18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                       PUNTUNG rokok yang semakin menipis dicampaknya ke tanah lalu dipijak mematikan api yang masih bernyala. Kawasan sekeliling perumahan itu diperhatikan Shark memastikan tiada orang yang mengintip kerja mereka.

"Lepaskan aku! Lepas!" teriak suara wanita itu, sambil dia meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada cengkaman Azim dan Kazam.

Kuncu-kuncunya yang lain hanya berdiri dibelakang Shark. Memegang kemas setiap senjata yang berada ditangan mereka. Senyuman sinis terukir dibibir Shark apabila melihat wanita itu masih cuba untuk memboloskan dirinya daripada situ.

"lepaskan dia." arah Shark, keras. Azim dan Kazam mengangguk serentak, lantas dia melepaskan wanita itu jatuh melutut dihadapan Shark.

Jelas sekali wajah wanita itu pucat ketakutan. Anak perempuannya yang masih kecil dipeluknya erat, takut jika mereka bakal mengapa-apakan anaknya.

"Suami kau mana?" Soal Shark dengan nada serius. Wajahnya tegang sahaja memandang wanita itu. Malah, dia hanya membalas dengan gelengan.

"Aku tanya kau baik-baik sekarang ni... "

"aku kata tak tahu, tak tahulah! kau boleh faham tak? Dah berapa bulan dia menghilangkan diri. Kalau kau nak kutip hutang, kau pergi cari dialah! Bukan aku!"

"tapi masalahnya budak-budak aku ni tak jumpa mana suami kau pergi. Senang cerita beginilah, selepas ni  kalau suami kau balik...Kau terus bagitahu aku. Boleh?"

Wanita itu mengangguk laju.

"Dan lagi satu, jangan cuba sorokkan suami kau daripada aku. Jantan macam dia tu tak layak untuk kau hormat. Kalau aku tahu kau tipu aku, ataupun kau cuba larikan diri daripada aku... nasib kau cuma satu aje. Mati. Faham?"

"Faham... " balasnya perlahan tanpa memandang wajah Shark. Sekilas anak perempuan wanita itu dipandangnya daripada bawah hingga keatas.

Badannya kelihatan kurus kering, dan pucat. Pasti budak kecil itu sudah lama tidak makan. Wajahnya juga kelihatan takut memandang Shark dan kuncu-kuncunya yang memegang senjata.

"berapa hari anak kau tak makan?" Soal Shark, sengaja untuk dia tahu.

Azim dan Kazam mengerut kening memandang sesama sendiri. Biar betul bos aku ni?

"Hampir lima hari... itupun aku cuma bagi dia makan hasil sisa dekat warung yang aku kerja." ujarnya, sebak.

Shark mengangguk perlahan. Lantas dia mencapai dompet kulit dibelakang seluarnya dan mengeluarkan beberapa keping duit kertas bernilai 100 sebelum dihulurkan pasa wanita itu.

"Ambil ni."

"Huh?"

"Aku kata ambil!"

Lambat-lambat dia mencapai huluran duit itu. Sekilas wajah anak perempuannya dipandang sebelum dia mendongak kembali memandang Shark.

"Terima kasih."

"Sama-sama. Aku pun tak naklah engkau dengan anak kau tu mati awal sangat. Kalau tidak, dengan siapa lagi aku nak tanya pasal suami kau. Sudahlah, kau pergi balik rumah kau tu semula. Aku pun ada banyak lagi kerja nak kena setelkan." ujar Shark.

Wanita itu mengangguk perlahan dan tersenyum. Malah Shark hanya membalasnya dengan jelingan, lantas langkah diatur menuju kearah kereta alphard yang terparkir dibahu jalan.

"kau nampak tak apa bos buat tadi?" Soal kazam. Azim mengangguk tanda dia juga melihatnya.

"kau rasa penyakit Suraya tu dah pindah ke bos ke?"

"kemungkinan boleh jadi macam tu."

"Kalau kita minta duit dengan bos agaknya dia bagi tak?"

"Aku tak sure kali ni. Kalau dia bagi, confirm Shark dah jadi ikan bawal." ujar Azim.

"Kau orang tercegat apa lagi dekat situ? Cepatlah!" Cantas Shark, keras. Cepat-cepat mereka berlari menuju kearah Shark yang sudah jauh ke hadapan meninggalkan mereka berdua dibelakang.

                  
                           TOMBOL pintu dipulas perlahan-lahan sebelum ditolaknya ke dalam. Dia menjenguk sedikit kepala, melihat apa yang berada didalam bilik itu. Terbatuk-batuk Suraya apabila dia tidak sengaja menyedut habuk yang berterbangan disitu.

"Bilik stor ke ni?" Soal Suraya, sambil matanya melilau memandang sekeliling kawasan bilik itu yang kelihatan berhabuk. Pasti bilik ini sudah lama tidak digunakan. Tanpa rasa ragu-ragu, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Bingkai gambar yang tersusun diatas kabinet menjadi sasaran Suraya. Dia mengepit bulu ayam yang dipegangnya ke ketiak, sebelum mencapai salah satu bingkai gambar itu. Cermin bingkai yang berhabuk disapunya sedikit sehingga menampakkan seorang gadis cina yang sedang memeluk bayi kecil dibelakang tasik.

"ini mesti mak mertua aku dan baby ni pula mesti Shark. Haih, dia ni... kecil-kecil lagi dah muka kerek." ujar Suraya, dalam masa yang sama sempat lagi dia mengejek wajah Shark sewaktu kecil dulu.

Bingkai gambar itu diletakkan kembali keatas kabinet, sebelum dia mengatur langkah kearah almari baju pula. Baju kebaya merah yang tergantung disitu menjadi tarikan buat Suraya. Dia memandang sekelilingnya dahulu memastikan tiada orang sebelum baju itu dicapainya lalu diletak pada tubuhnya. Lihat-lihat kalau saiz itu kena dengan dirinya.

"Cantik juga baju kebaya ni, kan? Ini kalau aku pakai, jangan kata suami aku tergamam. Silap-silap ayahanda pun turut tergamam juga." desisnya perlahan.

Ralit Suraya membelek baju kebaya itu tanpa dia perasan Shark sudah lama berdiri dibelakangnya. Berkerut kening Shark melihat baju kebaya yang berada ditangan Suraya.

"Kau buat apa ni?"

"Opocot mak kau kebaya!" Suraya terlatah, tanpa sengaja dia menghayunkan bulu ayam itu ke wajah Shark sehingga terkena pada matanya. Shark mengaduh kesakitan.

Suraya terkedu sejenak. Matanya membulat terkejut memandang Shark.

"Arghh..."

"Alamak! Aw... Awak okay tak? Sorrylah, saya tak sengaja. Kenapa awak tak bagi salam dulu tadi?" Soal Suraya, cemas.

"apa guna aku bagi salam kalau kau terkejut juga nanti?"

"Sekurang-kurangnya saya tahu awak dah balik. Meh, sini saya tengok."

Tangan Shark yang sedang menggosok mata ditariknya untuk melihat jika ada apa-apa yang terjadi pada mata lelaki itu. Malah Shark menepis.

"Tak payahlah... aku Mafia bukannya budak kecil."

"saya tahulah awak mafia, tapi tak semestinya awak ni kebal seratus peratus. Kalau saya tembak awak pun mati juga kan? Sinilah saya tengok... " ujar Suraya, lantas dia melekap kedua belah tapak tangannya pada wajah lelaki itu supaya memandang kearahnya.

Sebelah mata Shark yang kemerahan dan berair ditiupnya perlahan. Dia mengerdip matanya beberapa kali setelah habuk itu hilang daripada matanya. Tangan Suraya yang masih melekap pada wajahnya ditepis lembut.

"Kau buat apa dalam bilik bonda aku ni?" Soal Shark.

"Saja. Saya cadang nak bersihkan bilik ni, tapi tak tahu pula bilik ni dah lama tak buka. Saya ingatkan stor tadi." ujar Suraya.

Shark mengangguk perlahan. Baju kebaya yang berada diatas lantai dikutipnya kembali lalu disangkut semula kedalam almari.

"itu baju bonda awak ek?" Soal suraya, dalam masa yang sama dia cuba untuk meneka.

"ada perempuan lain ke dalam rumah ni selain bonda aku dulu?" soal Shark kembali.

Suraya menjongket bahunya sambil bibir dicebiknya. "manalah saya tahu. Dulu bukannya saya duduk serumah dengan awak pun."

"kalau macam tu baju bonda aku lah. Takkan baju orang gaji aku pula?"

Suraya mengangguk perlahan. Tak lama selepas itu muncul senyuman bermakna dibibirnya.

"Kau jangan terfikir nak try baju ni." cantas Shark, seolah-olah tahu apa yang bermain difikiran Suraya saat ini.

"kenapa tak boleh try pula? Saya bukannya siapa-siapa pun selain isteri awak dan menantu dia."

"Aku tak nak baju ni rosak. Lagipun badan kau tu gemuk, kalau terkoyak baju ni siapa nak ganti? Kau nak ganti? Huh?"

"Gemuk?" Suraya menunduk memandang tubuhnya dicermin. Nampak biasa aje, celah mana yang berisi pun aku tak tahu. Shark hanya menjuling anak matanya keatas dan mengatur langkah ke pintu.

"Awak nak pergi mana?"

"Pergi mandilah, ke mana lagi?"

"Nak Su mandikan?" Soal Suraya, sambil keningnya dijongket berkali-kali. Malah Shark tidak layan, dia hanya menggeleng kepala dan meneruskan langkahnya menuju ke bilik. Jelas sekali wajah shark waktu itu mula kemerahan menahan malu.

Suraya tertawa kecil.

"Nak cakap tau! Jangan malu-malu!" jerit Suraya kuat dan jelas.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro