CHAPTER TWENTY ONE 🔮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kita dah sampai.." Franky memarkirkan keretanya digaraj dan tanpa suara, pantas Noah membuka pintu kereta dah berlari masuk ke dalam istana. Kakinya menuju ke satu tempat sahaja.

"Noah!" Lily ingin mengejar Noah namun tangannya dipegang Nash.

"Umi, kita bagilah Noah masa dulu. Mungkin dia perlukan masa untuk sendirian." Kata Nash lembut.

"Tapi dalam bilik tu.."

"Don't worry little girl, semua barang dalam bilik Noah tak akan cederakan dia. Aku dah suruh orang istana buang barang tajam dalam bilik tu." Kata Franky sambil memaut bahu Lily.

Wanita itu hanya angguk namun riak gusar masih tidak hilang.

Noah pantas memulas tombol pintu.

Kunci.

"H.. Haura. Haura. Ha.. Haura.." Noah bersuara dengan nada bergetar dan tangannya naik mengetuk pintu.

Tidak lama kemudian, pintu itu terbuka.

Crystal membulatkan mata melihat Noah dihadapannya.

"Abang... Argh!" Jerit gadis itu apabila tubuhnya dipeluk oleh Noah. Pelukan itu terasa sangat kemas.

Crystal tersenyum nipis dan pintu bilik ditutup sebelum dikunci dan pelukan Noah dibalas.

"Abang okey? Dah sihat ke?" Soal Crystal lembut. Rambut Noah diusap dan dia mencium rambut itu.

"Abang nak Haura."

"Ya, Haura ada disini je." Bisik Crystal. Noah mendongak wajahnya dan mata Crystal direnung.

"Haura." Bibir Noah mula senyum dan dia mengemaskan pelukan pada badan Crystal.

"Jom." Crystal membawa Noah ke katil dan wajah pucat Noah dibelek seketika.

"Abang nampak pucat ni. Abang nak apa apa tak?" Soal Crystal. Noah geleng dan menarik tangan Crystal keluar.

"Eh eh kita nak ke mana ni?" Soal Crystal kalut.

"Balik apartment. Abang nak duduk sana, sini tak boleh manja manja dengan Haura." Ujar Noah. Tanpa sempat Crystal membalas, Noah membawanya keluar. Sempat mata melihat Franky yang menggeleng kepala melihat perangai Noah. Lily pula tidak perasan kerana sudah menuju ke dapur.

Setibanya di apartment Noah, jejaka itu memeluk erat tubuh Crystal.

"Abang rindu Haura." Bisik Noah. Crystal senyum nipis.

"Haura pun rindu abang." Rambut Noah diusap lembut.

"Lapar."

"Abang tak makan lagi ke?" Soal Crystal terkejut.

"Belum." Jawab Noah perlahan.

"Ya Allah.. abang tunggu sini, Haura pergi sediakan makanan." Crystal masuk kedapur dan mula menyediakan makanan untuk Noah. Tak sempat nak bungkus makanan dari istana tadi sebab kena heret dengan Noah balik ke apartment.

Suasana hanya sepi. Crystal memerhati mulut Noah yang sedang mengunyah makanan. Lelaki ini nampak seperti kelaparan yang teramat.

"Berapa hari abang tak makan ni? Ya Allah.." Crystal mengambil tisu dan mengelap bibir Noah yang comot.

"Tiga." Noah menunjuk jarinya tanda dia tidak menyentuh makanan selama tiga hari.

"Kenapa? Tak bolehla macamtu. Kena makan tau." Pesan Crystal. Noah hanya diam dan menerima suapan dari si isteri.

"Sebab Haura tak ada. Disana, abang selalu dengar bunyi pelik. Suara tu, tak hilang. Dia selalu ada dalam kepala abang. Abang takut." Bisik Noah. Crystal menghela nafas dan menarik Noah rapat ke arahnya.

"Siapa doktor yang rawat abang di hospital?"

"Doktor yang sama." Jawab Noah. Dan Crystal tahu pastilah Viviana memberi ubat halusinasi kepada Noah sehingga Noah terdengar bisikan mistik setiap masa.

"Lepasni abang dah tak perlu risau, sebab Haura akan jaga abang." Pipi Noah diusap. Noah tersenyum lebar dan angguk.

"Jangan pergi lagi. Kenapa Haura tak jenguk abang di hospital? Hari hari abang tunggu Haura." Noah merenung mata Crystal.

"Haura taknak jenguk nanti abang nak ikut Haura balik. Abang kena duduk hospital dulu, bagi sihat sihat dulu lepastu bolehla balik, manja manja macamni dengan Haura." Crystal mengusap tangan Noah yang sedang memegang pahanya. Noah tersenyum lebar.

"Dah, Haura nak kedapur sekejap. Abang tunggu sini."

"Taknak! Abang nak ikut Haura." Noah turut bangun.

"Dapur tu aje."

"Tak kisah, jom." Noah mendukung Crystal. Crystal terjerit kecil dan memukul bahu Noah.

"Ish abang, turunkan Haura! Apa nak dukung dukung, kita nak ke dapur je pun." Ujar Crystal sambil memeluk erat leher Noah risau terjatuh.

"Ahem."

Crystal dan Noah sama sama menoleh ke arah lelaki yang merenung mereka dengan riak beku.

Noah menurunkan Crystal.

"Abang Firdaus."

"Aku nak bercakap dengan kau."

***

"Aku tak marah jika kau nak berkahwin dengan Alessandra, tapi kenapa kau berkahwin dengan adik aku kalau kau nak duakan dia?" Soal Firdaus sambil memeluk tubuh.

"Aku mampu untuk berpoligami."

Firdaus tergelak sinis.

"Yakin? Kau memang berharta, tapi kau yakin Alessandra akan terima poligami? Adik aku tu, nampak sahaja baik tapi kau tahu ke isi hati dia bila dia dapat tahu kau akan berkahwin lagi?" Soal Firdaus mula berang. Noah masih tenang dan memandang langit yang semakin senja.

"Alessandra tidak perlu tahu kewujudan Haura. Aku dan dia akan tinggal di istana dan Haura akan duduk di apartment ini."

"Kau ingat adik aku perempuan simpanan kau ke sial?" Firdaus melayangkan penumbuk ke wajah Noah namun tangan Noah lebih tangkas menangkap tangan Firdaus.

"Kenapa kau marah sangat?" Soal Noah. Firdaus mengetap gigi.

"Sebab dia adik aku!"

"Jadi kau marah kerana Haura, bukan kerana Alessandra?"

Firdaus terdiam. Noah melepaskan tangan Firdaus yang terkepal dan membetulkan kolar baju Firdaus. Matanya merenung mata coklat cair milik Firdaus. Mata yang sama dengan isterinya.

"Tenang, Alessandra milik kau. Dia sudah bantu aku untuk menjauh dari Viviana. Jadi aku juga akan bantu dia untuk bersama kau. Aku tahu dia kekasih kau, kan?" Soal Noah. Firdaus menepis tangan Noah di kolar bajunya.

"Tidak lagi. Aku sedar diri, bukan macam kau. Aku tahu aku tak mampu mengahwini gadis berdarjat sepertinya."

"Jadi kau tak kisah lah jika aku berkahwin dengannya kan?" Soal Noah. Nampak riak Firdaus seperti tergugat namun jejaka itu masih menunjukkan lagak biasanya.

"Aku tak kisah Alessandra ingin berkahwin dengan sesiapapun, tapi bukan kau. Jika kau nak berkahwin dengannya, ceraikan adik aku. Adik aku bukan perempuan simpanan yang kau nak sorok sorok sebegini." Ujar Firdaus.

"Aku sorok dia, atas permintaannya. Ikut perangai aku, sudah lama aku bagitahu dunia tentang status aku dan Haura. Tapi Haura yang nak aku rahsiakan semua ini. Aku ikut sebab aku sayang dia."

"Kalau sayang kenapa nak kahwin lain?"

"Siapa? Aku?" Soal Noah. Firdaus diam. Noah melepaskan tawa kuat sehingga taman kecil itu dihiasi bunyi tawanya.

"Kau nampak aku ni macam nak kahwin lain ke? Chill, Alessandra is yours." Noah mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Botol kecil itu diberi pada Firdaus.

"Itu racun. Setitis sahaja kau letak dalam makanan musuh kau, dia mati. Jadi jika aku berkahwin lain.. letakkan ini dalam minuman aku." Bisik Noah sambil melangkah pergi meninggalkan Firdaus sendirian di taman.

Firdaus melihat botol putih didalam genggamannya. Rahang terketap kuat.

***

"Abang cakap apa dengan Abang Firdaus tu?" Soal Crystal apabila Noah masuk ke dalam apartment.

"Nothing. Bincang tarikh kahwin dia."

"Hah? Abang Firdaus dah nak kahwin ke? Kenapa Haura tak tahu?" Soal Crystal. Noah senyum dan melabuhkan duduk di sebelah gadis itu. Pinggang Crystal ditarik rapat ke arahnya.

"Dia tak tahu sebab dia sedang bergaduh dengan kekasihnya. Dahla, Haura jangan nak sibuk hal orang." Jarinya naik menjentik dahi Crystal.

"Orang tanya je." Crystal mencebik dan mengusap dahinya. Suka dia je jentik orang. Kemudian pipinya kemerahan apabila Noah merenung wajahnya tanpa berkelip.

"Kenapa?" Soal Crystal.

"Haura (cantik)." Noah senyum.

"Abang.." Crystal memeluk leher Noah dan tersenyum comel.

"What?"

"Jom keluar. Jalan jalan." Pinta Crystal. Noah tersenyum nipis dan melingkarkan tangan di pinggang Crystal. Hidungnya digeselkan di hidung gadis itu.

"Pergi mana?"

"Mana mana je."

"Okay, pergi siap siap." Rambut Crystal dibelai. Gadis itu tersenyum lebar dan berlari ke bilik untuk bersiap. Noah menghela nafas.

Apalah yang Crystal gunakan keatas dirinya sehingga dia menjadi begitu lemah pada gadis itu. Jika Crystal meminta isi dunia, maka dia akan mengorbankan seluruh dunia untuk isterinya itu.

Mereka tiba di suatu tempat.

Crystal berkerut dahi.

"Kita buat apa disini?" Soal Crystal pelik sambil melihat tanah perkuburan kristian dihadapannya.

"Lawat arwah nenek abang." Noah menggenggam tangan Crystal dan mereka masuk. Baru Crystal tahu bahawa nenek Noah bukan beragama Islam.

Mereka berhenti pada satu kubur dan gambar wanita yang sedang tersenyum manis direnung.

"Hannah Ziandra." Bisik Crystal perlahan. Wajah itu sangat manis.

"Assalamualaikum, mammina." Bisik Noah sambil membersihkan sisa tanah diatas batu nisan itu. Sekuntum bunga mawar putih diletakkan.

"Ini nenek abang. Ibu kandung papa Hunter dan ibu tiri abang. Hannah Ziandra. Haura tahu, dulu baba cakap arwah mammina ni baik sangat, seperti malaikat."

"Arwah?"

"Mammina seorang muslim."

Luas mata Crystal.

"Apa? Habistu kenapa.."

"Giovanni D'ezekiel. Datuk abang. Dia ambil mammina, dan tiduri mammina. Dia seksa mammina, buat mammina hidup dibawah kawalan dia. Sampai mammina meninggal. Semasa hayatnya, hanya papa Hunter sahaja yang menjadikan dia kuat. Dia besarkan papa Hunter dengan penuh kasih sayang." Cerita Noah.

Dan entah kenapa, air mata Crystal mengalir laju. Tidak terbayang bagaimana hidup wanita itu bersama lelaki yang menyeksanya.

"Jadi papa Hunter.."

"Yes. Papa Hunter adalah anak yang bukan dari perkahwinan yang sah. Giovanni tak pernah berkahwin dengan mammina. Dia tiduri mammina secara paksa sehingga mammina lahirkan papa Hunter. Sebabtu papa Hunter dan baba bukanlah adik beradik kandung, meski mereka dari bapa yang sama. Kerana papa Hunter adalah anak tidak sah taraf." Ujar Noah. Mata merenung batu nisan yang tertera nama Hannah Ziandra itu.

"Sampai mammina meninggal, Giovani palsukan semuanya sehingga mammina ditanam mengikut adat kristian. Mammina meninggal sebab keguguran, hilang darah banyak. Giovanni adalah punca. Dia pijak perut mammina sehinggalah mammina meninggal."

Crystal terduduk dan semakin laju air matanya mengalir. Terketar ketar dia menyentuh batu nisan wanita hebat itu.

"Hebat kan mammina?" Soal Noah. Crystal angguk laju. Sangat hebat. Dia tidak tahu sama ada jika dia berada di tempat wanita itu, adakah dia akan kuat seperti Hannah Ziandra?

Tidak.

"Kematian mammina buat papa Hunter trauma dengan kehilangan. Dan baba adalah orang yang sentiasa bantu papa Hunter. Tapi bertahun tahun, trauma papa Hunter masih tak hilang. Dia selalu meracau dalam tidur, inginkan mammina. Lepas dia jumpa mama Davieka, barulah trauma dia hilang. Jadilah dia seorang yang kuat seperti sekarang."

Minda Crystal terbayang papa Hunter yang tenang dan matang dalam membuat sesuatu perkara. Tidak sangka wajah tenang itu menempuhi sesuatu yang dahsyat dalam hidup.

Melihat ibunya meninggal akibat penderaan? Siapa sahaja yang tidak trauma?

"Dan abang takut."

Crystal memandang Noah.

"Takut jika abang menjadi seperti Giovanni, abang takut abang sakitkan Haura, tiduri Haura tanpa kerelaan Haura. Dan mungkin suatu hari nanti, abang akan bunuh Haura macamana Giovanni bunuh mammina." Suara Noah bergetar.

Crystal hanya diam.

"Lepas apa yang jadi pada kita di hotel dulu, disini lah abang datang. Abang luah pada mammina, abang benci sangat diri abang sendiri. Abang dah berjanji pada diri abang sendiri untuk tidak bersikap seperti Giovanni tapi abang dah tiduri Haura secara paksa. Abang tak tahu apa yang rasuk abang malam tu. Padahal masa tu, abang tak pernah tidur dengan perempuan lain selain Viviana. Tapi Haura.. Abang rasa lain sangat bila nampak Haura."

"Itu tak menghalalkan cara. Abang tahu apa yang jadi lepas kejadian tu? Haura rasa hidup Haura dah berakhir. Hanya Allah je tahu macamana Haura bertarung dengan keinginan untuk bunuh diri."

Noah mengalihkan pandangan ke arah Crystal.

"Haura benci abang?"

"Ya. Haura sangat bencikan abang."

Noah mengeluh dan bangun. Tangannya mencapai tangan Crystal lalu mereka bertentang mata seketika.

"Abang minta maaf."

"Maaf abang dapat kembalikan maruah Haura ke?" Soal Crystal perlahan.

"Haura nak abang buat apa?"

"Tamatkan semua. Haura minta maaf, Haura cuba untuk maafkan abang. Haura cuba untuk lupakan semuanya, tapi bila Haura ingat balik apa yang berlaku dulu.. Haura rasa susah sangat untuk maafkan abang. Haura taknak jadi isteri derhaka pada abang. Kita tamatkan semuanya. Haura masih boleh terima perkahwinan ini, tapi sikap abang yang masih tak berubah, abang masih berhubungan dengan Viviana.. Haura tak tahu sampai bila Haura boleh sabar." Bisik Crystal perlahan. Nampak mata Noah berkaca.

"Haura nak berpisah?" Soal Noah. Crystal angguk.

"Haura dah taknak tanggung rasa sebegini. Jika kita berpisah, abang bebas. Abang nak berkahwin dengan sesiapapun Haura tak kisah."

"Abang nak Haura.." rengek Noah.

"Habistu kenapa abang masih tak berhenti bermaksiat dengan Viviana?"

"Abang dah berhenti. Almost a year abang tak sentuh dia pun! Dia yang datang pada abang. Abang tolak dia, Haura. Untuk Haura." Ujar Noah.

"Habistu kalau abang tolak dia kenapa dia masih dekati abang? Kenapa dia sesuka hati boleh masuk apartment?" Soal Crystal sambil memukul berkali kali dada Noah. Noah diam dan mengeluh.

"Haura, calm down. Ini tanah perkuburan. " Noah menangkap tangan Crystal dan tubuh gadis itu dipeluk.

Crystal terus menangis apabila dipeluk.

"Jom." Noah membawa Crystal ke kereta kembali. Air mata Crystal dilap lembut.

"Haura betul nak bercerai?" Soal Noah. Crystal memandang lelaki itu. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, terasa ada sesuatu bergerak di kakinya.

Kepala ditundukkan.

"A.. abang pacat!!!" Jerit Crystal kuat sambil cuba untuk memeluk Noah yang berada di tempat pemandu.

"Eh, Haura!"

PONNNNNNNNNNNNNNN

Kuat bunyi hon apabila tubuh Crystal terhimpit di antara Noah dan stereng sehingga belakang badannya tertekan hon.

Noah pantas memeluk erat Crystal agar belakang isterinya tidak menekan hon lagi.

"Abang, buang pacat tu!" Crystal kembali menangis dengan kuat sambil memeluk erat leher Noah. Noah tergelak.

"Sayang abang tak?"

"Sayang!"

"Nak cerai tak?"

"Taknak!" Crystal bersuara laju sambil teresak menangis. Noah mengambil pacat di kaki Crystal yang bersarung stokin lalu dibuang melalui tingkap kereta. Kemudian dia menyapu air mata Crystal yang sudah membasahi niqab gadis itu.

"Dah tak ada dah, jangan menangis lagi." Pujuk Noah. Crystal masih diam dengan esakannya sambil memeluk Noah.

"Eleh, pacat pun takut ada hati nak berpisah dengan abang." Ejek Noah. Crystal pantas menepuk bahu Noah.

Noah tergelak dan mencium mata Crystal sebelum dia melepaskan Crystal ke tempat duduk di sebelahnya kembali.

Crystal membetulkan duduk dan hanya diam.

Noah mula memandu kereta ke satu tempat. Kepalanya ditoleh dan melihat si isteri yang tersengguk mengantuk. Menangis kuat sangat, kan dah mengantuk.

Tangan Noah mencapai tepi kepala Crystal dan kepala itu ditarik berlabuh di bahunya.

Bibir tersenyum apabila terasa kepala Crystal semakin memberat di bahunya dan dengkuran halus kedengaran. Pemanduan diteruskan.

Noah memberhentikan kereta di apartment dan merenung wajah yang bertutup niqab itu sedang tidur. Mata Crystal terpejam rapat dengan dengkuran halus yang kedengaran disebalik niqabnya.

"Haura (cantik)."

***

Crystal tersedar apabila bunyi pintu diketuk beberapa kali. Nafasnya terasa sesak. Pantas mata dibuka dan dia melihat pintu kereta dipecahkan.

Dia terperangkap didalam kereta?

Crystal mula panik dan terasa panas. Kepala ditoleh ke belakang dan bulat matanya melihat api sedang marak di bahagian bonet kereta Noah.

PRANGG

Tingkap kereta dipecahkan. Crystal terasa tangannya ditarik kasar untuk keluar dan dia terjatuh ke dalam pelukan seseorang.

"Haura okay? Ada luka? Ada sakit mana mana? Can you breath well?" Soal Firdaus risau. Tangannya memeluk erat tubuh Crystal.

"Ab.. Abang Firdaus. Mana Noah?" Soal Crystal. Tadi dia naik kereta bersama Noah dan dia terlena. Apa yang sedang terjadi?

"Crystal, syukurlah jika awak baik baik sahaja."

Crystal memandang gadis yang mendekatinya.

"Alessandra."

Puteri Alessandra tersenyum manis.

"Saya datang kesini tadi, terkejut saya lihat awak berada dalam kereta, tak sedarkan diri dan kereta itu sedang terbakar. I just called the help. Kejap lagi bomba tiba." Ujar Alessandra. Matanya memandang Firdaus, lelaki yang menjadi tujuan dia datang ke Malaysia dan menyamar menjadi rakyat biasa sekarang.

Firdaus membawa Crystal masuk ke dalam apartment tanpa menghiraukan Alessandra.

"Are you sure you're okay?" Soal Firdaus. Crystal angguk.

"Haura okay. Tapi mana Noah?" Soal Crystal lagi. Firdaus mengangkat bahu.

"Noah memang tak ada. Sejak Ales datang tadi pun Noah memang tiada. Hanya Haura sahaja dalam kereta." Ujar Firdaus. Alessandra tersenyum nipis mendengar namanya meniti di bibir lelaki yang bertakhta dihati.

Crystal mula berdebar.

Mana Noah? Kenapa Noah meninggalkannya sendirian didalam kereta?

"Viviana."

Kepala mereka menoleh ke pintu apartment Noah. Kelihatan Nash baru masuk ke dalam apartment.

"Hah?"

"Viviana bawa Noah pergi. Saya tak tahu macamana Noah boleh turut dia, tapi nampak seperti Noah dipukau. Dia hanya ikut sahaja Viviana." Ujar Nash sambil menunjuk rakaman cctv kepada Crystal.

Crystal memerhati Viviana yang membuka pintu kereta mereka, nampak seperti ada pergelutan didalam kereta sebelum Noah turut keluar, seperti patung membuntuti langkah Viviana. Gadis itu juga mengunci kereta Noah sedangkan Crystal masih didalam kereta tersebut.

Kemudian, Viviana menyalakan mancis dan melempar mancis tersebut ke bonet kereta, menyebabkan berlaku percikan api sebelum kelibat Alessandra muncul.

"Habistu macamana ni?"

"Kita kena cari Noah. Viviana tu bukan waras sangat, entah dibuat apa pada Noah tu." Alessandra memeluk tubuh.

"Calm down. Noah is fine. Viviana takkan sakitkan Noah, she loves him." Firdaus menenangkan Crystal yang terlihat pucat. Crystal mengeluh.

"Pastikan media tutup mulut pasal berita ini. Jika berita keretanya terbakar, pastilah orang akan pelik kenapa Crystal ada dalam kereta Noah. Pastikan juga umi kau tak tahu, nanti dia risau." Ujar Firdaus sambil memandang Nash. Nash hanya anggukkan kepala.

"Kita kena cari Noah. Noah sedang sakit lagi." Crystal bersuara risau. Baru sahaja kesihatan mental Noah ingin pulih, dia risau Viviana akan memburukkan tahap kesihatan mental suaminya.

"Nanti.."

BAM!

Terkejut semua orang apabila pintu dibuka secara kasar. Terus Crystal berdiri apabila Noah pulang dan masuk ke dalam apartment.

"Abang!" Crystal mendekati Noah namun dahinya berkerut apabila perasan sesuatu.

Ini bukan Noah.

"Apa? Tak pernah tengok manusia? Tepilah kau." Noah menolak Crystal kasar dan berjalan masuk ke biliknya. Mereka semua terdiam melihat tingkah laku Noah yang agak pelik.

"Is he.. okay?" Soal Alessandra.

Mereka yang ada disitu hanya beriak keliru.

***

"Abang, Haura buatkan air." Crystal meletakkan gelas berisi jus kepada Noah. Jejaka itu hanya diam dan melihat telefonnya.

"Abang."

"Ish bisinglah kau. Nak apa?" Soal Noah geram. Crystal mencebik.

"Garang betul. Cuba cakap lembut lembut sikit."

"Tak ada masa aku nak berlembut. Tengok muka kau pun dah serabut aku rasa. Keluar!" Marah Noah sambil menunjuk ke arah pintu bilik.

"Taknak. Haura kan isteri abang, kenapa Haura nak keluar dari bilik kita pula?" Soal Crystal sambil tersenyum comel ke arah Noah.

"Ini bilik aku."

"Bilik kita lah. Abang yang suruh Haura tidur sini." Crystal naik ke katil dan tersenyum menggoda. Dia menghadap Noah dan mengambil telefon dari tangan jejaka itu.

"Kau dah kenapa?" Soal Noah lagi. Crystal meletakkan telefon Noah diatas meja dan berpeluk tubuh.

"Abang tau tak Haura hampir mati tadi?"

"Bukan masalah aku."

"Masalah abang. Kalau Haura mati nanti siapa nak manja manja dengan abang?" Soal Crystal lagi. Noah mengeluh. Apalah balanya berkahwin dengan gadis sebegini.

"Tepilah, aku nak tidur." Noah menolak Crystal.

"Jom tidur." Crystal menarik selimut dan menolak Noah agar berbaring, dia turut berbaring dan memeluk tubuh Noah.

Noah hanya diam. Malas ingin melayan perangai gadis yang sedang berbaring memeluknya itu.

Crystal memerhati wajah Noah yang sudah lena. Jarinya menguis rambut Noah yang menutupi dahi jejaka itu lalu dahi Noah dicium.

"Apa lagi yang awak buat, Viviana? Berhentilah seksa suami saya." Bisik Crystal sambil mengusap rambut Noah.

Pastinya Viviana telah melakukan sesuatu pada Noah sewaktu Noah dihospital yang menyebabkan Noah kembali berada dibawah ilmu hitam gadis itu dengan senang.

Bunyi guruh di luar membuatkan perhatian Crystal tertoleh. Tidak lama kemudian, telefon Noah pula berdering.

Viviana.

"Apa yang awak buat pada Noah?" Soal Crystal sambil mengangkat panggilan itu. Kedengaran tawa dari hujung talian.

"Do what? I tak buat apa apa pun. You tu yang tak sedar diri. Noah dah tak suka you, terima je la."

"Awak memang melampau kan? Apa dah pupus ke lelaki lain di dunia ini sampai suami saya awak nak rampas?"

"Eh siapa rampas hak siapa? Noah tu milik I! You yang datang dari celah mana tiba tiba nak ambil dia!" Viviana mula naik angin.

"Habistu kahwinlah dengan Noah tu dari guna cara kotor begini. Awak buat macam macam, Noah sedikitpun tak tertarik pada awak. Dia kahwin dengan saya padahal saya tak try hard macam awak. Wek!" Crystal menutup telefon. Dapat diagak Viviana pasti naik hantu di rumahnya. Biar dia rasa! Suka suka je guna ilmu hitam atas suaminya.

Crystal meletakkan telefon Noah diatas meja dan kembali memeluk lelaki itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro