CHAPTER TWENTY TWO 🔮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bunyi latar belakang lagu tema Tangled bertajuk Kingdom Dance bergema di seluruh kawasan istana. Ramai manusia bersuka ria dan bergerak kesana sini. Makanan terhidang dimana mana, minuman juga pelbagai jenis.

Hari pertabalan Tuan Putera Tengku Noah De Ezekiel sebagai pemerintah kerajaan Danielle.

Sepasang anak mata amethyst memerhati keriuhan rakyat jelata sambil dirinya disiapkan oleh pembantu pembantu istana lelaki. Rambutnya tersikat rapi dan sutnya diperkemas.

"Tuan Putera."

Noah menoleh ke belakang.

Lily memeluk erat tubuh Noah yang tersarung sut diraja berwarna hitam. Ditengah sut itu terdapat 20 biji kristal bewarna putih menandakan umur Noah yang menginjak 20 tahun.

"Kacaknya pewaris umi." Wajah Noah diusap. Noah tersenyum nipis.

"Be ready. Pertabalan akan dimulakan tak lama lagi." Ujar Lily. Noah angguk dan membetulkan jam tangan mewah di pergelangan tangan. Mata memandang diri sendiri di cermin

Bunyi tiupan trumpet bergema di kawasan istana yang berkilau pada hari itu.

Tanggal lahirnya.

Noah melihat sebanyak 10 ekor kuda putih berbaris di pintu istana sehingga ke laman istana. Bersama itu, setiap kuda dijaga oleh dua pengawal yang beratur dengan kemas. Ditangan mereka terdapat pedang yang terangkat tinggi di udara.

Noah mula berjalan keluar dari istana bersama askar askar yang mengiringinya.

***

"Wah.." Crystal melihat suasana mewah di istana pada hari pertabalan Noah. Jejaka itu bersut kemas diiringi oleh askar yang memakai uniform lengkap.

Kerdil.

Sangat jauh darjat mereka berdua sekarang. Crystal memerhati Noah yang berjalan dengan penuh megah, tiada senyuman pun terukir di wajahnya. Mungkin itulah protokol pertabalan, tidak boleh menunjukkan emosi.

Sudah sebulan berlalu sejak kes dia hampir terbakar didalam kereta. Dan perangai Noah masih tidak berubah. Nampaknya kali ini Viviana benar benar menggunakan ikatan sihir yang kuat pada Noah.

"Semuaaaaa tunduk hormat!" Jerit ketua askar yang berdiri tegap bersama sebilah pedang tersisip di belakang badannya.

Semua manusia disitu mula menunduk hormat, kecuali barisan bangsawan De Ezekiel dan keluarga Diraja Danielle.

Crystal turut menunduk sedikit. Kemudian badannya diangkat kembali melihat Noah yang berdiri di tengah tengah kawasan khas. Semua manusia dapat melihatnya.

"Kepada semua rakyat yang dikasihi, hari ini, dengan penuh kesyukuran kita berada disini sempena tarikh keramat, kelahiran putera sulung Kerajaan diraja Danielle. Pada hari yang indah ini, majlis pertabalan Tengku Noah De Ezekiel, sebagai pentadbir kerajaan Danielle merangkap pemilik gelaran Tuan Putera, menggantikan Tuan Puteri Tengku Nialily Danielle yang bakal menaiki takhta sebagai  permaisuri. Panjang umur ke atas Duli Yang Maha Mulia permaisuri dan Tuan Putera. Panjang umur!"

"Aamin!" Laung rakyat jelata yang menyaksikan majlis pertabalan itu. Ketua askar itu berkawad sebelum menunduk hormat kepada Noah. Dan Noah, masih dengan wajah tanpa emosinya.

Sekali lagi bunyi trumpet bergema.

Semua manusia berdiri dan melihat Lily bangun bersama mahkota ditangan. Mahkota yang dihiasi dengan kristal asli bewarna putih. Setiap satunya mencecah ratusan ribu dollar. Mahkota berkilau itu adalah dilarang untuk dipegang mahupun disentuh oleh orang lain, kecuali pewaris dan pemerintah sahaja. Bahkan Franky juga tidak boleh menyentuh mahkota itu.

Lily merenung Noah.

"Long live, Tuan Putera Tengku Noah De Ezekiel."

Serentak itu, sebelah lutut Noah mencecah tanah dan dia melutut seperti gaya ingin melamar. Kepala ditegakkan.

Lily mencium mahkota ditangan dan mahkota itu diletakkan diatas kepala Noah. Gamat suara di sekeliling Crystal. Ramai yang mengagumi mahkota yang terlihat sangat sempurna terletak di kepala Noah.

"He looks so expensive."

"Kacaknya."

"Untung betul siapa jadi isterinya."

Bisikan bisikan di tepi tidak diendahkan. Crystal memerhari upacara pertabalan yang dilakukan mengikut protokol dari nenek moyang mereka lagi.

Noah bangun kembali dan Lily meletakkan hujung pedang di leher Noah. Mata pedang itu sangat dekat, sehingga kulit Noah terluka dan ada luka kecil di leher tempat pedang itu diletakkan.

Noah hanya diam menerima mata pedang yang berada di lehernya.

Matanya menentang mata Lily.

"Apabila takhta disambut, disitulah terletaknya nyawa. Khianat kepada takhta, hukumnya pancung. Khianat kepada kerajaan, hukumnya pancung. Beta bersumpah, jika berlaku perkara tercela yang mencemarkan nama baik kerabat diraja Danielle, beta akan membunuh anakanda beta, Tengku Noah D'ezekiel yang berperanan sebagai pewaris takhta yang diiktiraf." Sebut Lily tegas.

Noah menunduk sedikit.

"Kenapa dia tak bercakap?"

Crystal terdengar ada bisikan dibelakangnya. Sejujurnya, dia juga ingin tahu. Kerana sejak awal tadi Noah langsung tidak bersuara.

Adakah itu juga protokol? Selain tidak menunjuk emosi, Noah juga tidak dibenarkan bersuara?

Dan, Crystal kagum. Semua golongan bangsawan, Hunter Franzelx dan Skyler hanya memerhati protokol yang dijalankan tanpa sebarang bantahan.

"Long live, Permaisuri Tengku Nialily Danielle." Akhirnya suara Noah keluar. Bunyi trumpet kembali kedengaran selama 20 saat, sebelum trumpet diletakkan di bawah dan kesemua pemain trumpet melutut.

Kuda kuda di laman istana turut diarahkan untuk duduk, kuda kuda istana itu sudah dilatih. Pedang yang terangkat di udara diturunkan. Para askar mula tunduk.

Rakyat rakyat juga mula melutut satu per satu. Golongan bangsawan yang berada di kerusi mewah menundukkan kepala mereka ke bawah.

Crystal turut melutut. Mata melihat pentas.

Noah memegang pedang yang terhala ke arahnya sebelum dia mencium pedang itu dan diletakkan di kaki Lily.

Lily akhirnya turut tunduk kepada Noah.

"Kerajaan diraja Danielle dengan ini mengesahkan pertabalan pemerintah baharu kerajaan Danielle, Tengku Noah De Ezekiel sebagai Tuan Putera. Panjang umur Ke Atas Duli Yang Maha Mulia Tuan Putera Tengku Noah De Ezekiel!" Jerit seorang komando. Dibadannya terlilit beberapa bom.

Komando berani mati.

"Aamin!" Jerit seluruh rakyat jelata. Kali ini, tiada lagi bunyi trumpet. Yang ada hanya bunyi kompang dan gendang yang berdentum, menggemakan kawasan istana.

Crystal melihat taburan confetti mula turun bersama belon belon.

"Now celebrate!"

Semua rakyat bersorak dan bangun dari melutut, mereka mula berdansa gembira dengan alunan lagu Kingdom Dance tadi.

"Crystal jom!" Tangan Crystal ditarik oleh Mia dan mereka mula berpusing gembira. Seluruh rakyat hari itu bergembira, makanan yang terhidang mula dijamu.

Crystal melihat confetti dan belon di udara sebelum senyumannya terbit dan dia berpusing seketika, menikmati dunia.

Mata dibuka kembali, pentas itu kosong. Sudah tiada golongan bangsawan dan Noah. Mungkin mereka meraikan didalam istana.

"Crystal Nur Haura?"

Hampir menjerit Crystal apabila tiba tiba sahaja ada suara garau disebelahnya. Kepala ditoleh. Komando tadi?

"Iya saya?" Soal Crystal. Dia ada buat salahkah?

"Ayuh masuk ke istana, pihak istana arahkan saya bawa Crystal Nur Haura ke dalam istana." Ujar komando itu. Crystal tanpa kata hanya mengikut komando itu masuk ke istana. Takut nak melawan, kang kena bom. Dahla di badan komando itu ada banyak bom.

Setibanya didalam istana, hampir jatuh rahang Crystal. Istana itu sudah dihias beribu kristal yang membuatkan dalamannya bersinar. Dinding bewarna emas, didekorasikan dengan hiasan hiasan mewah dan antik.

"Silakan." Komando itu menunduk hormat dan berlalu pergi, meninggalkan Crystal sendirian didalam istana.

Crystal berjalan ke dalam istana.

"Crystal!"

Crystal melihat ke tepi. Kelihatan Lily datang memeluknya.

"Umi suruh mereka bawa Crystal masuk, jom makan bersama. Baba cakap dia nak Crystal ada disini juga." Ujar Lily. Crystal tiba tiba menjadi kekok. Jadi Franky yang mengarahkannya masuk ke dalam istana.

Mereka menuju ke meja makan dan Crystal melihat kelompok manusia manusia berdarjat tinggi sedang bergelak tawa dan menikmati makanan di meja makan yang turut disaluti emas.

"Crystal, tu sebelah Noah ada kosong, duduk sana." Ujar Franky. Crystal tersenyum kekok dan duduk juga di sebelah Noah.

"Makan makan, jangan segan." Ujar Lily. Crystal melihat makanan mewah yang terhidang. Kemudian dia memandang Noah. Lelaki itu masih dengan riak bekunya. Langsung tidak memandang Crystal ditepi.

Crystal mula makan sambil mendengar bualan manusia di meja itu.

"Lepasni bolehla Noah kahwin, lahirkan cucu. Tak sabar umi nak timang cucu." Ujar Lily sambil tersenyum lebar.

Viviana yang turut di meja makan tersipu malu.

"Nanti Vivi nak kahwin di istana ini juga."

"Mestilah boleh. Noah dan Vivi nampak cocok sangat, pasti boleh anak comel comel.." ayat Lily tidak habis apabila Franky menghulurkan isi lobster ke dalam mulut si isteri. Lily mengunyah dan memandang Franky dengan tidak puas hati.

Crystal melihat pinggan Noah. Seperti biasa, pinggan itu hanya terisi sedikit makanan. Crystal membuang kulit udang dan diletakkan didalam pinggan Noah.

Noah memandang gadis itu.

"Udang tu sedap. Cuba awak rasa." Ujar Crystal sambil tersenyum manis. Noah tanpa kata hanya diam mengunyah udang yang diberi.

"Hari inikan birthday Noah, Noah nak apa?" Soal Lily lembut. Setiap kali musim harijadi Noah, segala hadiah yang diberi biasanya tidak disentuh. Mungkin tidak menarik perhatian Noah.

Noah menggeleng kepala, tanda tidak mahu sebarang hadiah.

"Pergi honeymoon."

Luas mata seluruh meja mendengar bicara dari Franky. Franky tersenyum manis.

"Ish sayang ni. Noah nak honeymoon dengan siapa? Kahwin pun belum." Lily menepuk bahu Franky.

"I'm just joking." Franky ketawa pula.

Crystal senyum nipis. Baba ni suka betul mengusik.

"Ikut aku." Noah berbisik perlahan kepada Crystal dan bangun dari meja. Kakinya melangkah pergi dari ruangan meja makan itu. Crystal turut bangun dengan kalut. Susah betul layan lelaki badmood ini.

"Iya abang?" Soal Crystal apabila mereka berada di dalam sebuah bilik.

"Aku tak tahu apa yang kau cakap pada baba, tapi aku taknak kau rosakkan perkahwinan aku dengan Viviana nanti." Ujar Noah mendatar.

"Oh. Kahwin je lah. Haura tak buat apa apa pun." Ujar Crystal dengan muka suci.

"Penipu. Kalau kau tak bagitahu apa apa macamana baba boleh suka kau? Kau jangan mengada nak minta tolong baba supaya sabotaj perkahwinan aku nanti kalau tak siap kau." Jari Noah menunjuk ke arah wajah Crystal. Matanya tajam menikam wajah gadis itu.

Crystal terdiam. Ya, perangai Noah berubah drastik sejak kes kereta terbakar haritu. Dia juga tidak tahu apa yang Viviana buat pada Noah.

Crystal menepis lembut jari Noah yang menunjuk ke arahnya.

"Apa Haura boleh buat? Baba yang suka Haura sebagai menantu dia. Haih, susahnya hidup sebagai seorang yang disukai ini. Baba suka Haura, umi pun suka Haura." Keluh Crystal. Noah mengetap gigi.

"Buatlah semahu kau. Yang penting tiada yang dapat halang aku dari berkahwin dengan Viviana."

"Okay." Hanya itu jawapan Crystal. Dan itu semakin menyakitkan hati Noah apabila gadis itu hanya mengambil lewa amarannya.

"Kau memang nak mati kan?"

"Lah, Haura cakap okay pun abang nak marah. Salah ke?" Soal Crystal sambil terkelip kelip memandang Noah. Bibirnya tersenyum comel ke arah suaminya.

"Jangan senyum depan aku!" Marah Noah. Crystal memasamkan wajah.

"Kalau macamtu Haura peluk la." Tangan Crystal merangkul pinggang Noah. Noah menepis namun pelukan itu membuatkan dia rasa sesuatu.

Selesa. Tenang.

"Muah." Crystal mencium hidung Noah. Mata lelaki itu direnung dan menghadiahkan senyum kepada Noah.

Noah hanya diam. Namun, telinganya mula kemerahan. Crystal melepaskan tawa.

"Cinta dan sihir. Mana satu lebih kuat? Viviana sendiri tahu jawapannya. Dia boleh dapatkan jasad abang dengan cara ini. Tapi dia tak akan dapat hati abang. Sebab hati abang.. ada Haura." Crystal menyentuh dada Noah dan menyandarkan kepala di dada itu. Mata dipejam.

Crystal menolak Noah agar berbaring diatas katil.

"Apa kau.." Noah terdiam apabila Crystal naik ke atasnya dan merenung wajahnya.

"Abang lah salah. Bawa Haura masuk bilik. Now let's cuddle." Crystal memeluk Noah erat.

***

Viviana mencari di sekitar istana. Entah ke mana dua orang itu pergi.

"Ish!" Dengus Viviana apabila kelibat mereka berdua tiada. Dia memalingkan badan ke belakang namun langkahnya terhenti apabila dia hampir melanggar seseorang dari belakang.

"Cari siapa?" Soal Nash.

Viviana menjeling.

"Bakal suami I. Why?" Soal Viviana. Nash tersenyum nipis.

"Bakal suami Ana tu, dah berkahwin. Ana pun tahu perkara itu." Ujar Nash.

"So? Noah cakap dia nak kahwin dengan I. Bukan I paksa dia. Lagipun I ni dah bertolak ansur tau, I rela bermadu. Ikutkan hati I, I nak suruh Noah ceraikan perempuan tu." Ujar Viviana geram.

"Yakin ke Noah nak berkahwin dengan Ana? Atau dia 'terpaksa' berkahwin dengan Ana?" Soal Nash.

"Apa masalah you ni?" Viviana mula geram apabila adik lelaki Noah ini seperti ingin menentang hubungan mereka.

"Ana lah masalah Nash. Kenapa nak runtuhkan rumah tangga abang Nash dengan cara kotor? Jika Ana jodoh Noah, dia akan datang pada Ana. Jadi Ana tak perlu guna sihir keatas dia sebegini."

Viviana terkedu. Hanya Crystal sahaja yang tahu bahawa dia guna ilmu hitam keatas Noah. Bagaimana lelaki ini juga boleh tahu?

"Ana nak kahwin dengan Noah, Noah adalah muslim. Pastinya Ana perlu menjadi muslim kerana kami semua beragama Islam. Noah akan dilucutkan takhta jika murtad. Ana tak akan dapat takhta sebagai isteri dia. Jadi berhentilah syirik sebegini, berdosa besar." Nasihat Nash. Viviana tersengih sinis.

"No wonder la Noah tak suka you. Memekak." Viviana melanggar bahu Nash dan berjalan pergi. Nash menggaru keningnya. Garang betul, dia nasihat lembut lembut tau.

***

Crystal mula berjalan dengan ke dalam bilik kembali. Mata melihat Noah yang sudah bangun dari tidur.

"Abang dah bangun?"

"Tak, dah mati." Jawab Noah mendatar. Crystal mencebik. Tanya je pun.

Noah memaling tubuh memandang Crystal.

"Sini Haura buat rambut abang." Crystal mendekati si suami dan tangannya mula menyisir rambut Noah agar nampak kemas walaupun dibuat style messy.

"Kacaknya suami Haura." Crystal memuji. Noah hanya diam.

"Aku nak buat persiapan majlis perkahwinan aku dan Viviana. Kau jangan buat perangai." Noah memberi amaran. Crystal tersenyum.

"Okay. Haura akan behave. Haura takkan buat perangai pun. Haura akan robohkan pelamin, bakar istana ini dan letak racun dalam semua makanan tetamu sahaja." Ujar Crystal. Noah mengetap gigi.

"Kau memang suka naikkan darah aku, kan?"

Crystal hanya tersenyum comel.

"Buang masa aku bercakap dengan perempuan seperti kau ini." Noah mengeluh dan berlalu keluar bersama wajah bengang.

Crystal memeluk tubuh. Senyumannya semakin lebar. Suka dia menaikkan darah Noah.

Atau lebih tepat, menaikkan darah jin didalam badan Noah.

Crystal mengintai dari pintu bilik dan melihat Viviana sedang memeluk lengan Noah.

"I nak tema pink." Ujar Viviana sambil merenung Noah. Noah angguk dan menyelitkan rambutnya di belakang telinga.

"Okay baby. Tapi untuk majlis belah you la sebab disini memang kena pakai putih." Ujar Noah. Viviana angguk.

"I tak suka la maid tu. You tahu tak dia melawan cakap I." Bentak Viviana. Noah mengeluh. Turut merasa geram dengan perangai Crystal.

"I dah warning dia baby. She won't stop us."

"Kenapa you tak ceraikan dia babe?" Soal Viviana sekaligus membuatkan Crystal berdebar menanti jawapan Noah.

Namun, Noah tidak menjawab. Crystal tersenyum sinis. Noah takkan ceraikan dia kerana Noah cintakan dia.

Crystal melangkah keluar.

"Hai." Sapa Crystal ceria.

"You buat apa disini? Meluat betul lihat muka you." Viviana mendengus.

"Mana boleh meluat, lepasni kita kan akan bermadu. Setiap hari awak akan jumpa saya. Kan abang?" Crystal memaut lengan Noah namun direntap cepat.

"Kau buta ke? Ramai orang disini jangan nak pegang aku." Ujar Noah. Viviana tersenyum lebar. Pelukan ditangan Noah semakin dieratkan.

"Pegang yang haram boleh pula." Crystal berbisik perlahan. Semakin berapi Noah.

"Apa kau cakap? Kau memang nak mati kan?"

Crystal pantas melarikan diri apabila terasa dirinya bakal dicekik oleh Noah. Lariannya terhenti apabila ada satu tubuh tegak berdiri dihadapannya.

"Baba."

"Jom, baba nak bercakap sedikit dengan Crystal."

***

Kad kahwin ditangannya diperhati. Nafas berderu laju seolah olah mampu membunuh sesiapa sahaja.

"Are you serious? You tak rasa apa apa ke?" Soal Mia berang, kad perkahwinan Viviana dan Noah dibaling kasar ke atas meja.

Selepas seminggu pertabalan dilakukan, berita tentang perkahwinan Noah dan Viviana tersebar.

"Saya nak rasa apa?"

"Oh my god this girl! Hey, yang nak kahwin ni.. your husband tau?" Soal Mia. Crystal tersenyum.

"Biarlah. Nanti saya boleh dapat kawan baru, masak masak dengan Viviana best juga." Ujar Crystal. Mia mengetap gigi.

"Bae! Tengokla adik you ni!" Adu Mia.

Crystal membulatkan mata. Terus dia memandang Anas dan Mia bersilih ganti.

"Bae?" Soal Crystal. Muka Anas mula kemerahan dan jejaka itu kekal diam.

Crystal bercekak pinggang.

"Sejak bila berbae bae ni?" Soal Crystal curiga. Mia tersenyum malu dan menunduk. Jemarinya dimainkan sesama sendiri.

Crystal semakin lebar senyum.

"Oh, kemain. Dulu taknak lah apa lah, sekarang dah jadi bae." Perli Crystal. Anas semakin merah wajahnya.

"You la ni." Anas memandang Mia yang tersasul. Sudah dipesan jangan memanggil nama manjanya dihadapan orang lain.

Mia menjelirkan lidah.

"Okay lupakan. We're not talking about us, we're talking about you, Crystal. Are you sure you okay dengan semua ni?" Soal Mia. Crystal angguk laju.

"Sebelum berkahwin pun Noah dah cakap yang dia akan kahwin lagi. Jadi saya tak boleh buat apa apa." Ujar Crystal pasrah. Mia mengeluh dan mengambil bantal lalu dilempar laju ke arah Anas.

"Auch! Apa masalah you?!" Anas terjerit apabila bantal kusyen menghala deras ke wajah kacaknya.

"You kenapa tak halang Noah?! Suka tengok adik you dimadukan begini?" Soal Mia geram. Anas menggaru kepala. Dalam hati terasa ingin menumbuk Noah kerana menyerabutkan kepalanya. Tak fasal fasal dengan dia sekali kena marah.

Crystal tergelak.

"Tak apalah Mia. Dah takdir." Ujar Crystal.

"You ni lemah sangat, cuba lawan sikit nanti tak adalah dia senang senang nak kahwin lain!" Bebel Mia lagi. Crystal hanya diam kerana jika dia jawab pun, Mia sedang marah.

Sekarang suami dia atau suami Mia yang bakal berkahwin ni?

Crystal mengambil kad kahwin yang diberi oleh Viviana kepadanya. Sengaja ingin menyakitkan hatinya. Mata melihat kad kahwin bewarna emas itu.

De Ezekiel wedding invitation.
TENGKU NOAH AND ACE VIVIANA

Nafas dihela. Media juga sudah heboh akan perkahwinan diraja ini. Biarlah, dia sudah penat ingin melawan Viviana. Jika perkahwinan dapat menghentikan kegilaan Viviana maka biarlah Noah berkahwin dengan gadis itu.

"Noah tak balik?" Soal Anas. Crystal menggeleng.

"Dia cakap dia nak pergi buat last fitting untuk baju kahwin mereka. Lepastu siapkan hantaran dan pelamin." Ujar Crystal. Anas angguk sahaja. Mia masih dengan muka cemberutnya.

"Urgh I tak faham dengan you berdua!" Mia bangun dan melangkah ke dapur, mencari air sejuk untuk membasahkan tekak.

Hampir tengah malam, Noah pulang. Pintu apartment dibuka.

Berkerut dahinya melihat tubuh yang bersarung telekung solat sedang lena diatas sejadah. Ditangan gadis itu terdapat tasbih dan kad perkahwinannya.

Kad kahwin?

Noah mengetap bibir. Pasti Viviana yang memberi kad itu kepada Crystal.

Noah menunduk, mengambil kad kahwin itu lalu digumpal.

"Bila abang balik?" Crystal bersuara mamai sambil bangun dari tidurnya. Telekung dicabut dan dia menyimpan pakaian solat itu.

"Abang nak makan? Haura.."

"Tak perlu." Potong Noah sambil melangkah ke dalam bilik. Bajunya ditanggalkan dan dia membalut tubuh dengan tuala. Keras tubuhnya apabila ada pelukan lembut dari belakang. Noah terkaku.

"Kurusnya abang, kenapa tak makan?" Soal Crystal sambil menghadapkan Noah ke arahnya dan dia mengusap badan Noah yang nampak susut.

Noah hanya diam.

"Haura rindu abang." Crystal memeluk leher Noah dan mencium pipi jejaka itu.

"Lepas." Sepatah perkataan keluar dari bibir Noah. Tidak lama kemudian, dia terasa bahunya basah dengan air mata gadis itu.

"Selamat pengantin baru." Ucap Crystal disebalik telinga si suami. Noah hanya diam.

"Haura minta maaf, Haura gagal bantu abang. Haura terpaksa lepaskan abang pada Viviana. Agar sengsara abang berakhir. Dia akan berhenti sihir abang jika abang berkahwin dengannya." Bisik Crystal lagi.

Terasa tangan Noah membalas pelukannya. Crystal semakin kuat menangis. Tangisan yang selama ini ditahan, tangis yang selama ini ditutup dengan senyuman tawa. Hati isteri mana yang benar benar redha jika suaminya bakal berkahwin lain?

"Jangan menangis." Noah bersuara. Crystal menggeleng dan tangisannya mula bertukar menjadi esakan.

Noah hanya statik, membiarkan Crystal menangis sambil memeluknya. Wajahnya tanpa riak, mendengar si isteri merintih apabila dia bakal berkahwin dengan orang lain.

Crystal melepaskan pelukan dan mengelap air matanya. Esakannya masih tersisa namun gadis itu melakarkan senyum lebar.

"Sekarang abang dah boleh kahwin, Haura takkan menangis lagi. Haura akan senyum sahaja nanti biar abang tak rasa bersalah." Ujar Crystal bersama senyumnya. Noah merenung mata yang berair dan merah itu.

Jemarinya naik, mengelap air mata yang masih mengalir di pipi si isteri.

"Jangan datang ke majlis nanti jika kau rasa tak mampu kuat." Pesan Noah sebelum menoleh dan mengorak langkah masuk ke bilik air.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro