TEASER 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"Kau betul, Bert. Mungkin niat aku salah. Sebab tu aku dapat balasan cash." Daryan menyebut jua apa yang terlintas di hatinya. Mungkin benar.

"Benda ni orang tak panggil balasan, Yan. Ini semua peluang. ALLAH bagi kau peluang untuk kau tahu sendiri siapa lelaki yang kau puja selama ni." Nada suara Albert kedengaran meninggi.

Daryan berkalih memandang dengan cerlungan.

"Aku tak pernah puja dia, Bert. Setakat sayang, tak sampai ke tahap puja. Puja dan puji tu bukan untuk manusia. Manusia tak layak pun nak dipuja." Daryan segera betulkan salah anggapan Albert. Selama ini pun dia tak pernah memuja Azim. Cuma sayang dan cinta sesama manusia. Cinta fitrah.

"Okay. Sorry. My mistake." Albert cepat-cepat mengakui silapnya. "Tapi aku tetap tak setuju, Yan. Kenapa kau..." Tak ketemu ayat yang sesuai untuk Albert sebut. Dia betul-betul tak percaya dengan apa yang Daryan sedang buat.

Belum sampai satu jam dia melihat wajah Daryan yang cantik manis dengan pakaian yang lebih sopan, sekarang Daryan kembali menjadi Daryan yang dulu. Sudah kumuh tudung milik Dalila yang dipinjam setelah Daryan sumbat masuk ke dalam beg galas. Tak cukup dengan itu, Daryan turut tanggalkan jaket yang membalut tubuh langsingnya. Apa yang dipakai sekarang hanyalah jeans dan sehelai short sleeve t-shirt berwarna putih. Rambut pula disanggul tinggi dengan gaya messy.

"Jom. Kau cakap nak temankan aku jumpa Azim. Aku belanja wagyu, bukan setakat rib-eye," ajak Daryan sambil dia panjangkan tangan mahu membuka pintu kereta.

"Kejap, Yan." Albert lebih cepat menghalang. Lengan Daryan ditarik sebelum dia membuka kemeja denim yang sedia membalut tubuhnya. Kemudian Albert hulur buat Daryan.

"Selama ni kau pakai t-shirt besar, Yan. Bukan short sleeve. Aku tak suka kau pakai macam ni." Mata Albert memandang susuk tubuh Daryan yang cukup sempurna terbentuk dan jelas terlihat lekuknya.

"Bert?" Daryan pun bukan sengaja mahu pakai baju itu. Dalila yang pilih dan sesuaikan mengikut fesyen. Dia bukannya tahu pasal fesyen.

"Pakai baju aku ni." Albert terus menghulurkan kemeja di tangannya.

Daryan hanya memandang bagai tak sudi nak menyambut.

"Tak payah bimbang. Aku baru pakai hari ni," sambung Albert lagi kalau itu yang Daryan risaukan.

"Kalau kau dah pakai seminggu pun aku sanggup, Bert. Sebab aku tahu kenapa kau buat semua ni."


VOTE & COMMENTS ARE VERY APPRECIATED.

_FROM_ME_WITH_LOVE_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro