56

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

LACI meja ditariknya, mengeluarkan sebotol ubat penenang yang tersimpan disitu. Sekilas dia menoleh ke belakang memandang Puan Siti yang masih lagi dalam keadaan lemah diatas kerusi. Padah bila cari fasal waktu begini!

Aku suruh dia makan pun susah, tak fasal-fasal penumbuk aku hinggap ke wajah orang tua itu! Omelnya tidak puas hati.

Beberapa biji ubat berbentuk kepsule dituang jatuh keatas telapak tangannya. Tinggal lagi dua biji sahaja ubat penenang yang tinggal.

"Jack!" serunya, kuat dan jelas.

Jack tersentak. Kad terup diletakkan keatas meja sebelum dia bangun berlari mendapatkan Haidin di bilik penyeksaan.

"Ya, bos?"

"ubat aku dah habis. Nanti kau tolong belikan aku lagi dua botol." ucap Haidin. Jack mengangguk menuruti arahan.

"and lagi satu... kau tolong hantar benda ni ke rumah Shark." kotak hadiah berwarna merah jambu diserahkan pada lelaki itu. Lambat-lambat Jack mencapainya.

"pastikan kotak tu dapat ke tangan Suraya."

"tapi kalau pengawal dia halang macam mana? Bos pun tahu rumah mamat tu macam manakan? Depan belakang ada orang jaga. Kalau dia tahu yang saya hantar kotak ni pada Suraya mesti dia akan... "

PAP!
Kedua belah tangan Haidin dihentak kuat keatas meja. Terhinjut bahu Jack dibuatnya. Nafas Haidin mula turun naik, wajahnya pula sudah bertukar merah padam.

Air liur ditelannya sejenak. Cepat-cepat dia menundukkan kepalanya memandang lantai apabila lelaki itu mula mengalihkan pandangan kearahnya.

"Susah sangat ke permintaan aku? Jangan sampai kau pula yang sama nasib dengan orang tua ni." gertak Haidin.

Jack mengangguk perlahan. "Ba... Baik bos, saya akan cuba."

"bagus. Dah pergi cari ubat untuk aku! Emosi aku dah terganggu sekarang ni disebabkan kau. Pergi!"

"baik, bos. Saya minta diri dulu." pinta Jack, sebelum dia mengatur langkah pergi daripada situ. Haidin menjeling. Dua biji ubat penenang ditelannya sekaligus. Segelas air putih diatas meja, dicapainya lalu diteguk perlahan-lahan.

Kedua belah tangannya ditongkat pada meja. Sekilas dia mengerling kearah botol minyak tanah yang berada tidak jauh daripada situ. Senyuman sinis mula terbit dibibirnya.

"kau nak buat apa dengan minyak tanah tu?" Puan Siti kembali bersuara dengan nada perlahan.

Haidin hanya tersenyum sinis sebagai jawapan. Botol minyak tanah itu dicapainya, sebelum dia memusing memandang Puan Siti.

"Sebagai persediaan kalau Suraya mengandung." ucapnya, dan tertawa jahat.





AZAN maghrib mula berkumandang kuat. Mereka yang tadinya bergelak ketawa sakan akhirnya terdiam sekelip mata sebagai tanda menghormati. Setelah laungan azan terhenti, mereka sama-sama menadah tangan membacakan doa.

"alang-alang semua orang masih ada dekat sini, apa kata kita solat berjemaah sama-sama?" cadang Suraya seusai dia habis mengaminkan doa.

Shark, Kazam dan Azim saling berpandangan. Alamak! Mampus kalau macam ni. Siapa pula yang nak jadi imam?

"Err... rasanya,"

"Su ambil air sembahyang dulu ya." pinta Suraya memotong kata-kata Azim tadi, sebelum dia bangun melangkah menuju masuk ke dalam bilik air. Setelah kelibat Suraya menghilang, mereka kembali memandang sesama sendiri.

"bos, macam mana ni? Saya mana ada bawa telekung!" rungut Azim.

"betul tu! Kita orang datang sini sehelai sepinggang sahaja bos."

"apa benda kau orang berdua merepek ni? Kita lelaki, mana ada pakai telekung! Pakai macam ni pun dah boleh solatlah!" herdik Shark, separuh berbisik. Takut jika Suraya mendengarnya.

"Habis tu? Siapa nak jadi imam?" tanya Kazam.

"Boslah, siapa lagi?"

"eh, asal aku pula yang kena jadi imam?" soal Shark, tidak puas hati. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja lantik aku jadi imam, banyak cantik?!

"laa... Boskan dah belajar cara solat. Kita orang mana ada belajar lagi, jadi boslah yang kena jadi imam. Kalau nak harapkan kita orang, takut sesat pula nanti." ujar Azim, Kazam mengangguk laju tanda dia juga setuju.

"memanglah aku dah belajar, tapi masalahnya... "

"masalahnya apa?"

Shark menjenguk sedikit kepalanya kearah bilik air. Nampaknya Suraya masih belum keluar. "Masalahnya, aku baru hafal doa Al-Fatihah. Doa tahyad akhir aku baru hafal separuh!"

PAP!
Azim dan Kazam menepuk dahi mereka serentak.

"maknanya sebelum ni bos tak pernahlah solat berjemaah dengan mummy?" soal Azim. Tak fasal-fasal tangan Shark mendarat ke wajahnya.

"siapa mummy kau, huh?"

"Maksud saya Suraya, bos."

"cakaplah Suraya! Mummy... Mummy... Aku bagi karang tak fasal-fasal jadi gila!" herdik Shark, Acah-acah ingin menumbuk wajah lelaki itu. Geram pula apabila Azim seringkali menggelarkan Suraya, mummy. Panggilan itu hanya untuk aku sahaja tau!

Azim mencebik bibir. Sudahlah tadi kena siku, sekarang kena tampar pula. Apalah nasib aku hari ni...

Kazam menggeleng kepala. Jari terlunjuknya menolak sedikit dahi Azim sehingga dia terdongak sedikit memandang ke atas.

"apalah kau ni... "

"Daddy! Daddy dah ambil air sembahyang ke belum?" Soal Suraya, sedikit menjerit. Bahagian lengannya yang disenteng tadi, diluruskan kembali. Wajahnya yang agak sedikit basah, disapu menggunakan telapak tangannya sebelum mengalihkan pandangan ke arah Shark yang berada diruang tamu.

Shark tersengih menampakkan giginya. "belum, mummy. Daddy baru nak pergi ambil. Mummy pergilah naik atas dulu, tolong sediakan tempat solat untuk Kazam dengan Azim sekali!"

"okay, daddy. Cepat sikit tau! Tak baik Lambat-lambatkan solat ni." pesan Suraya, sebelum dia melangkah menuju ke tingkat dua. Shark mengangguk.

"Bos, macam mana ni?" soal Azim, mula menggelabah. Tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk mereka berbincang. Nak lari pun dah tak sempat!

Shark mendiamkan diri untuk seketika, memikirkan rancangan yang sesuai. Jari jemarinya menggosok dagunya yang licin, buat-buat seperti sedang berfikir. Tak sampai beberapa minit, ibu jarinya dipetik kasar.

"aku tahu caranya, tapi kau orang berdua perlu bantu aku dalam hal ni." ujar Shark.

Azim dan Kazam saling berkerut pelik memandang Shark. Nak solat pun kena tolong juga ke?

"tolong apa?" tanya Azim dan Kazam serentak. Shark mengukir senyuman bermakna, sambil kedua belah keningnya dijongket berkali-kali sebagai jawapan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro