CHAPTER TWENTY 🔮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bab ini mungkin akan menimbulkan sedikit kekeliruan kepada pembaca, oleh itu pembaca digalakkan untuk membaca semula :

THE VALIANT
DARI BAB 25 (ГЛАВА ДВАДЦАТЬ ПЯТАЯ)

DAN

BAB 26 (ГЛАВА ДВАДЦАТЬ ШЕСТАЯ)

Bagi memahami bab ini dengan lebih mendalam.

.
.

Bunyi besi berlaga mengalihkan perhatian Noah. Noah berjalan dan melihat Healy dan Hazzel yang sedang berlawan pedang pada tengah malam.

"Woah." Kagum Noah melihat keupayaan Healy. Semakin lama disini, Healy sudah semakin pandai bermain senjata. Ralit Noah memerhati pasangan suami isteri itu sebelum dia mula ingin melangkah pergi.

Namun ayat Hazzel membantutkan langkahnya.

"Kalau aku cakap yang aku pembunuh, kau masih nakkan aku?" Soal Hazzel. Noah memandang wajah Hazzel. Kemudian dia memandang Healy pula.

"Of course." Jawab Healy.

"Tapi bukan aku yang bunuh dia. Dia lemas. Aku tak sempat nak selamatkan dia. Kalau.. Kalau aku awal sikit masa tu mesti dia masih bernyawa. Aku takut kalau yang lain tahu tentang ini mereka akan anggap aku bunuh dia." Perlahan suara Hazzel.

"You bunuh siapa?" soal Healy.

Hazzel memandang Noah.

Noah hanya diam. Wajahnya tidak menunjukkan riak. Dia tahu Noah berbicara tentang Scarlett yang meninggal akibat dibunuh Viviana.

Dan satu satunya saksi waktu itu, Hazzel. Tapi Hazzel memilih untuk berdiam diri sehingga kematian Scarlett dianggap sebagai kes bunuh diri.

"Aku tak bunuh dia." Hazzel terus bersuara kepada Noah.

"Tapi kau boleh selamatkan dia masa tu. Kau nampak dia lemas. Kau nampak dia sedang menggelupur dalam air. Kau nampak, Hazzel. Tapi kau lebih memilih untuk terus lihat dia mati dari selamatkan dia." Noah akhirnya bersuara. Suaranya bergetar kerana sebak memikirkan jika Hazzel tidak mendiamkan diri, pastinya Viviana akan kena hukuman setimpal dan dia tidak akan dihantui oleh jelmaan Scarlett.

"Aku tak pandai berenang, Noah. Kalau aku pandai aku akan selamatkan dia!"

"Tapi kau tak usaha! Kau tak cari daddy untuk selamatkan Scarlett! Kalau Scarlett selamat aku takkan jadi gila sebegini lah Hazzel! Kau tahu Viviana bunuh Scarlett, tapi kau diam. Kau diam sebab kau takut Viviana bocorkan rahsia yang sebenarnya kau pun ada waktu Scarlett sedang lemas. Kau saksi semuanya." Suara Noah meninggi.

"You ada waktu Scarlett lemas?" Nada Healy seperti terkejut menyoal Hazzel.

"Aku.." Mata Hazzel mula berkaca.

Noah menarik nafas dalam cuba untuk menenangkan diri sendiri. Kakinya mendekati Hazzel dan perlahan lahan dia memeluk Hazzel.

"Aku tak salahkan kau. Kau tak bunuh dia. Tapi aku kecewa sebab kau diamkan perbuatan Viviana. Kau pentingkan diri, Hazzel. Kau takut mummy dan daddy benci kau jadi kau diamkan diri." Bisik Noah lembut. Benar, dia tidak pernah salahkan Hazzel. Hazzel juga masih kecil, masih tidak tahu apa apa.

Hazzel terus menangis.

"Aku taknak hidup macam dulu. Aku taknak mummy dan daddy benci aku lepastu mereka pukul aku macam Vanessa dan Bernard. Aku taknak, Noah. Aku dah taknak sakit." Hazzel teresak.

Noah hanya mendiamkan diri.

***

Noah menyapu ubat pada bibirnya yang luka sambil melihat para pelatih yang sedang menjalankan aktiviti melempar dart.

Nafas dihela perlahan. Sejujurnya dia sudah penat untuk berada disini. Setiap waktu dia diganggu oleh makhluk halus. Dia juga tidak tahu sama ada dia boleh bertahan disini dengan gangguan ini. Silap haribulan, dia mungkin akan membunuh diri kerana tertekan diganggu.

"Hazzel masih bernyawa."

Noah melihat Fiona yang berada didepannya.

"Berhenti ganggu aku." Ujar Noah. Fiona tersenyum.

"Bukankah aku sudah bagitahu kau perlu hapuskan Hazzel?" Soal Fiona.

"Pergi mampus dengan ayat kau! Aku takkan khianat pada Hazzel!" Noah bangun dan menentang mata Fiona. Fiona angguk perlahan.

"Baik. Nampaknya tiadalah cara lain. Aku perlu gunakan cara paksa untuk kau bunuh dia." Ujar Fiona santai dan berjalan ke belakang. Noah berkerut dahi. Cara paksa tu bagaimana?

Tiba tiba Noah berasa tubuhnya kaku. Mulutnya tidak dapat bersuara dan tangan dan kaki tidak dapat digerakkan.

Fiona tersenyum melihat Noah yang seperti patung.

"Kau akan bunuh Hazzel. Caranya, kau perlu hapuskan Healy dahulu. Kerana Healy adalah dunia Hazzel." Suara Fiona bergema didalam minda Noah.

"Baik." Suara garau Noah keluar dan mata itu hanya menunduk ke bawah. Fiona mengusap rambut Noah yang sudah berjaya dikawal olehnya.

"Goodboy."

Setelah itu, langit mula gelap dan asap hitam mula keluar dari tanah. Mula mengepung kawasan Bawaat Alhayaa dengan asap asap hitam beracun yang mampu melumpuhkan saraf manusia.

***

Jeritan para pelatih mula kedengaran apabila asap itu mula masuk ke dalam pernafasan pelatih. Topeng oksigen mula diedarkan dan mereka semua menghirup udara dari tangki oksigen kecemasan.

"Semua pakai oksigen! Asap ni beracun!" Arah Hazzel setelah selesai memakai topeng oksigen di Healy.

Mereka mula membantu pelatih mendapatkan oksigen namun terdapat beberapa pelatih yang mula tumbang akibat terhidu asap beracun.

"Jangan sesekali tanggalkan!" Jerit Noah.

Suasana semakin gamat dan huru hara.

"Kita dah tak ada cara lain. Bekalan oksigen tak banyak dan bakal habis! Kita kena pergi ke pintu utama dan cuba keluar dari sini." Arah Hazzel. Mereka mengangguk dan cuba untuk tidak panik.

"Mana pintu utama?"  Soal Healy sambil melihat Hazzel yang berlari pergi untuk mencari jalan keluar.

"Jom ikut Hazzel." Qayyum menarik lengan baju Healy dan mereka mula bergerak bersama Hazzel.

Hazzel terus berlari untuk ke pagar utama namun langkahnya terhenti.

"Bro.." Hazzel terkedu. Mata melihat lelaki tua yang masuk ke Bawaat Alhayaa dan ditembak oleh Nash haritu berada di depan mereka.

"Pakcik?" Healy menyoal pelik. Lelaki tua itu ketawa besar sebelum giginya mula berubah semakin panjang dan badannya juga mula membesar.

Mereka mula berundur apabila lelaki tua tadi berubah menjadi seekor serigala yang besar.

Sangat besar.

Serigala itu pantas menaikkan kukunya dan mencakar Hazzel.

"Argh!"

"Hazzel!" Jerit Healy apabila darah mula menitis dari kesan cakaran itu.

"Pergi cepat! Aku akan uruskan benda ni!" Arah Hazzel sebelum mengeluarkan pedang miliknya.

"Jom, cepat!" Nash menarik Noah namun Noah merentap tangannya dan mula menumbuk pipi Nash.

"Noah!" Healy terjerit. Terus gadis itu berlari untuk menyelamatkan Nash namun ada tangan mencekik lehernya.

"Auch! F.. Fiona." Healy menolak tangan Fiona dilehernya namun terasa tangan itu terlalu kuat.

Malah sangat kuat.

Fiona tersenyum sinis dan melihat Healy yang mula sesak nafas. Healy pantas mengeluarkan pedang dan cuba memotong tangan Fiona.

Namun, potongan itu tidak berjaya.

Fiona tergelak besar.

"Aku takkan mati kali kedua lah."  Bisik Fiona dan menolak Healy kasar ke tanah.

Healy terbatuk dan mendongak memandang Fiona.

Dahi berkerut.

Fiona memandang Noah.

"Sayangnya, kau tak mati waktu Noah tolak kau dari tingkat tiga dulu. Kalau tak, pasti kau akan bersama dengan aku." Fiona menunduk dan melempar sehelai kertas ke muka Healy.

"Noah.." Healy memandang Noah dengan pandangan kabur. Kepalanya terasa sakit berdenyut akibat cengkaman Fiona.

Noah menunduk dan memandang Healy.

"A criminal need to be done with a good acting, sweetheart. Lihatlah, dengan lakonan aku semua orang sekarang tak tahu bahawa aku adalah penjahat dalam semua ini." Noah tersenyum sinis.

Fiona memakaikan cincin hitam dijari Healy.

"Aku nak kau dan Hazzel dengar, raungan Scarlett disaat dia sedang mati. Aku nak korang rasa kesengsaraan dia." Noah mengetap gigi.

Healy terus menekup telinga apabila terdengar jeritan Scarlett meminta tolong dari Hazzel kerana hanya Hazzel yang mampu menolongnya tika itu.

"Lepas!" Jerit Healy dan merentap tangannya pergi. Cincin itu ditanggalkan dan dilempar ke tanah.

Noah mengeluarkan pedang miliknya. Mata Healy ditentang.

"Noah, jangan.." Healy tidak tahu apa yang merasuki Noah sekarang tetapi riak Noah benar benar menunjukkan bahawa jejaka itu ingin membunuhnya.

"Now my goodboy, kill her." Fiona bersuara lembut kepada Noah sekaligus membuatkan Noah maju dengan pedang yang terhala pada Healy. Healy mengelak dan tangan Noah dicengkam kuat.

"Ergh!" Healy memulas tangan Noah dan kaki Noah disadung. Namun tenaga Noah membatasi kudrat wanitanya.

Noah membalas sadungan kaki Healy dan gadis itu jatuh terlentang ke tanah. Mata dipejam rapat apabila mata pedang Noah betul betul berada pada dahinya. Seolah olah bersedia untuk membelah dahinya.

Apabila tiada tusukan, Healy kembali membuka mata.

"Noah?" Soal Healy apabila melihat mata Noah berkaca dan tangan lelaki itu menggeletar.

"Apa yang kau buat? Bunuh dia!" Fiona menempik. Noah mengetap rahang. Sedaya upaya dia berlawan dengan makhluk yang mengawal badannya agar tidak menikam Healy.

Noah menggagahkan diri untuk menarik pedang dari Healy. Dan pedang itu terhala padanya sendiri.

"No, Noah!" Jerit Healy sambil bangun apabila Noah ingin menikam dirinya sendiri. Topeng oksigen yang dipakai Noah ditarik kasar sehingga terputus.

Noah mula rebah apabila asap beracun mula masuk ke dalam saluran pernafasannya.

***

"Sini! Cepat!"

Bunyi ambulans dan keriuhan orang ramai membuatkan Noah kembali sedar. Matanya dibuka.

Luas mata Noah melihat kerosakan didepan mata. Pintu Bawaat Alhayaa yang susah untuk dibuka kini terbuka luas. Banyak manusia sedang terbaring dan ada juga yang masih berdiri namun dengan luka luka.

Mata Noah menangkap tubuh seseorang yang sedang terbaring dan diangkat untuk ke ambulans.

Hazzel.

Hazzel! Hampir gugur jantung Noah melihat Hazzel yang penuh dengan darah, matanya terpejam rapat dan Healy sedang menangis disamping Hazzel.

Dia kah yang menyebabkan segala kerosakan ini berlaku? Tangan Noah mula menggigil hebat dan wajahnya pucat.

Apa yang dia dah buat?

Dia hampir bunuh Hazzel!

Dia sudah mengkhianat pada Hazzel!

Noah memandang tangannya yang dari tadi menggeletar halus. Nash yang memandang si abang mula mendekati Noah.

"Noah." Nash ingin menyentuh Noah namun tangannya ditolak kasar sebelum Noah menjauhkan badannya.

"Jan.. Jangan! Jangan sentuh aku." Noah menggigil dengan wajah pucat dan matanya terbias ketakutan.

Dia sudah mengkhianat Hazzel! Dia pembelot dalam keluarga mereka!

Noah merenung tangannya yang pucat dan menggeletar sebelum tawanya keluar.

"Bodoh! Semua orang bodoh! Korang selamatkan aku untuk apa? Untuk aku bunuh korang pula?!" Kuat suara Noah kedengaran. Mindanya seperti hilang arah. Tidak tahu apa yang sedang perlu dia lakukan sekarang.

"Bukan, aku selamatkan kau sebab kau abang aku. Kau kawan Hazzel. Kau sepupu Healy. Kau anak umi dan baba dan kami semua taknak hilang kau." Pujuk Nash. Noah tersenyum sinis.

"Kau ingat ayat kau boleh hentikan aku? Kau, bodoh! Aku layan kau teruk tapi kau masih tak bunuh aku!" Tengking Noah. Matanya dipejam rapat sebelum tangannya mula naik mencengkam pipi Nash. Rasa marah kerana Nash tidak habis habis menyusahkan hidupnya.

Nash selamatkan dia untuk apa? Supaya dia terus teringat akan pengkhianatan ini? Supaya memori hitam ini akan terus diingatannya?

"Noah!" Tangan Noah ditarik dan jejaka itu terjatuh ke dalam pelukan seseorang. Haruman itu sudah dikenal. Serta merta air mata Noah mengalir. Terlalu takut untuk berhadapan dengan dunia luar selepas dia hampir membunuh Healy, kebahagiaan Hazzel.

"Baba.."

"Shh, calm down." Franky memeluk Noah dan rambut Noah dicium lembut.

Noah terus teresak.

"Dah jom kita pergi hospital dulu ya?" Lily tunduk dan mencium dahi Noah.

Mata merenung Noah.

"Jom, putera umi." Pipi Noah diusap lembut. Noah meronta. Dia sudah tidak ingin ke hospital! Dia ingin mati! Biar makhluk makhluk halus itu tidak dapat menganggunya dan dia tidak akan membunuh sesiapa lagi dalam keluarganya!

"Noah!" Franky mengunci pergerakan Noah.

"Lepas! Lepaslah!" Jerit Noah sebelum terasa ada tusukan dilengannya. Jarum itu mengeluarkan cecair ke dalam badan dan membuatkan Noah terbuai sehingga lena.

***

Haura.

Haura.

Mana dia?

Mana Haura?

Haura.

Dia nak Haura.

Noah memerhati tingkap hospital yang memaparkan manusia sedang bersiar siar ditaman. Sangat berharap agar kelibat Crystal muncul dimatanya.

Dia sangat perlukan ketenangan sekarang. Bawaat Alhayaa ditutup kerana dia. Sekarang Bawaat Alhayaa menjadi kawasan larangan untuk seluruh tentera di pelosok dunia.

Oleh itu, dia ingin berada dalam pelukan Crystal. Agar dunia luar ini tidak dapat menembusi kepalanya.

Pintu terbuka namun itu sedikitpun tidak mengalihkan perhatian Noah.

"Noah, aku bawakan makanan. Kau makan sikit ya?" Soal Nash lembut sambil duduk di kerusi dan memandang Noah. Noah hanya diam.

Nash mengeluh. Sejak dua hari lepas ditahan di hospital, Noah seperti hilang dirinya sendiri. Dia seperti hilang sesuatu yang sangat berharga.

"Noah." Nash menyentuh bahu Noah.

"Aku nak Haura." Suara Noah perlahan kedengaran. Hanya Crystal yang mampu membuat dia berasa bebas dari kekusutan dunia ini.

"Haura?" Soal Nash. Kemudian dia tersedar.

"Oh. Haura. Nanti aku bawakan dia kesini. Tapi kau kena makan. Nanti kau makin sakit." Ujar Nash lembut. Noah menggeleng.

"Aku nak Haura suap. Aku nak dia." Ujar Noah lagi. Nash mengeluh dan angguk. Makanan diletakkan diatas meja dan dia berlalu keluar.

Noah kembali memandang tingkap.

***

Crystal mengelap meja makan dan menjemur kain yang dicuci tadi. Kerana terlalu bosan di apartment, dia memutuskan untuk menjadi pembantu istana disini kembali. Walaupun sudah banyak kali ditegah oleh Lily. Katanya tidak mahu Crystal membuat kerja rumah. Tapi dia rasa bosan jika tidak buat apa apa.

"Crystal."

Crystal menoleh dan melihat seseorang sedang berdiri di pintu dapur.

"Nash."

"Noah tunggu awak di hospital. Nanti jika awak ada masa terluang, pergilah jenguk dia. He really needs you." Ujar Nash sebelum berpaling ingin pergi.

"Nash." Panggil Crystal lagi. Nash hanya diam tetapi tidak menoleh kepada gadis itu.

"Saya minta maaf."

Nash terkaku. Pandangan dihala ke lantai dan dia memejam mata. Menahan rasa sebak yang kini memukul hatinya.

"Kenapa Noah?" Soal Nash sambil memandang Crystal kembali. Matanya berair dan bibirnya bergetar.

"Saya tak tahu awak simpan perasaan pada saya. Jika saya tahu dari awal saya jauhkan diri saya dari awak dan Noah. Kami berkahwin kerana takdir, Nash." Ujar Crystal. Matanya turut berkaca.

Air mata Nash mula menitis. Dan itulah kali pertama Crystal melihat Nash menangis.

Nash mengelap air matanya dan tersenyum.

"Semoga bahagia. Saya minta maaf sebab simpan perasaan pada awak." Ujar Nash.

"Nash.."

"Dan tolong, jangan muncul dihadapan saya lagi. Jangan pernah terfikir untuk tunjukkan diri awak dihadapan saya, Crystal. Marilah hidup sebagai dua orang asing. Itu adalah lebih baik untuk saya buang perasaan saya pada awak." Putus Nash.

"Saya taknak bermusuh dengan awak." Air mata Crystal turut mengalir. Terluka apabila persahabatan yang dibina bersama Nash sudah tiba di titik penamat.

"Saya juga. Sebab itu kita kena hidup sebagai orang asing. Saya takut jika saya lihat awak, gadis yang saya cinta.. bersama abang saya. Saya akan makin sakit hati sehingga saya benci pada awak." Nash bersuara. Kakinya terus pergi tanpa mendengar kata balas dari Crystal.

Nash masuk ke bilik dan bersandar di pintu. Nafasnya terhela lemah sebelum dia duduk dilantai.

Dadanya dipegang. Sakit. Sesakit inikah rasanya mencintai manusia yang bukan jodohnya?

***

"Goodjob, my goodboy."

Bisikan itu masuk ke dalam telinga Noah lagi. Noah menekup telinganya.

"Jangan ganggu aku lagi! Pergi!" Jerit Noah kuat sambil memencilkan dirinya di sudut bilik dan memejam kemas mata. Suara yang 24 jam berada dalam kepalanya. Tidak pernah berhenti membuatkan dia rasa serabut.

Dengan tangan yang menggigil halus, Noah mengambil pisau halus diatas meja. Pisau berkilat itu diperhati.

Noah tergelak dan matanya galak memerhati hujung pisau yang sangat menggoda itu. Ingin sahaja ditusuk kedalam perutnya agar dia mati.

Noah mengangkat tinggi pisau tersebut.

"Noah gila ke?!" Satu jeritan kedengaran sambil pisau ditangannya ditolak kasar sehingga terpelanting ke dinding.

Franky melihat Noah yang beriak kosong memandang pisau yang sudah jauh dari gapaiannya. Nafas dihela.

"Noah.."

"Jangan dekat. Jangan berani dekat walau sedikitpun." Noah berundur dan tangannya terkepal kemas. Pandangannya yang kosong, kini dipenuhi ancaman.

"Ini baba."

"Haura! Noah nak dia sahaja!" Jerit Noah.

"Okay fine! Kita balik, jumpa Haura. Jumpa isteri Noah. Kita akan balik." Pujuk Franky. Noah mula beriak teruja.

"Betul? Baba akan bawa Noah balik.. jumpa Haura? Noah nak jumpa dia. Noah.. Noah perlukan dia, baba.." rengek Noah sambil memegang kedua tangan Franky. Franky angguk laju memeluk Noah.

"Ya, kita balik. Kita jumpa Haura." Franky bersuara lembut. Noah tergelak suka dan memeluk erat tubuh si baba. Franky membalas pelukan anaknya dan menghela nafas.

Apa yang ada pada Crystal sehingga Noah mencari gadis itu dengan terdesak sebegini?

"Sekarang Noah tidur dulu ya?" Soal Franky lembut. Noah menggeleng.

"Noah nak balik apartment sekarang. Haura tunggu Noah. Nanti dia risau kalau Noah masih tak balik." Noah bersuara lagi.

"Baba dah cakap dengan Haura. Dia cakap kalau Noah nak jumpa dia, Noah kena sihat dulu. Kena makan, kena minum, kena ambil ubat, rehat. Bila dah sihat nanti baru Haura nak jumpa Noah." Ujar Franky. Noah muram seketika.

"Noah dah sihat." Gumam Noah tidak puas hati.

"Yeke? Harini dah makan?" Soal Franky. Noah menggeleng perlahan.

"See? Makan pun tak macamana nak sihat? Jom makan. Baba bawa makanan favourite Noah." Franky memujuk Noah.

***

"Licin mangkuk tadi Noah makan. Pandai Crystal masak." Puji Franky. Crystal tersenyum lebar.

"Terima kasih Capo, sudi bawakan makanan kepada Noah. Saya masak biasa je. Nak bagi dia sihat sikit." Ujar Crystal. Franky diam seketika.

"Noah macam nak sangat jumpa Crystal."

"Sebab tu saya taknak pergi jumpa dia lagi. Nanti Noah nak ikut saya balik, jadi biarlah Noah terima rawatan di hospital tu dulu." Ujar Crystal. Biarlah Noah benar benar sembuh dahulu. Jika Noah melihatnya, pasti Noah memberontak ingin mengikutnya pulang.

Bukan boleh kira Noah tu. Kadang kadang datang juga perangai sewelnya.

"Capo.."

"Baba. Panggil baba." Ujar Franky. Crystal terdiam seketika. Dia agak kekok untuk memanggil Franky sebagai baba.

"Err.."

Franky tersenyum sinis, menunggu panggilan baba dari Crystal.

"Baba." Panggil Crystal perlahan. Franky tersenyum lebar, berpuas hati.

"Good. Apa dia?" Soal Franky.

"Betul ke Healy cakap Noah mengamuk di hospital tu?" Soal Crystal bimbang. Healy ada memberitahunya bahawa Noah sering mengamuk, kadang kadang tangannya perlu digari agar tidak mengamuk dengan lebih teruk.

"Dia meracau, nak isteri dia." Bagitahu Franky. Crystal mengeluh. Dia tidak tahu apa yang berlaku di tempat kem Noah sehingga jejaka itu mengamuk sebegitu selepas keluar.

"Nanti baba bawa balik Noah disini, Crystal tinggallah disini juga. Tinggal didalam bilik Noah diatas. Jangan risau pasal umi, nanti baba alihkan perhatian dia." Ujar Franky.

Dia tidak tahu kenapa Crystal dan Noah masih tidak mahu memberitahu Lily tentang perkahwinan mereka tetapi dia tahu pastinya mereka memerlukan masa.

"Terima kasih baba." Ucap Crystal. Terharu apabila Franky menolongnya.

"Apa sahaja untuk anak anak baba. Dah, baba nak naik jumpa umi. Crystal nanti jangan lupa pastikan bilik Noah tak ada benda benda tajam ya, risau nanti Noah cederakan diri dia pula." Ujar Franky sambil mengusap kepala Crystal yang berbalut tudung. Crystal angguk dan tersenyum lebar.

Semoga baik baik sahaja keadaan Noah.

"Nah."

Crystal mendongak. Matanya memandang Nash yang meletakkan botol susu kambing kepada Crystal.

"Noah alergik susu lembu. Tapi dia suka minum susu. Bagilah susu ini." Ujar Nash mendatar.

Nash tanpa kata kembali keluar. Tidak sempat Crystal ingin bersuara.

Begitulah mereka. Jika bukan sebab Noah, Nash tidak akan menegurnya seperti selalu. Crystal terasa seperti jurang diantara mereka semakin luas.

Dia tidak mahu kekal asing begini dengan Nash kerana Nash adalah iparnya. Mereka tetap keluarga, jadi apapun yang berlaku dia tidak mahu ada permusuhan dalam keluarga.

Dia juga risau jika Nash menyimpan dendam kepada Noah. Mereka berdua sudahlah dari kecil tidak mempunyai hubungan erat, takkan dirinya ingin menambah sengketa kepada dua beradik itu pula?

Nafas lemah dihela.

***

Viviana merenung tubuh yang sedang lena itu. Perlahan lahan kakinya mendekati katil.

"Give him the usual medicine." Ujar Viviana sambil berpeluk tubuh dan memalingkan muka ke arah doktor lelaki ditepinya.

"But his wife told me not to give any medication to Noah without her permission and the effects.."

"I said, give. Him. The. Usual. Medicine."

"Okay miss." Doktor itu mengeluarkan sebuah picagari dan ubat disuntik ke dalam picagari itu. Kemudian, dia memindahkan cecair ubat tersebut ke dalam IV drip yang tersambung ditangan Noah.

Viviana tersenyum nipis melihat cairan ubat lutsinar itu mula masuk ke dalam beg IV drip Noah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro