👑 - 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kotak segi empat bewarna putih yang diberikan oleh Leon tempoh hari dipandang dalam. Sejak dari hari dia mendapatkan kotak tersebut, dia bersama lelaki itu cuba mencari maklumat yang lain berkaitan ibu dan bapanya dan suspek utama dalam hal itu sudah tentunya Marcello.

Namun, tiada maklumat lain selain daripada apa yang diberikan oleh Leon iaitu; telefon bimbit bapanya dan juga satu dokumen yang juga mempunyai cebisan surat khabar mengenai kematian ibu bapanya, dan juga barangan yang di jumpai di tempat kejadian.

Dia tidak tahu apa yang berlaku setelah kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya terjadi. Berita perit itu diketahuinya setelah dia sedar dari lenanya selama beberapa hari berada di hospital. Ya, akibat kecederaan di kepala dan juga keadaannya yang teruk, dia tersedar setelah beberapa hari kemudian.

Cuma, persoalan yang timbul bila Leon mengatakan bahawa lelaki itu tiada urusan atau kaitan dengan keluarganya. Jadi bagaimana Leon mendapatkan barangan ibu bapanya, termasuk rakaman audio yang berada di dalam telefon bimbit tersebut?

Ianya begitu sulit untuk Arabella fahami.

Keluhan kasar terlepas dari bibirnya, kotak segi empat itu di simpan kembali ke tempat asalnya lalu Arabella melangkah keluar daripada bilik tidurnya dan terus menuju ke ruang tamu. Susuk tubuh Kyle yang sedang menonton televisyen itu dipandang penuh kasih. Secara automatik hilang segala kekusutan di fikirannya buat sesaat.

"Kyle, nak keluar dengan mama?" soal Arabella sambil mendekati si kecil yang berbaring di atas sofa itu. Punggung dilabuhkan pada ruang kosong yang terdapat di sofa tersebut berhampiran dengan  si kecil.

"Tak nak. Kyle nak keluar dengan Lady Stella."  balas si kecil penuh teruja, hilang fokusnya pada kaca televisyen.

Arabella terkebil memandang wajah ceria si kecil sebelum dahinya berkerut hairan dengan pernyataan dari Kyle yang sedang tersengih lebar memandangnya. Bukan dia hairan dengan siapa  yang si kecil mahu keluar, lagipula di kenal Stella. Cuma cara si kecil memanggil Stella sedikit sebanyak membuatnya terasa lucu.

"Lady? Kenapa Lady Stella?" tanya Arabella lagi seraya mengusap kepala si kecil penuh sayang. Sengaja dia mahu menduga Kyle.

"Sebab dia cantik. Kyle tak boleh panggil auntie." jawab Kyle serius.

Terlepas jua tawa Arabella dengan jawapan yang didengarinya. Terus tubuh Kyle dimasukkan ke dalam pelukannya dan kedua pipi si kecil tersebut diciumnya bertalu-talu. Tingkah Kyle yang satu itu selalu saja mencuit hatinya.

Tidak hairan jika si kecil senang dengan Stella, perempuan itu melayan Kyle dengan baik. Sudah tentu si kecil mudah mesra dengannya. Arabella turut senang dengan hal itu. Walaupun dia tahu bagaimana interaksi antara Stella dan Dante yang selalu saja dingin baginya.

"Arabella."

Pantas kepala di toleh ke arah suara yang memanggil namanya. Susuk tubuh Leon yang sedang berdiri dengan sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar itu dipandang sekilas sebelum dia meregangkan pelukan pada tubuh si kecil.

"It's alright, Kyle. Tunggu mama dekat sini." senyuman lebar diberikan pada si kecil yang mencengkam hujung bajunya itu dengan raut wajah kehairanan.

Lantas dia bangun dan menapak kaki mendekati Leon yang memberi isyarat tangan padanya yang menandakan bahawa lelaki itu ingin berbual di luar bilik tersebut. Dia tidak bertanya kerana dia tahu ianya pasti berkaitan tentang apa yang mereka bincangkan sebelum ini.

Dia hanya membuntuti Leon dari belakang, yang berjalan menuju ke bilik pejabat lelaki itu— juga terletak pada tingkat yang sama di hotel tersebut. Dari ekor mata, Arabella dapat melihat beberapa pengawal yang berkawal di sekitar kawasan tersebut.

Arabella terus saja mengambil tempat di kerusi yang bertentangan dengan lelaki itu. Sempat matanya menangkap kelibat Alessio yang berada di mejanya sendiri di sudut bilik pejabat itu, lelaki tersebut kelihatan fokus dengan kerjanya di hadapan komputer.

"The recorder that we took the other day has been managed by Dante. " maklum Leon seraya mengambil tempat duduk di kerusi pejabatnya. Laci kecil pada meja itu dibuka lalu satu pendrive dikeluarkan dan diletakkan ke atas meja.

"Does that mean I got something to use against Marcello?" matanya menikam wajah tak beriak lelaki di hadapannya.

Leon membalas pandangan tajam perempuan di hapadannya itu. Posisi tubuhnya yang sedang duduk tegak diubah— kedua belah kaki disilangkan lalu tubuhnya disandarkan pada kerusi sambil kedua belah tangannya diletakkan pada pemegang kerusi.

Tatapannya yang bersahaja membuatkan Arabella tidak senang duduk, terus saja perempuan itu melarikan pandangannya buat sesaat. Pun begitu Leon cuba menduga apa jawapan yang Arabella mahukan darinya mengenai hal itu.

"There are multiple choices or possibilities, what do you think, Ms.Arabella?" soal Leon perlahan tetapi serius, matanya tak lepas dari memandang perempuan di hadapannya.

"What do you think I should do?" balas Arabella, juga serius dan dalam masa yang sama mahu mengetahui apa yang lelaki itu fikirkan.

Arabella mengetap bibirnya saat terdengar bunyi tawa halus yang keluar dari bibir Leon— sinis dirasakan. Seketika, nafasnya terasa tersekat  dikerongkong bila kini Leon yang tadinya bersandar di kerusi telahpun menggerakkan tubuhnya rapat ke meja.

Anak mata Leon merenung tepat pada wajah Arabella dengan jarak antara wajah mereka berdua tidak begitu jauh. Jelas terpancar riak gelisah perempuan itu dan ianya menarik perhatian Leon.

"If it's up to me, there's two option. I will use it as evidence or I can just throw it away and make him disappear completely, Ms. Arabella." jelasnya singkat dengan nada suara yang mendalam.

Arabella terdiam sejenak. Dia faham dan dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Leon. Lelaki itu sengaja mahu menduganya walaupun Leon sendiri tahu apa yang bakal dia lakukan. Hampir dia terlupa tentang urusan Leon yang satu itu.

"I understand. Thank you for this." tangannya terus mencapai pendrive yang berada di atas meja tersebut sebelum dia bangun dari duduknya.

"My pleasure. And about the deal we made before, tell me what's your answer later." pesan Leon, tubuhnya kembali di sandarkan pada kerusi.

Arabella mengangguk tanpa bersuara, sesungguhnya dia masih tidak bersedia untuk memberi jawapan yang dimahukan oleh lelaki itu tika ini. Dengan itu Arabella berpaling dan melangkah pergi, perasaannya bercampur-baur.

Namun, bukan hanya Arabella yang tidak bersedia untuk memberi jawapan, bahkan Leon juga turut tidak bersedia untuk mendengar apa jawapan yang bakal dia terima. Kedua mereka memikirkan perkara yang sama, tetapi dengan keinginan yang berlainan.

*
*
*

"ARABELLA!!"

Jerkahan dari bapanya langsung tak menggentarkan Arabella yang duduk di sofa ruang tamu rumahnya. Kedua belah tangan disilangkan ke dada dengan raut wajah yang jelas sedang tertekan tika itu. Dia tetap berkeras dengan pendiriannya untuk menolak permintaan bapanya untuk menyatukan dia dan lelaki yang tak dikenalinya.

Jauh di sudut hati, bukan begitu reaksi yang mahu dia tunjukkan pada bapanya namun disebabkan apa yang bapanya lakukan, dia tak dapat menerima hal itu dengan baik malah hatinya seakan dirobek-robek. Dia terkilan. Sebagai seorang anak, hancur luluh hatinya saat ini.

"Ara tetap dengan keputusan Ara. Papa tak boleh paksa Ara terima lelaki yang Ara tak pernah kenal disebabkan urusan papa." bantahnya tegas, mata menikam wajah ketat dan penuh kemarahan bapanya.

"Apa? Jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri Arabella. Papa buat semua ni untuk keluarga kita, bukan semata-mata sebab bisnes." lelaki separuh abad itu memicit tepi kepalanya dengan nada suara yang helas terdesak.

Arabella memandang ke arah bapanya itu dengan riak wajah yang terpancar kekecewaannya. Tangan dikepal membentuk penumbuk, cuba menahan rasa di hatinya. Apa yang bapanya sebutkan langsung tidak benar.

Sudah berkali-kali dia jelaskan pada bapanya bahawa bapanya tidak perlu menerima cadangan Marcello berkaitan syarikat mereka yang hampir muflis itu. Masih banyak cara lain untuk mereka cuba demi menyelesaikan isu tersebut namun bapanya tetap berkeras.

"Ara, pentingkan diri sendiri? Itu papa, bukan Ara. Kalau tak papa takkan buat keputusan untuk paksa Ara. Apa pun alasan papa, Ara tak boleh terima." putus Arabella, serius bicaranya sebelum dia bangun dari duduknya.

"Papa tak peduli, keputusan papa muktamad. Kalau Ara tetap berdegil, apa jadi dengan keluarga kita nanti— semuanya salah Ara. Ingat tu!"

"Abang!" cantas ibunya yang turut terkejut akan hal itu seraya menggenggam kemas lengan bapanya.

Seketika, Arabella tergamam. Apa yang keluar dari mulut bapanya membuatkan dia kehilangan kata-kata. Dapat dia lihat raut wajah ibunya yang berada di sebelah bapanya itu mula berubah suram, turut berduka dengan keputusan yang dibuat.

Tanpa sebarang kata, Arabella terus melangkah pergi meninggalkan ruang tamu tersebut dan menuju ke bilik tidurnya dengan hati yang berkecai. Mata yang berkaca-kaca itu dikerdipkan beberapa kali, cuba menahan airmatanya daripada tumpah membasahi pipinya.

Ketukan di pintu bilik tak dihiraukan, Arabella menyembamkan wajahnya ke bantal. Fikirannya yang bercelaru membuatkan dia tiada tenaga untuk bersuara. Dia tertekan. Bukan dia tidak faham dengan situasi yang mereka sekeluarga hadapi, tapi sikap bapanya benar-benar buat dia kecewa.

"Mama masuk ya, Ara." perlahan saja suara ibunya berkata. Terdengar bunyi pintu bilik dibuka dan di tutup perlahan.

Dapat Arabella rasakan ibunya yang duduk di birai katil sebelum terasa bahu sebelah kirinya diusap lembut. Wajah yang tersembam di bantal diangkat dipalingkan menghadap ibunya. Terpancar rasa sayu di wajah ibunya itu.

"Ara minta maaf, mama. Ara tahu keadaan keluarga kita macam mana, tapi papa langsung tak fikirkan pasal Ara." luahnya perlahan, nada suara yang sedikit bergetar itu menandakan sebak di hatinya.

"Ya, mama faham. Mama pun tak setuju dengan keputusan papa, mama harap Ara bersabar. Nanti mama cuba pujuk papa, okay?"

"Kenapa perlu harapkan Marcello? Papa sendiri pun tahu siapa lelaki tu. Ara tak tak akan terima Marcello." nada suaranya ditekankan, raut wajahnya berubah ketat.

Marcello yang terlibat dalam organisasi jenayah itu lambat-laun bakal membabitkan sekali bisnes bapanya, jadi disebabkan itu juga dia tidak mahu keluarga mereka mempunyai apa-apa urusan dengan lelaki tersebut— kecuali bapanya. Dia sendiri tak mengerti apa yang telah Marcello bisikkan pada bapanya itu.

Bangun dari pembaringannya, Arabella menatap wajah suram ibunya itu. Dia kasihankan ibunya, namun untuk kehidupannya diaturkan bapanya tanpa memikirkan tentang dirinya membuatkan Arabella dibelenggu rasa serba-salah.

Seakan mengerti dengan apa yang dirasakannya, wanita itu memeluk tubuhnya erat dan Arabella membalasnya dengan harapan bahawa ibunya berjaya memujuk bapanya untuk membatalkan hasrat untuk menyatukan dia dan Marcello.

Arabella menghela nafas panjang. Mengingatkan kembali bagaimana permulaan hidupnya yang terlibat dengan Marcello membuatkan perasaan terkilan dan kecewanya kembali timbul di hati.

Pen yang dipegang, diletakkan ke atas buku nota di hadapannya. Memandangkan kedai bunga miliknya masih berjalan seperti biasa, dia tetap saja mengambil tahu apa yang perlu berkaitan bisnesnya itu. Ruang tamu yang sunyi tika itu diperhati sekilas lalu, sunyi kerana si kecil tiada bersamanya.

Arabella bangun dari duduknya seraya melangkah keluar dari bilik tersebut, dia perlu menjenguk kedai bunganya hari ini. Beg tangan kecil disangkut pada bahunya. Memandangkan Kyle tiada bersamanya, dia tidak risau untuk ke sana buat seketika. Si kecil mungkin sedang berseronok dengan Stella.

"Are you going somewhere, Miss?" soal seorang lelaki merangkap pengawal yang berkawal di sekitar bilik yang didudukinya.

"Oh, yes. I'm going to my shop for a while." maklum Arabella ringkas, senyuman nipis terukir di bibirnya.

Sedang dia berpaling untuk melangkah pergi, tubuhnya terundur sedikit ke belakang bila secara tak sengaja bertembung dengan salah seorang orang suruhan Leon. Beberapa helai kertas dan juga fail jatuh berselerakan di atas lantai.

Terus saja Arabella menutur maaf dan menundukkan tubuhnya untuk mengutip helaian kertas tersebut. Namun perbuatannya terhenti apabila dia terpandangkan sehelai kertas yang terpampang wajahnya dan juga si kecil, di bawah gambar itu pula tertera butiran maklumat mengenai mereka berdua.

Arabella dapat rasakan degupan jantungnya mula berdetak laju. Dia tidak hairan jika Leon mencari tahu tentang latar belakangnya, namun tidak untuk Kyle. Sekarang, dia tidak pasti jika Leon sudah membuat carian mengenai Kyle atau belum dan itu makin membuatnya gelisah.

Kyle akan berada di bawah ancaman jika maklumat mengenai si kecil diketahui mereka—tambah lagi seperti Leon yang terang lagi bersuluh terlibat dalam organisasi jenayah tersebut.

It is best to prepare for the end sooner rather than later.



[DONE]






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro