TEASER 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dahlah merajuk tu, Bert. Macam perempuan."

"Aku merajuk dengan kau aje, Yan. Kau yang lebih untung sebenarnya. Perempuan lain boleh tengok aje tapi tak ada peluang."

"Poodah! Perasan." Daryan angkat tangan kanan gaya Uncle Ravi.

Senyuman di bibirnya kembali terkuntum. Daryan senang hati kerana rajuk Albert sudah terpujuk. Daryan juga mengaku dalam diam, memang betul apa yang Albert cakap. Memang ada perempuan lain yang cemburu melihat hubungan mereka. Lebih-lebih lagi 'minah-minah' yang memang ada hati dengan Albert.

Jujur Daryan kata Albert memang hensem dengan mata sepet dan kulit putih melepak yang dimiliki lelaki itu. Memang kalah kulit dia walaupun dia orang perempuan. Maklumlah Albert berbangsa Cina. Hensem Albert pula tak adalah sampai ke tahap retis yang Daryan boleh sebut nama siapa-siapa. Albert hensem kerana mendiang babanya berasal dari Thailand. Albert juga tak lokek dengan senyuman. Wajah kacaknya memang sejuk mata yang memandang.

"Mana kuih tadi?" Albert hulurkan tangan sambil meminta.

Daryan geleng kepala. "Offer dah tamat," balas dia bersahaja.

"Yan..." Albert menarik tali beg galas Daryan. Terdorong tubuh gadis itu ke belakang dan hampir terlentang.

"Bert!" Suara Daryan naik bertakuk-takuk dek kerana terkejut.

Albert juga yang sedang ketawa senang hati sambil dia merampas plastik tadi dari tangan Daryan. Namun, tak lama setelah telefon milik Daryan tiba-tiba berbunyi.

"Azim," sebut Daryan sepatah dengan wajah yang berseri-seri.

Laju dia menepuk lengan Albert kerana lelaki itu masih tak melepaskan pegangan pada beg galasnya. Albert juga yang terpaksa mengalah sambil dia tarik muka masam menggantikan wajah cerianya sesaat tadi.

Mendengar sepatah nama yang disebut Daryan, hati Albert semakin terkoyak luka. Apatah lagi melihat senyuman manis yang terukir melebar pada bibir gadis itu. Terasa luka di hati Albert semakin parah dan berkali ganda membuakkan darah merah.

Albert buka langkah mahu berlalu. Tak kuasa dia nak menjadi pendengar tak berbayar. Namun, tingkah dia pula yang terbantut setelah lengan tiba-tiba ditarik Daryan. Daryan menggeleng tanda melarang dia untuk pergi sambil gadis itu menjawab panggilan telefon.

Albert membatukan diri. Dia terpaksa biarkan mata semakin senak kerana melihat wajah ceria Daryan. Tak cukup dengan itu, lengan kemeja dia turut menjadi mangsa. Ditarik-tarik dan digentel Daryan gaya orang yang sedang mengurat.

Albert semakin sakit hati. Mahu diluahkan, sudah tak terkira berapa kali dia luahkan. Lagipun, bukan Daryan tak pernah tahu apa yang dia rasa melainkan Daryan sengaja butakan mata dan pekakkan telinga. Daryan memang pakar dengan tingkah buat tak peduli!

VOTE & COMMENTS ARE VERY APPRECIATED.

_FROM_ME_WITH_LOVE_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro