6 Tawaran

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"Kak Ika... Bawalah Salah sekali." Sebelah mata dikenyitkan Salahuddin. Tak cukup dengan itu, dia mencebik pula meminta simpati Zulaikha.

"Ish, dia ni... Sibuk je. Awak nak buat apa ikut akak ke rumah dia? Bukannya ada siapa-siapa pun dekat sana." Zulaikha naik rimas apabila si bongsu mengikut langkahnya ke hulu ke hilir. Hendak bersiap melilit selendang di cermin ruang tamu pun tidak senang.

"Salah saja je... Nak jumpa kak Huda. Nak tanya sihat ke..."

"Tak payah nak merepek, dik. Pergi main jauh-jauh tu dengan Aqil. Jangan sibuk hal orang besar," kata Zulaikha. Mata tertancap pada bilah cermin hiasan, sibuk membaiki awning tudung setelah cermin mata dipakai. Dia berkerut melihat Salahuddin yang masih bertenggek di sisi.

"Hm... Adik risaukan dia."

"Jadi?"

"Jadi adik nak melawat."

"Daripada risaukan kawan akak, baik adik risaukan ayah. Pergi teman ayah, sembang-sembang dengan ayah. Ini tidak... Tatap motor baru 24 jam sampai lupa nak jenguk ibu ayah dalam rumah. Lepastu solat pun lewat entah ke mana. Elok sangat perangai macam tu..." bebel Zulaikha. Gadis itu bercekak pinggang dek sedikit geram dengan sikap Salahuddin. Bukannya ibu tidak bilang bahawa si adik asyik leka dengan motosikal hingga asyik melewatkan solat.

" Ni mesti ibu mengadu dekat akak," tebak Salahuddin.

"Ibu tak perlu nak mengadu sebab akak dah kenal adik akak macam mana orangnya. Patutnya kak Ika suruh abang Im letak banyak lagi syarat sebelum beli motor ni."

"Dah beli mana boleh ungkit-ungkit. Ni motor Salah..." Salahuddin takut nikmat ini ditarik semula. Kuasa ada pada tangan abang iparnya disebabkan bayaran bulanan yang ditolak daripada duit gaji Fahim Luth.

"Solat tu jangan lewatkan. Dengan ibu bapa, jangan nak berkira sangat. Lagi-lagi bila ibu minta hulurkan tangan. Kalau Salah ingkar, kak Ika adu pada abang Im. Biar dia tak nak bayar bulan-bulan motor di dekat kedai dah."

"Akak..." Salahuddin berkerut tidak setuju. Tangan kakaknya yang bercekak dipaksa turun ke bawah.

"I really meant to say that. Jaga-jaga, akak akan perhatikan awak 24 jam." Mata dipencilkan pada Salahuddin. Jauh di lubuk hati, Zulaikha masih tidak bersetuju dengan pembelian pacuan dua roda itu. Namun, apakan daya. Fahim telah pun membeli atas permintaan si bongsu ini.

" Ya-ya. Salah janji akan dengar cakap akak." Tangan diangkat ibarat berikrar buat memuaskan hati Zulaikha. "Senyumlah, kak Ika..." pujuknya.

Tegang di wajah gadis itu mengendur apabila adiknya mengherotkan hujung vermillion kiri dan kanan ke atas. Tangan kasar Salahuddin memegang kedua-dua belah pipi mulus Zulaikha.

"Dah, akak nak pergi rumah kak Huda dulu." Zulaikha tersenyum nipis. Wajah remaja lelaki itu ditolak menjauh. Pandai sangat hendak redakan bebelan kakak sendiri.

"Abang Im mana?" Hujung kening yang tidak gatal digaru Salahuddin. Punggung mendarat pada meja kayu jati bersebelahan cermin ruang tamu.

Zulaikha menjinjing beg tangannya. "Abang ada kerja. Nanti dia baliklah tu. Awak takde kerja ke?"

"Ada. Nak pergi jumpa Aqil petang ni. Nak sambung belajar yang semalam," balas Salahuddin.

"Kirim salam dekat Aqil. Pesan dekat dia jangan lupa datang appointment doktor esok pagi."

"Okay, kak. Jangan risau. Kalau dia tak nak pergi, Salah sekeh kepala dia. Lepas subuh esok, Salah terus ketuk pintu rumah dia dan heret dia ke hospital." Jaminan diberikan Salahuddin beria-ria. Terbayang-bayang wajah mamai Aqil yang baru sahaja bangkit dari tidur. Dia tersenyum sendiri.

"Akak pergi dulu. Kalau ibu minta belikan apa-apa, telefon je akak" Zulaikha menepuk pipi adik bongsunya sebelum melangkah keluar rumah.

***

"Aku... Aku tak boleh belajar sebab asyik teringatkan dia," keluh Aqil. Ruas dahi diketuk dengan batang pen sekali dua. Dia jadi runsing apabila dibuka buku, yang terlihat itu ialah wajah Ismahani. "Apa dah jadi dengan aku ni..."

"Parah kau ni, Qil. Belum bercinta lagi dah tak boleh relaks." Salahuddin menggeleng sambil menyedut air minuman RM1 yang dibelinya di tepi jalan tadi. Sejuk sahaja anak tekak dibilas air kelapa muda.

"Ni semua salah kau."

"Aik... Aku tak buat apa-apa." Kaki dinaikkan Salahuddin ke atas bangku kayu. Dia sendiri tidak bersalah dalam krisis angau cinta sahabatnya.

"Entah-entah Hani dengar apa yang kita sembang dalam perpustakaan... Malunya aku... Nanti nama aku jadi busuk dalam kalangan pengawas sekolah... Arghhh." Aqil meraup wajah tidak keruan.

"Aqil, relaks. Jangan overthinking. Kau ni asyik fikir perkara negatif je." Buku teks biologi diselak Salahuddin ke muka surat di mana mereka berhenti malam tadi.

"Aku... Aku tak patut suka dia..." ujar Aqil. Keresahannya membuatkan dia tidak henti berfikiran buruk.

"Suka tu fitrah. Kau tak boleh salahkan hati kau. Tapi yang jadi masalahnya bila kau buat perbuatan yang mengundang dosa. Ni meroyan tak tentu pasal kenapa? Dah ambil ubat belum?" Salahuddin hairan dengan perangai pelik Aqil. Mata tertancap pada tajuk seterusnya iaitu pergerakan bahan merentasi membran plasma.

"Balik-balik ubat... Aku tahulah nak jaga diri aku. Aku tak cucuk ubat sekali pun, itu takkan jejaskan tahap kewarasan aku. Aku tak gila lagi," kata Aqil.

"Tahu pun tak gila. Kalau kau suka Ismahani, pergilah luahkan. Mungkin nanti hati kau akan lega," gumam Salahuddin. Air kelapa disedutnya lagi di bawah sepohon pokok rambutan yang rendang. Rumah Aqil menempatkan suasana yang amat kondusif untuk mengulang kaji pelajaran pada waktu petang begini. Sudahlah gerai makanan pun berhampiran sahaja.

"Eh, tak nak aku. Setakat luahkan, semua orang boleh buat. Aku nak datang dekat dia nanti dan beri jaminan juga. Barulah macam lelaki budiman." Sudah tentulah Aqil tidak mahu. Dia punya air muka yang nak dijaga.

"Jaminan?"

"Jaminan untuk kahwin."

"Macam-macamlah kau ni. SPM tak ambil lagi dah fikir soal kahwin." Geleng Salahuddin.

"Dua kali lima. Orang yang bercakap tu tak sedar agaknya..." sindir Aqil. Cawan minuman Salahuddin dirampasnya. Dia juga hendak menikmati air kelapa muda. Separuh kandungan cawan telah hilang ditelan sahabatnya.

Terus remaja lelaki itu ketawa halus. Salahuddin menggoyangkan jari telunjuk ke kiri dan kanan di hadapan Aqil. "Aku dan Kak Huda spesial sikit. Bukan tahap cinta monyet macam kau. Kitorang tak bercinta pun... Baru nak berkenalan."

"Nak aku jujur tak? Kebenaran ni memang pahit tapi Kak Huda tak pandang kau, Sal. Jarak beza kau dan dia macam langit dan bumi."

"Aku lagi tinggi dari dia. Jadi... Masih okay kalau dia jadi awek aku." Tinggi yang dimaksudkan ialah ketinggian apabila dia berdiri di sebelah gadis bernama Huda.

"Sal, kak Huda tu doktor yang gaji beribu-ribu ringgit. Kau ni? Harapkan duit poket mak ayah je. Seluar dalam pun Kak Ika yang belikan... "

"Eleh, habis SPM nanti aku kerjalah." Telinga dipekakkan Salahuddin. Keras kepalanya tidak dapat dilembutkan dengan lantunan kata-kata.

"Kau tak sekufu dengan dia. Jangan pasang impian tinggi sangat. Aku takut kau yang akan terluka," jujur Aqil. Bibir mengoyak senyuman nipis. Perangai Salahuddin yang begini membuatkan dia dapat menepis kemaruk angau buat seketika.

"Dah, cukup. Aku nak sambung belajar. Soal cinta kita letak tepi dulu. Ismahani kau sila ke tepi, kak Huda aku pun ke tepi." Jeda. Anak mata bergerak mengikut bacaan mulut. Salahuddin sedang menilik muka surat yang tertera struktur organisasi sel. "Aqil, ajarlah..."

"Sal, kalau kau nak masuk bilik kena ada pintu kan?" Aqil turut membuka buku teks sendiri.

"Ya."

"Bilik ni ibarat sel. Pintu pula ialah saluran yang ada pada dinding sel. Kita tak panggil dia dinding sel tapi kita panggil membran plasma. Okay, setakat ni kau faham?" Pen yang terbaring didirikannya. Dia mula melukis struktur organisasi sel berserta beberapa saluran yang berasaskan protein.

"Oh, benda ni... Yang kita belajar semalam. Ni nukleus... Rough Endoplasmic Reticulum... Ribosomes... Matrix..." Mata Salahuddin terbuka luas. Begitu juga dengan otaknya yang tidak gemarkan mata pelajaran Biologi. Lukisan ringkas Aqil menambahkan lagi kefahaman. "Qil, jangan lupa appointment doktor esok."

Bingit motorsikal di atas jalan menarik perhatian dua pemuda itu. Mereka menoleh ke pagar rumah. Terdapat dua buah motorsikal yang mana si penunggang berkenaan amat dikenali Aqil dan Salahuddin.

"Kenapa Khaifa pandang kita?" Aqil bertanyakan pada sahabatnya.

"Aku rasa... Dia nak jumpa kita." Dari gaya jerlingan, umpama kehadiran pelajar nakal sekolah itu membawa satu hajat. Salahuddin yakin ada yang tidak kena.

"Eh, tak payahlah jumpa. Dorang buat macam-macam nanti pada kau. Dah lah hari tu Hazim buat kau... Mujur ada abang Im." Aqil menghalang awal-awal. Dia tidak mahu melibatkan diri dengan geng Khaifa.

"Hoi, sinilah!" Laungan Khaifa dari luar pagar rumah memanggil dua sahabat yang masih kaku.

"Qil, jomlah. Mana tahu ada benda penting. Jangan risau, kita ada depan rumah kau. Kalau jadi apa-apa, kau panggil bapak kau." Salahuddin menyarungkan selipar Jepun di kaki. Dia tergerak hati hendak bertemu dengan Khaifa. Hingga ke hadapan rumah dicari, pasti ada perkara penting yang cuba diutuskan.

Dua remaja lelaki itu berjalan seiringan. Aqil di kanan, Salahuddin pula di kiri. Halaman rumah dilintasi mereka untuk ke bahu jalan di mana motosikal Khaifa dan Haikal terparkir.

Anak kelahiran Singapura itu tersenyum gembira dengan kedatangan Salahuddin Ayub. Khaifa bertepuk tangan. "Datang pun..."

Setiba dengan jarak satu meter, Aqil menetapkan kaki di rumput. Dia menarik hujung baju Salahuddin buat menghalang berjalan lebih dekat.

"Menikus dekat belakang tu kenapa? Takut?" Haikal menyerang Aqil dengan kata-katanya. "Tulah, jangan jadi anjing cikgu. Sibuk je nak lapor sana sini..."

"Lapor apa?" bisik Salahuddin pada sahabatnya. Wajah takut Aqil menunduk. Hubungan pengawas sekolah dan pelajar nakal tidaklah begitu baik.

"Kan aku dah kata... Dorang merokok dalam tandas." Aqil tidak mahu keluar dari belakang Salahuddin.

"Dah-dah. Aku ada benda lain nak cakap. Haikal, kau senyap," potong Khaifa.

Salahuddin sedar bahawa dirinya sedang dipandang dua pelajar nakal itu. Muka masih tenang seperti air di kali, menanti apa yang hendak disampaikan.

"Kau nak tak kerja dengan aku?" Khaifa mematikan enjin motornya. Tongkat bawah ditolak dengan kaki.

"Kerja apa?" soal Salahuddin.

"Aku tak cukup orang untuk uruskan bisnes ayah aku," bohong Khaifa. Walhal ayahnya tidak punya kaitan dengan sindiket haram usaha titik peluh sendiri. "Kau jadi juru audit aku. Bayaran tak banyak... Tapi bolehlah nak buat belanja makan."

"Aku tak nak kerja. Kakak aku marah kalau aku tak fokus pada pelajaran. Maaf, kau pergi cari orang lain." Tawaran Khaifa langsung tidak menarik minat Salahuddin. Aqil di belakang asyik membisikkan perkataan 'jangan'.

"Betul ni?" Lelaki bermata sepet itu inginkan kepastian.

"Ya," yakin Salahuddin.

"Okay, jom Haikal. Kita tengok apa yang jadi esok. Berani ya dia tolak pelawaan aku?" Kunci dipulas Khaifa. Sedikit pun tidak heran. Jika cara baik telah ditolak, banyak lagi cara kasar terbentang luas.

"Cau! Jumpa esok!" ujar Haikal sebelum memulas grip motosikal.

Tinggallah Salahuddin dan Aqil terpinga-pinga di hadapan rumah.
Kening berkerut, otak ligat memikirkan akibat penolakan tadi.

"Dah, jom sambung belajar." Salahuddin menepuk bahu Aqil.

"Sal, aku takut," luah Aqil. Dia tidak mahu perkara menjadi lebih buruk dek aduannya pada cikgu disiplin pada pagi tadi. Wajah Salahuddin dipandang.

"Kau buat laporan sebab tu memang tanggungjawab kau. Jangan risau... Aku kan ada? Dorang takkan boleh buat apa-apa pada kau, insya Allah."

Salahuddin cuba meleraikan kebimbangan yang membaluti hati Aqil ketika itu. Dia melingkarkan lengan di belakang Aqil. Mereka menapak ke bangku kembali.

***
votexkomen
***

cepatlah hit 1k reads! jangan lupa vote & komen. nanti cerita ni sendu huhu





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro