👑 - 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TAORMINA'S GRAND HOTEL TIMEO, BELMOND HOTEL, SICILY.

Hotel mewah tersebut di penuhi dengan mereka yang turut serta dalam acara yang bakal diadakan pada hari itu — hanya mereka yang mempunyai talian dengan organisasi gelap sahaja dibenarkan.

Ianya dianjurkan oleh pihak atasan yang sudah sememangnya sanggup mengotorkan tangan demi mendapatkan jawatan dan kuasa yang dipegang tika ini. Tiada perasaan bersalah atau kesedaran dengan kegiatan yang dilakukan.

Juga turut disertai oleh Marcello mengetuai organisasi Cosa Nostra di Calabria, Leandro mengetuai Castel di Rome dan Presiden V yang mewakilkan Enrico untuk Vanille dari Palermo. Hanya Leon saja yang tidak menghadiri acara tersebut.

Marcello bersama dua orang kanannya Ricco dan Silvia mengambil tempat di bahagian hadapan dalam dewan mewah yang menjadi tempat acara itu dijalankan.

Manakala Leandro pula bersama orang suruhannya Alvi dan Carmine di hujung sebelah kanan sebaris dengan Marcello. Dan Enrico yang mewakili Vanille mengambil tempat di bahagian paling belakang.

Di luar pintu dewan, terdapat beberapa orang pengawal yang mengawal. Malah terdapat di bahagian lobi hotel, pintu kecemasan dan juga di setiap tingkat hotel tersebut.

Seperti arahan Presiden V, Enrico hanya menyertai acara itu untuk memerhati apa yang dirancangkan Marcello dan juga Leandro tanpa pengetahuan dua organisasi itu.

Lampu yang terang-benderang bertukar malap saat acara yang dinantikan mula membuka tirainya. Di atas pentas pula terdapat seorang lelaki yang berdiri sambil memegang mikrofon.

Pelbagai jenis aksesori dan barangan yang bakal dilelongkan dipamer dalam kotak kaca bersegi empat di belakang lelaki yang menjadi pengacara acara malam itu.

"If you're ready, we will start the auction!" suara pengacara tersebut yang lantang bergema dalam dewan tersebut.

Pembantu pada pengacara itu yang berada di belakang menolak kotak kaca yang terdapat gambar lukisan di dalamnya sebelum kain yang menutupi kotak tersebut dibuka.

Suara-suara yang sedang berbual sesama mereka turut memenuhi segenap ruang. Leandro memandang ke arah Marcello yang beriak tegang itu. Senyuman nipis terukir di bibir memikirkan rancangannya.

"For our first one, Les Femmes d'Alger by Pablo Picasso!"

"Number 67. Five million!"

"Five million going once!"

"Five million going twice!"

Penyerta kedua yang mengangkat nombor yang dipegangnya pula menarik perhatian pengacara tersebut.

"Ten million!"

"Number 54. Ten million!"

"Ten million going once!"

"Ten million going twice! Sold!"

Putus pengacara tersebut saat tiada lagi yang mahukan lukisan yang melebihi dari sepuluh juta itu.

Tepukan bergema memeriahkan suasana acara. Marcello yang tika itu hanya memerhati sambil mengira waktu untuk pulang, langsung tidak bersuara.

Manakala Ricco dan Silvia sedia mengawasi bos mereka, bimbang jika dalam keadaan riuh begitu ada yang mengambil kesempatan untuk menyerang mereka.

Masakan tidak bila organisasi dari negara lain juga turut berkumpul bersama, apa-apa saja boleh berlaku tika itu jika tidak diambil perhatian.

"Sir, are you sure about this?" soal Ricco serius pada Marcello secara berbisik di tepi telinga lelaki itu.

"I'm going to step back if that didn't involve our factory in Mexico. You know how that son of a bitch dealing with people." Marcello menjawab pantas, dingin dan keras nada suaranya.

Seperti yang dia katakan, jika dia tidak ada apa-apa pertalian dengan Leandro sudah tentu dia tidak akan bersetuju dengan rancangan lelaki itu.

Namun, projeknya di Mexico termasuk aktiviti penyeludupan dadah miliknya semua diuruskan oleh Leandro bagi mengembangkan keuntungannya memandangkan tentang keuntungan, lelaki itu boleh diharapkan.

Walaupun mereka mempunyai pertalian dalam urusan sebegitu, tak semestinya Marcello mahu melakukan apa yang tidak menarik minatnya. Pada acara malam itu pun, dia hadir kerana terpaksa.

"And... For the last one, are you ready?!"

Kemeriahan suara-suara yang bersorak diiringi tepukan daripada mereka dalam dewan itu makin menjadi-jadi bila barangan terakhir pada malam itu menjadi perkara yang dinanti-nantikan.

Dalam masa yang sama, Leandro mula bangun dari tempat duduknya diikuti Alvi, manakala Carmine tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

Marcello yang melihat dapat meneka bahawa Leandro mahu memulakan rancangannya untuk mengambil alih acara tersebut semata-mata untuk mendapatkan senjata barangan terakhir itu— The Fuhrer's Golden Gun.

Ya, Leandro suka bermain dengan cara kotor tanpa gentar dengan kesan daripada perbuatannya.

Di dalam pejabat yang terletak dalam rumah agam itu, dapat dilihat Leon yang sedang bersandar di kerusi beroda sambil memerhati beberapa keping gambar yang diberikan oleh Alessio.

Rokok yang hampir separuh menyala itu terkepit kemas antara jari telunjuk dan jari tengah tangan kanannya. Bertentangan dengan Leon pula duduknya Alessio— fokus dengan buku kesayangannya.

'Criminal Law'

Tertera tajuk buku tersebut yang dibawa Alessio kemana-mana tanpa pernah dia tinggal walau dimana saja dia pergi. Ianya sangat bertentangan dengan apa yang lelaki itu lakukan.

Alasan Alessio bila ditanya, jawapannya hanya: It is important to know the law when we're going to break them.

Ya, itu saja.

Tambah pula bila dia bersemuka dengan Dante yang sememangnya ada saja alasan untuk lelaki itu mengganggu ketenteramannya.

Dan disebabkan itu, Alessio membuat keputusan untuk mencatat apa saja tingkah-laku, percakapan dan juga perbuatan Dante di dalam buku notanya— sekaligus mencari persamaan jika ianya dikategorikan sebagai satu jenayah atau kesalahan yang berkaitan dengan undang-undang jenayah.

"It's a murder. Both had been killed and they make it look like an accident."

Leon membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang dia dapatkan daripada Alessio. Pembunuhan yang berlaku beberapa tahun lepas— merupakan titik permulaan bagi Leon.

Misinya bermula tatkala kejadian itu berlaku, memaksa dia untuk bertindak dan membina organisasi jenayah yang diketuainya tika ini.

"But, something seems off. The question is, who is their target between you and both of them?" soal Alessio yang jelas dilanda perasaan bingung dan keliru.

"If it is me, I can understand. But what the reasons a person would want to kill another person that's not relate with the organisations?" soalan dibalas dengan soalan, Leon merenung tepat ke arah Alessio dihadapannya.

"Wait a sec." jari telunjuk diangkat sebagai isyarat tangan pada Leon sebelum Alessio membuka buku miliknya itu.

Leon tidak membantah, rokok yang berada di antara celah jarinya dibawa ke mulut. Asap rokok dihembuskan ke arah tingkap pejabat yang terbuka sedari tadi.

Masih cuba mencari punca tentang kes pembunuhan yang menjadi tanggungjawabnya untuk di siasat. Dengan bantuan Alessio, Leon yakin dia akan menjumpai jalan penyelesaiannya.

"The many possible reasons, hmm.." Alessio menyelak helaian buku tersebut satu-persatu.

"... Benevolence, no. Demonic influence, that's bullshit. Revenge, I don't think so. And lastly, to eliminate competition or — Ah, I got it!"

Buku yang dipegang ditutup rapat, Alessio membetulkan kaca matanya sebelum menulis sesuatu di dalam buku nota yang dibawanya bersama.

Leon yang tertanya-tanya dengan apa yang disimpulkan Alessio membetulkan posisi duduknya seraya memadamkan puntung rokok di dalam bekas abu yang tersedia di atas mejanya.

"What is it?" tanya Leon perlahan, pun begitu keras saja nada suaranya.

"It's a threat. Both of them had been killed because the person behind their death think of them as— a threat."

Jelas Alessio secara ringkas pada Leon yang terdiam seribu bahasa dengan apa yang dikatakan lelaki itu. Segala persoalan bermain difikirannya. Rahang terketap rapat.

Dia juga bersetuju dengan hal itu kerana dia pasti mangsa pembunuhan tersebut tidak terlibat dengan mana-mana organisasi atau aktiviti jenayah selama dia mengenali dua individu tersebut.

Mengapa dia berfikir begitu? Kerana mereka yang terbunuh adalah rakan baiknya.

Rambut panjang yang menutup separuh wajahnya diselak ke tepi oleh tangan kekar yang timbul urat hijau kecil pada belakang tangan pemilik tubuh tersebut.

"Wait for me, Amor." bisikan halus berserta suara yang mendalam itu terdengar rapat ditelinga sebelah kanannya.

Belum sempat dia bersuara, Arabella kini berada di sebuah kawasan sunyi seorang diri. Terselit perasaan gusar di hati bila terasa dirinya dipisahkan.

Matanya melilau memerhati keadaan sekeliling sebelum pandangannya tertumpu ke arah satu susuk tubuh yang berada tidak jauh dari hadapannya.

Arabella memanggil-manggil nama figura tersebut yang membelakanginya, tapi sayang apabila langsung tiada suara yang keluar dari mulutnya. Seakan kotak suaranya ditutup sesuatu.

Namun dia tak berputus asa, terasa ianya akan membuat dia menyesali perbuatannya itu untuk membiarkan susuk tubuh tersebut pergi meninggalkannya.

Kaki yang diangkat untuk melangkah langsung tidak bergerak walau seinci— seakan ianya digari dengan kemas tanpa dapat dia gerakkan. Arabella cuba meronta sedaya upayanya namun tetap saja tidak memberi sebarang kesan.

Dengan sekelip mata tanpa dia dapat melakukan apa-apa, susuk tubuh yang sempat menoleh ke arahnya sepintas lalu itu hilang serta-merta dari pandangan matanya.

Airmata yang menitik terus membasahi pipi Arabella. Serentak itu juga tubuhnya seakan dibebaskan apabila dia boleh menggerakkan anggota badannya.

Arabella berlari sepantas mungkin ke arah dimana dia melihat bayangan tersebut sambil menjerit sayu memanggil si pemilik tubuh itu.

Tapi hampa, bila tiada sahutan yang didengari. Pada tika itu, hati Arabella retak seribu diiringi rintihan pilunya saat dia tidak mampu melakukan apa-apa dengan pemergian yang tak dia inginkan.

Manik-manik peluh timbul di sekitar wajahnya. Dahi berkerut seribu diiringi suara halus yang menuturkan kata yang tidak jelas butirnya.

"No. Please don't leave me."

Arabella terkaku buat seketika bila dia tersedar bahawa dia hanya bermimpi. Pun begitu, sisa airmata yang melekat di pipi serta bawah dagu dan lehernya menyatakan yang mimpi tersebut selalui menghantui dirinya.

Wajah diraup kasar, sejak peristiwa tersebut mimpi itu sudah menjadi penemannya setiap malam. Dan tiap kali dia tersedar, perasaan yang satu itu tak dapat dia disembunyikan.

Kepala ditoleh ke arah Kyle yang sedang nyenyak tidur disebelahnya. Kepala si kecil diusap perlahan sebelum melabuhkan satu ciuman di dahi Kyle sebelum dia melangkah turun daripada katil.

Kaki menapak menuju ke almari pakaiannya, sebuah kotak kecil yang tersimpan kemas di dalam laci kecil dalam almari tersebut diambil dan dibuka.

Sebentuk cincin berwarna putih yang diperbuat daripada berlian itu dengan bahagian tengahnya terukir sepasang mahkota tersebut ditatap lama dengan perasaan yang bercampur.

"You lie." bisiknya perlahan dengan suara yang menggeletar menahan emosinya.

Kotak cincin tersebut disimpan kembali setelah ditutup rapat. Mata yang bergenang dengan airmata itu dikerdipkan beberapa kali sambil menarik nafas panjang, cuba menenangkan hatinya yang terasa disiat-siat.

Sehingga ke hari ini, dia tidak pernah lelah menanti kehadiran si dia yang menjadi pemilik hatinya.

[#]DONE.
What's in your mind?

QUESTION;

- COMEDY OR CRIME?






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro