17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                  WAKAF kayu yang tidak jauh daripada situ menjadi sasaran mereka untuk berteduh dibawahnya setelah penat berjoging. Air mineral yang sedia dibawa dibuka lalu diteguk menghilangkan rasa dahaga pada tekaknya.

Cecair peluh yang mengalir keluar daripada leher dan dahinya dikesat menggunakan tuala kecil yang disangkut pada lehernya sebelum dia menoleh kearah Athirah disebelah.

"Abang tak yakin yang idea Athirah itu menjadi. Dah puas abang cari Suraya dekat merata tempat tapi tak jumpa. Ayah mertua abang pun akan sampai sini lagi berapa hari saja lagi. Abang syak... suraya dah kena tangkap dengan gangster tu lah." ujar Fajar dengan nada suara yang tergelam timbul kepenatan.

"Habis tu? Kita nak buat macam mana? Dah tak ada cari lain lagi kalau abang tak jumpa perempuan tu selain berterus terang dengan mama dan papa abang."

Fajar menggeleng tidak setuju. "tak semudah macam tu, Athirah. Mama dengan papa abang takkan terima alasan bodoh macam tu. Diaorang pun lagi dua hari stay dekat luar negara."

"Kalau macam tu, abang upahlah spy untuk cari Suraya. Manalah tahu diaorang boleh jumpa dia dalam waktu yang singkat macam ni?" ujar Athirah memberi cadangan.

Fajar terdiam sejenak memikirkan cadangan yang diberi itu. Tak sampai beberapa minit dia mengangguk kepala. Bernas juga ideanya.

"Tapi... kalau betullah Suraya dah ada dalam tangan penjahat tu, apa abang perlu buat? Mesti susah punya dia nak lepaskan Suraya."

"Apa susah? Abang bagi aje lah dia duit. Gangster ini selalunya tak ada benda lain yang dia nakkan selain duit." ujar Athirah lagi.

Fajar mengangguk. Senyuman lebar terbit dibibirnya sambil sebelah tangannya menggosok kepala gadis itu.

"Pandai juga ya girlfriend abang ni? Tak apa lah, kejap lagi kita bincang balik pasal ni. Sekarang... kita sambung lari balik."

"okay, let's go."








                           CADAR katil yang sedikit renggang ditariknya supaya kelihatan kemas. Langsir yang terbuka dikumpulkan ke tengah lalu diikat sebelum dia mencapai Vacum yang tersandar di bucu meja.

Muncung penyedut habuk itu dihalakan pada karpet berbulu yang berada ditengah bilik. Lantas digerakkan kedepan dan kebelakang berulang kali untuk memastikan sekecil habuk pun tidak tertinggal.

Ralit Suraya melalukan kerja tanpa dia sedar Shark sudah berdiri dibelakangnya memerhatikan kelincahan gadis itu membersihkan biliknya. Senyuman nakal dicariknya saat Suraya membongkokkan tubuhnya ke bawah mengutip serpihan sampah kecil diatas karpet.

boleh tahan seksi juga isteri aku ni bila pandang lama-lama. Mantap babe! Omel Shark didalam hati.

"Awak pandang apa?" Soal Suraya, gugup. Sesekali dia menunduk memandang tubuhnya mencari apa yang tidak kena sehingga lelaki itu merenungnya lama.

Dia ada scan apa-apa ke?

Pantas Shark menggeleng kepala menyedarkan dirinya daripada lamunan. Lantas sebelah tangannya meraut wajah dan berpaling ke lain.

"tak ada apa-apa. Suka hati aku lah nak pandang apa pun." balas Shark, acuh tak acuh.

"Saya tahulah, tapi cara awak pandang saya tu lain macam. Macam awak tu... "

"Tergoda dengan kau?" cantas Shark. Suraya terdiam. Memang itu pun yang terlintas dibenak fikiran aku sekarang ni.

"Kau jangan perasanlah. Aku tengok kau tadi sebab pakaian kau tu buruk! Lain kali belilah baju yang cantik sikit, barulah sedap mata aku ni memandang."

"Awak nak saya pakai baju apa? Baju yang zaman purba nampak paha tu?" Soal Suraya.

Shark terkedu sejenak. Fikirannya sudah mula terbayang gadis itu berpakaian singkat dihadapannya. Uish! Tak boleh, tak boleh! Mengundang maut namanya tu.

"Bila masa aku nak kau pakai macam tu? Lagi buruk adalah, heh! Tak sanggup aku nak muntah hijau tiap-tiap hari semata-mata kena tengok kau yang berpakaian macam tu!" sindir Shark.

Suraya hanya menjuling anak mata keatas. Yela tu muntah hijau, cakap aje lah yang dia takut tergoda dengan aku! Kalau ya pun apa salahnya? Aku isteri dia kot?

"habis? Baju apa yang sesuai dengan saya kalau semuanya buruk dimata awak?"

"baju kelawar! Sesuai sekali dengan muka kau yang tak seberapa tu!" sinisnya lagi dan ketawa sendiri.

Aku tak tahu dimana kelakarnya sehingga lelaki itu ketawa tak henti-henti. Buruk sangat ke rupa aku kalau aku pakai baju kelawar?

Hish, dia ni ada-ada sahaja nak menyakat aku! Bila aku sakat dia tahu pula marah. Omel Suraya tidak puas hati.

Dalam beberapa minit Shark ketawa akhirnya dia berhenti dengan sendirinya. Kedua belah tangannya menyentuh perut yang terasa senak tertawakan gadis itu tadi. Sekilas jam didinding diperhatikan sejenak.

"Okaylah, aku dah lambat ni. Kau sambunglah kerja kau tu dulu. Kalau ada apa-apa yang tak kena, just call me."

"tapi saya mana ada telefon." rungut Suraya.

Shark mengeluh kecil sambil anak matanya dijuling keatas. Lantas, dia mengatur beberapa tapak menuju ke arah laci meja yang berada disusut sebelah kirinya. Telefon canggih dicapainya sebelum dia kembali ke arah Suraya yang masih tercegat ditempat tadi.

"Nah."

Lambat-lambat Suraya mencapai huluran telefon itu. Biar betul dia nak bagi aku telefon ni?

"Kau pakailah telefon lama aku tu dulu. Dalam tu dah siap ada nombor telefon aku, nanti kalau ada apa-apa yang tak kena kau rojer aje lah."

"Ooo... Maknanya, kalau saya terindu awak pun saya boleh call lah kan?"

"Itu pun kalau kau dah rindu sangat nak rasa tamparan jejaka terhangat ni buatlah." sinis Shark memberi amaran. Kecil sahaja pandangan Shark kearah suraya. Dah bagi betis nak paha pula!

Suraya terdiam dan menunduk memandang lantai. Tadi kata boleh call sahaja kalau ada apa-apa tak kena, bila nak call dia pula tak izinkan. Baik tak payah bagi aku telefon kalau macam tu!

"haih, sudahlah. Aku pergi dulu, bye." pinta Shark, seraya dia mencapai kunci motor yang berada diatas meja sebelum dia mengatur langkah keluar daripada bilik itu. Tak sampai beberapa tapak, tangannya sudah ditarik kembali oleh Suraya.

Keluhan kecil dilepaskan perlahan.

"apa lagi kau nak?" Soal Shark, dingin. Suraya tidak bersuara, dia terus menunduk menyalam tangan lelaki itu buat beberapa minit sebelum dia kembali mengangkat wajah memandang suaminya. Senyuman lebar dihadiahkan pada lelaki itu.

Shark terkesima.

Terasa kelu lidahnya pada waktu ini. Pantas dia mengalihkan pandangannya ke lain dan berdehem buat beberapa kali. Buat-buat seperti sedang berlagak macho dihadapan Suraya. Padahal, lutut dah longgar sebenarnya. Tunggu masa skru tercabut aje ni.

"Err... ak... aku pergi dulu."

"Hati-hati." ringkas Suraya memesan. Shark hanya membalasnya dengan mengangguk kepala.



Author tak sabar tunggu part konflik. MUAHAHAHAHAHA!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro