CHAPTER THIRTY THREE 🔮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Noah melabuhkan duduk disofa sebelah Lily. Kepalanya direbahkan diatas paha Lily dan dia tersenyum saat tangan lembut si umi mengusap rambutnya.

"Dulu Noah selalu lihat Nash tidur atas riba umi begini. Dan Noah cemburu. Noah fikir kenapa Nash lahir? Nash lahir buatkan umi sayang dia lebih dari Noah. Noah benci Nash untuk itu. Tapi Noah sedar, Nash tak salah. Umi pun tak salah. Noah yang salah, Noah yang tak usaha untuk raih cinta umi." Noah bersuara. Matanya memandang mata Lily yang berkaca.

"Noah.. banyak kecewakan umi kan? Umi didik Noah dengan ajaran agama, tapi Noah khilaf. Noah berpura pura baik dihadapan umi. Hakikatnya di Switzerland, Noah berzina, Noah mabuk. Dan Noah rosakkan Haura." Air mata Noah mengalir lalu menitis di tepi matanya, membasahi paha Lily.

"Tapi Haura baik sangat, umi. Haura maafkan Noah. Haura bantu Noah. Disaat Allah tarik cahaya dalam hati Noah, Haura cuba hidupkan hati Noah. And she did. Noah kahwin dengan Haura sebab nafsu. Tapi Haura tetap terima Noah, dia ubah Noah menjadi seperti sekarang." Noah memejam mata, muncul bayangan Crystal dalam mindanya.

"Noah bersyukur. Allah bagi peluang untuk Noah baiki diri Noah. Untuk jadi anak yang boleh menjadi asbab umi ke syurga. Noah minta maaf, umi. Noah banyak dosa dengan umi. Noah gagal jadi anak yang umi harapkan. Tapi Noah cuba baiki diri Noah. Umi jangan benci Noah ya?" Soal Noah. Lily teresak dan tunduk, mencium dahi Noah.

Anak sulungnya. Anak yang dikendong dan dicium penuh kasih dahulu.

"Noah anak yang baik. Anak yang umi sayang melebihi apapun. Dulu sewaktu Noah terkena alahan susu yang teruk, umi rasa putus nyawa. Umi risaukan Noah sangat. Dan umi bersyukur, anak umi masih bernyawa. Umi masih boleh cium wajah anak umi lagi. Lepas Nash lahir, umi tak pernah terfikir bahawa umi abaikan Noah. Umi tak sedar umi abaikan Noah sehingga Noah membesar tanpa kasih sayang umi. Umi minta maaf sayang, umi lalai. Umi patutnya adil tapi umi tak sedar, umi abaikan anak umi." Pipi Noah diusap.

Noah mengambil tangan Lily dan dicium.

"Umi tak salah, umi jangan minta maaf." Ujar Noah. Air mata Lily turut diusap lembut.

"Umi sayang Noah. Apapun yang Noah dibelakang umi, takkan dapat buat umi benci Noah. Ya, umi kecewa bila dapat tahu Noah rosakkan Crystal. Noah mabuk, Noah berzina dengan Viviana. Noah ambil dadah. Sampai umi fikir, dimana salah umi dalam mendidik Noah? Tapi umi sedar sesuatu." Lily bersuara dalam esakannya.

"Hidayah milik Allah. Sekuat manapun umi usaha untuk didik Noah, jika Allah tak beri hidayah pada Noah, Noah takkan ikut didikan itu. Allah hantar Crystal kepada Noah, untuk buka mata Noah. Untuk buka mata umi juga. Setiap dari kita pendosa, setiap dari kita berlaku zalim. Tapi apabila hidayah itu datang, itulah nikmat paling besar kita dapat." Lily bersuara lagi. Noah tersenyum dan angguk.

"Noah nak tidur dengan umi malam ni." Ujar Noah. Lily tergelak kecil dan angguk.

Crystal yang memerhati dari tingkat atas mengelap air matanya. Mereka semua bermalam di rumah Noah. Dan dia terasa tenang melihat keriuhan didalam rumah ini.

"Termenung apa?" Soal Franky sambil berdiri di tepi Crystal. Matanya turut memandang Lily dan Noah yang sedang berada di sofa.

"Manja juga Noah ya?" Soal Crystal lucu. Franky turut senyum.

"Dia memang manja. Masa kecil pun dimanjakan sangat. Sampai semut gigit Noah pun umi tu menangis. Takut sangat Noah sakit." Ujar Franky, mengimbau kenangan dahulu.

Crystal menunduk.

"Tapi semua tu hilang mendadak selepas Nash lahir. Baba tahu Noah buat perangai di Switzerland. Baba tahu Noah liar. Dan baba tak tahu bagaimana cara untuk ubah Noah. Sebab baba kenal Noah. Noah keras kepala, kuat memberontak. Jika baba paksa dia berubah, dia akan semakin memberontak. Baba selalu doa supaya dia jumpa seseorang yang boleh lembutkan hati dia."

"And it's you." Franky memandang Crystal. Crystal turut merenung mata amethyst itu. Mata yang diwarisi Noah.

"Terima kasih terima Noah. Terima kasih sebab ubah Noah sehingga dia menjadi dirinya yang sekarang. Terima kasih sudi menjadi anak perempuan kami." Franky bersuara lagi. Crystal mengemam bibir dengan mata yang berair sebelum tangannya memeluk erat tubuh Franky. Tangisannya dihamburkan didalam pelukan Franky.

"Crystal yang patut cakap terima kasih pada baba dan umi. Sebab terima Crystal. Crystal tak ada ibu bapa lagi diatas dunia ini. Tapi baba dan umi bagi Crystal kasih sayang sebagai ibu bapa." Ujar Crystal sebak. Franky mengusap kepala Crystal.

"Because we love you. Baba gembira sangat bila dapat tahu Crystal kahwin dengan Noah. Walaupun rancangan asalnya nak jodohkan Crystal dengan Nash." Franky tergelak perlahan. Crystal turut melepaskan tawa kecil.

"Crystal tak pernah anggap Nash lebih dari keluarga Crystal." Ujar Crystal jujur. Dia tidak mencintai Nash sepertimana dia mencintai Noah sekarang.

"Sebab itu jodoh adalah rahsia." Franky mengenyit mata. Crystal angguk laju. Rahsia yang mengejutkan. Siapa sangka dia dan Noah masih berjodoh sehingga kini?

Dan sehingga akhir hayat mereka.

***

Tilam dihampar di ruang tamu sebelum empat bantal diletakkan. Selimut juga dihampar.

Disebabkan Noah ingin tidur dengan Lily, dan Franky yang tidak boleh jauh dengan si isteri, maka mereka membuat keputusan untuk tidur di ruang tamu. Senang, empat empat boleh tidur sama sama.

Noah dan Crystal tidur di tengah sampai diapit oleh Lily dan Franky. Crystal tidur di sebelah Lily manakala Noah tidur di sebelah Franky.

"Manja. Dah tua pun nak peluk lagi." Franky melihat Noah yang selamba memeluknya. Namun dia membalas juga pelukan anaknya itu.

"Biarlah. Umi dan Haura pun peluk." Noah menunjuk ke arah isteri dan ibunya yang berpelukan.

"Mestilah. Bila lagi dapat tidur dengan anak perempuan umi ni, kan?" Soal Lily sambil memeluk erat Crystal. Gadis itu angguk dan memberi pandangan mengejek kepada Noah.

Noah mendengus geram dan memalingkan wajah, tidur didalam pelukan Franky.

Malam yang semakin jauh itu ditemani dengan dengkuran halus empat manusia yang lena di ruang tamu.

Dalam diam, Noah memerhati manusia yang sedang lena itu. Bibirnya tersenyum lebar. Bahagia.

Sudah lama dia tidak rasa bahagia sebegini. Dimana keluarganya bukan lagi keluarga yang membuat dia rasa terabai, tetapi keluarga inilah keluarga yang penuh kasih sayang.

"Abang.. kenapa menangis?"

Noah memandang Crystal apabila terdengar bisikan si isteri. Air matanya dilap laju.

"Nothing. Abang bahagia." Ujar Noah. Crystal melakar senyum dan mengusap pipi Noah.

"Haura pun. Haura bahagia sangat." Bisik Crystal. Suara mereka diperlahankan, risau mengganggu lena Franky dan Lily.

Noah tersenyum dan memeluk erat tubuh Crystal. Bibir mencium wajah Crystal.

"Dah, tidur. Selamat malam, Haura."

***

Crystal menuang air ke dalam gelas sebelum kuih diletakkan didalam pinggan, bersedia untuk menjamu keluarganya memandangkan Franky dan Lily akan pulang ke istana petang nanti.

"Crystal."

Crystal menoleh ke belakang. Nash sedang berdiri, tegak memandangnya. Crystal mula terasa pelik.

"Ya?" Soal Crystal.

Tanpa diduga, Nash jatuh melutut dihadapan Crystal. Meluas mata Crystal lalu dia turut tunduk.

"Nash! Apa awak buat ni?" Soal Crystal terkejut. Mata melihat Nash yang tunduk dihadapannya.

"Tolong.. pujuk Noah. Awak je yang boleh bantu saya sekarang." Ujar Nash. Matanya memandang Crystal, terbias desakan dimata itu.

"Tolong apa? Saya tak faham." Ujar Crystal. Matanya memandang sekeliling, risau jika ada yang masuk ke dapur melihat Nash melutut sebegini.

"Tolong pujuk Noah untuk ambil takhtanya kembali. Noah akan dengar cakap awak, Noah hanya akur pada awak. Jadi tolong, tolong saya." Rayu Nash.

"Ambil takhta?" Soal Crystal perlahan. Nash angguk laju.

"Tolong pujuk Noah untuk ambil takhta kembali. Saya tak boleh naik takhta. Saya.. saya betul betul tak boleh."

"Kenapa?" Soal Crystal. Nash hanya diam, enggan menjawab.

"Saya tak boleh tolong awak jika tiada sebab. Noah sendiri dah beri takhta itu pada awak. Dia gembira awak akan naik takhta, saya tak tahu macamana nak pujuk dia jika tiada alasan kukuh." Ujar Crystal lagi.

"Saya tak boleh beritahu sebabnya."

"Jadi saya tak boleh tolong awak, Nash. Saya minta maaf. Tolong bangun, jangan melutut begini." Crystal bersuara perlahan. Nash menggeleng.

"Noah akan dengar cakap awak. Dia cintakan awak. Tolonglah, Crystal." Suara Nash mula bergetar. Matanya berkaca.

"Iya. Saya akan cakap dengan Noah. Bangun, Nash." Suruh Crystal lagi.

"Betul?" Soal Nash. Crystal angguk. Nash mengelap air matanya dan melakar senyum.

"Terima kasih."

Crystal hanya diam.

"Viviana macamana? Dia tahu awak tak mahu naik takhta?" Soal Crystal. Nash menggeleng.

"Saya akan uruskan dia. Awak tolong pujuk Noah. Please." Pinta Nash lagi. Crystal tiada pilihan, anggukan diberi. Dia tidak mahu Nash melutut dihadapannya lagi.

Nash sekali lagi tersenyum tawar dan melangkah pergi. Crystal menghela nafas.

Dulang makanan dan minuman dibawa keluar, diletakkan diatas meja sambil melihat suami dan mentuanya yang sedang berborak.

"Terima kasih Haura." Noah tersenyum. Crystal melabuhkan duduk di sebelah Noah. Senyuman diberi disebalik niqabnya dan tangan Noah digenggam.

Mata Crystal melihat Nash pula yang santai berborak, seolah tiada apa yang berlaku. Seolah olah jejaka itu bukan orang sama yang melutut dihadapannya tadi.

***

"Abang."

"Hm? Sini." Noah melihat Crystal yang selesai mandi dan menepuk katil di sebelahnya. Crystal tersenyum dan membaringkan diri disebelah Noah.

"Haura nak minta tolong sesuatu." Ujar Crystal.

"Apa?"

"Tapi abang kena janji, abang akan tolong Haura." Ujar Crystal. Noah berfikir seketika sebelum tawa kecil keluar.

"Macam serius je. Apa tu?"

"Janji dulu."

"I love you, Haura. Abang akan buat apa sahaja untuk bantu Haura. Tell me, what is it?" Soal Noah lagi. Crystal memandang tangan mereka yang bertaut kemas.

"Abang naik takhta kembali, boleh?"

Riak wajah Noah berubah.

"Apa maksud Haura?"

"Ambil takhta dari Nash, takhta yang asalnya milik abang."

"Tapi abang dah dibuang takhta. Kenapa Haura cakap pasal ini tiba tiba?" Soal Noah yang sudah bangun dari baringnya.

Crystal terdiam. Patutkah dia beritahu Nash meminta tolong darinya? Dia tidak mahu Noah bergaduh dengan Nash lagi. Malah, Noah juga pastinya akan mencari Nash sekiranya dia beritahu Nash meminta tolong darinya.

"Sebab takhta itu milik abang. Nash pun enggan untuk ambil takhta tersebut."

"And? Haura nak abang ambil takhta yang dilucutkan dari abang?" Soal Noah.

"Tapi Nash.."

"Apa kaitan dengan Nash? Dia akan jadi pemerintah disini dan berkahwin dengan Viviana. Haura nak abang musnahkan kehidupan dia dengan pengambilan takhta itu semula?" Soal Noah mula berang.

"Nash taknak takhta tu."

"Dari mana Haura tahu? Nash taknak takhta tu sebab dia rasa bersalah pada abang. Dia bersalah sebab ambil takhta yang dipegang oleh abang. Padahal dia memang layak untuk takhta itu dan abang sedikit pun tiada rasa dengki atau benci melihatnya naik takhta nanti." Ujar Noah. Crystal diam.

Jika Noah sudah berkata begitu, Crystal tahu maka keputusan Noah sudah muktamad. Dia tidak boleh mengubah lagi pendirian Noah kerana Noah memang keras kepala.

"Okey." Crystal bersuara perlahan.

Noah merenung Crystal dan memeluk tubuh.

"Atau Haura yang nak takhta tu?" Soal Noah. Pantas Crystal mendongak, menentang mata Noah.

"Apa?"

"Haura nak abang naik takhta supaya Haura dapat harta kan?" Soal Noah. Crystal terkedu. Tidak menjangka Noah boleh berfikir sebegitu.

"Haura nampak seperti mata duitan ke?" Soal Crystal.

"Right now, yes. Kalau tidak kenapa Haura suruh abang naik takhta? Selama ini Haura tak ada pula bangkitkan hal ini tapi lepas abang baik dengan Nash, Haura suruh abang rampas takhta dia. Apa motif Haura?" Noah bersuara.

"Terserahlah abang nak fikir apa. Haura tidur dulu." Crystal menarik selimut dan memejam mata. Terasa kecewa dengan ayat yang lahir dari mulut Noah. Sedaya upaya air matanya ditahan agar tidak mengalir.

"You don't deny. Jadi betullah?" Soal Noah. Crystal hanya diam. Dia tahu, dia tidak boleh menjawab sekarang kerana mereka akan bergaduh besar. Jadi sebaiknya dia mendiamkan diri. Selepas Noah sejuk dan dia juga tenang nanti dia akan berbicara kembali.

Crystal terasa ada pergerakan di katil dan bunyi pintu ditutup. Matanya dibuka kembali.

Kosong.

Noah sudah tiada ditepinya. Air mata yang ditahan tadi terus mengalir. Crystal mengelap air matanya yang mengalir laju.

***

Crystal melihat Noah yang bersiap untuk ke pejabat. Wajah suaminya itu hanya dingin.

"Abang, Haura.."

"Abang sarapan di luar. Balik lewat. Jangan tunggu abang." Mendatar suara Noah sambil jejaka itu mengambil kunci keretanya dan berlalu pergi. Langsung tiada ciuman pagi seperti selalu.

Crystal hanya melihat kereta Noah yang meluncur pergi. Nafasnya terhela lemah.

Hari menginjak malam, Crystal menanti Noah pulang di ruang tamu. Matanya melihat jam yang sudah menunjukkan angka 10 malam.

Banyak sangatkah kerja di pejabat sehingga waktu ini Noah masih tidak pulang?

Mata yang hampir terpejam kembali segar apabila pintu rumahnya dibuka. Terus Crystal bangun dan mendekati pintu.

"Abang." Crystal menyambut Noah dan mengambil beg kerja dari tangan Noah. Tangannya mencapai tangan Noah lalu dicium.

"Lewat abang balik? Haura ada masak tadi tapi dah sejuk. Kalau abang nak makan.."

"Abang dah makan." Potong Noah. Langsung matanya tidak memandang Crystal. Crystal terdiam dengan riak sebak. Noah melonggarkan tali lehernya dan melangkah ke bilik.

"Abang nak mandi? Haura sediakan air suam sekejap." Soal Crystal. Noah menggeleng.

"Abang nak air? Kopi panas atau.."

"Haura, abang penat. Jangan ganggu abang boleh?" Soal Noah sambil memandang Crystal. Crystal terkedu melihat mata amethyst yang sedingin ais itu memanah matanya.

"O... Okey." Jawab Crystal dan menunduk apabila terasa air matanya mula bertakung.

Noah mengambil tuala dan berlalu ke bilik air. Crystal melabuhkan badan diatas katil dan air matanya mengalir perlahan.

Noah keluar dari bilik air dan melihat si isteri yang tertidur. Nafas dihela perlahan.

Marahkah dia? Tidak. Dia kecewa. Sangkanya, Crystal akan faham bahawa dia tidak mahu lagi takhta itu. Tapi apabila Crystal sendiri juga menyuruhnya mengambil takhta, dia rasa kecewa.

Dia sudah dibuang takhta. Bukankah agak memalukan jika dia mengambil takhta kembali?

Kaki berjalan ke katil dan selimut ditarik lembut, menutupi tubuh si isteri. Pipi Crystal diusap.

Pakaian disarung dan Noah berlalu ke ruang tamu. Duduk dilabuhkan di sofa dan dia mengambil telefon, mula ralit bermain gajet itu sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan angka 2 pagi.

Dahi Noah berkerut melihat satu mesej masuk ke telefonnya.

Nash.

***

"Aku ingatkan kau sudah tidur." Nash membuang pandang ke langit yang gelap jam dua pagi itu.

"Belum." Noah menjawab dan turut memandang langit.

"Noah..."

"Jika kau ingin bercakap tentang takhta, aku tidak mahu dengar." Potong Noah. Nash mengeluh.

"Tapi aku betul betul perlukan bantuan kau, Noah."

"Aku tak faham kenapa semua orang suruh aku ambil takhta kembali. Sampaikan Haura sendiri pujuk aku untuk ambil takhta. Aku taknak!" Noah bersuara geram.

"Aku yang suruh Crystal pujuk kau." Ujar Nash. Noah terkedu.

"Apa?"

"Kenapa? Dia tak bagitahu kau yang aku suruh dia pujuk kau?" Soal Nash pula. Noah terdiam. Kepala digeleng. Tiba tiba rasa bersalah mula menjalar dalam tubuh. Maknanya Crystal pujuk dia kerana permintaan Nash, dan dia menuduh Crystal sebagai mata duitan.

Noah melepaskan keluhan. Haura, Haura.

"Keputusan aku muktamad. Aku takkan ambil takhta itu." Ujar Noah mendatar. Mindanya mula berfikir tentang Crystal. Jika dia pulang sekarang pastilah gadis itu sedang tidur. Biarlah, nanti Crystal bangun dia akan meminta maaf pada isterinya itu.

"Kau je yang boleh gantikan aku."

"Kenapa? Kenapa kau taknak takhta itu? Kalau kau rasa kau ambil takhta tu buatkan aku dengki, kau salah. Aku langsung tidak dengki tentang itu malah aku gembira melihat kau menjadi pemerintah disini kerana kau jauh lebih layak dari aku." Ujar Noah.

Nash memejam mata seketika. Kemudian dia memandang Noah.

"Kalau aku beritahu sebabnya, kau akan setuju untuk ambil takhta?" Soal Nash. Noah turut memandang adiknya.

"Apa sebabnya?"

***

Crystal menyelak langsir dan melihat garaj yang kosong. Kereta Noah tiada. Mana dia pergi pagi pagi buta sebegini. Marah sangatkah Noah sehingga tidak mahu duduk dekat dengannya?

Crystal menyarung jubah dan niqabnya lalu ingin melangkah keluar, mencari Noah. Dia sudah telefon Noah malangnya Noah meninggalkan telefonnya di atas sofa.

Kereta dipandu ke sekeliling tempat, mencari Noah. Dalam hati berdoa agar tiada apa apa berlaku pada suaminya itu.

Crystal memberhentikan kereta apabila melihat susuk tubuh Noah. Terus dia ingin keluar dari kereta namun dahinya berkerut.

Mata melihat Noah yang sedang menangis teresak esak. Jejaka itu hanya sendirian di kawasan sunyi, tanpa sesiapa.

Kenapa Noah menangis?

Crystal hanya diam memerhati. Patutkah dia pergi menenangkan Noah? Tapi kenapa Noah berada di kawasan gelap ini sendirian?

***

DUMM

Kuat bunyi pelanggaran berlaku dibelakangnya. Noah tersentak dan menoleh. Air matanya dilap apabila melihat ada lori besar merempuh sebuah kereta, betul betul dekat dengan kawasan dia berada sekarang.

Noah berjalan ke arah kereta itu.

Semakin dekat, jantung Noah terasa bagai ingin gugur. Kereta ini.. kereta isterinya?

"Haura? No.. no." Noah terasa lututnya longlai apabila melihat nombor plate kereta itu. Ya, kereta itu milik isterinya. Dan sudah remuk dilanggar oleh lori.

Beberapa orang turut mendekat ke kawasan itu. Hanya sedikit sahaja manusia sekarang kerana masih awal pagi.

Mata Noah bertakungan air melihat kereta itu.

"Ada orang mati!"

"Noah!"

Noah hanya diam mendengar laungan Nash. Nash membeli makanan tadi buat mereka berdua, dan sekarang dia tiba disitu.

"Noah, jangan dekat! Lori tu nak meletup!" Nash menarik Noah apabila abangnya terlihat ingin ke kereta itu tanpa sedikit perasaan takut melihat percikan api di lori.

Noah merentap tangannya.

"Isteri aku, Nash!" Jerit Noah sambil berlari namun badannya dipegang oleh orang ramai. Noah terus meronta kuat.

Nash tergamam. Mata melihat kereta yang remuk dihadapan lori itu.

"Crystal?"

Nash berlari ke arah kereta itu namun dia turut dihalang.

"Jangan, encik! Lori itu bawa bahan mudah terbakar dan akan meletup. Kita tunggu bomba datang dahulu. Lagipun memang tiada yang selamat. Kami periksa tadi ada dua mangsa yang meninggal." Ujar manusia disitu.

Nash mendapatkan Noah. Badan Noah dipeluk.

"Nash, isteri aku. Isteri aku! Nash!" Jerit Noah sambil menggenggam baju Nash. Air matanya mengalir laju. Nash hanya diam dan memeluk erat tubuh Noah.

BOM

Bunyi letupan membuatkan air mata Nash turut mengalir. Lori yang meletup itu mula membakar kereta Crystal yang berada dihadapannya.

"Haura!" Noah menolak Nash dan masih cuba untuk ke kereta itu.

"Noah, sudah! Kau gila ke? Kereta tu sedang terbakar jangan dekat!" Nash menarik Noah sekuat hatinya bersama manusia lain. Noah terus teresak dan menggeleng. Mata melihat kereta isterinya yang terbakar didepan mata.

"Isteri aku!" Noah meraung.

Nash hanya diam. Mata melihat dua mayat yang ditutup dengan kain berdekatan dengan kenderaan mereka. Tiada siapa berani mendekati mayat mayat itu kerana api sedang marak.

Noah melihat api dihadapannya. Haura.

Haura didalam kereta.

Pelukan Nash dilepas dan dia terus menolak semua manusia yang menghalangnya, kaki melangkah laju ke kereta.

Biarkan! Biarkan dia turut mati! Apa guna dia hidup jika dia akan dihantui dengan momen ini? Isterinya terlibat kemalangan dan dia saksinya!

Dengan fikiran kosong Noah berlari, tiada apa apa lagi didalam mindanya selain Crystal.

"Noah!" Nash turut berlari dan mencengkam tangan Noah.

"Lepas!"

"Isteri kau dah mati! Kau pergi ke kereta itu untuk apa?! Jangan buat benda bodoh lah Noah! Kau sedar tak kereta tu sedang terbakar?!" Nash bersuara dengan nada yang tinggi.

"Aku tak kisah!" Noah menjerit kembali. Rambutnya dicengkam dan dia kembali menangis. Nash menarik Noah agar menjauh dari kenderaan itu.

"Haura.." Noah terduduk longlai.

Pada akhirnya, kita akan tetap kalah kepada takdir.

.
.
.

Are you ready for the epilogue?
Get this chapter 150 votes and the epilogue is yours 🎀

By the way, which type of ending do you prefer? Happy or sad?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro