👑 - 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Arabella menggeliat kecil setelah sedar dari tidurnya lalu dia terus bangun ke bilik air tanpa membuang masa untuk membersihkan diri. Hari ini dia membuat keputusan untuk menghantar Kyle ke sekolah setelah beberapa lama dia terpaksa berharap pada Stella untuk menghantar dan mengambil si kecil.

Manakala Kyle juga turut terjaga bila dia terbiasa bangun dengan sendirinya tanpa menunggu untuk mamanya membangunkan dia. Sementara menunggu Arabella selesai, dia mengambil pakaian seragamnya dan diletakkan ke atas katil untuk memudahkan dia bersiap.

Tidak berapa lama kemudian, Arabella melangkah keluar daripada bilik air dengan lengkap berpakaian. Terus bibir mengukir senyuman sebaik melihat kelibat Kyle yang terus saja berlari anak seraya memeluk pinggangnya sambil memberi kucupan di kedua belah pipinya.

"Selamat pagi, mama." gumam Kyle sambil tersengih menampakkan giginya.

"Selamat pagi. Kyle pergi mandi dulu, hari ni mama hantarkan Kyle, okay?" kepala Kyle diusap lembut. Tawa halus terkeluar dari mulutnya bila melihat wajah Kyle yang berubah teruja dengan apa yang dia katakan.

Arabella memerhati susuk tubuh si kecil yang pantas saja masuk ke dalam bilik air, sedang dia mengemas katilnya dan Kyle pintu bilik diketuk dari luar dan kedengaran suara pembantu milik Leon.

"Ms. Arabella, Sir would like to have breakfast with you." maklum pembantu tersebut setelah Arabella membukakan pintu biliknya.

"Sure thing, just give us a minute." balasnya seraya mengucapkan terima kasih pada pembantu yang terus saja berlalu pergi setelah mendapatkan jawapannya.

Arabella tidak hairan jika ada pembantu lelaki itu yang menyediakan sarapan pagi untuk mereka, sudah jelas hotel tersebut milik Leon. Dari yang dapat dia agak, mungkin pembantu tersebut hanya datang pada waktu tertentu saja atas arahan Leon.

Kyle keluar daripada bilik air dan terus menyarungkan pakaian sekolahnya tanpa membuang masa. Arabella turut membantu si kecil yang jelas gembira itu. Setelah itu mereka berdua melangkah keluar daripada bilik.

Tiba di ruang makan, Arabella dan Kyle mengambil tempat duduk berhadapan dengan Leon yang sedang fokus mendengar makluman daripada Alessio yang sudah pasti berkaitan dengan bisnes mereka.

Sarapan pagi yang terhidang di atas meja di perhati, terdapat roti bersalut coklat, buah-buahan segar, kopi panas, dan juga susu suam yang dikhaskan untuk Kyle.

Setelah melihat perempuan itu dan si kecil sudah bersedia untuk menjamu sarapan pagi, Leon memberi isyarat tangan pada Alessio tanda dia mahu meneruskan hal tersebut seketika nanti. Alessio mengangguk faham, kepala ditunduk sedikit tanda hormat pada Arabella dan Leon sebelum melangkah pergi.

"Good morning." sapa Leon bersahaja sebelum mengangkat cawan berisi kopi panas dengan tangan kanannya sekaligus mengajak mereka yang lain.

"Good morning, uncle." ceria saja suara Kyle membalas.

Leon terbatuk kecil, mata hitamnya sepantas kilat melekap ke arah Kyle yang sudahpun menyuap sekeping roti bersalut coklat ke dalam mulutnya. Manakala Arabella yang mendengar mengetap bibir cuba mengawal perasaan lucu dan rasa ingin ketawanya melihat reaksi daripada lelaki itu.

Leon yang tidak beralih matanya merenung tajam ke arah Kyle membuatkan si kecil mendongak memandangnya dengan raut wajah yang bersahaja, jelas tidak mengetahui apa yang telah dia lakukan.

Leon hanya mampu mengalihkan anak matanya sambil perlahan menyisip kopi panasanya bila dia sendiri mati kata untuk bersuara. Arabella sempat menjeling ke arah Leon sepintas lalu sebelum menggeleng kecil kepalanya cuba menghapuskan rasa lucu yang masih belum hilang.

"Oh sebelum terlupa, saya boleh hantar Kyle ke sekolah hari ni." ujar Arabella memulakan bicara.

"Why?" soal Leon sepatah sambil mengangkat sebelah keningnya pada Arabella. Ingin mengetahui apa alasan perempuan itu yang tiba-tiba sahaja mahu menghantar si kecil hari ini.

"Saya rasa Marcello tak akan ganggu saya buat sementara waktu jadi saya boleh hantar Kyle." jelas Arabella seringkas yang mungkin, turut menyisip kopi panas seraya menunggu balasan daripada Leon.

Namun Leon tidak memberi sebarang balasan, tepi bibir dilap menggunakan napkin setelah usai menjamu sarapan begitu juga dengan Kyle dan Arabella. Leon bangun dari duduknya lalu kot yang tersangkut di kepala kerusi dicapai.

Arabella memimpin tangan kecil Kyle seraya melangkah keluar dari ruang makan dan berjalan menghampiri pintu utama bilik hotelnya. Keluar daripada bilik, dia dan si kecil menuju ke arah lif.

Susuk tubuh Leon yang berada di hadapannya diperhati, sudah tentu lelaki itu ingin menguruskan urusannya. Tidak berapa lama kemudian, mereka bertiga berada di tingkat bawah hotel.

Arabella memandang hairan pada Leon saat dia berura-ura untuk ke kereta miliknya bila melihat Leon sedang berdiri di tepi kereta lelaki itu sambil memberi isyarat tangan padanya.

"It's okay. Saya boleh bawa kereta sendiri." faham dengan apa yang dimaksudkan Leon, Arabella menolak pelawaan lelaki itu secara lembut.

"I don't think so. We have something to talk, Ms.Arabella." nada suara Leon perlahan namun tegas seraya memberi peringatan pada perempuan itu tentang apa yang mereka bualkan semalam.

Tahu bahawa dia tidak dapat mengelak, Arabella hanya akur membawa Kyle ke arah kereta Leon bila dia hampir terlupa dengan apa yang dia janjikan pada lelaki itu. Sebaik masuk ke dalam perut kereta, Leon terus memecut laju keretanya membelah jalan raya.

*
*
*

Arabella membuang pandang ke arah luar kereta, dia berharap agar urusannya dan lelaki itu berakhir secepat yang mungkin memandangkan dia tidak mahu hal tersebut semakin berpanjangan.

Dia dan lelaki itu hanya dua individu yang bekerjasama tetapi mempunyai motif yang berlainan, selepas dia dapatkan apa yang dia mahu saat itu dia akan memutuskan segala hubungan antara dia dan Leon.

Kini mereka dalam perjalanan menuju ke tempat dimana Marcello mengurungnya tempoh hari. Itu juga dari arahannya yang meminta Leon ke situ kerana apa yang lelaki itu mahukan berada di sana. Arabella cuma berharap semuanya berjalan dengan lancar.

"We're here." ujar Leon sepatah. Pintu kereta di buka sebelum dia melangkah keluar.

Arabella turut melakukan perkara yang sama sebelum mereka beriringan melangkah ke arah rumah tersebut. Atau lebih tepat lagi ianya tidak tumpah seperti sebuah sangkar yang menjadi tempat Marcello melakukan perbuatan jijiknya.

Mereka melangkah masuk ke dalam setelah memastikan tiada apa-apa yang mencurigakan. Masuk saja ke dalam bilik yang satu itu, suasananya sama sewaktu dia dikurung Marcello tempoh hari. Kecuali satu, ke semua gambar-gambarnya lenyap tanpa ada satu yang tertinggal ibarat ianya tidak pernah wujud.

Ini menandakan Marcello kembali semula ke situ dalam waktu yang terdekat. Arabella mengatur kaki ke dinding bilik tersebut dan seperti yang dia jangkakan, terdapat sebuah lagi bilik disebaliknya. Jika tidak peka maka sesiapa saja bakal terlepas pandang.

Namun Arabella masih ingat satu persatu-satu apa yang berada di situ dan ianya memudahkan kerjanya. 

"Are you sure there's something worth for me to come here?" soal Leon yang sedari tadi memerhati sekeliling bilik tersebut.

"I placed a hidden camera here at the time when I was kidnapped." Arabella memaklumkan hal itu seraya membalas pandangan dingin Leon.

Tapak tangannya menyentuh permukaan dinding bilik cuba mencari kamera kecil yang dia lekatkan tempoh hari di situ. Seketika Arabella tersenyum kecil bila dia menjumpainya dan terus saja alat tersebut direntap dari dinding bilik.

Berlainan pula dengan Leon yang sedari tadi memerhati perempuan itu, sedikit sebanyak dia juga terasa kagum dengan apa yang telah perempuan itu lakukan. Jelas sekarang bahawa Arabella tidak senaif yang dia sangkakan.

"Nah. Awak boleh tengok apa yang ada dalam kamera ni. Mungkin ada maklumat yang awak cari." alat tersebut dihulurkan pada Leon sebaik saja dia mendapatkannya.

"You're quite the fascinating one, I must say." ujar Leon dengan suara yang perlahan sambil mengambil kamera kecil tersebut yang dihulurkan perempuan itu.

Arabella tidak membalas dengan kata-kata pujian daripada Leon namun reaksi wajahnya yang mula membahang menunjukkan sebaliknya dengan mata sempat mengerling ke arah kelibat lelaki itu yang menuju ke sebuah bilik di situ.

Mereka berdua meneruskan lagi menyelongkar bilik rahsia Marcello untuk memastikan tiada maklumat penting yang tertinggal. Dan tanpa mereka sedari, segala perbuatan mereka diperhati dari awal hingga saat itu.

Setelah habis diselongkar segenap ruangan tersebut, mereka berdua bersetuju untuk keluar memandangkan tiada lagi maklumat yang diperlukan. Pun begitu, Arabella pasti ianya kerana Marcello sudah dapat mengagak tindakan mereka. Lelaki itu tidak kurang bijaknya.

"Tapi kita perlu berhati-hati buat masa sekarang, Marcello bukan jenis yang boleh tenang selagi dia tak dapat apa yang dia nak." terang Arabella seraya membuntuti lelaki yang berada beberapa tapak di hadapannya untuk ke kereta.

"Kau risau?" soal Leon sambil menoleh sedikit kepalanya ke arah Arabella.

Dahi Arabella berkerut hairan dengan pertanyaan lelaki itu, di perhati saja Leon yang membuka pintu kereta dan terus masuk ke dalam. Dia turut melakukan perkara yang sama, soalan Leon tak di balasnya.

Suasana di dalam kereta kembali sepi tanpa ada bicara daripada mereka berdua. Arabella hanya membuang pandang ke arah jalan raya, manakala Leon pula fokus dengan pemanduannya. Tiada yang kekok dengan keadaan sepi tika itu.

*
*
*

Malam menjelma, kini tinggal Arabella seorang diri di dalam bilik suites milik Leon. Ianya terdapat dua buah bilik di dalamnya, dan salah satunya menjadi bilik dia dan si kecil. Pun begitu, Arabella tidak kisah kerana dia hanya akan tinggal di situ buat sementara saja.

Si kecil pula sudah dia tidurkan sebentar tadi setelah hampir seharian mereka berdua luangkan masa bersama. Lelaki itu pula tiada bersama memandangkan ada urusan yang perlu di uruskan dari apa yang di beritahu Dante padanya.

Arabella yang sedang bersandar di kepala katil tidurnya fokus meneliti satu-persatu dokumen yang dia kumpulkan tanpa pengetahuan sesiapa mengenai maklumat yang dia mahukan. Ianya hampir selesai, hanya sedikit saja lagi. Dia harus bersabar.

Pun begitu, dapat dia rasakan maklumat yang dia kumpulkan masih belum cukup. Seperti ada yang tertinggal walaupun telah dia pastikan ianya sudah cukup lengkap. Mungkin perasaannya saja. Cuba dia sedapkan hatinya.

Tepi kepala di picit perlahan saat kepalanya mula terasa pening dan berdenyut-denyut. Keluhan kasar terlepas di bibirnya, dia dengan sendiri mahu mencari tahu tentang semuanya, tetapi dia sendiri juga tidak pasti sama ada ianya bakal membuahkan hasil atau sebaliknya.

Dia bangun dari katilnya, dokumen itu di simpan rapi di dalam laci kecil meja kecil sebelah katilnya. Kaki di atur keluar daripada bilik tersebut untuk ke pantri saat tekaknya terasa haus. Sambil dia berjalan, sempat rambutnya disanggulkan seringkas mungkin.

Usai membasahkan tekaknya, Arabella yang baru saja berpaling dan ingin melangkah kakinya untuk ke bilik, terhenti pergerakannya bila dia melihat susuk tubuh Leon yang secara kebetulan masuk ke ruangan pantri tika itu.

"Oh, you're back." secara spontan Arabella menyapa lelaki itu.

"What are you doing?" soalan di balas dengan soalan, di pandang sekilas perempuan di hadapannya itu seraya melonggarkan ikatan tali lehernya.

"I'm thirsty. Well, I'm about to go to sleep." jawab Arabella perlahan. Di lihat saja Leon yang sedang menuang air kosong dari dalam jag kecil ke dalam gelas yang telah diambilnya.

"Sure. Sleep tight, Ms. Arabella." Leon mengangguk sedikit sebelum membawa gelas berisi air kosong ke mulutnya dan diteguk perlahan. Hilang rasa dahaganya buat sesaat.

Dari raut wajah ketat lelaki itu, Arabella pasti urusan lelaki tersebut tidak berakhir dengan baik pada malam itu. Tidak mahu mengganggu, Arabella mula melangkah kaki untuk kembali ke biliknya.

Leon hanya berdiam diri sambil memerhati susuk tubuh Arabella yang meninggalkan ruangan tersebut. Nafas ditarik dalam seraya menyandarkan tubuhnya pada kabinet pantri tersebut. Anak matanya melirik memandang gelas yang berada di tangan kanannya.

"Ms, huh? It suits you, better than I thought." gumam Leon halus, suaranya hampir tak kedengaran.









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro