CHAPTER NINETEEN 🔮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bab ini mungkin akan menimbulkan sedikit kekeliruan kepada pembaca, oleh itu pembaca digalakkan untuk membaca semula :

THE VALIANT
DARI BAB 21 (ГЛАВА ДВАДЦАТЬ ПЕРВАЯ)

HINGGA

BAB 26 (ГЛАВА ДВАДЦАТЬ ШЕСТАЯ)

Bagi memahami bab ini dengan lebih mendalam.

.
.

Bawaat Alhayaa. Satu tempat yang ditubuhkan untuk melatih para tentera De Ezekiel. Juga satu tempat yang terkawal rapi dengan sistem kawalan canggih. Disitu hanya ada dua, sama ada hidup atau mati.

Kematian disana adalah perkara biasa. Setiap orang perlu bersedia untuk mati, jika tidak berjuang untuk hidup.

Crystal melihat para manusia yang sedang bersiap sedia untuk menaiki pesawat. Ini adalah kem terakhir Noah sebelum dia diangkat sebagai pemegang takhta.

"Termenung jauh nampak."

Crystal pantas menoleh apabila kelibat seseorang berdiri dihadapannya. Gadis itu tersenyum nipis.

Nash. Nash juga sudah selesai mengikuti kelas persediaan dan masuk ke kem. Selepas ini, jejaka itu akan sambung belajar ke peringkat lebih tinggi sebelum diserap masuk ke Ezekiel Specialist sebagai seorang doktor pakar bedah.

"Jaga diri." Pesan Nash.

Crystal tergelak kecil.

"Sepatutnya saya yang pesan macamtu. Awak jaga diri. Ingat, niat masuk kem ni untuk berjihad. InsyaAllah syurga untuk awak." Pesan Crystal pula.

Nash angguk dan menghela nafas.

"Lepas kem ni saya nak masuk merisik awak. Jadi tunggu saya, boleh?"

Crystal terasa dunianya berhenti berputar. Selepas Noah memberitahu bahawa Nash suka padanya, sedaya upaya dia cuba menjauhkan diri dari Nash. Dia ingatkan Nash sudah dapat melupakannya.

Tapi tekaannya salah. Crystal sangat tidak sangka bahawa Nash masih menyimpan hasrat untuk mengahwininya.

"A.. Apa?"

"Saya nak lamar awak selepas kem ni selesai." Ujar Nash jujur. Mereka sudah semakin dewasa, jadi inilah masanya untuk menyunting kita sebelum Crystal diambil orang lain.

Crystal pantas menggeleng.

"Nash, saya tak boleh." Crystal bersuara dengan nada terketar.

"Why? Crystal, tentang darjat tak penting. Umi pun cakap dia suka awak. Saya dah bincang dengan umi dan baba tentang hajat saya dan..."

"Saya isteri orang." Potong Crystal. Sedar, dia perlu beritahu perkara ini kepada Nash agar Nash tidak terlanjur mencintainya dengan lebih dalam.

Dapat dilihat riak Nash seperti tidak percaya dan mulutnya ternganga sedikit. Terlalu terkejut dengan apa yang didengari dari mulut Crystal.

"You're married?"

Crystal menunduk sebelum kepalanya mengangguk perlahan.

"D.. Dengan siapa?" Nash bersuara perlahan. Crystal masih memandang tanah.

"Saya tak boleh bagitahu awak. Dan tolong rahsiakan benda ni dari semua orang. Jangan beritahu sesiapa pun." Crystal merayu. Walaupun rahsia mereka sudah terbongkar dengan Skyler, tapi Crystal masih takut ingin bongkarkan semuanya, biarlah selepas kem ini mereka jujur pada Lily dan semua. Supaya tidak menganggu emosi Noah yang akan ke kem.

Nash hanya mampu diam. Terkedu dengan kata kata yang lahir dari Crystal.

***

Noah memandang malam yang sunyi. Malam itu merupakan malam pertama mereka berada didalam Bawaat Alhayaa. Dan malam itu, dia tidak dapat lena. Memikirkan Crystal yang berada di istana.

Bak kata Crystal, biarlah dia duduk di istana, supaya dia dapat mendekati Lily dan agar Lily tidak terkejut menerima berita perkahwinan mereka nanti.

Perhatian Noah teralih melihat Hazzel yang sedang berjalan ke arahnya sambil Healy yang sedang kalut mengikut langkah Hazzel, risau ditinggalkan barangkali.

Bibir Noah senget. Hazzel jika sudah datang mood tegas, dengan isteri pun boleh ditinggal dalam hutan.

"Kenapa Healy tu?" Soal Noah sambil melabuhkan duduk disebelah Hazzel.

"Biasalah, nak buang air."

Noah angguk. Kemudian dia berfikir. Hazzel rapat dengannya sejak kecil. Malah, Hazzel adalah satu satunya manusia yang dia ada sepanjang dia membesar. Hazzel ibarat abang kandungnya kerana masa kecil mereka dihabiskan bersama.

Patutkah dia bagitahu Hazzel? Dia yakin Hazzel pastinya akan menyimpan rahsia mereka dengan baik. Lagipun dengan sikap tegas Hazzel pastinya dia dapat tolong Viviana yang sedang menyebarkan berita bahawa gadis itu mengandung anaknya.

"Bro."

Hazzel memandang Noah.

"Apa?"

"Aku ada benda nak bagitahu." Noah membalas pandangan Hazzel.

"Spill."

"Aku sebenarnya dah ka.."

Tumpuan mereka teralih apabila ada seorang mendekati. Kelihatan seorang lelaki memandang mereka berdua dengan riak wajah berkerut menahan rasa.

"I need to pee."

Hazzel menghulur botol air kepada Noah. Noah terus bangun dan pergi ke arah semak bersama pelatih itu.

"Nah, air. Buat ba.." Noah terhenti. Matanya memandang manusia yang dibelakangnya. Tidak, bukan manusia lagi.

Rupa makhluk itu sangat ngeri. Mulutnya berdarah dengan lidah terjelir keluar. Bebola matanya sebelah hampir putus, hanya urat halus sahaja memegang bebola matanya dengan songket. Kulitnya berkuping dan gelap seperti kehangusan.

"Apakah.." Noah terkedu. Makhluk itu mendekati Noah dengan air liur yang terjatuh.

Kukunya dikeluarkan dan tubuh Noah diterkam.

"Argh! Lepaslah sial!" Jerit Noah namun suaranya tiba tiba menjadi serak. Tiada suara yang keluar.

Kelam.

Hari semakin cerah, Noah perlahan lahan membuka matanya. Terus dia bangun. Mata memandang sekeliling. Dia berada di tempat semalam, dan selepas diterkam dia juga tidak ingat apa yang jadi.

Kepala yang terasa sakit dipegang.

Makhluk apa semalam tu?

Noah menggeliat seketika kerana belakang badannya terasa sakit. Mungkin semalaman dia sudah terbaring disini.

Kaki Noah berjalan dan melihat para pelatih sedang berlatih.

"Lama betul kau pergi sorok item." Ujar Hazzel. Noah mengerutkan dahi. Dia? Sorok item? Memang ada misi disini untuk pelatih mencari item yang disorok.

Tapi, dia tidak menyorok item. Dari semalam dia tidak sedar. Macamana Hazzel dan semua orang tidak menyedari ketidakhadirannya?

"Jom lah, tercengat apa lagi?" Soal Hazzel sambil menarik lengan Noah yang terlihat bingung.

***

Latihan diteruskan seperti biasa. Semua pelatih mula bergembira kerana pagi itu hujan turun membasahi Bawaat Alhayaa. Mereka melompat teruja dan bermain hujan sepuas hati.

"Bukan selalu hujan." Hazzel melabuhkan duduk di sebelah Noah.

"Luka kau okey ke tu kena hujan?" Soal Noah, mata melihat luka yang terdapat di pipi Hazzel apabila mereka diserang serigala liar tempoh hari.

Noah melihat mata Hazzel yang memandang Healy. Mata itu sarat dengan rasa cinta yang tidak terungkap.

"Untunglah bini ada depan mata." Noah mencebik, juga cemburu kerana dia tidak dapat melihat Crystal sepertimana Hazzel dapat melihat isterinya.

"She's so beautiful."

"Sampai bila kau nak rahsiakan status korang?" Soal Noah. Sejak kejadian Healy jatuh dari hotel, gadis itu disahkan hilang ingatan. Dan Hazzel berkeras untuk merahsiakan status mereka dari isterinya.

"Sampai bila bila. Sebab lambat laun aku akan lepaskan dia juga."

"Kau cintakan Healy?"

Hazzel angguk sahaja. Mulut tidak memberi jawapan tetapi Noah tahu, Hazzel jika sudah jatuh cinta maka dia akan sangat cintakan seseorang itu.

"Kalau kau cintakan dia, kenapa kau nak lepaskan dia bro?"

"Sebab cinta bukan segalanya dalam hidup. Aku tak mampu jaga dia Noah. Aku terlampau takut hilang dia. Jadi biarlah dia selamat didalam pangkuan orang lain jika itu adalah cara untuk dia selamat."

"Macamana kau yakin lelaki lain mampu buat dia selamat?"

Hazzel diam. Noah tersenyum sinis melihat lelaki yang tiada jawapan itu kerana dia tahu, Hazzel sahaja yang mampu jaga Healy.

"Kau sanggup, tengok dia berada dalam pelukan lelaki lain? Ada anak dan anak itu bukan anak kau? Bergelak ketawa dengan lelaki lain?" Soal Noah lagi.

Hazzel memeluk lutut.

"As long as she's happy and safe." Hazzel bertutur perlahan. Noah menggeleng.

"Kau boleh tipu aku, tipu Healy. Tipu sesiapa pun. Tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri, Hazzel." Noah menepuk bahu Hazzel sebelum bangun dan turut bermain hujan.

Noah mendepa tangan dan tersenyum. Menikmati hujan sambil kepalanya berfikir, adakah Crystal turut merasai hujan sepertinya?

Mata Noah kemudian teralih apabila melihat sesuatu di celah celah pokok. Rupa makhluk itu. Wajahnya mirip Scarlett dan tidak berkaki. Matanya merah, darah mengalir dari mulut.

"Apa kau nak?" Desis Noah perlahan kerana dia yakin, itu bukan manusia. Itu adalah makhluk halus yang mungkin dihantar oleh Viviana bagi mengawasinya.

Noah berjalan ke arah makhluk itu.

"Kau siapa?"

"Aku.. hehehe... Aku.. pendamping." Lidah makhluk itu terjelir sehingga mencecah tanah dan darah merembes dari lidah itu.

"Aku tak perlukan kau. Pulanglah kepada tuan kau kembali." Noah mengambil rod besi dan melibas kuat makhluk itu. Namun tidak ada kesan libasan padanya.

Noah mengetap rahang. Jika dulu Viviana menggunakan jelmaan Scarlett untuk buaikan perasaannya, supaya dia cintakan Scarlett kerana rupa Scarlett sama dengan Viviana.

Tapi sekarang, Viviana menggunakan jelmaan Scarlett sebagai makhluk halus berupa ngeri sebegini. Apa tujuan Viviana berbuat begini, dia juga tidak tahu.

Tapi.. itu bukan Scarlett. Jelmaan itu terlihat seperti Viviana. Apa tujuan Viviana menjelmakan makhluk halus itu sebagai dirinya sendiri?

"Aku cakap pergi!" Jerit Noah sambil melibas pokok tempat makhluk itu bersembunyi sebelum pokok itu bergoyang dan sebentuk cincin jatuh ke tanah.

Cincin itu mempunyai permata biru. Noah ingin mengambil cincin tersebut namun tangannya tiba tiba terasa panas.

"Argh!" Noah menunduk dan memekup jari manisnya. Kenapa rasa panas dijari ini kembali?

.
.

"Nanti kalau sakit atau panas lagi, Tengku boleh baca alfatihah sambung dengan doa nabi Ibrahim. InsyaAllah nanti akan kurang rasa sakit."

.
.

Noah membaca doa yang disuruh oleh Crystal lalu meniup jarinya berkali kali.

GUMMMMMMM

"Arghh!" Jeritan kedengaran apabila petir mula memunculkan diri dengan bunyi yang kuat.

Noah mendongak melihat kilat yang tiba tiba menyambar dengan kuat sehingga tanah mula terasa gegaran.

Cuaca hujan yang ceria tadi mula bertukar kepada cuaca ngeri dimana langit mula gelap dengan petir dan kilat yang tidak putus serta bunyi guruh yang kuat. Para pelatih juga melarikan diri ke pokok pokok walaupun sudah ditegah oleh Hazzel.

GUMMM

Petir mula menyambar salah satu pokok tertinggi yang menjadi tempat berlindung pelatih.

"Arghh!!"

Jeritan kuat kedengaran dari pelatih lain apabila manusia di pokok itu mula tumbang dengan jasad yang kaku dan tidak bernyawa.

"Jangan sentuh mayat tu!" Noah mengarah sambil memegang sebatang kayu dan menolak para pelatih yang masih hidup menjauhi pelatih yang sudah mati.

GUMMM

"Arghh!!" Jeritan bagai histeria mula kedengaran setelah kilat menyambar lari serentak keadaan menjadi huru hara dengan pelatih yang berlari cuba menyelamatkan diri.

"Bertenang! Tundukkan badan! Jangan duduk berdekatan pokok! Cari tempat yang agak lapang!" Jeritan Hazzel kedengaran. Noah memandang Hazzel dan bulat matanya melihat kelompok burung gagak yang menuju ke arah Hazzel.

"Hazzel!"

"Auch!" Hazzel terundur apabila seekor burung gagak melanggar bahunya dengan paruh.

"Bro.. Burung gagak." Noah terkedu melihat ratusan burung gagak.

Cincin itu. Cincin yang Viviana gunakan untuk menyihir dirinya dan Hazzel, rupanya kepunyaan tempat ini. Cincin cincin berbatu permata biru itu milik Bawaat Alhayaa. Dan Viviana mencuri cincin disini untuk memujarabkan sihirnya.

Makhluk halus itu, 'penjaga' di Bawaat Alhayaa ni, yang menjelma sebagai Viviana kerana ingin memberitahu dirinya bahawa Viviana lah yang mencuri cincin disini. Dan itu membangkitkan kemarahan 'penjaga' disini.

Tiba tiba kaki mereka terasa bergegar.

"Arghhh!!"

Tanah disitu mula merekah dan hampir terbelah. Noah mula berlari dan menarik Hazzel jauh dari belahan tanah itu.

"Cepat datang ke sini!" Jerit Hazzel sambil menarik beberapa pelatih yang dia mampu apabila tanah itu mula ingin terbelah.

"No!!!" Jerit Hazzel sambil berlari untuk menyelamatkan pelatih yang tergelincir ke dalam belahan tanah namun tangannya ditarik oleh Noah.

"Hazzel no! Kita dah tak boleh selamatkan mereka!" Noah menjerit. Rekahan tanah itu semakin besar membuatkan Hazzel berisiko untuk terjatuh jika Hazzel menyelamatkan pelatih lain.

Semakin ramai pelatih yang jatuh ke dalam belahan tanah. Dan Noah melihat Hazzel menenangkan seorang lelaki yang sedang teresak menangis.

Qayyum.

"Kita kena pergi. Sekarang ada 121 orang je pelatih yang selamat. Semua yang lain dah terkorban. Kita buat solat jenazah ghaib malam ni." Hazzel bersuara lagi sekaligus mengalihkan perhatian Noah.

Malam itu, suasana hanya suram dan ditemani esak tangis para pelatih yang kehilangan orang tersayang.

Noah melihat Qayyum yang masih menangis. Jejaka itu kehilangan gadis yang dicintai, Tasnim yang terkorban akibat belahan tanah.

Crystal. Jika dia hilang Crystal, adakah dia akan jadi seperti itu? Noah mengeluh.

Semestinya. Malah, dia rasa dia akan lebih teruk dari Qayyum.

***

Setelah kejadian ngeri semalam, semua pelatih melepaskan emosi dan kembali fokus. Kerana ini latihan tentera, jadi mereka perlu paksa diri untuk kembali sembuh walaupun baru kehilangan orang tersayang.

Dan, pagi ini semua pelatih diberikan tugasan untuk menembak sasaran dengan tepat. Noah melihat si adik yang sedang menghala muncung pistol ke arah sasaran.

Ya, dia benci Nash. Sangat benci. Nash buatkan dia hidup dengan dewasa sebelum masanya. Nash buatkan umi dan babanya lupa untuk memberi dia kasih sayang juga. Dia yang dulunya dimanjai, terus terasa diabaikan selepas Nash lahir.

Gigi terketap.

BANG

Noah tersentak apabila muncung pistol Nash tiba tiba menembak bahagian semak dan dia melihat ada darah terpercik dari semak itu.

Noah agak terkejut melihat Hazzel memapah seorang lelaki tua dari dalam semak itu. Dahi Noah berkerut. Siapa lelaki itu dan kenapa dia berada disini? Sistem kawalan Bawaat Alhayaa bukanlah senang untuk dicerobohi.

"Kau jaga diorang, Noah. Biar aku uruskan." Hazzel bersuara mematikan lamunan Noah. Jejaka itu hanya angguk.

"Teruskan. Tembak titik hitam didepan! Bukan tembak sesuka hati!" Noah bersuara lantang sambil matanya menikam mata Nash.

Selesai latihan itu, Noah berjalan ke arah lelaki tua yang ditembak oleh Nash tadi.

"Hazzel! Dia macamana?" Soal Nash yang turut berada disitu, riak wajah Nash terbias kerisauan.

"Okay alhamdulillah tiada yang parah." Jawab Hazzel.

"Itulah bila dah rasa diri tu hebat sangat. Nasib baik tak mati je orang tu." Hambur Noah sambil memeluk tubuh.

"Aku tak tahu itu manusia. Ingatkan binatang jadi sebabtu aku tembak." Nash mempertahankan diri.

"Alasan." Noah tersengih sinis.

Nash menghela nafas kasar. Cuba menyabarkan diri.

"Jangan bergaduh disinilah." Hazzel menegur.

"Dekat sini tempat untuk kau berlatih sebagai tentera. Jadi kau kena dengar arahan aku. Jangan memandai sendiri buat itu ini." Noah masih bersuara tanpa mempedulikan teguran Hazzel.

"Cukup, Noah." Suara Hazzel semakin tegas.

Nash memandang mata Noah yang sinis melihat ke arahnya.

"Teruskan mendongak. Jangan sampai suatu hari nanti kau tersungkur atas rasa ujub itu sendiri." Nash bersuara perlahan sebelum melangkah pergi. Malas ingin bergaduh lagi.

Noah mengetap rahang. Kemudian dia tergelak.

"Sekurang kurang aku dah ada apa yang kau nak." Noah berpeluk tubuh.

Langkah Nash terhenti. Jejaka itu kembali memandang abangnya cuba untuk memproses makna disebalik kata itu.

Apa yang dia nak?

Dia nak apa?

Dia nak Crystal.

Crystal?

Crystal!

"Kau.." Jantung Nash seakan terhenti apabila mendapat makna dari Noah. Crystal beritahu bahawa dia sudah berkahwin. Noah? Noah adalah suami Crystal.

Nash terasa dunianya berhenti berputar. Dia sudah terkejut dengan berita Crystal sudah berkahwin. Tapi dengan Noah? Benar benar menghentikan segala yang bermain di fikirannya.

Noah angguk meskipun ayat Nash tadi tidak sempat dihabiskan.

"Sudah, jangan bergaduhlah malu lah sikit dekat.." Hazzel kembali mencelah namun ayatnya terbantut apabila lelaki tua tadi mula bangun dari tidur.

"Pakcik." Nash melabuhkan duduk diatas tanah dan tangan lelaki tua itu digenggam.

"Saya minta maaf, saya betul betul minta maaf. Saya ingatkan binatang liar tadi dalam semak sebab tu saya tembak. Pakcik tak apa apa?" Soal Nash. Lelaki tua itu senyum dan angguk.

"Pakcik tak apa apa. Kamu semua ni baik sangat." Luah lelaki itu.

"Noah, boleh tolong bawakan pakcik ni makan? Dalam backpack aku ada roti. Takkan nak bagi dia makan makanan kita pula. Ambillah roti tu." Hazzel bersuara. Noah angguk sahaja dan mula membawa lelaki tua pergi untuk makan.

Terasa lapang dadanya apabila Nash tahu dia berkahwin dengan Crystal. Jadi Crystal adalah miliknya!

Sedang dia memapah lelaki tua itu, tiba tiba terasa bagai ada kuku tajam menikam belakang badannya.

"Argh!" Noah terjatuh ke tanah dan mengerutkan wajah menahan sakit. Kepala diangkat dan dia memandang lelaki tua tadi yang perlahan lahan menyeringai.

"Noah.." suara lelaki tua itu keluar. Noah membulatkan mata. Lelaki tua ini bukan manusia! Lelaki tua ini adalah jelmaan makhluk halus semalam.

"Kau!"

"Bangunlah." Lelaki tua itu menghulurkan tangan. Noah melihat tangan lelaki itu yang tumbuh cakar panjang.

"Kau nak apa?" Soal Noah sambil bangun dengan sendiri. Sejak berada disini, gangguan mistik tidak pernah hilang.

"Aku nak.. cincin.. tempat ini.. kembali." Suara itu semakin dalam dan berubah seram. Noah merasakan bulu romanya menegak.

"Itu bukan urusan aku. Bukan aku yang curi cincin disini." Ujar Noah sambil mengetap rahang.

"Hazzel... Hapuskan."

Noah berkerut wajah.

"Apa?"

"Hapuskan.. dia."

"Hazzel?" Soal Noah. Lelaki tua itu angguk.

"Apa kaitan Hazzel dengan semua ini?" Soal Noah. Lelaki tua itu tergelak kuat sehingga bebola matanya tersembul keluar dan mulutnya ternganga luas.

"Hazzel.. abang si pencuri.. hapuskan.. menentang..hubungan... Kalian.."

Noah mengerutkan dahi. Agak tidak faham dengan ayat makhlus halus itu.

Hazzel. Mungkin Viviana ingin menghapuskan Hazzel dengan sihir ini kerana Hazzel adalah orang yang paling kuat menentang hubungan mereka berdua.

Apa yang ada di fikiran Viviana sehingga dia bertindak kejam sebegini untuk hapuskan Hazzel, abangnya sendiri?

"Hapuskan..dia.."

"Tidak. Aku takkan khianat pada Hazzel. Bunuhlah aku, robeklah segala organ dalaman aku tapi semua itu pun takkan mampu buat aku khianat pada Hazzel!" Tegas Noah berbicara. Mengkhianati Hazzel adalah perkara yang mustahil dia lakukan. Hazzel adalah orang yang sangat rapat dengannya, Hazzel dia sudah anggap seperti abang kandungnya! Takkan terlintas di fikiran Noah untuk mengkhianati Hazzel.

Lelaki tua itu tergelak lagi. Kalini, kedua bebola matanya putus dari urat dan jatuh ke bawah. Tergolek bebola mata itu di kaki Noah.

Noah menahan mual apabila melihat bebola mata lembik itu yang sedang bergerak gerak dikakinya.

"Jika kau tidak mahu lakukannya dengan sukarela, maka kami akan guna cara paksa."

Noah menoleh apabila mendengar suara gadis.

Fiona.

Gadis ini adalah kawan Healy.

"Apa semua ni? Siapa kau sebenarnya?" Soal Noah perlahan. Fiona tersenyum sinis dan mendekati Noah.

"Aku? Aku sudah mati, Noah. Begitu juga dia." Fiona menunjuk ke arah lelaki tua tanpa mata itu.

"Kami berdua adalah roh yang diseru kembali oleh Viviana. Untuk membalas dendam. Aku juga ada dendam pada Healy. Jadi kau hapuskan Hazzel dan aku akan hapuskan Healy. Bila Hazzel sudah mati, kau dan Viviana boleh berkahwin tanpa halangan sesiapa lagi." Hasut Fiona.

"Aku taknak berkahwin dengan Viviana. Aku dah ada isteri!" Tegas Noah. Fiona tergelak.

"Hapuskan Hazzel sementara kami masih bertolak ansur. Lepasni jika Hazzel masih tidak mati, kami akan guna cara paksa." Fiona mencium pipi Noah namun Noah menolaknya kasar.

"Berambus." Mata Noah mula kemerahan dan rahang diketap sehingga berbunyi tulang rahangnya.

Fiona hanya senyum dan jari diangkat.

"Sleep." Bersama petikan jari itu, pandangan Noah mula gelap dan telinganya tidak lagi menangkap sebarang bunyi.

***

Noah membuka mata. Terkelip dia memandang kawasan sekeliling. Kawasan sama! Kawasan ini juga tempat dia pengsan haritu selepas berjumpa makhluk halus.

Noah bangun dan rasa sakit dibelakangnya semakin kuat. Perlahan lahan Noah berjalan ke kawasan lapangan dan melihat para pelatih sedang melakukan tugas.

"Noah! Nah." Hazzel mendekati Noah dan menghulurkan baju tentera. Baru Noah perasan yang dia tidak memakai baju tentera waktu itu.

"Tolong jaga pelatih. Setengah jam lagi aktiviti baru akan dilakukan. Aku perlu cari Healy." Ujar Hazzel dan berlari pergi.

"Healy hilang ke mana?" Soal Noah pelik namun kelibat Hazzel sudah pergi jauh. Noah menghela nafas dan menyarung baju tenteranya.

"Noah!"

Noah yang sedang mengancing baju tentera menoleh.

"Ha sampai pun kau. Pergi prepare, kita dah nak start dah." Noah bersuara. Healy berkerut dahi.

"Hazzel mana?"

"What?" Soal Noah.

"Hazzel, mana dia?" Soal Healy.

"Eh, bukan tadi dia pergi cari kau ke?" Soal Noah pelik. Healy menggeleng.

"Tak adalah. I pergi cari pakcik tua tu. You tahu, tadi I cakap dengan pakcik tu lepastu pakcik tu tiba tiba tak ada. I cari dia pun still tak jumpa. Sebabtu I datang sini balik." Cerita Healy.

Noah meraup wajah. Pakcik tua tu masih ada? Pakcik tua itu bukan manusia!

"Hazzel? Hazzel!" Laung Noah sebelum meninggalkan semua pelatih dan bergerak untuk mencari Hazzel.

"Hazzel!" Laung Noah lagi. Matanya meliar ke sekeliling. Hazzel adalah salah satu sasaran untuk dibunuh, jadi tidak mustahil apa apa boleh terjadi pada Hazzel jika jejaka itu bersendirian.

Noah berlari ke dalam semak dan melihat tubuh Hazzel yang berdiri. Kaku.

"Hazzel?" Soal Noah. Tangannya menyentuh badan Hazzel yang membelakanginya sebelum Hazzel menoleh dan pedang dihala tepat ke wajahnya.

"Hazzel!" Noah secara drastik mengundur. Hampir sahaja dia terkena tusukan pedang Hazzel itu.

Hazzel tanpa kata terus berlalu pergi. Noah turut berlari mengejar Hazzel. Matanya membulat apabila melihat pedang Hazzel yang terhala pada Healy yang berdiri membelakangi mereka.

"Healy jaga jaga!" Jerit Noah.

SAP!

"Argh!" Healy menekup bahunya yang ditoreh. Pantas gadis itu berpaling.

"Hazzel?" Soal Healy terkedu apabila melihat Hazzel berada didepannya dengan wajah yang penuh luka. Ditangannya terdapat sebilah pedang.

"Hazzel, you okay?" Soal Healy mula takut apabila melihat wajah kosong milik Hazzel.

Kosong tanpa riak. Mata Hazzel juga hilang sinarnya.

Hazzel menggenggam kemas pedang ditangan sebelum pedang itu dilibas kearah kepala Healy.

"Argh!" Healy pantas menunduk dan menjauhkan diri.

Hazzel kembali melangkah mendekati Healy.

"Hazzel! Kenapa dengan you ni?" Soal Healy terkejut. Noah pantas menarik Healy agar berlindung dibelakangnya.

Tangan Noah turut mengeluarkan pedang yang tersisip dipinggang.

"Kau siapa?" Soal Noah. Dia pasti ini bukan Hazzel. Pastinya makhluk halus tadi telah mengawal badan Hazzel agar jejaka itu membunuh Healy.

Hazzel tidak menjawab. Bibirnya tersenyum sinis dan jejaka itu mula berlari ke arah Noah.

"Noah!"

Noah menolak Healy menjauh dan menghala pedang ke arah pedang Hazzel. Mata pedang itu bertemu.

"Jangan sentuh Healy." Noah berbisik kepada makhluk halus yang berada didalam badan Hazzel.

Hazzel melakar senyum sinis dan kakinya mula naik menendang pedang yang dipegang Noah.

"Healy, lari!" Jerit Noah apabila sedar bahawa sasaran Hazzel sekarang adalah Healy.

"Tapi nanti.."

"Bawa Healy pergi!" Laung Noah sambil melepaskan pedang dan mencengkam tangan Hazzel memaksa jejaka itu untuk tidak mendapatkan Healy.

"Jom." Nash yang turut berada disitu menarik lengan baju Healy dan jejaka itu mula membawa Healy pergi.

Hazzel melihat si gadis yang semakin menjauh. Tangannya yang dipegang Noah naik menyiku dagu Noah.

"Argh!" Noah terduduk dengan darah yang keluar dari bibir apabila dagunya dihentak keatas dengan kuat. Darah dari bibirnya mengalir ke tanah dengan deras.

Hazzel menolak Noah dan kakinya memijak dada Noah.

"Bro, ni aku." Noah bersuara perlahan. Dia tidak boleh menyakiti Hazzel. Kerana Hazzel tidak salah. Badannya sekarang dikawal oleh makhluk halus itu.

Hazzel melepaskan Noah dan berlari mencari Healy.

Noah bangun dan mengelap darah dibibir.

Jejaka itu kemudiannya berlari ke arah bertentangan dan kakinya terhenti apabila bertemu seseorang yang sedang santai memerhati segala yang berlaku dari tadi.

"It must be hurt." Makhluk itu bersuara apabila melihat darah di mulut Noah. Lelaki tua tadi.

"Jangan kaitkan Healy dalam hal ni." Noah mengetap rahang.

"Why not? Healy sahaja yang boleh hancurkan Hazzel. Jadi semestinya aku akan hancurkan Healy dahulu." Suara itu tergelak dan berjalan pergi. Tidak lama kemudian, bayangan lelaki tua itu semakin hilang dari pandangan.

Noah kembali mencari Hazzel.

"Noah!" Healy berlari ke arahnya.

"Healy! Are you okay?" Soal Noah. Healy angguk laju dan menarik lengan baju Noah.

"Jom. Hazzel kena sihir. Nash tengah ubatkan dia dan dia perlukan pertolongan you." Healy menarik Noah. Noah pantas berlari dan melihat Nash sedang mengubati Hazzel.

Noah memegang badan Hazzel yang lembik dan melihat Nash yang sedang membaca ayat ayat alQuran kepada Hazzel. Badan Hazzel mula sejuk.

"Kau okey? Kenapa badan kau sejuk ni?" Soal Noah bimbang.

"Dia nak muntah tu." Nash mengangkat badan Hazzel dan ditundukkan ke tepi. Terus Noah melihat Hazzel yang muntah darah bersama serpihan paku dan kaca. Sama seperti dia dan Crystal pernah kena dulu.

Ya, ini semua angkara Viviana.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro