AM 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"OKAY adik, tunggu kakak tau." Telefon bimbit itu kemudian diletakkan kembali ke dalam poket seluar jeansnya.

Tangan dihulur kepada neneknya. Ain memandang mata nenekyang sudah mula berkaca. Ain tersenyum apabila memeluk nenek dengan erat. "Nenek ni... sekejap je Ain gi kolumpo." Dicapainya hujung tudung putih neneknya, lalu menyapu air mata yang sudah mula keluar dari takungan mata nenek.

"Lusa Ain balik, lagipun adik ada kan?" katanya cuba memujuk hati neneknya.

"Kolumpo tu besar Ain, nenek risau, Ain ikut adik je tau."

Ayahnya yang berada di belakang nenek tersenyum sedikit mendengar kata-kata nenek.

"Ain jaga diri, abah ada masuk duit sikit dalam akaun Ain untuk makan dan minum. Telefon bila dah sampai ye."

Ain memandang ke lantai, "Terima kasih ayah. Ayah, ibu tak datang ke?"

Matanya memandang sekeliling. Walau dia tahu, tak mungkin ibunya datang, tapi hati kecilnya tetap berharap.


Nenek dan ayahnya memandang sesama sendiri.

Malik memandang ke arah anak gadisnya itu. Sudah puas dia memujuk Zaharah agar ambil cuti separuh hari, ikuti dia bersama menghantar anaknya.

Sejak kejadian lapan tahun lepas, sejak dia tanpa sedar menceritakan kebenaran pahit kelahiran Ain, Zaharah lebih menjauhkan diri dari Ain. Ain juga begitu.

Malik cuma berharap agar suatu hari, Ain dan isterinya Zaharah, dapat melihat melepasi masa lepas yang menyatukan mereka. Masa lepas yang menjadikan Ain anak kepada Zaharah.

"Ayah dah datang kan?" Ayahnya memeluk Ain dengan kuat, bagaikan tidak mahu melepaskan anak gadisnya itu pergi.

Semalam, dia menolong ibu mertuanya menyimpan barang di dalam beg Ain. Baju yang dibeli khas untuk Ain menghadiri temuduga juga disimpan rapi. Terkadang dia jua merasakan, takdir berlaku sungguh tidak adil terhadap gadis yang berdiri di hadapannya kini.

Malik mengusap pipi anak gadisnya itu dengan lembut. Dia tahu, Ain masih mengharapkan agar Zaharah datang, menghantarnya pergi. Dia juga tahu, Ain begitu mendambakan kasih sayang seorang Ibu. Pandangannya jatuh di lantai. Dia tidak kuat untuk melihat air mata Ain buat masa ini.

"Woi, ko gi kolumpo beli cenderamata tau, t-shirt I love Kl pun cukup." Maria menepuk bahunya.

"Mak, Malik nak balik. Mari Malik hantar mak balik."

Nenek Ain mengangguk. Aminah mencium dahi cucu kesayangannya itu sebelum berlalu pergi bersama menantunya.

"Ayah." Ain menjerit.

"Ayah, sampaikan salam Ain pada ibu ye. Minta ibu doakan agar Ain berjaya." Wajahnya bercahaya. Penuh harapan.


Malik berhenti. Nafasnya bagai tersangkut di kerongkong. Air mata lelakinya tumpah jua. Dia mengangguk kepalanya dengan perlahan.

Mata Ain melihat mereka sehingga mereka hilang dari pandangan. Ibu mungkin tidak datang, tetapi doanya boleh mengiringi Ain bukan?

"Ain, aku nak gi Ipoh Parade, so aku balik dulu eh?" Maria berlalu pergi.


Sebelum dia pergi, Ain dapat melihat Maria dan Ikram berbalas pandangan seolah-olah menghantar isyarat bisu.

"Kenapa mak cik tu?" Ain bertanya, mulutnya dimuncungkan.

Ikram hanya mengangkat bahunya. Pelik, getus hati kecil Ain. Mata Ikram bergerak ke kiri dan ke kanan, malahan dia juga tidak diam berdiri.

Sekejap-sekejap dia mengayunkan badannya, tangannya pula dari tadi disembunyikan ke belakang. Malahan dari tadi, dia berdiam sahaja. Selalunya Ikramlah orang paling becok.

"Kenapa ko diam sangat ni? Seram aku." Ain bertanya. Tangannya mengurut belakang lehernya.

"Ain, Ain." Ikram tergagap-gagap.

"Apahal ko jadi gagap ni?" Suaranya tinggi sikit.

Sesuatu jatuh dari belakang Ikram. Mata Ain bulat, apabila terpandang sejambak bunga ros merah yang terjatuh di belakang Ikram.

"Bunga tu untuk aku?" Suara Ain perlahan, seakan separuh berbisik.


Ikram menunduk, lalu mengambil bunga ros itu dan diberikan kepada Ain. "Memang untuk kau. Aku nak bagi, tapi kau sergah tadi, buat aku terkejut." Ikram tergagap-gagap.

"Terima kasih Ikram, cantik ni." Ain tersenyum. Bunga ros itu dihidunya. Wangi.

"Kau faham kan kenapa aku bagi bunga ros ni?" Ikram memandang Ain, diharap agar gadis itu memahami isi hatinya tanpa perlu dibuka.

Dahi Ain berkerut. "Sebab kau kawan akulah. Sebab aku suka... sebab apa lagi yang mungkin," katanya sambil menampar lembut lengan Ikram.

Tangan Ikram dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia menghela nafas yang panjang. Dadanya pula berdegup laju, mengalahkan keretapi elektrik. Kakinya melangkah ke depan.

Mata biru gadis itu dipandangnya sedalam mungkin. Ainul Mardhiyah, gadis yang berjaya mencuri hatinya.

Dia sendiri tidak pasti bila perasaannya berubah. Gadis yang berdiri di depannya ini, walau apa jua sejarahnya adalah seorang gadis yang baik, sopan dan penyayang. Agamanya cukup terjaga, malahan maruahnya juga cukup dijaga rapi.

Walau mereka sahabat yang akrab, dia pernah ditampar kerana cuba menyentuh tangannya. Mata birunya pula bagaikan lautan dalam, yang mana setiap kali dia memandangnya, dia terasa ingin menyelaminya, untuk mengetahui sedalam mana lautan mata itu.

"Aku... aku..." Ikram tergagap. Segala ayat yang disusun rapi, segala usaha dia bercakap di hadapan cermin punah begitu sahaja. Pandangan Ain yang menikam, berjaya menggoyahkan hasrat hatinya.

"Dik, bas nak jalan ni. Nak naik ke tak?" Pemandu bas menjerit mematahkan segala kekuatan yang berbaki di dalam Ikram

"Ros tu sebagai ucapan selamat berjaya esok tau." Itu sahaja yang mampu diluahkan Ikram buat masa ini.


Dahi Ain berkerut, kelakuan Ikram amat pelik baginya. Beg kelabunya diangkat lalu dia menaiki tangga. Tiket diberikan kepada pemandu sebelum dia mengambil tempat duduknya.


Ikram masih berdiri di situ apabila bas itu berlalu pergi.

Ain melemparkan pandangannya keluar, masih terlihat kelibat Ikram yang menendang kakinya ke simen. Ain menggelengkan kepalanya.

Pandangannya masih terpaku di luar, cuba melihat jika dia dapat melihat kelibat ibunya.

Berharap tidak salahkan? Dia bertanya kepada dirinya. Air matanya menitis jatuh ke pipi apabila bas itu meninggalkan stesen. Ibu tidak datang, hatinya menangis.



PERLAHAN matanya dibuka. Cahaya matahari menyilaukan matanya. Tangannya diletakkan di hadapan, menghalang cahaya matahari yang mulai mencucuk pandangan matanya.


Hanya bunyi hon bas dan kereta kedengaran, tiada lagi bunyi kicau burung seperti yang biasa dia dengar di kampung.

Bangunan yang tinggi, seolah mencakar langit menghiasi bandar ini. Orang pula, jelas mereka berjalan laju seolah mengejar sesuatu. Berbeza sekali di kampung, dimana orang sering bertegur sapa sekiranya mereka bertembung di tengah jalan.

Tangan kirinya diangkat. Jam yang terlilit di tangannya diperiksa lagi, Sudah pukul dua belas tengah hari. Mana adik ni? Hatinya menggerutu.


Sudah hampir setengah jam yang lepas dia menelefon adiknya, memberitahu bahawa dia sudah sampai di Puduraya dan sedang menunggu dia.

"Lima belas minit adik sampai."

Itu kata adiknya setengah jam yang lalu. Tangannya memegang erat beg kelabu yang dia bawa. Sesekali dia melihat telefon di tangannya.

Dia tersenyum apabila matanya memandang kelibat adiknya yang sedang berlari ke arahnya. Danial masih tidak dapat melihat Ain yang sedang duduk beberapa kaki jauhnya dari dia. Matanya memerhati sekeliling. Sesekali mulutnya terkumat-kamit memarahi dirinya sendiri.

Ain yang sedang memerhati adiknya tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya. Itulah adiknya, lima belas minit adiknya tidak pernah menjadi lima belas minit.

Rambutnya yang hitam, kerinting itu sesekali digaru oleh Danial. Mata hitamnya masih memerhati sekelilng. Danial seperti Ain, berkulit sawo matang. Hanya sedikit tinggi berbanding dengan Ain.

Ain mengangkat begnya seraya bangun dari bangku yang didudukinya. Pada saat yang sama, Danial sudah dapat melihat kakaknya. Dia melambai, teruja melihat kakaknya.

Ain sudah menyusun langkah ke arah adiknya. Orang begitu ramai di Puduraya. Saat di ingin berjalan, dia terlangar bahu seorang lelaki yang lengkap berpakaian kemas, dengan suit kelabunya. Pandangan matanya dihalang oleh cermin mata hitam yang dipakai.

"Watch where you are going, madam." Lelaki itu berkata saat dia menurunkan cermin mata hitamnya.

Kumis yang nipis menghiasi bibirnya. Orangnya kelihatan agak sama tinggi dengan Danial. Berbadan tegap, mungkin kerana pakaian pejabatnya.

Kulitnya gelap sedikit berbanding Ain.

Ain baru shaja ingin menjawab apabila Danial datang kepadanya, memeluknya kuat sambil memohon maaf. Lelaki yang melanggar bahunya itu tadi, mengerutkan keningnya saat dia memakai kembali cermin mata hitamnya.

"Sorry. Sorry, adik lambat." Danial memohon maaf. Danial mengeluh kesakitan selepas Ain mengetuk kepala adiknya, manja.

"Nasib lima belas minit adik tak jadi sejam tau." Danial membela dirinya.

"Ada game baru yang akak leh main?" Soalan itu diutarakan oleh Ain, selepas dia memasuki Proton Saga biru adiknya.

"Ada, malam nanti lepas makan kita main, okay?" Danial menekan pedal minyak dan terus membelah trafik menuju ke Cheras.

Lagu heavy metal kegemaran adiknya kuat berkumandang dalam kereta. Jangan ditanya lagu itu milik kumpulan mana, kerana Ain kurang gemar muzik yang bising sebegitu. Dia lebih gemar mendengar lagu yang berentak perlahan dan tidak sebingit lagu yang dinyanyikan oleh adiknya.

"Jadi berapa bulan lagi course adik habis?" Ain bertanya selepas meletakkan begnya di atas katil.


"Bulan Jun ni, foundation habis. Selepas tu tahun depan kalau adik lulus temuduga yang pihak universiti buat, Adik boleh la masuk degree." Danial menjawab.

Danial, ingin mengikut jejak ayahnya menjadi doktor namun dia masih memikirkan bidang perubatan yang mana satu menjadi pilihan. Danial sepatutnya tinggal di dalam kampus, namun dia memohon dari ibunya agar dia tinggal menyewa di luar dengan alasan bahawa mereka boleh sesekali datang melawatnya dan tidak perlu tinggal di hotel.

"Adik, kenapa kosong-sekosongnya fridge ni?" Jeritan Ain bergema di dalam rumah itu.

"Kakak kan dah datang. Nanti kita pergi beli barang makanan."

"Ni, perut kakak dah lapar, nak makan apa?" Lengan Danial ditampar oleh Ain.

"Hmmph, kita makan kat luar atau pesan pizza?"

"Pesan pizza. Petang nanti kita keluar beli barang, boleh?" Ain membersihkan pasu dan menyusun satu demi satu bunga ros yang Ikram berikan padanya.

"Tapi." Ain meletakkan tanggan di pinganggnya.

"Kakak masak esok ye, hari ni akak nak rehat dan bersedia untuk esok, deal?" Dia menunjukkan jari kelingking kepada Danial.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro