TEASER 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SAMPAI bila awak nak layan saya macam ni?"

"Kan saya dah cakap, bagi saya masa. Bukan saya nak sorok awak ke apa?"

"Masa? Sampai bila? Saya manusia, kalau awak boleh lupa tiba-tiba. Maknanya saya ada perasaan." Wanita itu terus meluahkan apa yang dia rasa. Langsung tak peduli pada wajah Azim yang sudah berubah menjadi menyinga.

"Salah saya ke semua yang berlaku ni?" Azim mula membentak.

Bergelora rasa di dalam dadanya dan tak terlepas dari membusung dengan kebencian. Namun, dia tak mampu untuk terus membenci Hanima.

"Dah tu salah saya? Awak yang sanggup terima segala, kan? Awak cakap sebab..."

"Dah. Saya nak keluar. Mungkin esok baru saya balik." Azim terus buka langkah dan menuju ke ruang depan. Tak sanggup dia nak bertegang leher di situ.

"Sampai bila awak nak kurung saya dekat sini? Saya nak balik rumah mak saya."

"Lepas tu awak nak bagitahu mak ayah awak yang saya tak mampu nak jaga awak? Saya sorokkan awak dari semua orang? Saya kurung awak dalam bilik hotel ni?"

"Awak tak ikhlas dengan semua benda, kan Encik Azim?"

Bergerak rahang Azim gara-gara sepatah ayat panggilan yang digunakan Hanima. Memang nampak sangat mahu menguji kesabaran dia.

"Awak dah tahu kan kenapa saya buat semua ni?" Masih Azim mahu membalas, apatah lagi Hanima sudah menghampiri dan meraih lengannya.

Mahu merentap, Azim tahu dia bukan lelaki dayus. Ya. Dia memang lelaki yang sanggup bertanggungjawab dengan salah sendiri. Sebab itulah dia ada di sini sekarang. Terperangkap di dalam situasi yang terlalu sukar untuk dibetulkan.

"Awak nak pergi jumpa Daryan?" Hanima sedia tahu apa yang dia akan buat.

"Dah tahu, awak tanya buat apa lagi?" soal Azim tak acuh.

Dia meleraikan pegangan Hanima pada lengannya. Dia perlu bertolak sekarang atau akan terlambat untuk menepati janji dengan Daryan.

"Saya tahu awak mampu nak kahwin lebih daripada satu. Tapi awak tak patut tipu tunang awak tu. Awak kena berterus-terang dengan Daryan."

Azim berkalih memandang Hanima dengan biji mata tercerlung.

"Tolong jangan nak sibuk dalam urusan saya. Saya tahu nak buat apa."

"Kenapa awak tak lepaskan saya aje? Kenapa nak teruskan hubungan ni?"

"Awak memang manusia yang tak tahu bersyukur, kan? Kira eloklah saya layan awak macam ni. Nak macam mana lagi?" Semakin tinggi nada suara Azim. Kalau lama lagi dia di situ, tak mustahil akan tercetus perang besar.

"Tapi saya lebih berhak pada awak, Encik Azim. Saya isteri awak."

VOTE & COMMENTS ARE VERY APPRECIATED.

_FROM_ME_WITH_LOVE_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro