CHAPTER EIGHTEEN 🔮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PANG!

"Abang!" Crystal menahan badan Noah dan dipeluk kemas. Wajah Noah kemerahan memandang Viviana yang terjatuh di lantai akibat tamparannya.

"Kau bercinta dengan siapa? Senang senang kau cakap aku mengandungkan kau. Sedangkan kali terakhir kita bersama adalah di akademi setahun lepas! Itupun sebab kau menyamar jadi isteri aku!" Meninggi suara Noah bergema di apartment itu. Viviana bangun dari lantai dan mengusap pipi yang terasa pijar.

"Jangan salahkan I kalau you sendiri tak reti nak kotakan janji! You janji you akan berkahwin dengan I, bukan dengan perempuan ni dan bukan dengan Alessandra! I ada di sisi you selama empat tahun. Empat tahun, Noah! Buka lah mata you! I yang usaha macam macam supaya you cintakan I tapi perempuan ni.." Viviana menunding jarinya ke arah Crystal.

"Perempuan jalang ini yang tak buat apa apa pula senang senang je jadi isteri you!" Jerit Viviana.

"Jangan panggil isteri aku jalang." Noah mula ingin mendekati Viviana sebelum Crystal menghalangnya.

"Abang! No. Jangan, sabar. Sabar." Dada Noah diusap lembut dan dia menolak Noah, mengekalkan jarak antara Noah dan Viviana. Kerana dia tahu Noah jika sedang marah, memang sukar dikawal panas barannya.

"Kau, tak pernah ada untuk aku Ace Viviana. Empat tahun itu adalah masa yang kau guna untuk sihir aku sehingga aku susah untuk sembuh! Kau menyamar menjadi Scarlett , untuk tundukkan aku. Kau menyamar jadi isteri aku. Jadi kenapa kau nak persoal kenapa aku tidak pernah mencintai kau jika kau sendiri tak pernah jadi diri kau sendiri?" Soal Noah sambil mengetap gigi.

"Kita kahwin, please. I janji I akan hapuskan sihir itu jika you kahwin dengan I. Kita boleh bahagia. I rela bermadu dengan dia!" Viviana memandang Crystal.

Crystal mengeluh dan mendekati Viviana.

"Awak mengandung anak siapa? Tak apa, jujur je dengan saya. Saya takkan beritahu Tuan Puteri." Pujuk Crystal. Viviana tersenyum sinis.

"Kenapa? Supaya lagi senang kau nak jauhkan kami? Suka lah kau, datang dari keluarga miskin tiba tiba dapat jadi isteri Noah?" Soal Viviana.

"Awak nak kata saya gila harta ke? Eh saya tak hamak takhta tu! Dan saya juga tak kisah jika awak nak kahwin dengan suami saya tapi bukan dengan cara kotor begini! Saya kenal Noah dan dia tak berbohong."

Noah memerhati adengan dua wanita itu dengan perasaan marah. Ingin sahaja dia mencekik Viviana. Namun fikirannya tiba tiba dipenuhi dengan rasa sakit dalam perut.

BLUERK

Serentak Crystal dan Viviana memandang Noah yang tiba tiba muntah. Crystal memekup mulut melihat ulat ulat keluar dari mulut Noah dan muntah itu juga terdapat cairan darah.

"Abang!" Crystal menahan badan Noah yang ingin rebah. Noah terduduk di lantai sambil dipangku Crystal.

Viviana tersenyum dan berpeluk tubuh.

"I tak mengandung. Pregnancy test itu palsu. Tapi selagi I tak kahwin dengan Noah, I takkan menyerah. Jika I perlu bunuh Noah untuk puaskan hati I, then I akan bunuh dia." Viviana mengacip gigi.

Crystal mengusap dada Noah apabila Noah semakin sukar bernafas.

"Breath, abang. Bertenang. Hembus nafas perlahan lahan." Pinta Crystal. Wajah Noah semakin pucat.

"Abang tengok Haura. Tengok Haura sahaja!" Crystal semakin panik apabila Noah mula sesak nafas dengan teruk.

Mata Noah yang separa tertutup memandang dirinya. Crystal turut merenung Noah sambil perlahan lahan dia mengurut dada Noah bagi melancarkan pernafasan Noah.

Semakin lama, pernafasan Noah semakin stabil. Renungan Noah berubah lembut dan tenang.

"What?" Viviana bersuara perlahan. Bagaimana Noah boleh bertahan hanya merenung Crystal? Kerana kebiasaannya Noah akan menelan ubat jika sakit.

Crystal mengusap kelopak mata Noah yang separa tertutup.

Setelah Noah lena, Crystal memandang Viviana yang statik dengan riak terkejut.

"Kenapa? Terkejut? Terkejut sebab saya boleh rawat sakit Noah? Sudah sudahlah, Viviana! Noah dah cukup terseksa dah dengan hasil buatan awak ni! Awak nak seksa dia sampai dia mati ke?"

"Yes! Apa guna dia hidup jika I tak memilikinya? Baik dia mati, you dan I takkan dapat dia. Kan adil tu." Senyum sinis terukir.

"Takkan. Saya isteri Noah dan sekuat mana pun awak mencuba, Noah tetap milik saya! Jadi saya akan sentiasa memilikinya." Crystal bernada kuat.

"Bitch." Viviana mengetap gigi dan berjalan keluar dari apartment Noah. Crystal menghela nafas dan melihat cairan darah diatas lantai. Sama sepertinya dahulu. Dia juga pernah muntah darah.

***

Noah membuka mata dan memegang kepala yang sakit. Terkelip kelip dia memandang ruangan putih disekelilingnya.

"Eh abang dah bangun?"

Noah menoleh dan melihat Crystal masuk bersama air suam. Bibir automatik tersenyum mendengar panggilan dari Crystal buatnya.

"Sini." Noah berganjak ke tepi dan menepuk ruangan katil disebelahnya. Crystal menggeleng.

"Tak apa, tu ada kerusi. Lagipun Haura dah tidur tadi." Ujar Crystal. Noah memuncung.

"Hmph.. sini lah.." rengek Noah. Crystal tergelak mendengar suara Noah yang sudah seperti ingin menangis. Gadis itu naik ke katil dan duduk ditepi Noah. Cepat sahaja tangannya melingkar di tubuh Crystal.

"Nah minum ni. Air ini insyaAllah boleh redakan sakit." Ujar Crystal sambil memberi cawan air suam kepada Noah. Noah menghirup perlahan.

"Umi dah salah faham. Abang baru ingin berterus terang dengannya tentang perkahwinan kita, tapi sekarang semua sukar lepas Viviana bagitau umi dia mengandung anak abang." Noah memaling memandang Crystal dan tangan Crystal digenggam.

"Tapi sumpah, jika dia mengandung sekalipun anak itu bukan milik abang. Abang dah tak bersamanya sejak tahun lepas. Mustahil dia mengandung anak abang." Noah bersuara dan menunduk, menyembunyikan riak takutnya.

Takut jika Crystal tidak mempercayai dirinya dan memilih untuk pergi meninggalkannya.

Noah terkedu apabila dagunya diraih dan Crystal mencium lembut bibirnya. Terkelip kelip dia memandang gadis itu.

"Haura percayakan abang." Ujar Crystal. Noah memeluk erat gadis itu.

"Terima kasih." Bisik Noah. Crystal tersenyum nipis dan membalas pelukan Noah. Beginilah rasa sakit yang dia kena haritu sehingga perlu ke hospital kerana muntah darah. Dan waktu itu masih segar diingatannya yang Noah sanggup pulang berjumpanya kerana dia sakit.

"Macamana rasa? Sakit lagi?" Soal Crystal. Noah angguk.

"Sakit sini." Noah menunjuk ke arah perutnya. Walaupun semakin kurus, Noah masih mempunyai otot disekitar bahagian perut.

Merah wajah Crystal apabila Noah menanggalkan baju dan melihat bahagian perut Noah. Terdapat satu parut seperti ditikam di perut itu. Apabila dia tanya, Noah hanya memberitahu bahawa itu luka biasa dan dia tidak perlu risau.

Tangan Crystal mengusap kesan parut itu.

"Haura."

"Hm?"

"Haura rasa umi masih marahkan abang ke?" Soal Noah. Crystal terdiam. Dia juga tidak tahu. Semestinya Lily percaya dengan kata kata Viviana kerana Viviana mempunyai bukti kukuh yang menyatakan Noah mengandungkannya. Walau hakikatnya semuanya berlaku bukan seperti yang disalah sangka itu.

"InsyaAllah kita terangkan pada umi nanti. Abang makan ubat dulu ya?" Crystal mengambil ubat cecair itu dan diletakkan didalam penutup kecil.

"Taknak.. pahit." Noah menggeleng. Dia sudah tidak mahu menelan ubat. Ubat yang kerap memberinya rasa khayal dan mengantuk.

Crystal memandang kosong wajah Noah sebelum dia meminum ubat itu lalu kepala Noah didongakkan.

"Apa.." luas mata Noah apabila Crystal mencium bibirnya dan cecair ubat itu ditolak masuk ke mulut Noah. Setelah itu, Crystal menutup mulut dan hidung Noah, memaksa Noah menelan ubat didalam mulut.

Crystal melepaskan tekupan apabila halkum Noah bergerak tanda dia menelan ubat itu.

Noah memandang Crystal dan matanya mula layu.

"Haura.." perlahan suara Noah dan jejaka itu dipeluk oleh Crystal. Tangan Crystal naik ke pelipis Noah dan mengurut pelipis itu lembut. Noah yang terbuai dengan urutan Crystal perlahan lahan lena. Kepala Noah dibahu gadis itu mula memberat.

"Haura minta maaf. Tapi abang kena makan ubat." Crystal menguis rambut Noah yang terjuntai didahi sebelum dia perlahan lahan membaringkan Noah diatas katil. Selimut ditarik ke paras leher Noah.

Gadis itu mengambil botol ubat Noah dan tulisan diteliti.

Xanax.

Ini ubat antidepresi untuk Noah. Hari ini baru dia tahu Noah menghidapi depresi.

Sekejap.

Tiada siapa tahu Noah menghidap depresi. Jadi siapa yang memberi Noah ubat ini? Dan siapa yang tahu tentang sakit Noah?

Crystal berjalan keluar dari wad dan kepalanya tertoleh toleh mencari doktor yang memberi ubat itu tadi.

"Hai, maaf ganggu tapi boleh saya tanya dimana bilik doktor yang.." Crystal terdiam. Macamana ingin bagitahu ya?

"Hai, boleh cik bagitahu ciri ciri doktor itu?" Soal wanita di kaunter dengan ramah.

"Dia tinggi, rambut hitam, kulit sawo matang dan pakai kaca mata." Ujar Crystal apabila dia cuba mengingat wajah doktor tadi.

"Sekejap ya." Wanita itu menekan komputernya.

"Tengku sakit ke?"

Crystal terus menoleh apabila terdengar suara garau dibelakang. Doktor ini!

"Doktor!"

***

"Saya terima arahan dari Cik Viviana untuk memberi ubat kepada Tengku." Ujar doktor itu sambil memandang Noah yang sedang tidur.

"Viviana?" Soal Crystal perlahan. Viviana tahu Noah ada depresi. Mungkin, Viviana adalah satu satunya orang yang tahu tentang ini.

"Iya. Sejak tiga tahun lepas Tengku diberi ubat secara berkala untuk masalah depresinya. Setiap ubat yang kami beri adalah dipantau oleh Cik Viviana dan kami tidak dibenarkan mendedahkan sebarang maklumat pun kepada orang luar." Ujar doktor itu lagi.

Crystal berkerut dahi.

"Jadi kenapa awak bagitahu saya?" Bukankah dia juga dikira sebagai orang luar?

"Sebab I suruh."

Crystal melihat Viviana yang baru tiba di hospital dan mengisyaratkan doktor itu agar keluar. Si doktor hanya akur.

"Impressive. I tak terfikir yang you akan tahu Noah ada penyakit. Because selama tiga tahun I simpan benda ni, no one knows." Ujar Viviana. Crystal menunjukkan botol ubat kepada Viviana.

"Ubat ni.. awak bagi kepada dia sebelum dia ada depresi kan?" Soal Crystal. Viviana terkedu.

"Apa yang you cakap?"

"Jangan berdalih! Pil dalam botol ni, lain. Ini bukan ubat Xanax. Awak letakkan pil lain dalam botol ubat Noah supaya keadaan Noah memburuk! Sebabtu awak tak bagi sesiapa tahu kan?" Soal Crystal sinis.

Dia tahu rupa ubat Xanax bagaimana. Tapi Yang diberi kepada Noah adalah pil lain yang diletakkan dalam botol ubat Xanax bagi mengaburi niat jahatnya.

"Disebabkan ubat yang awak bagi ni, keadaan Noah semakin buruk. Lepastu awak canang kononnya Noah ada depresi. Dia tak ada depresi. Dia cuma telan ubat entah apa apa ni yang jejaskan kesihatan mental dia!" Botol ubat itu dilempar kasar ke dinding sehingga bertaburan ubat diatas lantai.

Viviana melihat ubat yang berterabur.

"You buang ubat tu?" Viviana mengacip gigi.

"Ya. Dan saya akan bagitahu semua orang yang awak bagi pil berbahaya pada Noah! Tak cukup lagi ke dengan sihir awak pada dia sejak kecil lagi tu? Awak tengok, Noah sekarang dah semakin kurus, badannya makin susut, wajahnya makin penat. Semua sebab perangai keji awak tu!"

"Benda ni takkan jadi kalau dia tak kahwin dengan kau la perempuan!" Jeritan Viviana bergema didalam wad kedap bunyi itu.

"Sebelum kalian berkahwin, keadaan Noah baik baik sahaja. Dia jadi macamtu lepas dia kahwin dengan kau! Jadi sekarang ini semua salah siapa? Kalau kau tak kahwin dengan dia, aku takkan buat semua ini padanya. Kerana dari awal Noah hanya milik aku!" Viviana membentak. Kemudian senyum sinis terbit di bibirnya.

"Aku tak salahkan kau. Aku faham, Noah ini pewaris utama. Pastilah untung siapa yang jadi isterinya. Hidup bakal disalut emas kelak. Kan?"

"Saya tak ingin harta dia." Ujar Crystal.

"Then why? Kenapa kau kahwin dengan dia? Dia dan aku dah bercinta dengan lama tiba tiba kau yang dapat dia." Viviana menentang mata Crystal.

"Sebab saya bukan perempuan murah yang hanya membenarkan lelaki bukan suami saya sentuh saya sesuka hati. Awak kata saya tak pandai jaga Noah, hakikatnya awak yang tak pandai jaga dia. Jika awak jaga Noah, dia takkan tertarik pada saya. Dia takkan bernafsu pada saya. Awak rasa awak boleh dapatkan Noah dengan cara kotor begini, tapi awak lupa apa yang sedang terjadi. Perlahan lahan, Noah semakin menjauhi awak. Noah semakin hilang dari kuasa sihir awak. Dan semua itu berlaku lepas kami berkahwin." Sinis suara Crystal sambil tersenyum mengejek kepada Viviana.

"Kurang ajar!" Tangan Viviana naik ingin menampar Crystal namun tangan Crystal lagi cepat menahan tangannya.

PANG!

Vivivana tertoleh ke tepi.

"Awak nak main cara ini? Baik. Teruskan dengan segala bantuan syaitan dan jin awak tu. Dan saya akan tunjuk betapa lemahnya semua usaha awak jika ingin dibandingkan dengan kuasa Yang Esa." Ujar Crystal mendatar. Viviana memegang pipinya yang terasa pijar.

"Ambil ubat ubat ini dan keluarlah. Kerana mulai harini saya takkan benarkan sebarang ubat diberi kepada Noah lagi. Biar saya sendiri yang aturkan ubat dia." Ujar Crystal lagi. Viviana tanpa kata terus keluar apabila melihat Noah bergerak tanda dia sudah bangun dari lena.

Crystal menghela nafas apabila Viviana hilang dari pandangan. Duduk dilabuhkan di kerusi dan wajah dipekup.

"Haura.."

Crystal mengangkat kepala dan melihat Noah yang meracau dalam tidur. Gadis itu mencium dahi Noah dan mengusap rambut si suami.

"Iya saya."

Riak Noah kembali tenang dan lena.

***

"Kalau Crystal datang sini sebab nak backup Noah, lupakan. Umi takkan percaya." Lily memeluk tubuh memandang Crystal.

"Tapi Viviana betul betul tak mengandung, Tuan puteri."

"Dia masih di awal kandungan. Memanglah tak nampak apa apa lagi. Umi tak kira, Noah dah melampau. Umi taknak hubungan keluarga kami renggang sebab ni. Noah akan kahwin dengan Viviana. Itu arahan umi." Suara Lily berbaur keras. Lily memang dikenali sebagai seorang yang lemah lembut. Tetapi jika dia marah, memang dia akan jadi sangat tegas.

Crystal menunduk. Tidak tahu apa lagi cara untuk memberitahu kepada Lily.

"Kenapa Crystal sebelahkan Noah? Crystal dan Noah ada apa apa ke?" Soal Lily.

"Eh tak. Crystal cuma kesiankan Tengku sebab kalau semua ini fitnah, dia kena kahwin tanpa rela." Ujar Crystal. Lily tergelak sinis.

"Bercinta bertahun tahun sampai mengandung, takkan kahwin tak rela." Lily bersuara. Crystal mengeluh.

"Lagipula, Noah akan menjadi pemerintah disini. Umi takkan biarkan berita buruk tentang Noah tersebar. Umi taknak sesiapa tahu Noah mengandungkan Viviana. Jadi umi dah tetapkan lepas Noah pulang dari kem tentera di Bawaat Alhayaa bersama Hazzel, Noah akan berkahwin dengan Viviana."

Crystal terasa jantungnya hampir gugur. Wajah Lily kelihatan sangat nekad untuk mengahwinkan Noah dan Viviana.

"Tapi Noah tak salah." Crystal bersuara perlahan. Lily senyum dan menggenggam tangan Crystal.

"Umi tahu Crystal nak tegakkan kebenaran. Tapi umi buat ini demi kebaikan mereka juga. Umi nampak semua bukti dari Viviana. Noah pun mengaku gambar gambar intim itu betul." Kata Lily lembut. Crystal hanya diam dan senyum pahit diukir.

"Okay."

***

"Abang dah taknak duduk di hospital. Abang nak balik." Noah bersuara sambil mengunyah nasi yang disuap oleh Crystal.

"Sekejap je. Dua tiga hari nanti abang dah boleh keluar." Crystal tersenyum.

"Abang nak jumpa umi. Nak cakap pada dia yang abang tak mengandungkan Viviana dan abang nak bagitahu umi, Haura isteri abang. Biarlah satu dunia menentang sekalipun abang takkan biarkan Haura pergi dari abang." Ujar Noah nekad.

Crystal memandang Noah. Patutkah dia bagitahu bahawa dia sudah berjumpa Lily? Dan Lily berkeras tidak mahu mempercayai segala kata katanya.

Tanpa sedar, makanan didalam pinggan sudah habis. Crystal tersenyum. Noah akan selalu makan apabila disuap, tapi jika dia tidak menyuap, Noah tidak akan meminta. Noah akan rela berlapar sehingga lah dia menyuap Noah kembali.

"Nak lagi?" Soal Crystal. Noah menggeleng.

"Dah kenyang." Noah mengambil pinggan dari tangan Crystal dan diletakkan diatas meja. Kemudian jejaka itu memeluk badan Crystal.

"Tak bosan ke?" Soal Crystal.

"Tak. Haura ada, abang tak bosan. Kalau Haura balik, abang pergi ke taman or waterpark. Hilangkan bosan." Ujar Noah. Crystal berkerut dahi.

"Hospital ni ada waterpark ke?"

"Iya. This is Ezekiel Specialist, Haura. Kos untuk duduk di hospital ini boleh mencecah RM10000 semalaman tau. Itupun yang murah. Kalau wad persendirian macamni.." Noah membuat isyarat kerat leher. Pantas Crystal menekup telinga. Ngeri ingin mendengar harganya. Patutlah hospital ini sangat mewah.

"Tapi walaupun mahal, hospital ini menerima pesakit yang sangat memerlukan rawatan pakar. Masa dulu pun papa Hunter taja ramai pesakit untuk mendapatkan rawatan disini." Jelas Noah. Crystal senyum. Sikap Hunter yang sudah dikenali ramai, dingin tetapi dalamnya sangat baik.

Papa Hunter.

Crystal tersedar. Kenapa Crystal tidak terfikir untuk meminta tolong darinya? Hunter pastinya akan menolong Noah kerana Noah adalah anak saudaranya.

Tapi, Viviana juga anak saudaranya.

Crystal muram kembali.

"Haura okay? Kenapa ni?" Soal Noah apabila melihat wajah mendung milik si isteri. Crystal menggeleng.

"Jom tengok taman." Ajak Crystal. Noah angguk dan mereka berdua mula ke taman. Crystal menunduk apabila melihat bunga dikakinya.

"Nah." Sekuntum yang jatuh itu diberi pada Noah dan dia menjengket sedikit, mencium pipi Noah.

Noah tersenyum lebar dan menarik Crystal rapat ke arahnya.

"Eh abang, orang ramai ni." Crystal menolak Noah kembali. Pantang kena cium pasti dirinya akan ditarik kedalam pelukan. Noah tergelak dan menggenggam tangan Crystal.

"Tak ada orang pun ditaman ini. Kalau ada pun, mereka semua sudah ingin mati. Jadi tidak apa jika mereka melihat kita." Ujar Noah. Sekali lagi mengundang tepukan badan dari Crystal. Ada ke patut cakap orang yang di hospital ini sudah ingin mati?

Mereka berjalan mengelilingi taman dan berbual. Habis semua topik keluar dan tawa mereka juga kadang kadang meletus kuat.

Hentikan lah masa. Dia tidak mahu segalanya yang akan berlaku selepas ini. Biarlah mereka bergelak tawa sebegini selamanya. Ini sudah cukup. Sangat cukup.

Crystal memeluk lengan Noah dan menyandarkan kepala dibahu jejaka itu. Mata melihat pokok bunga segar dihadapan mata.

"Haura buat abang hidup."

Crystal mendongak memandang Noah. Noah hanya memandang pokok bunga itu.

"Apa maksud abang?"

"Selama abang dibesarkan, abang dapat kasih sayang. Tapi itu semua terbatas. Abang dibesarkan sebagai pewaris, bukan sebagai anak. Abang dilatih berlawan dari kecil, pergi ke sekolah, akademi, latihan, kem. Sehingga abang tiada banyak masa untuk merasai zaman kecil abang. Tambahan lagi Nash ada. Nash adalah anak yang dibesarkan sebagai anak. Kerana dia bukan pewaris. Masa kecil dulu abang sangat cemburu dengan Nash. Sehingga sekarang, abang benci lihat Nash hidup dengan bahagia sedangkan abang perlu hidup sebegini. Kewujudan Nash buatkan umi dan baba lupa... Abang juga anak mereka." Suara Noah bergetar, menahan sebak dan matanya semakin berkaca menunggu air mata untuk turun.

Crystal memeluk Noah.

"Terima kasih, buat abang hidup. Haura penuhkan hidup abang dengan kasih sayang. Haura sayang abang sebagai Noah, bukan sebagai Tengku Noah. Jadi jangan pergi." Bisik Noah. Crystal angguk laju.

"Haura takkan pergi." Pipi Noah dicium lembut. Noah tersenyum lebar dan memeluk erat tubuh Crystal.

"Ehem."

Crystal mendongak dan darahnya berderau. Pantas tubuh Noah ditolak dan dia bangun dari bangku.

Noah turut memandang gerangan yang berdiri dihadapan mereka.

"Daddy cari dalam wad tadi tak ada. Disini rupanya." Skyler melabuhkan duduk di bangku sebelah Noah.

"Monsieur." Crystal menunduk sedikit. Skyler tergelak dan menggeleng.

"Tradisi tunduk hormat ini hanya untuk orang luar. Crystal dah jadi keluarga ini jadi tak perlu tunduk sebegitu. Jangan risau, daddy tak makan orang. Anggap je daddy macam ayah Crystal. Because Noah do so." Skyler memeluk bahu Noah. Noah tersenyum.

"Daddy terima?"

"Why not? Everyone deserves happiness. Daddy nampak kamu berdua macam bahagia sangat tadi jadi itu sudah cukup untuk buat daddy yakin kalian boleh bahagiakan sesama sendiri." Ujar Skyler tenang.

Crystal hanya diam, mata memandang tanah. Takut. Skyler adalah bapa Viviana. Adakah Skyler akan memarahi dirinya kerana merampas kekasih anaknya?

"Monsieur, tolong jangan bagitahu sesiapa. Saya..."

"Kami semua dah tahu. We are De Ezekiel. Hiding information, especially from us, your own family. Macamana kamu boleh berfikir kami tidak akan tahu?" Soal Skyler memotong percakapan Crystal.

Maknanya..

"Baba?" Soal Noah.

Skyler senyum.

"Noah tak terfikir kenapa umi tak syak hari hari Noah di apartment? Noah jarang pulang ke istana?" Soal Skyler sekaligus menjawab persoalan Noah.

Baba tahu. Dan baba yang tolong Noah untuk mengalihkan perhatian Lily agar Lily tidak mempersoalkan sikap Noah yang berubah selepas berkahwin.

Ya, mereka tahu. Malah, mereka pastinya lebih tahu dari apa yang sepatutnya mereka tahu.

"Kami tidak marah. Kami adalah makhluk yang mudah. Kami tahu, kami diam. Sampailah Crystal dan Noah sendiri yang beritahu kami. Jujur dengan kami. Jangan risau, hanya kami sahaja yang tahu. Jadi rancang lah sendiri bagaimana kamu berdua ingin memberitahu perkahwinan ini kepada Lily. Kami tidak akan campur dan kami tidak akan bagitahu Lily bahawa kamu berdua sudah berkahwin selagi kamu berdua tidak bersedia untuk jujur kepadanya sendiri." Ujar Skyler. Kemudian jejaka itu bangun.

"Tapi hati hati, umi kamu tu nampak sahaja lembut. Semakin lama kamu sorok benda ni, semakin buruk akibatnya nanti. Jujurlah selagi belum terlambat." Pesan Skyler lalu meletakkan buah tangan yang dibawa untuk Noah sebelum berjalan pergi meninggalkan kedua suami isteri itu.

Noah dan Crystal saling berpandangan.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro