CHAPTER SEVENTEEN 🔮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Masa berlalu dengan pantas sehingga harini sudah genap satu tahun Noah berada di akademi. Dia langsung tidak berhubung dengan Noah. Apa yang terjadi pada Noah juga dia tidak tahu.

Tapi dia tahu Noah akan pulang hari ini.

Oleh itu, Crystal berdandan sedikit. Gaun dipakaikan. Walaupun tidak terlalu seksi, tetapi agak mengikut bentuk badannya. Rambutnya diuraikan lembut dan wangian disembur.

Gadis itu mengenakan gincu. Sudah lama dia tidak bersolek. Selepas dia berhijrah, terus dia meninggalkan alat solek. Dan harini, dia bersolek kembali untuk Noah. Maskara juga dipakai dan sedikit pemerah pipi dioles di pipi gebunya.

Crystal tersenyum apabila mendengar pagar dibuka tanda kereta milik Noah sudah tiba. Gadis itu merapikan rambutnya dan pakaiannya juga dibetulkan.

"Haura?" Dari jauh kedengaran suara Noah memanggil dirinya. Crystal terus berjalan keluar dan berlari ke arah Noah.

"Tengku!" Crystal memeluk erat tubuh Noah. Noah terkedu sebelum dia meleraikan pelukan. Tubuh Crystal ditilik dari atas sehingga ke bawah.

"Haura?" Soal Noah tidak percaya. Inikah isterinya? Crystal memang sudah cantik semula jadi tetapi apabila gadis ini berdandan, makin terserlah kecantikan dirinya.

"Iya saya." Jawab Crystal. Kemudian dia turut memandang dirinya sendiri.

"Tengku tak suka ke? Kalau tak suka saya pergi tukar sekejap." Ujar Crystal apabila Noah memandang dirinya tanpa sebarang riak. Baru sahaja dia ingin pergi, tangan Noah menarik pinggangnya.

Mata Crystal terpejam rapat apabila terasa ada tindihan di bibir.

"Haura." Noah bersinar mata melihat Crystal. Crystal tersenyum malu dan menunduk. Noah tersenyum lebar dan menarik Crystal semakin rapat kepadanya.

"Kau beruntung kerana ini masih pagi. Jika tidak, aku akan bawa kau ke dalam bilik dan kita akan ada anak tidak lama lagi." Ujar Noah. Crystal memukul bahu Noah. Gatal!

Crystal melihat kesan gincunya di bibir Noah sebelum jemarinya naik menyapu kesan gincu tersebut.

"Selamat pulang. Macamana akademi? Okay?" Soal Crystal sambil menarik Noah ke dapur kerana dia sudah memasak untuk Noah. Seperti biasa, Noah tidak berubah. Badannya semakin kurus dan dia sudah dapat agak bahawa Noah kurang makan.

"Bosan. Hari hari aku teringatkan kau." Ujar Noah jujur. Crystal tersenyum kecil mendengar ayat manis Noah. Noah menarik Crystal duduk di atas ribanya dan tangan Noah memeluk pinggang kecil milik si isteri.

"Saya masak untuk Tengku. Tengku kena makan banyak banyak tau!" Ujar Crystal sambil menyua sudu ke mulut Noah. Noah mengunyah dan dan mata melihat wajah Crystal.

"Haura (cantik)." Puji Noah.

Crystal hanya senyum dan menyuap Noah.

"Puteri Alessandra dah tahu ke tentang saya? Saya risau nanti kalau dia tahu dia salah faham pula." Ujar Crystal.

"Kenapa nak salah faham?" Soal Noah.

"Iyalah, Tengku kan akan kahwin dengan dia. Nanti mesti dia terkejut kalau dapat tahu Tengku dah kahwin dengan saya. Nanti dia marah saya pula." Ujar Crystal. Noah mengelus rambut Crystal lembut.

"Dia dah tahu."

Crystal meluaskan mata.

"Habistu? Puteri Alessandra marah ke?" Soal Crystal cuak. Noah tergelak.

"Dia tahu sebelum berita itu tersebar lagi. Kali pertama aku jumpa dia di Itali, aku bagitahu padanya yang aku sudah berkahwin." Ujar Noah. Crystal terdiam. Jadi Alessandra ingin bermadu dengannya? Atau Noah akan menceraikan dia?

"Haura.. kau lupa janji aku? Aku sudah bagitahu kau yang kau akan menjadi satu satunya isteri aku." Ujar Noah. Crystal berkerut dahi.

"Tapi.."

"Berita itu palsu. Aku buat kenyataan begitu supaya Viviana berhenti ganggu aku. Dia takkan berani apa apakan Alessandra jadi aku minta tolong Alessandra untuk menyamar sebagai teman wanita aku. It was all fake. Aku takkan kahwin lain, Haura. Aku hanya perlukan kau." Ujar Noah lembut sambil mencium tangan Crystal. Mata Crystal mula berair.

"Saya minta maaf. Saya buruk sangka dengan Tengku. Saya ingatkan Tengku nak berkahwin dengan Puteri Alessandra." Ujar Crystal sebak. Noah masih mengotakan janjinya.

Noah hanya senyum. Habis dua pinggan nasi goreng untuk Noah dan mereka menuju ke bilik.

"Janganlah mandi lagi. I want to see you. Kau nampak cantik sangat." Rengek Noah apabila Crystal sudah mencapai tuala. Matanya merenung Crystal yang berdandan.

"Dulu pun saya pakai macamni. Tengku ingat tak?" Soal Crystal. Noah angguk. Mana mungkin dia lupa pertemuan pertama mereka dimana Crystal terlihat sangat menggoda.

Crystal waktu itu memakai gaun yang lebih singkat dan sendat berbanding sekarang. Solekannya juga agak tebal dahulu.

"Tapi kau lebih nampak cantik sekarang. Dimana pakaian kau, solekan kau, rambut kau yang dilepas bebas itu hanya untuk tatapan aku." Ujar Noah. Crystal tersenyum malu.

"Semua baju baju itu saya dah buang. Saya rasa malu dan jijik sangat dengan Allah bila saya tengok balik baju lama saya. Gaun ini pun saya baru beli untuk pakai harini." Crystal melihat gaun yang membentuk tubuhnya itu. Noah hanya diam.

"Haura."

"Hm?"

Noah menunduk lalu jemarinya bermain sesama sendiri.

"Di akademi tu.. aku berhubungan dengan Viviana." Noah mengaku perlahan. Crystal terkedu.

"Oh." Hanya itu yang mampu Crystal ucap. Benda itu bukan baru. Bukan dia tidak menghalang. Dia juga penat ingin menghalang Noah dan Viviana.

"Tapi sumpah, sekali itu je! Itu pun sebab dia gunakan ilmu dia untuk menyerupai kau. Aku betul betul sangka dia adalah kau. Aku.. aku minta maaf."

Crystal hanya diam. Marahkah dia? Siapa sahaja tidak sakit hati jika suami sendiri meniduri wanita lain? Sakit. Tetapi dia tahu, Noah tidak berbohong. Dia kenal betapa liciknya Viviana.

Noah mengangkat kepala memandang Crystal.

"Kau jijik dengan aku?" Soal Noah. Namun tiada jawapan dari Crystal. Gadis itu hanya diam dan merenung ke arahnya.

Noah bangun. Langkahnya mendekat dengan Crystal.

"Haura.." tangan Crystal digenggam namun gadis itu meleraikan tangan mereka.

"Saya nak mandi." Crystal kembali mengambil tuala sebelum Noah menahan. Pinggang Crystal dipeluk.

"Haura no. Jangan marahkan aku. Please."

"Habistu? Tengku nak saya gembira bila saya dapat tahu suami saya tidur dengan perempuan lain? Saya dah bagitahu, jika Tengku bernafsu dengan dia. Kahwinlah dengannya. Saya redha, demi Allah. Ya, berkongsi suami itu susah tetapi itu adalah yang terbaik jika itu boleh elakkan Tengku berzina dengan perempuan lain lagi. Tolong, kahwin dengannya. Anggaplah ini permintaan dari saya." Ujar Crystal perlahan. Pelukan Noah dilepas dan dia melangkah laju ke bilik air.

Pintu bilik air ditutup dan Crystal melepaskan tangis.

Setelah lama berada didalam bilik air, Crystal kembali keluar. Kelibat Noah sudah tiada. Mungkin sudah keluar.

Namun sangkaan Crystal meleset apabila melihat Noah sedang lena disofa. Crystal duduk bersimpuh di lantai dan memerhati wajah Noah. Ya, wajah itu agak cengkung. Bawah mata Noah juga sedikit gelap.

Zalimkah dia dalam menghukum Noah? Padahal dia tahu Noah berperangai begitu kerana terkena sihir tetapi dia masih menghukum Noah. Rasa bersalah mula timbul dalam diri Crystal. Bagaimana sekalipun, Noah adalah suaminya. Syurganya sekarang ada pada Noah.

Crystal mengeluh. Kemudian dahinya berkerut melihat sesuatu. Pantas jari gadis itu menyapu sisa air mata yang sudah kering dari tubir mata Noah.

Noah menangis?

"Ya Allah. Apa aku dah buat." Bisik Crystal perlahan. Rambut Noah diusap. Noah sudahlah baru pulang harini. Melihatkan keadaannya, dia yakin Noah tidak terurus semasa berada di akademi. Badannya masih kurus dan wajahnya sedikit pucat. Dan sekarang dia pula menambahkan masalah Noah.

"Saya minta maaf." Crystal mencium tangan Noah dan tangan itu diusap lembut.

***

Seharian Noah menjauh dari Crystal. Jika gadis itu didalam bilik, dia akan duduk di sofa. Jika Crystal berada disofa, dia akan berada didalam bilik. Bercakap apatah lagi.

Crystal mula tidak senang duduk.

Noah marahkan dia ke?

Setiap kali bertemu juga, Noah akan mengelak dari bertentang mata dengannya.

Crystal mundar mandir didalam bilik. Sekali sekala dia mengintai Noah yang berada di sofa, khusyuk melihat telefonnya.

Lafaz basmalah dibaca dan dia keluar. Tidak kiralah! Malam ini dia akan membuang kedinginan antara mereka.

"Tengku." Crystal melabuhkan duduk di sebelah Noah. Noah tersentak dan menoleh.

"Haura." Sebut Noah.

"Tengku marahkan saya? Saya minta maaf saya tak patut marah Tengku tadi. Saya jahat dengan Tengku. Tengku maafkan saya ya?" Soal Crystal. Noah menggeleng.

"Kau tak ada salah apa apa. Jangan minta maaf." Ujar Noah.

"Habistu kenapa Tengku jauhkan diri dari saya?" Soal Crystal. Kolam matanya mula panas dan berkaca matanya memandang Noah.

"Aku taknak buat kau tak selesa. Aku takut kau rasa serabut dengan aku.. aku cuba untuk bagi kau masa." Noah bersuara. Air mata Crystal terus jatuh dan dia memeluk Noah.

"Mengarut! Saya tak perlukan masa. Saya cuma nak berada dengan Tengku je." Ujar Crystal sambil menyembamkan muka di dada Noah. Air matanya membasahi baju jejaka itu.

"Kau tak jijik dengan aku?" Soal Noah. Crystal menggeleng laju. Noah tersenyum nipis dan membalas pelukan Crystal dengan erat.

"Jangan jijik dengan aku ya?" Pinta Noah. Dan itu semakin melajukan air mata Crystal.

"Tak. Saya takkan jijik dengan Tengku." Crystal menekup kedua pipi Noah dan dia mencium bibir jejaka itu.

Noah tersenyum lebar dan meraih pinggang Crystal agar duduk rapat dengannya.

"Terima kasih. Aku ingatkan kau akan jijik dengan aku." Noah merenung Crystal. Crystal menggeleng. Ya, dia sakit hati. Tetapi dia tidak akan jijik dengan makhluk Allah. Siapa dia untuk jijik dengan manusia lain? Dia juga pendosa.

Noah membaringkan Crystal di sofa dan mencium seluruh wajah gadis itu.

"Haura, Haura, Haura, Haura.." berulang kali Noah menyebut namanya. Crystal mengusap rambut Noah.

"Iya saya."

"Haura.. apa yang kau dah buat pada aku?" Soal Noah. Wajahnya terlihat kesal sebelum dia menyambung kata.

"Setiap saat, hanya kau yang ada dalam minda aku. Bila aku jauh dari kau, aku rasa kosong. Aku perlukan kau Haura. Aku sangat perlukan kau dalam hidup aku." Bisik Noah sambil mengelus rambut Crystal. Matanya berubah redup dan riaknya terbias kejujuran dari setiap bait kata yang dilontarkan.

"Tengku.." Crystal terkedu apabila Noah merebahkan badan diatasnya. Berat badan Noah yang semakin kurus membuatkan dia tidak terkesan walaupun terasa sedikit berat tampungan badannya sekarang apabila Noah menindihnya.

Crystal memeluk belakang Noah.

"Terima kasih. Sebab kembalikan keluarga saya." Ucap Crystal. Noah tersenyum nipis.

"Masa akad nikah kita haritu, Anas pun ada. Anas serahkan tugas wali kepada hakim sebab dia takut dia menangis nanti bila nak akadkan kita." Cerita Noah. Crystal tersenyum. Dia perasan Anas juga ada dulu, tapi masa itu dia ingatkan Anas hanya pekerja Noah.

"Macamana Tengku jumpa Anas?"

"Anas cari aku. Dia cakap dia dapat tahu kau ada di istana. Masa tu kita tak kahwin lagi. Dia dah cari kau lama dan akhirnya dia dapat tahu kau bekerja di istana. Jadi dia minta untuk aku benarkan dia jaga kau, walaupun tanpa pengetahuan kau." Ujar Noah. Crystal merasakan air matanya menitis ke tepi mata.

"Terima kasih." Crystal semakin erat memeluk Noah. Jika diikutkan, sebelum berkahwin dia dan Noah tidak berada dalam hubungan yang baik. Tetapi Noah masih membenarkan Anas masuk ke dalam hidupnya.

Untuk dia.

Noah membalas pelukan Crystal dan dia membalikkan badan, menukar posisi. Kini Crystal pula yang berada diatas badannya. Kedua pipi Crystal dipekup dan dia mencium dahi Crystal.

"Be the queen."

Crystal terkaku.

"Aku akan naik takhta selepas menyertai latihan ketenteraan nanti. Tiada wanita lain yang akan aku perkenalkan sebagai isteri aku selain kau. Aku tidak akan berkahwin lain. Jadi bersiaplah untuk menjadi isteri Tuan Putera."

Crystal menelan liur.

"Saya takut." Tangan Crystal menggenggam baju Noah. Noah tersenyum kecil.

"Me too, Haura. Aku tak tahu macamana penerimaan umi nanti bila dia tahu aku sudah berkahwin tanpa pengetahuannya. Tapi aku tak boleh sorok perkahwinan kita selamanya. Aku nak satu dunia tahu bahawa kau adalah isteri aku." Ujar Noah. Crystal tersenyum kecil.

Mulut manis.

Semakin lama dia sedar, apa yang dia mahukan semakin dekat. Awal dahulu, dia inginkan takhta supaya dia berkuasa. Untuk jatuhkan Noah. Dan sekarang dia akan mendapat takhta. Bonus untuknya adalah dia mendapat Noah sekali sedangkan rancangan asalnya adalah untuk berkahwin dengan Nash. Siapa sangka Noah yang akan menjadi suaminya?

Dan sekarang, ada satu lagi yang belum tercapai. Jatuhkan Noah.

Jatuhkan.. Noah?

Crystal merenung mata amethyst yang kelihatan bersinar merenungnya. Noah terlihat sangat tulus. Perangai Noah terhadapnya juga semakin membaik. Dan, kekasaran Noah selama ini adalah disebabkan oleh sihir Viviana yang sudah kuat dalam tubuh Noah.

Crystal melakar senyum dan hidungnya digeselkan di hidung Noah.

"Tengku yakin nak memperkenalkan saya sebagai isteri Tengku? Macamana kalau orang benci saya sebab saya bukan dari keturunan diraja?" Soal Crystal bimbang. Noah tergelak.

"Who? Saat kau menjadi isteri aku, aku tidak pernah membiarkan walau satu mulut pun yang berkata buruk pada kau." Serius Noah menuturkan kata.

Crystal hanya diam. Kemudian dia meletakkan kepala di atas dada Noah. Menghayati irama jantung Noah yang berdegup tenang.

Jatuhkan... Noah.

***

Crystal tersedar pada waktu tengah malam. Mereka masih di posisi tadi, diatas sofa dan dia meniarap diatas badan Noah sambil tangan Noah memeluk pinggangnya. Dengkuran halus kedengaran dari Noah. Crystal mencium leher Noah seketika dan bangun dari sofa. Tubuhnya direnggangkan.

Telefon Noah yang menyala dipandang dan dicapai.

Viviana - 2 new messages.

Crystal menghela nafas dan meletakkan telefon itu kembali. Tidak mahu menyakiti perasaan sendiri. Pastinya mesej yang diterima oleh Noah berunsur romantis. Dan sebagai isteri, sedikit sebanyak pastilah ada rasa cemburu dalam dirinya.

Rambutnya diikat dan Crystal mula melangkah ke dalam bilik air. Wudhuk diambil dan gadis itu menunaikan solat malam di ruang tamu.

Tanpa sedar, Noah memerhati. Ralit matanya melihat si isteri yang sedang solat dengan penuh khusyuk. Telefonnya dipandang.

"Saya ganggu Tengku tidur ke?" Soal Crystal sambil mendekati Noah. Telekungnya masih tersarung.

"Tak."

Crystal mengambil tangan Noah dan badan Noah dihadapkan ke arahnya. Tangan itu diusap lembut. Mata mereka bertentangan.

"Kenapa?" Soal Noah. Crystal hanya senyum sebelum dia menarik kepala Noah agar berlabuh di atas pahanya. Tangan mengusap rambut Noah.

Bibir Crystal mula mengalunkan surah AlFatihah sebanyak tujuh kali. Berselang seli setiap bacaan itu dengan ciuman di telinga Noah dan mata Noah.

Kemudian, diikuti AyatulKursi, Surah AlFalaq, dan surah AnNas masing masing sebanyak tiga kali.

Mata Noah mula layu ingin tidur. Crystal tersenyum kecil dan mencium kelopak mata Noah berulang kali sehingga mata Noah terpejam rapat.

Crystal masih meneruskan bacaan sebelas kali surah Al-Ikhlas dan menutup bacaannya dengan dua ayat terakhir surah Al Baqarah.

Tenang. Noah kembali lena dengan tangan mereka berdua yang bertaut rapat. Wajah Noah terlihat seperti wajah bayi yang sedang tidur, hilang semua kekusutan wajahnya.

Namun, mata Noah kembali terbuka setelah beberapa minit lepas dia tidur.

"Haura."

"Iya saya." Crystal menyahut lembut. Noah bersinar mata memandang si isteri dan dia mengiring lalu memeluk pinggang Crystal.

"Aku nak anak."

Meluas mata Crystal mendengar permintaan Noah.

"Anak?"

Noah angguk. Perut Crystal diusap lembut dan dicium.

"Aku nak anak dengan kau. Anak kita. Aku nak jadi ayah." Pinta Noah. Crystal terdiam. Tidak tahu ingin merespon apa kerana dia memang tidak menggunakan apa apa alatan mencegah kehamilan. Tetapi, dia masih tidak mengandung.

"InsyaAllah, ada rezeki nanti." Ujar Crystal. Noah mengeratkan pelukan dan memejam mata.

"Aku nak anak ramai ramai. Biar mereka membesar dengan didikan kau. Biar mereka jadi anak yang baik, bukan macam aku." Bisik Noah. Crystal mengusap rambut Noah.

"Tengku anak yang baik."

Noah menggeleng.

"Aku teruk. Kalau umi dan baba tahu perangai aku, pastinya mereka akan sangat marah. Haura.." Noah bangun dan merenung Crystal.

"Iya saya."

"Tolong aku. Tolong aku untuk jauhi Viviana. Aku taknak hidup macamni lagi. Aku taknak dikawal olehnya. Aku.. aku memang cintakan Scarlett. Tapi Scarlett dah mati. Dan Viviana terus gunakan Scarlett untuk buat aku tunduk padanya. Haritu, dia menyamar sebagai kau. Aku taknak ada hubungan dengannya lagi. Tolong aku, Haura." Pinta Noah. Crystal mengangguk laju. Semestinya.

"Saya akan usaha untuk bantu Tengku semampu yang saya boleh." Janji Crystal. Ya, dia akan menolong Noah kerana Noah masih boleh dijinakkan. Hatinya masih tidak terlampau keras.

"Haura." Noah tersenyum. Crystal turut senyum. Satu benda yang dia perasan, Noah suka memanggil namanya. Walaupun jejaka itu tiada apa apa yang ingin dikata. Dan dia juga suka mendengar namanya meniti dari bibir Noah.

"Iya Tengku."

Noah mencebik.

"Hmph, panggillah aku abang." Pinta Noah sambil merenung Crystal dengan mata bersinarnya. Crystal tergelak.

"Abang?"

Noah angguk.

"Abang. Macam Healy panggil Hazzel." Teruja Noah berkata. Pipi Crystal kemerahan.

"Taknaklah, saya malu." Crystal memekup wajahnya apabila bahang di wajahnya mula terasa. Membayangkan dirinya memanggil Noah abang sudah cukup membuat dia malu, apatah lagi ingin memanggil Noah abang betul betul.

Noah merengek.

"Alaa.. nak abang." Noah menggoyangkan tangan Crystal dengan renungan meminta simpati.

"Taknaklah. Dahla sama dengan Abang Anas dan abang Firdaus." Ujar Crystal. Noah memuncung dan memeluk Crystal.

Sepi.

"Err.. nak duduk macamni ke?" Soal Crystal kerana mereka duduk diatas sofa dengan Noah yang memeluknya erat. Namun tiada jawapan dari Noah.

Crystal tersenyum.

"Tengku merajuk ke ni?" Soal Crystal sambil cuba meleraikan pelukan namun tangan Noah semakin kuat memeluk tubuhnya.

"Taknak lepas!" Bentak Noah apabila pelukan mereka longgar.

"Kalau merajuk mana boleh peluk peluk macamni." Ujar Crystal. Lucu mengenangkan Noah yang merajuk tetapi tidak mahu berjauhan dengannya.

"Taknak. Nak merajuk macamni." Noah bersuara mendatar dan terus memeluk Crystal. Bibirnya memuncung ke hadapan.

"Ada pula merajuk tapi peluk peluk begini." Crystal terhibur. Jadi inilah perangai Noah yang disembunyikan. Dan dia terasa lega kerana pada akhirnya Noah semakin menunjukkan sikap positif kepadanya.

Noah hanya diam. Masih dengan merajuknya.

"Jom merajuk didapur. Saya nak buat oatmeal, saya lapar." Ujar Crystal apabila Noah hanya diam memeluknya dengan statik sahaja.

Noah melepaskan pelukan dan bangun dari sofa. Dengan wajah mencuka dia memegang tangan Crystal dan berjalan ke dapur.

"Hmm.." Noah mendudukkan Crystal di kerusi dan dia berlutut di lantai. Tangannya memegang paha Crystal.

"Betul ni Tengku nak saya panggil abang?" Soal Crystal. Noah meletakkan dagunya di paha Crystal.

Angguk.

"Okay. Abang." Crystal mengusap pipi Noah. Noah kelihatan terkejut sebelum riaknya berubah gembira. Bersinar matanya memandang Crystal.

"Kau panggil aku abang?" Soal Noah teruja. Crystal angguk.

"Abang. Tapi abang pun janganlah panggil kasar kasar. Panggillah saya lembut lembut." Ujar Crystal. Noah menggigil teruja.

"Haura!" Noah berkata teruja. Crystal turut gelak.

"Iya saya."

Noah bangun dan memeluk erat tubuh Crystal.

***

"Jangan peganglah nanti orang nampak." Crystal menarik tangannya dari dipegang Noah. Noah mencebik dan mereka berjalan masuk ke dalam istana.

"Assalamualaikum." Noah masuk ke dalam ruangan istana dan berkerut dahi melihat Viviana yang sedang menangis manakala uminya memeluk gadis itu.

"Kenapa ni?" Soal Noah. Sekilas dia memandang Crystal dengan riak bingung sebelum mendekati Lily.

"Umi.."

"Apa ni?" Lily memberi kotak kecil kepada Noah. Noah membuka kotak kecil itu.

Crystal menekup mulutnya dan matanya meluas. Pregnancy test!

Dan ianya.. positif.

Noah turut tergamam. Matanya memandang Viviana. Viviana mengelap air matanya dan menunduk.

"Anak siapa tu?" Soal Noah perlahan. Rahangnya terketap rapat. Selama dia bersama Viviana, dia yakin dia tidak cuai. Perlindungan dipakai. Malah, Viviana juga menelan pil.

"Jangan buat buat tanya! Vivi tunjuk bukti tadi gambar kamu dan dia. Apa nak jadi ni Noah? Noah sedar tak Noah buat apa ni?" Soal Lily sambil menolak nolak badan Noah.

"Umi Noah tak mengandungkan dia."

"Bagitahu umi yang gambar gambar intim kalian itu palsu." Cabar Lily. Noah terdiam. Gambar itu benar.

Tapi bukan dia yang mengandungkan Viviana! Mereka sudah lama tidak bersama hampir setahun sudah sejak akademi itu!

"Umi.." Noah meraih tangan Lily namun direntap kasar.

"Bertanggungjawablah. Kahwin dengan Viviana. Umi taknak anak umi rosakkan anak orang lain dan lepas tangan begitu! Umi akan cakap dengan keluarga Puteri Alessandra. Batalkan perkahwinan kamu dengan Alessandra dan berkahwin dengan Viviana." Ujar Lily.

Crystal terkaku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro