HV | Romance : Inconsolable

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng




Mungkin aku patut merasa menyesal kerana mencadangkan permainan ini.

"Aku tak rasa ini idea yang bagus," tingkah Pisces.

"Setakat pergi rumah terbiar tu, tak berbaloi awak lakukannya, Leo," Gemini menambah.

"Kenapa tidak? Bersama Taurus, ianya pasti lebih menarik!" Leo menjeling aku.

Ah, senyuman tulusnya itulah membuatkan setiap hari aku berperang dengan hati sendiri agar berhenti menyukainya.

Akhirnya kami meninggalkan majlis dengan pandangan yang tidak puas hati dari mereka. Leo melangkah tenang dengan lampu suluh di tangan.

"Mungkin kita patut patah balik."

Langkahnya terhenti.

"Siapa tahu kita masuk rumah tu atau tidak," aku berkata lagi.

"Takut?" Dia mencengkam lengan bajuku. "Aku takkan lepaskan kau kalau ada apa-apa yang terjadi."

Mata redupnya membuatkan aku terpaku dalam suram cahaya namun saat terpandang bayang bergentayangan di atas bumbung rumah terbiar itu, aku menjadi cemas.

Sedikit pun Leo tidak melonggarkan cengkamannya hinggalah kami sampai di hadapan rumah itu. Leo tidak sedar kami sudah melangkah melangkaui garisan serbuk belerang yang ditabur.

"Kenapa layan aku begitu baik?" Aku perlukan jawapan untuk persoalan yang menghantui selama setahun ini.

Dia tersenyum lagi.

"Kerana kau gadis biasa, boleh bertahan dengan kerja jahat mereka. Semangat kau buatkan aku kagum. Aku ada seorang kawan yang selalu dibuli seperti kau tapi... dia bunuh dirinya. Dan aku, taknak benda yang sama terjadi pada kau. Aku nak kau tahu, walau ada 1000 orang membenci, pasti ada seseorang yang akan menghargai."

Semakin aku menyesali keputusan aku sekarang.

"Aku harap ianya cukup untuk kau teruskan hidup," sambungnya.

"Maafkan aku, Leo."

Saat pintu rumah itu berkriuk perlahan, tubuhnya aku tolak menjauhi garisan belerang.

"Lari, Leo!"

Bayang hitam bergerak keluar bersama bunyi mendesir yang menakutkan. Leo terkaku dengan mata membuntang.

"Jangan ambil dia! Bukan dia korban kau!" Aku menjerit lantang pada bayang itu.

Secara tiba-tiba leherku terasa direntap dan tertarik masuk melalui pintu yang terbuka.

"Lari, Leo!"

"Aku takkan lepaskan kau!"

Aku menangis semahunya saat kami sudah pun berada di dalam rumah itu.

"Aku membenci sehingga mahu menyihir mereka tapi syaratnya aku perlukan seorang korban. Maaf, Leo. Aku tak jangka nama kau terpilih," biar pedih, aku akui jua. Leo diam tidak membalas.

Bayang hitam itu muncul lagi. Serentak leher Leo direnggut dan terangkat ke udara.

"Aries..." gemersik Leo menyeru. Bayang itu berhenti mendesir. "Kau, Aries. Kawanku."

Mengertilah aku, bayang yang aku puja ialah Aries, roh kawan Leo yang mati bunuh diri di rumah itu.

"Cukuplah dengan dendam itu. Bunuh aku jika itu boleh membuatkan kau 'pergi' dengan tenang," Leo berkata lemah.

"Jangan! Dia orang yang baik! Membuatkan aku merasakan harapan itu wujud!" jeritku menggila sebelum tubuhku seakan dicengkam. Sakit!

"Jangan cederakan dia, Aries! Dia tidak mungkir janji. Dia sudah bawakan korban padamu. Dia cuma hilang arah kerana mereka, sama sepertimu."

Mata dipejam, hancur hati mendengar kata-kata Leo.

Aku tersedar ketika langit sedikit cerah. Leo tegak berdiri memandang rumah terbiar itu yang hanya tinggal abu dengan asap nipis.

"Leo?"

"Dia dah pergi..." matanya basah. "Aku sesal tidak berada di sisinya saat dia hilang pertimbangan."

Dalam sinar mentari yang menghangat, kami diam menangisi hakikat dunia yang tidak indah.

500 words.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro