AM 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SELEPAS menghabiskan pizza yang mereka pesan, Danial terus sahaja membawa kakaknya keluar membeli belah di sebuah pasaraya berdekatan.

Dalam keterujaannya, Mereka menghabiskan lebih banyak masa yang sepatutnya di pasar raya berdekatan rumah mereka.

"Itulah adik ni, banyak sangat barang adik masuk je dalam troli, Twister?" Ain membebel tatkala di membawa barang masuk ke apartment kecil yang disewa oleh adiknya itu. Nasib baginya, apartment ini punyai dua bilik jadi dia boleh tidur di biliknya sebentar lagi.

"Jom kakak, dinner."

Ain menarik tangannya dari genggaman Danial.

"Bagilah akak mandi, rehat jap... dalam pukul sembilan kita keluar." Ain membantah.

Danial memuncungkan mulutnya. "Adik lapar, penat shopping beli barang."

"Adik yang bersungguh tadi, kakak nak beli sikit je..." Ain tergelak kecil teringatkan gelagat adiknya sebentar tadi.

"Yelah. Adik terbayangkan makanan sedap yang akak leh masak, nyum." Danial menjilat jarinya.

"Pukul sembilan." Ain menjerit apabila dia menutup pintu biliknya untuk mandi.

"DUA maggie goreng ye, biasa untuk saya dan satu lagi extra pedas." Danial menyerahkan kembali buku menu itu kepada lelaki yang mengambil pesanan mereka.

Danial teringat susunan jambangan bunga di dalam pasu yang diletakan di meja makan tadi. "Kakak, hmmph... siapa bagi bunga ros tu?" Keningnya dijongket.

"Ikramlah. Kenapa?" Ain menghirup sirap ais yang baru dihantar oleh pelayan.

Danial tersedak. Jadi Ikram sudah berani? Kawan kakaknya itu sudah meluahkan rasa hatinya?

'Baguslah' getus hatinya. Danial sudah lama lihat gerak-geri Ikram di sekeliling kakaknya. Hati lelakinya keras mengatakan Ikram menaruh hati pada Ain, kakaknya. Jelas bagi Danial dan dia tidak punyai masalah dengan Ikram, lelaki itu baik pada pandangannya.

Ain memandang Danial, apabila dilihatnya Danial seolah tenggelam dalam duninya sendiri.

"Danial" Dia memanggil nama adiknya.

Danial mengangkat kepalanya, dia tersenyum lebar. Dia sedar mereka berkongsi ibu yang sama dan dia juga sedar perasaan ibunya terhadap kakaknya itu. Ain dianggap pembawa malang kerana ayah kandung Ain meninggal selepas dia dilahirkan.

Danial gembira kerana sekurangnya sekarang, Ain punyai insan lain yang akan menyayanginya.

"Jadi Ikram cakap I love You kat kakak?" Keningnya digoyang. Mahu mengusik Ain.

Ain terus tersedak dan terbatuk. Ikram? I Love You? "Apa adik merepek ni, dia cuma cakap selamat berjaya... we are just friends, nothing more, nothing less."

Danial terlopong dan menepuk dahinya. Jelas sekali lagi, Ikram masih menyembunyikan perasaanya dan Ain terlalu buta untuk melihat tanda yang jelas dihantar oleh Ikram.

"Kakak, takde lelaki yang akan bagi bunga pada perempuan, untuk ucapkan selamat berjaya... tanpa perasaan di hatinya." Danial cuba memahamkan kakaknya, bahawa Ikram menyukainya tanpa dia sedari.

Ain mengerutkan dahinya. Jelas Danial sedang dalam khayalannya sendiri. Danial masih tidak tahu kebenaran tentang kelahirannya dan Ain ingin biarkan ia begitu. Ikram tak mungkin sukakan dia... mereka hanya berkawan.

"Dah, lapar buat adik merepek, jom makan." Ain menepis topik itu. Pelayan juga sudah menghidangkan makanan di atas meja. Danial menggelengkan kepalanya.

Perbualan dan jua suapan Ain dan Danial terhenti seketika, saat beberapa remaja yang sedari tadi berbual dengan suara yang kuat dan juga menghisap rokok bersiul memanggil nama Danial.

Sesekali bau asap rokok mereka menganggu Ain, membuat matanya terasa pedis. Dia terbatuk kecil tika bau asap rokok mereka mencucuk hidungnya.

Garpu di tangan danial digenggam dengan kuat tika Ain terbatuk. Dia ingin bangun memarahi remaja di belakang mereka. Namun gelenggan Ain dan juga cengkaman tangan Ain pada lengannya menahan Danial. Bibirnya diketap dan jelingan tajam ditujukan kepada mereka.

Suara mereka juga bertambah jelas sekarang.

"Wow, Danial. Good catch... minah salleh." Salah seorang dari mereka berkata. Matanya tajam memandang Ain.

Danial mengetap bibirnya. Tangannya dikepal di atas meja. Pandangannya dilemparkan sekilas kepada mereka dan kemudian kepada Ain yang sudah merah mukanya, mungkin menahan malu. Dia tahu rambut perang, hidung yang agak mancung dan juga warna mata kakaknya sering disalah tafsir.

Ain mengambil gelasnya dan air sirap yang dipesannya dihirup perlahan. Air manis sirap masih tidak mampu menghilangkan kepahitan yang mulai terasa di kerongkongnya. Ejekkan mereka mahu sahaja dibalas. Tetapi dia menahan dirinya. Pemuda seperti mereka mendapat kepuasan jika usikkan mereka dibalas.

"Adik kenal budak kat belakang tu?"

Danial mengangguk. "Kawan satu course, spoilt brat." Mata Danial membulat tatkala terdengar mereka bersiul.

"Dah. Bayar dan jom balik." Ain menarik tangan Danial.

"Wow, mana kau dapat minah salleh secantik tu bagitau aku." Lelaki yang sama menghembus asap rokoknya di udara.

Tindakan mereka bertepuk dan bergelak tawa sesama mereka menambahkan lagi kemarahan Danial. Gelagat mereka bukan sahaja menghina Ain malahan memperolokkan dia tanpa mengetahui yang Ain dan dia berhubungan darah, walau bukan sebapa.

Danial sudah memusingkan badannya, namun Ain menahan Danial. Ain menarik keras tangan adiknya. Dia tidak mahu malam pertamanya di bandar ini tercemar dengan adegan yang begini.

"Mata birunya... wow." Mereka bersiul lagi. Kini hampir setiap pelanggan yang sedang menikmati makanan mereka terasa terganggu dan memandang Ain dan juga kumpulan pemuda di belakang.

Ain tidak pasti apa maksud pandangan mereka. Ada yang menggeleng dan juga ada yang mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu yang tidak kedengaran di telinga Ain. Malunya sudah tidak tertanggung lagi. Ain terus berjalan dengan kepala menunduk ke bawah, lengan Danial digenggam erat.

Tiada siapa yang bangun, cuba mendiamkan hinaan remaja yang masih bersiul dibelakang menyanyi lagu yang agak lucah kedengaran di telinga Ain, lagu yang sudah lama. Semuanya menunduk, menikmati hidangan mereka bagaikan tiada apa yang berlaku.

Danial mengepal tangannya, badannya mengigil menahan amarah. Suaranya berdesis keluar melalui celahan giginya.

"Bagi saya pergi kak. Ajar dia sikit." Danial bercakap, giginya diketap. Matanya bulat, mencerlang, merah.

"Supaya ibu benci kakak lagi. Malam pertama akak di sini, adik terluka. Begitu?" Ain memandang tepat ke mata adiknya.

Benar, itulah yang ditakutinya. Jika ditimbang hinaan yang dia dengar dan juga kebencian ibunya, dia lebih sanggup berdepan dengan hinaan pemuda nakal di belakang restoran itu.

Danial menepis tangan Ain, Badannya dipusing menghadap lelaki yang masih menghamburkan kata-kata hinaan kepada Ain. Maruah kakaknya harus dilindung.

Ain cuba menarik lengan Danial, cuba menasihatinya. Tangan Ain ditepis lagi. Kepalanya disengetkan, Matanya sudah cukup untuk memberitahu Ain bahawa dia tidak akan diam lagi. Langkahnya diayun, berjalan ke arah mereka. Jarinya dikepal dan dilepaskan semula. Dadanya berombak.

"Tell me how good is she is on bed."

Mata Ain terus membulat dan langkahnya turut sama terhenti dengan Danial.

"Kakak nak suruh saya diam lagi." Danial bercakap dari dengusan marahnya.

Ain tidak pasti dari mana datangnya kekuatan dirinya. Dia juga tidak pasti apa yang menghantuinya tatkala dia memusingkan badannya dan berjalan ke arah kumpulan lelaki itu.

Dadanya berombak tika dia berhenti di hadapan mereka. Lelaki yang sedang bercakap dari tadi terus berdiri. Bibirnya dikemut, menghisap rokok dan asapnya dihembus terus ke muka Ain.

Ain memandang lelaki yang berdiri di hadapannya. Kurus, mata masuk ke dalam, rambut lurus, berdiri sama tinggi dengan Ain.

"You're a just a spoil kid that need attention, right? You got yours now as the whole place is looking at you. Bravo." Ain menepuk kedua tangannya.

"You." Lelaki itu menunjukkan jarinya pada Ain.

Sepantas kilat Ain memegang jari lelaki itu, lalu memusingnya.

"Dengar, kamu semua dan dengar dengan jelas." Ain memandang mata setiap satu kawan lelaki itu.

"Kalau mata perempuan itu biru, minah salleh bagai kamu kata, adakah ia bermaksud kamu boleh pegang tangannya dan bawa dia masuk ke bilik tidur kamu?"

Lelaki yang menghina Ain dari tadi cuba menampar Ain, namun Danial sempat memegang tangannya dan kolarnya digenggam erat.

Mata Ain masih memandang setiap satu dari mereka dan berhenti pada lelaki yang menghinanya tadi.

"Biru atau hitam mata perempuan itu, kamu tak ada hak untuk kata begitu pada mana-mana perempuan." Tangan Ain mencapai gelas yang masih berisi separuh air. Gelas itu digenggam erat.

Hinaan mereka terngiang-ngiang di telinganya. Lantas gelas itu diangkat dan segala isinya dibuang ke muka lelaki yang Danial masih pegang erat kolarnya.

"Jom, adik."

Ain berlalu pergi dengan adiknya.

Mereka baru sahaja keluar dari kedai mamak dan melihat jalan, memerhati sebelum menyeberang bila Danial tiba-tiba terjatuh. Tangannya memegang pinganggnya.

Ain sempat mengelak apabila dia melihat tumbukan yang ditujukan kepadanya.

"Bitch."

Satu lagi tumbukan diayun pada mukanya. Ain memegang tangan lelaki itu, memusingnya dan menolaknya jatuh. Danial bingkas bangun dan cuba melindungi kakaknya bila suara seorang lelaki menjerit dari tepi.

"Fareez." Satu tamparan yang kuat dilemparkan kepada lelaki yang menghina Ain sejak dari mula.

Ain memandang muka lelaki yang menampar Fareez.

"Abang?" Fareez berkata sambil mengusap tempat dia ditampar tadi.

Fareez memandang Ain dengan kebencian. Dia melangkah ke hadapan. Danial terus berdiri di hadapan kakaknya.

Lelaki yang Fareez panggil sebagai abang tadi menurunkan cermin mata hitamnya. Ain memandang lelaki itu, dahinya berkerut. Dia rasa seolah pernah berjumpa lelaki ini tadi.

'Oof! Adik dan abang sama je.'

'Lelaki yang sama,' bisik Ain pada dirinya. Lelaki yang melanggarnya tengahari tadi. Adus! Malang apakah sampai jumpa dua kali dalam sehari?

Lelaki itu menyeluk tangannya di dalam poket lalu mengeluarkan dompetnya. Cermin mata hitamnya diletak kembali menutup matanya.

'Malam pun nak pakai?' getus hati kecil Ain.

"Nah." Dia menghulurkan beberapa keping not merah kepada Danial.

"Untuk luka kamu dan minta maaf atas kelakuan adik saya, walaupun... perempuan belakang kamu pun salah, memalukan adik saya." Dia memegang not merah itu lagi.

Ain menolak Danial ketepi. "Apa, saya malukan adik awak?" Jarinya menunjuk ke arah Fareez.

"Dengar encik..." Tangan Ain terapung di atas angin.

"Salman." Lelaki itu bersuara.

"Encik Salman, adik awak tadi kurang ajar. Tiada rasa hormat pada wanita." Matanya memandang lelaki di depan matanya dari bawah ke atas.

"Yang mungkin running in your family. Adik awak ni panggil saya bitch."

SALMAN menurunkan cermin matanya lalu diletakkan di dalam poket bajunya. Mata coklatnya memerhatikan wanita yang berdiri di hadapannya. Fareez panggil dia, bitch?

Mata salman memerhati kedua adik-beradik di hadapannya. Tiada persamaan langsung, bisik hatinya.

Ain seolah memahami pandangan lelaki bernama Salman itu. "Adik yang berkongsi ibu yang sama." Dia berdiri tegak menghampiri Salman.

"Ambil duit awak. Adik awak yang harus ucapkan dari mulut, bukan dengan duit. Maaf bukan dibeli tetapi diperolehi. Jika awak sering membeli maaf begini, maaf itu sudah tidak bermakna." Ain memegang tangan adiknya lalu berlari menyeberangi jalan.

Salman memerhati wanita yang bermata biru itu sehingga dia hilang dari pandangan.

'Apa maksud dia bila dia kata running in the family?'

Salman memusingkan badannya, berjalan ke arah Fareez. Matanya memerhati setiap satu rakan adiknya itu. Semuanya tunduk memandang bawah.

"Apa yang dia cakap betul? Fareez malukan dia dulu?" Tangannya dia atas pinggang.

Semuanya menangguk perlahan.

Salman menarik rambutnya ke belakang.

"Fareez, kalau walid atau ummi tahu siap kamu... abang tak tahu nasib kamu." Salman menarik tangan adiknya masuk ke dalam kereta.

Matanya memerhati bangunan apartment di hadapannya. Kepalanya ligat berfikir, bagaimana caranya dia harus memohon maaf kepada seseorang yang dia tidak kenali?



Jangan lupa,

Preorder masih berjalan.

Dapatkan sekali duda ekslusif ni. Bermacam rempah ditabur oleh 8 penulis yang namanya gah dalam dunia penulisan. Bukan satu, tapi 8 cerita tau...

Jimat sekali jika Ainul Mardhiyah dibeli bersama pasangan duda tau.

Boleh 📞 di 017 3975646 jika mahu dapatkan kombo mengancam ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro