EPILOGUE

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tanah perkuburan yang berada dihadapannya dipandang tanpa suara. Sekuntum mawar putih diletakkan diatas batu nisan itu dan Noah melabuhkan duduk.

Tangan menyapu kesan debu dibatu nisan, dan dikemaskan sedikit agar tiada kesan kotor.

Bibir melakar senyum. Terasa tenang apabila dia sudah melepaskan segalanya berkaitan gadis ini. Tiada lagi rasa yang mencengkam hati apabila soal gadis tersebut dibicarakan.

"Aku lepaskan kau, tak beerti aku berhenti untuk cintakan kau. Terima kasih, kerana ajar aku erti cinta." Bisik Noah. Hampir lama dia disitu, akhirnya dia bangun. Kaki melangkah pergi dari tanah perkuburan.

Hampir tiga tahun dia meninggalkan Malaysia, menyambung pengajian di Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat.

Masuk harini, genap sebulan dia kembali ke Malaysia. Hidup sebagai seorang ahli perniagaan dan bakal pemegang takhta.

Ya, dia akan mengambil kembali takhta. Dan tidak lama lagi majlis pertabalannya akan dilakukan. Tapi itu tidak menghalangnya untuk menjadi ahli perniagaan.

Kereta miliknya dipandu ke pejabat. Masa rehatnya sudah tamat dan dia masuk ke ruangan kerja yang sepi.

Baru sahaja dia ingin mengambil pen, pintu terbuka. Kepalanya mendongak, melihat gerangan yang masuk ke pejabat.

"Lupa lagi la tu. Kau ada appointment harini di hospital. Doktor kau suruh aku remind sebab dia kata, dia call kau tapi kau tak angkat." Suara Anas yang kini bekerja sebagai pembantu peribadinya kedengaran. Noah pantas mengambil telefonnya dan dahi ditepuk.

"Aduh, aku lupa! Telefon aku tak ada bateri. Appointment pukul berapa?" Soal Noah. Dia kembali bangun dan kalut mencapai kunci keretanya.

"Appointment kau pukul 1.30 sekarang dah pukul 2. Habislah kau kena marah."

Bukan Anas tidak tahu, doktor Noah itu garang.

Noah pantas keluar tanpa menoleh lagi.

Anas menggeleng melihat Noah.

Semenjak kejadian kemalangan melibatkan kereta Crystal, Noah semakin sakit. Traumanya kembali, malah lebih teruk. Sehingga kini dia mendapatkan rawatan demi mengekalkan kewarasan mindanya.

***

Noah melangkah laju ke Ezekiel Specialist dimana dia sepatutnya mendapatkan rawatan terapi hari ini.

Pintu bilik doktornya dibuka, dan dia menghela nafas apabila tiada bayangan doktornya itu. Nampaknya dia awal. Mungkin dia tidak akan dimarahi seperti sebelumnya.

Pernah satu kali dia terlepas sesi terapi dan dimarahi oleh si doktor. Takut juga melihat doktornya itu masuk mood garang.

Noah melabuhkan duduk di kerusi.

"You're late. Again."

Kepala Noah menoleh apabila pintu bilik terbuka. Seorang wanita berpakaian doktor datang ke arahnya sambil membawa dua gelas air dan diletakkan di atas meja.

Noah hanya diam.

"Care to explain?" Soal doktor wanita itu lagi.

"Abang pergi kubur Scarlett tadi, lepastu tak perasan pula telefon tak ada bateri." Sengihan diberi. Gadis itu mendengus geram dan mencubit pipi Noah.

"Setengah jam tau Haura tunggu abang. Lepasni ada appointment dengan patient lain pula." Bebel Crystal sambil duduk di kerusinya dan memandang Noah yang membuat muka tidak bersalah.

"Nanti balik rumah kan ada lagi." Ujar Noah sambil tersenyum. Kemudian dia mengaduh apabila mendapat cubitan ketam dari Crystal.

"Tak ada. Abang tu gatal. Tak sempat nak sesi apa apa dah tarik Haura masuk bilik." Crystal menjeling Noah dan mula membuka buku miliknya.

"So how's today?" Soal Crystal, mula masuk mood kerjanya.

***

Tiga tahun lalu...

Nash menarik Noah agar menjauh dari kenderaan itu.

"Haura.." Noah terduduk longlai. Rasa seperti dunianya hancur. Sehancur kereta milik Crystal yang sedang dimamah api.

"Abang?"

Suara lembut itu secara drastik membuat Noah menoleh. Matanya meluas melihat gadis berniqab yang sedang berdiri memandangnya.

"Haura!" Noah bangun dan berlari sebelum tubuh Crystal dipeluk erat. Crystal turut memeluk Noah. Tangannya mengusap belakang Noah yang sedang teresak menangis.

"Haura? Haura masih hidup? Haura.. Ya Allah, isteri abang." Noah mencium seluruh wajah Crystal dan merenung wajah si isteri yang terlihat bingung.

"Haura okey? Haura, cakap sesuatu." Noah menggoyangkan badan Crystal yang hanya diam.

"Abang.. apa jadi?" Soal Crystal.

"Apa jadi? Kereta Haura terbakar. A.. Abang ingat Haura didalam kereta tu. Abang ingat Haura dah.." Noah terduduk. Ayatnya tidak dapat dihabiskan. Crystal turut duduk sambil memeluk Noah, menenangkan suaminya.

Crystal tidak ingat. Apa yang dia ingat tadi ada lori datang ke arahnya sewaktu dia baru keluar dari kereta dengan laju dan dia hanya berlari untuk selamatkan diri, sehingga dia rasa dia terjatuh dan pengsan untuk seketika.

Apabila dia bangun, dia sudah lihat keretanya terbakar dan Noah yang ditahan oleh orang ramai dari pergi ke arah keretanya.

"I'm okay. Haura okey." Crystal memberikan senyum pada Noah dan mengelap air mata si suami. Noah terus menangis dan tangannya menggigil memegang tangan Crystal.

"Abang.. takut.. abang taknak hilang Haura.. A..abang.." Noah semakin sukar bernafas kerana panik yang menguasai diri.

"Abang, calm down. Haura okey. Haura okey." Crystal memeluk Noah erat. Noah terus teresak dan mencengkam belakang badan Crystal, seolah tidak mahu melepaskan tubuh isterinya itu lagi.

"Pemandu lori tu mabuk. Meninggal. Dan seorang lagi tu rakan dia. Dua dua mereka tercampak keluar sebelum meninggal di tempat kejadian." Ujar Nash. Crystal mendongak seketika dan angguk.

Kemudian Crystal memandang Noah yang berada didalam pelukannya. Wajah itu pucat lesi, dan Noah seperti hilang arah.

"Abang, pandang Haura." Pinta Crystal. Noah memandang wajah Crystal. Crystal mengambil tangan Noah dan diletakkan di pipinya.

"I'm here. I'm alive." Bisik Crystal lembut. Noah hanya diam dengan jantung yang berdegup laju.

Dan saat itu Crystal tahu, sakit Noah kembali dengan lebih teruk.

***

"Tapi malam tu, masa abang lihat Haura. Abang tak percaya, Haura masih ada. Abang rasa nyawa abang dah hilang. Jiwa abang dah hilang." Noah bersuara. Dia memandang Crystal.

"Macamana kalau Haura betul betul mati? Apa akan jadi pada abang sekarang?" Soal Noah lemah. Mata Crystal berair merenung suaminya.

Tangan gadis itu mengambil sesuatu dan diberi pada Noah.

"Pakai ni." Sebuah Virtual Reality (VR) headset diambil dan diberi pada Noah. Noah berkerut dahi.

"Apa ni?"

"Pakai. Haura sediakan sesuatu untuk abang." Crystal membantu Noah memakai VR itu dan memainkan satu video yang dia buat sendiri untuk rawatan Noah.

Noah melihat didalam VR yang tersarung dikepalanya.

"Haura, abang taknak tengok."

Noah melihat gambaran kejadian malam itu kembali. Bezanya, video itu diedit agar Crystal juga terlibat dalam kemalangan itu.

Noah mula terasa jantungnya berdegup laju, peluh menitis di pelipis sehingga pendingin hawa juga tidak mampu menyejukkannya.

Crystal melihat Noah yang sudah gelisah.

"Haura, taknak.."

Air mata Noah terlihat mengalir di pipi jejaka itu. Tangan Noah terkepal kemas, seolah menahan rasa untuk tidak bangun dari kerusi.

Crystal hanya membiarkan Noah menangis. Hatinya sakit juga melihat si suami begini, tetapi dia akan lebih sakit jika Noah tidak berhenti trauma dengan kehilangannya.

Setelah rakaman video tamat, Crystal mencabut VR dikepala Noah. Terus sahaja dia menyambut tubuh Noah yang lesu dan memeluknya.

"You're fine. Abang dah makin baik." Bisik Crystal. Noah hanya diam dengan air mata yang mengalir. Tidak dinafikan dia takut sangat apabila melihat simulasi itu. Sehingga dia terasa dia tidak mampu berbuat apa apa lagi. Tenaga dan semangatnya hancur.

Crystal memeluk Noah lama. Bahunya juga terasa basah. Ya, Noah semakin baik. Pada kali pertama dia membuat rawatan kepada Noah, Noah hampir membunuh diri kembali kerana ini. Tapi semakin lama reaksi Noah semakin pasif. Sehinggalah sekarang Noah hanya menangis dan tidak mencederakan dirinya sendiri.

"Are you feeling better?" Soal Crystal sambil mengelap air mata Noah dengan lembut. Noah hanya angguk. Jantungnya masih berdegup laju tapi dia sudah mendapat kembali tenaga dan semangatnya.

"Goodjob." Crystal tersenyum manis dan mencium wajah Noah. Noah akhirnya melakar senyum dan sekali lagi tubuh Crystal dipeluk erat.

"That's how you need to react. It's okay to cry, menangislah semahunya tapi jangan jadikan kematian sebagai penyelesaian. Jangan sakitkan diri abang lagi. Abang hilang sesiapa pun, mereka tetap ada disini." Crystal menyentuh dada Noah dan merenung mata amethyst itu.

"Dalam hati ni. Dan mereka akan kekal disini. Terutama Haura. Haura takkan tinggalkan hati abang ni." Ujar Crystal. Noah angguk dan mencium dahi Crystal dengan lama.

"Are you okay now? Abang nak rehat?" Soal Crystal. Noah menggeleng.

"Abang okey."

"Alright. Abang balik dulu, Haura ada appointment lain and then dekat rumah kita cuddle." Pipi Noah diusap dan dicium lembut. Noah tersenyum lebar.

"I love you."

"I love you more." Crystal memeluk badan Noah erat. Noah meninggalkan bilik yang ada tulisan di pintu itu.

DR. CRYSTAL

***

Noah melopong.

"No! Bukan macamtu." Crystal mula panik dan memeluk Noah apabila melihat riak lelaki itu ingin mengamuk lagi.

"Taknak peluk! Habistu.." Noah terdiam apabila hidungnya dicium lembut oleh Crystal.

"Bukan, itu origami angsa."

"Habistu kenapa bentuk macam itik?"

"Itik dengan angsa kan sama?" Crystal terasa seperti ingin terjun dari bangunan secepat mungkin. Cerewet si Noah ni lagi teruk dari baba dia.

"Lain! Taknak yang ni. Dahlah." Noah mula merajuk dan menggumpal origami yang baru dilipat itu sebelum dibuang ke tingkap.

Crystal menepuk dahi. Malam ini mereka bercadang untuk bermain origami tetapi lain pula jadinya kerana Noah sangat sensitif dengan origami itu. Asal lain lipatannya dengan Noah sikit je terus suaminya itu merajuk.

"Sini. Jangan merajuk." Crystal menepuk pahanya. Noah hanya akur dan melabuhkan kepala diatas ribanya.

"Muah." Bibir Noah dicium lembut. Noah tersenyum lebar dan memeluk pinggang Crystal.

"Hmm.." wajah Noah monyok kembali. Crystal mengusap pipi si suami.

"Kenapa ni? Haura ada buat salah ke?" Soal Crystal lembut. Noah menggeleng. Kemudian dia bangun dari riba Crystal.

"Abang sayang Haura. Sayang sangat." Noah mencekup kedua pipi Crystal dan wajah isterinya direnung penuh kasih. Kemudian dia mencium seluruh wajah Crystal dengan geram dan melepaskan tawa.

"Sayang Haura?"

"Mestilah." Noah bersuara.

"Kalau sayang kena cium dulu." Crystal menyua pipinya. Noah mencium pipi Crystal dan tangannya semakin erat memeluk tubuh gadis itu.

"Nak lebih dari cium pun boleh." Noah mendukung tubuh Crystal dan dibawa ke dalam bilik.

"Gatal!"

***

Noah memandang dunia luar yang gamat dengan bunyi para manusia. Tangannya yang berpeluh dilihat.

"Tengku." Seorang pembantu menghulurkan sebilah pedang sambil menunduk hormat kepada jejaka itu. Noah mengambil pedang tersebut dan disisipkan pada belakangnya.

Perlahan lahan, kasut kulit itu mula melangkah naik ke tangga dan mata Noah tertumpu pada semua manusia.

Suasana berubah sepi.

Hunter, Franky dan Skyler mula bangun dari kerusi memerhati Noah yang beriak tegang memandang mereka.

Serentak itu, lutut ketiga tiga pemimpin itu mula mencecah lantai memberi hormat kepada Noah.

Melihatkan Hunter, Franky dan Skyler yang melutut, automatik semua manusia turun merendahkan diri dengan lutut rapat ke bumi.

Hanya Noah seorang yang berdiri tika ini.

Pemerintah sulung kerabat Danielle dan pemegang utama generasi De Ezekiel.

Tuan Putera Tengku Noah D'Ezekiel.

Crystal yang turut tunduk mengerutkan dahi apabila terasa sunyi. Noah tidak mengeluarkan sebarang kata. Adakah majlis pertabalan yang ini juga membuatkan Noah tidak boleh bersuara?

Tidak lama kemudian, bunyi derapan kasut semakin hampir ke arahnya.

"Bangun."

Crystal mendongak dan melihat Noah berdiri dihadapannya. Noah memegang kedua bahu Crystal dan mengangkat gadis itu agar berdiri tegak.

"Abang.." Crystal memandang sekeliling. Tiada seorang pun yang bangun dari tunduk mereka kecuali Noah dan dirinya.

Noah tersenyum nipis dan mengambil tangan Crystal. Meluas mata Crystal apabila Noah mengeluarkan sebentuk cincin emas.

Noah menyarungkan cincin itu jari manis Crystal.

Noahaura ♡

Ukiran yang sama terdapat di jam mereka berdua.

Noah mencium tangan Crystal dan merenung mata coklat itu.

"Abang nak hidup dengan Haura sampai bila bila. Abang nak jadi suami Haura, sampai abang mati. Lepas apa yang Haura dah buat, tak ada wanita lain yang abang akan angkat sebagai ratu disini. Kekallah disisi abang, Tuan Puteri Crystal Nur Haura." Noah tunduk, lututnya mencecah lantai dan dia menunduk kepada Crystal.

Dan kini, hanya Crystal sahaja yang berdiri tegak. Semua manusia disitu tunduk.

Kepadanya.

Air matanya mengalir.

"Abang, bangun." Crystal mengangkat Noah dan menggenggam tangan Noah. Langsung tidak terlintas didalam mindanya bahawa semua orang akan tunduk kepadanya seperti sekarang, termasuk pemimpin De Ezekiel sendiri.

"You don't deserve the crown, but you deserve more than that." Ujar Noah. Crystal tersenyum. Kepalanya diangguk.

"Kita kekal disisi masing masing. Sampai mati."

Senyuman Noah melebar.

***

Dua bulan kemudian...

"Abang." Crystal menggenggam tangan Noah. Jejaka itu memandang si isteri.

"Hm? Haura nak apa?"

"T.. Tak ada apalah." Crystal tersengih dan membawa Noah pergi. Sempat matanya melihat rantai berlian bernilai 100K.

Mahal betul. Baru sahaja dia ingin meminta rantai itu daripada Noah tetapi mengenangkan harganya yang sangat mahal, dibatalkan sahaja niatnya.

Noah memandang curiga.

"Haura jangan tipu abang. What do you want?" Soal Noah lagi.

"Tak ada apa apa." Jawab Crystal. Noah mengeluarkan dompet miliknya dan sekeping kad hitam diberi kepada Crystal.

"Pin 3148. Pergi beli apa yang Haura nak."

Crystal terkedu.

"Eh abang, Haura tak.."

"Pergi. Sebelum abang beli satu kedai ini." Ujar Noah. Semakin luas mata Crystal. Dia tahu Noah tidak akan menipu kerana kekayaan jejaka ini diluar jangka. Takkan lah ingin membeli satu kedai hanya kerana rantai itu?

Crystal mengambil kad di tangan Noah.

Kemudian si gadis berjalan ke arah rantai itu malangnya terdapat seorang gadis sedang melakukan pembayaran terhadap rantai yang diingininya tadi.

Tak apalah, mungkin tiada rezekinya kali ini untuk memiliki rantai itu.

Crystal kembali berpaling untuk pergi namun matanya membulat melihat Noah masuk ke kedai rantai itu.

"Abang!"

"Ahem." Noah berdehem di sebelah gadis itu. Kemudian matanya memandang si gadis sebelum senyuman dihadiahkan.

"My wife wants that necklace. How much does it cost for you to let me have it?" Soal Noah kepada gadis itu.

Si gadis berkerut dahi.

"No? I beli rantai ni dulu kenapa nak bagi dekat your wife pula?" Soal gadis itu.

"Abang!" Crystal menarik lengan Noah namun jejaka itu langsung tidak berganjak.

"400k. Deal?"

Gadis itu tersenyum sinis.

"You kaya sangat ke sampai ada duit banyak tu?" Soal gadis itu. Noah turut tersenyum sinis dan menunjukkan American Express Black Card miliknya. Melopong gadis itu bersama penjual sekali terkejut.

"I can buy your whole wealth too." Ujar Noah. Gadis itu menelan liur.

"How?" Soal Noah. Gadis itu menolak beg rantai itu ke arahnya.

"500k."

"Deal." Ujar Noah sambil mengambil beg rantai itu.

Crystal hampir pengsan. Senangnya buang duit budak ni.

***

Crystal melihat Noah yang sedang memakaikan rantai di lehernya melalui biasan cermin. Disebelah cermin itu terdapat tingkap kaca yang menjadi permandangan indah bumi Singapura yang menjadi destinasi bulan madu mereka sekarang.

Kedua mereka bekerja dan jadual yang agak padat membuatkan Noah membawa dia berbulan madu di Singapura seketika, bagi menghilangkan tekanan.

"Beautiful." Puji Noah sambil mencium leher Crystal. Gadis itu tersenyum.

"Terima kasih abang. Rantai ni mahal sangat sampai Haura rasa serba salah pula nak pakai." Ujar Crystal sambil menilik rantai  di lehernya.

"Apa sahaja untuk Haura. Kan abang dah cakap yang abang akan buat apa sahaja untuk Haura?" Soal Noah lembut. Crystal tersenyum nipis dan memeluk tubuh Noah.

"Terima kasih." Ucap Crystal.

Noah membalas pelukan Crystal dan mereka diam beberapa minit. Menikmati masa yang ada bersama didalam pelukan masing masing yang menghangatkan.

Crystal memejam mata didalam pelukan Noah. Tidak sangka lelaki yang paling dibencinya dulu menjadi lelaki yang paling dia percaya sekarang. Satu satunya lelaki yang bertakhta di hatinya.

Noah memang tidak bergurau apabila dia berjanji ingin berubah. Jejaka itu terus meninggalkan semua. Kini hidupnya hanya berfokus pada Crystal dan takhtanya.

"Haura.."

Lamunan Crystal terhenti dan dia mendongak memandang Noah.

"Abang sayang Haura."

"Haura pun sayang abang." Crystal menjengket dan mencium sekilas bibir Noah membuatkan Noah menggigil teruja.

Ya, dia adalah dunia Noah.

"Abang lapar tak? Tadi Haura lupa nak masak tapi Haura dah beli makanan tadi. Guna kad abang." Crystal tersengih dan berlalu ke dapur sambil diekori Noah.

"Tak lapar." Jawab Noah.

"Aik, abang dah makan ke?"

Noah angguk.

"Tadi dah makan."

"Tak apalah kalau macamtu, kita makan petang nanti ya?" Soal Crystal. Noah turut angguk akur. Crystal hampir gelak. Lucu pula si Noah ni ikut je apa yang dia kata.

Noah ni dekat luar bukan main dominan. Bila dah berdua dalam rumah mengalahkan anak kucing punya manja asyik nak menempel je.

"Sini sayang Haura." Crystal mendepa tangan. Mata Noah terus bersinar sebelum dia masuk ke dalam pelukan Crystal.

"Cuddle.." Gumam Noah sambil mencium pipi Crystal dan seluruh wajah itu dicium. Crystal tergelak kegelian apabila tangan Noah mula menggeletek badannya.

"Abang! Haura geli!" Ujar Crystal dalam tawa.

Kezaliman. Hadir dalam pelbagai bentuk terutamanya zalim kepada manusia itu sendiri. Terkadang, kita menilai seseorang itu zalim padahal kita tidak ada idea tentang apa yang ditempuhinya untuk menebus dosa kezaliman itu. Tanpa sedar, kita juga menzaliminya dengan fikiran yang buruk dan tuduhan yang tidak berasas.

اِنَّمَا السَّبِيْلُ عَلَى الَّذِيْنَ يَظْلِمُوْنَ النَّاسَ وَيَبْغُوْنَ فِى الْاَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّۗ اُولٰۤىِٕكَ لَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ  

( Sesungguhnya kesalahan hanya ada pada orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di bumi tanpa (mengindahkan) kebenaran. Mereka itu mendapat siksa yang pedih. [QS. AS SYURA : 42] )

The Dzhalim. Yang Zalim.

•°•°•~✿ 🔮 ✿~•°•°•

A tale of royal... Who trained a king, to bow to his lady.

.
.

[TAMAT]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro