55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HAIDIN tersenyum sinis. Athirah dan Fajar dipandangnya silih berganti. Asap rokok dihembus keluar dengan sengaja menyapa wajah mereka berdua. Terbatuk-batuk Athirah dibuatnya. Sesekali kawasan disekitar cafe itu diperhatikan lama.

Nampaknya semua orang sedang sibuk dengan urusan masing-masing. Dapatlah mereka berbincang dengan tenang tanpa sesiapa pun yang menganggu.

"Jadi macam mana?" soal Fajar setelah lama dia mendiamkan diri.

Haidin tersenyum menyenget. Puntung rokok yang hampir menipis dicampakkan ke dalam bekas besi yang tersedia diatas meja, sebelum dia menyandarkan tubuhnya ke belakang.

"Aku tak kisah pun macam mana cara nak dapatkan Suraya semula, tapi kalau benda ni tak menjadi... Aku tak teragak-agak nak bunuh kau orang berdua." sinisnya, dan tertawa jahat.

Fajar terdiam sekelip mata. Air liur ditelannya sejenak. Berderau darahnya saat ini. Sesekali dia menoleh memandang wajah Athirah yang sudah berubah pucat ketakutan.

"Haidin, kita orang cuma mampu bagi cadangan sahaja. Kalau idea ni tak menjadi sekalipun, kau tak boleh... "

"syhh... Aku tak nak dengar alasan." cantas Haidin.

"Kau yang buat aku jadi macam ni, jadi kau harus terima apa yang aku akan buat. Salah kau juga sebab lepaskan Suraya tanpa izin aku. Aku dah cakap dekat kau yang jaga Suraya sampai aku ambil dia semula, tapi kau lupa. So? Terima sajalah."

"Tapi Haidin, aku tak sengaja lepaskan Suraya. Lagipun, kau gangster. Mamat tu pun gangster, kenapa kau tak rampas aje Suraya daripada dia?"

"Cakap pakai mulut senanglah. Aku malas nak gunakan kekerasan. Lagipun mamat ikan tu bukan lawan aku. Tak ada masa aku nak gaduh dengan budak mentah tu." sindirnya.

Sekilas jam dipergelangan tangannya dipandang buat seketika. Rasanya aku perlu pergi daripada sini. Perempuan tua tu pun belum makan lagi, karang mati kebuluran pula!

"okaylah, Aku perlu pergi sekarang. Jangan lupa buat apa yang kau orang rancangkan tu, and paling penting ialah jangan lari. Mata-mata aku ada dekat mana-mana sahaja, tak guna kalau kau dengan pasangan kau cuba bersembunyi daripada aku. Faham?"

"Fa... Faham." balas Fajar, gagap. Haidin tersenyum lebar.

"good. That's why aku suka kerja dengan kau." ucap Haidin sebelum dia bangun melangkah pergi daripada situ. Setelah kelibat lelaki itu menghilang, Fajar menghembus nafas lega.

Sesekali dia menoleh ke belakang untuk memastikan bahawa lelaki itu sudah pun pergi jauh daripada situ sebelum wajah Athirah ditatapnya.

"are you okay?" soal Fajar, risau. Dagu Athirah ditarik lembut, menghadapnya.

"yes, Im good but... sampai bila kita kena tanggung semua ni, bang? Athirah dah tak mampu lagi untuk buat semua ni. Kalau pihak polis tahu yang kita buat kerja ni mesti... "

Cepat-cepat Fajar menekup mulut wanita itu dan menggeleng kepala. Risau kalau ada orang sekelilingnya yang mendengar apa yang wanita itu bicarakan tadi.

"please, nothing will happen to us, believe me. We just do what we have to do. If we don't do all this, you and me will die."

"tapi abang... "

Fajar menggeleng. Tiada lagi cara lain yang mereka boleg lakukan selain apa yang dicadangkan tadi. Walaupun kerja itu agak gila, tapi itu sahaja harapan mereka untuk melepaskan diri daripada Haidin. Athirah mengeluh. Air mata yang hampir menitis dikesatnya menggunakan belakang tangan.

"Abang janji, selepas sahaja semua ni selesai, Kita lari."









"YEAY, dah siap!" jerit Suraya, gembira. Pinggan sushi diletakkan keatas meja. Tertelan air liur Kazam dan Azim melihatnya. Nampak macam sedap!

Shark tersenyum lebar. Dia menarik kerusi sebelum melabuhkan punggung disitu. Batang kayu Chopstik yang tersimpan didalam laci dicapainya. Rambang matanya ingin memilih sushi untuk dicubanya terlebih dahulu.

Sushi yang berintikan telur dikepitnya menggunakan chopstik lalu dicicah pada sos kicap yang tersedia disitu sebelum disuapkan ke dalam mulut.

"Haippp!" pantas Azim menghalang. Tangan Shark ditahannya daripada memasukkan sushi itu ke dalam mulut. Shark mengerut kening.

"Dah kenapa kau ni?"

"baca bismillah dulu, daddy. Eh, maksud saya... Bos." ujar Azim. Shark terkedu sejenak. Lupa pula dia untuk membacakan doa makan sebelum menjamah sushi. Batang kayu chopstik itu diletakkan semula keatas meja, lalu kedua belah tangannya ditadah. Begitu juga Azim dan Kazam.

"Bismillahirahmanirrahim, allahumma barik lana fima razaqtana waqina adzabannar. Amin."

"Taqabbalallahu wa minkum," kazam bersuara.

"wa minkum taqabbal ya karim." balas Azim dan Shark serentak. Lantas kedua belah tangan disapukan pada wajah.

Suraya tergamam sejenak. Apasal lain macam sahaja bunyinya tadi? Ah, aminkan sajalah!

"jemputlah makan." pelawa Suraya. Shark mengangguk. Dia kembali menyuapkan sushi berintikan telur itu ke dalam mulutnya.

"Ermm, sedap!" puji Shark. Setelah dia menelan, dia mencapai pula satu lagi sushi yang berlainan iaitu eeg mayo.

Suraya menggeleng kepala melihat kesan comot pada bibir lelaki itu. Lantas dia mencapai kain napkin diatas meja, lalu dilap pada kesan comot dibibir Shark.

"comotlah daddy makan,"

Jatuh rahang Azim dan Kazam melihatnya. Tak boleh jadi ni! Pantas Azim mencapai satu Sushi unagi, lalu dicicah pada sos kicap sebelum disuapkan ke dalam mulut. Sengaja dia membiarkan kesan comot dibibirnya menantikan respon daripada Suraya.

"Mummy, baby ni pun comot juga... " sampuk Azim, manja.

Suraya terdiam.

Shark tersenyum sinis. Dia terus menghayunkan sikunya tepat mengena pada perut lelaki itu, sehingga Azim tersedak. Spontan tubuhnya membonkok, menyentuh perutnya yang terasa senak.

Kazam mula gelisah. "Zim, kau kenpa ni Zim?" soalnya, gelisah. Azim hanya mampu menggeleng kepala. Hilang suaranya akibat menahan senak diperut.

Padan muka! Nak sangat rasa siku jerungkan? Bisik Shark didalam hati.

"nah, ini untuk kau orang. Makanlah. Aku nak pergi mandi kejap." ucap Shark, menolak pinggan Sushi itu kearah mereka berdua.

"bos biar betul? Banyak ni."

"erm, aku mana makan ikan." balas Shark, acuh tak acuh. Kazam terdiam sejenak. Sekilas dia menunduk memandang pinggan sushi diatas meja, patutlah dia bagi semua. Semua inti ikan rupanya!

"Daddy pergi mandi dulu ek. Kalau dia orang ada menggatal, just call me okay?"

Suraya mengangguk laju. Shark tersenyum lebar. Dia menunduk mengucup hidung Suraya sebelum berlalu pergi daripada situ.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro