar.

Fahrin tak berkata apa-apa lagi kemudiannya. Hanya kemudian langkahnya diatur pergi meninggalkan wanita itu.

Raihana yang melihat Fahrin demikian mula memusingkan tubuhnya dan mengatur langkah pergi.

Namun, tatkala itu, dia terdengar namanya dipanggil.

"Rai."

Tanpa sempat Raihana berbuat apa-apa, dan di luar jangkaannya, Fahrin lantas mendakap kejap tubuh Raihana. Meskipun tahu itu tidak wajar baginya, namun hanya itu yang dia fikirkan.

Disebabkan terlalu kaget dengan tindakan Fahrin, Raihana hanya terkaku dalam pelukan itu.

"Terima kasih untuk semuanya. Doakan saya. Selamat tinggal." Ucap Fahrin dalam pilu itu.

Tubuh Raihana dilepaskan kemudian sebelum dia terus membelakangi Raihana dan berlalu.

Sempat juga tangannya diangkat kepada Raihana, menandakan pemergiannya itu.

Raihana hanya melihat bayang yang semakin jauh meninggalkannya itu.

Fahrin pula, semakin melangkah pergi. Tanpa memandang lagi ke wajah wanita tersebut.

Dia cintakan Raihana. Dan tipu untuk dia katakan bahawa rasa cinta itu sudah tiada. Kerana hakikatnya, itulah cinta pertamanya.

Tapi sebagai orang ketiga, apakan dayanya. Mahu dibawa jasad itu pergi, apalah gunanya jika hati itu sudahpun ditinggalkan kepada orang lain.

Dia berjalan perlahan-lahan menyusuri kaki lima itu sendiri.

Agak jauh berjalan, Fahrin mula terhenti.

Di situ, dia mula merendahkan tubuhnya. Perlahan-lahan, dia meletakkan dahi di atas lengan yang ditumpangkan ke atas kedua-dua lututnya.

Dengan hati yang pilu, sebak dan langsung tak terungkap bagaimana sakitnya begitu.

Sebelum dia terasa ada seseorang yang turut merendahkan tubuh sepertinya. Lalu sepasang tangan itu mula mengusap lembut kepala Fahrin.

Fahrin perlahan-lahan mengangkat wajahnya, memandang wajah wanita muda yang mengukir senyuman polos itu.

Mereka mula bertatapan.

.

5 Tahun 5 Bulan
Kisah Daniel dan Raihana Tamat-

------------------------------------------

Rujukan : http://www.chrisbeatcancer.com/ann-cameron-cured-her-cancer-with-carrot-juice/

-------------------------------------------

Ha, happy ending, kan? hahaha.

Rehat sekejap sebelum sambung kisah Fahrin pulak. O yeah.

Eh, by the way, before we proceed, do share some thoughts on Raihana dan Daniel's love story!

Bahagian mana yang paling awak suka?

Bahagian mana yang paling menyentuh jiwa?

Bahagian mana yang paling banyak keluar air mata? Ngehngeh.

Apa yang buat awak sume-sume ni menangis teruk? (':

Bab mana yang paling best?

What lessons did you get from their story?

Overall, how?

Or anything you wanna ask about the story, share it here. I'll respond as nice as I can *wink

Jumpa lagi, nanti!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro